Rabu, 29 Januari 2014

Aduhhh.. Dia datang lagi...painkiller la kawanku!

Keluhan bulanan bagi wanita yang menghadapi senggugut sering kita dengar... ada yang terpaksa cuti dan juga bergantung pada ubat. Ada yang terguling-guling kepedihan...

Saya sendiri... semasa di sek rendah dulu, bila tengok kakak dan kawan-kawan yang sengugut... rasa TAKUT sangat kalau2 miss P datang... sakit sangat ke? sampai ada yang meraung, menangis... huhu...rupanya2 memang ada SAKIT SENGUGUT yang amat sakit... mungkin tak terungkap dengan kata2..siapa yang pernah mengalami nya sahaja yang faham.

Ada kawan saya, hampir setiap kali 'datang bulan' die mesti MC... kesian kan.. dah telan paracetamol pun.. bulan dpn berguling lagi...

Bayangkan setiap kali Miss P datang... berbaris painkiller/paracetamol di telannya! 

Perasaan sesetengah orang bila di tanya! huhu... don't you dare to ask!


Oucchhhhhh......!

Baru-baru ni pula, ada kawan share yang seorang kakak berumur sekitar 30an, dengan ada anak kecil lagi, terpaksa Dialisis....huh! kenapa pula kan muda2 lagi dah dialisis?

Di selidiki, rupanya... tabiat akak ni suka sangat berkawan dengan dengan painkiller setiap kali sengugut menyerang! sebenarnya...bukan la pulih pun, cuma kita di'tipu' untuk tak rasa sakit tu. tapi kesannya... bila dah beratus baris painkiller di telan, maka buah pinggang la jadi mangsa, tempat perkumpulan 'hasil' yang tak keluar dari badan...

Ada pula yang kata, ala dialisis je? nanti baik la... 

Ouch....!!!!

Siapa kata dialisis aje? sekali dah kena dialisis... berterusan la jadinya. dan macam2 pula pantang orang dialisis nih. Harganya pula! huhu




Hanya kerana gara nak elak rasa sakit sengugut, jadi la kisah kesakitan yang berpanjangan! dan duit yang berterbangan!!! huhu.. alangkah malangnya kan?


Jom kita baca sikit... SEJARAH..ops.. bukan la sejarah.. punca sengugut memang akan sentiasa berlaku, tak kira pada umur berapa.sakit sikit2, sakit byk sikit, atau sakit SANGAT je bezanya.


APA ITU SENGGUGUT?

Senggugut atau ‘dysmenorrhoea’ bermakna pengaliran haid yang sakit .

Ia merupakan masalah yang paling kerap dihadapi oleh wanita  dibandingkan dengan semua masaalah sakit puan yang lain. Ia juga merupakan runggutan mereka yang mengakibatkan ketidakhadiran atau cuti sakit dari kerja , sekolah dan dari aktiviti lain. Senggugut boleh disebabkan oleh berbagai faktor.

Haid normal yang sakit ketika pengalirannya di panggil senggugut primer, sementara senggugut sekunder adalah apabila sakit setelah beberapa bermulanya haid atau sesudah haid, disebabkan oleh penyakit sistem reproduktif seperti endometriosis.

SENGGUGUT PRIMER

Senggugut primer adalah akibat dari pengecutan dinding rahim lebih kuat dari biasa untuk mengeluarkan lapisan dinding rahim yang tebal. Akibat dari itu, pengaliran darah juga terganggu lalu menambah kesakitan tersebut. Ada sebahagian wanita ‘sembuh’ dari sakit ini setelah kehamilan dan kelahiran anak.

Selalunya ia berlaku pada permulaan kitaran yang subur terutamanya pada umur awalan 20an.Walaubagaimanapun, sebarang peringkat umur boleh mengalami haid yang sakit ini.

Beberapa jam sebelum haid, atau bersama aliran darah.
Ianya selalu berlaku dengan
-  rasa lenguh dan sakit di bahagian bawah perut, belakang sesekali ke kaki. Sakit yang datang secara ‘crampy’/mencengkam atau sakit berterusan atau kedua-duanya.

Kadang-kadang ia bersama Simtom Pramensus (PMS), seperti ;
* tegang pada payu dara
* pening kepala ,
* rasa ‘pitam’
* perut kembung
* mual(50%) dan muntah(25%).
* sembelit atau ceret-beret (35%)
* tekanan emosi; merasa letih, muram dan cepat marah

Sakit selalunya melebihi 24 jam dan berkurangan dalam satu hingga dua hari. Pada keseluruhannya apabila pengaliran haid keluar dengan lancarnya sakit pun hilang

Faktor Risiko

Kalangan berikut samada satu atau keduanya adalah berisiko untuk mendapat
* Baligh awal ( umur 11 tahun atau awal lagi)
* Sejarah keluarga juga punyai senggugut


Kenapa ia berlaku?

Banyak sebab telah di perkatakan tetapi sejenis hormone ‘prostaglandin’ di sabitkan dengan senggugut primer. Diantara penyebab kepada kecutan rahim ini berlaku, Prostaglandin diperolehi dengan lebih tinggi konsentrasinya pada wanita ini dan menyebabkan senggugut ini.


Kenapa ini berlaku kepada sebahagian tidak semua?

Tidak diketahui kemungkinan bersangkutan dengan pengeluaran hormon ovulasi yang konsentrasi prostaglandin lebih tinggi?


Cara Untuk Mengatasi Senggugut primer?

Tanpa ubat:
-   Tekanan emosi semasa haid boleh dikurangkan dengan berehat pada hari pertama atau permulaan pengaliran haid
-   ‘Tuam’ dengan sesuatu yang suam – air panas dalam beg khas/botol di bungkus dengan kain tebal yang kemudian di letak di bahagian abdomen (hot water bag) kemudian bahagian bawah berkenaan. Berhati-hati jangan terlecur
-   Rajinlah melakukan senaman dan menjaga kesihatan fizikal khususnya.
*  Teknik relaksasi – Banyakkan zikir, Yoga, Tai chi.


Senggugut sekunder

Di antara penyakit termasuk
* Endometriosis – sel yang melapisi dinding rahim migrasi ke tempat lain di organ pelvik lalu menyebabkan sakit ketika haid selalu setelah pengaliran haid menyebabkan sakit yang teramat sangat
* Fibroid – ‘tumor’ atau ketumbuhan bukan barah, dari otot dan tisu yang dari dalam rahim dan di pengaruhi oleh hormon estrogen.
* Jangkitan kuman pada organ pelvic (PID). Keadaan ini sering di sabitkan dengan senggugut sekunder, tapi ada juga sebahagiannya sakitnya berterusan tidak berkaitan dengan haid langsung. Yang berkaitan, ada sangkut pautan dengan aksi prostaglandin.


Rawatan Senggugut sekunder

Ubatan – lebih kepada untuk mengurangkan sakit. Pil kontraseptif dan anti inflamatori saperti parasetamol, Cox-2, antiprostaglandin (ponstan).
Rawatan yang definitif adalah secara pembedahan. Pembedahan secara laparoskopi atau terbuka (laparotomi). Saperti fibroid dan endometriosis rawatan pembedahan adalah definitif.

Kerap berlaku apabila ultrasound jarang menghasilkan keputusan yang positif, walaupun wanita berkenaan sakit serta gejala saperti tersebut diatas. Di sini adalah perlu untuk wanita tersebut untuk melalui rawatan laparoskopi diagnostik untuk menentukan puncanya dengan melihat lebih dekat penyebab senggugut itu. Adakalanya dengan cara ini biopsi, rawatan membakar sel-sel endometriosis itu boleh di lakukan sekali.


Komplikasi

Komplikasi dari senggugut sekunder bergantung kepada penyebabnya. Sekira jangkitan kuman pada system pelvic, boleh meyebabkan kesan lekatan(scar) pada tiub fallopian dan menganggu system reproduktif. Kesan boleh mengakibatkan kandungan ektopik. Yakni kandungan luar rahim.

