Memaparkan catatan dengan label Optimum Health Set. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Optimum Health Set. Papar semua catatan

Jumaat, 24 September 2021

Detik Pertemuan Dengan Shaklee - Anisah Khalid

 Detik pertemuan dengan Shak.lee



๐Š๐ž๐ง๐š๐ฅ ๐ฆ๐ž๐ฅ๐š๐ฅ๐ฎ๐ข ๐ฉ๐ซ๐จ๐๐ฎ๐ค


Alhamdulillah. Tahun 2013, baru Saya kenal SHAKLEE. Masa tu tengah Menyusukan anak ke 2, bermula dengan ambil set menyusu. Dari dah start campur FM, terus tak campur dah, sebab supply mencukupi demand. Alhamdulillah baby cepat kenyang. 


 Pastu pada Masa yang sama kawan2 ofis Dan ahli keluarga ramai dah / baru kenal dengan produk shaklee juga. Ada yang ambil set kesuburan, set menyusu, set kurus. Alhamdulillah. Terima kasih ahli keluarga & kawan2 semua... 


Selepas anak kedua dah Tak menyusu, Saya masih teruskan pengambilan #essentialSet. Alhamdulillah slim dan badan rasa bertenaga. Sambung dengan set kehamilan anak ke 3, menyusu anak ke 3, Hamil anak ke 4, menyusu anak ke 4, Dan terkini Hamil anak ke 5. MashaAllah. Sedikit sebanyak, shaklee bantu tingkatkan kekal bertenaga, kulit yang sihat dll. Anak2 jarang sangat demam. Alhamdulillah. 


๐Œ๐ฎ๐ฅ๐š ๐›๐ž๐ซ๐›๐ข๐ฌ๐ง๐ž๐ฌ ๐ฉ๐š๐ซ๐ญ ๐ญ๐ข๐ฆ๐ž ๐๐š๐ง ๐Ÿ๐ฎ๐ฅ๐ฅ ๐ญ๐ข๐ฆ๐ž 


Alhamdulillah. Kenal shaklee, melalui produk2 nya yang dapat bantu tingkatkan kesihatan diri Serta keluarga dan rakan2. Sambil kongsi2 info produk, alhamdulillah dalam diam Tak diam, bulan ke 4 saya join shaklee ( buat bisnes part time), dah layak dapat income 4angka, yang hampir sama dengan income saya sebagai pegawai eksekutif di UiTM. Masa tu dapat tahu, ramai upline/sideline yang dapat cash bonus 4-5 angka sebulan. Menambah keyakinan bisnes Shaklee, bisnes yang hebat. 


Alhamdulillah. Membesar dalam keluarga yang besar, dan mak abah bekerja... Saya punyai cita2 nak besarkan anak2 di depan mata sendiri. Alhamdulillah di izinkan untuk menjadi work from home mother sepenuh masa sejak November 2013, dgn cash bonus bulanan 4angka. Alhamdulillah. 


Alhamdulillah, alhamdulillah sedikit sebanyak cash bonus Shaklee bantu  kewangan keluarga. Bantu topup keinginan anak2 dll.  Biasa lah setiap bisnes ada turun naik nya. Tapi selagi mana kita bertahan, dan bersedia untuk terus bangkit, in Sha Allah Allah lorongkan Jalan yang terbaik. 


Alhamdulillah Saya berada dalam group super duper ramai mentors yang consistent kekal dalam bisnes Shaklee selama bertahun2, direct upline Saya master, master Kam Maria Abdul Mutalib pengasas #MFMSEmpire atas beliau pun master sehingga la level ke atas2 semua master (#DVG, #MIG, #LatFamily, #JutawanShaklee)... Sehingga la ke master Dato Hj Roslan yang dah sekitar 30thn dlm bisnes Shaklee. Benchmark yang hebat jika kita kekal consistent dalam membina legasi yang besar. Mereka masih terus memberi guidance dan sokongan. Semangat mereka buat diri kita juga bersemangat. 


Shaklee punyai sistem yg stabil, career development yang boleh Bantu kita untuk capai impian. Produk shaklee di hasilkan melalui kajian scientist, dengan pelbagai research paper. Dijamin Selamat dan beyond organic Dan HALAL. Apa lg yang kita nak? 


Usaha untuk terus bangkit. In Sha Allah. 

...


๐’๐จ๐ค๐จ๐ง๐ ๐š๐ง ๐Š๐ž๐ฅ๐ฎ๐š๐ซ๐ ๐š  


Bila tengok mak abah, yang sibuk bekerja tapi masih bertenaga melayan kami 11beradik. Pasti ada rahsia nya. In a way or another, supplement do help. In Sha Allah. 


