Monday, 7 August 2017

Merokok Penyebab Masalah Kesuburan

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera, 

Baru-baru ini ada kawan yang mengadu suami nya kuat merokok pada masa yang sama mereka sedang berusaha untuk mendapat anak. 

Apa kaitan rokok dan anak???

Banyak kaitan nya kan... 

Jom baca artikel yang dikongsikan oleh Doktor Pakar dari KPJ. 

Sila klik untuk lebih jelas

๐Ÿ˜ฏ35% Masalah kesuburan di sebabkan oleh kualiti sperma yang buruk!!!๐Ÿ˜ฏ
๐Ÿ˜ก rokok merosakkan DNA dan kesihatan kanak2
๐Ÿ˜กrokok meningkatkan risiko leukimia 
๐Ÿ˜ก rokok mempercepatkan menopaus wanita 



๐Ÿ˜Rokok ada manfaatnya ke???

Selain dari pembunuh dalam senyap... Apa lagi tugas rokok? ๐Ÿ˜•Menjejaskan kualiti kesihatan diri perokok, dan lebih dahsyat lagi... Menghancurkan kesihatan penghidu asap rokok, pasangan dan anak2 terutama nya. 

Buat yang sedang berusaha untuk dapat anak, permata hati...๐Ÿ‘ง๐Ÿ‘ฆ Kena berusaha untuk berhenti rokok dulu. InshaAllah semoga kesuburan bertambah baik dan anak yang bakal lahir, lebih sihat berbanding kepada anak kepada perokok tegar. 

Antara usaha yang boleh dilakukan ialah...cari maklumat dan klinik yang membantu anda. Kan sekarang ni maklumat di hujung jari. Nak tak nak je kan???


Pihak kementerian kesihatan malaysia ada sediakan program khas bagi membantu 'mangsa' penagih rokok untuk BERHENTI merokok.. 

Sila click : www.infosihat.gov.my/infosihat/direktori/klinikberhentimerokok.php
...
Untuk membantu meningkatkan kesihatan khas untuk lelaki dan wanita. Pihak shaklee telah sediakan package khas seperti di poster di bawah ni. 



Cantik dan best bekas air ni... Air tahan panas beberapa jam! Ala2 brand thermos tu. Merah untuk set wanita, biru untuk set lelaki...

Salam hormat,
Rakan Shaklee anda,

Anisah 0136216522


Tuesday, 1 August 2017

Beramal Soleh Sebelum Kematian

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Alhamdulillah. Perkongsian hadis oleh pertubuhan ikram banyak memberi peringatan dan juga ilmu baru buat saya. Dan izinkan saya berkongsi dengan pembaca blog ini. Semoga Allah rahmati mereka yang berusaha menyebarkan ilmu islam dan ilmu duniawi


PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS

Beramal Soleh Sebelum Kematian

ุนَู†ْ ุฃَู†َุณٍ ู‚َุงู„َ ู‚َุงู„َ ุฑَุณُูˆู„ُ ุงู„ู„َّู‡ِ ุตَู„َّู‰ ุงู„ู„َّู‡ُ ุนَู„َูŠْู‡ِ ูˆَุณَู„َّู…َ ุฅِุฐَุง ุฃَุฑَุงุฏَ ุงู„ู„َّู‡ُ ุจِุนَุจْุฏٍ ุฎَูŠْุฑًุง ุงุณْุชَุนْู…َู„َู‡ُ ู‚َุงู„ُูˆุง ูˆَูƒَูŠْูَ ูŠَุณْุชَุนْู…ِู„ُู‡ُ ู‚َุงู„َ ูŠُูˆَูِّู‚ُู‡ُ ู„ِุนَู…َู„ٍ ุตَุงู„ِุญٍ ู‚َุจْู„َ ู…َูˆْุชِู‡ِ

Dari Anas RA ia berkata; Rasulullah SAW bersabda: "Apabila Allah menghendaki kebaikan kepada seseorang, maka Allah akan membuatnya beramal." Para sahabat bertanya; "Bagaimana membuatnya beramal?" baginda menjawab: "Allah akan memberikan taufik padanya untuk melaksanakan amal soleh sebelum dia meninggal." (HR Ahmad No: 11595) Status: Hadis Hasan Sahih

Pengajaran:

1.  Allah yang menjadikan seseorang itu baik dan soleh.

2.  Seseorang Muslim itu menjadi baik apabila Allah menggerakkannya untuk melakukan amal soleh.

3.  Allah memberikan taufik kepada Muslim yang baik untuk ia melakukan amal soleh sehinggalah ia meninggal dunia.

Berusaha bersungguh-sungguh dengan amal soleh dan berdoalah agar kita sentiasa diberi taufik untuk istiqamah dengan amal soleh hingga akhir hayat kita.

#Semarak Ukhuwah Memacu Perubahan#
#Malaysia Menuju Negara Rahmah#
Pertubuhan IKRAM Malaysia Negeri Johor

02hb Ogos  2017
09hb Zulkaedah 1438H