Memaparkan catatan dengan label Aidilfitri. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Aidilfitri. Papar semua catatan

Khamis, 4 Mei 2023

NIKMATI RAYA SE-NORMAL NYA... ALHAMDULILLAH

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,



Seronoknya raya, bila kita dapat kembali bertemu sanak saudara. Bila terkenang macamana syahdu nya raya pada tahun 2020 dan 2021, di mana kita semua dalam fasa pandemik covid 19. Tahun 2022, kita dah mula raya 'normal', tapi cuti sekolah pendek dan kita masih berjaga-jaga. 




Sambutan Hari Raya kali ini amat bermakna bagi saya kerana selama lebih 2 tahun terpaksa berjauhan dengan keluarga besar akibat pandemik. Namun, selepas pelbagai cabaran dan ujian yang dihadapi, akhirnya kita dapat berkumpul kembali dengan keluarga dan sahabat handai pada Hari Raya tahun ini. 

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) bagi cuti tambahan, menjadi kan jumlah cuti raya ni kepada 11 hari. Alhamdulillah. 





Pada Hari Raya pertama, saya bersama-sama keluarga mentua berkumpul di rumah keluarga di Shah Alam, Selangor. Kami menikmati hidangan lezat yang disediakan secara potluck - saya masak kuah lodeh, kari ayam serta daging masak kicap, manakala adik ipar masak soto nasi, keluarga along pula masak pulut kuning dan rendang, keluarga achik bawa sambal udang dan ayam masak bali - first time rasa. hihi. sedap!!!. Seperti biasa tak lengkap raya, tanpa sesi bersalaman dan saling bermaafan.

Kegembiraan ini berterusan sehingga ke Hari Raya ke 2, ketika kami berangkat ke Ipoh, Perak untuk berkumpul dengan keluarga sebelah saya pula. Alhamdulillah dapat juga berjumpa dengan semua walaupun ada yang TouchNGo sebab nak gerak ke rumah mentua nya pula. 

Gambar instagram raya Anisah

Kami memilih untuk berada di Ipoh selama 4 hari, mengambil kesempatan bertemu dengan saudara mara yang terpisah lama. Seronok dapat masak-masak dan makan-makan beramai2. Di samping syok-syok makan tu, jangan lupa makan seimbang ya. Alhamdulillah Alfalfa Complex & Omega Guard bantu pelawasan yang selesa. Biasa kan kita dengar orang ada masalah 'cirit birit' atau pun sembelit masa raya ni sebab perut terkejut. 

Sebelum pulang ke Selangor, kami berkunjung ke Cameron Highlands, melalui Simpang Pulai. Dah alang-alang lalu kata cousin saya. hihi. . Udara sejuk dan landskap yang indah di sana benar-benar menyegarkan fikiran. Kami berjalan-jalan dan menikmati suasana sekitar, serta membeli buah-buahan segar seperti strawberi dan sayur-sayuran untuk dibawa pulang.


Kami juga mengambil kesempatan untuk menikmati sarapan pagi di Boh Centre Sg Palas, tempat yang terkenal dengan scone dan teh tarik yang sangat sedap. Kami menikmati hidangan tersebut sambil menikmati pemandangan indah di sekitar pusat teh tersebut. 



Selain itu, kami juga diberi peluang untuk menghadiri kenduri kahwin sepupu dan rumah terbuka di sekitar lembah kelang dan menziarahi beberapa saudara mara yang kali terakhir berjumpa sebelum pandemik. Ini memberi kita peluang untuk saling mengingatkan dan menyampaikan pesan-pesan positif dalam menghadapi kehidupan.


Kami semua merasa amat berterima kasih kerana dapat berkumpul kembali dan merayakan Hari Raya bersama-sama. Walau bagaimanapun, kami tetap perlu berhati-hati dan mengikuti prosedur keselamatan yang ditetapkan demi kebaikan bersama. Semoga pandemik ini dapat berakhir dengan cepat dan kita dapat kembali berada bersama-sama tanpa sebarang halangan pada Hari Raya tahun-tahun akan datang. Selamat Hari Raya dan maaf zahir dan batin kepada semua pembaca. 

Throwback sikit gambar raya keluarga kecil kami yang kita ada 7 orang dah...alhamdulillah. Mama & Papa almost maintain sama jer, anak2 yang jelas makin membesar, Alhamdulillah #shakleeEffect yang terbukti. 



Salam hormat dari saya, 
Anisah Khalid 
#ShakleeConsumerSince2013. 


Salam Aidilfitri , Maaf Zahir Batin 

Nak PRODUK Shaklee atau nak mulakan BISNES Shaklee? Jom saya bantu 😃

Wasap.my/60136216522/NakShaklee



Nak JOIN SHAKLEE SEKARANG

#RakanShaklee Anda,

Anisah Khalid



#blogmegashaklee

#shakleethrive2023

#shakleetriumph2023



Selasa, 12 Julai 2016

Perbezaan BERAT Aidilfitri 2015-2016-2017

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera, 

Alhamdulillah... syawal telah tiba lagi. bulan kembali kepada fitrah. setelah sebulan melalui 'bulan penyucian jiwa- Ramadhan' . 

Salam Aidilfitri , mohon maaf zahir dan batin. 

Usia Khadijah 6bulan dalam kandungan 

Usia Khadijah 8bulan

Di bulan syawal ni la kita berjumpa dengan ramai saudara mara, sahabat handai .. ada yang memang berjumpa setahun sekali je - di hari raya sahaja ataupun jika ada kenduri kahwin. Bila ada perbezaan saiz badan ni, perubahan tu dapat di kesan oleh orang yg kita jarang jumpa, berbanding dengan mereka yang kerap kita berjumpa. 

Alhamdulillah, raya tahun ni...ramai juga yang tegur saya 'nampak kurus' sikit. hehe. alahai, bukan 'nampak' je la.. betul2 tau! alhamdulillah. tapi sebab saya takdelah BESAR dan rangka tulangnya memang begini sejak berumur 12thn. bayangkan dalam rekod darjah 6 saya, tinggi : 162cm. berat? masa tu sekitar 50 la.. skrg? kalau 50 tu.. dah jadi sekeping je pula. 'tak comel' kata abah. Yang penting, kita maintain kan sekitar ideal weight ya.  Alhamdulillah. 

Ramadhan kali ni, kami suami isteri turun juga la sekitar 4 - 5 kg seorang. ;) Alhamdulilah. berkat sahur ESP+kurma, dan jaga pemakanan sepanjang Ramadhan serta mengikuti sedikit sebanyak tips dari program NECK. 

Antara perkara yang membahagiakan diri dan keluarga, bila berat badan turun, baju pun nampak elok2 jer. takdelah macam 'sarung nangka' kan? ;) (jarang marah ya). dan yang lebih penting mudah lagi nak buat pemilihan baju. 

  Kisahnya, saya terbeli blouse saiz 38 ~ S, sebab minat warna & design. elok pula pakai. hehe. ada la bercita2 nak turun kan 2-3kg lagi. hehe. boleh kan? tapi abah dah pesan... 'jangan kurus sgt.. tak comel'.  ;) oklah setakat tu dulu. nanti kang ada yang termuntah pula. ;) senyum sikit.

 Moga berat badan yang ideal ni boleh maintain sampai bila2. Sihat selalu, inshaAllah. 

Izinkan saya berkongsi KISAH GEMBIRA di AIDILFITRI peserta Program NOW EVERYONE CAN KURUS... Jom layan jap...


Perbezaan Berat AIDILFITRI 2015 - 2016 - 2017

=====================



Dalam mood Hari Raya ni, just nak share perubahan hidup salah seorang peserta program Now Everyone Can Kurus (NECK). 

Pada Aidilfitri 2015, berat badan Pn Salbiah (37 tahun) adalah 95 kg dengan ketinggian 159cm. 

