Memaparkan catatan dengan label bcompleks. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label bcompleks. Papar semua catatan

Selasa, 16 Februari 2016

NUTRISI PELENGKAP UNTUK IBU HAMIL

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Alhamdulillah. asyik saja menerima berita gembira dari rakan2 dan saudara mara yang baru melangsung perkahwinan. 
Apa die berita gembira tu???
jeng2.. hehe. apa lagi kan? harapan setiap pasangan yang berumahtangga. mestilah nak anak kan. ;) 
Alhamdulillah, tahniah2 di ucapkan! 
Semua tahu kan, bila hamil berbagai-bagai cabaran yang dihadapi oleh seibu. Rasa loya, rasa lemah longlai, mood entah kemana, letih dan lesu. Ada yang kurang selesa - nak makan menda merapu aje (burger, pizza, kepci - baby dapat ke nutrient yang sepatutnya?). atau lalu makan nasi + telur mata aje... mana vitamin lain untuk baby? Ada mommy tak lalu minum susu - kurang kalsium baby. 
Saya ingin kongsikan SUPPLEMEN IBU HAMIL itu ibu-ibu diluar sana. Ia pastinya Selamat dan Berkesan, InsyaAllah. Nutrisi yang lengkap sangat penting untuk memastikan bayi membesar sihat bagai juara, ibu pula happy dan bertenaga sepanjang kehamilan sehingga melahirkan si manja.

Alhamdulillah... saya juga consistent makan set ni sepanjang hamil dan kini menyusukan pula! seronok tau tengok anak ceria, ibu bahagia. inshaAllah.
APA MANFAAT SETIAP VITAMIN?
===========================


>> ESP - Disediakan dari Soya Non-GMO membekalkan 9 asid amino penting untuk pembinaan dan memperbaharui sel-sel tisu , hormon dan enzim tubuh.
>>VITALEA - Diformulakan dengan zat besi, mengandungi 28 vitamin dan minerals lengkap untuk kesihatan menyeluruh dan tumbesaran bayi. Zat besi sangat penting untuk pembinaan sel darah merah.
>> VITAMIN C - Menguatkan sistem Imun badan serta melindungi sel-sel tisu dalam badan dari penyakit. Ia juga penting untuk kesihatan gusi, gigi dan tulang.
>> BCOMPLEKS - Membekalkan 8 jenis Vitamin B termasuk aicd folik mengelakkan kecatatan Tiub Neural bayi.
>> OSTEMATRIX - Membekalkan 1000mg Kalsium harian untuk tulang dan gigi yang kuat serta mengelakkan komplikasi ibu ketika melahirkan.
>> OMEGA - DHA dan EPA untuk otak dan mata perkembangan bayi . Juga untuk Jantung ibu.
.
.
Jika anda tercari-cari Supplement SEMULAJADI, tiada bahan kimia, selamat, anda boleh hubungi saya, 
Rakan SID anda, Anisah Khalic 0136216522

psst pesanan istimewa, bagi yang belum menimbang cahayamata dan sedang berusaha--> boleh baca di sini ya ---> bila dah kahwin, apa lagi?

Moga Allah berkati usaha kita. 

Isnin, 28 Disember 2015

Elak Kelahiran Pra-matang

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Apa khabar anda hari ini? Sihat selalu hendakNya.

Baru2 ni, ada rakan saya berkongsi pengalaman melahirkan anak pramatang. Bukan mudah untuk menjaga bayi pramatang. Mereka belum pandai menyusu, mereka lebih fragile berbanding bayi cukup bulan, mereka mudah terkena penyakit dan pelbagai risiko lain. Ada yang lahir pramatang, terpaksa 'berkampung' di hospital berbulan2 lamanya. Ibubapa juga penat sebab kena berulang alik ke hospital.

Macamana nak tahu kelahiran pramatang?


Tarikh kandungan seseorang dikira dari hari pertama haid terakhir ibu tersebut.

Kandungan yang mencapai 37 hingga 42 minggu dikira matang, manakala bayi yang dilahir sebelum 37 minggu ia dianggap kelahiran pramatang

Ada beberapa faktor yang boleh meningkatkan risiko seseorang ibu hamil melahirkan kelahiran pra matang, diantaranya:

1) Sejarah kandungan pra matang yang lalu

2) Mengandung kembar

3) Pernah menjalani pembedahan bahagian serviks

4) Struktur rahim yang tidak normal

5) Pendarahan rahim semasa mengandung

6) Penyalah gunaan dadah (heroin, ecstasy)

7) Menghisap rokok

8) Jangkitan kuman di pundi air kencing, rahim dan faraj

9) Berat badan yang terlalu ringan atau berat badan tidak meningkat semasa mengandung.

10)Air ketuban yang terlalu banyak ( polyhydraminous)

11) Kurang darah merah (anemia) yang ketara semasa mengandung

12) Mengandung terlalu kerap

13) Mengandung pada usia remaja.

14) Stres (fizikal dan psikologi) semasa mengandung

Salah satu cara utk mencegah kelahiran bayi pra matang adalah dgn pengambilan nutrisi yg secukupnya.

