Memaparkan catatan dengan label bisnes Shaklee. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label bisnes Shaklee. Papar semua catatan

Isnin, 12 Jun 2023

Pengedar Shaklee Puncak Alam, Selangor: Your Neighboorhood Shaklee Distributor


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera, 


Sekali lagi, terima kasih kerana sudi singgah di blog saya ini. 

Seperti yang anda tahu, di blog ini lah menjadi medan rezeki saya, "Kedai Online" saya. 
Di mana saya berkongsi pengalaman dan testimoni shaklee serta info produk shaklee secara khusus, di samping selingan beberapa topik lain. Doakan saya sihat sejahtera untuk dapat terus berkarya di sini. 




Tidak lengkap rasanya blog ini jika saya tidak memperkenalkan diri di mana "KEDAI FIZIKAL" saya, sebagai seorang usahawan, a.k.a pengedar shaklee haruslah saya memperkenalkan diri di mana saya berada, supaya mudah untuk anda yang menjadi pelanggan saya untuk mendapatkan produk shaklee yang kita sama-sama percaya keberkesanan nya. Ia nya diperakui oleh pakar sains, di mana sudah banyak produk yang mendapat paten- tiada company lain boleh claim serupa. 

Saya dengan gembira ingin memperkenalkan diri sebagai Pengedar Shaklee Puncak Alam, Selangor. Ya, anda akan terus melihat "Pengedar Shaklee Puncak Alam" dalam tulisan ini. Mengapa begitu? Kerana peranan ini adalah identiti saya yang saya amat banggakan.


Izinkan saya jelaskan dengan lebih jelas mengapa saya begitu bersemangat menjalankan peranan sebagai Pengedar Shaklee.

Shaklee adalah sebuah jenama yang terkenal di seluruh dunia dengan pelbagai produk kesihatan dan kecantikan berkualiti tinggi. Saya bermula sebagai consumer, lebih tepat lagi keluarga saya sebagai pengguna produk shaklee, kemudian Sebagai pengedar saya telah menjadi saksi bagaimana produk-produk ini telah membantu ribuan orang meningkatkan kualiti hidup mereka. Kejayaan mereka menjadi sumber inspirasi bagi saya untuk terus memperkenalkan produk-produk ini kepada masyarakat Puncak Alam dan sekitarnya.


Untuk memudahkan anda mendapatkan produk Shaklee yang anda perlukan, saya menyediakan dua pilihan yang mudah: Cash on Delivery (COD) atau anda boleh mengambil produk di alamat saya. Inilah butiran yang perlu anda tahu:




https://maps.app.goo.gl/uEPYTPHgLE4LwMwG6

Nama: Anisah Khalid

Pengedar Shaklee Puncak Alam

Alamat: No 9, Lorong Naluri Sukma 8/14, Bandar Puncak Alam, 42300 Bandar Puncak Alam, Selangor

Nombor Telefon: 013-621 6522


Jika anda memilih COD, saya akan dengan senang hati menghantar produk yang anda perlukan ke tempat yang sesuai untuk anda. Namun, jika anda ingin mengambil sendiri produk tersebut, anda boleh datang ke alamat yang telah saya berikan pada waktu pejabat.


Saya ingin menegaskan sekali lagi bahawa saya adalah Pengedar Shaklee Puncak Alam, Selangor. Ini adalah identiti yang saya amat banggakan, itulah sebabnya saya mengulanginya di sini. Saya berharap dengan penekanan ini, anda akan mengingati saya apabila mencari produk Shaklee berkualiti tinggi.


Jangan risau jika anda tinggal di luar Puncak Alam, kerana saya menawarkan perkhidmatan pos ke seluruh Malaysia, termasuk Sabah dan Sarawak. Jadi, di mana sahaja anda berada, anda tetap boleh menikmati produk Shaklee yang berkualiti.


Untuk maklumat lanjut mengenai produk Shaklee atau jika anda mempunyai sebarang pertanyaan, jangan ragu untuk menghubungi saya melalui nombor telefon yang telah saya berikan. Saya sentiasa bersedia membantu anda memenuhi keperluan kesihatan dan kecantikan anda.


Terima kasih kerana membaca entri blog saya ini! Saya berharap anda boleh ingat saya sebagai Pengedar Shaklee Puncak Alam, Selangor, andai kata anda singgah di sekitar Puncak Alam, boleh lah roger-roger, boleh lah saya belanja minum ESP , cinch ataupun performance drink. 

Sampai kita bertemu lagi dalam entri blog seterusnya, di mana saya akan berkongsi lebih banyak tips menarik. In sha Allah


Jika anda berada di sekitar Muar dan Melaka, boleh hubungi rakan shaklee saya, di Pengedar Shaklee Muar Melaka - Nurul Zazali

Nak PRODUK Shaklee atau nak renew keahlian shaklee nak mulakan BISNES ONLINE Shaklee? Jom saya bantu 😃


Wasap.my/60136216522/NakShaklee

#RakanShaklee Anda,

Anisah Khalid

...

Moga dapat hadiah istimewa tajaan Master Norita, www.anakkuwira.com
Buat anda semua nak baca lebih banyak testimoni boleh singgah di blog Master Norita ya. 

entri saya ini menyahut saranan Master N di sini  kongsi-testimoni-produk-shaklee

#NextLevelBlogging

#Shakleetriumph2023

#shakleethrive2023

#SetRahmahShaklee2023

Ahad, 16 April 2023

Insentif TAMBAHAN Buat Shaklee Bisnes Leader di Malaysia

 Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca blog saya yang dikasihi,


Hari ini, saya ingin berkongsi tentang insentif shaklee tambahan yang ditawarkan oleh Shaklee Malaysia untuk semua business leader, khususnya dalam menjalankan bisnes online mereka. Selain membantu meningkatkan pendapatan mereka, insentif ini juga dapat memberikan manfaat kepada ekonomi keluarga dan masyarakat secara keseluruhan.

