Ahad, 30 November 2014

Hadiah Sempena Birthday Abah yang ke 54


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera, 

Bulan November,merupakan bulan kelahiran abah... Alhamdulillah hadiah buat abah tahun ni, 3 orang adik graduate!  
Tahniah buat adik2 tersayang yang baru konvo dalam bulan November ni...Nabielah dan Busyra, hehe dua2 buah hati mak abah... Boleh nampak betapa gembiranya mak abah dengan kejayaan anak-anak mereka. Alhamdulillah. 
Graduated in Accountancy UIAM


Graduated MSc Enviromental Science UPM

Adik bongsu, graduate Sekolah Rendah...;) Alhamdulillah, tahniah Adik.. Selamat Melangkah ke Alam REMAJA... Moga success dunia akhirat, inshaAllah. 



Buat abah, Alhamdulillah, Selamat Hari Lahir yang ke 54, Moga Allah ampunkan segala dosa abah, berkati hidup abah, dan kurniakan Syurga buat abah. 


Terima kasih di atas segala jasa dan pengorbanan mak  abah membesarkan kami 11 orang adik beradik di samping membina kejayaan peribadi. Semangat juang abah membakar semangat kami untuk lebih berjaya. InshaAllah.  Alhamdulillah, keluarga kita semakin berkembang dan dikurniakan dengan cucu2 mak abah yang sihat dan ceria selalu... 

Semoga Allah panjangkan umur abah dengan kesihatan yang baik, dan inshaAllah abah dapat bermain dengan cicit2 abah pula satu hari nanti. Aamin






Sabtu, 29 November 2014

KeLEBIHan yang tidak patut di banggakan...

Assalamualaikum wbt. dan Salam sejahtera...

Comel kah dia kanak-kanak ini?


Apa khabar anda hari ni? Moga anda yang sedang membaca ni dalam keadaan yang sihat dan ceria selalu. 

Since saya sekarang dalam pengajian mengenai obesiti, perkataan OBESITI dah jadi macam magnet dah dengan saya... betul! Kalau di shopping compleks, asyikla nampak orang yang 'comel2' seperti dalam gambar di atas tu... 

Aduhai sayang. yang sedihnya, menjadi satu kebiasaan jika ibu & bapa nya bam2, anaknya pun turut bam2, dan ada juga ibu bapa yang biasa-biasa, anak yang bam2. 

Yang lebih menyedihkan, mereka (atau anda) tak rasa perkara tu sebagai satu MASALAH, macam biasa jer. Siap ada yang suka tengok anak DEMBAM semacam. 

Jom baca sekejap petikan surat khabar di bawah, ianya di tulis pada tahun 2009, 15% kanak-kanak Malaysia GEMUK...sekarang? secara keseluruhan peratusannya meningkat. 




Apa faktornya? 

Dah tentu yang paling penting adalah CORAK PEMAKANAN dan GAYA HIDUP kita. 

Orang yang dah obese atau menuju kepada obesiti biasanya disebabkan oleh kurangnya aktiviti fizikal di samping mengamalkan pemakanan yang sangat tidak SEIMBANG. 





Obesiti Ohh Obesiti... 2 daripada 5 orang rakyat Malaysia adalah obese! dan mungkinkah  anda salah seorang dari nya?

Sila click di sini untuk kupasan selanjutnya
1. apa-kata-kkm-mengenai-obesiti
2. pemakanan-seimbang-vs-diet

Terima kasih kerana meluangkan masa...Sehingga berjumpa lagi. 

Usaha...Doa...dan TAWAKAL. 
Jangan lupa 'LIKE' post ni dan JOM 'SHARE' dengan orang tersayang. Semoga ada di kalangan mereka mendapat manfaat dari entry ini

TERIMA KASIH!!!!

Isnin, 24 November 2014

Mama, berjaya!!!

Assalamualaikum wbt. 

Kisah yang berlaku hari ni rasanya sangat sayang jika ianya hanya berlalu begitu sahaja...

Saya titipkan di sini untuk kita sama2 mensyukuri salah satu nikmat yang Allah berikan pada kita. 

