Memaparkan catatan dengan label gastrik. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label gastrik. Papar semua catatan

Selasa, 15 Mac 2016

17 Risiko kekurangan protein


17 #RISIKO Kekurangan Protein
==================

✿ Protein adalah makanan terpenting untuk tubuh badan kita. Asal perkataan “protos” (Yunani) bermaksud pertama muncul atau mengambil tempat pertama. Tubuh badan kita pula terdiri daripada #protein - tulang, kulit, rambut, otot-otot, organ-organ, plasma. Yang terbentuk daripada protein - antibodi, enzim, hormon. Sebahagiannya adalah protein - hemoglobin (berfungsi untuk mengangkut oksigen ke sel-sel tubuh). Sel-sel tubuh badan kita pula, bergantung kepada protein untuk berfungsi dengan baik bagi membina sel-sel baru, menggantikan tisu-tisu yang dah lama (tua) serta menggantikan tisu-tisu yang rosak. Maka jelaslah Protein sangat penting untuk tubuh badan kita.


17 Risiko Kekurangan Protein :

✓ 1. Anemia (kurang darah atau kurang oksigen dalam darah)
✓ 2. Kidney disease (penyakit buah pinggang)
✓ 3. Liver (penyakit hati)
✓ 4. High Cholesterol (kolesterol tinggi)
✓ 5. Low blood pressure (tekanan darah rendah)
✓ 6. Low blood sugar (kandungan gula darah rendah)
✓ 7. Nerve instability (Fungsi saraf tak stabil)
✓ 8. Peptic ulcer (Ulser perut + usus)
✓ 9. Poor wound healing (Luka lambat sembuh)
✓ 10. Poor blood circulation (Pengaliran darah yang tidak lancar)
✓ 11. Poor vision (Penglihatan kurang baik)
✓ 12. Irritability (Badan menggeletar)
✓ 13. Fatigue (Letih lesu)
✓ 14. Weakness (Lemah)
✓ 15. Water retention (Tinggi kandungan air dalam tisu badan)
✓ 16. Prolonged period of time mental retardation (Terancat akal)
✓ 17. Lack of resistance to infection (Ketahanan badan rendah terhadap jangkitan)

Pastikan anda mendapat protein secukupnya setiap hari :)


#GLCteam

Selasa, 28 Oktober 2014

Selamat Tinggal Gastrik

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Apa khabar anda hari ini? Moga kita semua sihat dan ceria selalu dengan izinNya. 

Hari ni, bila ada yang tanya saya.. apa supplement untuk gastrik ya?

Terus terbayang...SAKITnya gastrik! Sungguh.. jika di tanya saya antara sakit bersalin dan gastrik.. 

'Mana lebih sakit?'

Jawapan saya..GASTRIK

Allahuakhbar... terbayang gastrik pada hari pernikahan saya.. tula antara sakit perut yang paling teruk. memang terguling2.. air mata meleleh sendiri tanpa di pinta. sebab masa tulah, tak makan betul2 untuk beberapa hari..'sibuk' la kan kononnya. peaknya sakit perut pada hari pernikahan. Allahuakbar! 

macam ni lebih kurangnya postur ketika sakit.


Perut macam di tikam2 tanpa henti... Sakit sangat! 

 Treatment traditionalnya, atok saya suh bakar 1 labu bawang putih, then makan macam makan kacang... huhu.. aduhai baunya memang menusuk! tapi sebab atok yang buatkan dan paksa makan. ok lah.. alhamdulillah. lepas makan tu, paksa diri untuk baring. then memang angin keluar berpusu2. Selepas tu baru boleh makan sikit2. esoknya.. sakit masih berbaki, jadi memang kena jaga makan sangat2, 

No pedas! No masam! aduhai.. kenalah makan tawar2 gitu. 

Sebenarnya, masa tu, family members yang cakap 'gastrik ni' Then semasa di UiTM pernah di serang lagi.. jumpa Doktor sekali gus untuk dapatkan mc, serious tak larat pergi kelas. 

Then...

Pesan doktor, kenalah jaga makan dan jaga waktu makan


Selepas tu, ada juga beberapa kali 'diserang'... antara ubat yg yang pernah Dr prescibe yang warna putih berangin, charcoal dan beberapa lagi. makan bila dah terguling. huhu. tapi sebenarnya tak sanggup nak rasa guling2 tu. 


SERANGAN yang tak boleh lupa, dua kali saya bersalin, dua2 kali la gastrik menyerang juga! serious sampai tak tahu sakit contraction tu macamana.  yelah bila dah dalam keadaan nak bersalin, selera makan dah kurang, jadi makan ala kadar. tup2.. kan tenaga diperlukan sangat2. 

Dalam 1 jam sebelum anas lahir, saya sampai muntah air, lembik badan sebab angin yang huhu! Doa yang saya ulang masa tu..'Ya Allah, bagilah anak ku lahir dengan selamat dahulu sebelum aku pengsan'.. memang gagahkan diri masa nak bersalin tu. alhamdulillah dapat bersalin normal dengan 2 kali push... tapi just lps bersalin tu..memang macam pengsan! nasibla nurse bagi minum air milo O sebelum pengsan tu.. kalau tak, mungkin bgn tido, sakit tu datang balik. Masa nak bersalin kan amanina sakit nya kurang sikit. tapi masih juga macam gastrik. huhu. atau mungkinkah gastrik dan contration tu seakan sama? Wallahualam.


Oklah..cukuplah rasanya bayangan sakit tu macamana...sebab sebenarnya seboleh-boleh nya tak dah lalui lagi. inshaAllah. 

