Isnin, 9 September 2013

Magic Raya di Kelab Sultan Sulaiman,2013

Assalamualaikum dan Salam Kejayaan, 

Apa khabar anda hari ini? 

Alhamdulillah, kita semua masih sihat dan bernafas sehingga ke hari ini. 

Alhamdulillah… satu ungkapan yang semakin kerap saya lafazkan setelah menyertai bisnes Shaklee.

Alhamdulillah… Saya terpilih untuk berada dalam satu kumpulan bisnes Shaklee yang sangat mengagumkan

Perkenalan alam maya telah membawa kami ke perjumpaan di mana sesi perkongsian tips, nasihat dan strategi bersama mereka yang telah berjaya.
Semaga Magic Raya Ogos 2013
Banyak yang saya pelajari, pelajaran yang tidak dapat diterima dari mana-mana kelas akademik. Kami dibekalkan dengan master checklist agar kami tahu apa yang perlu dilakukan. Ia turut merangkumi dunia & akhirat.

Kami di ajar dan diingatkan,


1.  Sentiasa ber’majikan’ kan ‘majikan’ kepada semua majikan di dunia, iaitu Tuhan pencipta sekalian alam, AllahuRobbi.

2.    Segala apa yang kami lakukan adalah keranaNya

3.    Rezeki kami sentiasa di tanganNya

4.    Banyakkan berzikir dan Berdoalah kepada nya dengan secara terperinci.

5.   Solat sunat Dhuha dan Tahajud bagai menjadi amalan yang di ‘wajib’ kan dan lagi lagi... nak tahu lebih lagi, jom sertai kami yer)

AllahuRobbi, kesannya, Alhamdulillah kami tidak lagi hanya bergantung kepada kualiti kerja dan masa yang diperuntukkan sahaja. Kami semakin percaya… Allah adalah penentu rezeki kami.

Alhamdulillah, saya berasa amat bertuah kerana ‘lahir’ dalam keluarga besar Shaklee yang di panggil ‘Jutawan Shaklee’ kerana kami sentiasa di ajar untuk melihat diri dalam Rahsia Cermin Ajaib (RCA) untuk Berjaya menjadi seorang ‘Jutawan’.

Penampilan jutawan yang telah dapat lihat di dalam kumpulan ini, sangat humble, langsung tidak menunjukkan mereka adalah jutawan. Kerana apa? Kerana mereka yakin semua ini rezeki Allah, syukur dan reflek diri sentiasa menjadi amalan mereka.

Gambar bersama Presidential Masters Pn Shareeza, Kak Maria (InshaAllah soon a master) dan Master Zahirah.
Alhamdulillah, saya bersyukur bertemu dengan mentors yang sangat prihatin dan ingin membimbing kami sehingga Berjaya.

Semangat kejayaan & ‘kekeluargaan’ yang dipupuk oleh mentors kami,berjaya menjadikan kami lebih yakin dan kuat.

Bak kata pepatah 'ringan sama di jinjing, berat sama dipikul'.

Bak kata wonderpet
TEAMWORK!!!!

Alhamdulillah, kini saya bertambah yakin, saya telah memilih satu bisnes yang inshaAllah bukan hanya dapat meningkatkan pendapatan keluarga tetapi turut sentiasa mengingatkan kami tentang akhirat dan menyumbang kepada ummah, inshaAllah.

InshaAllah, saya bakal menjadi saya akan menjadi seorang Jutawan Muslimah sebelum saya berumur 33 tahun, inshaAllah!

Ya Allah, jadikan kami hambaMu yang sentiasa bersyukur…
Ya Allah, berikan kami kekuatan untuk berjuang mencari Rezeki kerana Mu
Ya Allah, berikan kami kekayaan supaya kami dapat lebih membantu mereka yang kurang berupaya
Ya Allah, Ya RabbulAlamin….

Yang seronoknya lagi, semasa sesi magic raya ni, anak-anak di 'ajar' untuk bersama-sama dengan ibu bapa. Jangan kita kejar kekayaan duit, sedangkan anak tidak terjaga.

Amanina, anak ke 2 saya sibuk me'nulis' tips... inshaAllah ye sayang juga kan menjadi usahawan berjaya satu hari nanti, Amin.
Tiada lagi alasan -

1. Masa tidak cukup, kerana kita semua di beri 24jam/sehari, 7 hari seminggu dan 365hari setahun.
2. Anak masih kecil... kerana mereka masih kecil la, kita perlu mencari rezeki yang lebih
3. dan pelbagai lagi alasan untuk berjaya..

Kita adalah apa yang kita setkan...

WallahuAlam..
.......................................................................................................................................................
Jom dapatkan ebook motivasi secara PERCUMA...

Rahsia bagaimana seorang engineer BERTUKAR menjadi USAHAWAN berjaya.... yang kini bukan lah rahsia bagi mereka yang ingin tahu.

Anda Ingin Berniaga?  Tetapi Tidak Tahu Caranya. Tak Tahu Nak Buat Bisnes Apa? Tiada Siapa Yang Mahu Membimbing Anda? Jangan  Risau.

Dapatkan EBOOK “SORRY BOS!!! SAYA TERPAKSA BERHENTI KERJA” secara PERCUMA!!


Please LIKE this post and SHARE if you like this post via below social media links.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Tips Menjalankan Bisnes Online

   Assalamualaikum dan salam sejahtera,  Pada entri yang lalu, saya kongsikan peluang bekerja Dari rumah yang turut berkait dengan bisnes on...