Memaparkan catatan dengan label uitm. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label uitm. Papar semua catatan

Ahad, 25 Januari 2015

Sahabat, bawakan Ku ke Syurga...

Assalamualaikum dan salam sejahtera, 

Apa khabar sahabat saya? andai anda mengenali saya samada di alam maya ataupun nyata. secara tak langsung, kita telah mula berkawan. secara tak langsung.. kita telah memulakan persahabatan. 



Kisah di bawah, mengambarkan betapa pentingnya kita bersahabat dengan orang yang baik-baik, sebabnya? 




Pentingnya Bersahabat

Diriwayatkan, bahawa :
Apabila penghuni Syurga telah masuk kedalam Syurga, lalu mereka tidak menemukan sahabat2 mereka yang selalu bersama mereka dahulu sewaktu di Dunia.

Mereka pun bertanya tentang sahabat mereka kepada Allah:

"Yaa Rabb..
Kami tidak melihat sahabat-sahabat kami yang sewaktu di Dunia solat bersama kami, puasa bersama kami dan berjuang bersama kami."

Maka Allah berfirman:
"Pergilah kamu ke Neraka, lalu keluarkanlah sahabat2 mu yang di hatinya ada iman walaupun hanya sebesar zarrah"
(HR : Ibnul Mubarak dalam kitab "Az-Zuhd").

Al-Hasan Al-Basri berkata: "Perbanyaklah sahabat2 mukminmu, kerana mereka memiliki Syafa'at pada hari Kiamat nanti".

Ibnul Jauzi pernah berpesan kepada sahabat2 nya sambil menangis:
"Jika kalian tidak menemukanku nanti di Syurga bersama kalian, maka tolonglah bertanya kepada Allah tentang aku:
"Wahai Rabb Kami..
Hamba-Mu si fulan, sewaktu di dunia selalu mengingatkan kami tentang ENGKAU..
Maka masukkanlah dia bersama kami di Syurga-Mu"

SAHABAT Ku..
Mudah2an dengan ini, aku telah mengingatkanmu Tentang Allah ..
Agar aku dapat besertamu kelak di Syurga & Redha-Nya..
آمِيّنْ. يَا رَبَّ العَالَمِينْ
Ya Allah
Aku Memohon kepada-Mu.. Kurniakanlah kepadaku sahabat2 yang selalu mengajakku untuk tunduk patuh & taat Kepada Syariat-Mu..

Kekalkanlah persahabatan kami hingga kami bertemu di akhirat kelak...

Oleh itu...
Carilah seberapa ramai sahabat yang baik yang menunjukkan jalan2 ke Syurga & jalan2 kebaikan.

WAHAI SAHABATKU
JANGAN LUPA BERTANYA TENTANGKU NANTI...JIKA AKU TIADA DI SYURGA NANTI

ALLAHU AKHBAR

Semoga kalian semua adalah sahabat yg boleh memberi syafaat kpd saya suatu hari nanti walaupun saya bukan sahabat yg baik...amin


Rabu, 29 Oktober 2014

Apa kata KKM mengenai Obesiti?

Assalamualaikum dan Salam sejahtera, 

Alhamdulillah, saya sedang melanjutkan pelajaran di peringkat masters dengan kajian mengenai pemakanan diet yang seimbang bagi mengurangkan kadar obesiti di Malaysia. 

Melihat kepada statistic yang diperolehi melalui sumber rasmi seperti dibawah, membuatkan saya seram sejuk.. huhu. ramainya orang yang obese kan sekarang. dalam the star online melaporkan 45.3% rakyat Malaysia mempunyai berat badan berlebihan. SCARY kan? (Berita penuh boleh baca di sini The star, june 2014)




Oklah, hari ni saya kongsikan dulu apa kata Kementerian Kesihatan Malaysia mengenai OBESITI ni... jemput baca ya.. 

APA KATA KKM?


