Memaparkan catatan dengan label motivasi. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label motivasi. Papar semua catatan

Rabu, 31 Mei 2023

Motivasi Diri Untuk Bangkit Demi Kejayaan

 Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. 

Apa khabar anda hari ini? Di doakan semoga sihat serta sejahtera jiwa dan raga. 

Sekarang ni, selain dari pemakanan yang sihat untuk tubuh yang sihat, makanan rohani juga penting untuk kesihatan mental yang sihat. 

Semasa dunia di landa covid19, isu kesihatan mental amatlah di titik beratkan. Viral lah isu sana sini, maka badan kerajaan dan bukan kerajaan pun giat melakukan aktiviti bagi membendung masalah mental ni. Pada masa itu, ramai yang di buang kerja, ramai yang jadi murung kerana tak boleh keluar rumah. Buat mereka yang makan gaji, walaupun tak dapat keluar bekerja, gaji masih jalan... itupun ramai yang bekerja swasta juga terpaksa ada potongan gaji dan di tamatkan serta merta.

Apa yang membantu mereka atau pun kita, untuk kekal bersemangat? Tentulah motivasi diri kan? 

Setiap dari kita, ada tanggungjawab tersendiri, untuk bangkit demi kelangsungan hidup dan seterusnya berjaya meningkatkan kesejahteraan diri serta keluarga dan masyarakat, Kata-kata motivasi dari keluarga, sahabat dan juga pakar motivasi serta pakar agama dapat membantu untuk kita sentiasa bermotivasi, 


Buat rakan-rakan yang suka menulis dan ingin terbitkan dalam bentuk buku boleh hubungi biras saya yang di sayangi, Nurul Syahida Hassan click Motivasi

Allah sayang kita



Alhamdulillah selalu kan Allah hantarkan jawapan pada persoalan kita dari pelbagai arah, ada kalanya dari arah yang tidak di sangka-sangka. 

Surah Ad-Dhuha adalah surah yang rasa dekat dengan saya sejak saya mula berkecimpung dalam dunia bisnes shaklee ni, alhamdulillah antara amalan rohani yang kerap di tekan kan oleh team kami, amalkan solat sunat dhuha, di mana surah ad-dhuha di galakkan di baca selepas Al Fatihah. 




Izin kan saya berkongsi artikel dari ikim.fm - Dahsyatnya Surah Ad Dhuha. 
...

AL_QURAN sentiasa menjadi didikan yang terbaik buat diri kita. Akan sentiasa menjadi panduan dalam kita meniti kehidupan yang kadangkala mengecewakan.

Menerusi Segmen Ibrah yang keudara di IKIMfm minggu lalu pada hari Isnin, 5.15 petang, Ustaz Muhammad Syaari Abdul Rahman berkongsi mengenai Surah Ad-Dhuha dan bagaimana surah ini menjadi motivasi buat Rasulullah SAW.

Perlu untuk kita ketahui keadaan Rasulullah SAW ketika surah ini diturunkan. Rasulullah SAW merindukan wahyu kerana wahyu telah lama tidak turun kepada Rasulullah SAW. Menyebabkan Rasulullah SAW lebih resah dan gelisah sehingga Rasulullah disindir oleh Ummu Jamil, isteri Abu Lahab “Sesungguhnya Syaitanmu wahai Muhammad telah meninggalkan kamu.”

Al-Quran diturunkan secara berperingkat-peringkat agar Rasulullah SAW dapat menikmati indahnya wahyu daripada Allah SWT dan membuatkan Baginda rindu akan wahyu. Perlu kita muhasabah kembali, adakah kita benar-benar rindu kepada Al-Quran sepertimana Rasulullah SAW rindu kepada wahyu dan ayat-ayat Allah SWT.

Cuba kita kembali merenung diri sendiri tatkala kita ditimpa musibah dan rasa tertekan dengan kehidupan. 3 persoalan yang kita perlu persoalkan ketika rasa kecewa. Yang pertamanya, adakah bila kita kecewa, kita kembali merenung alam sekeliling dan bertafakur serta melihat seketika apa yang berlaku kepada alam.

Keduanya kembali kita renungkan, apa tujuan dan destinasi kita yang sebenarnya. Adakah kita hidup untuk dunia semata-mata atau menuju alam lain dan yang terakhir adakah kita melihat sejarah di masa lampau dan mengambil pedoman daripada sejarah kita.

