Memaparkan catatan dengan label AsyrafAnisah. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label AsyrafAnisah. Papar semua catatan

Isnin, 17 Julai 2017

Resepi lala masak lemak cili api

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Alhamdulillah... Hari ni dalam sejarah, seawal  pukul 7 pagi dah ke pasar. Dan bukan sekadar pasar... Pasar Besar Klang. Jiran2 duk cakap kat sana seafood segar dan murah. Since ada yang sudi jemput pergi sekali, maka pergila saya tanpa anak2.. Yeah! Shopping tanpa anak2. Hehe. Shopping barang dapur je pun.

Alhamdulillah, dapat beli lala dengan harga RM4/kg. 

Oh lagi satu kalau nak beli seafood ni, kena beli ikut kg... kiranya takleh nak minta 500gm je. kecuali pakatlah dengan kawan2 ke. erm, tapi lala sekg tu.. sikit je, puas la kami makan anak beranak. Rambang mata juga hari tu, nampak kesegaran hidupan2 laut ni, kata penjual ada yang masih gedik2 nyawa ikan lagi. kalau nak lagi fresh, datang pukul 3-4pagi.  agak2 nak pergi, click je kat google map tu 'pasar besar klang' nanti jumpa la ye. Sebab ramai juga yang belum pernah sampai, walaupun duduk di shah alam dan klang jer. 

Oklah posting ni sebenarnya nak share resepi... since cik abang yang request nak LALA masak lemak cili api, siap google lagi. jadi kita pun re-share la kat sini. hehe. basic je sama je macam masak lemak lain juga. tapi saya pasti, ada je yang tak sure kan. hehe. ;) ok lah selamat membaca dan mencuba... kemudian menjamu selera.


Resipi lala masak lemak cili api

LALA masak lemak cili api


Bahan A
Bawang besar
Bawang putih
Cili api
Cili merah
...
Bahan B
Serai di ketuk
Santan 1 kotak
Garam secukup rasa
Gula secukup rasa
asam keping ( kebetulan kat rumah dah habis, jd saya tak letak pun)
...
Lala   1kg
...
Cara2

1. Blend bahan A
2. Masukkan bahan A + B, didihkan
3. Masukkan lala dan kacau

Siap... Nyummy... kesegaran lala tu, sedapnya. Alhamdulillah.

Alhamdulillah. Cik abg dan anak2 sangat suka.

Psst jemput makan alfalfa ya selepas tu.
Macam saya dedulu allergy seafood sekarang? Pantang jumpa jer.



Info alfalfa click -->alfalfa atau Shaklee Malaysia - Alfalfa ,

Selasa, 9 Jun 2015

Meluntur anak melalui Al- Fatihah

Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera,


Apa khabar pembaca sekalian? Moga sentiasa dalam rahmat Dan kasih sayang Allah swt.                                              
Izinkan saya berkongsi kisah yang di kongsikan kepada saya... ;) perkara mudah yang mungkin boleh mengubah banyak perkara.


HADIAHKAN ALFATIHAH



Bukan mudah mendidik anak-anak. Kita hanya ada peluang untuk melentur mereka sekali sahaja. Bila sudah menjadi buluh, tersilap cara, bimbang kian 'patah riuk' jadinya. Bila melihat ramai muda-mudi sekarang yang rosak akhlaknya, kita yang ada anak kecil2 ini pun cemas juga.. Andai sudah tersalah didik, masa bukannya boleh berpatah balik.. Allahu Akbar!

Sebab itu, setiap kali bertemu dengan ibubapa yang saya anggap sudah berjaya mendidik anak mereka dengan baik, saya akan cuba menadah rahsianya. Memang, lain orang, lain pula pendekatan mereka. Hari ini saya ingin kongsikan rahsia seorang bapa yang sangat saya hormati ilmu dan keperibadiannya. Oleh kerana saya sedang berusaha untuk 'tidak terlupa' mengamalkan nasihatnya, maka saya cuba kongsikan. Kata orang, makin kita rajin menyampaikan, makin lekat sesuatu perkara itu di dalam ingatan. Jadi, seperti biasa, sama-samalah kita pesan memesan dan menyebar kebaikan. 