Dengan berat berlebihan, beliau selalu mengalami pelbagai masalah kesihatan seperti penyakit darah tinggi yang teruk, muka dan kaki membengkak, tumit dan lutut selalu je sakit dan juga tidur berdengkur. 


Selepas menyertai program NECK, akhirnya pada Aidilfitri 2016 ini, berat badan beliau telah turun kepada 69kg. Iaitu penurunan sebanyak 26 KG berbanding Aidilfitri 2015! 



Kini segala masalah kesihatan sebelum ni dah hampir pulih dan beliau kini menjalani hidup lebih sihat dan bertenaga. Syukur Alhamdulillah. 

Tahniah kepada Pn Salbiah kerana berani mengambil langkah awal dengan menyertai program NECK dan mengubah gaya hidup yang lebih sihat. 

Bagaimana keadaan ANDA pula pada Aidilfitri 2017 nanti? Anda tentukan!


Jom jadi lebih KURUS + SIHAT bersama NECK!


Yang penting dalam program NECK, anda boleh MAKAN NASI setiap hari. Hehe. 


NECK Batch 18 akan bermula Sabtu ini 16 July 2016. Sedang elok sebelum BADAN terlebih  KEMBANG dek raya ni.

Pendaftaran masih dibuka. DAFTAR SEKARANG!

Kami doakan anda lebih SLIM & SIHAT pada hari raya 2017 nanti. InsyaAllah. 




Anisah - #0136216522

Agen Now Everyone Can Kurus (#NECK)

The Best Online Weight Loss Coaching

Jom Kurus Dari Rumah!

Khamis, 30 Jun 2016

Doa Musafir sempena Hari Raya

🔰🔰 *Kepada Para Perantau Sekalian Yang Ingin Bermusafir Pulang Ke Kampung Halaman Sempena Aidilfitri* 🔰🔰


🚨 *_Pulanglah Ke Kampung Halaman Dengan Jagaan Allah_* 🚨


📚 *[1]* Mulakan perjalanan dengan membaca *“Basmalah”* iaitu dengan bacaan yang biasa kita amalkan *"Bismillahirrahmaanirrahim"*, untuk mendapatkan keberkatan seperti janji Rasulullah SAW di dalam sabda Baginda :

كُلُّ أَمْرٍ ذِي بَالٍ لَمْ يُبْدَأْ فِيهِ بِبِسْمِ اللهِ فهو أَقْطَعُ … فهو أبتر… فَهُوَ أَجْذَمُ

“Setiap perkara yang hendak dilakukan tidak dimulakan dengan Bismillah maka akan hilang keberkatan.”

📚 *[2]* Bacalah juga ayat yang diajarkan oleh Allah SWT menerusi Al-Quran, sebelum memulakan perjalanan.

سُبْحَانَ اللَّذِيْ سَخَّرَ لَنَا وَمَا كُنَّا لَهُ مُقْرِنِيْنَ وَ اِنَّا اِلَي رَبِّنَا لَمُنْقَلِبُوْنَ

“Maha Suci Tuhan yang telah memudahkan kenderaan ini untuk kami, sedang kami sebelum itu tidak terdaya menguasainya. Dan sesungguhnya kepada Tuhan kamilah, kami akan kembali!”

(Surah Az-Zukhruf, ayat 13-14)

📚 *[3]* Oleh kerana kita juga membawa muatan yang pelbagai, sama ada penumpang ataupun barangan maka ada baiknya kita amalkan doa Nabi Nuh AS walaupun pendek tetapi dicatatkan di dalam Al-Quran pada Surah Hud ayat 41 :

بِسْمِ اللهِ مَجْرِىهَا وَمُرْسَاهَا

“Dengan menyebut nama Allah di waktu berlayar (bertolak) dan berlabuhnya (tiba) Sesungguhnya Tuhanku benar-benar Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.”