Dalam era dunia yang semakin mencabar dan duit menjadi salah satu "KEKUATAN" untuk kita meneruskan kehidupan, bila dengar ada peluang untuk dapat EXTRA CASH tentu ramai yang nak kan? Alhamdulillah selain dari 3 C - Cash Bonus ( berdasarkan jualan kumpulan bulanan) , Convention Trip  dan Car Bonus seperti yang saya kongsikan dalam entry sebelum ini , bersempena dengan cycle baru 2023/2024 ini, shaklee tawarkan INSENTIF TAMBAHAN bernilai RM600 bagi mereka yang memenuhi syarat-syaratnya. 




Sebagai salah satu syarikat kesihatan dan kecantikan terkemuka di Malaysia, Shaklee mempunyai pelbagai produk berkualiti tinggi yang digunakan oleh ramai orang di seluruh dunia. Namun, Shaklee tidak hanya menghasilkan produk yang berkualiti tinggi, tetapi juga memberikan peluang bisnes kepada individu yang ingin menjana pendapatan sampingan atau memulakan bisnes sendiri.

Dengan mendaftarkan diri sebagai ahli shaklee, dengan bayaran minima RM35 atau pun PERCUMA keahlian dengan belian 100uv iaitu sekitar RM400, kita berpeluang juga untuk menerima cash bonus berdasarkan jumlah belian di bawah id kita. Sebagai contoh seperti dalam jadual di bawah. Walaupun mereka yang hanya makan sendiri pun, boleh layak dapat cash bonus ini.


Selain Cash BONUS berdasarkan jadual di atas, kita juga berpeluang untuk mendapat cash bonus yang di kira berdasarkan jumlah terkumpul belian (sales) di bawah team kita. 


Secara umum nya, ada 7 rank dalam bisnes shaklee, iaitu Supervisor, Senior Supervisor , Coordinator , Senior Coordinator , Key Coordinator , Senior Key Coordinator dan yang terakhir MASTER COORDINATOR. 

Setiap rank ini, ada syarat tersendiri, lebih ramai yang menjadi bisnes leader (supervisor dan ke atas) dalam team kita, lebih tinggi rank yang kita boleh capai. Sebagai contoh seorang senior supervisor ada seorang supervisor di bawahnya. 



Gambarajah di atas menunjukan purata cash bonus bagi setiap rank, namunnya ianya boleh menjangkau lebih jauh dari figure ini. Seorang supervisor boleh mencapai cash bonus sehingga RM5000 juga sekiranya sales kumpulan nya besar. Saya kenal beberapa orang  MASTER COORDINATOR yang konsisten mendapat cash bonus 6 angka sebulan. HEBAT kan? Namun setiap yang mereka terima itu, tentulah hasil titik peluh yang di curahkan. 

Selain memberikan manfaat kepada individu, Shaklee juga memberikan kesan positif pada ekonomi keluarga dan masyarakat secara keseluruhan. Sebagai contoh, melalui bisnes online, business leader Shaklee dapat membantu masyarakat setempat dengan memberikan peluang pekerjaan atau menjual produk Shaklee kepada mereka, yang pada gilirannya membantu mengembangkan ekonomi setempat.

Bersempena dengan cycle baru 2023/ 2024 ini, shaklee tawarkan insentif tambahan selain dari cash bonus seperti di atas. 

Dengan mengambil bahagian dalam program insentif tambahan Shaklee, business leader dapat membantu meningkatkan kesedaran masyarakat tentang kepentingan kesihatan dan kecantikan secara semulajadi. Ini membawa impak positif kepada masyarakat dan kehidupan mereka, dan pada masa yang sama membantu mengembangkan industri kesihatan dan kecantikan di Malaysia.



Bagi yang belum pernah rank up Supervisor. 

Rank up Supervisor dalam bulan April or May or June 2023, dan KEKAL EFFECTIVE 2 bulan seterusnya berturut2, akan dapat CASH RM600.


Bagi yang dah pernah rank up Supervisor.

Rank up Senior Supervisor dalam bulan April or May or June 2023, dan KEKAL EFFECTIVE Senior Supervisor 2 bulan seterusnya berturut2, akan dapat CASH RM600.



Jadi, jika anda ingin mencari peluang untuk memajukan karier anda dalam Shaklee, atau mempunyai keinginan untuk membantu meningkatkan ekonomi keluarga dan masyarakat, maka program insentif tambahan Shaklee adalah pilihan yang tepat untuk anda. 

Sertailah Shaklee sekarang dan saksikan sendiri bagaimana bisnes online dan insentif Shaklee dapat membantu meningkatkan pendapatan anda serta menyumbang kepada pembangunan ekonomi dan masyarakat di Malaysia.


Tahu kah anda Shaklee di nobatkan sebagai READER'S DIGEST TRUSTED BRAND ? bukan hanya produk nya, tetapi peluang bisnes nya juga. Jemput tonton video di bawah. 





Nak PRODUK Shaklee atau nak mulakan BISNES Shaklee? Jom saya bantu 😃

Wasap.my/60136216522/NakShaklee


Nak JOIN SHAKLEE SEKARANG

#RakanShaklee Anda,

Anisah Khalid


#blogmegashaklee

#shakleethrive2023

#shakleetriumph2023


Ahad, 9 April 2023

SHAKLEE BISNES ONLINE TERBAIK DI MALAYSIA?

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera




Dalam era bisnes online sekarang yang semakin meningkat ni, tentu ada di antara kenalan & ahli keluarga kita yang terlibat sebagai usahawan atas talian kan? Dalam ramai-ramai tu, tentu ada yang buat bisnes shaklee kan? Setuju? 




