Assalamualaikum wbt. dan Salam sejahtera...
Comel kah dia kanak-kanak ini?
Apa khabar anda hari ni? Moga anda yang sedang membaca ni dalam keadaan yang sihat dan ceria selalu.
Since saya sekarang dalam pengajian mengenai obesiti, perkataan OBESITI dah jadi macam magnet dah dengan saya... betul! Kalau di shopping compleks, asyikla nampak orang yang 'comel2' seperti dalam gambar di atas tu...
Aduhai sayang. yang sedihnya, menjadi satu kebiasaan jika ibu & bapa nya bam2, anaknya pun turut bam2, dan ada juga ibu bapa yang biasa-biasa, anak yang bam2.
Yang lebih menyedihkan, mereka (atau anda) tak rasa perkara tu sebagai satu MASALAH, macam biasa jer. Siap ada yang suka tengok anak DEMBAM semacam.
Jom baca sekejap petikan surat khabar di bawah, ianya di tulis pada tahun 2009, 15% kanak-kanak Malaysia GEMUK...sekarang? secara keseluruhan peratusannya meningkat.
Apa faktornya?
Dah tentu yang paling penting adalah CORAK PEMAKANAN dan GAYA HIDUP kita.
Orang yang dah obese atau menuju kepada obesiti biasanya disebabkan oleh kurangnya aktiviti fizikal di samping mengamalkan pemakanan yang sangat tidak SEIMBANG.
Obesiti Ohh Obesiti... 2 daripada 5 orang rakyat Malaysia adalah obese! dan mungkinkah anda salah seorang dari nya?
Sila click di sini untuk kupasan selanjutnya
1. apa-kata-kkm-mengenai-obesiti
2. pemakanan-seimbang-vs-diet
Terima kasih kerana meluangkan masa...Sehingga berjumpa lagi.
Usaha...Doa...dan TAWAKAL.
Jangan lupa 'LIKE' post ni dan JOM 'SHARE' dengan orang tersayang. Semoga ada di kalangan mereka mendapat manfaat dari entry ini
TERIMA KASIH!!!!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan