Memaparkan catatan dengan label Doa tahun baru. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Doa tahun baru. Papar semua catatan

Khamis, 5 Januari 2017

Nasihat buat diri untuk tahun 2017

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Alhamdulillah.
Alhamdulillah.
Alhamdulillah.

Saya terima nasihat ini melalui group IKRAM di telegram. Sesuatu yang saya kira sangat2 bermanfaat.

Selamat membaca dan mendapat manfaat dari nya.


PERTIMBANGAN UNTUK 2017 
________________________________

1. MENGENAI PENDAPATAN : Jangan sekali-kali bergantung kepada satu lorong pendapatan. Buat pelaburan atau mulakan perniagaan untuk mewujudkan lorong kedua, ketiga mahupun keempat. _________________________________

2. MENGENAI PERBELANJAAN : Jika anda kerap membeli perkara yang anda tidak perlu, kelak anda akan terpaksa menjual sesuatu yang anda perlu.

________________________________

3. MENGENAI TABUNGAN : Jangan simpan apa yang tinggal selepas perbelanjaan, tetapi berbelanja apa yang tinggal selepas menyimpan. 
________________________________

4. DALAM MENGAMBIL RISIKO : Jangan sekali-kali menguji kedalaman sungai dengan kedua-dua kaki.
 ________________________________

5. DALAM PELABURAN: Jangan letakkan semua telur dalam satu bakul. Hati-hati dengan skim cepat kayap! Cari pelaburan yang sah di sisi undang-undang.
________________________________

6. JANGKAAN: Kejujuran sangat mahal harganya. Jadi jangan mengharapkannya daripada orang yang kuat gebang!

________________________________

7. Masa lalu adalah kertas buangan, masa ini adalah suratkhabar dan masa depan adalah kertas soalan. Keluarlah dari masa lalu anda, kawal masa kini dan selamatkan masa depan anda. Ingatlah perubahan yang kita buat hari ini mungkin akan mengubah haluan kehidupan kita buat selamanya.
________________________________

8. Apabila perkara-perkara buruk berlaku dalam hidup anda, anda sebenarnya mempunyai tiga pilihan. Samada anda boleh membiarkan ia menentukan perjalanan kehidupan anda atau membiarkan ia memusnahkan anda atau anda boleh menjadikan ia sebagai motivasi untuk menguatkan diri anda!

_______________________________

9. Mata kita terletak di hadapan kerana itu ia adalah lebih penting untuk melihat ke hadapan daripada memandang ke belakang kepada perkara yang telah berlalu.

_______________________________

10. Kita menggunakan pensil semasa kita muda, tetapi kini kita menggunakan pen. Anda tahu kenapa? Kerana kesilapan di zaman kanak-kanak dengan mudah boleh dipadamkan, tidak seperti sekarang.

_______________________________

11. Kita tak semestinya menempuh jalan yang ramai orang lalu. Kita boleh buat jalan kita sendiri. Mana tahu di hujung jalan sana ada emas yang menanti. Apa yang penting ialah kita telah meninggalkan jejak!

Selamat menjalani tahun 2017.




Semoga ketenangan, kemakmuran, kesejahteraan dan kemakmuran menjadi milik anda!

Khamis, 1 Januari 2015

Doa Tahun Baru 2015

Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera semua,

Alhamdulilah,
Alhamdulilah,
Alhamdulillah

2014 telah pun melabuhkan tirainya. Pelbagai kisah suka dan duka sepanjang tahun lalu. Moga ia menjadi iktibar dan pendorong untuk kita lebih berjaya dunia Akhirat. Aamin.

Alhamdulilah, di pagi yang indah dan damai, DOA ini telah dikongsikan oleh rakan saya. Sebagai rakan anda, saya kongsikan bersama. Moga tahun 2015, bersinar dengan sangat baik walaupun dalam keadaan GST baru diperkenalan Dan apa2 lagi yg lain...

Namun tugas kita, adalah untuk adjust to the environment to always be better. InshaAllah.



Doa Tahun Baru 2015

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
                 
بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِ
ٍ
اَلْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ وَالْعَاقِبَةُ لِلْمُتَّقِيْنَ وَلاَ عُدْوَانَ إِلاَّ عَلَى الظَّالِمِيْنَ وَالصَّلاَةُ وَالسَّلاَمُ عَلَى أَشْرَفِ اْلأَنْبِيَاءِ وَالْمُرْسَلِيْنَ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْن
                             
Ya الله , Ya Tuhan kami, kami memohon kepada Mu Ya اَللّهُ، permudahkanlah urusan kami untuk tahun 2015 ini dan untuk tahun2 yang akan datang، muliakan & lapangkanlah kehidupan kami, bahagiakanlah keluarga kami, dan luaskan rezeki kami seluas lautan yang engkau ciptakan.