Ingat yer ibu2 semua....

Ibu hamil perlu nutrisi yg secukupnya kerana kita terpaksa berkongsi nutrisi dgn bayi di dalam rahim. Maka tidak dpt tidak, Vitamin dan mineral tambahan sgt2 diperlukan dlm tempoh ini.



Ibu yg cukup nutrisi akan melalui fasa 9 bulan yg menggembirakan 😉



📲 #0136216522
#TeamSeamlessMom
#HamilDenganSihat
#SetHamilTerbaikShaklee

Khamis, 5 November 2015

Checklist BARANG persediaan BERSALIN

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera, 

Apa khabar anda hari ni? InshaAllah sihat dengan izinNya. 

Alhamdulillah, seperti yang pernah saya tulis sebelum ni dan kita juga sediamaklum, hujung2 tahun ni, memang ramai baby lahir. kan bulan nov sampai jan tu, musim cuti sekolah, musim berjalan2, musim relax2 sikit (ye ke?) bagi kebanyakan orang. jadinya bulan 7,8,9,10 ni.. ramai la baby yang lahir. 

Alhamdulillah, hari ni saya menerima berita gembira.. seorang rakan yang rapat juga semasa sekolah dulu sedang berada di labour room. menanti kelahiran anak ke 2 beliau. 

Kawan2 dari sekelas semasa diploma dan degree pun ramai yang samada dah bersalin ataupun menunggu hari. 

Alhamdulillah... tahun ni, ramai kawan2 saya ada anak sebaya dengan anak ke3 saya, Amni Khadijah bt Asyraf, lahir pada 20 Oktober 2015. (ops, saya masih dalam pantang ya sekarang, baru hari ke 16 ;)) tapi kadang lupa diri dalam pantang sebab macam segar jer. hehe. 

Oklah, bagi ibu2 baru...bila dah hampir2 nak bersalin ni, Dup dap...debaran kian terasa...


Nurse dah mula pesan persiapkan barang baby bila nak masuk 3rd trimester baby dah getting ready nak melihat dunia. 

Jadi ibu2 kena persiapkan barangan yang perlu di bawa ke hospital.

Kalau nak di senaraikan, macam2 nak bawa. Yelah bukan selalu Menyambut kehadiran insan baru. 

InshaAllah tak lama duk di hospital, jadi kita bawa apa yang perlu ya. boleh rujuk gambar di bawah ni;





Semoga Allah permudahkan urusan kita semua,


Buat rakan2, Moga perkenalan mak ayah berterusan ke anak2 juga. inshaAllah. 

Isnin, 7 September 2015

10 'Penyakit' Biasa ketika hamil

Assalamualaikum dan Salam sejahtera, 

Apa khabar anda semua? moga sihat selalu dengan izinNya. 

Alhamdulillah, diam tak diam.. saya dah pun hamil masuk bulan 8.. tup2, tinggal lagi 5 minggu sahaja menuju ke due date. erm, kalau ikut anak2 sebelum ni, tak cukup pun 40 minggu dah nak lahir dah. untuk kali ini, tak tahu lah.. sebab setiap pregnancy lain2 kan.. 

Macam-macam yang lain tau.. ada sesetengah orang mabuk di awal mengandung sahaja, ada yang sepanjang kehamilan, ada yang takde simptoms pun, ada yang kencing manis la, ada yang darah tinggi la.. hanya ketika hamil. 

'Penyakit' yang datang hanya ketika hamil ni, kadang2 buat ibu2 rimas kan? ada yang menyebabkan kurangnya KESERONOKAN hamil kan? 

InshaAllah sebenarnya, ada cara nak kurangkan 'penyakit' ni datang atau pun berpanjangan sepanjang kehamilan. 




Ok sebelum tu, izinkan saya berkongsi artikel yang di kongsikan oleh website Pa&Ma seperti di bawah; 

