Memaparkan catatan dengan label atok. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label atok. Papar semua catatan

Ahad, 17 Januari 2016

DARI SAKIT TERBARING, BOLEH BERJALAN SEMULA (Testimoni vivix )

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Apa khabar kalian hari ni? Apa khabar ibu ayah? atok nenek?

Bila saya membaca kisah ini, terbayang nenek (saya panggil atok) di kampung. beliau juga dulu pernah terbaring, namun tidaklah seteruk pesakit ini. Dan saya percaya ada juga di kalangan saudara mara kalian juga pernah mengalami nasib serupa. (Kisah atok saya --> Atok ku tersayang )

Sudilah kiranya membaca kisah ini...

Semoga bermanfaat untuk mereka yang memerlukan.


Testimony Credit to: Hawatif Ali

Kisah PANJANG! Kejayaan – VIVIX

MESTI bacasehingga HABIS untuk testimoni best ini!
—------------------------------------

Satu hari saya tergerak hati untuk singgah dan ziarah seorang makcik yang dikhabarkan sakit teruk.

Kali terakhir saya jumpa semasa perkahwinan anak beliau, masa tu dia boleh berjalan dengan baik dan dikhabarkan semakin pulih dari masalah Gout.

Saya singgah dan masuk rumahnya. Kelihatan seorang perempuan terbaring mengiring, dibelakangnya ada kipas angin untuk mengeringkan luka dibelakang badan akibat baring terlalu lama.

Ya Allah, teruknya makcik ni. Makcik ini adalah asnaf miskin, terlantar atas sebab menderita sakit buah pinggang kesan daripada terlalu kerap mengambil suntikan dan pain-killer untuk melegakan sakit Gout.

Keadaan beliau amat lemah, hanya mampu terbaring, makan bubur dan bersuap, terpaksa didukung untuk ke tandas dan ke mana-mana sahaja.

Keadaannya semakin teruk disebabkan kesan dialisis yang menyebabkan badan beliau semakin lemah, kurang selera makan, mudah demam dan selsema.

Pesakit sedang menjalani dialisis (gambar ihsan google :) 

Selepas itu, dalam tempoh 2-3 minggu, saya datang ziarah lagi. Tapi niat untuk hantar Nutriferon untuk anak dan cucu lelakinya yang kerap demam dan selsema.

Beliau hanya mampu beli 5 paket dan saya beri beberapa paket tambahan untuk kegunaan beliau.

Saya masuk ke rumah dan lihat makcik dah begitu kurus, lemah dan tidak bermaya.

Dalam perbualan kali ini, sambil menitiskan air mata. “Man, tolonglah makcik ini. Carikan ubat untuk sakit makcik ni. Makcik dah tak tahan, sakit sangat. Tolonglah Man.”

Jawap saya - InsyaAllah, saya akan ikhtiarkan. Kalau ada nanti saya bagi tahu makcik. Sebelum balik, dipesannya sekali lagi. “Man, tolong makcik pasal ubat tu ya.” InsyaAllah - jawab saya.

Saya terfikir, saya nak bagi makcik sebotol VIVIX. Tapi dengan keadaan kewangan yang begitu, saya tak rasa makcik ni mampu membeli sebotol VIVIX yang berharga RM400+.

Akhirnya Allah buka jalan, dan Alhamdulillah saya mampu belikan sebotol VIVIX untuk makcik ni.

Saya hantar VIVIX sebelum Ramadhan, tahun 2015. Masa ni, keadaan makcik sangat lemah.



Dia didukung oleh anaknya untuk membolehkan dia bergerak dari satu tempat ke satu tempat. Hatta duduk pun dia tidak mampu. Hanya mampu terbaring.

Saya beri penerangan pada anak-anaknya tentang VIVIX, ini sebagai ikhtiar. Moga ALLAH permudahkan urusan yang lain.

Makan satu sudu setiap hari dan saya berpesan pada makcik, jika doktor tanya cakap makcik sekarang makan buah-buahan je. Makcik setuju dan mengangguk lemah. Saya terpaksa beredar sebab ada urusan lain.