Tiga perkara ini antara intipati yng terkandung di dalam Surah Ad-Dhuha yang mana bercerita tentang alam, visi dan sejarah. Rasulullah SAW dimotivasikan oleh Allah SWT menerusi ayat 3 Surah Ad-Dhuha yang bermaksud : (Bahawa) Tuhanmu (wahai Muhammad) tidak meninggalkanmu, dan Ia tidak benci (kepadamu, sebagaimana yang dituduh oleh kaum musyrik). Satu ayat ini menjadi tema yang paling penting kenapa Surah Ad-Dhuha ini turun.

Kemudian Allah SWT menghadirkan ayat-ayat lain di dalam surah ini untuk menjadi bukti bahawa Allah SWT tidak pernah meninggalkan Rasulullah SAW dan juga tidak pernah meninggalkan kita. Kadangkala setiap kali kita menadah tangan memohon kepada Allah SWT kita terasa seperti Allah SWT tidak pernah mendengar kita ekoran dosa-dosa yang kita lakukan. Saat kita bersangka bahawa Allah SWT meninggalkan kita, Surah Ad-Dhuha mengajar kita untuk bersangka baik kepada Allah SWT yang Allah SWT tidak pernah meninggalkan kita walau besar manapun dosa yang kita lakukan selagi kita rasa mahu kembali kepada Allah SWT.

Saat mana kita terasa ingin kembali kepada Allah SWT dan saat kita melafazkan ‘Istighfar’ kita, disitulah tanda Allah SWT tidak pernah meninggalkan kita dan hadir bersama rahmat-Nya agar kita tidak tenggelam dan terus-terusan bergelumang dengan dosa.

Bukti yang pertama Allah SWT tidak pernah meninggalkan Rasulullah SAW adalah menerusi alam yang disebutkan menerusi Surah Ad-Dhuha ini. Ayat 1 dan 2 yang bermaksud : Demi waktu dhuha,. Dan malam apabila ia sunyi-sepi –

Allah SWT menciptakan alam ini bukan sia-sia dan apabila kita merenung kejadian alam ini, ia seolah-olah berinteraksi dengan kita. Cuba kita faham bahasa alam kepada kita dengan merenung setiap kejadiannya lalu kita akan faham dua ayat pertama surah Ad-Dhuha. Allah SWT menyatakan wahai Muhammad SAW, keadaan alam sama dengan keadaan kamu, tiada bezanya. Sekiranya alam ada saat gelap gelita dan hening, begitu juga kamu. Percayalah segelap dan sepekat manapun malam itu, pasti akan muncul matahari dan wujud cahaya di siang hari esoknya. Ketika gelap datang, belajarlah untuk tenang kerana pasti sinar akan muncul. Begitulah Allah SWT mengajar kepada Rasulullah SAW akan perihal alam.

Yang kedua, menerusi Surah Ad-Dhuha, kita dapat belajar apa itu visi dan matlamat kita. Menerusi ayat 4 & 5 surah ini yang bermaksud : Dan sesungguhnya kesudahan keaadaanmu adalah lebih baik bagimu daripada permulaannya. Dan sesungguhnya Tuhanmu akan memberikanmu (kejayaan dan kebahagiaan di dunia dan di akhirat) sehingga engkau reda – berpuas hati.

Ayat 4 & 5 surah ini mengajar kita tentang masa depan. Kenapa ramai di kalangan kita tertekan? Kerana kita tidak jelas akan matlamat dan tujuan hidup kita. Pertama, Allah SWT kata, akhirat perlu ada dalam fikiranmu wahai Muhammad SAW. Keduanya, sebagaimana di akhirat nanti Allah SWT menjanjikan yang terbaik, begitu jugalah di dunia. Allah SWT menjanjikan kejayaan dan kebahagiaan di dunia buat Rasulullah SAW. Kesimpulan ayat ini, kita akan sentiasa bermotivasi apabila kita mengetahui tujuan dan matlamat kehidupan kita.

Faktor ketiga di dalam surah ini adalah faktor sejarah. Allah SWT menunjukkan bukti ketiga kepada Rasulullah SAW. Allah SWT singkap kembali sejarah 40 tahun Rasulullah SAW dalam tempoh tiga ayat.

Tiga ayat merumuskan perjalanan 40 tahun Rasulullah SAW. Ayat 6-8 yang bermaksud : Bukankah dia mendapati engkau yatim piatu, lalu la memberikan perlindungan? Dan didapatiNya engkau mencari-cari (jalan yang benar), lalu Ia memberikan hidayah petunjuk (dengan wahyu – Al-Quran)? Dan didapatiNya engkau miskin, lalu Ia memberikan kekayaan?