Kegemukan (Obesiti)

Pengenalan
Kegemukan atau obesiti (perkataan obesiti akan digunakan seterusnya) adalah satu penyakit kronik yang sedang menular di kalangan masyarakat dunia dan Malaysia khususnya. 10 tahun dahulu, obesiti hanyalah dikenal pasti sebagai faktor risiko kesihatan terutamanya untuk penyakit kardiovaskular khususnya penyakit jantung. Tetapi sejak 5 tahun kebelakangan, bersandarkan penemuan saintifk baru, masalah obesiti ternyata adalah satu penyakit yang membawa kesan buruk terhadap kesihatan dan menyumbang kepada penyakit-penyakit serius pada individu yang terdedah kepada obesiti terutamanya penyakit jantung dan diabetes (1, 2).
Negara Amerika Syarikat mencatatkan pada tahun 2003 - 2004 seramai 32.2% orang dewasa adalah obese (3). Manakala statistik di Malaysia melalui National Health Morbidity Survey yang di jalankan pada tahun 2011 mencatatkan 15.1% rakyat Malaysia berumur 18 tahun ke atas adalah obese. Ini menunjukkan peningkatan berbanding dengan 14% pada tahun 2006. Ini bermakna seramai 2.6 juta populasi dewasa di Malaysia adalah obese menjadikan Malaysia negara tertinggi mempunyai kadar obesiti di kalangan negara-negara asia tenggara (4).
Oleh kerana kadar obesiti yang tinggi dan penyebab kepada penyakit-penyakit kronik, saringan obesiti hendaklah di jalankan di premis kesihatan terutamanya di premis kesihatan Kementerian Kesihatan Malaysia.
Definasi
Obesiti adalah satu keadaan yang kompleks di mana seseorang individu itu mempunyai lemak berlebihan. Ia adalah penyakit kronik yang memerlukan rawatan susulan berpanjangan, terapi dan perhatian yang wajar oleh pengamal perubatan. Lelaki dikatakan obese sekiranya mempunyai kadar lemak berlebihan sebanyak 25% (5). Manakala wanita pula di katakan obese apabila lebihan lemak sebanyak 35%. Obesiti boleh di ukur menggunakan penggiraan Body Mass Index – atau BMI (Indeks Jisim Badan). BMI adalah indeks pengukuran berat badan berbanding dengan ketinggian.
Formula adalah seperti tertera:
BMI = Weight (kg) / Height² (m) ²
Saringan obesiti memerlukan ukuran berat badan dalam kilogram dan ukuran ketinggian di dalam meter.
Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) telah mendefinasikan BMI 30 kg/m2 atau lebih sebagai obes. Sementara BMI 25 kg/m2 atau lebih sebagai berat badan berlebihan (6).
Walau bagaimana pun risiko untuk mendapat penyakit kardiovaskular di kalangan penduduk Asia berlaku pada tahap BMI yang lebih rendah dari skala yang telah dinyatakan. Penduduk Asia mempunyai kadar lemak yang lebih tinggi berbanding dengan masyarakat barat pada skala BMI yang sama. 
Klasifikasi Kegemukan (Obesiti)
WHO Klasifikasi Obesiti untuk populasi Asia (rujukan 7)
KlasifikasiBMI (kg/m2)Risiko Kesihatan
Kurang berat badan<18.5Rendah
Julat normal18.5 - 22.9Risiko meningkat tetapi boleh di terima
Berlebihan berat badan> 23
Pra-Obes23.0 - 27.4Risiko meningkat dengan ketara
Obes 127.5 - 34.9Risiko tinggi
Obes II35.0 - 39.9Risiko sangat tinggi
Obes III> 40.0Risiko terlalu tinggi
Faktor Risiko Kegemukan (Obesiti)
Mengapa obesiti berlaku? Apakah faktor penyumbang kepada obesiti?
Faktor risiko obesiti adalah:
  • Umur. Peningkatan umur akan menyebabkan kadar metabolisma menurun. Oleh itu kenaikan berat badan akan ketara walaupun tiada sebarang pertukaran dan penambahan di dalam tabiat pemakanan dalam aspek jumlah, jenis dan kekerapan.
