Memaparkan catatan dengan label solat. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label solat. Papar semua catatan

Sabtu, 14 Oktober 2017

ADAKAH ANDA TERSENARAI DALAM PENDAFTARAN MILIK ALLAH?

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Bestnya tazkirah ini... malu rasanya bila baca.

ADAKAH NAMA ANDA TERCATAT (TERUKIR) DALAM PENDAFTARAN MILIK ALLAH?

Kisah seorang persara (bukan group ini) bermusykil seorang Ustaz:

"Ustaz. Mengapa saya merasa bosan dengan hidup saya yang begini-gini juga? Terus hambar, tak tentu arah dan tak ada nikmatnya. Bosan saya Ustaz! Saya ingin bahagia tapi kenapa susah sangat utk mendapatkannya?"

Ustaz pun menjawab: "Ooooh... Mungkin dimasa ini Allah juga sedang bosan dengan tuan."

"Allah bosan dengan saya? Maksudnya bagaimana Ustaz?"

Ustaz menjelaskan: "Mungkin Allah telah letih mencari tuan, namun tuan tak pernah ditemui dimana-mana.

- Dicari diantara kumpulan solat Dhuha tak ada.

- Dicari diantara kumpulan solat Tahajjud tak ada.

- Dicari diantara kumpulan puasa sunnah juga tak ada.

- Dicari diantara kumpulan yg sering bersedekah, juga tak bertemu.

- Dicari diantara kumpulan Tadarrus Al-Qur'an, tuan juga tak ada disana.

 - Dicari diantara kumpulan orang orang melakukan ibadah Umrah, namun niat tuan pun belum ada.

- Dicari diantara orang2 yang khusyuk solatnya, tak ada.

- Dicari dimajlis Maulidur Rasul dan majlis Selawat tak ada.

- Dicari diantara yang menuntut ilmu agama pun tak ada. 

Allah SWT nak mencari tuan dimana?

Cuba tuan beritahu?

Maka menangislah si persara sambil mengusap air matanya lalu beristighfar berulang kali.

Segeralah kembali kepada Allah. Dekatkan dirimu pada Allah. Hanya Allah SWT sahaja ZAT yang boleh menenteramkan hidup kita. 

PASTIKAN NAMA KITA  SENTIASA TERTULIS DALAM DAFTAR YANG DISEBUT.

Selamat berjuang saudaraku.
In shaa Allah... Allah akan kurniakan rahmat bagimu.

PENAWAR DALAM ISLAM:

✿ Sering sakit = berpuasa sunnah Rasulullah Isnin dan Khamis.
✿ Wajah gelap = solat Tahajjud.
✿  Hati yang sempit = perbanyakkan baca Al-Qur'an.
✿ Tidak bahagia = solatlah tepat pada waktunya.
✿ Cepat marah = berwudhuk dan perbanyakkan istighfar.
✿ Gelisah = perbanyakan berdoa.
✿ Tertekan = perbanyakan berzikir "Lahaula walaquwwata illa billah".
✿ Rezeki kurang barakah = sering berdoa untuk orang tuamu.
✿ Hidup miskin= perbanyakan bersedekah jariah.

Kongsikan pesanan ini pada sahabat yang lain agar bermanfaat.

 # Peringatan buat diri sendiri juga.

Copy n Paste .....dr sahabat yg selalu mengingatkan sy😔

Wallahu a'lam...

Rabu, 23 Ogos 2017

Panduan Solat Bagi Pesakit

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera...

Bila terpandang ada pakcik yang sakit gigih untuk solat walau dalam keadaan baring, teringat yang semasa saya warded sebelum bersalinkan amni, ramai ibu2 yang belum bersalin tak solat, atas alasan dah mula sakit atau pun dah turun tanda. Dari segi hukum, selagi belum bersalin, kita wajib solat dengan apa cara yang boleh. Sebelum kita masuk bertempur di dewan bersalin, gunakan peluang untuk beribadat. InshaAllah.

Jika mampu berdiri dan boleh solat seperti biasa. Jika tak mampu berdiri, solatlah duduk. Jika tak mampu duduk, solatlah baring. Jika tak mampu nak gerakkan tangan pun, solatlah dengan pergerakan kelopak mata. Selagi mana, masih berakal dan sedar, kita wajib solat.

Di sesetengah hospital kerajaan, ada NGO atau pun pihak hospital sendiri yang sediakan perkhidmatan galakan untuk menunaikan ibadat solat. Ada kit solat lagi. Boleh google up untuk cari.

Kali ini saya nak share poster yang merangkumi cara untuk ambil wudu' dan cara solat bagi pesakit.

Semoga bermanfaat.



Isnin, 10 Julai 2017

Andai terlupa PASSPORT

KISAH SEORANG YANG TERLUPA PASSPORT

Cerita ini diberitahu oleh seorang alim kepada sahabat saya, Tuan Aboy Salleh, lalu disampaikan pula pada saya. Jadi, saya rasa bersalah kalau tak share cerita ini pada anda semua.

