Jumaat, 11 April 2014

Hari Keluarga LAT Menuju ke JANNAH, inshaAllah.

Assalamualaikum dan Salam Kejayaan, 

Alhamdulillah saya sekeluarga telah 'terpilih' untuk turut serta dalam 

Family Day Legasi Anugerah Terindah yang di adakan pada 
28-30 Mac bertempat di Puteri Beach Resort Port Dickson. 
Anas selapas pendaftaran, yeaah..
excited nampak swimming pool,
 tetiba dapat belon juga. double,triple excited...




Legasi Anugerah Terindah(LAT) di terajui oleh Master Nur Zahirah & Lutfi yang sehingga kini, terdiri dari 1012 leaders, belum termasuk jumlah distributor yang berdaftar.

Dari ribuan ahli di bawah LAT..Alhamdulillah...hanya 70 keluarga yang terpilih..Alhamdulillah kami sekeluarga juga adalah insan2 terpilih. 

Tshirt FDLAT untuk insan terpilih, hehe..;) sama je size saya&suami.


Dalam ucapan  Master Ira masa malam pembukaan yang dapat saya rumuskan

 'Family Day ini di anjurkan untuk kena kenal kenapa kita perlu buat bisnes?, bukan kerana dunia semata-semata... kita perlu mencari wang lebih untuk Islam, Allah yang pilih untuk anda berada di sini, saya pasti ramai yang mahu hadir, tapi ada masalah tersendiri... Bagi anda yang telah terpilih,manfaatkan sebaiknya'. 

Alhamdulillah.. ia bukan hanya sekadar family day yang biasa-biasa, ia adalah LUAR BIASA. Jom ikuti pengembaraan kami. 

......................................................................................................
Hari Pertama : 28 Mac 2014

Program di mulakan dengan penerangan tentang aturcara program sepanjang 3hari 2 malam di sini. Sangkaan saya, adalah slot untuk SHAKLEE products dan bisnes ke atau yang seangkatan dengannya, yelah.. nama pun family day anjuran ahli shaklee.. Rupanya, sepanjang kami di sini... kami di ingatkan tentang TUJUAN kita hidup dan BAGAIMANA kita menghadapinya. Nak tahu? Jom teruskan...

Slot suka-suka kejap ye, hehe...acara sukaneka untuk kanak-kanak dan dewasa di tepi pantai... Dalam suka2 pun.. ada motifnya tau. 

Games 'penyelesaian masalah'... tu dia,suami saya turut serta dengan semangatnya. 
Ili Abdullah sedang memberi penerangan bagaimana dari bulatan menghadap ke dalam, mereka perlu menghadap keluar semula, tanpa melepaskan tangan, kaum ayah vs kaum ibu perlu berlumba untuk siapa yang cepat  'kembali ke kedudukan asal'.
Barisan ayah yang di cabar..


Barisan ibu yang nampak cool je..

Barisan ayah...ops bukan barisan, bulatan.. bersemangat nak mula.

Kaum ayah berjaya pusing dari dalam keluar, tetapi bila dari luar ke dalam...habis bersimpul. Kaum ibu pula, dengan tenang nya, pusing dari dalam keluar, dan pusing balik pun tenang sahaja. ;) Ili Abdulllah memberi kiasan..'hidup kita perlukan ada beberapa cara penyelesaian, dan penting untuk kita mencari jalan 'pulang' jika kita perlu.. bukanla terus kan je tanpa tahu ke mana'. 

Permainan seterusnya, pencarian gula-gula... bukan seperti permainan REBUT gula-gula yang selalu kita main masa kecil2 dulu, games ni, anak-anak perlu mencari 3 warna : Merah, Biru, Hijau dan kemudian pergi ke destinasi seterusnya untuk dapatkan hadiah istimewa. 


Anas & Amanina sedang khusyuk mendengar...dan tak sabar nak mula.

Ready, Set... bersedia untuk terbang ke destinasi..


Anas & Amanina dengan hadiah istimewa.. ;) Cerdik dan Pantas!Alhamdulillah.

Ok dah comot pun anak2 ni... sempat anas & amanina terjun laut & kolam dalam 5min.. dan kemudian bersiap untuk aktiviri seterusnya.

Selepas tu, majlis di teruskan dengan solat Magrib berjemaah di surau. kebanyakkan dari kami adalah musafir, jadi kami terus jama takdim dengan solat isya'.

Seterusnya, Makan malam...semasa masa makan malam ni, mentor kami, Master Firdaus makan bersama.. sempat juga coaching santai.. orang yang cool je, tapi siapa sangka beliau adalah salah seorang jutawan muslim.

Ada majlis pembukaan, ucapan Master Zahirah & Master Laila... dan di moderatorkan oleh Saudara Hakim atau lebih mesra dengan Along. (ayat pembukaan ada saya tuliskan di awal penulisan ini).




Sesi seterusnya, kami di bawa ke pengembaraan dari alam roh, sehingga ke alam kematian... semasa sesi ini, nenek saudara kami yang turut serta pada FDLAT ini sangat terasa dengan pengisian nya... beliau yang tidak pernah mengikuti mana-mana program motivasi / seangkatan dengannya, berkata ' Slot yang pendek, tapi menginsafkan'



Salah satu video yang di tayangkan... tentang perjalanan masa, kita mungkin melalui jalan yang sama setiap hari, dengan kadar yang berbeza-beza dan biasanya berulang-ulang. Tanpa arah tujuan yang jelas, mungkin sampai bila-bila pun kita tak kan dapat sampai ke destinasi nya.



Sehingga berjumpa lagi...

Doakan saya diberi keizinan untuk berkongsi lagi...

Entry berkaitan : http://asyrafanisah.blogspot.com/2014/03/usaha-doa-dan-tawakal.html

Terima kasih kerana meluangkan masa...
Sehingga berjumpa lagi.

Sila ‘LIKE’ dan ‘SHARE’ sekiranya anda rasa kisah ini bermanfaat untuk dikongsikan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Surirumah & Media : Bersama Membangun Potensi Suri Rumah Rahmah

 𝗦𝘂𝗿𝗶𝗿𝘂𝗺𝗮𝗵 𝗱𝗮𝗻 𝗠𝗲𝗱𝗶𝗮  Alhamdulillah, di izinkan Allah untuk hadir 2 hari 𝑩𝒆𝒏𝒈𝒌𝒆𝒍 𝑷𝒆𝒏𝒈𝒖𝒓𝒖𝒔𝒂𝒏 𝑴𝒆𝒅𝒊𝒂 𝑺...