Kabulkan cita-cita kami, jauhkan dari segala penyakit, fitnah, prasangka keji, berkata kasar dan mungkar. Jauhkan kami dari segala musibah. Ampunkanlah dosa kedua ibubapa kami dan guru-guru kami، serta kaum muslimin & muslimat keseluruhannya.

Ya الله , sesungguhnya kami memohon kebajikan dan keselamatan dalam agama, dunia, keluarga dan harta kami. Ya الله , tutupilah aib kami dan sesuatu yang tidak layak dilihat orang dan tenteramkan kami dari rasa takut.
Terimalah semua amal ibadah kami, dan kelak jadikanlah kami sebagai penghuni Syurga-Mu.

Ya الله , selamatkanlah kami dari segala bencana dan semua perkara yang merupakan ujian yang amat hebat dan berat ini.

Ya الله , bantulah kami dan semua kaum Muslimin dan Muslimat walau di mana mereka berada, rahmatilah kami semua dan berilah kami semua rezeki  dengan jannahMu.

Ya الله , jadikanlah kami bersyukur dengan apa yang kami ada dan janganlah kami risau dengan apa yang bukan milik kami.

Ya الله , berilah kami rezeki yang bukan sahaja wang ringgit tetap juga umur yang berkat, nikmat kesihatan yang dikelilingi oleh kebaikan dan kedamaian.

Ya الله , berikanlah kami kekuatan, berilah kami kemampuan, kuatkan-lah iman kami. Ya الله , kuatkan-lah agama kami dan Iman kami.

Ya الله , permudahkanlah urusan kami, bukakanlah pintu-pintu rezeki dan segala pintu kebaikan buat kami semua.

Ya الله , semoga kami akan menjadi diri yang mukmin, yang soleh dan dekatkan
lah hati kami pada`Mu.

Ya الله , Ya Tuhan kami berikanlah Nur cahaya disetiap percakapan kami, pergerakan kami dan cahaya disetiap denyutan nadi kami, jantung kami dan cahaya dipenglihatan kami dan juga pendengaran kami.

Ya الله , tabahkanlah, sabarkanlah sifat kami dan ikhlaskanlah hati kami dalam mengharungi bahtera kehidupan ini kerana sesungguhnya hanya kepada`Mu-lah kami berserah diri.

Ya الله , seandainya saatnya tiba, Engkau memanggil kami untuk kembali ke sisi`Mu, matikanlah kami dalam keadaan beriman dan bertaqwa kepada`Mu.

Ya الله , segala amal ibadah kami semua hanya tertuju kepada`Mu. Terimalah segala amalan kami dengan keredhaan`Mu. Hanya. Engkaulah yang menilai semua perbuatan kami.

Ya الله , hindarkanlah kami dari mempunyai sifat-sifat lemah, malas dan suka bertangguh-tangguh dalam menjalankan kewajipan kami.

Ya الله , peliharalah kami dan lindungilah kami agar kami sentiasa dalam sihat sejahtera, aman bahagia selamanya.

Ya الله , kurniakanlah kami taufiq dan hidayah agar kami sentiasa rajin berusaha untuk kejayaan dan kecemerlangan di dunia serta tekun  beribadah keranaMu sebagai habuan akhirat kami Ya Allah.

Ya الله , Ya Ghaffar ampunkanlah segala dosa-dosa kami, dosa kedua ibubapa kami, anak isteri kami, kaum keluarga kami, guru-guru kami, sahabat-sahabat kami serta sekalian muslimin muslimat di mana saja mereka berada.

Selawat dan salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad SAW serta ahli keluarga dan para sahabatnya.

Segala puji pujian hanya untukMu Ya الله .                                                  
رَبَّنَا ظَلَمْنَا أَنْفُسَنَا وَإِنْ لَّمْ تَغْفِرْلَنَا وَتَرْحَمْنَا لَنَكُوْنَنَّ مِنَ الْخَاسِرِيْنَ

رَبَّنَا ءَاتِنَا فِى الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِى اْلآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ

وَصَلَّى الله ُعَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمَ

وَالْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ.

آمِّيْنَ, آمِّيْن, آمِّيْن,َ يا رَبَّ الْعَالَمِيْن  َ

Surirumah & Media : Bersama Membangun Potensi Suri Rumah Rahmah

 𝗦𝘂𝗿𝗶𝗿𝘂𝗺𝗮𝗵 𝗱𝗮𝗻 𝗠𝗲𝗱𝗶𝗮  Alhamdulillah, di izinkan Allah untuk hadir 2 hari 𝑩𝒆𝒏𝒈𝒌𝒆𝒍 𝑷𝒆𝒏𝒈𝒖𝒓𝒖𝒔𝒂𝒏 𝑴𝒆𝒅𝒊𝒂 𝑺...