.................
Katakanlah,

Kita dah lama rancang nak melancong ke sebuah negara ini. Kita tahu tempatnya cantik, cuacanya permai. Penduduknya pun baik-baik.

Kita dah siapkan bagasi, semua kelengkapan tidak tertinggal. Kita ajak ahli keluarga semua. Kita dah siapkan itinerary apa nak dibuat. Nak makan apa, nak minum apa, nak melawat siapa, nak beraktiviti apa.

Namun,
tiba-tiba,
setelah bagasi kita check-in,
kita teraba-raba di poket,

"Alamak! Mana passport aku?"

Masa tu, kita takkan boleh kejar balik rumah dapatkan passport. Hati kita dah berbungkam, kecewa. Puas kita menangis, merayu pada penjaga pintu supaya kita dilepaskan.

Sayang sekali,
kita takkan melepasinya.

Kita akhirnya,
ditinggal keseorangan.

Sahabatku,
begitulah hakikat kehidupan di dunia ini. Passport itu, adalah ibaratnya solat 5 waktu kita.

Kita dah siapkan bagasi sebagai 'bekalan', untuk dipersembahkan kepada kekasih kita, Allah. Bekalan inilah ibaratnya 'bagasi' kita, besar, cantik dan banyak.

Kita dah siap bawa ibu ayah dikasihi, isteri dan anak tercinta. Kita bawa semua orang yang kita sayang, untuk bertemu Yang Maha Penyayang.

Kita dah berangan-angan nak buat apa sewaktu di syurga. Inilah 'itinerary' kita.

Tapi,
tanpa passport,
kita akan terduduk kekecewaan.

Tiada passport,
keluarga kita takkan melepasi 'gate' tanpa kita. Atau kita ditinggal keseorangan di situ.

Tanpa passport,
tiada guna lagi bagasi besar, cantik dan banyak, yang telah kita persiapkan bertahun-tahun. Semua 'bagasi' itu jadi sia-sia.

Hanya kerana tertinggal passport, kita takkan dapat naik ke penerbangan 'suci'. Sedang yang lain, berlepas ke negeri abadi.

Sahabatku,

Samada kita ada bagasi ataupun tidak,
kita jangan tertinggal PASSPORT

Ingatlah PASSPORT sepanjang masa,
atau bersamalah orang yang sering ingatkan kita tentang PASSPORT kita.

Passport kita,
adalah solat 5 waktu.

Sunat Dhuha berbelas rakaat tak pernah tinggal,

TAPI,
solat Fardhu kita tak pernah khusyuk, ataupun on-off. Habislah 'passport' kita.

Kita sedekah bagai nak rak, bukan sedikit jumlahnya, ikhlas dan sembunyi lagi. Allah siap bagi separuh amalan, walau kita baru pasang niat saja, MasyaAllah Maha Baiknya Allah.

TAPI,
kita sembunyi atau lari bila bersolat Fardhu. Habislah 'passport' kita.

Apa jenis puasa pun, puasa sunat Isnin Khamis, puasa Ramadhan tak pernah tinggal, pakej puasa enam Syawal yang ganjarannya dikira sepanjang tahun. Nyambil-nyambil mengaji Quran khatam pulak banyak kali.

TAPI,
kita sesekali ter'miss' pula solat Fardhu. Atau entah berapa kali Subuh Gajah. Maka, habislah 'passport' kita.

Passport kita,
adalah solat Fardhu kita.
Jagalah solat 5 waktu ini.

Inilah peringatan untuk saya, dan keluarga kita. Mohon Share, kerana kita taknak 'tercicir' dari penerbangan ini.

Sumber : fb Al Irfan Jani

Rabu, 9 Mac 2016

WAKTU KEJAR KITA atau KITA KEJAR WAKTU

TERTIPU WAKTU... Kiriman dari seorang sahabat



Waktu berlalu...
Begitu halus menipu...

Tadi pagi belum sempat zikir pagi, sedar2 sudah jam 9.00 pagi.

Belum sempat sedekah pagi, matahari sudah meninggi.

Rencananya jam 9.30 mau solat dhuha, tiba2 azan zohor sudah terdengar.

Teringin setiap pagi menghabiskan baca 1 juz Al Qur'an. Tapi "teringinnya itu" sudah setahun yang lalu dan kebiasaan itu belum terlaksana.

Sebenarnya ada komitmen pada diri sendiri, tidaklah berlalu malam kecuali dengan tahajud dan witir, sekalipun hanya 3 rakaat singkat saja. Dan komitmen itu belum dilaksanakan sejak 2 tahun lepas. Tanpa hukuman diri atas pengkhianatan komitmen dan tanpa perasaan bersalah sehingga belum merasa taubat.

Dulu juga pernah terpikir punya anak angkat atau yang di sponsor , entah yatim entah anak miskin, yang di lawati setiap bulan.

Ya kerana kesibukan lupa merealisasikannya, dan itu sudah berlangsung sekitar 3 tahun yang lalu...

Akan terus beginikah nasib "hidup" kita menghabis-habiskan umur ?! Berhura-hura dengan usia ?!
Tiba2 masuklah usia di angka 30 sebentar kemudian 40 tahun... dan kini lebih dari 50 tahun...

Tak lama terasa kemudian orang memanggil kita dengan sebutan "pakcik... tok... uncle... makcik... aunty... nenek"

Pertanda kita sudah tua.
Uban yang mulai menghias kepala, kerepot yang menghias kulit, tenaga yang tidak seberapa.

Menunggu ajal tiba...sejenak mengintip catatan amal yang kita ingat pernah berbuat apa...?

Astaghfirullah..
Tak seberapa, sedekah dan wakaf juga sekedarnya, malah banyakan harta yang kita makan, buat tanah, rumah, usaha dan katanya untuk invest dan peninggalan anak cucu yang belum tentu mereka suka.

Jika demikian...
Apakah ruh tidak akan menjerit saat harus berpisah dari tubuh..?!

Tambahkan usiaku ya Allah !. Aku perlu waktu untuk beramal dan berbekal ...

Belum cukupkah main2mu selama 50 tahun atau 60 tahun ?



Perlu berapa tahun lagi untuk mengulang pagi, petang, hari, minggu, bulan dan tahun yang sama ! Tanpa pernah merasa kehilangan untuk menghasilkan pahala di setiap detiknya. Tidak akan pernah cukup 1000 tahun bagi yang terlena...

Astaghfirullahal 'adzim...

Khamis, 15 Januari 2015

Allah 'call'... sediakah kita?

Assalamualaikum.. sedikit perkongsian ceramah Da'i Farhan semalam.

○ 3 Panggilan yang perlu disambut sepanjang hidup:
- Panggilan Azan
- Panggilan Haji
- Panggilan Ajal



○ Pandai macam mana pun kita dalam ilmu pengetahuan matematik, kita masih tidak dapat mengira jumlah dosa dan pahala.



○ Salah satu hati hendak khusyuk dalam Islam, Apabila dengar azan hatinya berbisik "Allah tengah panggil aku".






○ Salah satu cara hendak khusyuk dalam solat, haruslah khusyuk dahulu wuduknya.

○ Bila dilahirkan, kita diazankan tanpa solat. Bila dimatikan, kita disolatkan tanpa azan.


○ Bila hidup tak datang masjid, dah mati baru nak datang. Datang pun duduk depan Imam.



○ Kalimah masjid disebut sebanyak 27 kali di dalam Al Quran. Dan sebanyak 15 daripada itu dikhususkan dengan menyebut nama masjidnya.

○ Rukun wuduk ada 6, 4 kering dan 2 basah. Yang kering adalah Niat dan Tertib. Yang basah pula adalah muka, tangan, rambut dan kaki.

○ Bila kita nak telefon, tertinggal 1 digit agak mustahil untuk kita membuat panggilan. Begitu juga dengan solat, bila kita tertinggal 1 fardhu, akan terputus panggilan kita dengan Allah swt.

○ Solat itu macam kita online kat Facebook. Kita boleh luahkan rasa sedih dan doa.



○ Nak tahu keputusan perlawanan bola sepak, kita mestilah tengok minit ke 90, bukannya minit pertama. Begitu juga dengan kebaikan hidup seseorang. Kita haruslah tengok minit2 terakhirnya dan bukannya tengok minit2 permulan dan pertengahannya.

Di akhir kata, mari sama-sama kita aamin doa di bawah...Allah sedang menunggu doa kita...

'Ya Allah, ampunilah dosa kami dan dosa kedua ibubapa kami, dan kasihani lah mereka sebagaimana mereka mengasihani Ku'
'Ya Allah masukkan kami ke syurgaMu, tanpa di hisab'
Ya Rahman , Ya Rahim, Ya Wahhab, Ya Latiff, Ya Razzaq...
Makbulkan doa setiap yang membaca doa ini....
Aamin Ya Rabbalamin


Waallahualam. Semoga bermanfaat. Insyaallah. Tolong sebar2kan untuk motivasi diri. Insyaallah. Alhamdulilah

Moga sedikit sebanyak menjadi pencen kubur kita...

Surirumah & Media : Bersama Membangun Potensi Suri Rumah Rahmah

 𝗦𝘂𝗿𝗶𝗿𝘂𝗺𝗮𝗵 𝗱𝗮𝗻 𝗠𝗲𝗱𝗶𝗮  Alhamdulillah, di izinkan Allah untuk hadir 2 hari 𝑩𝒆𝒏𝒈𝒌𝒆𝒍 𝑷𝒆𝒏𝒈𝒖𝒓𝒖𝒔𝒂𝒏 𝑴𝒆𝒅𝒊𝒂 𝑺...