*ANDAI AJAL DALAM TIDUR...*
EMPAT PERKARA SEBELUM TIDUR WALAU SESIBUK MANAPUN DENGAN TUGAS HARIAN.
Rasulullah berpesan kepada siti Aisyah ra.
“ Ya, Aisyah! Jangan engkau tidur sebelum melakukan empat perkara yaitu :
1. Sebelum khatam al-Quran.
2. Sebelum menjadikan para nabi bersyafaat untukmu di hari kiamat.
3. Sebelum para muslimin meredhai engkau.
4. Sebelum engkau melaksanakan haji dan umrah".
*Bertanya Siti Aisyah :*
*“Ya Rasulullah ! bagaimana aku dapat melaksanakan empat perkara seketika? “*
*Rasulullah tersenyum dan bersabda :*
1. “Jika engkau akan tidur,bacalah surah al –Ikhlas tiga kali
Seakan-akan engkau telah meng-khatamkan Al-Quran
” Bismillaahirrahmaa nirrahiim,
‘Qul huallaahu ahad’ Allaah hussamad’
lam yalid walam yuulad’
walam yakul lahuu kufuwan ahad’ ( 3x ) “
2. "Bacalah shalawat untukku dan untuk para nabi sebelum aku" maka kami semua akan memberimu syafaat di hari kiamat
“ Bismillaahirrahmaa nirrrahiim, Allaahumma shallii ‘alaa saiyyidina Muhammad wa’alaa aalii saiyyidina Muhammad ( 3x ) “
3. “Beristighfarlah” untuk para mukminin maka mereka akan meredhai engkau
“ Astaghfirullaah hal 'adziim al lazhii laa ilaaha illaa huwal hayyul qayyuum wa atuubu ilaih ( 3x )
4. Dan perbanyaklah “bertasbih, bertahmid , bertahlil dan bertakbir” maka seakan-akan engkau telah melaksanakan ibadah haji dan umrah
“ Bismillaahirrahmaa nirrrahiim
Subhanallaah Walhamdulillaah Walaa ilaaha illallaah hu wallah hu akbar "
( 3x )
Sampaikanlah kepada orang lain,
maka ini akan menjadi sedekah jariah pada setiap orang yang anda kirimkan pesan ini, dan apabila kemudian dia mengamalkannya, maka kamu juga akan ikut mendapat ganjaran pahalanya insha Allah...
Berkongsi Idea, Pengalaman dan Pandangan mengenai kehidupan , Islam, perkembangan kanak-kanak, supplemen semulajadi, masakan, pemakanan, kehidupan sebagai usahawan, dan banyak lagi...
Memaparkan catatan dengan label al fatihah. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label al fatihah. Papar semua catatan
Isnin, 10 Oktober 2016
Selasa, 9 Jun 2015
Meluntur anak melalui Al- Fatihah
Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera,
Apa khabar pembaca sekalian? Moga sentiasa dalam rahmat Dan kasih sayang Allah swt.
Izinkan saya berkongsi kisah yang di kongsikan kepada saya... ;) perkara mudah yang mungkin boleh mengubah banyak perkara.
HADIAHKAN ALFATIHAH
Bukan mudah mendidik anak-anak. Kita hanya ada peluang untuk melentur mereka sekali sahaja. Bila sudah menjadi buluh, tersilap cara, bimbang kian 'patah riuk' jadinya. Bila melihat ramai muda-mudi sekarang yang rosak akhlaknya, kita yang ada anak kecil2 ini pun cemas juga.. Andai sudah tersalah didik, masa bukannya boleh berpatah balik.. Allahu Akbar!
Sebab itu, setiap kali bertemu dengan ibubapa yang saya anggap sudah berjaya mendidik anak mereka dengan baik, saya akan cuba menadah rahsianya. Memang, lain orang, lain pula pendekatan mereka. Hari ini saya ingin kongsikan rahsia seorang bapa yang sangat saya hormati ilmu dan keperibadiannya. Oleh kerana saya sedang berusaha untuk 'tidak terlupa' mengamalkan nasihatnya, maka saya cuba kongsikan. Kata orang, makin kita rajin menyampaikan, makin lekat sesuatu perkara itu di dalam ingatan. Jadi, seperti biasa, sama-samalah kita pesan memesan dan menyebar kebaikan.
