Rabu, 23 Julai 2014

KISAH BENAR: PEMUDA MISKIN MENJADI JUTAWAN ASBAB SEDEKAH


Assalamualaikum wbt dan Salam Ramadhan 1435H/ 2014M

Apa khabar anda hari ni? Alhamdulillah, kita telah memasuki fasa ke3 bulan Ramadhan, fasa pelepasan dari azab api neraka namun belum terlambat kita memohon kerahmatan Allah swt... kerana Allah swt. Maha Pengasih, Maha Penyayang, Maha Pemberi...

Bulan Ramadhan, bulan penuh dengan Rahmat Allah swt. Hari ni, saya ingin kongsi kisah benar, bagaimana seorang pemuda miskin menjadi usahawan, iaitu melalui banyaknya beliau bersedekah, walaupun pada kala beliau punya harta yang sangat sikit.  

InshaAllah moga kita sama-sama mengambil iktibar dan pengajaran dari kisah ini.  
........

Segalanya bermula pada bulan Ramadhan 2010. Masa itu saya benar-benar berada di garis mula memburu impian ini. Saya benar-benar bermula dari kosong.” Beliau memulakan kata.

Bermula dari kosong? Apakah yang berlaku sebelumnya?” soal saya pula. 

"Saya dari keluarga susah. Malah pernah dibanci sebagai keluarga paling miskin di Besut. Saya masih ingat lagi saat melihat ibu saya menangis. Ibu menangis kerana sedih melihat ulat di kocek baju saya. Pada masa itu saya bekerja sebagai budak pengangkut sampah. 

Saya katakan kepada ibu agar jangan sedih dan mohon terus doakan kejayaan saya. Saya yakin akan kasih sayang Allah kepada hamba-Nya. sebelum kita diberi nikmat kita tentu diuji dulu. Begitulah lazimnya. Itulah juga yang berlaku kepada saya.

"Semasa bergelar pelajar lagi, saya sudah mula berusaha mencari duit. Malah saya pernah mengusahakan kebun jagung seluas 13 ekar berhampiran KIST (Kolej Islam Sains dan Teknologi ) cawangan Bachok. Kebun seluas itu juga saya kerjakan bersendirian."

Saya masih boleh dilihat mencangkul di kebun jagung walaupun 30 minit lagi peperiksaan akan bermula.” Terang beliau sambil ketawa.


Kebun jagung yang sudah hampir membuahkan hasil itu menjadi sandaran saya . Kerana itu saya nekad dengan keputusan berhenti belajar. Kononnya untuk memberi tumpuan kepada bisnes kebun jagung saya. Namun, takdir Allah mengubah segala-galanya. Ribut kuat yang jarang – jarang berlaku telah melanda kawasan Besut. Seterusnya memusnahkan segala impian saya.

Rugi dan terpaksa menanggung Hutang

Ia berlaku pada masa tongkol-tongkol jagung sudah mula menguning. Saya terduduk. Segalanya musnah sekelip mata. Bukan sahaja harapan meraih untung hancur berkecai. Malah saya terpaksa pula menjual satu-satunya motorsikal buruk yang saya ada demi melunaskan sewa tanah kepada orang kampung. Selepas itu saya hanya berjalan kaki

Sudahlah begitu, saya terpaksa juga berdepan dengan pilihan yang berat. Iaitu pilihan di antara mahu meneruskan kuliah saya di KIST atau sebaliknya. Minat saya yang membuak-buak terhadap bisnes memaksa saya membuat pilihan ke-2. Hasilnya saya dicemuh oleh hampir semua orang yang saya kenal. Masa depan saya gelap kata mereka!

Pada masa itu saya merasakan sedang berada di titik paling bawah dalam roda kehidupan ini. Saya kehilangan kebun. Saya kehilangan kuliah dan tiada kerja. Sudah tentu saya tiada wang. Saya tidak punya apa-apa lagi.