Saya dibesarkan oleh mak abah yang makan supplement. Cuma Tak stick to any brand. Bertukar2 ikut yg mana yang ada prom0. Kira kesedaran tentang supplement tu dah lama. 


Yang mak betul2 consistent EPO. Abah dgn spirulina nya. Dan sejak sy kenal dengan shaklee mak abah pun sama2 makan shaklee, favorite mak abah sekarang ResV, ostematrix, alfalfa Dan omega guard. 


Alhamdulillah side effectnya mak abah nampak dan rasa lebih muda berbanding rakan sebaya. 


Alhamdulillah adik beradik Serta ahli keluarga yang lain turut sama makan shaklee dan yakin dengan keberkesanan nya. In Sha Allah. 


 Selain jaga cara hidup (style of living), jaga pemakanan, Saya percaya supplement juga membantu mak abah Serta ahli keluarga untuk sihat sejahtera, tanpa sebarang penyakit yg serious. Bizinillah.


Kini di usia 60an, mak abah masih boleh drive sendiri utara selatan, boleh berkebun, boleh baking dsb. Bertenaga kalah org muda ๐Ÿ’ช. Alhamdulillah. 


Sebagai Anak, Saya bersyukur ... . 


Cik abang yg selalu jadi tukang ingatkan utk mkn vitamins, sebab beliau sendiri lebih consistent makan. ( Mungkin asbab tu, beliau nampak muda juga ๐Ÿฅฐ๐Ÿ˜) . Bila dah konsisten dapat cash bonus dari shaklee ni, boleh lah sponsor sikit2 supplement untuk keluarga. Alhamdulillah. 


Moga dipanjangkan usia yang berkat dan sy dapat membuktikan kejayaan yang lebih baik dalam hidup, melalui bisnes Shaklee. In Sha Allah. 


Akhir kata, terima kasih pada semua customer dari dulu sampai sekarang. Moga sihat sejahtera semua nya. 


Nak kejar #pembayarZakat4angka #carBonusAchiever dan #ConventionTripAchiever . In Sha Allah. 


#shakleebusinessleader 

#ShakleeBusinessBuilder

#workFromHomeMother

#Anisah0136216522

Jumaat, 5 Februari 2021

Seronoknya Hamil dan Menyusu dengan Set Hamil dan Penyusuan Shaklee

 Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Alhamdulillah

Alhamdulillah

Alhamdulillah

Ramai kawan dan saudara mara saya bakal menerima cahayamata lagi. Alhamdulillah, masih ramai yang merancang untuk ada anak sekitar 4-6orang. Ekonomi keluarga yang baik juga antara faktor penting juga. 

 In Sha Allah selagi mana sihat , di izinkan Allah untuk Hamil lagi, jom raikan dengan baik, dan lengkapkan keperluan nutrisi harian untuk ibu dan bayi. 

Pengalaman saya sendiri, 2 kali pregnant, belum kenal shaklee, 2 kali memang makan shaklee, alhamdulillah bertenaga nya lain dan Kesan yang paling beza...TIADA strechmark semasa Hamil sambil makan set Hamil Shaklee. Bizinillah. 

Jemput baca ya info dalam set Hamil Shaklee seperti di bawah: 



Ada yang tanya jika Tak habis makan set Hamil Shaklee ni, boleh ke makan lagi selepas bersalin? Ia sudah tentu boleh. 

Saya sendiri makan shaklee, sejak menyusukan anak ke2, then terus kan sampai pregnant anak ke3, menyusukan anak ke3, then pregnant anak ke 4, menyusukan anak ke 4. 

Alhamdulillah mereka semua dapat khasiat susu ibu sehingga umur sekurangnya 2tahun. Alhamdulillah susu meriah, badan ibu bertenaga dan yang best lagi, Bantu kembali ke berat badan sebelum pregnant. Best sangat. Sungguh rindu! 

Jom tengok set penyusuan shaklee pula ya 

 



Alhamdulillah. Ramai customer saya turut memberikan maklumbalas yang baik. Kuncinya, jika dah ada depan mata, silalah makan mengikut jadual. In Sha Allah dapat manfaat sebaiknya. 

Ok nak bagitahu ni, bulan ni shaklee buat offer best seller set ni. 

Jika berminat, boleh wasap Saya segera ya. 

Wasap.my/60136216522

Salam hormat,

Pengguna shaklee sejak 2013 

Anisah Khalid

Boleh click link di bawah untuk terus register sebagai ahli shaklee dan dapat beli shaklee dengan harga ahli. 