  • Gender. Kaum wanita mempunyai lebih kebarangkalian untuk menjadi obese berbanding dengan lelaki. Ini adalah kerana wanita mempunyai kadar metabolisma yang rendah berbanding kadar metabolism yang tinggi di kalangan kaum lelaki. Masalah obesiti ini akan menjadi meruncing apabila wanita mencapai menopause.
  • Faktor keturunan.
  • Aktiviti fizikal. Kurang melakukan aktiviti fizikal dan tidak menjaga pemakanan adalah faktor yang sangat penting di dalam peningkatan obesiti.
  • Faktor psikologi. Ramai individu yang makan berlebihan apabila menghadapi tekanan atau mempunyai ketidak stabilan emosi.
  • Penyakit. Walaupun tidak kerap, obesiti boleh berlaku kepada pesakit yang mempunyai penyakit hypothyroidism, kemurungan atau penyakit di bahagian otak yang menyebabkan pesakit makan berlebihan.
  • Ubat-ubatan. Ubat seperti steroid atau ubat untuk merawat kemurungan boleh menyumbang kepada obesiti.
Implikasi Kegemukan (Obesiti)
Obesiti menyumbang kepada banyak penyakit kronik yang boleh membawa kematian atau morbidity. Penyakit-penyakit ini boleh merendahkan kualiti hidup pesakit. Antara penyakit-penyakit yang disebabkan oleh obesiti:
  • Diabetes Mellitus
  • Penyakit hepatobiliary (fatty liver dan batu hempedu)
  • Dyslipidaemia (kolesterol tinggi)
  • Metabolic syndrome
  • Sleep apnoea
  • Penyakit jantung koronari
  • Cerebrovascular disease
  • Kegagalan jantung
  • Tekanan darah tinggi (hypertension)
  • Osteoarthritis
  • Gout
Mengapa Perlu Saringan Kegemukan (Obesiti)
Saringan obesiti adalah perlu kerana dengan menghitung BMI, pesakit boleh mengetahui status kesihatan. Jika BMI berada di skala yang tidak normal, pesakit tersebut boleh ke klinik atau hospital berdekatan untuk mengenal pasti faktor risiko obesiti. Seterusnya pesakit tersebut boleh mengambil langkah mengurangkan berat badan. Jika perlu, pesakit akan di beri rawatan sewajarnya. Pesakit juga boleh mendapatkan kaunseling untuk merawat obesiti.
Pesakit di galakkan menghitung BMI sekurang-kurangnya 3 – 4 bulan sekali atau setiap kali ke klinik untuk mendapatkan rawatan. Penurunan berat badan akan menurunkan BMI dan penyakit kronik yang dihidapi akan lebih mudah di kawal.
Penurunan BMI juga boleh mengurangkan risiko mendapat penyakit kronik seperti tersenarai di atas.
Modaliti Saringan Kegemukan (Obesiti)
Pengiraan BMI hanya memerlukan alat penimbang berat badan dan pengukur ketinggian. Berat badan adalah dalam kilogram sementara ketinggian di dalam meter.
Rawatan Dan Pengendalian
Pesakit yang mempunyai obesiti perlulah berjumpa doktor untuk mendapat rawatan yang sewajarnya. Terdapat beberapa ubatan obesiti yang berdaftar dengan Kementerian Kesihatan Malaysia. Walau bagaimana pun, pembedahan juga adalah satu pilihan rawatan dan pakar bedah akan mengendalikan kes-kes obesiti rumit.
Cara Mencegah Kegemukan (Obesiti)
Rawatan-rawatan yang telah dinyatakan hanya akan berjaya jika pesakit mengubah sikap dan menjalankan cara hidup sihat dengan mengawal pemakanan dan meningkatkan aktiviti fizikal.
Pengawalan pemakanan boleh di bantu dengan kaunseling oleh pegawai dietetik. Manakala penambahan aktiviti fizikal memerlukan tunjuk ajar dari pegawai pendidikan kesihatan.
Amalan pemakanan yang sederhana dan sesuai dengan menambahkan kadar serat dan mengurangkan lemak serta karbohidrat boleh membantu mengurangkan berat badan (8).
Mengamalkan aktiviti fizikal sederhana (moderate) 60-90 minit setiap hari boleh membantu mengurangkan BMI bagi mereka yang obes (9).
Amalan pemakanan yang buruk
Bersenam boleh menggelakkan obesiti













