Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,
Dalam entri sebelum ini saya ada kongsikan bagaimana kita sebagai ahli shaklee boleh dapat cash rebate, secara tak langsung dapat menikmati produk shaklee secara PERCUMA, ada saya kongsikan juga cara mendaftar menjadi ahli shaklee.
Jom kali ni, kita explore pula cara untuk renewal keahlian shaklee, Eh kena renew ke? ya kena renew setiap tahun pada tarikh lahir kita, macam kena renew lesen kenderaan tu. tapi ada cara yang PERCUMA juga.
Bagaimana nak renew keahlian secara PERCUMA?
Proses ini sangat mudah. Buat belian produk shaklee dalam tempoh 3 bulan sebelum tarikh lahir anda. Anda boleh berhubung dengan pengedar Shaklee yang daftarkan anda dulu dan beritahu mereka mengenai keinginan anda untuk mengaktifkan keahlian anda, ataupun boleh login sendiri di website shaklee. Jika tak ingat password mahupun id? boleh click pada Forgot password dan masukkan nombor telefon yang di daftarkan.
Jika anda terlepas untuk mengaktifkan keahlian sebelum dari tarikh lahir anda, anda masih boleh renew keahlian sehingga setahun. Boleh cross check dengan pengedar shaklee yang anda daftar atau mana-mana pengedar shaklee yang anda percaya untuk semak status keahlian.
Seterusnya, jika nama anda sudah tiada dalam sistem shaklee, anda boleh mendaftar semula dan peroleh id baru. Adalah sangat penting untuk berdaftar dibawah pengedar shaklee yang anda percaya dan boleh membantu anda dalam membuat order serta memberikan konsultansi terbaik. Shaklee adalah syarikat MLM yang mana setiap pengedar nya bertanggungjawab untuk memberi konsultansi yang baik buat pelanggan nya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan