Isnin, 27 Januari 2014

Apakah NILAI 50SEN pada kita?

Kisah ini telah dikongsikan oleh rakan saya dan saya turut kongsikan di facebook. Semoga apabila di kongsikan di sini, lebih ramai dapat membaca nya dan mendapat manfaat darinya inshaAllah...                      
Kisah 50sen yang menyentuh hati         

Cikgu : Kenapa Alif x rehat ?  

Alif : mak saya beri 50sen sehari, cikgu.. kat kantin, 50sen dapat beli sekeping nugget je, malu la cikgu beratur panjang-panjang dapat beli nugget sekeping je. Jd saya kumpul duit hari ni utk makan hari esok, jadi saya dapat la makan nugget dengan air sirap 50sen... Saya pergi kantin hari Selasa & Khamis je cikgu (Alif tertunduk malu).
PERASAAN saya mula bercampur baur, SEDIH & SEBAK. Pada zaman 2014 ini masih ada pelajar yg membawa 50sen ke sekolah. Ramai diantara kita memandang 50sen itu jumlah yg kecil sedangkn bagi pelajar ini 50sen sgt besar ertinya...

Cikgu : Kalau hari jumaat awk tak pergi kantin la ya?

Alif : Oh.. hari jumaat duit 50sen ni saya sdekah ms bacaan yasiin , cikgu." jwb Alif dgn bersahaja. "mak saya kata kalau kita sedekah, rezeki KITA AKAN bertambah.."

Mata saya dah berkaca... saya terkejut & bertambah sebak. dah la duit ada 50sen, siap boleh SEDEKAH pulak lg..

Ya Allah, limpah kan laa rezeki bagi keluarga pelajarku ini... luaskan rezeki mereka semoga mereka tak lagi berada dlm kemiskinan... 

Huh, macam terpukul sungguh saya, bayangkan duit 50sen yang d iberi untuk makan, dia sedekahkan 50sen kepada tabung sekolah setiap Jumaat semasa bacaan yasin..

Mungkin CERITA nie nampak tapi ia MEMBERI 1000 PENGAJARAN agar kita semua lebih kan bersedekah.

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
 
Ada yang berdaftar dengan jabatan kebajikan masyrakat, dapatla wang sagu beberapa ratus sebulan..(cukupkah?) .. dan ada juga yang tidak berdaftar, dan apa yang mereka makan hari ini? Dalam keadaan kita makan makanan yang sedap... apa pula yang mereka makan?

Teringat pesan mentor saya...'bila kita dapat BERI lebih? tentu la bila KITA KAYA...jadi kita perlu jadi kaya untuk bantu lebih ramai org'

Kalau kita tak nak KAYA, sebenarnya kita pentingkan diri...sebab RAMAI sgt2 yang memerlukan BANTUAN dan SUMBANGAN kita.....

Renung2kan...

Ya Allah, limpahkan rahmat dan luaskan rezeki kami... permudahkan urusan kami dalam MENCAPAI IMPIAN kami.. untuk membantu lebih ramai mereka yang susah... Ya Allah, Ya Wahhab, Ya Rahim, Ya Rahman....


Terima kasih kerana meluangkan masa...
Sehingga berjumpa lagi.

Sila ‘LIKE’ dan ‘SHARE’ sekiranya anda rasa kisah ini bermanfaat untuk dikongsikan.
Sila 'COMMENT' untuk sebarang tambahan /penambahbaikan.. terima kasih..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Surirumah & Media : Bersama Membangun Potensi Suri Rumah Rahmah

 𝗦𝘂𝗿𝗶𝗿𝘂𝗺𝗮𝗵 𝗱𝗮𝗻 𝗠𝗲𝗱𝗶𝗮  Alhamdulillah, di izinkan Allah untuk hadir 2 hari 𝑩𝒆𝒏𝒈𝒌𝒆𝒍 𝑷𝒆𝒏𝒈𝒖𝒓𝒖𝒔𝒂𝒏 𝑴𝒆𝒅𝒊𝒂 𝑺...