Alhamdulillah, tengahari tadi...dalam keadaan nak cepat, saya bawa beberapa beg sekali gus untuk masuk ke rumah mertua. Erm. biasala bila ada anak ni.. beg mereka dah 1, beg laptop (teman kerja saya) , dan handbag.. tambah lagi saya bawa sedikit makanan. huhu.. bayangkan banyaknya kan. 
tup2, dalam keadaan kurang stabil, handset saya tercampak kebawah..terburai and to make it worst, bateri tercampak masuk longkang yang setinggi sekitar 1.5 meter. Allahuakbar! 

Dalam otak duk fikir macamana la nak ambil kan.. agak dalam dan tajam2 juga dalam tu.. ada air juga sikit2.. Saya masuk dalam letak barang dan kemudian amanina datang dengan penyapu, 

'Mama, boleh guna penyapu ni kan ambil bateri mama?'

Allahuakbar, SubahanaAllah... 

Aksi spontan dari anak yang berumur 3 tahun, really make my day. 

Then terus saya dapat idea... 'ikatkan kayu dgn penyodok then blh la kan' 

terus saya bagitahu amanina.. dan dia pun setuju. 

Alhamdulillah, semasa dalam proses 'menyelamatkan', nina jadi tukang sorak 'Mama. boleh!.. Mama, sikit lagi mama...'  bila bateri tu susah nak masuk ke dalam penyodok.. dengan spontan nina cakap

'mama, kan nina cakap guna penyapu lagi senang'

Alahai sayang... alhamdulillah, sel2 otak bersambung dengan jayanya... 

Akhirnya, bila saya berjaya mendapatkan bateri tu.. dengan semangat nya Amanina bersorak 

'Mama, BERJAYA!.. Good job mama!'

Bertakung air mata gembira dengan kata2 dari seorang anak...

Ohh Amanina Aisyah...character beliau seperti maksud namanya...

'HARAPAN kami untuk HIDUP BAHAGIA'



Moga membesar dengan baik dan solehah ye sayang...

Sayang mu di dunia dan akhirat.. 

Mama kepada amanina, 
24 Nov 2014

Jumaat, 21 November 2014

Bangkitlah...


Assalamualaikum dan Salam sejahtera, 

Hari ini saya ingin kongsikan salah satu sajak yang terkandung dalam teks antologi SPM. Sajak ini di tulis pada tahun 1969, namun maksudnya tetap berguna untuk kita hari ini... 

Bangkitlah

Anak-anak yang sedang lena
Bangkitlah
Matahari sudah tinggi
Di puncak gunung.

Lihat jernihnya pagi ini
Burung-burung berterbangan di udara
Dan pepohon hijau merendang daunnya
Apa kau masih belum bangkit?

Bangkitlah
Jangan sesal nanti
Madu bumi yang kekeringan
Isi laut kekosongan
Dan perut belantara menjadi ladang.

Anak-anak
Esok apa yang akan kaumakan?
Tanah atau batu atau debu?
Kau terus nangis
Tanpa air mata?

Kalau tidak
Bangkitlah
Matahari belum lagi rembang
Dan burung-burung belum lagi menjamah awan!


REJAB F.I.
Antologi Dirgahayu Bahasaku
Dewan Bahasa dan Pustaka 


Khamis, 20 November 2014

Selamat Tinggal Gout Ayah

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,


Bila terlibat dengan dunia supplement dan kesihatan ni, macam2 penyakit yang jarang dengar, terasa macam selalu pula dengar.. hehe, sebenarnya sebab dulu tak peduli, sekarang dah peduli, tu yang jadi macam kerap jer..



Ok hari ni, saya nak kongsikan pasal penyakit gout yang telah 'menyerang' rakan saya... eh, bukan rakan saya, ayah dia. 

Susahnya ayah beliau nak berjalan, even nak gerakkan kaki juga jadi satu 'event' yang menyeksa diri sendiri. 


Jom kita tengok APA itu gout? Macamana boleh terjadi? dan apa tindakan yang perlu di lakukan?


Jemput tengok video ini ya..




Secara ringkasnya mengenai gout boleh di ketahui melalui poster di bawah;





Click untuk lebih besar

Alhamdulillah, berita yang saya terima dari rakan saya, gout ayah beliau 'hilang' setelah makan belum habis sebotol pun vivix. Alhamdulillah, dengan izin Allah.

'Alhamdulillah perginya gout ayah meringankan sendi dan pergerakan.. memudahkan beliau untuk melakukan aktiviti harian, dan SOLAT! Alhamdulillah... '

Alhamdulillah, ada kawan saya mengambil performance drink, omega guard, ajht dan alfafa juga berjaya mengurangkan gout pada awal pengambilan nya. 

JOM ketahui macamana vitamins ini membantu pesakit gout ;




Testimoni oleh Siera Haiyi


[AYAHKU PENDERITA GOUT 20 TAHUN…]

Kisah bermula ketika saya berumur 12 tahun.Ayah bawa saya ke Sunway Lagoon.Bukan main sukanya hati ni dapat berjimba-jimba disana bersama kakak saya.

Sedang bersukaria, tiba-tiba ayah mengerang kesakitan.katanya kakinya amat sakit.nak bangun pun tak boleh.ibu mula resah.saya apatah lagi.macam-macam yang terlintas di kepala waktu itu.
“Kenapa ayah tiba-tiba jadi begini?”
“Adakah ayah lumpuh?”
Astagfirullah…susahnya hati saya masa itu.Terbantut nak bersukaria.Hari yang gembira bertukar menjadi duka.Ayah ditolak dengan “wheel chair” ke kereta.Dan ibu terus memandu kereta menuju ke klinik berhampiran.Ayah diberi Pill Killer.

Sehingga kini umur saya 30 tahun.
Ayah masih makan pain killer setiap kali gout menyerang.Dah jadi macam gula-gula.Goutnye kerap bertandang.Sekarang makin teruk.Bengkak-bengkak di tumit dan juga di tangan.Bukan bengkak biasa.Siap bernanah besar-besar pula tu.Naik seram saya tengok. Dalam hati…bilakah semua ini akan berakhir.
Saya simpati ayah jalan henjut-henjut.
Saya sedih ayah solat tidak dapat duduk dengan betul ketika tahyat awal mahupun akhir.
Saya nangis belakang pintu lihat ayah terbaring mengerang sakit atas katil ketika mana dia tak kuat untuk berjalan.
Hanya doa yang mampu saya panjatkan.Doa yang tanpa usaha.
Ustaz masa sekolah cakap…Doa tanpa usaha adalah SIA-SIA.tetapi ituje yang saya mampu.
Sedih.

Pada satu hari..tergerak hati saya untuk berikan ayah OMEGA dan ALFAFA Shaklee.Saya ada terbaca yang Omega mampu mengurangkan radang sendi dan juga kesakitan.Manakala Alfafa mampu meneutralkan uric acid kepada alkali.wahh menarik!!teruja saya nak berikan kepada ayah saya.Saya beri pada ayah dan tulis besar-besar pada botol.tiba waktu makan,saya SMS ayah.
“Ayah dah makan OMEGA?”
“Dah makan ALFAFA?”
Begitulah bersungguhnya saya inginkan ayah sihat.Ayah saya patuh dan konsisten menelan 2 supplemen ini.
Sambil saya tak henti-henti berdoa moga inilah usaha terbaik untuk ayah saya.

Hari yang cerah.Ayah baru pulang dari cek up di hospital.Wajahnya girang dan berseri.
Dihulurkan sehelai kertas kepada saya.
“Kertas apa ni?”
Masyallah!!terkejut saya lihat bacaan uric asid ayah saya berada di paras NORMAL!!!
Ya Allah..bergenang air mata saya.
“Dah 20 tahun…ayah tak pernah pun dapat bacaan uric asid NORMAL.Doktor pun terkejut.Bagus ye Shaklee “ kata ayah
Dah setahun ayah bersama Shaklee…saya asyik intai je kakinya.tiada lagi bengkak…tiada jalan hinjut-hinjut…tiada nanah besar-besar.

Alhamdulillah…Alhamdulillah…Alhamdulillah…
Hati anak mana yang tak gembira pabila ayah tersayang kembali ceria menjalankan kehidupan…
Terima kasih Allah…..

Testimoni Gout Ayah kepada Siera Haiyi




Buat rakan-rakan yang ingin mengetahui lebih lanjut mengenai setiap vitamins ini boleh ziarah website shaklee sendiri ; 

1. performance drink

2.alfalfa complex

3. Omega guard

4. Advanced Joint Health Tablet

5. vivix
*Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

Di akhirkata, vitamins membantu meningkatkan kesihatan kita, namun amat penting kita menjaga pemakanan dan mengamalkan gaya hidup yang sihat. Dan sebagai orang yang beragama ISLAM, kita kena yakin dengan izin Allah penyakit datang, dan dengan izinNya jua penyakit boleh sembuh. 