Kata si bapa, ada satu amalan yang dilakukannya secara istiqamah. Setiap kali lepas solat, dia akan hadiahkan al-fatihah buat anak-anaknya. Amalan tu bermula sejak Allah 'mengetuk hatinya' ketika mendengar satu kuliah di masjid. Kata penceramah, ramai yang malas hadiahkan al-Fatihah kepada Baginda Rasulullah. Dia yang tak pernah melakukannya serta merta diterpa rasa sebak lalu menangis teresak-esak.
Sejak itu, amalan menghadiahkan bacaan al-Fatihah mula menjadi tabiatnya. Usai solat, itulah ikhtiarnya. Disedekahkan .-Fatihah untuk Rasulullah, kedua arwah ibubapanya, isteri kesayangannya dan juga anak-anak permata hatinya juga. Barangkali berkat amalan mudah itu, dia hidup tenang dan berjaya. Saya juga tumpang seronok melihat keluarga bahagianya.
Sahabat-sahabatku yang baik,
Cuma hadiahkan al-Fatihah! Mudah sahaja, kan? Berapa minit sangat masa yang diperlukan? Tapi perkara yang mudah, tidak akan mampu kita buat tanpa hidayah. Perkara yang semudah ini pun kadang-kadang kita gagal buat dengan istiqamah.
Kita mungkin biasa membaca al-Fatihah sebagai wirid selepas solat. Namun selepas ini, jangan lupa niatkannya sebagai hadiah. Sebut satu persatu nama penerimanya. Secara automatik, dengan hanya satu amalan, pahala kita akan jadi berganda-ganda. Sudah dapat pahala membacanya, dapat pula pahala bersedekah dan mendoakan kebaikan untuk mereka.
Mulai sekarang, ketika ini, jom kita cuba buat perkara2 mudah yang disukai Allah. Jgn lupa, setiap kebaikan yang kita kirimkan untuk orang lain, pasti akan kembali pula kepada kita.. Subhanallah..
Via Ustaz Fikri
PS: amalan INI boleh juga diamalkan oleh para ibu
#peringatan buat diri yang lupa#
Alangkah baiknya jika kita baca dan kita faham apa yang kita baca. Moga Allah lorongkan kita jalan yang lurus dan di redhaiNya...
Alhamdulillah, anak2 saya hafal maksud surah Al fatihah melalui nasyid ni.
Jom hayati maksud surah al fatihah;
Jom same2 kita beramal secara istiqomah hadiahkn al-fatihah untuk Rasulullah s.a.w, dan kedua ibubapa kita, untuk suami/isteri kesayangan serta anak2 permata hati kita.
X lupa hadiahkan utk diri sdiri juga.. Aminn
Jemput LIKE dan SHARE...;)
Jumaat, 17 Oktober 2014
APAKAH ANDA ORANG SIBUK ???
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,
Salam Jumaat yang penuh barakah. Hari ni ada rakan yang berkongsi artikel seperti di bawah.
Allahuakbar... Satu artikel yang sangat membuka mata. Ia juga merupakan pesanan dan amalan Jutawan Shaklee.
Kerapkali di pesan.. Jika anda rasa sibuk, jika kita rasa tak cukup masa... Berilah masa lebih kepada yang Menciptakan kita. Allah swt. InsyaAllah... Dilapangkan masa dan rezeki buat kita.
Alhamdulillah, Alhamdulillah, Alhamdulillah...
Moga kita istiqamah dalam melakukan amal kebaikan.
Selamat membaca dan mengamalkannya.
====================
Ada seorang ulama berguru kepada seorang ulama
Selang beberapa lama, saat dia ingin melanjutkan belajar ke guru lain.gurunya berpesan :
"jangan tinggalkan membaca Al Qur’an ,Semakin banyak baca Al Qur’an urusanmu semakin mudah"
Dan muridnya pun melakukan. Dia membaca Al Qur’an 3 juz per hari.
Dia menambahkan hingga 10 juz per hari. Dan urusannya semakin mudah.