“Pada masa itu saya cuma ada Allah. Itulah satu-satunya harapan saya. Saya memujuk hati untuk mempercayai bahawa takdir Allah semuanya baik” terang beliau bak air yang mengalir.”

Doa serahan kepada Allah
Seterusnya pada hari bersejarah itu, saya bertemu seseorang dan mohon dipinjamkan wang sebanyak RM50 bagi memulakan hidup baru. Modal itu sebahagiannya saya gunakan untuk fotostat sebanyak 300 keping risalah dengan maksud mahu menjual tanah bagi pihaknya. Dengan harapan bolehlah mendapat sedikit komisyen jika ada orang yang mahu membeli.”

Pada ketika itu saya memang tidak tahu apa-apa tentang urusan jual-beli tanah. Apa yang saya tahu cuma mahu mengedarkan risalah. Dan memang hanya itu saja peluang yang saya ada. Rasa terpaksa dan malu usah cakap. Saya tidak mampu untuk memikir selainnya.

Benarlah sesungguhnya Rezeki dari Allah. Sesingkat 3 jam saya berhasil mendapat RM2000 dari usaha itu. Seterusnya meningkat menjadi berpuluh dan beratus ribu ringgit; dan dalam tempoh beberapa bulan sahaja seorang yang asalnya ‘zero’ tiba-tiba menjadi ‘hero’. “

Ya, saya benar-benar menjadi hero sehingga saya lemas dan leka dalam limpahan rezeki yang tidak disangka-sangka itu.

Syukur kepada Allah yang segera memimpin saya agar segera kembali ke pangkal jalan. Saya segera sedar bahawa rezeki itu sesungguhnya kurniaan Allah dan bukan kerana hebatnya usaha dan kepintaran saya"

Rezeki kurniaan Allah, - Al mulk, 15
Boleh tuan terangkan secara khusus apakah amalan tuan sehingga mendapat rezeki yang luar biasa itu?” saya memotong ceritanya.

Apa yang tuan tulis di dalam buku, itulah yang saya amalkan. Contohnya, saya tidak akan memulakan kerja selagi belum bersedekah. Begitulah yang saya lakukan setiap hari."

Alhamdulillah rezeki terus datang mencurah-curah sehingga sejuta yang pertama dapat saya raih dalam tempoh setahun. Tepatnya pada bulan ramadan tahun berikutnya. Iaitu pada bulan ramadan tahun 2011."

“Pada suatu hari saya mendapat panggilan telefon dari seseorang yang mahu menjual tanah. Tanah seluas 5 ekar itu terletak di Kampung Raja, Besut. Tuan tanah dengan senang hati mahu menjualnya kepada saya. Malah beliau mahu menjualnya dengan harga RM428,000. Ternyata harga yang ditawarkan itu jauh lebih rendah dari harga pasaran. “ 

“Kemudian saya pecahkan tanah itu menjadi beberapa lot dan menjualnya semula. Keseluruhan tanah-tanah lot itu dapat dijual dalam tempoh setahun. Urus niaga itu berjumlah RM1.5 juta. Akhirnya seorang budak miskin berjaya menjadi jutawan.”

“Hari ini apabila direnung kembali skrip kehidupan lalu, saya segera insaf . Rezeki besar yang Allah beri sesungguhnya bukan sekadar untuk memenuhi keperluan saya semata-mata.”

“Rezeki yang melimpah-ruah itu rupa-rupanya untuk dikongsi dengan ramai orang lain yang lebih memerlukan. Alhamdulillah dengan izin-Nya saya berusaha menjaga kebajikan sekitar 70 orang anak-anak yatim dan miskin. Mereka berada di Besut, Pakistan, Kemboja dan Indonesia."

“Saya percaya jumlah mereka ini akan bertambah lagi. Namun, saya tidak pernah bimbang tentang rezeki. Sesungguhnya Allah Maha Melihat dan mengetahui keperluan saya. Saya sekadar melakukan kerja-kerja yang saya mampu, selebihnya biarlah Allah melakukan kerja-Nya. “ 

“Akhirnya saya sampai ke titik keyakinan bahawa menjemput rezeki itu lebih mudah berbanding mencari-cari rezeki. Yakni mengutamakan Allah dalam setiap masa dan keadaan.”