Alhamdulillah. Saya sendiri telah terlibat dalam bisnes online shaklee sejak 2013. Alhamdulillah ia nya bisnes online yang mana bisnes di jalankan tanpa kedai fizikal, kita bertindak sebagai pengedar bebas atau boleh di panggil dropshipper. Bisnes online di mana boleh di mulakan tanpa modal, kita collect order, kemudian order direct di website, company akan pos kan direct ke customer. 


shakleeConvention2014




Bisnes shaklee mudah dijalankan sebab kita sebagai pengedar merangkap Duta Produk. Sebagai contoh Vitamin Kulit menjadi asbab cantik-cantik kulit para pengedar shaklee.  




Bisnes Shaklee adalah salah satu bisnes online terbaik kerana ia menawarkan peluang yang besar untuk menjana pendapatan tanpa perlu mengeluarkan modal besar untuk memulakan perniagaan. Shaklee juga menawarkan produk-produk berkualiti tinggi yang diperbuat daripada bahan semulajadi yang selamat dan berkesan, yang memberikan nilai tambah kepada pelanggan.






Selain itu, Shaklee juga mempunyai sistem yang baik untuk membantu para usahawan membangun bisnes mereka. Konsep "Use Service Build" adalah strategi pemasaran yang digunakan oleh Shaklee untuk membantu usahawan mereka memperluaskan jaringan mereka dan meningkatkan jualan produk.






Konsep "Use" bermaksud bahawa sebelum menjual produk Shaklee, seseorang harus menggunakan produk tersebut dan mengenal pasti manfaatnya. Dengan cara ini, seseorang dapat memberikan maklumat yang tepat tentang produk dan dapat memperjelaskan kepada pelanggan mengapa produk tersebut berkualiti tinggi dan berkesan.






"Service" bermaksud bahawa sebagai usahawan Shaklee, seseorang perlu memberikan perkhidmatan yang baik kepada pelanggan dan juga kepada rakan-rakan yang ingin memulakan bisnes Shaklee mereka sendiri. Ini termasuk memberikan sokongan, latihan dan pengetahuan tentang produk dan bisnes Shaklee.






"Build" bermaksud membangun rangkaian bisnes Shaklee dengan menjemput rakan-rakan dan kenalan untuk menyertai perniagaan Shaklee dan memberi sokongan untuk membantu mereka memulakan bisnes mereka sendiri. Dengan cara ini, usahawan Shaklee dapat memperluaskan rangkaian mereka dan meningkatkan jualan produk Shaklee.






Dalam kesimpulannya, bisnes Shaklee adalah bisnes online terbaik kerana ia menawarkan peluang untuk menjana pendapatan tanpa perlu modal besar dan menawarkan produk berkualiti tinggi yang selamat dan berkesan. Konsep "Use Service Build" adalah strategi pemasaran yang berkesan untuk membantu usahawan Shaklee memperluaskan jaringan bisnes mereka dan meningkatkan jualan produk.








Konsep 3C dalam Shaklee merujuk kepada tiga jenis ganjaran yang ditawarkan oleh syarikat kepada usahawan Shaklee yang berjaya. Ketiga-tiga jenis ganjaran ini memberi gambaran yang jelas mengapa Shaklee merupakan bisnes online terbaik.




Pertama sekali, "Cash Incentive" merujuk kepada bonus tunai yang diberikan kepada usahawan Shaklee yang mencapai sasaran jualan bulanan atau tahunan. Bonus tunai ini memberikan motivasi kepada usahawan Shaklee untuk terus bekerja keras dan berusaha untuk mencapai matlamat mereka. Bonus tunai ini juga memberikan kelebihan kepada usahawan Shaklee kerana mereka dapat menggunakannya untuk membiayai perniagaan mereka, melabur dalam perniagaan mereka, atau menikmati kehidupan yang lebih selesa.




Kedua, "Car Bonus" merujuk kepada ganjaran yang diberikan kepada usahawan Shaklee yang mencapai tahap tertentu dalam jualan bulanan atau tahunan mereka. Dengan mencapai sasaran ini, usahawan Shaklee berhak menerima pembayaran bulanan untuk membantu mereka membayar pembelian kereta baru. Ganjaran ini memberikan insentif yang besar kepada usahawan Shaklee untuk terus bekerja keras dan mencapai sasaran jualan mereka, sambil memberikan mereka kebebasan dan fleksibiliti untuk memilih kereta impian mereka.




Ketiga, "Convention Trip" merujuk kepada perjalanan percuma yang diberikan kepada usahawan Shaklee yang mencapai sasaran jualan bulanan atau tahunan mereka. Perjalanan ini biasanya adalah ke destinasi menarik seperti tempat pelancongan yang eksotik, dan memberikan pengalaman yang menyeronokkan dan membina semangat kepada usahawan Shaklee yang berjaya. Perjalanan ini juga memberikan peluang untuk usahawan Shaklee untuk bertemu dengan rakan-rakan Shaklee dari seluruh dunia, berkongsi pengalaman dan pengetahuan, dan memperluaskan rangkaian bisnes mereka.




Secara keseluruhannya, konsep 3C dalam Shaklee menunjukkan bahawa Shaklee adalah bisnes online terbaik kerana ia menawarkan insentif yang besar kepada usahawan Shaklee yang berjaya. Dengan menyediakan ganjaran tunai, bonus kereta, dan perjalanan percuma, Shaklee memberikan motivasi kepada usahawan Shaklee untuk terus bekerja keras dan berusaha untuk mencapai matlamat mereka, sambil memberikan mereka kebebasan dan fleksibiliti untuk memilih cara hidup mereka sendiri.