Atau click di sini untuk terus membeli ya https://www.shaklee.com.my/products/promotion/00P517?sid=963691






Isnin, 7 Ogos 2017

Merokok Penyebab Masalah Kesuburan

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera, 

Baru-baru ini ada kawan yang mengadu suami nya kuat merokok pada masa yang sama mereka sedang berusaha untuk mendapat anak. 

Apa kaitan rokok dan anak???

Banyak kaitan nya kan... 

Jom baca artikel yang dikongsikan oleh Doktor Pakar dari KPJ. 

Sila klik untuk lebih jelas

๐Ÿ˜ฏ35% Masalah kesuburan di sebabkan oleh kualiti sperma yang buruk!!!๐Ÿ˜ฏ
๐Ÿ˜ก rokok merosakkan DNA dan kesihatan kanak2
๐Ÿ˜กrokok meningkatkan risiko leukimia 
๐Ÿ˜ก rokok mempercepatkan menopaus wanita 



๐Ÿ˜Rokok ada manfaatnya ke???

Selain dari pembunuh dalam senyap... Apa lagi tugas rokok? ๐Ÿ˜•Menjejaskan kualiti kesihatan diri perokok, dan lebih dahsyat lagi... Menghancurkan kesihatan penghidu asap rokok, pasangan dan anak2 terutama nya. 

Buat yang sedang berusaha untuk dapat anak, permata hati...๐Ÿ‘ง๐Ÿ‘ฆ Kena berusaha untuk berhenti rokok dulu. InshaAllah semoga kesuburan bertambah baik dan anak yang bakal lahir, lebih sihat berbanding kepada anak kepada perokok tegar. 

Antara usaha yang boleh dilakukan ialah...cari maklumat dan klinik yang membantu anda. Kan sekarang ni maklumat di hujung jari. Nak tak nak je kan???


Pihak kementerian kesihatan malaysia ada sediakan program khas bagi membantu 'mangsa' penagih rokok untuk BERHENTI merokok.. 

Sila click : www.infosihat.gov.my/infosihat/direktori/klinikberhentimerokok.php
...
Untuk membantu meningkatkan kesihatan khas untuk lelaki dan wanita. Pihak shaklee telah sediakan package khas seperti di poster di bawah ni. 



Cantik dan best bekas air ni... Air tahan panas beberapa jam! Ala2 brand thermos tu. Merah untuk set wanita, biru untuk set lelaki...

Salam hormat,
Rakan Shaklee anda,

Anisah 0136216522


Rabu, 31 Mei 2017

Mengapa Bayi tolak susu ibu semasa dalam pantang?

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. 

Alhamdulillah. semakin kerap dengar rakan2 yang hampir sebaya dapat anak lagi. buat adik2 yang pertengahan 20an, ramai yang baru menerima cahayamata pertama. Alhamdulillah. tahniah diucapkan. 

Tetapi... hati dan naluri keibuan saya terusik bila rakan baik saya mengadu... 'Dalam pantang lagi terpaksa bagi susu botol pada anak. pam susu ibu pastu letak dalam botol. sebabnya dia taknak minum direct. lama2 susu pun semakin kering. Sekarang baru 2+bulan, susu dah kering. tolong...' 

Ada pula kes yang sanggup dalam erti kata lain terpaksa pam susu selama berbulan2 walaupun beliau seorang surirumah yang menjaga sendiri anak beliau. terpaksa bagi guna botol sebab bayi menolak untuk minum direct. Bila boleh bagi direct ni banyak 'tugas penyusuan' tu dimudahkan, tak perlu nak basuh botol, steril lagi dll. Kata Dr Suriyakhatun, sila la jumpa pakar laktasi untuk konsultansi jika terlibat dengan kes seperti ini. 

Ok jom kita baca perkongsian dari doktor...


Mengapa Bayi tolak susu ibu semasa dalam pantang?



Saya : Anak sudah tidak dapat susu badan ya ?
(Anak berumur 3 bulan)
Ibu pesakit : Ya doktor . Semasa lahir dulu anak saya masuk wad dan saya perah susu badan dan diberikan pada anak dengan botol susu. Lepas keluar wad dia sudah tidak mahu direct feed jadi saya masih kena perah susu untuk berikan, lama kelamaan susu saya kering . 


Ini cerita yang saya dengan terlalu kerap ! 

Kenapa anak tidak mahu hisap dari nipple ibu setelah dapat nipple silikon terlelbih awal ?


Anak yang baru lahir belajar dari pengalaman. 