📚 *[4]* Oleh kerana kita akan memasuki kawasan merbahaya iaitu lebuhraya atau jalanraya yang menyaksikan pelbagai kemalangan berlaku maka kita diajari Nabi untuk berdoa :

بِسْمِ اللَّهِ الذي لَا يَضُرُّ مع اسْمِهِ شَيْءٌ في الأرض ولا في السَّمَاءِ وهو السَّمِيعُ الْعَلِيمُ

“Dengan nama Allah yang tiada dimudaratkan sesuatu apapun dengan namaNya samada di bumi dan di langit, dan Dialah Maha Mendengar dan Maha Mengetahui.”

(Hadis Riwayat Abi Daud, Ahmad dan Tirmizi)


📚 *[5]* Kita tutupi doa kita dengan penyerahan dan tawakal kita kepada Allah seperti yang diajari Baginda apabila seseorang hendak keluar daripada rumahnya maka bacalah :

بِسْمِ اللَّهِ تَوَكَّلْتُ عَلَى اللَّهِ لَا حَوْلَ وَلَا قُوَّةَ إِلَّا بِاللَّهِ

“Dengan nama Allah aku bertawakkal kepada Allah, tiada suatu daya upaya dan kekuatan melainkan kekuatan Allah.”

(Hadis Riwayat Abi Daud dan Tirmizi serta taraf Hadis ini Hasan Sahih)



🚩 *SELAMAT SAMPAI KE DESTINASI MASING-MASING* 🚩


🔴 *Semoga Sentiasa Selamat Dalam Jagaan Allah SWT* 🔴



🎉🎊 *_SALAM AIDILFITRI, MAAF ZAHIR & BATIN_* 🎊🎉


Jumaat, 31 Julai 2015

Raya bulan MenGEMUKkan diri, setuju?

Assalamulaikum dan Salam Sejahtera, 

Apa khabar anda hari ni? Apa khabar diet anda hari ni? 

Diam tak diam, hari ni dah pun 15 Syawal 1436H. dah 2 minggu pun kita raya. 

Dan dalam diam tak diam tu, ramai yang berjaya MemBINA badan dengan pelbagai makanan raya yang enak2 belaka. hehe. kan? 

Alhamdulillah, tahun ni saya dan keluarga beraya di Muar, Johor dan Masjid Tanah, Melaka. Alhamdulillah, seronok berkumpul bersama sanak saudara. Hari raya pertama jer, kami beraya dalam 6-7 buah rumah, dan setiap rumah menghidangkan menu yang agak sama...

Cuba teka apa?

RENDANG, KETUPAT, LEMANG, KUAH LODEH, KUAH KACANG... dan banyak kuih2 manis juga tak lupa, air MANIS juga. 

ala2 macam ni la menu kita kan ? ( gambar ihsan google.. hehe hari tu tak ambil pula gambar makanan)


Selang satu rumah, saya minta air kosong dengan tuan rumah... kembang rasa tekak dengan air manis banyak2 ni. 

Makan pula? orang dah hidang kan... kena la jamah juga. tapi di sebabkan perut yang semakin sempit, jadi memang kira jamah jer. Harap maklum perut makyong kan. 

Orang lain pula, ada yang saya jeling... makan macam betul2 membalas SEBULAN puasa. huhu. 

Maka, bermula la episod FLUSHING out pada malam raya pertama tu. kesian tandas tau... tak sempat die berehat. 


oklah tu kisah RAYA pertama... yang saya rasa RAMAI yang terlibat sama kan? huhu... tulah status yang famous di fb pada 1 Syawal. 


ok jom kita tengok apa kesannya pada badan kita pulaa...


Inilah kesannya... huhu. Ramai sangat yang berjaya KURANGkan berat badan sepanjang SEBULAN PUASA... turun nye mungkin 1-2 kg.. tetiba raya naik sampai 10 kg? huhu. 



Real Case kan? cuba tengok orang sekeliling kita... jangan tengok orang sangat, cuba cermin diri kita. huhu. Sian dia tau.. sian badan kita. TERKEJUT! 

Alhamdulillah, sempena dengan bulan pemBINAan Badan ni... makanye set slimming memang menjadi pujaan. hehe. 