#NextLevelBlogging

#Shakleetriumph2023

#shakleethrive2023

#SetRahmahShaklee2023


Jumaat, 24 September 2021

Detik Pertemuan Dengan Shaklee - Anisah Khalid

 Detik pertemuan dengan Shak.lee



𝐊𝐞𝐧𝐚𝐥 𝐦𝐞𝐥𝐚𝐥𝐮𝐢 𝐩𝐫𝐨𝐝𝐮𝐤


Alhamdulillah. Tahun 2013, baru Saya kenal SHAKLEE. Masa tu tengah Menyusukan anak ke 2, bermula dengan ambil set menyusu. Dari dah start campur FM, terus tak campur dah, sebab supply mencukupi demand. Alhamdulillah baby cepat kenyang. 


 Pastu pada Masa yang sama kawan2 ofis Dan ahli keluarga ramai dah / baru kenal dengan produk shaklee juga. Ada yang ambil set kesuburan, set menyusu, set kurus. Alhamdulillah. Terima kasih ahli keluarga & kawan2 semua... 


Selepas anak kedua dah Tak menyusu, Saya masih teruskan pengambilan #essentialSet. Alhamdulillah slim dan badan rasa bertenaga. Sambung dengan set kehamilan anak ke 3, menyusu anak ke 3, Hamil anak ke 4, menyusu anak ke 4, Dan terkini Hamil anak ke 5. MashaAllah. Sedikit sebanyak, shaklee bantu tingkatkan kekal bertenaga, kulit yang sihat dll. Anak2 jarang sangat demam. Alhamdulillah. 


𝐌𝐮𝐥𝐚 𝐛𝐞𝐫𝐛𝐢𝐬𝐧𝐞𝐬 𝐩𝐚𝐫𝐭 𝐭𝐢𝐦𝐞 𝐝𝐚𝐧 𝐟𝐮𝐥𝐥 𝐭𝐢𝐦𝐞 


Alhamdulillah. Kenal shaklee, melalui produk2 nya yang dapat bantu tingkatkan kesihatan diri Serta keluarga dan rakan2. Sambil kongsi2 info produk, alhamdulillah dalam diam Tak diam, bulan ke 4 saya join shaklee ( buat bisnes part time), dah layak dapat income 4angka, yang hampir sama dengan income saya sebagai pegawai eksekutif di UiTM. Masa tu dapat tahu, ramai upline/sideline yang dapat cash bonus 4-5 angka sebulan. Menambah keyakinan bisnes Shaklee, bisnes yang hebat. 


Alhamdulillah. Membesar dalam keluarga yang besar, dan mak abah bekerja... Saya punyai cita2 nak besarkan anak2 di depan mata sendiri. Alhamdulillah di izinkan untuk menjadi work from home mother sepenuh masa sejak November 2013, dgn cash bonus bulanan 4angka. Alhamdulillah. 


Alhamdulillah, alhamdulillah sedikit sebanyak cash bonus Shaklee bantu  kewangan keluarga. Bantu topup keinginan anak2 dll.  Biasa lah setiap bisnes ada turun naik nya. Tapi selagi mana kita bertahan, dan bersedia untuk terus bangkit, in Sha Allah Allah lorongkan Jalan yang terbaik. 


Alhamdulillah Saya berada dalam group super duper ramai mentors yang consistent kekal dalam bisnes Shaklee selama bertahun2, direct upline Saya master, master Kam Maria Abdul Mutalib pengasas #MFMSEmpire atas beliau pun master sehingga la level ke atas2 semua master (#DVG, #MIG, #LatFamily, #JutawanShaklee)... Sehingga la ke master Dato Hj Roslan yang dah sekitar 30thn dlm bisnes Shaklee. Benchmark yang hebat jika kita kekal consistent dalam membina legasi yang besar. Mereka masih terus memberi guidance dan sokongan. Semangat mereka buat diri kita juga bersemangat. 


Shaklee punyai sistem yg stabil, career development yang boleh Bantu kita untuk capai impian. Produk shaklee di hasilkan melalui kajian scientist, dengan pelbagai research paper. Dijamin Selamat dan beyond organic Dan HALAL. Apa lg yang kita nak? 


Usaha untuk terus bangkit. In Sha Allah. 

...


𝐒𝐨𝐤𝐨𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐊𝐞𝐥𝐮𝐚𝐫𝐠𝐚  


Bila tengok mak abah, yang sibuk bekerja tapi masih bertenaga melayan kami 11beradik. Pasti ada rahsia nya. In a way or another, supplement do help. In Sha Allah. 


Saya dibesarkan oleh mak abah yang makan supplement. Cuma Tak stick to any brand. Bertukar2 ikut yg mana yang ada prom0. Kira kesedaran tentang supplement tu dah lama. 


Yang mak betul2 consistent EPO. Abah dgn spirulina nya. Dan sejak sy kenal dengan shaklee mak abah pun sama2 makan shaklee, favorite mak abah sekarang ResV, ostematrix, alfalfa Dan omega guard. 


Alhamdulillah side effectnya mak abah nampak dan rasa lebih muda berbanding rakan sebaya. 


Alhamdulillah adik beradik Serta ahli keluarga yang lain turut sama makan shaklee dan yakin dengan keberkesanan nya. In Sha Allah. 


 Selain jaga cara hidup (style of living), jaga pemakanan, Saya percaya supplement juga membantu mak abah Serta ahli keluarga untuk sihat sejahtera, tanpa sebarang penyakit yg serious. Bizinillah.


Kini di usia 60an, mak abah masih boleh drive sendiri utara selatan, boleh berkebun, boleh baking dsb. Bertenaga kalah org muda 💪. Alhamdulillah. 


Sebagai Anak, Saya bersyukur ... . 


Cik abang yg selalu jadi tukang ingatkan utk mkn vitamins, sebab beliau sendiri lebih consistent makan. ( Mungkin asbab tu, beliau nampak muda juga 🥰😁) . Bila dah konsisten dapat cash bonus dari shaklee ni, boleh lah sponsor sikit2 supplement untuk keluarga. Alhamdulillah. 