Allah SWT mengingatkan kepada Rasulullah SAW saat di mana Baginda yatim dahulu. Allah SWT tidak pernah melupakan Baginda begitu jugalah saat kesusahan yang melanda, Allah SWT tidak pernah meninggalkan Baginda Rasulullah SAW. Allah SWT menyampaikan kepada Rasulullah SAW, berdasarkan sejarah masa silam, Kami melihara kamu, takkan Kami terfikir untuk meninggalkan kamu pada ketika ini.

Demikianlah Allah SWT mengajar kita untuk merenung kembali sejarah hidup kita yang terdahulu agar kita lebih mensyukuri apa juga nikmat yang telah Allah SWT kurniakan. Ada kejadian-kejadian lampau yang sengaja Allah SWT hadirkan untuk kita kembali merenung di masa hadapan lalu bersyukur kepada Allah SWT atas segala apa yang terjadi.

Semoga ayat-ayat Allah SWT sentiasa menjadi motivasi untuk kita mendepani dunia yang kian mencabar.

.


Kita manusia biasa, Alhamdulillah bila kita duduk dalam circle yang sama-sama bantu untuk naik bersama, Alhamdulillah di antara circle yang saya sayangi, team shaklee kami, di bawah Master Maria Firdaus yang turut menaung di bawah Master Norita yang sentiasa memberi motivasi dan contoh yang baik, dalam misi hidup, menjadi mukmin yang sejati. InshaAllah. 


Nak PRODUK Shaklee atau nak mulakan BISNES ONLINE Shaklee? Jom saya bantu 😃

Wasap.my/60136216522/NakShaklee

#RakanShaklee Anda,

Anisah Khalid

#NextLevelBlogging #Shakleetriumph2023 #shakleethrive2023 #SetRahmahShaklee2023

Khamis, 30 Mac 2017

Kenapa orang lain lebih berjaya???


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera, 
Alhamdulillah saya di kelilingi oleh rakan2 yang positif, menurut kata pakar motivasi jika kita berada bersama dengan mereka yang positif maka jiwa kita juga akan terlatih untuk menjadi positif. 

Di kala... kata terasa apalah nak jadi dengan aku ni??? 
Di kala rasa cemburu orang lain  lebih berjaya, kenapa???
Di kala jiwa terasa... apakah yang patut aku lakukan???
Di kala terasa... perlukah aku berjumpa kaunselor???

Alhamdulillah... Alhamdulillah... Alhamdulillah. soalan2 terjawab bila menonton video motivasi dari Prof Muhaya dan juga ustaz dan ustazah.

Tetiba hari ni terbaca posting fb dari seorang rakan sekelas semasa degree dulu, beliau agak pendiam dahulu dan kini telah bertugas sebagai seorang pendidik. berjaya dalam kerjaya beliau, inshaAllah. 

Refleksi tentang 'hidup dan kejayaan'



Setiap kali buat "quiz", mesti ada yang aku tidak boleh skor.
Setiap kali buat "test", mesti ada yang aku buat silap.
Setiap kali buat " assignment", mesti ada yang aku cuai.

Kadang-kadang aku cemburu dengan orang lain.

Orang lain belajar biasa-biasa saja
Orang lain asyik tidur saja
Orang lain asyik main "game" saja
Orang lain hadap muka buku saja
Tapi boleh skor dengan cemerlang

Kenapa orang lain boleh skor dengan cemerlang?
Kenapa aku tidak boleh menjadi seperti orang lain?

Mungkin,
Waktu aku tidur, orang lain bangun untuk belajar
Waktu aku berjimba, orang lain sedang pulun untuk memahamkan apa yang tidak faham
Waktu aku sibuk bergosip, orang lain sibuk membuat "homework"
Waktu aku lapang, orang lain sibuk ulangkaji

Usah salahkan orang lain. Tetapi tanyalah pada diri, adakah aku ingin skor dengan cemerlang seperti orang lain? Jika ya, bangkitlah. Usah dikenang peristiwa yang berlalu. Tetapi bangkitlah dari lena itu dan teruslah berjuang serta berusaha untuk skor dengan cemerlang seperti orang lain. Jadikan peristiwa yang lalu sebagai pembakar semangat untuk mencapai cita-cita dan impian yang diimpikan.

Kejayaan itu tidak akan datang bergolek tanpa usaha yang gigih dan semangat yang kental. Bangkitlah walau jatuh berkali-kali kerana manisnya kejayaan itu apabila kita tidak kenal erti jemu dan putus asa.
- Halimah Mohammed 30 Mac 2017-



Terjemaahan surah albqarah ayat 286 juga telah menjelaskan Allah tidak akan membebani hambaNya melainkan apa yang terdaya olehnya.
 