Kata si bapa, ada satu amalan yang dilakukannya secara istiqamah. Setiap kali lepas solat, dia akan hadiahkan al-fatihah buat anak-anaknya. Amalan tu bermula sejak Allah 'mengetuk hatinya' ketika mendengar satu kuliah di masjid. Kata penceramah, ramai yang malas hadiahkan al-Fatihah kepada Baginda Rasulullah. Dia yang tak pernah melakukannya serta merta diterpa rasa sebak lalu menangis teresak-esak. 

Sejak itu, amalan menghadiahkan bacaan al-Fatihah mula menjadi tabiatnya. Usai solat, itulah ikhtiarnya. Disedekahkan .-Fatihah untuk Rasulullah, kedua arwah ibubapanya, isteri kesayangannya dan juga anak-anak permata hatinya juga. Barangkali berkat amalan mudah itu, dia hidup tenang dan berjaya. Saya juga tumpang seronok melihat keluarga bahagianya. 

Sahabat-sahabatku yang baik, 

Cuma hadiahkan al-Fatihah! Mudah sahaja, kan? Berapa minit sangat masa yang diperlukan? Tapi perkara yang mudah, tidak akan mampu kita buat tanpa hidayah. Perkara yang semudah ini pun kadang-kadang kita gagal buat dengan istiqamah. 

Kita mungkin biasa membaca al-Fatihah sebagai wirid selepas solat. Namun selepas ini, jangan lupa niatkannya sebagai hadiah. Sebut satu persatu nama penerimanya. Secara automatik, dengan hanya satu amalan, pahala kita akan jadi berganda-ganda. Sudah dapat pahala membacanya, dapat pula pahala bersedekah dan mendoakan kebaikan untuk mereka. 

Mulai sekarang, ketika ini, jom kita cuba buat perkara2 mudah yang disukai Allah. Jgn lupa, setiap kebaikan yang kita kirimkan untuk orang lain, pasti akan kembali pula kepada kita.. Subhanallah..


Via Ustaz Fikri
PS: amalan INI boleh juga diamalkan oleh para ibu
#peringatan buat diri yang lupa#


Alangkah baiknya jika kita baca dan kita faham apa yang kita baca. Moga Allah lorongkan kita jalan yang lurus dan di redhaiNya...

Alhamdulillah, anak2 saya hafal maksud surah Al fatihah melalui nasyid ni. 

Jom hayati maksud surah al fatihah;






Jom same2 kita beramal secara istiqomah hadiahkn al-fatihah untuk Rasulullah s.a.w, dan kedua ibubapa kita, untuk suami/isteri kesayangan serta anak2 permata hati kita.
X lupa hadiahkan utk diri sdiri juga.. Aminn

Jemput LIKE dan SHARE...;) 

Jumaat, 13 Mac 2015

Makanan Tingkatkan haemoglobin (hb) terutama ketika hamil

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera, 
Apa khabar pembaca yang dihormati hari ni? Moga sihat sejahtera dan bahagia bersama keluarga tersayang. 

;) Alhamdulillah, berita kehamil semakin menjadi2 pula awal tahun macam ni. hehe, bak kata makcik tukang urut masa saya bersalin kan anak sulung saya, Anas (September) dan 

anak kedua, Amanina ( Oktober) , bulan September sampai Disember selalunya jadual beliau penuh sangat dengan jemputan mengurut sebab ramai yang bersalin. ;) bahasa pasar nye.. Disember-Jan = musim mengawan. hehe suka2 jer kan. 

Dua kali mengandung sebelum ni, hb saya di line MERAH.. huhu, di bawah 11. Jadi untuk kehamilan kali ni, saya nak usahakan supaya hb bukan lagi di line merah. Bersungguh lah kali ni nak cari 'bahan2'. hehe. penat tau checkup banyak kali. Sebab if di line merah, kena checkup 2 kali sebulan. Dr takut nanti Anemia, membahayakan ibu dan baby juga.

Ops, lupa nak cakap, Alhamdulillah saya di sahkan hamil sekarang,  lagi sekali inshaAllah anak ke3 ni, bakal lahir sekitar September-Disember. Boleh lah celebrate birthday 3 orang sekali nanti. Doakan semuanya selamat ya. 