Moga dipanjangkan usia yang berkat dan sy dapat membuktikan kejayaan yang lebih baik dalam hidup, melalui bisnes Shaklee. In Sha Allah. 


Akhir kata, terima kasih pada semua customer dari dulu sampai sekarang. Moga sihat sejahtera semua nya. 


Nak kejar #pembayarZakat4angka #carBonusAchiever dan #ConventionTripAchiever . In Sha Allah. 


#shakleebusinessleader 

#ShakleeBusinessBuilder

#workFromHomeMother

#Anisah0136216522

Khamis, 29 April 2021

My mentors in Shaklee Business since 2013

 

Dari kiri, Master Nur Zahirah (LATFamily), Master Ainul (DutaVivixGroup), Master2b Anisah, Master Maria (MFMS) 


Alhamdulillah. Sejak mengenali shaklee pada tahun 2013, saya terus berkenalan dengan 6 level upline saya, yang pada ketika itu semua sudah memegang income bulanan 4-5angka (mungkin ada yg 6 angka).

Mereka semua berimej wanita muslimah, ibu 'bekerjaya dari rumah' yang antara tujuan utama mereka serious berbisnes ialah untuk ada kebebasan masa bersama keluarga pada Masa yang sama kewangan keluarga yang kukuh. 


Alhamdulillah. Mereka hebat...dengan anak kecil pun mereka berjaya capai tahap tertinggi dalam shaklee. 


Jadi apa alasan untuk Tak berusaha menjadi seperti mereka??? 

Selasa, 6 November 2018

Free Preview Cara Buat Duit💰 Melalui Bisnes Mobile Spa! Nov 18

Free Preview Cara Buat Duit💰 Melalui Bisnes Mobile Spa!

Hi, Salam Ceria! 😄

 Kami dari MFMS Academy ada menjalankan Kursus Memulakan Bisnes Mobile Spa Tanpa Kedai.

Kami dah jalankan program ini sejak tahun 2015 lagi. Alhamdulillah, ramai wanita yang dah berjaya jana income lumayan dengan bisnes ini.

Kami akan buat FREE PREVIEW DI WHATSAPP GROUP untuk menerangkan macam mana anda boleh buat bisnes Mobile Spa tanpa kedai, atas nama anda sendiri.

Oh ya, untuk Preview kali ini, kami juga akan kongsikan KURSUS TAMBAHAN DALAM PROJEK KAMI IAITU KURSUS POSTNATAL SPA @ CONFINEMENT LADY 💆🏻‍♀

Free Preview ini bakal diadakan pada hari Jumaat 9 Nov 2018, jam 9:00 malam

 Preview ini PERCUMA saja. Tiada sebarang bayaran.



 Kami akan masukkan nombor anda dalam Group Whatsapp tu pada Jumaat petang nanti. Habis preview itu, anda boleh leave the group. Anda tak rugi apa apa pun.

 Jika anda ada apa apa soalan, boleh tanya saya, saya akan jawab. Insya Allah.

Click sini untuk join group Whatsapp PERCUMA:-

http://www.wasap.my/60136216522/FreePreviewMobileSPA

Puan Anisah ☺
Certified Beautician TWB

Member of MFMS Academy

Selasa, 9 Oktober 2018

Free Online Preview The Walking Beauty (TWB)

🌟Free Online Preview The Walking Beauty (TWB)🌟

Bina Bisnes Mobile Spa Dengan Nama Anda Sendiri!

Mohon Anda Baca Sampai Habis 😊



🌸Sejak 2015, kami telah memulakan Projek The Walking Beauty (TWB). Ia adalah program Kursus Mobile SPA secara Personal Coaching One To One.

🌸Untuk makluman anda, sepanjang 4 tahun ini, team TWB telah mencuba pelbagai cara, strategy, marketing untuk mencari kaedah terbaik membantu wanita MENJANA INSTANT CASH SETIAP HARI

🌸Alhamdulillah, kini TWB telah berjaya membantu ramai WANITA, samada SURIRUMAH mahupun yang BEKERJAYA, mampu menjana extra income 4-5 ANGKA SETIAP BULAN melalui bisnes mobile spa. 

🌸Kami tidak menjanjikan kejayaan kepada anda. Cuma kami boleh beritahu, dah ramai yang 'terpaksa' berhenti kerja selepas buat bisnes mobile spa ini.

🌸Dah ramai juga para wanita 'terpaksa' ada duit bulanan sendiri kerana bisnes ni mampu beri INSTANT CASH kepada mereka.

🌸Untuk membantu anda lebih jelas tentang Program TWB, kami akan mengadakan ONLINE PREVIEW PERCUMA DI WHATSAPP GROUP.

🌸Saya cadangkan, anda join Preview PERCUMA dahulu. Beri PELUANG kepada diri anda untuk lebih faham PELUANG yang TWB tawarkan. Mungkin ini menjadi titik perubahan dalam hidup anda.

🌸Kalau selepas itu anda tak berminat, anda tak rugi apa-apa pun. Anda boleh share peluang ini kepada family & kawan yang mungkin lebih memerlukan.

🌸Preview akan diadakan di GROUP WHATSAPP MALAM INI pada 9-11 Oktober selama 3 hari, bermula jam 9.30 malam setiap hari.

🌸Book your slot NOW. Its Free To Join This Preview. 

Sila Klik Link Ini:-

http://www.wasap.my/60136216522/TWBPreviewMFMSAnisah


Projek The Walking Beauty (TWB
Kursus Mobile SPA Terbaik di Malaysia

Isnin, 21 Mei 2018

THE FUTURE OF NETWORK MARKETING BUSINESS

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

[ THE FUTURE OF NETWORK MARKETING BUSINESS ]

A man who think 20 years ahead - Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Not many people know this but he is the brilliant people Top 10 in the world on 2006 - 2008.



