Memaparkan catatan dengan label Vitamin-C. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Vitamin-C. Papar semua catatan

Rabu, 27 April 2016

'Bantuan Kecemasan' untuk ibu baru bersalin!!!

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Apa khabar anda hari ini??? Alhamdulillah saya doakan kita semua di beri kesihatan yang baik & keberkatan dalam hidup.

Alhamdulillah Allah izinkan saya mengandung dan melahirkan 3 orang anak secara normal dan AlHamdulillaah,  di permudahkan. Antara ketiga2 kali bersalin, alhamdulillah yang ke3, tenaga yang ada sebelum, semasa dan selepas bersalin tu, lain... Sampai kan rakan ibu di wad macam tak percaya saya baru lepas bersalin. Ceria je... Bertenaga je. Anak pun cepat kenyang (puas menyusu). Dan dalam pantang pun, alhamdulillah cepat luka sembuh, rahim mengecut, dan paling makcik urut puji... Kulit bersih! Tak macam orang dalam pantang!

(Antara entry yang sering dikunjungi- Nikmat Sakit Bersalin dan Pengalaman Bersalin Yang Sukar di lupakan)

Ini kisah saya... Tapi sebenarnye macam2 kisah yang pernah saya dengar. Ia sebahagiaan dari aturan Allah tapi kita boleh Bantu diri sendiri untuk mengurangkan rasa sakit tu.

Alhamdulillah, antara saat2 yang seronok ialah melahirkan Anak... Setuju2? Walaupun hakikatnya sakit bersalin tu memang sakit... Sehingga dikira mati syahid, sekiranya mati ketika bersalin.

Sakit tak bersalin? Sakit juga selepas bersalin, bukan nak menakutkan, tapi inilah hakikatnya.

Sakit apa? Jemput2 teruskan bacaan.

ADUH!! LUKA INI SUNGGUH MENYAKITKAN
======================

Semalam baru bersalin. Anak yang keluar seberat 3.5kg.

Biasa je orang kata.

Tapi bahu dia lebar. Doktor nak keluarkan tu agak jenuh jugakla rasa.

Terpaksa koyakkan laluan.

"Srappppppp."

Doktor gunting bagi jalan luas sikit nak keluar.

Sumber : google.. nak lebih real? google sendiri, saya tak sanggup nak share. Ouch!

Sakit? Tak rasa apa dahhhh.

Sebab sakit nak bersalin ni lagiiii sakit.

Bila anak keluar...nak kena jahit pulak.

1,2,3,4,5,6,7,8,9 kali cucuk kuar masuk jarum dan benang.

"Srup srup sruppppp"

Sakit???

Tak rasa jugak sebab doktor bius. Yang doktor tak bius tak tau apa rasa.

Tak leh nak bayang.

Selepas kesan bius hilang, Allahuakbar! Sakitnya, orang yang mengalaminya yang tahu macamana.

Sakit di tempat jahit, sakit rahim nak mengecut, sakit 'terputus urat' dan pelbagai sakit lagi.

Sebab tulah suami...syukur isteri yang bersalin. Bukannya awak.

Sebab tulah anak...ibu cakap apa...kalau baik-baik tu ikut lah.

Balik rumah...luka tu bukan terus sembuh. Ibu perlukan makanan berkhasiat di waktu pantang. Baru cepat pulih luka.

Tapi ibu dalam pantang makan apa?

Ikan masin dengan nasi.
Zat pon kosong. Dah berapa lama ikan tu diperap dengan garam tu?

Ibu perlukan makanan berkhasiat ye untuk pulih.

Cuba bayang kita yang dikoyakkan tu...makan nasi dan ikan masin je masa pantang?

Bila nak sembuh kan?

Jadi suami...berikan isteri ikan segar...protin yang cukup.

Nak kasi isteri tu cepat pulih lukanya.

Yela..senang dia nak susukan anak bila luka sembuh elok dengan segera.

Sumber : google.. (sharing is caring kan)


Bagi minum jus oren. Bekalkan vitamin C pada badannya.

Sebab badan ibu yang bersalin perlu cepat pulih dari luka luar dan dalam.

Kalau susah sangat nak cukupkan zat...boleh ambil set lengkap bersalin dan berpantang sekaligus menyusu yang Shaklee sediakan.

Kita ni bukan nak banyak susu je. Kita nak sihat.

Tak guna kalau susu banyak tapi tak sihat. Boleh meroyan nanti

Vitamin C -cepat pulihkan luka luar dan dalam.

