Rabu, 30 April 2014

Lawatan Pakar Kulit Kanak-kanak...Oh NO!

Assalamualaikum dan Salam sejahtera, 

Apa khabar anda hari ini?

Alhamdulillah... Kami sekeluarga sihat sejahtera. dan di harap anda sekeluarga juga dalam keadaan sihat dan bahagia. InshaAllah. 

Pagi ini ada kawan tanya seperti di bawah...

'Salam, macam ne nk bantu masalah kudis api nih. Dan kurap di bontot sbb pakai pampes lama2... penjaga baby ditaska tak jaga hygiene baby ni.'


Aduhai sayang, nampak sakit kan. 

Teringat kisah Anas dan Amanina
 suatu ketika dahulu. 

Kes 1: KUDIS BUTA/SCABIES (awal 2012)

Anas dan Amanina pernah kena bintat..yang dipanggil kudis butaScabies pada awal tahun 2012. Kesian sangat dengan mereka, gatal sangat, tergaru2... sampai naik merah dan luka kulit kesan garu tu. 

Dalam masa 2 minggu juga., beberapa kali kami pergi ke klinik panel. Beberapa jenis cream dah pernah kami pakai. Tak serasi dengan cream tu.

 Akhirnya, suami saya kata 'takleh jadi ni, bukan semakin baik... makin merebak lagi.'

Atas nasihat adik ipar saya, yang merupakan seorang doktor pelatih, kami pergi  ke pakar kulit Darul Ehsan Medical Centre, DEMC. 



Oklah, kerana nak tengok anak2 sihat.. kami pergila.. ramai juga orang di pakar kulit tu. Kena tunggu dalam sejam, jumpa doktor pakar kulit dalam 5 min dan dapat prescription cream dan ubat makan. 

Bila dapat bil... 

WOW... 
Consultation fee yang 5 min tu = RM80.
Cream + Ubat  = RM2++. 

Mahalnya.. Tapi takpelah, demi anak-anak.. dengan 'rela'nya duit digantikan dengan ubat2 tu. 

Alhamdulillah.. betul seperti yang doktor cakap. 'Dalam masa seminggu, inshaAllah akan baik.'

Pesan doktor lagi..'Lap & basuh tempat anak-anak tidur dan bermain.. sebab scabbies ni memang berjangkit' 

Memang jenuh juga la kami jadi 'agen pembersih'. 

Alhamdulillah dalam masa seminggu, memang kulit anak-anak pulih. 

....

Kes 2 : IMPETIGO (akhir 2012)

Hujung tahun 2012, sekali lagi... anak-anak terkena masalah kulit seperti dalam gambar ini. Amanina terkena di pipi dan anas terkena di kawasan hidung. 'Mama sakit, pedih' 


Kami bawa ke klinik panel.. Doktor cakap fungal infection, dan bagi cream- bila sapu makin naik lagi, merebak pula ke tempat lain. Bawa semula ke klinik yang sama, Doktor bagi pula cream yang lain. Aduhai sayang, sekali lagi... makin bercambah pulak jadinya. Tak boleh jadi ni, terpaksa la bawa ke pakar kulit. Dah tahu DEMC mahal, kami cari pakar kulit lain yang berhampiran Shah Alam. Jodoh kami berjumpa dengan Dr Ko, di Pakar Kulit Ko, Klang. 

Masuk je dalam bilik pemeriksaan, 

Dr Ko : 'This is IMPETIGO
Hubby : Can you tell us, what it is and how does it happen?
Dr Ko : Basically, its a bacterial infection and it is a contagious infection 
' Here, you can google up and read (sambil tulis atas kertas)'. 
Hubby : What is the treatment?
Dr Ko : I will prescribe a ... cream and soap, wash at the infected skin and put the cream. It should be OK within a week.  

Huhu... sekali lagi. bayaran nya bukan MURAH. Jumpa dalam 5 min... dalam sekitar RM500 juga. Pejam mata je bayar, kerana nak anak2 sihat... ku relakan . 

Balik dari klinik kami pun terus la tanya pakcik google... I M P E T I G O

Ok jom tengok sikit... apa la pulak ni kan?

Impetigo (Penyakit Kulit Berjangkit) 

Apa itu impetigo?


