Khamis, 18 Februari 2016

Sains Di sebalik NUTRIFERON SHAKLEE

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Jika sebut shaklee, orang membayangkan pil2 vitamins kan? Dan juga minuman soya, ESP.

Selain tu, Vivix juga agak famous di kalangan pesakit penyakit kritikal, spt sakit jantung, darah tinggi , kencing manis dan sebagainya.

Salah satu produk yang paling unik adalah nutriferon. Apa ke benda pula kan? OK jemput baca mengenai pengasasnya 💜.


SAINS DI SEBALIK NUTRIFERON
===========================

Dr Yasuhiko Kojima, MD merupakan seorang profesor dan penyelidik saintifik dari Jepun yang telah mencipta nutriferon yang hanya ada di Shaklee.



==========
Dr. Yasuhiko Kojima received his Doctor of Medical Science degree from Tokyo University in 1964.

Before receiving his degree, he was employed at Tokyo University Institute of Medical Science.

Dr. Kojima's experience also includes serving in senior advisory roles at Kitazato Pharmaceutical and Yamanouchi Pharmaceutical. Currently, he is president and chairman of the board at The Interferon Herb Research Institute.

In 1954, Dr. Kojima and a colleague, Dr. Yasuichi Nagano, discovered interferon-inducing activities in Chinese herbal medicines.

Since then, their groundbreaking insights have generated an enormous body of scientific literature on interferon, antiviral, and anticancer immune responses in animals and humans, now a burgeoning and active area of research.

Dr. Kojima holds no fewer than 30 patents for interferon inducers and related processes as they relate to Chinese herbal medicines.
===========

Boleh refer di link ini untuk penerokaan yang lebih lanjut.

http://physicians.shaklee.com/displayContent.htm?fileName=kojima.xml&sectionName=shakScience

Selasa, 16 Februari 2016

NUTRISI PELENGKAP UNTUK IBU HAMIL

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Alhamdulillah. asyik saja menerima berita gembira dari rakan2 dan saudara mara yang baru melangsung perkahwinan. 
Apa die berita gembira tu???
jeng2.. hehe. apa lagi kan? harapan setiap pasangan yang berumahtangga. mestilah nak anak kan. ;) 
Alhamdulillah, tahniah2 di ucapkan! 
Semua tahu kan, bila hamil berbagai-bagai cabaran yang dihadapi oleh seibu. Rasa loya, rasa lemah longlai, mood entah kemana, letih dan lesu. Ada yang kurang selesa - nak makan menda merapu aje (burger, pizza, kepci - baby dapat ke nutrient yang sepatutnya?). atau lalu makan nasi + telur mata aje... mana vitamin lain untuk baby? Ada mommy tak lalu minum susu - kurang kalsium baby. 
Saya ingin kongsikan SUPPLEMEN IBU HAMIL itu ibu-ibu diluar sana. Ia pastinya Selamat dan Berkesan, InsyaAllah. Nutrisi yang lengkap sangat penting untuk memastikan bayi membesar sihat bagai juara, ibu pula happy dan bertenaga sepanjang kehamilan sehingga melahirkan si manja.

Alhamdulillah... saya juga consistent makan set ni sepanjang hamil dan kini menyusukan pula! seronok tau tengok anak ceria, ibu bahagia. inshaAllah.
APA MANFAAT SETIAP VITAMIN?
===========================


>> ESP - Disediakan dari Soya Non-GMO membekalkan 9 asid amino penting untuk pembinaan dan memperbaharui sel-sel tisu , hormon dan enzim tubuh.
>>VITALEA - Diformulakan dengan zat besi, mengandungi 28 vitamin dan minerals lengkap untuk kesihatan menyeluruh dan tumbesaran bayi. Zat besi sangat penting untuk pembinaan sel darah merah.
>> VITAMIN C - Menguatkan sistem Imun badan serta melindungi sel-sel tisu dalam badan dari penyakit. Ia juga penting untuk kesihatan gusi, gigi dan tulang.
>> BCOMPLEKS - Membekalkan 8 jenis Vitamin B termasuk aicd folik mengelakkan kecatatan Tiub Neural bayi.
>> OSTEMATRIX - Membekalkan 1000mg Kalsium harian untuk tulang dan gigi yang kuat serta mengelakkan komplikasi ibu ketika melahirkan.
>> OMEGA - DHA dan EPA untuk otak dan mata perkembangan bayi . Juga untuk Jantung ibu.
.
.
Jika anda tercari-cari Supplement SEMULAJADI, tiada bahan kimia, selamat, anda boleh hubungi saya, 
Rakan SID anda, Anisah Khalic 0136216522

psst pesanan istimewa, bagi yang belum menimbang cahayamata dan sedang berusaha--> boleh baca di sini ya ---> bila dah kahwin, apa lagi?