Sumber: khairitajudin.blogspot.com 

Artikel ini pernah diterbitkan di Majalah Anis terbitan Galeri Ilmu Sdn Bhd, keluaran Oktober 2012 

....
Allahuakbar, Allahuakbar, Allahuakbar!

Betapa luasnya rezeki Allah, rezeki bukan perlu di cari... tetapi ia perlu di jemput.

Moga kita dapat istiqomah dalam melakukan amal kebajikan dan sedekah setiap hari... Amin Ya Rabbalamin

Wallahualam.

Salam Ramadhan 1435H/2014,

Anisah
.......

Sedekah ilmu

Alhamdulillah, mentor saya berbesar hati menyedekahkan ebook Kisah Inpirasi & Kejayaan dalam bisnes khas buat pembaca blog kami.

Jemput click : E-Book Sorry Boss Saya Terpaksa Berhenti Kerja.
...

Sila LIKE dan SHARE, inshaAllah akan ada insan yang mendapat manfaat dari entry ini.
Terima kasih kerana meluangkan masa. 

Isnin, 21 Julai 2014

Shaklee menyumbang kepada Israel/Zionist? Betul ke?


Assalamualaikum wbt dan Salam Ramadhan 1435H...




Allahuakbar!




Ramadhan kali ini, kita di kejutkan dengan pelbagai peristiwa yang menguji saudara kita. Gaza di serang, ramai orang awam termasuk kanak-kanak dan wanita yang menjadi mangsa.




Bila mana Gaza di serang, kecoh la isu Boikot produk US. yang sebenarnya produk yang perlu kita boikot adalah produk/company yang menyumbang kepada Zionist.


Saya bukanlah seorang yang pakar tentang hal ini, Ikuti kupasan Ustaz Zaharudin



Apa perbezaannya  barangan yang menyumbang kepada Israel atau barangan buatan yahudi?


Apa kah yang patut kita boikot?Kenapa perlu kita boikot?




Nak tahu lebih lanjut? Jemput click : zaharuddin.net


...

Shaklee adalah sebuah syarikat antarabangsa yang berasal dari US. Maka bahang boikot turut di rasai, lagi2 bila wujud seorang pengedar seperti di bawah :

Adakah Shaklee support israel?


Persoalan ini timbul gara-gara seorang pengedar shaklee menggunakan menyumbang kepada Israel secara terang-terangan seperti di web di bawah.





Beliau hanyalah seorang pengedar dari puluhan ribu pengedar di seluruh dunia. Sama seperti saya.



Di ibaratkan.. macam anda terima gaji/bonus, kemudian anda sedekahkan pada badan yang Islam dan yang memerlukan.




Alhamdulillah, independent distributor di Malaysia, sekarang ni di monopoli oleh orang Islam, di bawah kumpulan JUTAWAN (Penaung nya Pn Shareeza - www.mamafaiz.com) Alhamdulillah, salah satu pesanan dan amalan yang kami pratikkan setiap kali dapat bonus, tak kira bonus tu berapa angka... WAJIB asingkan dulu untuk sedekah dan infaq, sebab dalam harta kita. ada bahagian orang lain. 


Sebab Shaklee bagi kebebasan kepada pengedarnya untuk bagaimana nak guna bonus masing2, Jemput baca kupasan PM Cery pasal isu ini pada tahun 2012 lagi : Nukilan PM Cery

Bagi menjawab pelbagai soalan dan memberi keyakinan bahawa Shaklee tidak menyumbang kepada ISRAEL sebagai syarikat. 

Shaklee management telah mengeluarkan penyataan bagi menjelaskan isu ini seperti di bawah;







Q&A with President Shaklee International. 


Q: Does Shaklee Corporation contribute in funding Israeli's Military exercise on Palestine?

A: No.