Sejak dari itu, saya tak berkesempatan untuk menghubungi anak-anaknya untuk bertanya khabar.

Sepatutnya, saya datang ziarah selepas 2 minggu tetapi, masa tidak mengizinkan. Akhirnya saya sempat datang sehari sebelum Hari Raya Aidilfitri, tahun 2015.

Ada beberapa orang yang menginfakkan duit raya dan saya serahkan kepada beliau. Ketika itu saya lihat makcik sedang duduk di atas kerusi. Saya hanya serahkan duit tanpa borak panjang.

Selepas solat hari raya Aidilfitri, saya singgah untuk bertanya khabar. Alangkah terkejutnya saya bila saya lihat makcik tengah sarapan pagi dan beliau memegang pinggan dan makan sendiri.

Keadaannya 100% berbeza dengan apa yang saya jumpa sebelum puasa.

Beliau bercerita, dia dapat rasakan semakin sihat, bertenaga dan tidak lagi rasa sakit-sakit badan, demam, selsema serta mampu berdiri dan berjalan dengan bantuan anak-anaknya.

Perbualan kami tak lama, sekadar 10 minit sahaja. Selepas itu saya pun pulang kerumah.

Atas pelbagai urusan, saya tidak dapat datang beraya bersama keluarga.

Habis Syawal, saya balik ke kampung dan mak bercerita. Dia ada berjumpa makcik ni dalam satu majlis di kawasan kampung dan makcik ni cakap pada mak saya.

Alhamdulillah Hajjah. Ubat yang Aman bagi tu mujarab sangat. Sekarang dah mampu keluar rumah, jalan sana-sini dan tidak lagi menahan sakit.

Sebelum pulang ke Seremban, kami sekeluarga singgah ke rumah makcik. Memang kehidupan makcik sekeluarga berubah setelah memakan sebotol VIVIX.

Kesihatannya semakin baik, luka kesan dialisis di leher telah ditukar semula di tangan. Luka juga semakin cepat kering.

Doktor bagi tahu, bacaan darah beliau dah cantik, badan bertenaga, makin sihat dan kuat.

Baru-baru ini saya berjumpa anak lelakinya dan dia bercerita yang kesihatan maknya semakin baik dan posi

Inilah kisah VIVIX buat asnaf miskin yang menderita sakit buah pinggang.

Alhamdulillah, saya bantu mana yang mampu. Kini beliau masih mengambil VIVIX dan ESP.

ESP diminum setiap pagi untuk beliau lebih bertenaga dan Alhamdulillah tiada kesan sampingan kepada buah pinggang dan gout.

Asalnya makcik ini kerap mengambil suntikan dan pain-killer kerana masalah gout.

Alhamdulillah, dengan asbab sebotol VIVIX, ia membantu bukan sahaja kesihatan tapi kehidupan yang lebih ceria dan bahagia.

Kini, makcik mampu tersenyum gembira dan ceria menghitung hari untuk menerima menantu. InsyaAllah.

==========

Setiap penyakit pasti ada penawarnya.

Berusahalah yang terbaik. Allah jua yang Maha Menyembuhkan.

Salam hormat,
Anisah

Khamis, 28 Ogos 2014

Nenek kencing berdiri..Eiii..ada ke?


Assalamualaikum dan salam sejahtera, 

Maaf jika tajuk entry ini agak kurang sopan... huhu, tapi ini lah hakikat yang mungkin kita tak sedar.

Berapa ramai nenek atau atok kita yang terpaksa kencing berdiri?

Kenapalah yang diorang ni kencing berdiri kan?

Baru-baru ini, seorang nenek kenalan saya mengadu masalah yang serupa... kalau nak bercuti atau terpaksa membuang di tandas awam, maka terpaksa lah kena cari tandas yang duduk... kalau dah tak jumpa? huhu... inilah yang terpaksa kencing berdiri!  


