Rabu, 23 Oktober 2013

Perlu ke untuk jadi LUAR BIASA?

Hari ini, saya nak berkongsi tentang didikan yang telah kita semua  (atau hampir kebanyakan dari kita) lalui sejak zaman sekolah lagi.

Pertama kali saya mendengar lagu Flowers are Red, Green Leaves are Green pada tahun 2004 saya sangat tertarik dengan maksud yang tersirat di sebalik lagu ini.

Kita sangat terbiasa untuk di ajar untuk menjadi BIASA dan sama seperti orang lain.

Contoh yang diberikan sangat mudah... seorang kanak-kanak yang mempunyai daya imaginasi yang tinggi... telah berulang kali di ajar untuk menjadi sama seperti orang lain supaya dapat duduk sama rendah, berdiri sama tinggi dengan orang lain. Kanak-kanak ini di denda kerana bertegas dengan pendapat beliau... dan akhirnya minda beliau berjaya di 'program'kan untuk menjadi sama seperti orang lain.

Pernah kah anda melalui pengalaman sebegini? Saya berani katakan hampir setiap dari kita pernah di'program'kan sebegini.


Bayangkan jika sejak di taska lagi, kita dah di asuh supaya menjadi sama seperti orang lain... kesudahnya.. itu yang ramai takut dan tidak yakin untuk menjadi lain dari yang lain.

Saya kongsikan gambar hasil tangan anak-anak di taska pada bulan April 2013 dan juga pada hari ini 23 Oktober 2013. Terbayang anak-anak juga di didik seperti di dalam lagu tersebut.

Anas's and Amanina's Artwork on 9/04/2013
Perkongsian saya di facebook pada 9 April 2013

I did wonder how both of them, had done something so similar to each other. altho, 2 years age different.
I asked the teachers
 " How did all of them came up with the same quality and design?"  
The teachers said 
" The kids were asked what is the colour of each leaf/flower, then the teachers will help them to paste accordingly."
 Then, I still wonder "Do all of them have the same colour recognition ability despite not the same age group?" ..
what if one kid said "i want to paste this flower on the other side of the colour paper?"... 
will the teacher let/encourage that to happen?

The teachers just smile...
The conversation just ended like that...

And Amanina's class artwork today, 23 October 2013.
Bayangkan ada 9 lukisan yang sama...apa maknaya ye nih? semua di ajar untuk jadi sama je macam yang lain. Memang ada juga lukisan atau hasil kerja anak-anak yang berbeza. Cuma ini adalah salah satu hasil yang agak tidak mengeluarkan kreativiti anak2.

InshaAllah...aktiviti-aktiviti yang lebih menarik akan menyusul di rumah...

Ya Allah, berikan kami kesempatan untuk mendidik anak-anak kami menjadi insan dan khalifah Mu... Izinkan kami mendidik mereka menjadi LUAR dari BIASA... AllahuAkbar!

Hayati Lagu dan LIRIK yang saya ceritakan di atas.  

Flowers are Red , Green Leaves are Green 

By : Zain Bhikha
(Dawud Wharnsby Ali, Muhammed Bhikha & Rashid Bhikha ( Fakazi Ngwekazi (Nhlanhla), Linda Gcwensa & Mfana Nxumalo (Sipho)

A little boy went first day at school
He got some crayons and he started to draw
He put colors all over the paper
For colors was what he saw
The teacher said, "What you doin' young man?"
"I'm paintin' flowers see"
"Well this is not the time for art young man
And anyway flowers are green and red
There's a time for everything young man
a way it should be done
You've got to show concern for everyone else
For you're not the only one"
And she said...
" Flowers are Red , Green Leaves are Green 
There's no need to see flowers any other way
Than they way they always have been seen "
But the little boy said...
"There are so many colors in the rainbow





So many colors in the morning sun
So many colors in the flower and I see every one"
Well the teacher said… "You're sassy
There's a way that things should be
And you'll paint flowers the way they are
So repeat after me..."
she said...