Alhamdulillah, bahagia bila melihat orang lain bahagia...
Alhamdulillah, gembira mendapat berita orang lain lebih sihat dengan sedikit bantuan dari saya. 
Alhamdulillah... 

Izinkan saya membantu dengan menghubungi saya seperti butiran dibawah


~Feel Free to LIKE and SHARE~
Please do not hesitate to contact me/ comment below for:-

FREE Consultation
Business OPPORTUNITY with Shaklee!!

Selasa, 18 November 2014

Teguran Tepat Pada Masa...

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera, 

Kisah ini dikongsikan oleh rakan saya, AllahuAkbar, Saya tak kenal penulis asal, namun kisah ini benar2 terkesan di hati! 

Astaghfirullah...Moga Allah ampunkan dosa kita dan moga kita istiqamah dalam melakukan perkara yang baik dan menjauhi kemungkaran.



Hayati kisah ini:

Sedikit pengalaman saya ingin kongsikan bersama rakan. Cerita saya semasa menunaikan haji 2014. Lagi empat hari menantikan hari wukuf. Mekah sudah sesak kerana jemaah dari semua penerbangan sudah tiba.

Pada hari itu saya berjanji untuk menelefon anak anak di Malaysia. Kami aturkan temujanji pada pukul 3.00 petang kerana ia bersamaan pukul 8 malam di Malaysia. Waktu yang paling sesuai dan anak anak saya pun belum tidur.



Oleh kerana leka berbual, kami agak lewat memulakan perjalanan ke masjid untuk solat asar hari itu. (Masuknya waktu Asar ialah pada 3.30 petang. Kami memerlukan 20 minit untuk berjalan kaki dari hotel ke masjid). Sampai di masjid, keadaan sudah sesak. Laluan ke tempat kegemaran kami yang berhadapan Multazam di tingkat 1 telah pun ditutup. Lalu saya dan suami memutuskan untuk berpisah di situ dan bertemu semula ditempat yang dijanjikan sesudah solat. Kami pun mencari saf masing masing.

Ruang sudah dipenuhi oleh jemaah. Saya ke kelompok jemaah wanita yang telah penuh dengan jemaah pelbagai bangsa dan warna kulit. Saya meninjau dengan 'muka kesian' memohon simpati agar dapat sedikit ruang untuk solat. Akhirnya saya terpandang seorang wanita Arab yang cantik. Dia seakan faham hasrat saya untuk menumpang saf disebelahnya, tetapi awal awal lagi dia menggeleng kepala mengisyaratkan tiada ruang boleh dikongsikan. Saya faham, walaupun sejadahnya lebar tetapi badannya agak gempal. Dia mungkin khuatir nanti dia tidak selesa.

Seketika kemudian azan asar pun berkumandang. Hati saya semakin cemas kerana saya belum dapat ruang solat sedangkan ketika itu saya sudah terperangkap di tengah tengah kelompok jemaah yang ramai. Semua jemaah duduk di sejadah masing masing menunggu azan tamat. Saya sukar untuk keluar dan tidak juga dapat duduk.

Akhirnya ada sedikit ruangan kosong dibahagian hadapan. Betul betul berdepan dengan saf wanita Arab yang cantik tadi. Namun agak mengecewakan kerana disitulah jemaah melonggokkan selipar mereka. Ada antara selipar itu yang berdebu dan tidak berbungkus. Ia bersebelahan dengan tiang.

Saya tiada pilihan. Sambil azan masih bergema, saya kais selipar selipar itu untuk ruang saya solat. Ia bukanlah lantai yang rata, malahan ia merupakan dua anak tangga untuk ke ruang hadapan yang lebih tinggi paras lantainya. Kesimpulannya, saya akan solat di anak tangga yang penuh dengan selipar, ditepi sebuah tiang. Lebih malang lagi, kerana hendak cepat tadi, saya pula lupa membawa sejadah.

Azan selesai. Saya berdiri sambil meninjau lagi kalau ada ruang yang lebih baik. Seorang lagi jemaah lalu berhampiran dengan saya. Saya lihat wajahnya memohon saf daripada wanita arab cantik itu. Saya menunggu reaksi wanita arab itu. Dalam hati berbisik, aku tadi minta saf dia tidak beri. Bagaimana pula wanita ini?