Endometriosis pula boleh mengakibatkan kemandulan atau menggangu kebolehan untuk mengandung.

Ramai memperkatakan yang senggugut berkaitan dengan kegagalan untuk mengandung atau ketidaksuburan( infertiliti).Entiti ini tidak benar. Selagi penyebabnya tidak dipastikan, sebab majoriti senggugut adalah senggugut primer yang normal.

Diera bioteknologi ini berbagai ramuan dari para herbalist juga perawat kecantikan akan mengemukakan berbagai petua termasuk ramuan untuk mengurangkan sakit. Perlunya kajian saintifik dilakukan untuk menentukan bahan yang boleh mengurangkan sakit itu. Mungkin juga ramuan tersebut ada bahan anti prostaglandin, anti inflamatori dan sebagainya. Asalkan ia tidak di campuradukkan dengan ramuan yang memudaratkan sekira di gunakan pada jangkamasa yang panjang.


ATASI SENGUGUT BERSAMA SHAKLEE....

Dengan supplement shaklee... bukan la 1 produk utk 1 kegunaan sahaja... 

Ada yang selesa selepas pengambilan GLA (membetulkan hormon dan kecutkan rahim) dan Ostematrik ( kalsium... boleh tambah kualiti susu ibu- jika bf), bcompleks (mengurangkan sakit kepala dan kesan PMS).. ada juga yang ambil alfafa sahaja.. utk masalah lain, tetiba sengugut juga berkurangan... sebagai membantu anda membuat pilihan, boleh hubungi saya, kerana setiap vitamins ada kesan yang berbeza-beza dan boleh juga saya sesuaikan mengikut bajet nya. ;) 



Entry berkaitan GLA
Entry berkaitan Alfafa 

Please do not hesitate to contact me/ comment below for:-


FREE Consultation
Business OPPORTUNITY with Shaklee!!

Selasa, 28 Januari 2014

RAJA Segala Tumbuhan... Alfafa

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera, 

Hari ni, saya ingin kongsikan rahsia di sebalik Alfafa, yang di gelar sebagai Raja Segala Tumbuhan.

Mengapa alfalfa digelar sebagai RAJA SEGALA TUMBUHAN?


Alfalfa merupakan akar herba yang tumbuh sangat dalam ke dalam tanah untuk menyerap nutrien penting dan mineral yang terdapat jauh di dalam bumi.

Alfalfa adalah dikenali sebagai agen diuretik, pembersih badan dan penyahtoksik. Ia merangsang aliran hempedu, dan membuang unsur mineral bahaya dari tubuh. Ia juga membantu melindungi dari radiasi dan membantu mengawal bau badan.
Selain ciri-ciri sebagai pembersih badan dan penyahtoksik, alfalfa juga mempunyai banyak faedah lain antaranya:
1) membantu dalam pencernaan, anti-radang, anti-artritis dan anti-bakteria.
2) membantu dalam penyembuhan ulser, gout, sakit tumit, sakit perut, alahan dan pembaikan cakera tulang belakang (disc).
3) mengawal tahap gula dalam darah dan membantu menurunkan paras kolesterol.

Hanya alfalfa yang mempunyai kualiti terbaik yg digunakan dalam Alfalfa Shaklee & Shaklee hanya menggunakan daun alfalfa yg telah matang sahaja utk diproses (tanpa tangkai/batang).

Ditanam di California tanpa pestisid, hormon sintetik, bahan kimia atau baja bukan organik,menjadikan ia alfalfa berkualiti tinggi.

10 biji alfalfa = bersamaan dgn segelas susu



Gabungan Alfafa untuk tujuan yang bebeza-beza...
Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit. Sila dapatkan nasihat dari Doktor atau pakarberkaitan penyakit-penyakit yang dihidapi. Pesakit SLE tidak boleh mengambil ALFAFA. 