Ramai yang mendaftar di bawah program Now Everyone Can Kurus.(N.E.C.K) untuk batch yang ke 7 bermula 1 Ogos 2015 ni.. boleh baca lebih lanjut di sini. blog RASMI N.E.C.K

Antara supplement yang membantu pemBINAan yang minima.. hehe. 



;) nak tahu lebih lanjut pasal N.E.C.K... jemput pm na... 
dan nak tahu pasal lain2 pun...inshaAllah saya sudi membantu. 


Di akhirkata, mari kita sama2 doakan kita semua sihat dan ceria selalu, inshaAllah.

~Feel Free to LIKE and SHARE

~Please do not hesitate to contact me/ comment below for:-
FREE ConsultationBusiness OPPORTUNITY with Shaklee!!



Rabu, 15 Julai 2015

Tips Gaya Sihat Berhari Raya

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,


Apa khabar anda hari ni? Apa khabar diet anda hari ni? Sama2 kita doa kita semua dikurniakan kesihatan yang baik dan diberkati dunia akhirat.

Diam tak diam, Ramadhan 1436H bakal melabuhkan tirainya.
Moga tarbiyah Ramadhan, amalan ibadat yang kita pupuk diri di bulan Ramadhan, berterusan di masa hadapan inshaallah.

Tips ini dikongsikan oleh rakan yang mendengar ikim.fm, pilihan utama anda! Hehe. Promote jap, saya sendiri gemar mendengar ikim. Banyak sesi tazkirah/ ceramah dan drama radio yang bermanfaat yang dikongsikan, di selang selikan dengan bacaan Al Quran, nasyid dan lain2.

Jom kita sama2 beringat dikala raya ni, sebulan berpuasa bukanlah bermakna kita boleh makan sebanyak2nya pulak kan? Perut kita yang di detox dengan baik, inshaallah di kekalkan dengan baik.


TIPS GAYA SIHAT BERHARI RAYA
=============================

Dalam perjalanan balik kampung dalam kereta kami dengar IKIM.FM

Topik yang sangat saya suka. Tips gaya hidup sihat semasa berhari raya.

Antara tips yang dikongsikan.

1. Pastikan anda pandai memilih makanan yang sihat.

2. Dalam banyak-banyak hidangan raya mana yang lebih sihat contoh rendang, ketupat, lontong, lemang dan soto. Pilihlah ketupat dan soto kurang berlemak dan bersantan.



3. Bawa air mineral siap-siap dari rumah kerana kebiasaan tetamu akan dijamu dengan air manis. Cukup sekadar secawan air manis untuk satu hari ye. Bukan secawan air manis untuk setiap rumah ye.

4. Apa yang anda perlu tahu kuih muih dan biskut raya yang dihidangkan mengandungi kandungan gula, marjerin yang tinggi tahap gulanya serta lemak tepunya.

Rata-rata kandungan kalori dalam sepotong kuih tersebut ada yang mencecah 100 kcal.

Ambillah kuih sekadar merasa bukan melantak ye.

5. Berjalan kaki semasa berkunjung dari rumah ke rumah sebagai satu exercise ( sekiranya rumah dekat2)

6. Tuan rumah digalakkan melayan tetamu secara berdiri. Biar tetamu duduk tetapi tuan rumah berdiri supaya mudah membakar kalori.

7. Ringan-ringan tulang membasuh pinggan at least bawa pinggan ke dapur sebagai satu aktiviti sihat.

8. Sekiranya ada 10 buah rumah yang nak dikunjungi. Plan pengambilan makanan anda supaya tidak lebih dari kalori yang diperlukan.

Average keperluan kalori perempuan 1,200 kcal.
Average keperluan kalori lelaki 1,600 kcal sehari.

Pastikan tidak lebih dari keperluan kalori sehari anda ye.

Boleh install Apps yang boleh kira kalori setiap hari di telepon canggih anda. Contoh MyFitness pall atau dalam info sihat sebagai panduan pengiraan kalori anda setiap hari.