Why he said something like this?

😔 Pembuangan kerja berlaku tahun demi tahun.
😓 Akan ada banyak majikan bankrap.
😞 Business Traditional semakin banyak saingan.

Network Marketing Business is the only hope for future generation:

✅ To GAIN PROFIT
✅ To SUCCESS
✅ To MAKE INCOME.

WHICH IS PEOPLE HATE THE MOST.

But Alhamdulillah. Kami telah pun berjaya jana income beratus ribu, malah mencecah jutaan ringgit melalui network marketing business.

So u better open up your mind NOW and give space to learn what is Network Marketing.

Or you will be the 95% of people who rush joining it on 2020.

Jom join kami buat duit sekarang!!! Part time or full time. It's your choice.

Klik 👇👇👇
http://AnisahKhalid.wasap.my

#ProjekBuatDuitRM2000LAT
#ProjekBuatDuitRM2000MFMS

Isnin, 7 Mei 2018

The Fantastic Four - ProjekBuatDuitMFMS

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Alhamdulillah. Telah tamat sudah bulan april, kini mei datang bersinar2.

Projek Buat Duit April 18 telah berjaya memberikan ramai protege extra income sehingga ribuan RM. Tahniah di ucapkan.


Salah satu dari sebab kenapa anda patut join #ProjekBuatDuitRM2000 ni ialah :- gabungan 4 fantastic master yang sentiasa memberi tunjuk ajar dan sokongan.

4 master bergabung bukannya satu perkara kecik tau. Boleh je tiap master nak jaga organisasi masing masing tanpa peduli organisasi besar.

Namun disebabkan ada kesepakatan dan boleh match orang kata, wujudnya #ProjekBuatDuitRM2000 ni.



Tanpa gabungan 4 master ni mungkin pincang projek kami. Antara mereka berempat sentiasa tampung satu sama lain.

Ada yang bagi idea begini. Ada juga yang bagi idea begitu. Namun disebabkan sikap saling memahami dan saling nak buat dan berikan yang terbaik, hasil gabungan idea begini dan begitulah yang jadi pilihan.

Tiada sape nak tunjuk sape hero. Tiada siapa nak tunjuk siapa paling hebat. Kerana 4 master ni bekerjasama melengkapi satu sama lain.

Jom join #ProjekBuatDuitRM2000  dengan kami. Kami memang lain dari yang lain 😉. Korang pasti terkesima dengan segala idea 4 ex engineer ini.

Poster di bawah ini pula apa yang  anda bakal dapat jika menyertai #ProjekBuatDuitRM2000LAT atau
#ProjekBuatDuitMFMS. Nak kan???



Jom.hubungi saya untuk lebih lanjut.

Anisah Khalid
0136216522

Rabu, 2 Mei 2018

PROJEK BUAT DUIT RM2000 BERSAMA MFMS

PROJEK BUAT DUIT RM2000 SEBULAN BERSAMA MFMS


Ada PROVEN FORMULA yang dah banyak bagi PROVEN RESULTS untuk buat duit setiap bulan.

✅MODAL YANG RENDAH!
✅TAK PERLU PACKING & POS STOK!
✅ONLINE COACHING BERSAMA RAMAI MENTOR HEBAT TERMASUK YANG BERJAYA CECAH SALES RM3 JUTA SEBULAN!
✅ILMU BISNES BERNILAI RM100 RIBU DIBERIKAN PERCUMA!

Teknik nak buat bisnes semua diajar satu persatu.
Silibus dah tools marketing pun disediakan. Hanya follow langkah demi langkah.

🌟20 MENTOR
🌟20 SILIBUS
🌟20 HARI

Pengambilan PROTEGE dibuka sekarang!

Projek ni bertujuan untuk bantu buat duit dalam RM2000 setiap bulan. Namun ia berdasarkan kerajinan orang tu la. Lagi rajin, lagi dapat lebih. Insyaallah.


Dan kita bekerja dalam kumpulan. Takde sesape kena tinggal. Followup prestasi tu mestilah ada untuk pastikan kita on track untuk dapat income RM2000 setiap bulan.


Dah ramai yang berjaya dalam projek ni dan akan ada lebih ramai lagi lepas ni. Insyaallah.

Mungkin anda pon salah satu darinya. Mana tau kan.



Jom join sekarang!

#ProjekBuatDuitRM2000MFMS

http://AnisahKhalid.wasap.my

Rabu, 18 April 2018

5 Sebab kenapa ESP PENTING untuk IBU HAMIL


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. 

Ada yang tanya saya, boleh ke minum ESP semasa hamil? Eh2 bukan setakat boleh tau, di galakkan lagi. ( kecuali la ada masalah kesihatan/ alergi yang memang puan dah tahu) . ESP yang sedap lagi lazat ni juga bagus untuk ibu hamil.

Jom baca kenapa ESP penting untuk Ibu hamil. 


5 Sebab kenapa ESP PENTING untuk IBU HAMIL

1. Meningkatkan imuniti badan ibu hamil.
Selain vitamin C, protein juga bagus untuk menguatkan imuniti. Lagi pun protein ESP ni lebih selamat dan mudah dicerna oleh ibu hamil dan juga bayi.

2. Mengawal berat badan ibu hamil dan mengelakkan diabetes.
ESP adalah minuman protein rendah glisemik(GI).
Makanan yang rendah glisemik melambatkan penyerapan glukosa diusus kecil.
Ini membuatkan kita rasa kenyang untuk tempoh yang lebih lama walaupun pengambilan saiz makanan yang kecil.

3. Membantu pembentukan otot dan otak bayi.

Protein sangat penting untuk pembentukan otot selain membantu dalam proses kelahiran.
Protein juga diperlukan untuk membina otot bayi.

Ibu hamil juga biasanya kehilangan otot akibat kurang senaman dan pergerakan.
Kan korang selalu kata, lepas bersalin badan gelebeh. Nahhh! ESP boleh bantu korang bagi tegang.

Protein juga penting untuk perkembangan otak bayi.Otak kita terdiri daripada sel dan sel pula dihasilkan daripada protein. Protein yang baik sangat diperlukan oleh bayi untuk membina sel-sel ini.

4. Membantu membentuk kulit yang cantik.

Protein diperlukan untuk penghasilan sel-sel kulit yang baru menggantikan sel-sel kulit yang telah mati.
Dengan ESP Shaklee,kulit ibu hamil dan bayi dalam kandungan akan lebih cantik dan gebu.
Tak nak ke cantik?

5. Protein membekalkan tenaga dan kecergasan sepanjang hari.

ESP bantu membekalkan tenaga yang berpanjangan sepanjang hari terutamanya bagi ibu hamil yang mengalami morning sickness dan alahan yang teruk sehingga muntah-muntah.
Tunggu apa lagi? 


Jom order ESP sekarang.



Khamis, 6 Julai 2017

Info Ahli Shaklee : Cara order online melalui shaklee2u

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. 

Alhamdulillah kini genaplah 4 tahun saya mendaftar sebagai ahli shaklee. Dulu di awal2 saya join, belum ada sistem online seperti sekarang. Jadi bila nak beli kena guna email atau call ataupun terus ke branch/HQ. 

Sekarang ni, dah semakin mudah.. dengan sistem online , click2 je, shaklee akan poskan. Ada kala nya sehari je, tak sampai 24jam pun barangnya dah sampai depan pintu rumah. Ada kala ambil masa sikit, yelah kan pengurusan pos2 ni ada musim nya juga, cth macam raya ni, 'traffic jammed' la juga kan. Shaklee kata standard nya 4-5 hari bekerja. Jadi sabar la ya.

Oklah since ada beberapa downline saya tanya macamana nak order thru online ni. Memang mudah jer, tapi untuk orang yang pertama kali nak guna ataupun yang belum biasa buat belian online sendiri ni. agak tertanya2 juga kan. 


Ini step yang Master Ira kongsi..

Bila step dengan gambarajah mudah lagi kan???
Saya kongsikan dulu link yang Pn nurul sediakan... nanti update version saya pula inshaAllah. 
 

Sayang dah register ahli , dah layak beli harga ahli dan boleh dapat BONUS, tapi ada yang sanggup beli dekat kedai ataupun orang lain sebab tak reti guna online. tapi bila dah pandai guna, MUDAH je. dalam masa 5 minit (atau mungkin kurang) dah boleh selesai pun. 

Buat ahli2 shaklee, sila lah guna kan kemudahan yang pihak syarikat dah sediakan. 

Buat mereka yang jual di kedai2 jamu etc, sesungguhnya pihak syarikat tak benarkan tau. Jagalah kebajikan pengedar shaklee berdaftar ni. dan lagi satu... bila dah beli shaklee, kena la ada guideline cara makan yang betul, boleh pantau keberkesanan produk atau apa2 yang diperlukan. setuju kan?

Ok la terbebel pula... hehe. 

Sehingga berjumpa lagi. 

Anisah 
Pengedar Shaklee Sejak Julai 2013

Selasa, 16 Jun 2015

Pengantin Baru dengan Baju bertahun- tahun lalu...


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera, 

Pelik dengan tajuk entry ni? hehe, saje nak kongsikan perasaan menjadi pengantin, walaupun dengan baju yang lama.  ;) Seronok kan... bukan ramai orang merasai perasaan ni. 

Alhamdulillah pada 6 Jun 2015 yang lalu kami telah di jemput menghadiri dinner bagi meraikan performance cycle lalu,  tajaan sepenuhnya oleh Shaklee Malaysia. 

Memula masa terima jemputan dengan tema Majestic Night... ermm, terfikir baju apa lah nak pakai kan.



 Saya ni bukan lah jenis yang suka bergaya, mahupun pakai baju up to date sangat. Selagi ianye menutup aurat dan sopan (erk.. hehe yelah kena la sopan kan), saya ok jer. 

Tetiba bila bincang2 ngan Cik Abang, apa kata...'Kita pakai je baju raya kita yang dedulu tu..' Fikir punya fikir.. hehe, nak matching ngan cik abang kan. 

Oklah... Taraaa inilah baju yang kami pakai semasa dinner tempoh hari. 

Kami sekeluarga bersama di 'USA'..

Komen Amanina masa saya dan suami tengah bersiap...

'Cantiknya mama dan papa, macam pengantin....Amanina pun nak baju macam mama

;) Alahai anak dara sorang ni, umur baru nak masuk 4 tahun, tapi dah pandai nak bergaya. 

Masa dinner tu, ramai lah juga yang tegur...'Amboi, macam pengantin... boleh terus buat baju raya tahun ni kan?' 

'Sebenarnya ni baju raya kami dah 6-7 tahun lepas.,' terbesar pula mata yang mendengar... hehe. 

Bak kata seorang sahabat..'Pandai ya Asyraf jaga badan... maintain je dari dulu,'

 biasanya orang yang kahwin ni, bukan isteri je yang naik badan, suami2 pun ter'mengandung' tapi lama baru nak bersalin.  (Ada di kongsikan dalam ebook ni, perkara lazim selepas berkahwin--> Kisah benar seorang Suami)

Alhamdulillah, kedua2 pakaian kami masih dalam keadaan elok dan yang penting, masih muat dan elok pada badan. ;) 

Dan... lebih buat orang terbesarkan mata saya sedang mengandung 5 bulan pun, tak nampak macam orang pregnant pun. inikan dah 5 bulan? 


Alhamdulillah, Alhamdulillah, Alhamdulillah... antara nikmat Allah swt yang kami syukuri. 