Please do not hesitate to contact me/ comment below for:-


FREE Consultation
Business OPPORTUNITY with Shaklee!!
Sila ‘LIKE’ dan ‘SHARE’ sekiranya anda rasa kisah ini bermanfaat untuk dikongsikan.
Sila 'COMMENT' untuk sebarang tambahan/ penambahbaikan.. terima kasih

Isnin, 27 Januari 2014

Apakah NILAI 50SEN pada kita?

Kisah ini telah dikongsikan oleh rakan saya dan saya turut kongsikan di facebook. Semoga apabila di kongsikan di sini, lebih ramai dapat membaca nya dan mendapat manfaat darinya inshaAllah...                      
Kisah 50sen yang menyentuh hati         

Cikgu : Kenapa Alif x rehat ?  

Alif : mak saya beri 50sen sehari, cikgu.. kat kantin, 50sen dapat beli sekeping nugget je, malu la cikgu beratur panjang-panjang dapat beli nugget sekeping je. Jd saya kumpul duit hari ni utk makan hari esok, jadi saya dapat la makan nugget dengan air sirap 50sen... Saya pergi kantin hari Selasa & Khamis je cikgu (Alif tertunduk malu).
PERASAAN saya mula bercampur baur, SEDIH & SEBAK. Pada zaman 2014 ini masih ada pelajar yg membawa 50sen ke sekolah. Ramai diantara kita memandang 50sen itu jumlah yg kecil sedangkn bagi pelajar ini 50sen sgt besar ertinya...

Cikgu : Kalau hari jumaat awk tak pergi kantin la ya?

Alif : Oh.. hari jumaat duit 50sen ni saya sdekah ms bacaan yasiin , cikgu." jwb Alif dgn bersahaja. "mak saya kata kalau kita sedekah, rezeki KITA AKAN bertambah.."

Mata saya dah berkaca... saya terkejut & bertambah sebak. dah la duit ada 50sen, siap boleh SEDEKAH pulak lg..

Ya Allah, limpah kan laa rezeki bagi keluarga pelajarku ini... luaskan rezeki mereka semoga mereka tak lagi berada dlm kemiskinan... 

Huh, macam terpukul sungguh saya, bayangkan duit 50sen yang d iberi untuk makan, dia sedekahkan 50sen kepada tabung sekolah setiap Jumaat semasa bacaan yasin..

Mungkin CERITA nie nampak tapi ia MEMBERI 1000 PENGAJARAN agar kita semua lebih kan bersedekah.

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
 
Ada yang berdaftar dengan jabatan kebajikan masyrakat, dapatla wang sagu beberapa ratus sebulan..(cukupkah?) .. dan ada juga yang tidak berdaftar, dan apa yang mereka makan hari ini? Dalam keadaan kita makan makanan yang sedap... apa pula yang mereka makan?

Teringat pesan mentor saya...'bila kita dapat BERI lebih? tentu la bila KITA KAYA...jadi kita perlu jadi kaya untuk bantu lebih ramai org'

Kalau kita tak nak KAYA, sebenarnya kita pentingkan diri...sebab RAMAI sgt2 yang memerlukan BANTUAN dan SUMBANGAN kita.....

Renung2kan...

Ya Allah, limpahkan rahmat dan luaskan rezeki kami... permudahkan urusan kami dalam MENCAPAI IMPIAN kami.. untuk membantu lebih ramai mereka yang susah... Ya Allah, Ya Wahhab, Ya Rahim, Ya Rahman....


Terima kasih kerana meluangkan masa...
Sehingga berjumpa lagi.

Sila ‘LIKE’ dan ‘SHARE’ sekiranya anda rasa kisah ini bermanfaat untuk dikongsikan.
Sila 'COMMENT' untuk sebarang tambahan /penambahbaikan.. terima kasih..

Khamis, 23 Januari 2014

Gaji ku RM3000... Cukupkah?

Alhamdulillah...hujung-hujung tahun, sempena dengan cuti sekolah, ramai yang melangsungkan perkahwinan.. Tahniah dan saya doakan semua pengantin semoga sentiasa dalam keberkatan Allah swt dan bahagia dunia dan akhirat inshaAllah. 