Awas apa yang anda makan hari ini akan menentukan bentuk badan anda hari esok.

Sayangi diri anda. Amalkan gaya hidup sihat demi orang tersayang.

Pesanan dari ikim.fm dan team info sihat.

Saya hanya share supaya anda sama-sama dapat manfaatnya.

Sila Share dengan rakan-rakan anda.

Isnin, 6 Julai 2015

PROMOSI RAYA 1436H dan JULAI 2015!!!

Assalamualaikum dan Salam sejahtera,

Salam Ramadhan 1436H.Apa khabar iman kita? inshaAllah, bertambah dengan kehadiran bulan yang di muliakan ini.




Diam tak diam dah masuk 10 malam terakhir bulan Ramadhan kan? Taklama lagi nak sambut raya pula. Sempena bulan yang kita sangat2 di galakkan untuk meningkatkan amal ibadat, dan moga istiqamah juga di bulan2 seterusnya.


Alhamdulillah Shaklee buat PROMOSI, si tonik ajaib untuk membantu nenek2 atok2 , mak2 ayah2 dan juga sesiapa sahaja yang mengalami masalah kesihatan mahupun yang minum VIVX untuk kesihatan optimum.


Alhamdulillah, atok saya yang pernah berkeadaan agak kritikal, kini masih boleh berpuasa penuh di bulan yang mulia ini, dengan izin Allah... dengan sesudu vivix setiap kali sahur. ;) Moga atok sihat2 selalu. ( kisah atok saya --> Atok ku tersayang


Walaupun dah 5 julai pun hari ni, rasanya belum terlambat untuk saya kongsikan apa die PROMOSI Julai 2015 ni. nak tahu Apa die? ❤ jemput scroll down ya.


1. VIVIX❤❤❤❤❤

Jimat rm5* each !!

Nak kenal VIVX, si tonik ajaib? jemput click VIVIX untuk KESIHATAN dan KECANTIKAN


2. BCOMPLEX

Jimat rm1* each !!

Jemput click : Bcimpleks dan fungsinya

3. VITALEA KIDS CHEWABLE

Jimat rm2* each

Jemput click kenali Vitalea KIDS


;) Jadi kawan2, sempena nak dekat raya ni, nak tambah pahala sedekah, ;)  agak2 mencari HADIAH untuk yang tersayang, VIVX antara hadiah terbaik! ;) bak kata kawan saya, walaupun sebotol nilai nya hampir dengan 2gm emas, tetapi nilai kesihatan ahli keluarga dan yang tersayang adalah jauh lebih tinggi. Setuju?

Jom dapatkan sekarang! 

Di akhir kata, Selamat menunaikan ibadat puasa dan amalan sunat di bulan yang mulia ini. semoga kita bertemu lagi dengan Ramadhan tahun2 akan datang. inshaAllah. 

Salam hormat dari saya dan keluarga

~Feel Free to LIKE and SHARE~Please do not hesitate to contact me/ comment below for:-
FREE ConsultationBusiness OPPORTUNITY with Shaklee!!





Sabtu, 4 April 2015

Istimewa April 2015


Assalamualaikum wbt dan Salam Sejahtera,

Alhamdulillah, Diam tak diam,dah masuk bulan April 2015!bulan ke 4, bagi tahun ini. Sekejap je kan? tup2, baby pun dah masuk 4 bulan juga. 

Untuk Entry kali ni, saya nak kongsikan promosi April 2015 yang awesome! 

2 produk penting sangat dan kegemaran mereka yang nak KURUS ataupun nak jaga berat badan. Lecithin dan Cinch 
1 vitamins yang famous untuk keCANTIKan dan keSUBURan : GLA Compleks
1 vitamins khas untuk DETOX hati : DTX
dan multivitamins kanak2- : Vitalea kids







Di samping promosi BEST ni, di bawah empayar mariafirdaus, sedang berjalan program Now Everyone Can KURUS batch ke 3, bermula pada 1 April --- dan bakal berakhir pada hari raya. Wow! ramai la yang selim melim nanti. 