Sedutan Jawapan Ustaz Azhar Idrus bila di tanya... Apakah hukumnya kencing berdiri?


Hukumnya tidaklah haram...tetapi MAKRUH. dan menjadi sunat jika uzur. Islam itu mudah, ada rukhsahnya. 

Tetapi sunnah Rasulullah s.a.w, adalah buang air dalam keadaan duduk. Jauh lebih sopan dan boleh elak dari meleleh ke tempat yang tidak sepatutnya. 

Berbalik kepada soalan saya tadi, Kenapalah nenek @ atok ni kencing berdiri? 

Mereka bukan nak kencing berdiri, tetapi terpaksa! Sebab mereka tak boleh lipat kaki, tak boleh mencangkung... kasihan mereka, kan?

Selain tu, mereka juga terpaksa solat dalam keadaan duduk (ruksah solat bagi mereka yang uzur) dan pergerakan mereka juga jadi sangat terbatas. 

Gambar ihsan google.. situasi biasa kan?
Bayangkan situasi di atas, kalau dalam keadaan nak kena selamat kan diri, masih terpaksa bertongkat seperti ini... Aduhai sayang, kasihan nenek ni...mungkin sekejap selepas gambar ni di ambil, abang yang duduk kat tepi tu, terus dukung nenek ni kot... jom nenek kita selamatkan diri.

Ok jom kita tengok... kenapa dan apa yang berlaku sebenarnya kepada sendi kita sampai menyebabkan nenek@atok terpaksa kencing berdiri. 

Ramai makcik pakcik & atok nenek duk mengadu sakit sendi. mencucuk lagi2 menangkap kaki dan pinggang. Dan ada juga kita yang muda2 pun dah mula terasa sakit juga. Betul tak? 

Kalau anda tak rasa, cuba tanya warga emas atau rakan2 di sebelah yang anda jumpa... Antara sebab sendir terasa sakit2 ialah kurangnya 'kusyen'..

Jom kita tengok apa bezanya sendi yang sihat dan tak sihat...




Apa itu Arthritis?

Perkataan arthritis berasal dari Greek arthron yang bermaksud "joint"/sendi dan Latin itis bermaksud "inflammation"/keradangan.  

Sendi (Joint) berada di pertemuan 2 tulang. Jari, lutut, pinggul, siku, bahu. Banyak bahagian badan kita mempunyai sendi. 

Arthritis adalah istilah perubatan untuk sakit sendi dan tulang atau dikenali juga sebagai radang sendi. Bila mana kita tak dapat berjalan lancar dan rasa sakit pada sendi, itu kita panggil arthritis. Cuba kita lihat golongan tua yang sukar berjalan. Biasanya mereka akan mengadu sakit sendi dan tulang di bahagian lutut, pinggul, pinggang dan tangan. Bukan sahaja golongan tua, malah ada golongan muda yang mengalaminya. 
Jenis-jenis  Arthritis

Terdapat lebih dari 100 jenis Arthritis. Berdasarkan kajian, Osteoarthritis dan Rheumatoid Arthritis adalah jenis arthritis yang biasa berlaku.




Saya pernah melihat sendiri kaki kenalan saya  (saya panggil nenek) merah2 sebegini... sakitnya, Allahuakbar! kita yang tengok pun rasa macam pedih. Nak berjalan memang susah. Nak bangun berdiri pun sakit, nak tido pun sakit...

Doktor memang cadangkan pengambilan supplement bagi mengurangkan keradangan ni. 

Nenek mengamalkan supplement sejak mula terasa sakit. Alhamdulillah, kini beliau mengamalkan set sendi shaklee seperti di bawah. InshaAllah selain mengamalkan set sendi ini, beliau juga bersemangat untuk pulih. Kombinasi yang baik untuk kembali sihat inshaAllah. (bukannya apa, kadang setengah orang nak makan supplement, tapi tak konsisten sebab kurang semangat, jadi hasilnya juga kurangla kan.. kan? setuju?) 