" Flowers are Red , Green Leaves are Green 
There's no need to see flowers any other way
Than they way they always have been seen "
But the little boy said again...
"There are so many colors in the rainbow
So many colors in the morning sun
So many colors in the flower and I see every one"
Well the teacher put him in a corner
She said… "It's for your own good…
And you won't come out 'til you get it right
responding like you should"
Well finally he got lonely
Frightened thoughts filled his head
And he went up to that teacher
And this is what he said
" Flowers are Red , Green Leaves are Green 
There's no need to see flowers any other way
Than the way they always have been seen"


Well time went by like it always does
he moved to another town
And the little boy went to another school
And this is what he found
The teacher there was smilin'
She said..."Painting should be fun
And there are so many colors in a flower
So let's paint every one"
that little boy painted flowers
In neat rows of green and red
And when the teacher asked him "why"

This is what he said..
" Flowers are Red , Green Leaves are Green 
There's no need to see flowers any other way
Than the way they always have been seen."
But there must still be a way to have our children say,
There are so many colors in the rainbow

So many colors in the morning sun
So many colors in the flower and I see every one
There are so many colors in the rainbow
So many colors in the morning sun
So many colors in the flower and I see every one

..............................................................................................................................................................


Hari ini, 23 Oktober 2013.. MASTER HAFSAH merangkap upline saya dalam bisnes shaklee berkongsi pengalaman beliau mengikut 'groupthinking' dalam memilih aliran sains di sekolah, menyambung pelajaran di universiti dalam bidang engineering dan bekerja sebagai Engineer hanya kerana mengikut 'groupthinking'...kerana ikutkan 'groupthinking' beliau rasa sangat SENGSARA melalui nya.. tapi kerana dh terikut... beliau teruskan juga.. sehingga akhirnya beliau berjaya jumpa PASSION beliau adalah di dalam bisnes... hidup terasa lebih seronok, kerana kita buat apa yang kita suka. 

HIDUP dengan LUAR BIASA hasilnya pasti LUAR BIASA

Bukan niat saya, untuk paksa dan ajak semua orang untuk buat bisnes.. Saya sendiri... inshaAllah akan tetap meneruskan Impian saya untuk menjadi seorang PENDIDIK dengan jalan yang berbeza. 

Sejak memula kan pengajian di sekolah lagi, apa yang di terapkan... belajar elok2, nnt dapat scholarship, blh sambung belajar, boleh jadi pensyarah/ kerja dengan kerajaan.. masa depan terjamin. Kata-kata banyak kali sengat di ulang tayang dalam minda saya dan saya yakin dengan ramai pembaca sekalian juga. 

Kalau dulu, saya memang mengharapkan kerja makan gaji semata-mata.. kerana saya dibesarkan dalam keluarga yang memang makan gaji.. Mak dan Abah adalah pekerja kerajaan sejak sebelum saya dilahirkan lagi dan masih berkerja sehingga ke hari ini. Alhamdulillah hidup kami sempurna, tidak lah mewah namun tidaklah papa. Saya di besarkan dengan Mak dan Abah yang berjaya mendapat Doktor Falsafah dalam bidang masing-masing. Alhamdulillah saya kagum dengan mereka. Alhamdulillah saya bangga menjadi anak mereka. 

Namun, Alhamdulillah sejak menyertai Shaklee dan cabaran yang saya terima bila mana biasiswa yang telah ditawarkan kepada saya di tarik semasa saya sedang semangat untuk belajar.  AllahuAkbar... memang saya amat sedih bila selepas mengisi segala borang dan telah berjaya melepasi temuduga dan juga telah memulakan pengajian... tetiba pihak fakulti memaklumkan "kami tidak dapat meneruskan tawaran biasiswa TPM ini, kerana awak tidak mencukupi syarat asas - TIADA SPM BM". (Nota : Lulus Bahasa Malaysia, SPM adalah syarat asas bagi lantikan sebagai pegawai kerajaan).