Dalam satu majlis yang saya hadiri, ada rakan yg juga merangkap junior saya di UiTM. Alhamdulillah.. sebagai graduan BSc statistic, beliau kini berkerja sbg data analisis, gaji yang di tawarkan sekitar RM3000-3500 , seorang fresh graduate,bagi kebanyakkan dari kita OK sgt tu... jika di bandingkan dengan kebanyakan FRESH GRADUATE Ijazah yang hanya di bayar sekitar RM2000-2500 sahaja.

Bagi rakan saya yang dah dapat RM3000 sebulan, beliau masih rasa mcm tak puas.. yelah masih terikat dengan office hours dan arahan BOS kan.Walaupun beliau masih bujang, tapi dengan keperluan RM yang dahsyat sekarang ni... RM3000 pun mcm sikit je, lagi2 bila duduk di kawasan bandar. 

Saya agak terharu bila berbual dengan rakan-rakan yang sebaya ataupun umur hampir dgn saya.. dalam 2-3 tahun lagi dah nak mencecah 30 tahun. Bila di tanya, kenapa tak kahwin lagi? 'Belum jodoh' dan 'mana cukup duit.. nak kahwin skrg ni, gaji RM2+++, tapi tolak sumbangan buat mak ayah, PTPTN, sewa, kete dan perbelanjaan lain. macamana nak simpan untuk kahwin?'memang tak tersimpan nya...

Soalan lazim bagi yang nak mendirikan rumahtangga..

Bagi yang telah berumahtangga... perbelanjaan keluarga memang tidak dapat di nafikan  amat lah tinggi...

Rajah di bawah menunjukan perbelanjaan yang biasa2 pun dah berjumlah hampir RM2000.. ini bagi yang bujang.. kalau dah berkahwin, jauh lebih banyak...tambah dengan taska lagi.. 


10 tahun lepas, Gaji Fresh graduate adalah sekitar RM2000 juga.. namun perbandingan nilai duit RM50 dulu dan sekarang adalah seperti rajah di bawah: 

Apa sahaja yang kita dapat beli dengan RM50 kan? Tahun 2014... harga barang di jangka (sedang) naik lagi.... 


Kuasa membeli dgn jumlah wang yg sama, dah makin kurang... 


Dulu tahun 90an boleh lagi bawa duit belanja pergi ke sekolah rendah dengan RM1.00...boleh la beli nasi goreng+air+ kuih sebiji.. 


SEKARANG? Nasi goreng nak dpt RM2.00 pun sangat susah... Nasi lemak yang di jual pagi2.. paling murah RM1.20... tu pun sikit jer, boleh la alas perut.. tapi kalau nak kenyang, kena makan 2-3 bungkus. 


Air sirap... teringat dulu beli masa sek ren.. RM0,20 jer segelas... sekarang.. minima RM1.00... 


Apa tindakan kita... dengan kenaikan harga barang yang bagai tak dapat di kawal? 

Apa tindakan kita... untuk tingkatkan pendapatan diri? 

Kalau nak harapkan gaji semata-mata... mungkin apa yang kita dapat beli dengan RM1500 pada tahun 2014 ini.. jauh lebih sedikit berbanding dengan rajah di atas.. 


Nak harapkan kenaikan gaji... berapa % sahaja dan dibandingkan peratusan kenaikan harga barang...


Fakta mengenai Kaya dan Miskin..







 Ini saya petik dari satu akhbar tempatan (di wall ikim.fm) . 




Anda tergolong di mana? ... 

Jika anda tak merancang untuk menjalankan perniagaan.... tetapi nak jadi KAYA... rasa mcm susah jer.. hanya 25% peratus je mereka yang KAYA bukan menerusi perniagaan.. 75% peratus adalah dari perniagaan. 

Tak kisahlah, apa perniagaan yang anda nak ceburi...yakinlah.. 9/10 rezeki memang dari perniagaan..

 Saya nak kongsikan apa  yang bisnes shaklee  tawarkan..bagi menjawab  sebab utama dari petikan surat khabar di atas..