Wanita arab itu menggeleng sambil matanya memandang saya. Saya tahu dia menyedari apa yang ada dalam hati saya. Saya kasihan melihat jemaah yang senasib dengan saya itu. Dalam kesuntukan masa saya lihat wanita itu melangkah langkah dicelah celah jemaah dengan susah payah untuk mencuba nasib diruang lain. Saya amat faham perasaan yang dia lalui.

Saya tiba tiba merasa sebak. Terutama bila terpandang kembali ruang di celahan selipar yang bakal saya sujud kelak. Ia hanya memuatkan muka dan tangan saya sahaja. Kaki dan lutut saya nanti pula akan berada di anak tangga.

Sambil memandang wanita arab itu, Dalam keadaan senyum yang tawar, terkeluar kata kata dari mulut saya.
"here in masjidilharam sometimes we have to beg for a space. Just to see God." saya menyambung lagi dalam bahasa inggeris, (translated): " Saya pun tadi jadi pengemis juga. Syukurlah saya dapat juga tempat. Tapi.. " airmata saya mula bergenang. "Lihatlah tempat saya.." saya tak mampu lagi terus berkata kata.

Tiba tiba seorang jemaah yang berhampiran menyampuk. "itulah.. awak sebenarnya cuma lewat sikit saja. Sebelum tadi masih banyak tempat".Mendengar saja ucapannya saya terus menangis kuat. Tiada lagi rasa malu ketika itu. Saya sebenarnya terusik dengan perkataan 'Lewat'. Dalam fikiran saya penuh penyesalan. Ada banyak lintasan datang dalam hati saya.

Oleh kerana saya dalam keadaan berdiri di anak tangga dan sebahagian besar jemaah lain duduk (kebanyakannya baru selesai solat sunat qabliyah), maka saya kelihatan jadi tumpuan. Seperti di atas pentas dengan jemaah itu selaku penontonnya.

Wanita Arab tadi datang dengan rasa bersalah lalu memeluk saya yang sedang menangis.
"I am sorry.. bukan saya taknak beri ruang, tapi saya pun tak cukup." perbualan kami didengari oleh semua orang kerana jemaah hanya beberapa ketika saja lagi akan memulakan solat.

Sambil mengesat air mata saya mengeluarkan apa yang terbuku di dada tanpa segan silu. "Saya bukan marahkan kamu. I just missed my hometown. In my country, I got a lot of space, I can pray wherever I want, we have a lot of masjid."

gambar hiasan dari google


Tapi di sana saya tidak hargai ruang yang Allah beri. Saya selalu lewatkan solat dengan sengaja. Tapi Allah tidak pernah menghina saya atau membalasnya serta merta. Di sini, disebabkan lewat sedikit saya terpaksa terima hukuman, lihat sajalah ruang solat saya. Saya rasa terhina di hadapan Tuhan".

Kami kelihatan seperti pelakon drama. Semua jemaah lain yang faham bahasa Inggeris menunjukkan muka yang sayu. Jemaah yang tidak faham kelihatan bertanya tanya rakan di sebelah.
Salah seorang menyampuk "where is your hometown?".

" I am from Malaysia. Its a beautiful muslim country".


"When I got back to Malaysia, I dont want to pray late anymore. I dont want Allah to embarrase me in Mahsyar"

Wanita arab tadi memegang tangan saya sambil berkata "terima kasih, hari ini saya belajar sesuatu dari kamu. Allah menegur hambanya dengan pelbagai cara. Saya pun akan hargai ruang dan masa yang saya ada bila saya balik nanti. Semoga kamu mendapat haji yang mabrur".

Bilal pun qamat, imam pun memberi isyarat memulakan solat. Saya kembali ke ruang saya tadi dan berusaha menyesuaikan diri. Tiba tiba dari barisan belakang, kedengaran suara jem
aah lain memanggil. "Hajjah, here is space for you". Rupa rupanya mereka tadi memahami dan berganjak ganjak sehingga terhasil satu ruang yang cukup cukup untuk saiz badan saya. I feel blessed.

Seusai solat fardhu dan solat jenazah, jemaah pun mula bersurai. Tanpa disangka beberapa jemaah lain yang tidak dikenali datang memeluk saya dan berkata, "Thank you Hajjah, haji mabrur In Shaa Allah". ##


Astaghfirullah...Moga Allah ampunkan dosa kita dan moga kita istiqamah dalam melakukan perkara yang baik dan menjauhi kemungkaran.


