Assalamualaikum dan Salam Jumaat.
Saya biasa menerima perkongsian hadis ini setiap hari, tapi hadis kali ini sangat dekat dgn kita, sangat penting untuk kita saling mengingati.
Cuba tanya dengan diri, bila kali terakhir kita mengucapkan SALAM pada mereka yang kita tak kenal???
Jarang sangat kan?
AllahuAkbar..
Dulu, semasa saya tinggal di UK, bila terjumpa sahaja seorang Muslim (sama jantina) , automatic akan beri Salam . Kalau lain jantina, tengok pada keadaan.
Tapi di Negaraku Malaysia, yang mana Islam adalah agama rasmi... Tetapi budaya memberi salam tu... Macam untuk orang yang kita kenal sahaja kan???
Ok.. jom kita menjadi lebih baik. InshaAllah.
Dan jom baca hadis ini dan sama2 ambil pengajaran.
PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS
Sayangi Manusia Lain
عَنْ جَرِيرِ بْنِ عَبْدِ اللَّهِ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ لَا يَرْحَمُ اللَّهُ مَنْ لَا يَرْحَمُ النَّاسَ
Dari Jarir bin Abdullah berkata, "Rasulullah SAW bersabda: "Allah tidak akan menyayangi sesiapa yang tidak menyayangi manusia." (HR Bukhari No: 6828)
Pengajaran:
1. Sifat saling mengasihi dan menyayangi sesama manusia adalah suatu keperluan dalam mewujudkan kehidupan yang rahmah dan berkasih sayang.
2. Menyayangi sesama manusia dengan cara menunaikan tanggungjawab yang menjadi hak orang lain yang berada di sekeliling antaranya seperti sabda Rasulullah:
حَقُّ الْمُسْلِمِ عَلَى الْمُسْلِمِ سِتٌّ قِيلَ مَا هُنَّ يَا رَسُولَ اللَّهِ قَالَ إِذَا لَقِيتَهُ فَسَلِّمْ عَلَيْهِ وَإِذَا دَعَاكَ فَأَجِبْهُ وَإِذَا اسْتَنْصَحَكَ فَانْصَحْ لَهُ وَإِذَا عَطَسَ فَحَمِدَ اللَّهَ فَسَمِّتْهُ وَإِذَا مَرِضَ فَعُدْهُ وَإِذَا مَاتَ فَاتَّبِعْهُ
Hak seorang muslim terhadap muslim yang lain itu ada enam: (iaitu) apabila engkau bertemu dengannya, ucapkanlah salam, apabila dia mengundangmu, penuhilah undangannya, apabila dia meminta nasihat kepadamu, nasihatilah dia, apabila dia bersin lalu mengucapkan Alhamdulillah, doakan dia (dengan mengucapkan Yarhamukallah), apabila dia sakit, jenguklah dia, dan apabila dia meninggal, iringilah jenazahnya.” (HR. Muslim 4023)
3. Sesiapa yang tidak menyayangi orang lain, Allah tidak akan menyayanginya
Sayangilah orang lain agar kita sentiasa disayangi.
#Malaysia Menuju Negara Rahmah#
Sumber: Pertubuhan IKRAM Malaysia Negeri Johor
27hb Januari 2017
28hb Rabiul Akhir 1438H
Berkongsi Idea, Pengalaman dan Pandangan mengenai kehidupan , Islam, perkembangan kanak-kanak, supplemen semulajadi, masakan, pemakanan, kehidupan sebagai usahawan, dan banyak lagi...
Memaparkan catatan dengan label agama. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label agama. Papar semua catatan
Jumaat, 27 Januari 2017
Isnin, 24 Oktober 2016
Mencari kesempurnaan hidup...
*Tazkirah pendek..*
Suatu hari, aku bertanya kepada guru.
Aku: "Bagaimana caranya agar kita mendapatkan sesuatu yang paling sempurna dalam hidup..?"
Guru : "Berjalanlah lurus di taman bunga, lalu petiklah bunga yang paling indah dan jangan kembali kebelakang..!"
Setelah berjalan dan sampai di ujung taman, aku kembali dengan tangan hampa.