Allah yang mengurus semua urusannya.
Waktu ⌚ pun semakin berkah.
Apa yang dimaksud dengan berkahnya waktu⌚?
Bisa melakukan banyak hal dalam waktu sedikit.
Itulah berkah Al Qur’an .
Al Qur’an membuat kita mudah mengefektifkan pengurusan waktu.
Bukan kita yang atur waktu⌚ kita, tapi Allah.
Padahal teorinya orang yang membaca Al Qur’an menghabiskan banyak waktu.
mengurangi kegiatan lain, tapi Allah yang membuat waktunya itu jadi berkah.
Hingga menjadi begitu efektif.
Hidup pun efektif.
Dan Allah akan mencurahkan banyak berkah dan kebaikan pada kita karena
Al Qur’an .
Salah satu berkahnya adalah membuka pintu 🚪🚪 kebaikan, membuka kesempatan
untuk amal soleh berikutnya.
Dan salah satu balasan bagi amal baik yang kita lakukan adalah kesempatan untuk amal
baik berikutnya. Jagalah Allah maka Allah akan menjagamu
Dan sbaliknya waktu yg selalu sibuk shg hanya habis urusan dunia, maka jadi itu adalah tandanya ada yg salah dlm hidup kita,
Barangsiapa yg bangun di pagi hari dan hanya dunia yg di fikirkannya, sehingga seolah-olah ia tidak melihat HAK ALLAH dalam dirinya, maka ALLAH akan menanamkan 4 macam penyakit padanya :
1. Kebingungan yang tiada putus-putusnya.
2. Kesibukan yang tidak pernah jelas akhirnya.
3. Keperluan yang tidak pernah merasa dipenuhi.
4. Khayalan yang tidak berujung wujudnya.
[Hadits Riwayat Muslim]
Note :
"keberkahan waktu iaitu biasa melakukan banyak amal kebaikan dalam waktu sedikit"
Rabu, 3 September 2014
Sanah Helwah... Ku Ingin Terbang Tinggi Di Awan...
Assalamualaikum dan Salam sejahtera,
Pertama kali, saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih di atas doa dan ucapan yang tak putus2 dari awal pagi sampai lah ke waktu ini.. (hehehe... bajet famous konon...yelah ucapan dari ahli keluarga dan rakan2 di WA, fb dan call)
![]() |
| Terima kasih atas doanya |
Alhamdulillah, 28 tahun yang lalu... lahir lah puteri ke 3 buat Suhaidah Tahir & Khalid Hasnan di Hospital Besar Ipoh...
dan hari ni, seorang yang dulu hanyalah bayi perempuan, kini telah pun mempunyai putera puteri sendiri.
![]() |
| One of the most perfect photo ever! ;) love all of them so much. |
Sungguh, pengalaman melahirkan dan membesarkan anak2 menjadikan kita jauh lebih menghargai pengorbanan mak abah , atok dan semua ahli keluarga juga sahabat2 mak abah yang banyak membantu sejak kecil lagi.... sungguh tak terbalas jasa mereka.
![]() |
| Nikah day, one of the unforgettable moment |
8 tahun yang lalu, dengan izin dan kasih sayang mak abah maka saya telah dinikahkan dengan calon pilihan hati, Asyraf Shaare... maka bermulalah episod alam berumahtangga. Alhamdulillah, di berikan keluarga mertua yang cukup prihatin dan sangat sporting...Jutaan Terima kasih buat mama baba dan adik beradik ipar..;)
Sayang kalian dunia akhirat, inshaAllah.
'Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim,
kasihanilah kami, ampunilah kami dan tempatkan kami di syurga firdausi'
Alhamdulillah...Alhamdulillah...Alhamdulillah...
Betapa saya mensyukuri pinjaman dan anugerah yang Allah berikan... mohon para pembaca untuk mengaminkan doa di bawah, moga kita semua sentiasa dibawah rahmat dan kasih sayang, Allah swt.
Al fatihah buat semua muslimin muslimat, moga kita semua sentiasa diberkati Allah swt.