Jika anda rasa posting ini bermanfaat untuk dikongsikan, saya mohon anda tekan LIKE dan Fb di bawah. Mungkin akan ada ramai yang mendapat manfaat dengan satu LIKE daripada anda. Semoga ia menjadi pencen kubur buat kita semua.'Wallahualam.

Isnin, 17 November 2014

Obesity, The little things?

Assalamualaikum wbt, 

Apa khabar anda hari ini? 

Seperti yang saya coretkan sebelum ini, saya sekarang sedang dalam penyelidikan mengenai obesiti. -->

Video di bawah menerangkan secara ringkas bagaimana lebihan berat badan membebankan kita dan membawa kepada pelbagai penyakit lain termasuklah sakit sendi, diabetic, kanser dll


Enjoy this short video; 





Lets help our self to have a wonderful healthy life, inshaAllah.


Ahad, 16 November 2014

Cerita ayah dan anak...

Assalamualaikum wbt. 

Alhamdulillah, pada hari sabtu 15 November yang lalu, saya di beri kesempatan untuk hadir seminar Cyber parenting di Shah Alam. 



InshaAllah akan saya kongsikan inputnya. Hari ini saya nak kongsikan perbualan yang 'agak biasa' di kalangan kita (ibubapa & anak remaja), yang berlaku pada zaman CYBER ni. 

 Namun kisahnya sebenarnya juga berlaku di kalangan MAK BAPA juga.. huhu. jangan sampai satu masa anak yang tegur ibubapa nya pula kan.. 

Ok, jemput baca ya..;)  


Dah tengah malam.
Abah ketuk pintu bilik anak gadisnya.
Anaknya buka pintu. Belum tidur.
Abah: "Buat apa je belum tidur lagi?"
Anak: "Tengah..." (Sambil menunjukkan fonnya)
Abahnya mengangguk faham. Tengah berinternet.
Abah: "Abah nak cakap sikit boleh?"
Anaknya tidak mengangguk, tidak menggeleng. Tadah telinga.
Abah: "Sekarang, kamu umur 20 tahun, kan?"
Anaknya mengangguk.
Abah: "Baiklah. Dengar baik-baik ni. Abah bukan nak berleter. Cuma nak ajak kamu berfikir.
Dalam sehari, ada 24 jam. Ini kira-kira umum abah. Tak exact pun. Orang bekerja habiskan 8 hingga 12 jam sehari kerja. Orang yang belajar macam kamu pula habiskan 6 hingga 7 jam sehari ke kelas. Orang yang sedang berkasih sibuk fikir soal hati pula habiskan lebih 6 jam fikir tentang jodoh dan layan perasaan. Orang yang sibuk dengan internet dan dunia media sosialnya habiskan purata lebih 5 jam sehari untuk scroll, update dan melayan kawan-kawan.
Tolak campur makan, tidur, letih semua, barulah sedar, kita tak peruntukkan masa pun untuk sesuatu yang lebih penting."

Abah menunjukkan jarinya pada senaskhah Al-Quran yang berada di atas almari. Nampak berhabuk sikit. Anaknya berkerut kening.


Abah: "Kalau untuk soal hati dan media sosial boleh kita luang masa dekat 2 jam contohnya, kenapa tidak boleh kita ambil masa 2 jam juga untuk tengok Al-Quran?"
Anak: "Tapi, abah..baca sekejap, mengantuk."
Abah: "Baiklah. Kurangkan lagi. Jadi sejam."
Anak: "Sejam? Lamanya. Seraklah tekak nak baca sampai sejam."
Abah: "Baiklah, setengah jam."
Anak: "15 minit bolehlah."
Abah tersenyum mendengar jawapan anaknya.
Abah: "Suatu hari, bila kamu tersepit dalam hidup, kamu akan mengerti 23 jam 45 minit yang kamu sayang tu, tolak solat 5 waktu, sangat-sangat bergantung kepada 15 minit yang kamu spend untuk Al-Quran tu."
Anak: "Tak faham."
Abah: "Kerja cari rezeki, kena bergantung pada Al-Quran. Belajar, perlu Al-Quran. Jodoh, perlu pada Al-Quran. Berjaya, perlu Al-Quran. Akarnya pada Al-Quran."