Impetigo adalah jangkitan pada kulit yang disebabkan oleh bakteria tertentu (Streptococcus atau Staphylococcus). Bakteria tersebut memasuki bahagian kulit yang rosak disebabkan menggaru, luka atau lain-lain masalah kulit. Ia biasa berlaku pada bayi dan kanak-kanak. Ia juga mudah tersebar kepada orang lain.


Bagaimana ia berlaku? 

Ia bermula dengan gelembung-gelembung kecil dan akhirnya pecah dan mengeluarkan cecair. Cecair tersebut akan kering dah menghasilkan kulit keras yang berwarna coklat kekuningan. Penyakit ini sangat gatal.


Bahagian badan manakah ia berlaku? 

Ia selalu dilihat pada bahagian muka di sekeliling mulut dan hidung. Bagaimanapun ia juga boleh terjadi pada bahagian lain badan terutamanya bahagian yang terdedah.


Bagaimana ia berjangkit?

Penyakit ini mudah berjangkit melalui beberapa cara :

  • Bersentuhan badan dengan orang yang dijangkiti penyakit ini
  • Berkongsi pakaian, tuala atau tempat tidur dengan orang yang dijangkiti. Ia juga boleh merebak daripada satu bahagian badan kepada bahagian lain.
Komplikasi
  1. Kadang-kadang, jangkitan bakteria Streptococcus ini boleh membawa kepada penyakit buah pinggang yang serius dipanggil Glomerulonephritis.
  2. Pada bayi, penyakit ini lebih tersebar luas dan lebih teruk.
Apakah yang patut anda lakukan apabila anak anda mengalami impetigo?
  1. Bawa anak anda berjumpa doktor
  2. Rawatan dengan ubat sapu mungkin diperlukan
  3. Antibiotik melalui mulut mungkin diperlukan jika penyakit ini tersebar luas dan lebih teruk
Tindakan lain :
  • Basuh dengan cermat bahagian kulit yang keras dengan sabun / larutan antiseptik dan air 3 – 4 kali sehari
  • Menahan diri daripada menggaru bahagian tersebut untuk mengelakkan ia merebak ke bahagian lain
Bagaimana jangkitan ini dapat dielakkan?
  • Jauhkan kanak-kanak daripada sekolah atau pusat jagaan sehingga ia kering
  • Elakkan berkongsi tuala, pakaian dan cadar
  • Basuh tangan dengan bersih menggunakan sabun dan air selepas bersentuhan dengan kulit yang berjangkit
  • Pastikan kuku sentiasa pendek dan bersih
  • Pastikan ubat diambil mengikut preskripsi doktor

Sumber artikel: laman web Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM.

AllahuAkbar.. bila baca maklumat ini, kami terus tanya dengan taska tempat kami hantar anak-anak.. 'Ada tak kanak-kanak lain yang kena juga?' dan jawapan nya memang ada... dan siap la pengasuh tu tunjuk kanak-kanak yang tersebut. rupanya, beliau la yang bawa 'penyakit' ni ke anak-anak. 

Yang sedihnya, dah bagitahu kat pengasuh.. 'benda' ni berjangkit. kenalah bagitahu kat parent kanak-kanak tu, elakkan berjumpa kanak-kanak lain. Ibu tersebut kata 'Doktor kata takpe'. aduhai... ini lah kes kalau ke klinik biasa, sebab itulah juga jawapan yang kami terima pada awalnya. Tapi pengasuh cuba juga la asingkan kanak-kanak tu, Alhamdulillah 'penyakit' beliau kering tapi ambil masa yang lama juga.

Seminggu juga saya terpaksa cuti, sebab memang kena elakkan dari berjumpa kanak-kanak lain, sebab ianya memang penyakit berjangkit. 

Alhamdulillah, selepas tu dah kering, kami hantar semula ke taska dengan kerisauan...apa kan daya, kami sama-sama perlu bekerja untuk menampung perbelanjaan keluarga. 

..............................................................................................................................................................


Jika tidak di rawat dengan betul, masalah kulit sebegini boleh berlarutan sehingga berbulan.