 



Sumber : http://www.myhealth.gov.my/index.php/my/kegemukan-obesiti

...
InshaAllah, akan saya kongsikan dengan lebih lanjut selepas ini...
Mohon doakan saya berjaya dalam pengajian saya...

Pelajar Sarjana, 
Anisah

Jumaat, 19 September 2014

Pelajar UiTM Maut Dilanggar Pensyarah, Al fatihah

Assalamualaikum wbt, 

Apa khabar anda hari ini? Saya doakan anda yang sedang membaca ini dalam keadaan sihat sejahtera dan inshaAllah diberkati Allah swt, 

Inalillahirajiun, dari Allah kita datang, kepadanya kita kembali. Petang semalam saya di kejutkan dengan berita kemalangan yang meragut nyawa pejalan kaki. 

Macam pelik bunyi nya, pejalan kaki pun blh maut?

 Allahuakbar... pelik tetapi benar. 

Bayangkan situasi biasa, pelajar pulang dari kuliah dan tiba2 dilanggar kereta yang mana pemandunya, seorang pensyarah yang dikatakan sedang pening, ada sumber yang memberitahu beliau  pitam/pengsan semasa memandu, dan ada juga sumber yang memaklumkan beliau pengidap darah tinggi

Allahuakbar... beliau sudah pun berumur 58tahun dan berpenyakit namun masih gigih berbakti, pada pendapat saya, seorang insan yang mulia. Moga Allah ampunkan dosa beliau atas perbuatan yang tidak di sengajakan ini.

Buat keluarga mangsa, salam takziah saya ucapkan. Moga allahyarhamah di tempatkan dikalangan orang solihin. Meninggal dunia di kala dalam keadaan sedang menuntun ilmu. 

 Saya sendiri pernah melalui jalan tersebut, UiTM Dihatiku... saya pernah bergelar pelajar UiTM sejak tahun 2005 hingga 2011 dan kemudian staff selama 2 tahun. Kira saya kenal kawasan UiTM. Lagi2 kedudukan fakulti sains sukan, betul2 terletak di atas Fakulti Sains Komputer dan Matematik, bersebelahan dengan Fakulti Pergigian. Memang agak curam, tapi tak pernah lagi dengar kes sebegini sebelum ini. 

Allahuakbar, perkara sebegini boleh berlaku kepada sesiapa sahaja. 
Betapa benar pesan imam Al-Ghazali, 

Apa yang paling hampir dengan kita? MATI!

Berita penuh saya petik dari Astroawani

SHAH ALAM: Seorang penuntut Universiti Teknologi Mara (UiTM) maut akibat dirempuh sebuah kereta yang dipandu seorang pensyarah universiti berkenaan di dalam kawasan kampus di sini petang semalam.

Mangsa, Fatin Farradia Yusof, 20, dilanggar kenderaan itu ketika berjalan selepas bergambar bersama rakan-rakannya di kawasan Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media sehingga menyebabkannya terjatuh dari kawasan berbukit ke perhentian bas berdekatan.


Fatin Farradia merupakan penuntut tahun kedua Diploma Sains Sukan dan Rekreasi meninggal dunia kira-kira 7.30 malam tadi, di Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) Klang, berikutan pendarahan dalaman.

Dekan Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media UiTM, Prof Dr Azizul Halim Yahya ketika dihubungi berkata dalam kejadian 5.20 petang itu, mangsa yang baru selesai menghadiri kuliah, dikatakan sedang berjalan bersama rakannya sebelum dirempuh kereta itu, menyebabkannya tercampak.

UiTM kemalangan

"Kereta pensyarah itu kemudian melanggar pembahagi jalan manakala mangsa jatuh ke bawah bukit setinggi kira-kira lima meter dan pengsan sebelum dia dikejarkan ke HTAR," katanya.

Menurut Azizul, pensyarah wanita berumur 58 tahun yang memandu kenderaan tersebut difahamkan mengalami sakit kepala sebelum kejadian itu, menyebabkan beliau gagal mengawal kereta tersebut.