1. Gaji yang tidak setimpal - tetapi dengan bisnes Shaklee.. KITA BUAT LEBIH, KITA DAPAT LEBIH... masa dan apa yang kita nak kongsikan, kita yang tentukan.. hasilnya KITA juga yang tentukan.. (dengan keizinan Allah). 

2. Kurang mendapat penghargaan - tetapi dengan bisnes SHAKLEE... ada 7 pangkat yang SEMUA orang boleh Capai.. Sekali lagi.. KITA BUAT LEBIH, KITA DAPAT LEBIH.. KITA YAKIN, KITA BOLEH.. KITA DAPAT  (dengan keizinan Allah). 

3. Tidak dipercayai ketua - tetapi dengan bisnes shaklee - KITA la KETUA, kita la pekerja... Kita decide.. nak percaya kat diri sendiri ke tidak la kan.. (Mentors bertindak sebagai PENASIHAT dan PENDORONG, supaya memastikan kita di landasan yang betul )

4. Mahu mengembangkan karier - tetapi dengan bisnes shaklee-kita bina EMPAYAR kita sendiri...kita boleh kembangkan... kalau rasa Malaysia belum cukup luas, peluang untuk kembangkan keluar negara pun boleh.

Apa pun alasan nya.. jadikan ia sebagai satu cabaran untuk kita lebih berjaya!.. insyaAllah. 

Nak tahu macamana nak mulakan bisnes shaklee?


Terima kasih kerana meluangkan masa...
Sehingga berjumpa lagi.

Sila ‘LIKE’ dan ‘SHARE’ sekiranya anda rasa kisah ini bermanfaat untuk dikongsikan.
Sila 'COMMENT' untuk sebarang tambahan /penambahbaikan.. terima kasih..

Isnin, 20 Januari 2014

Bahayakah suplimen ALFALFA SHAKLEE?

Isu hot beberapa hari ni... terima kasih kak Oyun atas perkongsian ini.

Kesimpulannya : bahaya jika ;

1. diambil berlebihan..

2. Alfafa tablet jika bersumberkan benih, daun yg tidak dikeringkan secara semulajadi.

Jika ada sebarang masalah... sila dapatkan medical checkup


~Kawal makanan kita... apa pun kita makan.. semuanya dalam kadar yang tertentu.. bukan semua boleh main makan jer~

Sabtu, 18 Januari 2014

Opah cucu 16 orang...tetapi 'awet muda'

Alhamdulillah...

Semalam mak cerita.. ramai kawan2 tegur..

'kakSu tak sakit2 lutut atau badan ke?, nampak ligat jer...' 

mak pun termenung sekejap..'aahla, sejak kebelakangan ni... laju je blh memanjat tangga dan berjalan'...yelah bila umur dah masuk golden age nih.. (kalau susu anlene.. gold = 50 ke atas).. nak tak nak, mmg tulang dh makin rapuh... badan akan mudah lenguh2..

Mak mmg ligat orang nya, aktif jer.. kami adik beradik pun mmg tabik la, memang seorang yang sangat bersemangat... bayangkan... seorang ibu dgn 11orang anak dan 16 orang cucu (sehingga hari ni). 

Cuba kira... hehe.. susah tau nak cukupkan semua..
kalau orang tengok mak, memang orang tak percaya dengan umur mak.. 
mak melayan cucu2 mcm layan anak2 jer... boleh je dukung lagi cucu yg berat 10kg.. 
boleh berjalan ke sana sini. Sekarang mak bertugassebagai Deputy Director, RECSAM penang... memang sangat hectic, tapi mak sangat gembira sebab dapat berbakti dengan bertenaga.. Alhamdulillah.. tahniah mak! 

Alhamdulillah... mak memang jenis yang jaga makan... pengambilan supplemen mmg di amalkan sejak muda lagi, dan sekarang.. tentunya makan shaklee.. hehe.. 

mak kata..'mak suka sangat makan vivix, ostematrik, lecithin dan alfafa'... badan mmg jadi ringan jer.. tetiba mak jadi DUTA dgn kawan2 mak.. masing2 teruja tgk mak segar jer.. walaupun kerja banyak + melayan karenah anak2... Mak tetap maintain bertenaga dan ceria.. 