Nipple silikon mudah hisap, tidak perlu usaha lebih untuk dapatkan susunya . Nipple ibu kena buat kerja lebih keras, Hisap kena kuat baru susu mengalir maka bila bayi dapat pilihan dan sudah diberikan yang lebih mudah dia akan pilih yang lebih mudah. Maka bila diberi nipple ibu dan dia menangis saja ibu berikan semula nipple silikon anak pelajari sesuatu: Anak pelajari bahawa kalau saya menangis saya akan dapat yang lebih mudah hisap !

Saya sendiri mengalami perkara yang sama dengan anak saya yang dilahirkan dihospital pada zaman dimana susu badan tidak dipentingkan. Macam mana saya boleh tekad nak susukan anak juga saya pun tak ingat tetapi selepas lahir nurse terus berikan susu formula. Malahan semasa anak ke empat saya sengaja tidak bawa botol susu dan nurse marah saya. " Dah tu bila dia menangis lapar nak bagi apa ?" Saya jawab bawa kepada saya . Muka marah dia masih saya ingat lagi . 

bayi menangis kelaparan? -ihsan google


Itu dulu. Sekarang ini jika ibu bersalin di hospital mesra susu ibu, anak tidak akan diberi nipple silicon. Jika diberi susu ibu yang telah di perah pun diberikan dengan sudu dan bukan dengan nipple silikon.

Pengalaman saya pula dengan anak saya yang baru lahir yang telah tolak menghisap dari saya adalah saya tidak memberikan dia pilihan lain. Saya terus cuba berkali-kali dan sabar dengan anak yang menangis bengis. Saya ibu, saya yang tahu apa yang baik untuknya. Saya tidak boleh ikut kehendaknya dan lama kelamaan, sebab dia lapar dan tidak ada pilihan, dia hisap juga dari saya.

Kenapa Allah swt jadikan bayi yang hisap susu ibu kena guna tenaga hisap yang kuat?

 Itulah senaman paling awal bayi kita untuk dapatkan otot mulut yang kuat dan untuk bina bentuk muka yang baik . Anak yang hisap susu ibu, otot mukanya sempurna, otot mulutnya sempurna dan pertuturannya lebih jelas dari yang hisap susu botol. Fahamlah bahawa saya bercakap umum dan ada saja pengecualian dari apa yang saya sebut ini .
Terlalu banyak khasiat susu ibu, berusahalah walaupun susah. Ingat bahawa bayi kecil itu ada kehendak dan kemahuannya dan ibunya juga yang lebih tahu apa yang baik untuknya ( ibu yang berilmu..ada juga ibu yang jahil ).

Dipetik dari fb page Dr Suriyakhatun

...

Ada saya kongsikan pengalaman saya berjumpa dengan beberapa orang ibu dengan alasan yang pelbagai. ada saya kongsikan di sini Susu-terbaik-pilihan-ibu-terbaik

Artikel yang berkaitan dengan susu ibu  

Alhamdulillah saya telah bergelar susu ibu sejak tahun 2009 untuk anak yang pertama dan berterusan sehingga ke hari ini. (cuti menyusukan sekejap pada tahun 2015). Banyak keistimewaannya buat si ibu dan anak yang kami sama2 dapat nikmati. Alhamdulillah antaranya ialah BONDING kuat diantara anak&ibu , IMUNITI anak kuat dan si ibu cepat kembali ke saiz asal. Percaya tak saya masih boleh pakai baju semasa saya berumur 14tahun? Alhamdulillah. 

Jadi ibu2, jika ada masalah penyusuan, silalah dapatkan nasihat pakar laktasi atau pun paling kurang dengan rakan2 yang telah menjadi ibu2 berpengalaman menyusukan anak mereka. 

Di akhirkata, jom kita baca terjemaahan ayat Al-Quran tenatang penyusuan susu ibu.


Jom ibu2 semua... buat para ayah, terima kasih atas sokongan anda dalam menjayakan misi penyusuan ini

Ikhlas,

Anisah 
#bfmumSince2009

Isnin, 8 Mei 2017

Perbandingan ESP, Mealshakes dan Cinch Shaklee

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. 

Baru-baru ni kecoh se-malaya, ESP dah sampai dan boleh di order limit 20 tong jer per SID pada 28 April.. tup2, sekitar pukul 8malam ESP OutOfStock dah.. huhu. kemudian 5 Mei.. shaklee announce ESP dah available namun limit 10 tong per SID. tup2.. sejam selepas tu Out Of Stock lagi!

ni kan dah nak puasa, ramai juga yang dah mula puasa sunat. ESP memang biasa menjadi sarapan/sahur bagi kebanyakan pengedar shaklee mahupun pengemar ESP yang hanya makan sendiri. Antara tanda DEMAND terlebih dari SUPPLY ni. InshaAllah shaklee sedang cuba memenuhi permintaan pengemar ESP.