Alhamdulillah, selepas 2 bulan... beliau mengadu dengan saya 'Anisah, nenek seronok sekarang, boleh berjalan laju sikit... bolehlah membongkokkan badan. ;) lepas ni, nenek nak teruskan makan set ni..Alhamdulilah' (lebih kurang macam ni la ayat dia)

Ok jom kenali set sendi Shaklee

Mengekalkan tulang rawan yang sihat

memberikan manfaat kepad sendi dalam tiga cara :

1. menyokong keselesaan sendi
2. memelihara tisu penyambung yang sihat
3. meningkatkan kesan kusyen

2. Omega Guard Shaklee 
 Mengurangkan inflamasi
  1.  melambatkan degradasi tulang rawan
  2.  membantu mengurangkan reaksi keradangan dalam sendi-sendi.
  3.  bertindak sebagai pelincir.
  4. ia membantu kita untuk bergerak dengan lebih bebas.

Kajian terkini menunjukkan pengambilan asid lemak omega 3 bersama glukosamina dapat meningkatkan kesihatan sendi daripada mengambil glukosamina sahaja. 

Mengekalkan sel tulang yang sihat

  1.   Kalsium penting untuk kesihatan tulang, otot dan ligamen.
  2.  Magnesium pula diperlukan untuk mengasimilasikan kalsium ke dalam tulang dengan mencegah pembentukan kalsium dalam tisu-tisu lembut dan sendi-sendi.  

Ramai orang mengambil terlalu banyak kalsium tetapi tidak cukup magnesium.Kajian menunjukkan pengambilan kalsium berlebihan bukan sahaja membantu menguatkan tulang temulang tatapi juga membantu mengurangkan gejala osteoarthritis.

Nota : Jika anda nak tahu lebih lanjut mengenai setiap vitamin  Advanced Joint Health Tablet  , Omega Guard dan Ostematrik boleh click pada nama vitamin ni. 


Psstt, cuma nenek kenalan saya tu, masih terpaksa kencing berdiri, sebabkan kalau tulang kita dah bertahun2 tak di jaga dengan baik, takdelah dalam masa 2 bulan, boleh jadi macam orang muda pulak kan? Ambil masa sikit, tapi yang penting ianya beransur pulih. 

Jom sama-sama kita doakan nenek kenalan saya juga warga2 emas (ataupun blm emas pun lagi) di luar sana supaya sihat sejahtera, dan boleh berjalan seperti biasa, juga menjalani hidup ke tandas dengan normal juga. 

Antara testimoni mereka yang berjaya di bantu, dengan izinNya. 

1. Boleh solat terawikh 20 Rakaat...MashaAllah! Tahniah Makcik (ke nenek?.. hehe..oklah tahniah Puan!)


2. Sakit pelipat lutut hilang...sembelit juga kurang




Buat anda yang membaca, sila kongsikan entry dan khasiat vitamins ini kepada kenalan anda, mana tahu.. usaha anda membantu mereka di luar sana untuk bertambah sihat,  Memudahkan mereka untuk bergerak dan beramal ibadat, inshaAllah.

 Feel free to LIKE and SHARE

Please do not hesitate to contact me/ comment below for:-


FREE Consultation
Business OPPORTUNITY with Shaklee!!

Selasa, 17 Disember 2013

Atok ku tersayang...

Assalamualaikum dan Salam Ceria,


Alhamdulillah seminggu dapat duduk temankan atok menjadikan hati ni membuak2 nak share pasal atok... 

Atok ku tersayang...

Saya nak cerita sikit pasal atok saya, jgn terkejut.. atok ni mak kepada mak saya.. kiranye nenek saya.. kami panggil ATOK sbb ntah ye.. hehe orang muar nye gelaran kpd nenek. 

Nama di beri Mon binti Abdulllah...berumur 75tahun.  Beliau memang seorang yang cekal dari kecil lagi...masa kecil dulu, beliau tak pernah bersekolah tapi kerana semangat beliau utk belajar tu tinggi.. bila kawan2 balik dari sekolah. beliau akan menuntut dengan kawan2.. kiranya beliau belajar membaca, mengira dari kawan2. Alhamdulilah beliau pandai membaca jawi dan juga rumi. Beliau sangat suka membaca sehingga kini. 

Pengorbanan beliau utk keluarga kami memang tidak terkira.. kata mak setiap kali kalau mak ada emergency... atau anak masuk wad, mak bersalin.. atok siap sedia juga memberi khidmat. even sampai ke luar negara. 

Terima kasih atok.... Moga Rahmat Allah sentiasa bersama atok dunia dan akhirat, Amin


Konvokesyen Mak pada tahun 1995... bayangkan mak sambung masters masa anak 8 orang. alhamdulillah atok byk tolong menjaga kami adik beradik. 

Pada tahun 1997, arwah tokbah pergi meninggalkan kami semua(Al fatihah buat arwah), atok tinggal bersama kami sehingga tahun 2001. Sanggup beliau naik bas dari muar ke batu pahat hampir setiap minggu/ 2 minggu... Sepanjang duduk bersama kami.. atok la yang melayan makan minum kami.. sarapan/tghari/minum ptg/makan malam mmg tip top la.. siap tanya lagi.. 'nak makan apa?'... tup2 dh siap. memang TERBAIK la..

Senyuman seorang ibu, anak nya konvo PhD.. alhamdulillah.. 


Konvo PhD mak, 2007... atok berbaju purple.


Tahun 2008, atok siap berjalan melawat cucu dan cicit di Australia..




Kemalangan yang hampir meragut nyawa..


Mac 2009, atok terlibat dengan kemalangan betul2 di jalanraya di hadapan rumah ...


Sebuah kereta yang sedang memecut melanggar atok,  terpelanting ke atas kereta, pastu terpelanting ke atas tanah... kat atas jalan tar.. ada kesan brek yang dalam panjang nye.. kalau tak silap saya 2 meter. punya la kereta tu laju sgt sebelum dia langgar atok. lps dia langgar, terus pecut tinggalkan je atok di tepi jalan. Orang kampung berkeliaran lari untuk tgk apa yang berlaku...

masa tu, pakcik & makcik yang berada kat situ...terdetik 'masih ada lagi ke atok?' melihat kesan yg ada dan keadaan atok masa tu..dengan darah terkulai dan terus pitam.

Dalam masa beberapa minit kemudian,  2buah ambulan dtg.. mungkin ada beberapa jiran tetangga yg call. 

Alhamdulillah Allah panjangkan umur atok dan beri semangat pada atok untuk terus hidup. Walaupun begitu,  Beberapa tulang patah, buku lali kena gantikan dengan artificial.. AllahuAkbar, tak terbayang sakitnya atok masa tu.  (maaf, tak jumpa pulak gambar nye)



Di jalanraya besar ni la accident tu berlaku.. jalan 4lane betul2 depan rumah atok

Tempoh 2-3 bulan atok bermastautin di Hospital Muar... makcik& pakcik memang gigih menjaga atok...mak abah masih berkerja jadi tak dapatla nak teman atok sangat. Ada kala, bila cucu2 atok a.k.a adik2 cuti universiti/sekolah.. jadi masing2 bergilir la jaga atok. 

Alhamdulillah... atok memang kuat semangat, dari terbaring, kemudian berkerusi roda, dan bertongkat.. sehingga atok boleh berjalan semula.... 


Alhamdulillah tahun 2011, atok masih segar dan ceria.. siap boleh memasak lagi..



atok berbaju purple - Aidilfitri 2011


Gambar atok dalam fb mak... tgk comments tu..


Aidiladha 2011 Alhamdulillah... atok dukung Amanina, cicit ke 11 (rasanye)


Tahun ni,  alhamdulilah atok sempat pergi umrah dengan abang dan kakak ipar. 





Aidilfitri 2013 - sekali lagi.. atok berbaju purple.. (baru perasan.. atok banyak pakai bj purple)

Bulan September hari tu, atok warded sebab pitam.. inject insulin, then tak makan apa2.. gula dalam badan jatuh... (kencing manis atok agak tinggi, sampai kena inject insulin)

Pastu, baru2 ni buat xray.. tulang belakang atok ada masalah. ditambah dengan kencing manis nye.. aduhai. kesian atok.. nak berdiri tak boleh, duduk pun sakit...

Bila pergi checkup, Doktor kata kena buat pembedahan di tulang belakang.. aduh.. mendengar nye cukup sakit. Tapi bila tgk muka atok... macam selamba jer... punya la pandai atok tak nak buat orang risaukan dia..

Ya Allah...berikan kekuatan untuk atok lalui semua ni...


Terlalu banyak jasa atok... memang tak terbalas. terbayang pengorbanan beliau selama membesarkan kami. Sebak membayangkan sakit yang atok lalui... 

. Ini cetuhan hati mak buat atok.. 



Amin Ya Rabbalamin untuk doa mak..

Kebiasanya atok tinggal bersama dengan pakcik Amran (yang jual roti canai tu) dan isteri nya. Minggu lps, mereka sekeluarga pergi bercuti... Alhamdulillah sejak bergelar working at home mother (WAHM), boleh la kami duduk lama di kampung, khusus untuk teman dan jaga atok. Alhamdulilah, dapat tolong mandikan atok, siapkan makanan ( kakak ipar yang masak..hehe sebab dia mmg pandai sgt masak), berbual-bual dengan atok... layan karenah atok, hehe.. kadang2 manjanya macam kanak2 pulak.. cycle of life kan..



Alhamdulillah... bab solat atok memang jaga, atok minta tolong kami untuk wudu'kan atok. atok tak mampu untuk ruku/ dan duduk lama2, jadi atok solat dalam keadaan berbaring. itu kan sebahagian dari ruksah solat. Alhamdulillah, doa dan wirid memang selalu atok amalkan sejak dari muda-muda lagi. 

Koleksi ubat dan supplemen atok... alhamdulillah sejak ada vivix, insulin dah tak perlu. 

Bila terbayangkan sakitnya atok, memandangkan banyak sangat testimoni vivix sangat baik untuk tulang dan kencing manis, kami adik beradik telah menghadiahkan sebotol vivix untuk atok... alhamdulillah skrg ni memang setiap hari atok akan makan sesudu teh.. Alhamdulilah.. atok kata memang terasa badan lebih segar.. dah tak perlu inject insulin lagi. Result check darah baru2 ni belum keluar lagi.. di harapkan sangat keputusan yang baik, inshaAllah. (nnt bila keputusan darah dah keluar akan saya maklumkan di sini.)

Dan ini lah atok bersama saya dan amanina (& baby nina)  


Moga atok kembali sihat dan bertenaga... ramai cucu dan cicit merindui belaian manja mu.. Sayang atok selalu...

Bismillahirahman nir rahim

Amin, Ya RabbalAmin.. 

Terima kasih kerana meluangkan masa...
Sehingga berjumpa lagi.

Sila ‘LIKE’ dan ‘SHARE’ sekiranya anda rasa kisah ini bermanfaat untuk dikongsikan.

Update : Atok telah di jemput ke alam yang berbeza pada Ramadhan 1439H. Damailah atok di sana. Moga di ampuni segala dosa, di tempatkan bersama para solihin. 
Al fatihah. 

Atok, kami sentiasa merindui mu. 


Surirumah & Media : Bersama Membangun Potensi Suri Rumah Rahmah

 𝗦𝘂𝗿𝗶𝗿𝘂𝗺𝗮𝗵 𝗱𝗮𝗻 𝗠𝗲𝗱𝗶𝗮  Alhamdulillah, di izinkan Allah untuk hadir 2 hari 𝑩𝒆𝒏𝒈𝒌𝒆𝒍 𝑷𝒆𝒏𝒈𝒖𝒓𝒖𝒔𝒂𝒏 𝑴𝒆𝒅𝒊𝒂 𝑺...