AllahuAkbar... Yakin dengan setiap ujian, pasti ada hikmah nya. 

Selepas pemakluman itu, minda saya lebih terbuka... sungguh saya katakan.. memang saya sedih, tapi saya yakin Allah nak gantikan perkara yang lebih baik. Even semasa mengisi semua borang tu, saya berbincang juga dengan beberapa orang, termasuk suami saya...

"Jika saya terima biasiswa TPM ni, saya akan terikat 7 tahun untuk berkhidmat dengan UiTM. Apa jadi kalau saya tak sanggup? Saya akan di denda RM100,000 kerana melangkar kontrak. Saya hidup di kalangan pensyarah.. saya tahu pahit manis perjuangan mereka. memang seronok sekiranya dapat menyumbang bakti mendidik anak bangsa.. tapi di sebalik tu.. terlalu banyak cabaran mereka... walaupun selepas 20tahun berkerja.. pendapatan bulanan belum tentu 5 angka... hutang sana sini.. sehingga pencen.. dengan kos hidup yang semakin meningkat sekarang ini.. walaupun pendapatan keluarga sekitar RM4K... hutang memang tidak dapat di elakkan... mahu kah saya tergolong dalam golongan ini?" 



Saya telah membaca banyak kisah sukses LEADERS dalam shaklee ini, ramai yang berjaya jejah 5 angka dalam masa 1 atau 2 tahun sahaja. 

AllahuAkbar... Bila kita di uji, kita lebih mengenali diri... 
dan kita lebih dekat denganNya. 

InshaAllah ... Saya tetap akan meneruskan impian saya untuk menyumbang bakti mendidik generasi muda dan akan datang dengan cara yang LUAR BIASA... inshaAllah. 

Terbakar semangat ... bila di tanya.. mampukah kita menghulurkan wang kepada ibu bapa kita... nenek kita.. adik beradik kita dengan jumlah yang banyak dengan kerja makan gaji? 

AllahuAkbar... inshaAllah menerusi bisnes, lebih banyak dapat di sumbangkan kepada mereka yang memerlukan. .... Setiap kali, dapat bonus.. sebahagian akan di sedekahkan kepada mereka yang memerlukan dan mendatangkan lebih rezeki. Salah satu AMARAN oleh mentors kami --- MESTI sedekah! 

Alhamdulillah... buku ini berjaya membuka minda tentang mudahnya menjemput rezeki...Allah adalah majikan kepada semua majikan... YAKIN dengan ALLAH.
Saya mohon maaf andai penulisan ini terguris sesiapa.. ianya adalah perkongsian ikhlas dari hati...

Ya Allah, tunjukkan lah kami jalan yang memberikan kami kebahagian, kesenangan untuk dunia dan akhirat, Amin.

AllahuAkbar, andai ini bukan jalan yang engkau redhai, tunjukkan kami jalan yang engkau redhai...

Di bawah ini adalah perkongsian oleh Master Hafsah Mardhiah......
...........................................................................................................................................


Hafsah Mardhiah
12 hours ago - 23 October 2013
Follow you PASSION - You will be the best of you!

Dolu-dolu saya pilih aliran Sains selepas PMR, Tingkatan 4 & 5.. Sebab 'group thinking' masyarakat yang memandang tinggi orang drpd bidang sains.. hihu. Sekolah saya dulu bahagikan hanya yg dpt 7A ke atas PMR je dpt masuk aliran sains. Masa tu saya masih boleh tanggung Fizik, Kimia, Bio even tak seberapa bagus.. Dapat la 9A SPM, dengan Fizik dan Kimia A2, Bio B3.. huahua.. busuk je result.

Bila habis SPM, saya bercita-cita nak jadi engineer.. Even saya pun tak jelas engineer tu kerja macam mana.. Masih didorongi 'groupthinking' masyarakat.. pekerjaan yang dipandang tinggi selalunya doktor atau engineer.. tak minat medic, amek engineering.. (Entah betul ke x, tu pandangan saya masa umur 17 tahun tu).

Saya hantar borang permohonan untuk masuk ke UTP.. Alhamdulillah dipanggil interview.. Saya pilih untuk amek chemical engineering. Bila interviewer tanya kenapa saya nak pilih chemical engineering? Saya cakap "Because i love chemistry".. Pastu interviewer bagitahu, "Do you want to be a chemical engineer or a chemist?" Ohhhh lain ke... dah macam tersedar sikit, tapi belum tahu lagi... Cream of the cream, maka terpilih la masuk UTP dpt scholar Petronas...

Bila masuk UTP.. Oh ya Allah... silap pilih course rupenye.. hadoiii la. Memang nightmare nk habiskan pelajaran 5 tahun.. Nak bawak pelajaran berat yang memang tak minat, tak ada PASSION.. paling penting tak mampu nak bawak.. sengsara! Tapi Alhamdulillah dapat jgk habiskn pada masanya.. Dapat Degree in Chemical Engineering walaupun penuh suffer. Result?? Haha.. haremmmm

Bila habis degree.. lalui plak interview utk dpt kerja Petronas.. No turning back.. nk buat macam mana.. dh degree in chemical engineering.. kunun la.. sbnrnye masih sbb terdorong dgn 'groupthinking'.. Boleh je sbnrnye kalau saja buat tak perform interview kan.. hihi.. Alhamdulillah, jalan yg Allah dh lorongkan... terpilih lagi bekerja dengan Petronas...

Bila bekerja, ulangi lagi zaman belajar yg penuh azab.. suffer.. nightmare.. Memang tak ada minat.. tak ada passion.. Lagi teruk bila diri tak mampu nk bawak.. Haremmmm apa pun tak reti.. Mula la self esteem sgt jatuh.. Rasa diri FAILURE... masa mengandung, sakit sikit terus kronik.. MC sentiasa.. EL selalu.. hahaha.. hari2 nk g keje menangis... hahaha.. Elok sgt dh mengandung masa tu, perasaan dh seiring nk resign sbb nk jaga anak sendiri, sekali push factor sbb dh tak tahan keje.. hihuuu

Here I am.. Alhamdulillah keputusan utk resign adalah antara keputusan terbaik yg sy pernah buat! Saya temui PASSION dan KEKUATAN saya dalam Shaklee.. Kalau saya tak cuba, tak buat betul2, mesti sy pun tak tahu sy boleh g jauh dalam bisnes kan..

Alhamdulillah.. Syukur ya Allah.. Selepas 2 tahun dalam Shaklee, saya dah sampai ke rank tertinggi Master Coordinator...  Pendek kata FOLLOW YOUR PASSION! Tak perlu nk follow group thinking masyarakat.. Kerja makan gaji atau kerja sendiri buat bisnes.. Nk kerja apa sekalipun tak ada masalah, asalkan kita betul2 ada minat, passion dan ada kekuatan dalam bidang tu.. Kalau tak sia-sia.. kalau dpt gi jauh pun konfem tak bertahan lama..

Follow your passion, anda pasti akan menjadi yang terbaik!

Master Hafsah Mardhiah,
Hidup Luar Biasa 

Wallahu a'lam.

Sila ‘LIKE’ dan ‘SHARE’ sekiranya anda rasa kisah ini bermanfaat untuk dikongsikan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Surirumah & Media : Bersama Membangun Potensi Suri Rumah Rahmah

 𝗦𝘂𝗿𝗶𝗿𝘂𝗺𝗮𝗵 𝗱𝗮𝗻 𝗠𝗲𝗱𝗶𝗮  Alhamdulillah, di izinkan Allah untuk hadir 2 hari 𝑩𝒆𝒏𝒈𝒌𝒆𝒍 𝑷𝒆𝒏𝒈𝒖𝒓𝒖𝒔𝒂𝒏 𝑴𝒆𝒅𝒊𝒂 𝑺...