PERUBAHAN SEKARANG

Sejak bercinta dengan shaklee, kami mula bagi anak-anak makan set kanak-kanak, 

Alhamdulillah, bukan sekadar anak-anak jarang selsema dan demam... masalah-masalah kulit seperti ini pun dapat di elakkan. Mild ezcema anas juga semakin pulih sekarang.

Alhamdulillah, dah lama kami tidak membuat 'lawatan' ke klinik lagi. di tambah dengan sebagai Working At Home Mum ini, anak-anak di jaga sendiri, di beri makan sendiri. Alhamdulillah... peluang terdedah kepada jangkitan dapat dikurangkan.

Ini lah wajah anak-anak permata hati kami... Tiada yang lebih indah dari melihat anak-anak membesar dengan baik dan sihat. InshaAllah anak-anak soleh dan solehah. 






Dari perbelanjaan rawatan klinik... jauh lebih baik di gantikan dengan pencegahan dengan supplement semulajadi ini. 


Herbal blend cream juga sangat membantu, dengan harga retail RM27.50 sahaja.. memang sangat berbaloi berbanding dengan harga cream yang ratusan ringgit yang pernah kami belanja kan suatu ketika dulu. 



Mohon maaf, saya tidak menyimpan gambar anak-anak saya masa terkena masalah kulit ini. Namun, gambar-gambar berikut mirip masalah anak-anak saya suatu ketika dahulu.



Entry berkaitan :Meal ShakeChewable vitamin C , Omega Guard


Usaha...Doa...dan TAWAKAL.

Feel free to LIKE and SHARE

Please do not hesitate to contact me/ comment below for:-


FREE Consultation
Business OPPORTUNITY with Shaklee!!

Isnin, 28 April 2014

Bila dah kahwin...apa lagi...

Assalamualaikum wbt dan Salam sejahtera, 


Alhamdulillah...Setahun dua ni, memang ramai sangat kawan-kawan saya mendirikan rumahtangga. Umur sekitar 25-30 tahun ini lah umur yang sesuai ... Selamat Membina Keluarga Bahagia, inshaAllah. 





Antara doa yang orang akan sebut-sebut dari majlis pernikahan...


'Lepas ini, bertiga pula, inshaAllah.'

Alhamdulillah, ramai juga di kalangan kawan-kawan yang melangsungkan perkahwinan tahun lepas, kini telah bergelar ibu bapa. (Set Hamil, Bersalin di sini)


Tetapi, buat mereka yang belum sampai rezeki anak setahun dua tahun selepas perkahwinan...akan mula rasa rimas dengan soalan 

' Bila nak ada anak ni?' 

 Bukan mereka tak mahu, belum rezeki.. 



Itu yang sejak kebelakangan ini, ramai yang message saya bertanya tentang set kesuburan Shaklee yang telah berjaya membantu ramai pasangan yang telah beberapa tahun berkahwin untuk mendapat cahaya mata. InshaAllah saya bantu menerusi shaklee, untuk tingkatkan nutrisi yang diperlukan.



Apa kata pakar tentang masalah kesuburan ini?



FAKTOR USIA

    
"Banyak faktor risiko bagi lelaki dan perempuan adalah sama. Satu pertiga daripada kes mandul berpunca daripada wanita manakala satu pertiga lagi oleh kaum lelaki.
    
"Selebihnya oleh campuran pelbagai sebab daripada pihak wanita dan lelaki dan faktor yang tidak diketahui punca," kata Dr Surinder sambil menambah bahawa gaya hidup pasangan terbabit turut mempengaruhi.
    
Faktor umur sudah tentu antara sebab utama punca kemandulan.    

Kesuburan wanita akan mula berkurangan pada umur 30 tahun dan ke atas manakala lelaki pada usia 40 tahun dan ke atas.
    


MEROKOK, ALKOHOL

    
Menurut Dr Surinder, tabiat merokok dan minum alkohol secara berlebihan akan mengganggu peluang pasangan suami-isteri untuk mendapat anak.  
    
Bagi wanita tiada tahap selamat bagi pengambilan alkohol semasa mengandung.
    
"Minum alkohol secara berlebihan akan menambah risiko kecacatan bayi pada masa kelahiran selain menyukarkan wanita untuk mengandung," jelas Dr Surinder.
    
Katanya lagi, mempunyai berat badan yang lebih atau kurang daripada sepatutnya atau bersenam secara berlebihan boleh mengakibatkan masalah kesuburan.




    
UJIAN

    
Pasangan yang bermasalah perlu menjalani ujian kesuburan bagi mengenali punca masalah itu.
    
Bagi pasangan yang berumur lebih 35 tahun dan mempunyai masalah kesuburan, mereka memang digalakkan menjalani ujian itu.
    
"Dalam masalah itu, biasanya pasangan wanita mengalami pusingan menstrual (haid) yang tidak menentu (tidak normal).
    
"Ada beberapa ujian untuk mengenalpasti punca masalah bagi kedua-dua pasangan," kata Dr Surinder.
    
"Ini termasuk pemeriksaan fizikal, ujian hormon dan air mani bagi lelaki manakala bagi wanita, perlu menjalani ujian ovulasi, Laparoscopy selain ujian hormon dan ultrasound pelvik," jelas pakar itu.
    


Selepas pemeriksaan fizikal yang lengkap, pesakit akan ditanya mengenai riwayat perubatan, sebarang penyakit yang ada selain ubat yang diambil, kurang upaya yang ada, serta kegiatan seksual.
    
Analisis air mani (semen) lelaki juga dijalankan bagi mengetahui kuantiti, warna dan samada wujud sebarang jangkitan (infeksi).
    
Semua ujian ini membantu doktor mengetahui samada lelaki mengeluarkan sperma yang sihat dan cukup bagi persenyawaan, katanya.
    
Bagi pasangan wanita pula, ujian dijalankan untuk mengetahui samada beliau masih menjalani proses ovulasi yang normal (termasuk mengetahui tahap hormon yang ada).



   
Ujian Laparoscopy juga dijalankan (pesakit diberi bius am) untuk mengkaji tahap tiub falopian, ovari dan uterus beliau samada mempunyai masalah patologi.    

"Ujian Laparoscopy boleh mengenalpasti samada wanita itu masih mengeluarkan benih yang sihat dan samada laluan reproduktifnya membenarkan sperma dan telur wanita melalui tiub falopian," jelas Dr Surinder, yang juga presiden Malaysian Society of Assisted Reproductive Technology (MSART).


(Petikan artikel dari sinar harian)


Rujukan : http://www.sinarharian.com.my/kesedaran-masalah-kesuburan-rendah-1.196092 ,http://www.fertilityasia.com.my/en/stage2/faq/faq.html , http://drzubaidi.com/



Apa kata pakar mengenai usaha meningkatkan kesuburan?
    


Cadangan Vitamins untuk suami isteri



A) Vitamin Asas (Family Wellness Set):


(ESP, Vita-Lea, B-Comp dan Vit-C - vitamins asas untuk semua)

(1) Energising Soy Protein – Ia adalah protein lengkap yang mengandungi 9 asid amino yang sangat tinggi nilainya dalam pembentukan sel. Protein ialah makanan asas kepada sel. Sel yang sihat akan memudahkan proses yang berkaitan persenyawaan, perlekatan telur dan lain-lain. 

ESP merupakan sumber protein biologi yang lengkap berasaskan tumbuhan yang secara semulajadi rendah lemak, bebas kolestrol dan kaya dengan asid amino penting. 

(2) Vita-Lea (Multivitamin) – Mengandungi 28 vitamin dan mineral yg diperlukan oleh tubuh badan seorg dewasa. Pengambilan Vita-lea sebiji sehari boleh membantu meningkatkan taraf kesihatan secara menyeluruh. Jadi, suami dan isteri perlu melengkapkan kesihatan diri dengan mengambil multivitamin ini.

(3) Vitamin C – Vitamin C berfungsi sebagai anti-oksidan seperti Vitamin E dimana ia menjaga kualiti sel sperma. Sperma yang tidak sihat dan tidak tangkas akan bermasalah untuk bersenyawa dgn ovum. Ia juga membantu proses sintesis hormon-hormon kritikal yang berkaitan dengan seks dan kesuburan seperti androgen, estrogen dan progesteron. 

(4) B-Complex with Folic Acid - Lengkap dengan vitamin B6 (13.5mg), B12 (40.5mcg) dan asid folik (200mcg). Pengambilan asid folik bersama-sama dengan kehadiran vitamin B6 dan B12 amatlah disarankan bagi mengelakkan anemia yang boleh menyebabkan masalah kesuburan serta mengurangkan risiko kecacatan janin dan kecacatan tiub neutral. Ia turut memberi tenaga, perasaan tenang dan anti-stress.

B) Vitamin Kesuburan:-

(5) GLA Complex – Diamalkan oleh wanita, terutama yang menghadapi masalah haid tidak teratur. Gamma Linolenic Acid (GLA) bantu wanita hasilkan cecair serviks yang subur dan berkualiti, yang juga dikenali sebagai “Mukus serviks putih telur (egg white cervical mucus)”. Cecair serviks jenis ini sangat subur, nipis, berair, cerah dan likat, dan sangat membantu sperma berenang terus ke uterus, ke Tiub Fallopio, dan ke telur (ovum). 

Tambahan, cecair serviks yang sangat subur ini juga akan bantu sperma hidup lebih lama iaitu sehingga 5 hari di dalam Tiub Fallopio, yang mana akan membantu proses persenyawaan walaupun anda tidak melakukan hubungan seksual semasa si isteri sedang subur (waktu ovulasi).

(6) Alfalfa Complex – Diamalkan oleh wanita, terutama bagi mereka yang rasa “sakit ketika bersama”, membantu atasi masalah keputihan, masalah haid yang tidak teratur atau senggugut/sakit pinggang yang melampau tatkala di datangi haid (makan alfalfa bersama kalsium), dan turut membantu dalam hubungan suami isteri (bertindak seperti Kacip Fatimah). Ada juga sesetengah sumber yang mengaitkan Alfalfa bantu di dalam masalah PCOS.

(7) Vitamin E dan Selenium – Terkenal sebagai “vitamin seks”. Selain menghaluskan kulit, anti penuaan, melancarkan peredaran pembuluh darah, mencegah pembentukan darah beku, pembentukan sel-sel baru (termasuk RNA dan DNA) dan lain-lain, ianya juga amat terkenal mempunyai khasiat untuk meningkatkan kelelakian dan menyuburkan organ reproduksi lelaki dan wanita. 

Sebanyak 50% Selenium di dalam badan lelaki berada di dalam testikel dan duktus seminal. Selain itu, lelaki akan kehilangan selenium melalui air mani. Maka, suplemen Selenium yang cukup sangat membantu hubungan seksual bagi lelaki.

(8) Zinc Complex – Bagi kaum lelaki, zink merupakan zat yang sangat penting bagi proses pembentukkan hormon testosterone, bantu kekalkan jumlah air mani, bantu kekalkan paras testosterone yang bersesuaian, serta memberikan tenaga untuk sperma agar lebih aktif menuju ke ovum. 

Selain itu, zink berperanan dalam proses pembentukan genetik, iaitu pada DNA (Deoxyribose nucleid Acid). Secara keseluruhannya, Zink membantu mengekalkan keinginan seksual yang tinggi dan menghasilkan sperma yang sihat. 

Kekurangan Zink bagi lelaki akan mengakibatkan pelbagai masalah seksual termasuk sperma yang abnormal, dan penyakit prostat. Zink digunakan untuk kesuburan bagi wanita kerana zink akan melindungi sperma dan melawan bakteria dalam vagina.


(9) COQHealth - Coenzyme Q10 (CoQ10) berfungsi sebagai pengeluar tenaga dalam sel badan. Ia ibarat vitamin yang boleh dijumpai di dalam organ yang mempunyai banyak tenaga seperti jantung, hati, ginjal dan pancreas.

Para saintis memberikan teori bahawa CoEnzyme Q10 menggalakkan penghasilan tenaga bagi sperma untuk bergerak lebih laju menuju telur ovum. Maka ia dapat memperbaiki kualiti sperma kepada lelaki yang mempunyai masalah kesuburan.