Anak: "Hm.."
Abah: "Rosak akarnya, jangan harap batang, dahan, ranting, daun, dan buahnya akan baik. Misalnya, kamu minat soal jodoh sekarang. Andai kamu seorang yang cinta kepada Al-Quran, insya-Allah kamu juga akan jumpa yang persis cinta Al-Quran. Yang baik-baik. Jika kamu jenis tak pentingkan Al-Quran, kamu juga akan jumpa yang sejenis dengan kamu. Kata nak jodoh yang baik-baik. Orang baik, orang yang utamakan Al-Quran."
Anak: "Adoilah."
Abah: "15 minit sehari untuk hafal sepotong ayat Al-Quran. Setahun dapat 365 ayat. 20 tahun lagi dapat? 7300 ayat. Dah boleh jadi hafizah."
Anak: "Kenapa abah cakap ni semua?"
Abah: "Sebab abah tak mampu untuk hidup selama-lamanya nak jaga dan nasihatkan anak yang abah sayang ni. Dulu abah jahil tak kejar Al-Quran. Abah taknak anak abah ikut jejak langkah yang sama."

Anak gadisnya sebak. Peluk ayahnya. Minta maaf. 
Sungguhlah. Lelaki selain ayah sendiri hanya mampu berkata-kata manis, berjanji setia. Namun, ayah berkata-kata untuk lihat anaknya di Syurga.

cerita oleh: Muhammad Rusydi


Biasa kan sebenarnye  kisah seperti ini berlaku di depan mata kita, setuju? 

Moga kisah ini menYENTAPkan kita semua sebagai peringatan... 





Al fatihah ku kirim buat semua pembaca blog ini. moga kita terus istiqamah dalam menjadi muslim yang soleh dan musleh. Aamin




Sila kongsikan entry ini sebagai peringatan bersama. InshaAllah ia sama2 menjadi pencen kubur kita. 



Khamis, 6 November 2014

Sawan demam bukan epilepsi

Assalamualaikum dan Salam sejahtera, 

Suatu ketika dahulu, masa Anas pertama kali 'ditarik' dgn sawan demam, AllahuAkbar, panik sangat, risau sangat, air mata...toksah nak kata memang mengalir tanpa di pinta. adakala hanya bertakung. tapi bila ada yang bertanya lagi..mula la.. (kisahnya di sini --> Anas dan Sawan Demam)

Itu yang adakalanya, bila anak atau ahli keluarga kita sakit, kita lebih mudah simpan sendiri, sehingga keadaan stabil. sebab? supaya hati kita mudah tenang.. ini kalau asyik la ada yang bertanya, lagi risau jadinya. Adakalanya, Mendoakan dalam diam memadai, inshaAllah.

Doa untuk perempuan
Doa untuk lelaki


 Cuma bila keadaan dah ok, boleh la bertanya khabar mahupun melawat. ;) kan menziarahi orang sakit itu, sunnah. 


Alhamdulillah, kini hampir setahun anas tidak di 'serang' lagi...Alhamdulillah, hasil dari penerangan doktor, sawan demam adalah normal, cuma kita perlu berjaga2. dan ia bukanlah epilepsi (sawan babi). 


Artikel yang saya 'terjumpa' ini di petik Utusan Malaysia. AllahuAkbarm ia menjawab soalan2 saya. dan mungkin menjawab soalan2 di kalangan pembaca semua juga. 
....
Sawan demam bukan epilepsi

Sawan (seizure/fit/ convulsion) ialah fenomena akibat perubahan pada gelombang otak yang berlaku secara tiba-tiba.

Sawan demam merujuk kepada sawan di kalangan kanak-kanak yang berumur dari enam bulan hingga enam tahun yang demam akibat berlaku jangkitan atau radang selain jangkitan otak dan saraf.

Ia berlaku kepada kanak-kanak yang demam dengan suhu badan mencecah 38 darjah celsius (100.4 darjah Farenheit).

Lumrahnya sawan demam tidak menyebabkan kerosakan otak mahupun menggugat tahap intelektual kanak-kanak.

Kanak-kanak yang mengalami sawan demam tidak diberi diagnos epilepsi. Epilepsi bermaksud kejadian sawan sekerap dua episod atau lebih tanpa demam.