Terima kasih kerana sudi singgah di sini...;) Alhamdulillah...
sehingga berjumpa lagi...
Salam sayang,
Anisah Khalid...
proud to annouce..
I am 28 years old,
a wife to a wonderful husband,
a child to awesome parents,
a daughter in law to loving parents in law
a mother of 2 soleh children,
a cousin, a student of UiTM, a .. bla, bla,.. hehe ( to much to named)
a friend to anyone who wish to call me a friend..;)
Thank you once again... till we meet again! ;)
Jumaat, 22 Ogos 2014
Hukum Bertafakur dan Berkabung ... MH17 dalam kenangan.
Assakamualaikum wbt dan Salam Sejahtera,
MALAYSIA BERKABUNG pada hari ini, 22 OGOS 2014 sempena berangkat pulang jenazah sebahagian dari mangsa MH17.
Kerajaan menyarankan kita untuk berkabung dan bertafakur...
Pagi ini, saya ada menerima message di WA dan juga fb mengatakan berkabung ini bukan sunnah dan tidak boleh dilakukan. Berkabung bukan lah perkara biasa2, ia berlaku jarang2.. jadi kini sendiri pun tak pasti apakah hukumnya..kan?
Allahuakbar, Sesungguhnya Dia Maha Mendengar dan Menjawab...
Di kala hati sedang ragu2, ikim.fm ada kongsikan hukum bertafakur dan berkabung seperti yang saya petik di bawah.
KUALA LUMPUR 22 OGOS – Persoalan berhubung apakah hukum tafakkur dan berkabung banyak diperkatakan. Berdasarkan fanpage Fatwa Malaysia jelas sekali bahawa tafakkur adalah diharuskan apatah lagi apabila diisi waktu tersebut dengan membaca al-Fatihah untuk dihadiahkan kepada saudara kita yang terkorban.
Manakala hukum berkabung dengan berpakaian hitam juga tidak menyalahi ajaran Islam apabila ulama Syria yang terkenal Sheikh Dr. Wahbah al-Zuhayli menyebut bahawa dalam konteks wanita yang kematian suami diharuskan untuk memakai pakaian hitam, maka jika digunakan Qiyas kepada apa jua keadaan bersedih dan berdukacita, ianya juga diharuskan.
Di bawah ini adalah penjelasan dari laman fanpage Fatwa Malaysia kendalian Felo Fatwa Malaysia (JAKIM):
Soalan: Saya ingin bertanya tentang isu tafakkur dan berkabung. Adakah dalam Islam ada amalan tafakkur sebagai tanda kedukaan atas kematian sepertimana dalam ke MH17. Begitu juga tentang amalan berkabung. Dalam Islam apa yang sepatutnya dilakukan. Mohon penjelasan. Terima kasih.
PENJELASAN: Faham bertafakkur dalam Islam tidaklah sama dengan apa yang dilakukan sekarang ini yang dipanggil ‘moment of silence’ (tunduk selama beberapa minit) bagi menghormati orang yang mati. Tafakkur membawa makna “kegiatan hati untuk memahami makna setiap perkara bagi mencapai apa yang dihajati. Tafakkur juga merupakan pancaran hati yang dengannya kebaikan, keburukan, manfaat dan kemudaratan akan menjadi jelas (al-Jurjani, Kitab al-Ta’rifat, ms.77)
Namun perbuatan tunduk selama beberapa minit (moment of silence) bagi menghormati orang yang matitidaklah bertentangan dengan syarak kerana ia sekadar tanda penghormatan yang bersifat universal dan tidak melibatkan apa-apa ritual bacaan dan pergerakan yang menyerupai amalan keagamaan agama lain. Penekanan dalam perbuatan ‘moment of silence’ lebih kepada bagi menunjukkan kesedihan, ingatan dan penghormatan kepada mereka yang telah meninggal dunia. Namun sekiranya perbuatan tersebut disertai dengan ritual keagamaan agama lain seperti menyalakan lilin atau bacaan-bacaan tertentu maka ia menjadi tidak selari dengan amalan Islam dan dilarang oleh syarak. Asas terhadap keharusan tersebut boleh diambil dari perbuatan Rasulullah yang bangun menghormati jenazah seorang Yahudi yang lalu di hadapan baginda atas dasar kemanusiaan. Begitu juga dengan kisah seorang Sahabat Nabi bernama Qays Ibn Syamas yang pernah menyatakan hasratnya kepada Rasulullah untuk menghadiri majlis kematian ibunya yang beragama Nasrani, Nabi membenarkan dan menyuruhnya berjalan di hadapan jenazah sebagai tanda hormat. (Ibn Qayyim al-Jawziyyah, Ahkam ahl Zimmah, vol.2 ms. 434).