Alhamdulillah, jalani hidup dengan pemakanan yang seimbang dan aktif, inshaAllah mudah untuk maintain dan feeling macam pengantin baru bertahun-tahun... 

Pesan Mak saya, sentiasa buat diri rasa macam pengantin baru, supaya kasih sayang tu tetap berkekalan dunia akhirat, inshaAllah. 

Moga Allah limpahkan kasih sayang Nya dan rahmat pada kita semua di dunia dan di akhirat. inshaAllah. 


Pesanan akhirkata, agak2 jika ada kawan2 yang badannya dah berubah dan perlukan bantuan untuk kembali ke shape asal,,, jom2 jemput contact saya ya.. 

Bergambar bersama sebahagian leader MFMS


Salam hormat, 

Anisah Khalid
0136216522



Isnin, 23 Mac 2015

Keperluan Kalsium Bagi Ibu Hamil

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera, 

Alhamdulillah, baru je saya kongsikan mengenai kekurangan kalsium boleh menyebabkan kaki cramp, tetiba ada yang kongsikan artikel dari majalah Pa&Ma seperti di bawah; 



Seperti sedia maklum, ibu hamil memerlukan banyak kalsium daripada biasa. Namun, persoalannya berapa banyak keperluan kalsium yang diperlukan oleh ibu hamil setiap hari?

Kalsium merupakan salah satu mineral yang diperlukan oleh badan dalam jumlah yang lebih banyak berbanding mineral lain. Mengapa kalsium sangat diperlukan sepanjang kehamilan?
Semasa hamil, keperluan ibu terhadap kalsium sangat tinggi dan perlu diberi perhatian utama. 

Fungsi kalsium sangat penting terutama dalam pembentukan tulang dan gigi janin dalam kandungan



Jika ibu kekurangan kalsium ketika hamil maka pertumbuhan tulang dan gigi bayi akan terganggu. Bahkan ibu hamil juga berisiko mengalami masalah osteoporosis lebih awal.



Dianggarkan sebanyak 99% kalsium dalam badan disimpan dalam tulang. Apabila kalsium yang diambil setiap hari berkurangan daripada keperluan maka kalsium dari tulang akan dilepaskan mengikut keperluan kalsium pada hari itu. Namun, jika pengambilan kalsium cukup setiap hari maka tulang  menjadi kuat.


Keperluan kalsium ibu hamil setiap hari meningkat berbanding wanita tidak hamil. Ibu memerlukan kalsium sehingga 1,200 mg setiap hari berbanding hanya 400 mg bagi wanita normal. Selain dari itu kalsium juga penting bagi mengelakkan masalah pra eklampsia. (info mengenai pra eklampsia babycenter praeklampsia)


Kalsium juga dapat melindungi bayi dalam kandungan serta mengelakkan risiko anak mengalami hipertensi. Jadi, ibu yang mengandung perlu mengambil berat pengambilan makanan mereka setiap hari. Pastikan makanan kaya kalsium seperti susu, yogurt, keju, ikan salmon dan lain-lain lagi masuk dalam senarai menu harian sepanjang hamil.






Selain dari itu, ibu juga disarankan mengambil suplemen kalsium bagi membantu mencukupkan keperluan kalsium harian. Bagaimanapun dapatkan saranan daripada doktor sebelum mengambil sebarang suplemen.



Sumber : Pa&Ma


Kita biasa dengarkan Kalsium = SUSU.. tapi tahukan sebenarnya banyak lagi sumber makanan lain yang tinggi kalsium juga.


Sumber Kalsium Melalui Makanan

Susu? dulu masa pregnantkan anas, saya pengemar minum susu AnMum, excited anak pertama kan.. bancuh susu pekat2 spt di cadangkan.. then badan naik bagai di pam2.. hehe. ;) mula pertghan kehamilan, saya kurang minum susu, sebab takut badan besar. ish2, sian anak tau! tulah padah nya gigi pun rapuh, kaki pun cramp.

Pastu, masa pregnantkan amanina, minum susu seMinima yang boleh.. hehe . tu yang rapuh lagi gigi tau! ouch! sian gigi mama.. Alhamdulillah, anak2 lahir sihat, cuma dalaman tak tahu lah kan.

Jadi untuk pregnancy kali ni, tak nak dah gigi HILANG lagi, tak nak dah cramp2 kaki!

Saya cuba pastikan saya cukupkan keperluan kalsium sepanjang kehamilan ni. 


Selain dari pemakananan seharian, saya mengambil  ostematrik sebelum tido bagi mencukupkan keperluan kalsium harian. Katakan pada hari tersebut, saya banyak makan ikan, sayur hijau, tauhi atau pun yang lain2 tu.. saya sesuaikan bilangan ostematrik. tapi agak2 pada hari tersebut, takde sangat sumber kalsium dari makanan, saya ambil lah 4 biji ostematrik.

Setakat ni, belum minum susu AnMum atau yang seangkatan dengan nya lagi. hehe. minum ESP adalah. Macam dah puas sebab 1 tablet ostematrik = 1 gelas susu kalsium tinggi. hehe.



Agak2 mudah lagi makan pil kalsium atau 80biji badam? He he...

Anda pilih ya 

Sekian dahulu, sehingga berjumpa lagi...

Terima Kasih,
Anisah

Surirumah & Media : Bersama Membangun Potensi Suri Rumah Rahmah

 𝗦𝘂𝗿𝗶𝗿𝘂𝗺𝗮𝗵 𝗱𝗮𝗻 𝗠𝗲𝗱𝗶𝗮  Alhamdulillah, di izinkan Allah untuk hadir 2 hari 𝑩𝒆𝒏𝒈𝒌𝒆𝒍 𝑷𝒆𝒏𝒈𝒖𝒓𝒖𝒔𝒂𝒏 𝑴𝒆𝒅𝒊𝒂 𝑺...