Memaparkan catatan dengan label makanan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label makanan. Papar semua catatan

Jumaat, 16 Januari 2015

Diet dengan Makan NASI, boleh kah? (NECK part2)

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Alhamdulillah, Alhamdulillah, Alhamdulillah.... bertemu lagi kita buat ke sekian kali nya. Saya doakan anda yang sedang membaca sekarang dalam keadaan yang sihat, bertenaga dan sejahtera... inshaAllah. terima kasih kerana sudi bertandang ke sini ..;) 

Bila sebut pasal diet... di Malaysia ni la kan, ramai yang kata.. bila nak diet, tak boleh makan nasi dah, nasi tu menGEMUKkan... iye ke? tapi kan kenapa di USA/UK/Australia dan negara yang NASI bukan makanan rugi, orangnya boleh tahan OBES juga? Seingat saya, semasa di UK dulu, ramai jer kekawan yang sejak dari sekolah lagi, dah kategori XL.. belum lagi beranak kan? 



Kita pula, sebagai orang Asia, secara puratanya saiz lebih kecil dari orang barat, tup2, semakin menjadi keGEMUKkannya.. huhu.. Jangan Salah kan NASI ya... sebab nenek atok kita dulu, makan nasi bertahun-tahun... tapi puratanya badan diorang kecil2 jer. huhu. zaman kita ni, sebenarnye terlebih-lebih 'makanan baru'. a.k.a instant & kurang berkhasiat. 

Oklah, saya nak kongsikan hari ni, ada seorang rakan buat announcement seperti di bawah 



Bayangkan... tanpa NASI (karbohidrat) dalam masa 4 hari beliau berjaya turun 5 kg..ok satu pencapaian dalam penYEKSAan.. hehe. saya sendiri tak tahan if tak makan nasi dalam 2 hari. Hari kedua jer, perut dah bergelora.

Berbalik pada cik kak ni, selepas berjaya turun 5kg, dia tak tahan... makan nasi semula, dalam masa 11 hari, berat TAMBAH 7kg pula. huh! 2kg extra dari berat yang turun sebelum tu. 

Aduhai sayang, penat menahan perut, penat menahan nafsu.. tup2, EXTRA juga. 

Nak Berdiet? Buatlah Cara Yang Betul.....

Inilah yang saya ingin tekankan, nak turunkan berat badan akan jadi lebih mudah kalau kita tahu caranya. 

Sebagai rakyat Malaysia yang dah terbiasa makan nasi sejak kecil lagi. janganlah seksa diri hanya kerana nak DIET dengan cara yang tak betul.

Penulis buku ini merangkap sahabat saya ini berjaya turunkan berat badan tanpa perlu rasa lapar.
Yang lagi best, WAJIB makan nasi setiap hari...Best kan? 

Anda boleh baca Ebook Now Everyone Can Kurus.



Ada dua cara anda nak dapatkan ebook ini.

Cara Pertama :

Anda boleh buat belian RM10. 

Masukkan ke akaun Maybank.

No acc mbb 162107083387

email : anisahkhalid@gmail.com


ATAU

Cara Kedua :

Sila tekan Button SHARE di bawah,

Secara automatik. Anda layak dapat ebook ini PERCUMA.

Selepas buat bayaran / SHARE .


 Sila download di sini : Now Everyone can KURUS

Selamat meNIMBA ilmu, dan sama2 slim sama2 jom....  

~ mana tahu dengan satu click... ada yang SANGAT  perlu turunkan berat badan...
 dan secara tak langsung bantu orang lain untuk SIHAT 
dan mungkin dapat menyelamatkan NYAWA....

PENTING sila Click button fb di bawah untuk SHARE~

Jumaat, 6 Jun 2014

Obesiti dalam pengajian Sarjana...

Assalamualaikum dan Salam sejahtera....

Apa khabar anda hari ini? Apa khabar diet anda hari ini?

Alhamdulillah, di antara kepakaran saya sejak aktif dalam shaklee ialah membantu ramai rakan-rakan mencapai ideal weight dengan bantuan supplement dan jadual makanan yang betul. Boleh lihat entry ini

Alhamdulillah, Allah menjawab permintaan saya...Antara impian saya ialah menyambung pelajaran ke peringkat sarjana dengan bidang yang sesuai dengan diri saya. Entry berkaitan ada di sini.


Macam tahu2 je bakal supervisor saya ni tau.. tetiba Dr A ni offer sambung master dengan grant yang beliau perolehi dengan tajuk nya yang mengandungi 'Local food and obesity in Malaysia' 

Antara ayat beliau bila menerangkan pasal kajian ni... Malaysia antara negara 'terkaya' dengan orang yang obese...dan kita perlu bantu mereka dan mengurangkan jumlah tersebut. 

Beberapa artikel yang mungkin buat anda tergangga sekejap...(ok, tutup mulut tu)






Adakah anda tergolong salah satu dari nya?