Bila ESP nak sampai lagi? tak tahu lagi... alternatively boleh je minum Mealshakes ataupun cinch. +- lebih kurang juga lah fungsinya. 



Jadual dibawah ni perbandingan di antara ESP. Mealshakes dan Cinch. 


Untuk ibu hamil/ menyusu dan warga tua(yg tidak diabetis) boleh mengambil meal shakes sebagai alternatif. Bagi yang lain, boleh minum cinch shake mix. Dari segi rasa? mealshakes & ESP berperisa vanilla. Cinch pula ada dalam perasa vanilla, chocolate ataupun latte. 


Saya personally... suka je semua. hehe. bukan hanya kerana saya pengedar shaklee tapi kerana khasiat yang terkandung di dalam nya dan kesan yang baik pada badan dan kulit yang saya dapat rasakan. 

Jika anda berminat, sila lah hubungi saya ya...

Salam hormat, 

Anisah 
0136216522
fb.com/anisahkhalid86

18 hari menuju Ramadhan...

Isnin, 10 April 2017

Anda seorang penulis? Jom jadi penulis yang bermanfaat.

Assalamualaikum wbt dan Salam Sejahtera ...

Apa khabar anda hari ini? Semoga sentiasa dikurniakan kesihatan yang baik dan dipermudahkan urusan. Aamin.

Alhamdulillah... Kita di latih untuk menulis sejak ... Erm... Tadika? Atau paling lewat sejak sekolah rendah lagi. Penulisan adalah salah satu cara komunikasi yang digunakan sejak zaman dahulu lagi. Melalui penulisan banyak ilmu dapat disampaikan dari generasi ke generasi. Walau dalam era moden sekarang, di mana rakaman video penyampaian ilmu berada di hujung jari. Namun ilmu dan perkongsian dalam bentuk penulisan sentiasa akan releven. Nilainya tetap lain, lebih mendalam, lebih tepat dan lebih2 yang lain lagi.

Alhamdulillah. Dalam era 'media sosial' sedang berkembang dengan jayanya ni, ramai di kalangan kita menggilap kemahiran menulis perkongsian peribadi, ilmiah atau apa sahaja menggunakan mukabuku / blog.

Ia menjadi medan penyebaran ilmu pemakanan, kekeluargaan, kerjaya , dan macam2 lagi. Sampaikan bila apa sahaja yang kita nak tahu ... 'Google' je . ada lebih 1001 ilmu/info yang dikongsikan di alam maya ni. Info lebih mudah dicari di alam maya berbanding buku sebab internet yang tolong carikan specific perkara yang kita nak tahu. Berbanding dengan buku, kita kena cari sendiri la kan???

Itulah bila kita berkongsi ilmu, info , tips ataupun perkongsian peribadi lagi2 di alam maya ni, jom jadikan ia bermanfaat untuk dikongsikan. Doakan saya juga begitu.



 Saya memang minat bercerita, dulu sebelum zaman media sosial ni, saya banyak bercerita secara live dengan keluarga dan rakan2. Sekarang, kita sesuaikan dengan keadaan semasa.  Kadang tu, fb & blog ini seolah macam diari. Lagi2 bila melibatkan perkembangan anak2. Alhamdulillah sedikit sebanyak menjadi inspirasi pada diri sendiri dan orang lain untuk menjadi lebih baik.inshaAllah.

  Saya suka membaca dan berkongsi. Jika rajin, say a olah mengikut kefahaman saya. Jika ilmu tu agak berat, biasanya saya c&p, kemudian saya buat sedikit rumusan. Yelah bila kita belum pakar dalam sesuatu hal, kita perlu rujukan yang tepat untuk perkongsian yang bermanfaat. InshaAllah.


Salah satu impian saya.. Nak hasilkan 'diari mama - perjalanan membesarkan anak2 dengan sihat & cergas' boleh di compile kan dari perkongsian saya di fb & blog. Semoga ia menjadi rujukan anak2 saya bila mereka Ada anak nanti.  Amboi jauhnya fikir... Anas belum pun 8tahun. Itulah fungsi menulis... Ia akan kekal dalam bentuk penulisan dan boleh di sampaikan ke generasi seterusnya.

Mari sama2 doakan kita consistent untuk terus menulis perkara yang baik2 dan bermanfaat. Semoga ia menjadi pencen akhirat kelak. Aamin ya rabbalamin



Psstt Anisah! Cepat siapkan thesis Masters tu!!! Doakan saya dapat tamatkan masters dengan jayanya tahun ini.Aamin ya rabbalamin.


Terima kasih kerana sudi singgah di sini.

Sehingga berjumpa lagi.