Esp- bantu bekalkan protin unt penyembuhan luka lebih elok dan bina sel baru

B compleks- elak tekanan perasaan pada ibu. Elak meroyan ni.

Vitaleamultivitamin yang lengkap dengan 28 jenis vitamin dan mineral. Sangat perlu demi memastikan tubuh badan menerima semua zat dan vitamin yang penting untuk kesihatan optimum

Ostematrix- ibu baruuu je lepas meneran keluar bayi. Bayi bukan besar biji sawi. Tapi berkilo-kilo. Kalsium habis dah dik. Perlu topup. Kalau tak, sakit urat, sakit sendi, penat keterlaluan lah pulak nanti.

Alfalfa- milk booster. Tapi ni kasi lepas anak habis kuning. Takut panas. Ada anak yang ok, ada anak yang tak ok. Jadi kita elak dulu.

5 yang lain semua boleh diambil terus selepas bersalin walaupon masih dalam bilik bersalin.



Alhamdulilah, inilah antara BANTUAN KECEMASAN yang sangat diperlukan oleh ibu yang baru bersalin, bertarung nyawa melahirkan zuriat.

InshaAllah, nutrisi pelengkap ini membantu ibu2 untuk lebih bertenaga dan juga cepat sembuh. ppsst, dan susu yang meriah! anak juga bahagia. 

Saya dah dapatkan...saya dah rasai NIKMAT nya...JOM!


Ibu Anak 3,
#Anisah
#0136216522

Info untuk ibu nak bersalin
- http://www.babycenter.com.my/a1029325/tanda-tanda-bersalin
- http://asyrafanisah.blogspot.my/search/label/bersalin

Isnin, 22 Jun 2015

Petua Rawat Chicken Pox a.k.a Cacar Air

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,



Apa khabar anda hari ini? Moga semua sihat sejahtera dan ceria selalu.




Sekarang ni, di Malaysia cuaca agak panas dan kemudian hujan lebat selang beberapa hari. Virus demam dan penyakit berjangkit lain mudah tersebar. 




2 minggu lepas, anak ke 2 saya, Amanina Aisyah terkena jangkitan chickenpox a.k.a cacar air dalam Bahasa melayu. Saya pun tak pasti di mana terjangkitnya. pasrah terkena sekarang, sebab orang kata 'Baik kena masa kecik, parut cepat baik.. dan bila dah besar lagi sakit'. ;) 


Status pada 9 Jun, antara nasihat yang diberikan kawan2 di fb.




Btw, chickenpox ni bukan demam campak ya.. demam campak ruam halus warna merah, biasanye tidak berparut dan cepat baik. (Rujuk KKM: Demam Campak)




Chickenpox ni pula, yang jenis ada mata tu.




 (Rujuk KKM : Cacar Air)



Masa memula amanina kena, ada la dalam 3-4 biji di kawasan dada dia. saya ingatkan terkena gigitan semut ke? tapi macam halus sangat. bila whatsapp kan gambarnye pada adik ipar yang merupakan seorang Dr. beliau kata nampak macam chichkenpox, tapi kita tengok esok macamana. 




Hari ke 2, dah mula naik banyak sangat di bahagian badan dan pada muka



gambar ihsan google




Malam hari ke 2 tu, kami bawa amanina pergi jumpa Doktor,  Ouch! sah confirm chichkenpox! 

Dah maca dalam ilustrasi kat atas ni. huhu. 

Dr bagi calamine lotion dan ubat tahan gatal (dalam bentuk cecair utk minum). 

Alhamdulillah Amanina tak demam sangat, suhu bada sekitar 36.5-37.3 mcm tu jer. Jadi nya Dr tak bagi pun ubat demam. 
Saya tanya di fb untuk petua dari kawan2... 

PETUA yang di kongsikan

1. Bagi air kelapa
2.Mandikan dengan daun semambu
3. Tidur berlapik kan daun semambu
4.  Mandikan dengan Basic H
5. Sapu dengan cream anti gatal - saya guna Herbal Blend Shaklee
6. elakkan pergi ke tempat awam/sekolah
7. JANGAN kena hujan (orang kata nanti berparut/susah nak baik).. apa2 pun, waktu sihat pun tak elok kena hujan, sebab hujan kita sekarang pun dah tercemar kan. 
8. JANGAN makan makanan yang boleh menyebabkan lebih gatal spt seafood. 
9. Makan banyak buah-buahan dan makanan yang kaya dengan vitamin C, untuk meningkatkan imuniti dan juga kecantikkan kulit



Kebetulan Amanina kena masa tengah cuti sekolah masuk minggu ke2, jadi seminggu tu tak kemana la.. kecuali 2 hari amanina terpaksa ikut papa ke ofis sebab saya ada presentation untuk masters saya. 




Sian nina sebab die memang suka sangat makan seafood. takpelah sayang, seminggu-dua je. salah satu pantang makan lagi, jangan makan kicap.. huhu, takleh nak elak sangat, orang kata nanti berparut. ada juga makan sikit2. tawakal jer. yakin yang parut akan baik juga.



Ramai suggest guna daun semambu, pertamanye, mana lah nak cari kan? keduanye, macam rimas jer berdaun2 ni.. hehe. orang moden la katakan. 

Alternatiflnya, saya mandi kan juga amanina dgn Basic H dan kemudian sapu kan dengan calamine lotion masa blister tu tengah naik. 



Alhamdulillah, selepas seminggu, pox2 nya dah kering.Saya sapu kan dengan Herbal Blend dan aloe vera. Alhamdulillah, selepas 2-3 hari selepas kering, kuping2 makin tertanggal dan parut pun semakin pudar. 

Alhamdulillah, sebagai pengamal tegar mealshakes..;) hehe, amanina minum juga mealshakes di campur dalam susu sebagai minuman harian. 

Chewable vitamin C juga menjadi teman setia..;) hehe. vitamins pertama yang Amanina kenal pun.. ada kongsi dalam entry ni --> Luka-cepat-sembuh-dengan-vitamin-c

Ok buat kawan2 di luar sana, buat yang anak2 or even mak atau yang dewasa pun kena, boleh amalkan petua imi  ya. 

Sebagai pengguna produk SHAKLEE, Ini yang saya guna

1. Basic H untuk mandi
2. Herbal Blend untuk sapu semasa luka dah kering
3. Mealshakes sebagai sumber PROTEIN dan multivitamins
4. Vitamin C untuk tingkatkan imuniti & kecantikkan kulit. 

Sekian, 

Moga sihat2 selalu...

#ingatSIhatSebelumSakit


...
Antara rujukan saya semasa 'merawat' amanina; 

http://www.myhealth.gov.my/index.php/my/bayikanak-kanak/penyakit-berjangkit/cacar-air
http://azfar9897.blogspot.com/2014/04/petua-dan-tips-anak-kena-chicken-pox.html
http://www.wikihow.com/Treat-Chickenpox-at-Home

Sabtu, 28 September 2013

SET HAMIL, SET PANTANG dan SET PENYUSUAN

Assalamualaikum wbt 



Bila sebut shaklee, set yang paling terkenal sudah tentulah set yang melibatkan ibu hamil, ibu dalam pantang juga ibu yang ingin memberi penyusuan badan (breastfeeding).

Apa kata Doktor dengan keperluan vitamins bagi ibu-ibu...
Petikan dari Facebook Dr Hamid Arshat

Apa kata Dr Zubaidi? Boleh baca di blog beliau seperti link di bawah




Set ini semakin mendapat hati di kalangan ibu yang bekerjaya dan juga di kalangan surirumah.


Kenali Set lengkap Shaklee untuk ibu bermula dari saat kehamilan, selepas bersalin dan semasa menyusu bayi

1) Vita-Lea® Iron Formula (Multivitamin) Shaklee

Vitalea adalah multivitamin yang lengkap dengan 28 jenis vitamin dan mineral. Sangat perlu demi memastikan tubuh badan menerima semua zat dan vitamin yang penting untuk kesihatan optimum dan perlu dalam menjamin kesejahteraan secara am.

Zat besi dalam Vita-lea dapat membantu ibu menambah zat besi kerana kebiasaannya ibu mengandung dan menyusu kekurangan zat besi dan jika tidak ditampung boleh menyebabkan ibu mudah pitam, lesu, kurang daya ingatan dan kurang konsentrasi.

2) Vitamin-C Shaklee

Sebagai antioksidan, membantu meningkatkan sistem imunisasi badan ibu dan bayi dan menjadikan kulit lebih cantik.

3) B-Complex Shaklee

Lengkap dengan 8 kumpulan Vitamin B yang diperlukan oleh tubuh badan demi membantu tubuh badan bertenaga, otak lebih fokus, emosi lebih stabil dan wajah berseri. B complex juga vitamin anti stress. Jadi bila tiada stress, penghasilan susu lebih baik.