Q: What is your personal stand towards this issue?

A: Because this is a corporate question you and your customers and other distributors have raised now and in the past, we wanted to make it very clear that Shaklee is against violence of any kind anywhere in the world.

Shaklee is a neutral company and is not involved in any conflict, is not affiliated with any religion and is not aligned with any political party or cause.


Q: Is there any link of Shaklee and Israel / Zionist that we need to know?

A: There is none.

Sincerely

Bradford Richardson
President, Shaklee International

...




Meh saya tolong translate , shaklee menentang sebarang bentuk keganasan yang ada di mana-mana di seluruh dunia. Shaklee tidak terlibat dengan sebarang parti politik mahupun badan agama. 




Alhamdulillah, dengan official statement ini, kami sebagai pengedar juga lega...dan inshaAllah ia juga menjelaskan kepada semua pengguna shaklee juga. 


...

Ya Allah !!!

Mohon ihsankan dan sempurnakan zat intipati diri kita dan buatlah denganya tiang teguh utk lindungi kita di dunia dan juga di akhirat..

Dan kurniakan kita sangkaan baik terhadap setiap hamba Allah... Amin



Usaha...Doa...dan TAWAKAL.

Feel free to LIKE and SHARE

Please do not hesitate to contact me/ comment below for:-

FREE Consultation

Business OPPORTUNITY with Shaklee!!

Jumaat, 11 Julai 2014

Nyummy, Berbuka puasa bersama kambing golek



Assalamualaikum wbt dan Salam Sejahtera

Alhamdulillah, Ramadhan bulan kerahmatan, bulan kemuliaan, bulan penuh dengan keajaiban.


Alhamdulillah, bulan ni, pahala bersedekah di gandakan.. pahala amalan di gandakan.

Alhamdulillah, semakin ramai yang memberi dan menjamu selera mereka yang kurang berkemampuan dan berkongsi juadah bersama-sama.




Alhamdulillah, pada hari Sabtu, 5 Julai 2014 kami telah memenuhi jemputan berbuka puasa tajaan sepenuhnya oleh Master Hafsah Mardiah & suami di Kelab Sultan Sulaiman, Kg Baru, Kuala Lumpur...Terima kasih Kak Hafsah dan suami kerana sudi menjemput kami semua, moga kalian di limpahkan lebih rahmat dan diberkati di dunia dan akhirat.




Ini adalah kali ke 3, saya menjejakkan kaki di Kelab Sultan Sulaiman, pertamanya semasa Sesi  Magic Raya Inspirasi dan Magic Class Inspirasi Oktober 2013.

ALHAMDULILLAH, di antara langkah orang yang nak berjaya ialah kita perlu sentiasa mendampingi mereka yang telah berjaya.

Menurut Master Hafsah, sekitar 150 orang ahli di bawah Inspirasi hadir pada majlis berbuka puasa ini. Jumlah ini termasuk pasangan dan ahli keluarga. 

Ini bukan sekadar Majlis Berbuka Puasa... Bling2... kenapa ye?

Ok jom kita layan gambar sekitar majlis.

Kalau tertanya kat mana Kelab Sultan Sulaiman? dekat dgn kg baru, ni Anas tengah excited.. dia dah tahu nak tuju ke mana, hehe... sebab dah beberapa kali datang sini kan.



Ruang 'open air' dalam restoren... sebelah kanan tu tempat bakar kambing


Suasana sebelum berbuka


Ambil2 makanan dan menunggu untuk berbuka
Kuih muih... nyummy..
Bahan mentah untuk steamboat


Nasi berlauk ... hehe (Saya tak ambil pun kat sini, sebab nak makan yang luar biasa je) 
p.s. makanan bergoreng, sangat tinggi KOLESTROL ye.

Chef maklumkan.. kambing ni asalnya dari New Zealand.. anak kambing a.k.a Lamb.. tu yang dagingnya lembut, kambing ni di marinate semalaman dalam fridge, then di bakar dalam oven selama 5 jam, selepas tu baru di golek dan di bakar macam dalam gembar ni...
Wow, lecehnya preparationnya kan... Nasib la makan FREE, kalau nak masak sendiri memang rasanya TAK ler.