Khamis, 30 Mac 2017

Kenapa orang lain lebih berjaya???


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera, 
Alhamdulillah saya di kelilingi oleh rakan2 yang positif, menurut kata pakar motivasi jika kita berada bersama dengan mereka yang positif maka jiwa kita juga akan terlatih untuk menjadi positif. 

Di kala... kata terasa apalah nak jadi dengan aku ni??? 
Di kala rasa cemburu orang lain  lebih berjaya, kenapa???
Di kala jiwa terasa... apakah yang patut aku lakukan???
Di kala terasa... perlukah aku berjumpa kaunselor???

Alhamdulillah... Alhamdulillah... Alhamdulillah. soalan2 terjawab bila menonton video motivasi dari Prof Muhaya dan juga ustaz dan ustazah.

Tetiba hari ni terbaca posting fb dari seorang rakan sekelas semasa degree dulu, beliau agak pendiam dahulu dan kini telah bertugas sebagai seorang pendidik. berjaya dalam kerjaya beliau, inshaAllah. 

Refleksi tentang 'hidup dan kejayaan'



Setiap kali buat "quiz", mesti ada yang aku tidak boleh skor.
Setiap kali buat "test", mesti ada yang aku buat silap.
Setiap kali buat " assignment", mesti ada yang aku cuai.

Kadang-kadang aku cemburu dengan orang lain.

Orang lain belajar biasa-biasa saja
Orang lain asyik tidur saja
Orang lain asyik main "game" saja
Orang lain hadap muka buku saja
Tapi boleh skor dengan cemerlang

Kenapa orang lain boleh skor dengan cemerlang?
Kenapa aku tidak boleh menjadi seperti orang lain?

Mungkin,
Waktu aku tidur, orang lain bangun untuk belajar
Waktu aku berjimba, orang lain sedang pulun untuk memahamkan apa yang tidak faham
Waktu aku sibuk bergosip, orang lain sibuk membuat "homework"
Waktu aku lapang, orang lain sibuk ulangkaji

Usah salahkan orang lain. Tetapi tanyalah pada diri, adakah aku ingin skor dengan cemerlang seperti orang lain? Jika ya, bangkitlah. Usah dikenang peristiwa yang berlalu. Tetapi bangkitlah dari lena itu dan teruslah berjuang serta berusaha untuk skor dengan cemerlang seperti orang lain. Jadikan peristiwa yang lalu sebagai pembakar semangat untuk mencapai cita-cita dan impian yang diimpikan.

Kejayaan itu tidak akan datang bergolek tanpa usaha yang gigih dan semangat yang kental. Bangkitlah walau jatuh berkali-kali kerana manisnya kejayaan itu apabila kita tidak kenal erti jemu dan putus asa.
- Halimah Mohammed 30 Mac 2017-



Terjemaahan surah albqarah ayat 286 juga telah menjelaskan Allah tidak akan membebani hambaNya melainkan apa yang terdaya olehnya.
 
Yakinlah ujian Allah itu datang dengan hikmah tersendiri. jom usaha untuk sentiasa memperbaiki diri.

Semoga Allah permudahkan, lancarkan urusan saya, anda dan kita semua di dunia dan di akhirat...al fatihah

Road to Ramadhan 1438H... another 59days. 

Salam hormat, 

Anisah 0136216522
 

Selasa, 14 Mac 2017

Rindu bau baby...

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
 
Alhamdulillah...Alhamdulillah...Alhamdulillah...

Baru pagi semalam share post dari Pa&Ma ni...
 
 
 Orang lain kata, ala amni dah besar, dah boleh ada adik tu, tapi kami suami isteri rasa biarlah dulu... besarkan 3 orang yang sedia ada dengan kasih sayang dan perhatian yang secukupnya, inshaAllah nanti ada rezeki... ada lah amni dapat adik. hehe. sementara tu, jom kita cium bau baby lain.. ;)
 
Rindu bau baby, yang orang kata 'bau syurga' tu.. alhamdulillah... dan2 terus dapat tahu sepupu baru je bersalin di Hospital Shah Alam...;) dan2 tu juga message dia kata nak ziarah. 
Dulu berangan nak bersalin di Hospital Shah Alam sejak ngandungkan Anas, then Amanina, then Amni.. semuanya hospital belum siap...Amni lahir bulan 10-2015, bulan 1-2016 baru dewan bersalin mula beroperasi. Jadinya kita ziarah lah orang lain, tengok suasana di hospital shah alam. Cantik! nampak selesa... memang jauh beza lah dengan hospital klang = HTAR. yelah HTAR kan hospital lama...