Moga Allah berkati usaha kita. 

Isnin, 15 Februari 2016

KOS MEDICAL CHECK UP LEBIH RENDAH DARI BIL UTILITI

Assalamualaikum wbt dan Salam Sejahtera.

Alhamdulillah kita dah pun masuk pertengahan bukan February. Sekejap je kan masa berjalan sekarang...hehe. (Mcm la dedulu lambat kan?)

Apa2pun, tahun ni... Bil utilities - letrik, air, dll semakin meningkat. Mengejutkan lagi... Kos medical checkup lagi rendah tau?!?!? Sebab apa? Jemput baca ya...



KOS MEDICAL CHECK UP LEBIH RENDAH DARI BIL UTILITI
-------------------------------------------------------------------

"Aku sihat. Buat apa nak buat medical check up?"
"Alaa.....nanti laaa...busy, banyak keje ni....kena ambil cuti lagi..."
"Pegi hospital??? oh no....takutnya kena cucuk!"

Ni statement yang biasa kita dengar kalau suruh buat medical check up....

Agak-agak dalam setahun berapa dah uolls bayar duit bil elektrik, bil air....sapa yang rumah ada air cond lagi la bayar banyak kan....

Nasihat saya, buatlah pemeriksaan kesihatan 1x setahun bermula usia 40 tahun dan ke atas. TETAPI....jika uolls mempunyai SEJARAH KELUARGA yang BERPENYAKIT KRONIK, lebih baik berjumpa doktor pada usia yang lebih muda. Sekarang ni orang-orang muda pun mudah terkena penyakit-penyakit kronik.

Konsep dulu, bila jatuh sakit cari ubat. Konsep sekarang, CEGAH sebelum dapat penyakit.

Jika penyakit dapat dikesan dan dapat dikawal dipwringkat awal, kos juga akan menjadi lebih murah dan lebih mudah berbanding jika penyakit itu dikesan diperingkat yang terlewat.

Contohnya jika penyakit darah tinggi dapat dikesan diperingkat awal, komplikasi seperti angin ahmar dan serangan jantung pasti dapat dielakkan.

Ramai peserta NECK telah mendapat kesedaran dan berjaya mengawal darah tinggi, diabetes, gastrik mereka setelah join Program Now Everyone Can Kurus (NECK).

Di sini saya share rahsia kejayaan sahabat saya yang berjaya turunkan 18kg sekaligus dapat mengawal penyakit darah tinggi beliau.

everyonecankurus.blogspot.my/2015/08/kisah-azlan-turunkan-18kg-dalam-tempoh.html?m=1

Saya dan peserta NECK telah bertindak. Anda masih mahu bertangguh lagi?

Program Kurus Lengkap Online No 1 di Malaysia. Kurus dan Sihat hanya dari RUMAH.

Anisah Khalid
0136216522
Agen NECK

Rabu, 10 Februari 2016

Cariku di syurga...

Untuk renungan bersama...

Buat peringatan diri sendiri dan juga sahabat2  tersayang..

Menziarahi seorang teman yang telah tenat sakitnya, dia menggenggam erat tangan saya lalu menariknya ke mukanya untuk membisikkan sesuatu ketika saya ingin meminta diri untuk balik. Air matanya tergenang. Dalam lafaz yang tersangkut-sangkut dia berkata,"Jika kau tidak nampak aku di syurga, tanyalah Allah di mana aku, tolonglah aku ketika itu..."Dia langsung teresak menangis lalu saya memeluknya dan meletakkan muka saya di bahunya. Saya membisikkan, "InsShaAllah, InShaAllah, aku juga mohon kepada kau jika sebaliknya kau tidak nampak aku disyurga. "Kami menangis bersama, entah berapa lama.

Bila saya meninggalkan wad hospital, saya terkenang pesanannya. Sebenarnya pesanan itu pernah dipesan oleh seorang ulamak besar Ibnu Jauzi, yg berkata kpd sahabatnya sambil menangis, "Jika kamu tidak menemui aku di syurga bersama kamu, maka tolonglah tanya kepada Allah tentang aku, "Wahai tuhan kami, si fulan sewaktu di dunia selalu mengingatkan kami tentang Engkau, maka masukkanlah ia bersama kami di syurga. "Ibnu Jauzi berpesan begini bersandar kepada sebuah hadis "Apabila penghuni syurga telah masuk ke dalam syurga lalu mereka tidak menemukan sahabat sahabat mereka yg selalu bersama mereka dahulu di dunia. Maka mereka pun bertanya kepada Allah, "Ya Rabb! kami tidak melihat sahabat sahabat kami yang sewaktu di dunia bersolat bersama kami, berpuasa bersama kami dan berjuang bersama kami... "maka Allah berfirman, "Pergilah ke neraka, lalu keluarkan sahabat-sahabatmu yang di hatinya ada iman walau hanya sebesar zarrah (Ibnu Mubarak dlm kitab Az Zuhd)

Maka pilihlah untuk bersahabat yg boleh membantu bukan setakat dunia tetapi hingga akhirat dgn sifat utamanya berbuat ibadat berjamaah bersolat, berpuasa dan sentiasa berpesan kearah keimanan, berjuang untuk tegakkan agama. Carilah teman yg mengajak ke majlis ilmu, mengajak berbuat kebaikan,  bermuafakat untuk kerja kebajikan, selalu berpesan dgn kebenaran. Teman yg dicari kerana urusan perniagaan, pekerjaan, teman tengok bola, teman memancing, teman berkonvoi tayang motor dan kereta hebat, teman fb utk bercerita makan apa hari ni, melancung kesana kemari, teman whatsapp utk bersembang hal dunia akan berpisah pada garis mati dan membawa diri sendiri.Tetapi teman yg bertakwa akan mencari kita disyurga. Semaklah pada diri kita, apakah ada teman yg sebegini pada keliling kita, atau yg ada mungkin lebih teruk dari kita.

Ayuh bertindak, kurangkan masa dgn teman yg pada garis dunia, carilah teman dan kawan dgn mereka yg akan mencari kita disyurga, kerana kita tidak boleh mengharap ibadat kita sahaja utk menjengah syurga Allah, pelbagaikanlah usaha dan harapan, moga satu darinya akan tersangkut ke pintu syurga. Imam Al-Hasan Al-Basri berkata “Perbanyaklah sahabat-sahabat mukminmu karena mereka memiliki syafaat pada hari kiamat”. Pejam mata, carilah siapa agaknya yg akan mencari kita disyurga, jika tiada, mulakan hari ini mencari teman kesyurga sebagai suatu misi peribadi.

Ambillah iktibar dari kawan saya ini yg berpesan mencarinya di syurga, memang kebiasaan mereka yg kuat iman suka merendah diri, bahkan sepatutnya saya yg berpesan kepadanya untuk mencari saya. Agaknya kepada siapa anda nak berpesan begini?

Wallahu a'lam.

Khamis, 4 Februari 2016

Tuhan ada? Kenapa masih tidak aman?

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Kisah ini dikongsikan oleh kenalan saya... Ringkas namun mendalam maksudnya.

Sudila membaca hingga habis...ilmu tidak formal yang bermakna. :)


Seorang lelaki datang ke kedai gunting untuk memendekkan rambutnya yang agak panjang dan tidak terurus.

Seperti biasa, si penggunting rambut itu menyambut pelanggannya dengan mesra dan mempersilakannya duduk

Sedang si penggunting rambut melakukan kerjanya, mulutnya tidak berhenti bercerita Macam macam dibualkan menyentuh isu semasa dan kehidupan harian

Tiba tiba si penggunting rambut itu bertanya suatu soalan yang agak berat

“Tuhan ni wujud ke?”

Tanya si penggunting rambut.

Lelaki tersebut terkejut dengan soalan tersebut. Belum pun sempat nak menjawab, si penggunting rambut menyambung percakapannya

“Kalau Tuhan wujud kenapa dunia ni huru-hara?

Manusia saling berperang dan benci sesama manusia? Tuan tengoklah berita di sana berperang di sini berperang Asyik bergaduh saja di mana mana”

Adu si penggunting rambut.

"Lihat di negara kita Sana sini buang bay, Kes bunuh pun selalu keluar di akhbar
Masalah sosial lagi Rasuah lagi. Teruklah”

Sambungnya lagi dengan menyatakan kekesalan

“Tuhan tu ada”

Jawab si lelaki itu singkat. Risau melihat semangat si penggunting rambut itu dengan gunting tajam di tangannya.

“Kalau betul Tuhan ada, kenapa DIA tak selesaikan semua masalah tu? Dan buat semuanya jadi aman saja?
Kan senang”
Ujar si penggunting rambut yang umurnya 40an itu.

Selepas beberapa minit berlalu, sesi guntingan rambut pun selesai. Selesai membayar, si lelaki mengajak si tukang gunting melihat ke luar tingkap.

“Encik lihat tak lelaki lelaki remaja di sana, Dan pakcik tua di seberang jalan yang sedang duduk tu?”

Tanya lelaki itu

“Ya, saya nampak Kenapa?”

Si penggunting rambut bertanya kembali

“Lelaki remaja tu rambutnya panjang, nampak tak senonoh kan? Dan pakcik tua tu pula misainya nampak macam tak terurus. Setuju tak?”

Lelaki itu meminta pandangan

“Ya, betul. Saya setuju” Si penggunting rambut mengiakan sambil mengangguk

“Mereka jadi macam tu sebab tukang gunting tiada kah?”

Tiba tiba lelaki itu mengajukan soalan ‘istimewa’ kepada si penggunting rambut.

“Eh, tak.. Bukan sebab tu ni saya ada ni” Si penggunting rambut menafikan

“Habis tu kenapa lelaki lelaki remaja itu berambut panjang dan pakcik tua itu tidak tersusun misainya?”

Lelaki tersebut bertanya kembali

“Tu sebab mereka tak datang jumpa saya. Kalau mereka datang jumpa saya tentu saya akan potong rambut mereka tu bagi elok. Dan pakcik tua tu pula saya akan trim misainya bagi kemas.”

Jawab si penggunting rambut.

“Ya, itulah jawapan kepada persoalan encik semasa encik memotong rambut saya tadi. Tuhan kita Allah tetap ada.

Tidaklah bermakna berlakunya peperangan, pertelingkahan, jenayah, gejala sosial, rasuah di kalangan manusia itu adalah kerana Tuhan tidak ada.

Masalah ini semua timbul kerana mereka semua tidak mahu ‘berjumpa’ dengan Tuhan”

Kata lelaki itu.

Si penggunting rambut mendengar dengan teliti sambil mengerutkan dahinya. Berfikir agaknya.

“Merekalah yang telah mengabaikan perintah Allah, Allah telah memberikan pedoman melalui RasulNYA dan juga kitabNYA al-Quran

Malangnya, manusia memilih cara mereka sendiri. Mereka menjauhkan diri dari ALLAH. Jika manusia mendekatkan diri dengan ALLAH, tentulah keadaan manusia lebih baik dan sejahtera.

Lebih kurang macam sayalah sekarang ni. Lebih handsome dari lelaki lelaki remaja dan pakcik tua tu sebab saya jumpa encik untuk dirapikan rambut saya, hehe.”

“Betul jugak. Kenapa Tuan tak jelaskan pada saya semasa potong rambut tadi?”

Si penggunting rambut mengangguk setuju sambil bertanya.

“Oh bukan apa. Saya risau dengan gunting di tangan encik tu. Dibuatnya encik marah nanti tak pasal pasal saya kena nant. hehe..

Tapi, alhamdulillah encik tak marah, malah dapat menerima penjelasan saya”

Jelas lelaki tersebut sambil ketawa kecil. Si penggunting rambut itu turut tertawa juga..

SESUNGGUHNYAALLAH  MAHA MELIHAT MAHA  MENDENGAR  LAGI
MAHA  MENGETAHUI

Apa yang kita dengar dapat kita amalkan kita sampaikan dan kita ambil ikhtibar.

Tips Menjalankan Bisnes Online

   Assalamualaikum dan salam sejahtera,  Pada entri yang lalu, saya kongsikan peluang bekerja Dari rumah yang turut berkait dengan bisnes on...