Inilah emak ku yang tersayang... 




Moga mak sihat dan cergas selalu...

Sayang mak dunia akhirat, inshaAllah. 

Kasih ibu membawa ke syurga... Doakan kakak & keluarga berjaya dunia akhirat.. inshaAllah.



Terima kasih kerana meluangkan masa...
Sehingga berjumpa lagi.

Sila ‘LIKE’ dan ‘SHARE’ sekiranya anda rasa kisah ini bermanfaat untuk dikongsikan.

Please do not hesitate to contact us/ comment below for:-


FREE Consultation
Business OPPORTUNITY with Shaklee!!

Rabu, 8 Januari 2014

Anas di serang denggi....

{Sihat vs Sakit}

Baru je di tanya bbrp hari sebelum anas demam,

 ' Kak, kalau dh makan supplement... tp bdn masih sakit.. apa kes ni?'

pendapat saya..'supplemen adalah untuk tambah nutrisi dalam badan, untuk bantu badan cegah penyakit, untuk bantu lawan virus.. bukan la gerenti tak sakit.. sakit itu satu nikmat.. sbb Allah nak bg peringatan ttg nikmat sihat'

Beberapa rakan saya ada juga yg tegur, Alhamdulillah.. dah lama sgt tak dgr anak nisah sakit...dgn senyuman saya balas  'Alhamdulillah, supplemen membantu, Allah yang izinkan' 

Sebahagian dari supplemen di rumah

bila tgk status orang di fb, ramai anak yg sakit dsb.. terdetik .'kesian diorg, betapa penatnye bila anak tak sihat... org yg mengalami nya sahaja yang dpt rasa'

2minggu lps, adik ipar kena denggi, saya terdetik nyamuk pun bukan tahu kita makan supplemen ke tak ke.. kita makan dgn sihat ke tak.. yg die tahu.. nk hisap darah jer.. ntah2 die pun tak tahu yg dia blh buat org sakit, die 'jalan'kan tugas die jer.... sbb lepas die hisap darah/ hinggap kat manusia.. die cpt je mati. 

Bila budak demam, takde selera makan.. biasa la kan? tapi bila badan dah mula lembik.. mcm pelik jer.. adik ipar mula check darah hari ke 4/5.. platlet bawah 100.. terus kena admit. 

Masa tu,saya sibuk juga la baca pasal denggi.. yelah sbb dh selalu juga berjumpa dgn adik ipar dan ke rumah mertua.. chances untuk terkena tu ada. 

Antara poster yang KKM selalu wartakan..



Alhamdulillah, setelah 3 malam warded .platlet adik ipar meningkat dgn baik.. dan beliau kini dah sihat... dah boleh ke Sekolah pun.. 

Tanpa di sangka.. setelah seminggu adik ipar pulih, satu ujian buat kami sekeluarga, anas demam yg agak tinggi , setelah 2thn juga die tak demam macam ni.. Jumaat lepas, sampai kena febrile fits.. (inshaAllah akan saya tulis satu entri pasal febrile fits. doakan saya). 

Setelah 2 hari demam, hari Ahad pagi.. anas nampak segar, demam pun mcm dh kebah.. bila check suhu.. dalam 37 C. ok lah.. boleh la bawa ke Master Celebration - Master Laila di Putrajaya... Alhamdulillah.. anas enjoy berlari2 di dalam dewan... 

bila balik rumah, malam tu.. demam datang semula.. suhu naik ke sekitar 37.5 C... Kami masih bagi panadol.. sbb risaukan takut terkena fits lagi.. Alhamdulillah.. pagi isnin, suhu badan OK.. bila nak ptg je.. panas semula.. 'aduhai... tak boleh jadi ni.. dah hari ke 4...' pi check darah di Klinik Kesihatan Shah Alam - terus dapat result on the spot... Alhamdulillah platlet die above 150...cuma WBC= white blood count agak rendah..Dr suspect demam virus.. dari tanda2 denggi, anas cuma ada tanda yang kedua : demam berterusan. 