***Peringatan: Vitamin Shaklee ini hanyalah sebahagian daripada usaha sahaja. Taraf kesihatan anda suami isteri turut menjadi faktor utama kesuburan, dan pastinya rezeki ini datang dari Allah Yang Maha Esa! TIADA JAMINAN anda akan terus mengandung selepas mengamalkan vitamin semulajadi ini. 

Info Credit to: mariafirdaus.com



Di antara testimoni pengguna..












Usaha...Doa...dan TAWAKAL.

Feel free to LIKE and SHARE

Please do not hesitate to contact me/ comment below for:-


FREE Consultation
Business OPPORTUNITY with Shaklee!!

Khamis, 17 April 2014

Ostematrik Shaklee, Bukan Sekadar Kalsium

Assalamualaikum dan Salam sejahtera, 

Sejak bergelar Pengedar Shaklee, semakin terasa banyaknya ilmu nutrisi yang perlu di explorasi. 

Dalam banyak-banyak nutrisi yang ada...KALSIUM la antara yang famous, tengok sahaja iklan di TV.. sumber kalsium dalam bentuk yogurt dan susu untuk kanak-kanak, ibu hamil, ibu menyusu dan juga orang tua2.. kenapa mereka yang menjadi sasaran?


Kanak-kanak... kerana mereka sedang dalam tempoh pembesaran. jadi Kalsium sangat penting dalam membina tulang yang kuat. 

Bagi ibu-ibu pula.. kalsium diperlukan oleh bayi dalam kandungan dan juga menyusu dalam kuantiti yang tinggi

Bagi warga emas...  yang memang selalu di kaitkan dengan tulang rapuh & osteoporosis.




Sebenarnya, kita semua perlukan pengambilan kalsium, sebelum terjadi osteoporosis. Jumlah pengambilan kalsium harian mengikut  umur seperti rajah di bawah; 

source :http://www.uic.edu/

 Menjadi budaya orang di Barat untuk minum susu di pagi hari sejak dari kecil sehingga la tua. Warga emas di barat terkenal dengan rajin berjalan dan masih boleh berjalan sendirian walaupun umur menjejah 70-80an. Tetapi budaya minum susu agak kurang di negara kita... itu yang warga emas kita tidak secergas warga emas di barat.

Kalsium bukan hanya dari produk tenusu...



Dari banyak- banyak makanan di atas, kebanyakkan dari kita memang selalunya tidak cukup 1000mg pengambilan kalsium sehari. 

Jadi kita memang sangat perlukan supplement bagi menampung kekurangan kalsium sebelum/setelah berlaku antara kesan kekurangan kalsium berikut;



Memperkenalakn produk Shaklee yang kaya kalsium yang di panggil Ostematrik...






Siapa perlukan ostematrik???



Testimoni pengguna

Saya sendiri mengambil ostematrik sebelum tidur, bagi mengelakkan kebas kaki dan gigi rapuh. Sejak ada anak ni, sebelum ni memang selalu kebas kaki bila duduk lama di atas lantai dan juga gigi pernah terpatah sendiri .. gara-gara makan kacang je pun. Alhamdulillah.. sekarang, kebas kaki amat jarang berlaku dan sakit gusi/gigi dah takde. Di samping tu..Alhamdulillah, anak yang masih bf dapat menerima khasiat dari pengambilan supplement ostematrik...gigi Amanina CANTIK kata dentist. -Anisah Khalid. 

Jom ikuti sebahagian dari testimoni pengguna lain... (boleh google... banyak sangat2)







Entry berkaitan : 
1. http://asyrafanisah.blogspot.com/2013/09/set-hamil-set-pantang-dan-set-penyusuan.html
2. http://asyrafanisah.blogspot.com/2013/08/optimumkan-kesan-vitamin.html
3.http://asyrafanisah.blogspot.com/2013/12/maaf-bos-saya-mc-lagi.html

Sekian dulu perkongsian kali ini... sehingga berjumpa lagi. 

Feel free to LIKE and SHARE

Please do not hesitate to contact me/ comment below for:-


FREE Consultation
Business OPPORTUNITY with Shaklee!!

Tips Menjalankan Bisnes Online

   Assalamualaikum dan salam sejahtera,  Pada entri yang lalu, saya kongsikan peluang bekerja Dari rumah yang turut berkait dengan bisnes on...