Alhamdulillah... sekarang ni, dah jarang kena dan rupanya vitamins yang saya makan untuk kesihatan asas ni membantu mengurangkan simptoms gastrik. Apa vitamins yang saya makan ---> Vitamins untuk kesihatan optimum



Ingat tak tadi, atok saya ajar makan bawang putih, a.k.a garlic? Alhamdulillah sekarang ni lebih mudah, sebab dah ada dalam bentuk tablet, telan jer, memang jadi 'wonderpet' di kala terasa nak di serang tu.. inshaAllah nanti keluar la angin2, tak jadi nak kena gastrik. alhamdulillah. 

gastrik ni kan sebenarnya maknanya kita ada masalah sistem pencernaan.. acid terkumpul kat perut. 

Di akhir kata, kunci utama...JAGALAH MAKAN! dan lengkaplah vitamins harian kita. moga kita terhindar dari sakit2 yang memberbahaya. 

BEKAS pesakit gastrik, (inshaAllah),

Anisah Khalid...

...

~Feel Free to LIKE and SHARE~
Please do not hesitate to contact me/ comment below for:-

FREE Consultation
Business OPPORTUNITY with Shaklee!!




Sabtu, 11 Oktober 2014

Variasi Resipi ESP dan Mealshakes

Assalamualaikum wbt dan Salam sejahtera,

Alhamdulillah, bertemu lagi kita di sini... terima kasih kerana sudi singgah di sini.

Bulan ini, Oktober 2014, Shaklee buat PROMOSI untuk 2 produk HOT, yang memang menjadi kegemaran ramai.

Sekarang ni, semakin ramai yang sedar kepentingan protein dalam diet harian,Nak tahu , kenapa protein penting? Sila click --> Kepentingan Protein Dalam Diet Harian

Antara sumber protein yang kami sarankan ialah menerusi dua minuman instant non-gmo soya yang sedang di promosikan sekarang!




Hari ni, saya nak kongsikan variasi resipi ESP dan Mealshakes yang kita boleh nikmati..

Nyummy...Jom cuba pelbagaikan citarasa tetapi mendapat khasiat vitamins yang secukupnya, inshaAllah. 


1. ESP + Mealshakes + Performance Drink (Shaklee panggil mighty gems) : antara menu sahur kegemaran saya.sedap.. macam minum yogurt bliss perisa oren 
2.  ESP/Mealshakes blend bersama biskut oreo + ais ( ala2 macam coolblog pergh sangat sedap dan creamy. meleleh…)

2. ESP/MEALSHAKES  dikisar bersama buah kurma dan kismis (kita gabungkan makanan sunnah, manis & creammy.. nyummy)

3. ESP/MEALSHAKES  dikisar dengan buah strawberi (huh! rindu cameron highland! rasa sangat eksklusif!)



4. ESP + mealshakes dan kolagen Shaklee, vivix serta coklat ovaltine ( Powerful untuk kecantikan dalaman & luaran)

5. ESP/MEALSHAKES  dikisar bersama biskut chipsmore (ESP/MEALSHAKES  nanti akan lebih rasa macam pekat dan penuh coklat)
6. ESP/MEALSHAKES  digoncang bersama dutch lady strawberi atau coklat (mudah & meningkatkan rasa )

7. ESP/MEALSHAKES  dicampur bersama yogurt dan dikisar 

8. ESP/MEALSHAKES  dicampur bersama buah anggur dan vivix shaklee (ni ESP/MEALSHAKES  jadi color ungu. Rasa dia best. Bau anggur. Pastu ada anggur kan kecik-kecik dalam tu)

9. ESP/MEALSHAKES  dicampur bersama Cinch shake Shaklee bagi yang ingin diet

11. ESP/MEALSHAKES  bersama jus oren tropicana (atau apa-apa jus lah yang disukai)


12. ESP/MEALSHAKES  bersama Fresh milk

13. ESP/MEALSHAKES  bersama susu anmum atau mana-mana susu yang ibu-ibu mahupon bakal-bakal ibu ambil

14. ESP/MEALSHAKES  direndam bersama biskut wheetmeal. (ESP diminum bersama serat tau..lagi lama tahan kenyangnya)

Tips tambahan: Saya suka gunakan blender dan blend dengan 14 resepi ESP sangat istimewa ini sebab ESP yang diminum ini lebih mewah dengan buih dan sangat lembut berbanding hanya goncang atau kacau.

Lagi tips tambahan: Bancuhan ini hanya gunakan air suhu bilik, atau air suam-suam kuku atau pon ais je. Kerana protin mati pada suhu panas.

Di adaptasi dari  : http://zahirahhafizan.com

Selamat berESP...



Jika anda salah seorang seperti dalam gambar di bawah, anda la yang ESP cari..;) 




~Feel Free to LIKE and SHARE~
Please do not hesitate to contact me/ comment below for:-
AFFORDABLE Price
FREE Consultation
Business OPPORTUNITY with Shaklee!!

Surirumah & Media : Bersama Membangun Potensi Suri Rumah Rahmah

 𝗦𝘂𝗿𝗶𝗿𝘂𝗺𝗮𝗵 𝗱𝗮𝗻 𝗠𝗲𝗱𝗶𝗮  Alhamdulillah, di izinkan Allah untuk hadir 2 hari 𝑩𝒆𝒏𝒈𝒌𝒆𝒍 𝑷𝒆𝒏𝒈𝒖𝒓𝒖𝒔𝒂𝒏 𝑴𝒆𝒅𝒊𝒂 𝑺...