Bila mengandung memang macam-macam perubahan yang dialami oleh bakal ibu. Perubahan hormon menyebabkan beberapa ketidakselesaan semasa mengandung. Walaupun merisaukan tetapi ia perkara biasa yang kebanyakannya perlu dilalui oleh ibu mengandung. Tetapi jangan risau, kebanyakannya tidak berbahaya tetapi ibu tetap perlu ambil berat beberapa simptom dan jika semakin teruk, segera hubungi doktor anda. 
1. Muntah
Ia petanda awal kehamilan dan boleh berlauk pada bila-bila masa. Keadaan menjadi lebih teruk jika ibu keletihan. Rasa loya dan muntah hilang selepas minggu ke-12 kehamilan tetapi adakalanya ia kembali semula.
2. Gusi berdarah
Masalah gusi berdarah dialami terutamanya selepas memberus gigi. Gusi menjadi lembut ketika hamil menyebabkan mudah cedera.
3. Kerap buang air kecil
Disebabkan rahim yang menekan pundi kencing membuatkan anda asyik ke tandas.
4. Sembelit
Pembuangan air besar yang keras dan kering pada sela masa yang kurang kerap daripada biasa. Ia disebabkan hormon kehamilan progesteron mengedurkan otot usus. Oleh itu pergerakan usus perlahan.
5. Kekejangan
Kontraksi otot yang menyakitkan, biasanya berlaku pada anak betik dan kaki. Ia kerap berlaku pada waktu malam. Mungkin disebabkan kekurangan kalsium.
6. Berasa pitam
Mudah rasa pening dan tidak stabil. Ia disebabkan tekanan darah lebih rendah semasa mengandung.
7. Sesak nafas
Ia kerap berlaku di akhir kehamilan apabila bayi yang semakin membesar menekan atas diafragma ibu, menghalang anda daripada bernafas dengan lancar. Keadaan ini berkurangan kira-kira sebulan sebelum kelahiran bayi apabila kepalanya turun ke ruang pelvik.
8. Pedih ulu hati
Rasa sakit yang kuat pada bahagian tengah dada. Ini kerana injap pada pintu masuk ke perut kendur semasa anda hamil disebabkan oleh perubahan hormon. Oleh itu, asid perut mengalir semula ke esofagus (saluran ke perut).
9. Buasir
Berasa gatal, sakit atau berlaku pendarahan apabila cuba membuang air besar. Ini kerana tekanan daripada kepala bayi menyebabkan vena di sekeliling anus membengkak. Keadaan bertambah buruk apabila memaksa diri untuk membuang air besar.
10. Sukar tidur malam
Biasanya ia berlaku di akhir kehamilan apabila bayi semakin membesar dan ibu semakin kerap membuang air kecil. Selain itu rasa panas yang melampau membuatkan ibu semakin sukar tidur selain tidak selesa dengan perut yang membesar.

Di petik dari Pa&Ma

...

Macam biasa2 je 'penyakit' kat atas ni kan? huhu.. boleh bayangkan ketidakselesaan nya. 

Alhamdulillah, pregnancy kali ni, kebanyakkan 'penyakit' di atas sangat2 dapat di kurangkan dan ada yang takde pun. Alhamdulillah, dengan izinNya. 

Alhamdulillah, bila badan kita cukup nutrisi, banyak dapat di kurangkan, di elakkan. contohnya;


  • Dengan pengambilan kalsium yang cukup, kejang kaki dapat di elakkan. tambahan lagi dalam ostematrik (bukan sekadar kalsium) ada magnesium, vitamin D dll yang boleh bantu elakkan sembelit. Serius, makan ostematrik 4biji malam sebelum tidur, inshaAllah awal pagi lagi perut di'bersih'kan. 


  • Bila sembelit tiada atau kurang, buasir pun dapat di elakkan. 


  • Peppermint Ginger pula membantu sangat juga ada rasa mual2 ke, kembung perut ker..nanti angin sempoi bahasa keluar dengan bahagianya. inshaAllah boleh elakkan rasa nak muntah tu.. boleh bancuh jadikan macam air teh ginger... berangin jer. 


  • Bila badan selesa, tidur malam juga lena.
  • Masalah gusi berdarah? cukupkan dengan protein dan kalsium.. inshaAllah dapat di elakkan. 
  • Sesak nafas? boleh terjadi sebab kurangkan iron dalam darah, oxigen yang dapat di bawa dalam darah berkurang dari biasa. inshaAllah 2bj vitalea membantu. (Info Vitalea)
  • Vitamin C sangat penting untuk tingkatkan imuniti badan dan bantu mencantikkan kulit. ini memang saya terasa sangat, alhamdulillah, kali ini, TIADA strechmark. kulit pun moist jer.  (Info Vitamin C )
  • Bcompleks (ada folic acid) bantu untuk kurangkan risiko kecacatan pada bayi dan pada masa yang sama mengurangkan stress. yelah kan ibu2 hamil ni.. emosi pun kekadang tu kurang stabil kan. hehe.( info Bcompleks)
Alhamdulillah, secara keseluruhannya, saya berpuas hati dengan SET HAMIL shaklee dan kesan-kesan sampingan nya. inshaAllah a healthy pregnancy, healthy baby. 

Nak tahu lebih lanjut pasal SET HAMIL ni? Jemput click : SET HAMIL TERBAIK!


Sebagai seorang muslim, kita wajib berusaha sebaiknya, dan kemudian bertawakal kepada Allah swt.  Moga Allah permudahkan , lancarkan dan berikan yang terbaik buat kita semua. Aaamin




Surirumah & Media : Bersama Membangun Potensi Suri Rumah Rahmah

 𝗦𝘂𝗿𝗶𝗿𝘂𝗺𝗮𝗵 𝗱𝗮𝗻 𝗠𝗲𝗱𝗶𝗮  Alhamdulillah, di izinkan Allah untuk hadir 2 hari 𝑩𝒆𝒏𝒈𝒌𝒆𝒍 𝑷𝒆𝒏𝒈𝒖𝒓𝒖𝒔𝒂𝒏 𝑴𝒆𝒅𝒊𝒂 𝑺...