Anas termenung... bila nak habis sakit ni.. 


Hari Selasa, repeat lagi sekali.. platlet drop ke 130... Dr kata kena repeat lagi Hari Rabu..

Hari ni, bangun2 pagi.. kaki dan tgn anas naik merah2... apa lagi, pagi2 lagi kami dah pi ke klinik untuk check darah.. Result darah hari ni :


 Ouch, platlet dropped ke 103... walau belum jumpa Dr.. kami dah tahu.. mesti kena admit ni.
kata Medical Assistant, MA yang ambil darah.. sehari sekitar 7-10 kes denggi di KK shah Alam ni. aduhai.. tinggi nya.

.. Bila jumpa Doktor je terus refer ke HTAR...Jadi, tadi saya dan anas naik Ambulan.. hehe.. tetiba terasa macam merempit... PIN3... NINONINO.... mmg satu pengalaman.. tapi anas tak nampak excited pun.. sbb die letih. sian die... then selepas tu apa jadi? 

Satu perkara yang kami belajar, kalau nak masuk hospital swasta... agak2 nak kena admit tu, jgn buat checkup di klinik kerajaan... satu hal juga kena defend kenapa nak pindah etc. 

polisi klinik kerajaan -- sekali dah ada kes denggi, diorg kena handle sebaiknya.. incase kalau diorg bagi patient discharge.. then apa2 terjadi pada patient, diorg akan dipertanggungjawabkan.. siap bg cth ada kes yang pesakit meninggal otw ke hospital swasta. 

Kecut perut juga dengar... tp bila tgk keadaan di HTAR, padat, serabut dan tgk nurse dan doktor memang tak menang tangan, kami yang dh beli insurance ni.. kenala guna sebaiknya, bagi laluan kepada mereka yang lebih memerlukan perkhidmatan hospital kerajaan. 

Suami saya call beberapa hospital swasta di Shah Alam.. semua penuh..rupanya.. memang tgh sangat ramai yang kena denggi sekarang ni. Alhamdulillah.. akhirnya, dapat book bilik di Sime Darby Medical Centre, Subang Jaya.. Alhamdulillah.. walaupun kena tunggu juga HTAR lpskan.. kena isi borang 'take your own risk'..kami terus ke SDMC dan dalam pukul 7mlm.. dpt 'checkin' single room.  

 masih di hospital ni, inshaAllah esok saya sambung lagi... 

Doakan moga Anas cepat sembuh dan tiada yang serius... Moga kita semua di kurniakan kesihatan yang sempurna bagi kita menunaikan tanggungjawab kita.. inshaAllah. 

Peringatan buat kita semua... jom sahut seruan KKM.. 10 min je pun..


Kalau masa keje dulu, asal anak demam je.. terpaksa ambil cuti.. 
even tgh cuti pun, kalau ada urgent matters.. terpaksa juga jawab calls n explain itu n ini.. 

Alhamdulillah... sekarang ni.. 'tension keje' dah amat2 kurang...

walaupun anak terpaksa warded... keje berjalan seakan2 biasa...

consult customers n coaching berjalan je dgn dunia online ni...

Alhamdulillah... rezeki anak2...

Alhamdulillah.. saya semakin yakin dgn 'pekerjaan' saya skrg...di samping melayan karenah anak2... inshaAllah peningkatan bonus a.k.a gaji juga tidak terjejas dan semakin naik je setiap bulan..



Terima kasih kerana meluangkan masa...
Sehingga berjumpa lagi.

Sila ‘LIKE’ dan ‘SHARE’ sekiranya anda rasa kisah ini bermanfaat untuk dikongsikan.

Tips Menjalankan Bisnes Online

   Assalamualaikum dan salam sejahtera,  Pada entri yang lalu, saya kongsikan peluang bekerja Dari rumah yang turut berkait dengan bisnes on...