Walaupun apa yang dilakukan oleh Nabi dan Qays, tidaklah benar-benar sama dengan perbuatan ‘moment of silence’, namun kedua-dua perbuatan tersebut memberi isyarat bahawa tidak salah untuk menghormati orang yang meninggal melalui perbuatan yang tidak bertentangan dengan syariah, termasuk bukan Islam. Islam sendiri menggalakkan kita mengambil iktibar dari kematian. Namun yang terbaik untuk dilakukan bagi menghormati orang Islam yang meninggal dunia ialah dengan mendoakan mereka dan membaca ayat-ayat suci al-Qur’an. Sementara perbuatan berkabung bagi menunjukkan tanda dukacita kepada orang yang meninggal dunia seperti mengibarkan bendera separuh tiang dan memakai pakaian berwarna serba hitam atau suram adalah dibenarkan selagi ia tidak melibatkan unsur-unsur atau ritual keagamaan agama bukan Islam yang bertentangan dengan syarak.
Dalam perbahasan para ulama amalan berkabung banyak merujuk secara khusus kepada apa yang dilakukan oleh seorang wanita yang kehilangan suami. Istilah yang digunakan ialah al-ihdad/al-hadad yang bermaksud menahan diri daripada berhias. Menurut istilah pula, perkabungan memberi erti meninggalkan perbuatan memakai haruman, perhiasan, celak, minyak, sama ada yang harum ataupun tidak, iaitu yang khusus bagi tubuh. Namun ia boleh dikiaskan kepada konteks yang lebih besar termasuk dalam konteks masyarakat dan Negara seperti dalam kes MH17. Maka keputusan untuk menetapkan beberapa hari untuk tujuan berkabung adalah termasuk dalam perkara yang harus. Malah dalam hal memakai pakaian berwarna hitam, terdapat perbahasan yang mengatakan bahawa Keempat-empat mazhab mengharuskan (iaitu dalam konteks wanita kematian suami) untuk memakai pakaian berwarna hitam. (Wahbah al-Zuhayli,Fiqh al-Islami wa Adillatuhu, jild 7. 662)
Sumber: Fanpage Fatwa Malaysia dan ikim.fm
Setiap yang hidup pasti mati, kecuali Allah swt.
Al fatihah
Moga kita semua sentiasa diberkati Allah swt di dunia & akhirat.
Ilmu wajar di kongsi, bukan hanya untuk diri sendiri.
*Sila kongsikan dengan menekan button like dan share di bawah.
Langgan:
Catatan (Atom)
Surirumah & Media : Bersama Membangun Potensi Suri Rumah Rahmah
𝗦𝘂𝗿𝗶𝗿𝘂𝗺𝗮𝗵 𝗱𝗮𝗻 𝗠𝗲𝗱𝗶𝗮 Alhamdulillah, di izinkan Allah untuk hadir 2 hari 𝑩𝒆𝒏𝒈𝒌𝒆𝒍 𝑷𝒆𝒏𝒈𝒖𝒓𝒖𝒔𝒂𝒏 𝑴𝒆𝒅𝒊𝒂 𝑺...
-
Assalamualaikum dan Selamat Menemani dan menghadapi peperiksaan, InshaAllah bermula hari ini, adik bongsu saya dan calon UPSR seluruh neg...
-
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera, Hari ini ada rakan kongsikan kisah saidatina Khadijah yang wajar sangat kita semua ambil tahu. ...
-
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera, Apa khabar anda hari ini? Di doakan sihat sejahtera fizikal & mental nya. Seram tengok berita sek...