"Pensyarah itu kini sedang mendapatkan rawatan di sebuah hospital swasta di sini untuk pemantauan lanjut daripada doktor," katanya.

Sementara itu, jenazah Fatin Farradia difahamkan akan dibawa pulang ke kampung halamannya di Dungun, Terengganu selepas proses bedah siasat selesai.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, ACP Azisman Alias ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian tersebut.
,,,

Al fatihah, 

Mari sama2 kita baca dan amin kan doa di bawah... Moga kita terlindung dari musibah di masa sekarang atau akan datang. Amin
Salam takziah, 

Anisah 
19 September 2014

Jumaat, 30 Ogos 2013

UiTM kekal di hatiku...

Akhirnya saya berhenti kerja...

Alhamdulillah setelah hampir 2 tahun berkhidmat dan hampir setahun menerima tawaran biasiswa.

Akhirnya, saya 'berehat dari bekerja' sebentar untuk menjadi seorang pelajar.
InshaAllah, Oktober 2014, saya mula berkhidmat semula sebagai Staf UiTM, tetapi dgn jawatan yang berbeza.

Semoga semuanya berjalan lancar, Allah mudahkan perjalanan saya dan saya berjaya mendapat segulung Sarjana dan menabur khidmat sebagai seorang pendidik satu hari nanti, inshaAllah.  Doakan saya berjaya!


                                 Anas teman mengemas pada hari terakhir saya sebagai staf UiTM




This lovely lady was my direct boss in RMI, UiTM, she is a very good and inspiring boss... Thank you ever so much for your guidance and support... InshaAllah our good relationship will continue...

(Credit : Picture taken by Anas)

Tugas-tugas terakhir... menjadi auditor..





Jamuan Raya di INFOREC... sedap.. 
Ini SEMUA... mereka yang masak...
Nasi dagang, rendang, ayam masak merah, mee hailam, dan yang paling saya suka... SATAY GORENG! tercabar sbb yang masaknya, seorang lelaki... 


Jamuan Raya Inforec...


Jamuan Raya Inforec


Pihak Institut Pengurusan Penyelidikan, RMI , Universiti Teknologi MARA telah menganjurkan majlis perpisahan buat saya dan beberapa orang rakan pada 31 Januari yang lalu. 
Sebenarnya, saya dah maklumkan akan berhenti sejak Januari lagi, tapi sebab sayangkan RMI, hehe.. saya masih berkerja sehingga Ogos..

Sebahagian dari gambar pada hari kejadian... (Sob2 tiba-tiba sedihnya)

Cederahati dari RMI, masih saya simpan di dalam kotak...







Alhamdulillah, akhirnya saya berhenti berkhidmat sebagai Pegawai Eksekutif (CoE/MyRA) pada 30 Ogos 2013.


Terima kasih tidak terhingga pada semua rakan-rakan, bos atas segala pengorbanan, tunjuk ajar dan sokongan selama hampir 2 tahun saya berkhidmat. 

Mohon maaf zahir dan batin... Maafkan segala kekurangan yang ada.

 Jika ada hutang piutang, mohon maklumkan pada saya ye. 

Moga ikatan persahabatan yang terbina kekal hingga ke syurga. 

"Ya Allah, jadikan perkenalan kami, perkenalan yang di redhai... 
Ya Allah, kuatkan silaturahim di antara kami... 
Ya Allah, walaupun kami tidak bertemu, tuluskan ingatan kami untuk sentiasa mendoakan kesejahteraan dan kebahagian sahabat-sahabat kami" 



Surirumah & Media : Bersama Membangun Potensi Suri Rumah Rahmah

 𝗦𝘂𝗿𝗶𝗿𝘂𝗺𝗮𝗵 𝗱𝗮𝗻 𝗠𝗲𝗱𝗶𝗮  Alhamdulillah, di izinkan Allah untuk hadir 2 hari 𝑩𝒆𝒏𝒈𝒌𝒆𝒍 𝑷𝒆𝒏𝒈𝒖𝒓𝒖𝒔𝒂𝒏 𝑴𝒆𝒅𝒊𝒂 𝑺...