Sawan demam berlaku apabila kanak-kanak demam yang secara amnya akibat jangkitan virus atau bakteria (selain radang pada otak dan saraf di mana sawan merupakan salah satu petanda klinikal).

Terdapat dua jenis sawan demam iaitu ringkas (simple) atau kompleks. Sawan demam yang berlaku ringkas merupakan majoriti kes yang berlaku pada kanak-kanak melibatkan seluruh anggota badan. Ia juga berlaku sekali dalam episod demam dan tidak berulang.

Sawan kompleks pula jarang-jarang berlaku. Apabila berlaku ia mengambil tempoh lebih 15 minit yang adakalanya hanya satu anggota badan kaki atau tangan yang terlibat. Sawan ini berlaku lebih dari sekali dalam episod demam dan juga boleh berulang kali.

Selaku penjaga, ibu bapa perlu peka kepada perubahan suhu badan kanak-kanak supaya ubat demam dapat diberi mengikut dos dan tempoh masa yang sesuai.

Pada kebanyakan masa, sawan banyak berlaku serentak dengan demam. Penting bagi ibu bapa supaya tidak panik apabila berdepan dengan situasi tersebut.

Beberapa langkah boleh diamalkan oleh ibu bapa apabila anak mereka diserang sawan supaya mereka tidak mencederakan diri sendiri.

Antaranya, mereka tidak cuba memberhentikan sawan tersebut dengan memegang badan mereka secara kuat atau memasukkan sebarang objek dalam mulut.

Seeloknya letak anak dalam posisi mengiring untuk mengelak anak dari tersedak semasa hilang kesedaran sewaktu sawan.

Kelaziman tempoh sawan amat pendek. Ibu bapa harus membawa anak mereka berjumpa doktor walaupun sawan tersebut berhenti secara sendiri.

Sekiranya sawan berlarutan melebihi lima minit, hubungi pihak ambulan atau pergi ke unit kecemasan terdekat untuk bantuan serta merta.

Kanak-kanak yang dibawa berjumpa doktor akan diperiksa secara teliti untuk mengenal pasti punca jangkitan yang mengakibatkan demam.

Rawatan demam melibatkan pemberian ubatan seperti paracetamol dan antibiotik sekiranya petanda klinikal mencadangkan jangkitan bakteria.

Sekiranya sawan berlarutan atau berulang-kali, ubatan spesifik perlu diberikan untuk memberhentikan sawan. Ubatan biasanya diberikan secara suppository atau melalui dubur pesakit melainkan terdapat akses salur darah.

Bagi kanak-kanak bawah setahun, doktor mungkin mengesyaki jangkitan pada selaput otak (bergantung kepada petanda klinikal) dan ujian air tulang belakang disarankan kepada ibu bapa.

Bagaimanapun, sawan demam mungkin berulang dalam tempoh hayat kanak-kanak di bawah enam tahun.

Lebih kurang 30 peratus kanak-kanak yang mengalami sawan demam akan mengalami sawan demam berulang-kali tetapi tidak semestinya pada setiap episod demam.

Bagi kanak-kanak yang masih muda (umur bawah 18 bulan) sawan berlaku pada suhu bawah 40 darjah celcius semasa sawan julung kali. Sawan berlaku dalam tempoh sejam demam atau sejarah sawan demam dalam kalangan ahli keluarga.

Namun, kanak-kanak dengan sawan demam mempunyai tindak balas yang bagus dan tidak mengalami kesan negatif terhadap perkembangan minda mereka.

Risiko kanak-kanak mengalami epilepsi selepas satu episod sawan demam ringkas adalah hampir menyerupai risiko populasi umum.

Kebiasaannya mereka yang akhirnya menghidap masalah epilepsi datang dari golongan yang sediakala mengalami masalah perkembangan otak dan saraf, sawan demam kompleks dan sejarah keluarga epilepsi.

...
Sekian dahulu perkongsian kali ini. Sehingga berjumpa lagi.

Sila ‘LIKE’ dan ‘SHARE’ sekiranya anda rasa kisah ini bermanfaat untuk dikongsikan.
Sila 'COMMENT' untuk sebarang tambahan /penambahbaikan.. terima kasih..

Tips Menjalankan Bisnes Online

   Assalamualaikum dan salam sejahtera,  Pada entri yang lalu, saya kongsikan peluang bekerja Dari rumah yang turut berkait dengan bisnes on...