Alhamdulillah... dapat jumpa sekejap semalam...share sikit2 pengalaman sendiri. inshaAllah sebagai panduan asas pada ibu baru.

Antara entry favourite ibu2 nyusu... ;) ===> berapa banyak susu yang diperlukan oleh bayi???

lagi2 yang baru bersalin...

'Istilah susu sikit' tu sebenarnya sesuai dengan saiz perut baby.

RELAX... nanti susu akan keluar ikut kesesuaian.

POSITIF kan diri...

Pegang konsep SUPPLY & DEMAND

dan yang penting DOA selalu..

Semoga berjaya!!!
 
Ikhlas,

Anisah 0136216522
Breastfeeding Mum Since 2009... (eh lama dah kan? Alhamdulillah)
 
Click untuk info ESP==> ESP

Rabu, 1 Mac 2017

Boleh ke Ibu hamil bersenam?

Assalamualaikum dan Salam sejahtera.

Di doakan anda & kita semua dikurniakan kesihatan yang baik dan rezeki yang berkat. Aamin ya rabbalamin

Ada yang tanya dengan saya, boleh ke Ibu hamil bersenam???

Kan ada bayi yang sedang membesar dengan jayanya, kulit dah menegang, kaki dah bengkak, pinggang dah sakit2, macam an nak bersenam?

Boleh, yang sakit2 tu boleh dikurangkan Bila kena gaya nya. ;) Boleh pm saya untuk kongsikan.

Jadi Ibu hamil tak boleh la asyik nak baring jer, lama2 lagi sakit badan sebab banyak sangat lemak extra sana sini.

Ini poster untuk bersenam semasa hamil, sebenarnya kalau ibu2 ada buku pink- rawatan di klinik kesihatan kerajaan tu, ada juga poster2 seperti ini.


In fact, senaman ini membantu untuk melancarkan proses bersalin. 

Alhamdulillah saya amalkan dulu dan semasa nak bersalin tu, alhamdulillah dipermudahkan sangat. Dan saya terkebil2 'eh betul ke dah bersalin?' walaupun tu pengalaman kali ke3. 

Selain tu, mestilah juga amalkan pemakanan yang baik, banyak kan zikir, berdoa dan mengaji. InshaAllah Allah beri kekuatan yang luar biasa dan permudahkan urusan. 

Buat rakan2 yang sedang hamil dan bakal bersalin... Enjoy the moments and all the best. 

RabbiYassir Wala Tuassir
Rabbi tammin bi khair

Salam hormat,
Anisah 0136216522

Rabu, 8 Februari 2017

ESP Shaklee Kembali dengan Perisa VANILLA

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
 
Alhamdulillah... mengimbau perkenalan saya dengan shaklee dulu, asbab menyusukan amanina. Jadi cubalah minum ESP + alfalfa + ostematrix.
 
dan sejak tu ESP kegemaran saya tau! sejak 2013 lagi...
 
Dulu perisa asli, ala2 pure air soya tanpa gula tu.
Mula2 minum dulu macam agak pelik juga.. hehe. yelah tak manis kan. pastu saya tambahlah milo/horlick.. pernah juga bancuh dengan Performance Drink perisa oren tu. 
 
 
Alhamdulillah saya suka jer.. hehe. sebabnya kesan nya yang best tu cover habis la rasa yang awal2 tu mcm tak sedap. 
 
tetiba gastrik dah lama tak kena,
tetiba cepat dan lama rasa kenyang,
tetiba kulit macam lembab je,
tetiba kulit macam tegang je
dan yang paling best
tetiba perasan slim... 
 
ok sila jangan besarkan mata tu. haha. boleh cuba sendiri untuk rasa kesan nya. 
 
dan takdelah tetiba sangat. hehe. kenalah consistent minum. kesan nya bila boleh rasa/nampak tu bergantung pada  seseorang tu sendiri. ada yang cepat, ada yang lambat. dan inshaAllah jika minum berpanjangan dalam tempoh yang lama pun OK je.. sebabkan shaklee di jamin selamat. 
 
Shaklee ada kajian klinikal dan landmark study yang membuktikan produk shaklee selamat dan berkesan di makan untuk tempoh masa yang lama. cer google je 'landmark study shaklee' .. ada papernya jika anda berminat nak baca dan tahu lebih lanjut. Boleh juga click -->website shaklee Malaysia
 
ppsst tambahan, masa saya pregnantkan khadijah, strecthmark macam takde! makcik urut pun pelik.. kenapa tak macam orang selepas bersalin pun? ;)
 
Wow, sekarang ni pula... ESP dah berperisa Vanilla... mesti sedap kan! shake dengan air sejuk... dah jadi ala2 aiskrim vanilla gitu. 
 