'Kambing yang dirai'.. beria sangat orang beratur


Inilah kambing golek yang siap dihidang di atas pinggan... nampak sedap sangat kan? ops, jangan lebih2 ye.. KOLESTROL dan LEMAK ni.. ermmm sedap juga! :P (takpe2, ada caranya..stay tuned)

Meja 'tuan rumah' , Master Hafsah dan Aizan bersama  ahli keluarga
Banyaknya Amanina makan...hehe.. tentulah untuk kami sekeluarga

Di Kelab Sultan Sulaiman ni, memang ada surau, tetapi sepanjang bulan puasa ni, bilik seminar di jadikan surau, kiranya besar la.. boleh nak berjemaah kat dalam tu. Selesa sangat. Takde alasan ye nak tinggalkan solat! 

Selesai makan-makan, kami pun beramah mesra dengan rakan-rakan yang memang rapat dalam dunia online dan ada juga yang baru berkenalan di sini.  Ramai yang gunakan peluang ni untuk mendapatkan tips dan kata-kata semangat dari mereka yang telah berjaya. Salah satu ciri mereka yang berjaya ni, mereka takkan puas memberi, sebab berpegang kepada 'The more we give, the more we get... ' Serious tak rugi pun kita memberi dan berkongsi. 


Alamak, kak su & abg latiff yang beria senyum... Anisah! pandang kamera la..


Kak Faeza dan Kak Shima... dedua masing fulltime bekerja dan semakin bersinar dalam bisnes, anak kecil dan bekerja bukan la alasan untuk tidak berbisnes. Serious saya respect diorang.


Apa yang beria sangat diorang dua orang ni bercerita ye? Alhamdulillah, bila dah berjumpa, macam-macam boleh dibincangkan. 


Bersama kak Marlina dan Adwa. .. antara bintang dalam MFMS


Aunty Kamariah yang sporting, tengokla abang arham duk berbual dgn aunty tu.. beria sangat. 3 orang jejaka kat sebelah pula, boleh tersenyum.. hehe.. diorang ni antara yang aktif dalam MFMS

Inilah sebab aunty Kamariah famous... beliau antara yang berpuas hati dengan Phytocolst dan Omega Guard dalam mengawal kolestrol. nak tahu macamana? jemput click :KAWAL KOLESTROL


Apa la agaknya Master Hafsah cakap tu kan? Siap dengan tangan sekali.. hehe.. yang pasti sedang berkongsi aura positif. 






Team MFMS bersama Master Hafsah... memang sporting sangat semua. ..Lor, kenapa saya pandang ke tempat lain?.. hehe.. tengok cik abang kot.. tak habis2 lagi berbincang dengan Master Aizan. 


Amanina kata 'TERBAIK'!

Sempat berbual dengan chef ni, inilah kad beliau, kalau berminat... boleh contact beliau ye. Ramah dan baik orangnya.. Alhamdulillah, kambingnya juga sedap!
Ini pula geng bapak2 yang tak habis bercerita lagi... dah2 jom balik.... pesan Master..'Jangan Lupa Terawikh' 
Biarpun ia di namakan majlis berbuka puasa dan tiada dalam tentatif program 'majlis ilmu' , Namun inilah peluang untuk mendapatkan nasihat dan tunjuk ajar secara offline..;) online memang selalu ada je. (BANYAK sgt info & guide yang ada... Nak ke tak nak je kan).

Alhamdulillah, kami pulang dengan bukan hanya isi di perut, tetapi ilmu juga. 

Alhamdulillah, terima kasih pada semua yang menyumbang gambar dan idea. ;) Moga kita semua mendapat sesuatu yang baik dalam setiap apa yang kita lakukan. inshaAllah. 

Satu hari nanti, inshaAllah saya juga akan menganjurkan majlis sebegini, bersama anak yatim dan mereka yang kurang berkemampuan... Satu kepuasan yang tak dapat di lahirkan dengan kata-kata.. bila kita dapat bahagia kan orang, bila kita dapat beri apa yang orang lain sangat inginkan. 

PERLU kah Aku KAYA?

Bila duduk dalam majlis sebegini, mengingatkan kita.. bahawa kita perlu KAYA, bukan hanya untuk kita... tetapi kita perlu KAYA sebab ramai sangat orang yang perlu kita bantu. 

Teringat pesan seorang jutawan,  Kita pentingkan diri jika kita rasa kita dah cukup... kita dah selesa dengan apa yang kita dapat, sedangkan ramai sangat yang memerlukan kita. Bukan hanya ahli keluarga kita, bukan hanya masyarakat kita.. tetapi dunia kita!. lihat sahaja di Palestine, Syria dan negara-negara lain... mereka sangat memerlukan kita. 

Jom... bersama kita kaya dan berjaya dunia akhirat... 

AllahuAkbar, 
Istiqamahkan kami dalam bersedekah dan membantu orang lain...

 Terima kasih  daun keladi,
Lain kali boleh berjumpa lagi 



Usaha...Doa...dan TAWAKAL.

Feel free to LIKE and SHARE

Please do not hesitate to contact me/ comment below for:-

FREE Consultation

Business OPPORTUNITY with Shaklee!!

Khamis, 3 Julai 2014

Vivix International Testimonial

Assalamualaikum wbt and Hello, 

How are you? We are so lucky to be in the month of July 2014 with VIVIX PROMOTION from Shaklee, a magic tonic that has helped so many people with so many disease, pain and even between life and death. 

This collection of international testimonial are shared by Shaklee Master Coordinator, Iffah Anuar, who is a SLE patient survivor who have been using vivix for years. And Of course with Allah's willingness. Alhamdulillah. 

Happy Browsing...

Feel Free to Like & Share. 
...


Vivix™ Cellular Anti-Aging Tonic …. Liquid Dietary Supplement

Vivix Cellular Anti-Aging Tonic is a revolutionary breakthrough in the fight against cellular aging. Developed after years of research by Shaklee Corporation, the number one natural nutrition company in the U.S., Vivix is the world’s best anti-aging supplement. In laboratory studies, Vivix ingredients have been shown to impact the four key mechanisms of cellular aging.
A 30 day supply of Vivix delivers the equivalent amount of resveratrol found in 3,000 glasses of red wine, and Vivix ingredients are 10x more powerful in slowing a key mechanism of aging than resveratrol alone. All natural. Patent pending. Clinically tested key ingredients. Exclusive




Rabu, 2 Julai 2014

Kisah Anak Soleh, Penghuni Syurga Allah swt

Assalamualaikum wbt dan Salam Ramadhan, 

Alhamdulillah, kita sedang berada dalam bulan Ramadhan yang penuh rahmat. 

Hari ini, saya ingin berkongsi kisah yang mungkin ada di kalangan kita pernah dengar dan ada yang belum. Kisah seorang anak soleh, Uwais al-Qarni yang terkenal di langit Allah swt. Semoga kita dapat mengambil iktibar dari kisah ini. 

..........


Uwais al-Qarni adalah seorang daripada kalangan tabi’in yang hidup selepas kewafatan Rasulullah ï·º, dan dapat bertemu dengan para sahabat. Sejak dilahirkan beliau berpenyakit sopak dan ayahnya telah meninggal dunia. Hidupnya sangat fakir dan dalam keadaan yatim.Ibunyalah yang menjaganya sejak kecil sehingga beliau dewasa. Walaupun miskin, Uwais kaya dengan budi bahasa dan amanah.

Uwais al-Qarni hanya tinggal bersama seorang ibu yang sudah tua, buta dan lumpuh. Malah, ibu tua itu cuma bergantung harap pada Uwais untuk menguruskan kehidupannya. Di situlah mereka dua beranak meneruskan kehidupan tanpa ada sanak saudara. Tatkala ibunya memerlukan bantuan, Uwais tidak pernah mengeluh dan akan menguruskan ibunya terlebih dahulu sebelum membuat perkara lain.

Selain dikenali sebagai seorang anak yang taat kepada ibunya. Uwais juga sangat taat melakukan ibadah, beliau seringkali berpuasa dan malam hari masanya terisi dengan ibadahsolat-solat sunat dan tahajud kepada Allah SWT.

Rasulullah SAW pernah berpesan kepada Saidina Umar r.a. dan Saidina Ali k.w.: “Akan lahir di kalangan Tabiin seorang insan yang doanya sangat makbul. Namanya Uwais al-Qarni dan dia akan lahir di zaman kamu. Kamu berdua pergilah mencari dia. Dia akan datang dari arah Yaman, dia dibesarkan di Yaman. Dia akan muncul di zaman kamu, carilah dia. Kalau berjumpa dengan dia minta tolong dia berdoa untuk kamu berdua.

Saidina Umar dan Saidina Ali lalu sama-sama menanyakan kepada Rasulullah SAW: “Apakah yang patut saya minta daripada Uwais al-Qarni, ya Rasulullah?

Rasulullah SAW menjawab: “Mintalah kepadanya agar dia berdoa kepada Allah agar Allah ampunkan dosa-dosa kalian."

Selasa, 1 Julai 2014

Bagai Pinang Di Belah Dua...;) Alhamdulillah


Assalamualaikum dan Salam sejahtera, 

Apa khabar anda hari ni? Alhamdulillah... yang pasti, anda pasti sedang sihat sebab masih boleh membaca. hehe.

Hari ni, saya nak kongsikan perbualan dengan anak selepas  balik tadika tadi, yang membuatkan saya terkenangkan perkara yang lain pula..;)

Anas: 'Hari anas belajar pasal BIG and SMALL'




Mama : Big tu apa? 

Anas : Besar 

Mama : Pandai anas,.Small?

Anas : Kecil 

Mama :Ok... .Who is bigger? Anas or Amanina..

Anas :Bigger tu apa? 

Ops.. belum sampai lagi ye.. hehe

Mama :'Bigger tu lebih besar..'

Anas :.. Oh, anas la lagi besar. 




Mama : Good! OK, Mama or Papa, who is bigger?

Anas: (termenung jap..mungkin fikir macam sama jer)...Mama! 

Mama : Aippp.. Mama ke?

Tetiba Amanina menyampuk : Papa la.. 

Terima kasih sayang... hehe..Mama sayang amanina! 

Anas tersengeh.. 'yela, papa kan'. 

Huhu... ni la bila mama & papa seakan sama saiz.. susah nak detect kan. 

Alhamdulillah, kalau dulu.. sebelum ada anas, memang mama lg besar, ops.. bukan mama besar, papa yang kecik. 

Tapi sekarang, alhamdulillah.. dah seakan sama saiz. ;) (boleh je share kasut sukan & selipar, tshirt... )

Alhamdulillah... bukan kawan2 yang dah lama tak jumpa... betul tak saya masih lg maintain je kan? bayangkan boleh je pakai baju kurung masa form 2 (baju kurung pertama, jahit sendiri.. simpan lagi tau!)

Alhamdulillah... kami bukan hanya hampir sama saiz, rupa kami pun dah seiras je, ada yang sangka kami adik beradik pun.. hehe. ;) 

Alhamdulillah... 

Throwback sejak kahwin dan collection gambar raya sejak ada anak.. hehe.. sebelum ada anak, tak jumpa pula gambarnya. tengoklah, alhamdulillah... saya maintain jer, cik abang je naik sikit..tapi kira oklah... bagai pinang di belah dua la katakan.. 


Tips Menjalankan Bisnes Online

   Assalamualaikum dan salam sejahtera,  Pada entri yang lalu, saya kongsikan peluang bekerja Dari rumah yang turut berkait dengan bisnes on...