4) Energizing Soy Protein Isolate Powder (ESP) Shaklee


Antara komposisi utama dalam susu ibu ialah protein. Protein adalah makanan sel. Protein berfungsi mengekalkan pertumbuhan normal dan pemeliharaan tisu. Mengawal atur keseimbangan bendalir dalam badan. Pembinaan hormon, enzim dan antibodi memerlukan protein. Selain itu protein dikatakan membantu mengawal keseimbangan asid bes untuk mengangkut nutrien dan sumber tenaga.

ESP membantu memekatkan susu, memberi tenaga berkekalan untuk ibu yang tahan selama berjam-jam lamanya. Selain itu ESP membantu ibu memperolehi kesan yang optimum untuk pengambilan vitamin-vitamin lain. Kulit juga menjadi lebih licin, gebu dan anjal.

5) Ostematrix Shaklee (Calcium and Magnesium)

Dalam susu ibu, antara komposisi mineral yang tinggi ialah kalsium. Kalsium penting untuk bina darah, bina tulang, gigi dan saraf dalam tubuh manusia. Bagi ibu yang mengandung atau menyusu, pengambilan kalsium tidak boleh dipandang remeh. Bagi ibu2 yang tidak menjaga dan mementingkan pengambilan kalsium dalam diet harian, maka kalsium untuk penghasilan susu ibu akan diserap dari yang sedia dalam tubuh ibu.

Jika perkara ini berlarutan dan si ibu tidak menggantikan semula kalsium ini maka si ibu tadi akan mengalami risiko osteoporosis, rasa sengal kaki dan tulang belakang, mudah letih dan lesu serta muka menampakkan garisan tua.

Pengambilan Ostematrix juga dapat membantu ibu yang mengalami masalah susu merudum ketika period.

6) Omega Guard Shaklee (EPA and DHA)

DHA adalah asid lemak perlu yang dijumpai dalam badan kita terutama pada otak. DHA adalah sangat penting dalam perkembangan otak, serta aspek-aspek lain perkembangan janin. DHA juga asid lemak utama yang ditemui dalam retina mata, serta organ-organ badan yang lain.

Bayi tidak mampu menghasilkan DHA mereka sendiri, mereka memperoleh DHA daripada susu ibu. Sebelum mereka dilahirkan, DHA didapati dari ibu melalui plasenta. Dengan itu, ibu akan mengalami kekurangan DHA.

Atas sebab ini pakar mencadangkan supplemen Omega 3 kepada ibu-ibu yang mengandung dan ibu-ibu yang menyusu. Ini adalah untuk menambah DHA untuk perkembangan fetus dan untuk mengekalkan kuantiti DHA untuk diri ibu sendiri.

Omega 3 juga membantu pembakaran lemak, dan membantu ibu kembali slim dengan lebih cepat selepas bersalin.

7) Zinc Complex Shaklee (Selepas bersalin)

Membantu penyembuhan luka bersalin dengan lebih cepat dan membantu mengelakkan post-natal depression.

8) Alfalfa Complex Shaklee (Selepas bersalin dan semasa menyusu - as MILK BOOSTER)

Raja segala tumbuhan, membantu meningkatkan imunisasi, mengandungi kalsium dan bagi ibu-ibu yang menyusu ia sangat membantu MEMPERCEPATKAN PENGHASILAN SUSU IBU.

Pengambilan makanan dengan nutrisi yang lengkap bagi setiap IBU adalah sangat penting. Jagalah kesihatan diri anda terlebih dahulu agar anda dapat menjaga keluarga dengan lebih sempurna, InsyaAllah...

Sumber : mamacergas.com

* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat,menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

Testimoni ibu-ibu hamil dan menyusu..



Wallahu’alam bissawab.

Please LIKE this post and SHARE if you like this post via below social media links.

Surirumah & Media : Bersama Membangun Potensi Suri Rumah Rahmah

 𝗦𝘂𝗿𝗶𝗿𝘂𝗺𝗮𝗵 𝗱𝗮𝗻 𝗠𝗲𝗱𝗶𝗮  Alhamdulillah, di izinkan Allah untuk hadir 2 hari 𝑩𝒆𝒏𝒈𝒌𝒆𝒍 𝑷𝒆𝒏𝒈𝒖𝒓𝒖𝒔𝒂𝒏 𝑴𝒆𝒅𝒊𝒂 𝑺...