Lalu Guru bertanya : "Mengapa kamu tidak mendapatkan bunga satu pun..??"
Aku : "Sebenarnya tadi aku sudah menemukannya, tapi aku tidak memetiknya, kerana aku fikir mungkin yang di depan pasti ada yang lebih indah. Namun ketika aku sudah sampai di hujung, aku baru sedar bahawa yang aku lihat tadi adalah yang TERINDAH, dan aku pun tak mungkin kembali kebelakang lagi..!"
Sambil tersenyum, Guru berkata : "Ya, itulah hidup. Semakin kita mencari kesempurnaan, semakin pula kita tak akan pernah mendapatkannya. Kerana sejatinya kesempurnaan yang hakiki tidak pernah ada, yang ada hanyalah keikhlasan hati kita utk menerima kekurangan.."
"JANGAN MENCARI KESEMPURNAAN, tapi sempurnakanlah apa yg telah ada pada kita"..

Isnin, 10 Oktober 2016
Perkongsian hadis : Puasa Asyura
PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS
Berpuasa Hari Asyura Kecintaan Kepada Rasul
عَنْ ابْنِ عَبَّاسٍ قَالَ قَدِمَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ الْمَدِينَةَ وَالْيَهُودُ تَصُومُ عَاشُورَاءَ فَقَالُوا هَذَا يَوْمٌ ظَهَرَ فِيهِ مُوسَى عَلَى فِرْعَوْنَ فَقَالَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ لِأَصْحَابِهِ أَنْتُمْ أَحَقُّ بِمُوسَى مِنْهُمْ فَصُومُوا
Dari Ibnu 'Abbas dia berkata; "Rasulullah SAW tiba di Madinah, baginda melihat kaum Yahudi berpuasa pada hari Asyura`, mereka berkata; "Lebih tepatnya pada hari Musa mengalahkan Fir'aun. Maka Rasulullah SAW bersabda kepada para sahabatnya: "Kalian lebih berhak terhadap Musa daripada mereka, maka berpuasalah." (HR Bukhari No: 4312) Status: Sahih
Pengajaran:
1. Ibadat Puasa adalah antara syariat yang diwajibkan keatas umat terdahulu. Puasa Hari Asyura adalah antara syariat Nabi Musa sebagai tanda bersyukur diselamatkan dari Firaun dan tenteranya.
2. Rasulullah SAW berpuasa pada hari Asyura sejak sebelum kewajipan berpuasa Ramadan dan mengajak para sahabat juga berpuasa.
3. Kita sebagai umat Islam lebih wajar menunjukkan tanda kecintaan kepada para Rasul termasuk Nabi Allah Musa. Antara tanda kecintaan itu dengan berpuasa pada hari Nabi Allah Musa mengalahkan Firaun dan tenteranya yang ditenggelamkan di laut Merah.
Moga Allah sentiasa menjadikan kita orang yang cinta dan kasih kepada para RasulNya.
#Malaysia Menuju Negara Rahmah#
Pertubuhan IKRAM Malaysia Negeri Johor
11hb Oktober 2016
10 Muharam 1438H
Salam Maal Hijrah,
Anisah 0136216522
Langgan:
Catatan (Atom)
Surirumah & Media : Bersama Membangun Potensi Suri Rumah Rahmah
𝗦𝘂𝗿𝗶𝗿𝘂𝗺𝗮𝗵 𝗱𝗮𝗻 𝗠𝗲𝗱𝗶𝗮 Alhamdulillah, di izinkan Allah untuk hadir 2 hari 𝑩𝒆𝒏𝒈𝒌𝒆𝒍 𝑷𝒆𝒏𝒈𝒖𝒓𝒖𝒔𝒂𝒏 𝑴𝒆𝒅𝒊𝒂 𝑺...
-
Assalamualaikum dan Selamat Menemani dan menghadapi peperiksaan, InshaAllah bermula hari ini, adik bongsu saya dan calon UPSR seluruh neg...
-
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera, Hari ini ada rakan kongsikan kisah saidatina Khadijah yang wajar sangat kita semua ambil tahu. ...
-
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera, Apa khabar anda hari ini? Di doakan sihat sejahtera fizikal & mental nya. Seram tengok berita sek...