 
 
 
 Jom nikmati kesan2 sampingan yang awesome ni.
Anisah Khalid 0136216522

Ahad, 5 Februari 2017

Promosi Shaklee Februari 2017


⭐️PROMOSI SHAKLEE FEB 2017!⭐️
===================
1. OSTEMATRIX (Calcium & Magnesium)
✅ Buy 6 Free 1 / Buy 2 Get 5% Off

2. VITALEA FOR CHILDREN
✅ Buy 3 Free 1

3. LECITHIN
✅ Buy 1 Free 1 (Expiry Apr 2017) Non promo : Expiry 2018

4. ALFAFA 700 biji
✅ Buy 1 Free 1 (Expiry Jun 2017) Non promo : Expiry 2018

5. ALFAFA 330 biji
✅ Buy 1 Free 1 (Expiry Aug 2017) Non promo : Expiry 2018




Sila refer poster di atas untuk Harga  promosi. Terima kasih!

P.s untuk harga ahli khas untuk ahli ;) boleh pm saya untuk konsultansi PERCUMA.

Rabu, 5 Oktober 2016

Menyusukan dan TURUNkan berat badan

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera, 

Alhamdullillah dengan sokongan dari KKM, dan kesedaran ibu2, ramai yang berusaha memberikan susu ibu kepada anak masing2, walaupun bekerja!

 Saya tabik hormat pada ibu bekerjaya dan masih exclusively bagi susu ibu buat anak tersayang. gigih ibu2 menyediakan stok ebm dan 'memproses' botol2 etc. 


Alhamdulillah, di samping dapat beri susu yang TERBAIK untuk anak, ibu2 juga berPOTENSI untuk SLIM tau! Alhamdulillah, ke arah kesihatan yang baik untuk ibu & anak jua. 

Erm, tapi tak semua kan ibu yang menyusukan dapat turunkan berat badan ??? yelah, semasa hamil, berat badan di galakan untuk naik, yang sebenarnye sepatutnya adalah berat badan bayi yang dikandung + lemak2 sikit yang diperlukan. tapi bila bayi dah selamat dilahirkan, ada pula ibu2 yang tak berjaya kembali ke berat asal (sblm hamil) dan ada yang bertambah2 pula berat nya selepas bersalin. Kenapa ya? Sebab ada yang menggunakan alasan 'JADI IBU SUSU boleh MAKAN BANYAK... CEPAT LAPAR dll' Sebenarnye, macamana ya?


Ok jom teruskan membaca dan saksikan sekejap video sshhhh rahsia Pn Shiemz berjaya menyusukan dan pada masa yang sama berjaya menurunkan berat jaaaauuuhh dari berat sebelum hamil. ;) 





TESTIMONI NECK : MENYUSUKAN DAN TURUNKAN BERAT BADAN


Alhamdulillah, dalam program NECK, dah ramai IBU MENYUSU yang berjaya turunkan berat badan secara sihat TANPA MENGGANGGU PENYUSUAN.

Mereka tetap berjaya FULLY BREASTFEED baby tanpa perlu formula pun.

Sebabnya, walaupun ibu-ibu target nak kurus, SUSU IBU itu tetap HAK BABY, so jangan diabaikan yer. Jangan diet yang salah sampai susu kering pulak.

Jom dengar testimony dari Shiemz, salah seorang peserta NECK. Beliau bukan saja berjaya turunkan berat badan, tapi juga berjaya FULLY BREASTFEED baby beliau yang berumur 1 tahun 2 bulan (semasa beliau menurunkan berar badan). 



Jadi bagi ibu-ibu menyusu yang teringin sangat nak kuruskan badan, di samping nak teruskan FULLY BREASTFEEDING your baby, program NECK adalah YANG TERBAIK untuk anda!!

NECK BATCH 21 last registration by 7 Oktober 2016.


Tempat adalah terhad!!

Team NECK

Anisah #0136216522

Surirumah & Media : Bersama Membangun Potensi Suri Rumah Rahmah

 ๐—ฆ๐˜‚๐—ฟ๐—ถ๐—ฟ๐˜‚๐—บ๐—ฎ๐—ต ๐—ฑ๐—ฎ๐—ป ๐— ๐—ฒ๐—ฑ๐—ถ๐—ฎ  Alhamdulillah, di izinkan Allah untuk hadir 2 hari ๐‘ฉ๐’†๐’๐’ˆ๐’Œ๐’†๐’ ๐‘ท๐’†๐’๐’ˆ๐’–๐’“๐’–๐’”๐’‚๐’ ๐‘ด๐’†๐’…๐’Š๐’‚ ๐‘บ...