Oklah, hari ni nak kongsikan artikel yang saya baca di eMajalah Pa&Ma tentang Makanan Tingkatkan haemoglobin (hb) terutama ketika hamil. 
Topik ni BEST tau... kenapa? 
Sebab setiap kali checkup pregnant, ujian darah ni dah jadi wajib sebab? Nak tahu kenapa? jemput baca ya..
Kadang kala ada dalam kalangan wanita hamil yang mempunyai masalah bacaan hemoglobin (Hb) rendah di dalam sel darah merah atau dikenali sebagai anemia. Hemoglobin merupakan pengangkut oksigen dan zat makanan ke seluruh badan. Oleh itu apabila ibu hamil mengalami anemia, tisu seluruh badan menjadi hipoksia (kurang kandungan oksigen) dan kurang tenaga.
Anemia dikesan melalui ujian darah iaitu apabila paras hemoglobin dalam sel darah merah kurang daripada 11gm/dl.  Cara mengatasi masalah anemia iaitu melalui pengambilan suplemen menambah darah dan pemakanan makanan kaya dengan zat besi.
Pengambilan suplemen yang bersesuaian untuk wanita hamil bermasalah anemia adalah zat besi, asid folik, vitamin C dan vitamin B kompleks. (Click di sini --> Set HAMIL& Menyusu)

Suplemen tersebut penting kerana kandungan zat besi, B kompleks dan asid folik diperlukan untuk pembentukan sel darah merah. Suplemen vitamin C pula membantu meningkatkan penyerapan zat besi.
Sebaiknya makan pil tersebut bersama air kosong atau jus buah-buahan untuk penyerapan optimum. Elakan daripada minum dengan air kopi, teh, minuman berkola, bercoklat dan susu. Minuman ini mengandungi bahan yang menghalang penyerapan zat besi.
Jika ingin mengambil makanan mengandungi bahan penghalang penyerapan zat besi, pastikan ia diambil sekurang-kurangnya satu hingga dua jam selepas waktu makan atau selepas makan suplemen zat besi.

Sumber Zat besi

Sumber makanan yang kaya zat besi yang baik adalah terdiri daripada sumber haiwan seperti daging, hati, ayam, limpa, kerang, ikan, sotong dan ikan bilis. Sayur-sayuran hijau pula seperti pegaga, pucuk paku, kangkung, bayam dan kalian.

Lebihkan makan makanan yang membantu meningkatkan penyerapan zat besi di dalam hidangan setiap hari seperti

*Buah dan sayur yang kaya dengan vitamin C iaitu jambu batu, limau, betik, mangga dan sayuran hijau.



*Minum jus buah-buahan.
*Makan bersama pencecah buah-buahan seperti sambal mangga, tomato atau limau kasturi.
*Gunakan perencah daripada sumber haiwan seperti ikan bilis, udang, isi ayam dan daging.
Adaptasi dari Majalah Pa&Ma.

Apa pun, samaada tengah hamil ataupun tak, balance diet amat2 diperlukan, Di tambah lagi jika semasa hamil, badan kita perlu bekerja lebih lagi. Jadi memang memerlukan hb senormal yang boleh, supaya oksigen dapat di bawa dengan lebih lancar. 

Jadi, sebagai kesimpulan, 

Jom banyakkan makan makanan berkhasiat, tinggi zat besi dan makanan yang kaya dengan vitamins supaya zat besi lebih mudah menyerap dalam darah. 

Di akhirkata, 

Saya doakan anda yang membaca ni, di kurniakan kesihatan yang baik dan dipermudahkan urusan dunia & akhirat. Sudilah kiranya berkongsi artikel ini untuk kebaikan rakan-rakan yang lain. 

Mohon doa kesejahteraan semua muslim muslimat di seluruh dunia. 

Wassalam,

Ibu hamil anak ke 3, 
#9minggu. 

Jangan lupa 'LIKE' post ni dan JOM 'SHARE' dengan orang tersayang. Semoga ada di kalangan mereka mendapat manfaat dari entry ini


TERIMA KASIH!!!!

Surirumah & Media : Bersama Membangun Potensi Suri Rumah Rahmah

 𝗦𝘂𝗿𝗶𝗿𝘂𝗺𝗮𝗵 𝗱𝗮𝗻 𝗠𝗲𝗱𝗶𝗮  Alhamdulillah, di izinkan Allah untuk hadir 2 hari 𝑩𝒆𝒏𝒈𝒌𝒆𝒍 𝑷𝒆𝒏𝒈𝒖𝒓𝒖𝒔𝒂𝒏 𝑴𝒆𝒅𝒊𝒂 𝑺...