Cuba kira BMI anda, 









Jika anda tergolong salah seorang darinya, Tentulah anda tidak mahu berterusan begitu, bukan?

Kerana obesity adalah penyebab kepada banyak penyakit lain pula... 




'Obesiti ialah jumlah berat badan yang berlebihan akibat kandungan lemak yang tidak terkawal. Obesiti menyerang tanpa mengira peringkat usia dan jika seseorang itu mengalami masalah obesiti, secara tak langsung, mereka berhadapan dengan penyakit yang berisiko tinggi seperti serangan jantung, diabetes, strok dan darah tinggi.
Punca obesiti ialah makan secara berlebihan terutamanya makanan yang mengandungi kalori, lemak dan gula yang tinggi.
Kesibukan bekerja dan malas bersenam juga menjadi salah satu punca obesiti dan lebih ketara ialah jika bekerja di pejabat serta kurang melakukan aktiviti kecergasan.
Terdapat beberapa gen dalam tubuh yang mengakibatkan berat badan berlebihan. Contohnya, jika ibu atau bapa seorang obesiti, tidak musatahil anak atau generasi akan datang mengalami masalah yang sama.
Selain itu, punca obesiti ini jjuga ialah mengamalkan pengambilan ubat-ubatan tanpa pengawasan doktor yang menyebabkan berat badan bertambah. Contohnya, steroid yang berlebihan boleh menyebabkan diabetes dan hipertensi.'
~Dipetik dari blog Dr Rosmey

Alhamdulillah, Alhamdulillah, Alhamdulillah... 

Dengan tajuk yang 'kena dengan jiwa' saya sekarang, dengan sokongan suami dan ahli keluarga, InshaAllah saya akan meneruskan pengajian dalam masa sebulan ini. Kajian saya akan mengunakan model knapsack problem, mathematical modeling.
 InshaAllah ia kan membantu orang lain di luar sana dalam memilih makanan yang bersesuaian  dengan harga yang bersesuaian bagi mengelakkan obesiti dari terus meningkat di Malaysia. 
Nak tahu pasal knapsack ni?  jemput tengok...http://www.youtube.com/watch?v=ImO-MbW5aCI  , Macam best kan...;) 
InshaAllah, akan saya kongsikan bersama pembaca semua sebahagian dari kajian nya kelak. 
Mohon rakan pembaca mendoakan saya berjaya dalam kajian dan mendapat keputusan yang dapat membantu menyelesaikan masalah orang lain.
'Ya Allah, lancarkan pengajianku dan bisnesku dalam membantu rakan-rakan ku mencapai berat badan yang ideal, supaya dengan kesihatan yang lebih baik, ibadat dan pekerjaan kami lebih mudah dikerjakan..Amin Ya Rabbal Al-Amin '

Salam kejayaan, 

Anisah Khalid 6 Jun 2014
Usaha...Doa...dan TAWAKAL.

Feel free to LIKE and SHARE


Isnin, 2 September 2013

Sedapnya sambal tu.. tapi saya ada ulser mulut...aduh sakitnya

Ulser mulut...Apa zat yang terkurang ni?

Makanan Malaysia terkenal dengan pedasnya...tidak kiralah makanan melayu, india mahupun Cina.

Sedikit sebanyak mesti nak ada cilinya. Saya sendiri pun rasa macam kurang puas kalau makan makanan yang tidak pedas.

 Ini di antara menu biasa kita kan?
Tapi sayangnya tidak dapat nak menikmati sangat kelazatan makanan ini kalau mulut kena ulser.

Ouch... lagi-lagi kalau ulser tu bukan setempat je. merata mulut ada, aduhai.. rasa nak tercabut rambut bila kuah nya terkena kat tempat ulser tu. Kalau ulser yang teruk, even minum air kosong pun sakit juga. 

Saya faham sangat KESAKITAN nya, sebab dulu saya selalu kena ulser ni.. aduhai terbatas sikit mulut ni nak bercakap. kadang sampai orang kurang faham saya cakap sebab jadi PELAT gara2 nak elakkan gigi terkena ulser...

Aduh.. Sakitnya... namun Alhamdulillah sejak kenal Shaklee ini, saya semakin peka dengan punca dan cara mengelakkan ulser ni. 

Jom, saya kongsi sikit pasal ulser mulut ni....

Surirumah & Media : Bersama Membangun Potensi Suri Rumah Rahmah

 𝗦𝘂𝗿𝗶𝗿𝘂𝗺𝗮𝗵 𝗱𝗮𝗻 𝗠𝗲𝗱𝗶𝗮  Alhamdulillah, di izinkan Allah untuk hadir 2 hari 𝑩𝒆𝒏𝒈𝒌𝒆𝒍 𝑷𝒆𝒏𝒈𝒖𝒓𝒖𝒔𝒂𝒏 𝑴𝒆𝒅𝒊𝒂 𝑺...