Nak tahu TIPS PERCUMA untuk KURUS?
Nak tahu TESTIMONI terkini peserta NECK?
Nak tahu macamana nak KURUS tanpa seksa2?

Jemput singgah di sini --> Now Everyone Can KURUS



Sekian dulu, jika ada sebarang persoalan/perkongsia/dan apa2 la yang boleh saya bantu, sila lah hubungi saya ya...;) 

Bantu2 membantu ke arah kebaikan...Amalan Mulia! 

Saya doakan anda yang sedang membaca ni, Sihat , Ceria dan Bahagia selalu...

Sehingga berjumpa lagi, 

Anisah 
Rakan SID anda
0136216522
fb.com/anisahkhalid86

Ahad, 3 Ogos 2014

Salam Aidilfitri Syawal 1435H/Julai 2014

Assalamualaikum wbt dan Salam Aidilfitri,

Alhamdulillah, Alhamdulillah, Alhamdulillah, bertemu kita sekali lagi di bulan Syawal.


Memetik lirik nasyid Raihan, Syawal tanda kemenangan! Alhamdulillah.


Sebulan sudah Ramadhan bersama
Tibalah syawal tanda kemenangan
Sempurnakah segala amalan
Adakah kita berjumpa semula
Di Ramadhan yang akan datang...


Tahun lalu, saya menyambut sambutan 1 Syawal di rumah mertua di Shah Alam, kemudian ke Melaka. dan seterusnya beraya ke Perak bersama  mak abah & adik beradik. Saya kongsikan pengalaman raya saya tahun lalu, jemput click Salam Aidilfitri 1434H .




Tahun ini, giliran beraya 1 Syawal di sebelah saya pula dan kemudian baru di sebelah mertua. 




 Alhamdulillah, setiap kali raya ianya pengalaman yang berbeza. Dengan pertambahan ahli keluarga hampir setiap tahun, berkahwin ataupun bayi baru... ops, macam belum ada pertambahan berbanding tahun lalu. ;) . 




Kalau ikut 'sejarah', sejak tahun 2007, pasti ada sekurangnya seorang cucu Khalid&Su lahir setiap tahun sehingga tahun 2013. Tapi tahun 2014, so far...semua ibu2 cuti dari mengandung dan bersalin.. hehe. mungkin tahun depan legacy dikembangkan, inshaAllah. 




Jom layan gambar kami.. hehe, bab kata sedara mara.. keluarga khalid ni memang kuat bergambar. Jadi layankan jer ye.. hehe. 

Petang sebelum raya : 'Tolong' bakar lemang.. hehe.. tolong tengok je sebenarnya.
Chef import, moksu orang Melaka, pakar memasak lemang.
Antara menu wajib setiap tahun, rasanya hampir sama je kan dengan rakan pembaca semua... Nyummy, memang sedap.. penuh dengan pelbagai ramuan dan rempah ratus! hehe, lepas makan, jangan lupa kasi detox balik ye! moga perut & badan selesa je.. inshaAllah sihat selalu.
Inila lemangnya... hahaha, gara2 orang lain yang tolong jaga, jadilah 'putih' sebegini. tapi tetap sedap! 

Alhamdulillah, selesai menjamah makan sikit pagi raya, Alhamdulillah tahun ni, saya dapat menunaikan solat sunat aidilfitri di surau berhampiran rumah atok, anak-anak tinggal di rumah, minta tolong makcik-makcik diorg jaga kan.Saya dan suami berjalan kaki je ke surau di temani abang ipar yang berbaju hijau ni. Tetiba rasa lain juga, bila berjalan tanpa anak2, tapi rasa romantik gitu.. hehe. Gambar kiri sebelum solat sunat Aidilfitri, gambar kanan, sebelum masuk magrib 1 syawal 


    



Inilah keluarga besar saya, Alhamdulillah tahun ni hampir lengkap semua berkumpul di rumah atok. Cuba kira berapa orang dalam gambar ni? (Makintan dan keluarga je takde)


Atok bersama anak2 dan cucu beliau.... 

Dan Inilah kami... ahli keluarga yang ramai! hehe.. Mak, Suhaidah Tahir (cuba cari mana satu mak saya?) dan abah, Khalid Hasnan, Atok (mak kepada mak), dan adik beradik saya bersama keluarga masing-masing 








Ops, tak sempat bergambar duduk, sebab atok dah kepanasan.. hehe. ;) 
Alhamdulillah 5 orang dari 11 orang adik beradik saya sudah berkahwin, dan inshaAllah tahun depan ada pertambahan ahli baru lagi. 

Alhamdulillah, sedang berposing-posing, kami menerima kunjungan pertama, kawan sekolah rendah mak, comelnya setelah berpuluh tahun tidak bertemu... kali ini bertemu masing-masing dah mempunyai anak yang besar dan bercucu pula. ;) Siapa nak teka, berapa umur mak saya?



Aktiviti seterusnya, Ziarah kubur arwah Tokbah, Moyang dan beberapa orang saudara mara lain, Al -fatihah, moga ruh mereka sentiasa di cucuri rahmat Allah swt.


Sejak kami kecil, mak abah selalu bawa ziarah ke rumah adik beradik dan sepupu arwah tokbah.. sekarang ni, kebanyakkan nya telah meninggal dunia.. tinggal lah Tokngah Nasir dan Tok Tunggal sahaja.. Sayu rasanya bila lalu di rumah Atok saudara yang lain kosong dan hanya tinggal rumah sahaja. Sayangkan rumah pusaka di biarkan begitu, tapi atas desakan kerjaya masing-masing memilih untuk tinggal di bandar. InshaAllah, rumah atok takkan di biarkan sebegitu jika satu hari nanti. 


Ziarah Sepupu Tokbah, Tokngah Nasir... Alhamdulillah beliau masih kuat dan boleh drive sendiri dari Ipoh-KL- Muar.


Sambil abah berbual.. kami pun bercerita sesama sendiri, sebab inilah pun peluang nak berjumpa sesama adik beradik

 Jejaka tampan...;) 3 adik beradik lelaki bersama 4 orang ipar (termasuk cik suami saya la).. adik lelaki sorang lagi, Zarif!! oh Zarif... where are you? hehe.. selalu dia ni 'hilang dari radar'. 



Wanita solehah, inshaAllah... 7 adik beradik perempuan + 1 ipar.. bersama anak2, biasala kan ayah2 sendirian, ibu2 juga yang sentiasa di kelilingi anak2.. hehe.. Indahnya menjadi wanita!

Sekian dulu untuk entry kali ini.. di akhir kalam.. mohon pembaca semua mengamin kan doa ini. dan bersama kita jadikan ia doa harian kita. Moga kita semua sentiasa di lindungi dari sebarang musibah dan diberkati Allah swt. 


Walaupun Ramadhan telah pergi, jom kita teruskan amalan yang telah kita lakukan dan pertingkatkan lagi, inshaAllah. 


inshaAllah moga kita bertemu lagi di tahun hadapan dengan lebih bersedia.Ameen

Wallahualam.

Salam Aidil fitri, Maaf Zahir Batin

Wassalam, 
Anisah Khalid & Asyraf Shaare
6 Syawal 1435H

Sila LIKE dan SHARE,
 inshaAllah semoga ada insan yang mendapat manfaat dari entry ini.
Terima kasih kerana meluangkan masa.


Surirumah & Media : Bersama Membangun Potensi Suri Rumah Rahmah

 𝗦𝘂𝗿𝗶𝗿𝘂𝗺𝗮𝗵 𝗱𝗮𝗻 𝗠𝗲𝗱𝗶𝗮  Alhamdulillah, di izinkan Allah untuk hadir 2 hari 𝑩𝒆𝒏𝒈𝒌𝒆𝒍 𝑷𝒆𝒏𝒈𝒖𝒓𝒖𝒔𝒂𝒏 𝑴𝒆𝒅𝒊𝒂 𝑺...