Yakinlah ujian Allah itu datang dengan hikmah tersendiri. jom usaha untuk sentiasa memperbaiki diri.

Semoga Allah permudahkan, lancarkan urusan saya, anda dan kita semua di dunia dan di akhirat...al fatihah

Road to Ramadhan 1438H... another 59days. 

Salam hormat, 

Anisah 0136216522
 

Rabu, 15 Februari 2017

Go beyond the call of duty

A very good motivation story for us...

Two brothers joined a company together a few months after their graduation from university.

After a few years of work, their Manager promoted elder one to a position of Senior Sales Manager, but younger remained in his entry level Junior Sales Officer position.

He developed a sense of jealousy and disgruntlement, but continued working anyway.

One day he felt that he could not work with elder brother anymore. He wrote his resignation letter, but before he submitted it to the Manager, he complained that  Management  did not value hard working staff, but only promoted only the favoured!

The Manager knew that he worked very hard for the years he had spent at the company; even harder than elder one and therefore he deserved the promotion. So in order to help him  to realize this, the Manager gave him a task.

“Go and find out if anyone is selling water melons in town?”

He returned and said, "yes there is someone!"

The Manager asked, "how much per kg?" He drove back to town to ask and then returned to inform the Manager; "they are Rs 13.50 per kg!"

The Manager told him, "I will give your elder brother the same task that I gave you.

So the Manager said to elder, in the presence of younger ; “Go and find out if anyone is selling water melons in town?”

He went to find out and on his return he said:
"Manager, there is only one person selling water melons in the whole town. The cost is Rs 49.00 each water melon and Rs 32,50 for a half melon. He sells them at Rs 13.50 per kg when sliced. He has in his stock 93 melons, each one weighing about 7kg.

He has a farm and can supply us with melons for the next 4 months at a rate of 102 melons per day at Rs 27.00 per melon; this includes delivery.

The melons appear fresh and red with good quality, and they taste better than the ones we sold last year.

He has his own slicing machine and is willing to slice for us free of charge.
We need to strike a deal with him before 10 a. m tomorrow and we will be sure of beating last year's profits in melons by Rs 223 . This will contribute positively to our overall performance as it will add a minimum of 3.78% to our current overall sales target.

I have put this information down in writing and is available on spreadsheet.

Please let me know if you need it as I can send it to you in fifteen minutes."

Younger one was very impressed and realized the difference between himself and elder one . He decided not to resign but to learn from him.

Let this story help us keep in mind the importance of going an extra mile in all our endeavors.

You won't be rewarded for doing what you're meant to do, you only get a salary for that! You're only ​rewarded​ for going an extra mile; performing beyond expectations.

To be successful in life you must be observant, proactive and willing to do more, think more, have a more holistic perspective and go beyond the call of duty. 👍
 
 

Jumaat, 4 April 2014

Kasih Ibu... Sayu akan permintaannya...


Assalamualaikum dan Salam sejahtera, 

Apa khabar pembaca semua? Apa khabar ibu bapa anda? Apa khabar atuk nenek kita?


AllahuAkbar... hati saya tersentuh, sejauh mana kita telah ber'korban' untuk ibu bapa kita? 

Sudah terbalas kah jasa mereka?


Kisah ini saya petik dari rakan saya, Semoga menjadi pengajaran kepada kita semua. InshaAllah.



Bukan wang yang ibu harapkan...


Perkongsian dari seorang customer. Saya tak paksa anda baca dan saya tak bertanggungjawab kalau berlaku sesuatu pada anda.
.

Ada seorang customer saya yg kerjanya beli Vivix Shaklee je pada ibunya. Setiap bulan pasti dibelinya satu. Masuk bulan ni dah 4 bulan.


Tergerak hati saya utktanya keadaan ibunya yg ada penyakit kronik sebelum ni. 5 serangkai ye. Kencing manis, darah tinggi, jantung, gout, dan asma.

'Alhamdulillah, semakin pulih'. Ringkas je jawapannya tapi dalam nada gembira. Tapi itu bukan fokus post ini.
.
Saya tanya beliau yg kerjanya hanya kerja sawah je tapi sanggup keluarkan sedikit belanja perubatan dari hasil jualan padinya yg setahun 2 kali tu utk belikan produk terbaik Shaklee ni utk ibunya.

Tau tak apa jawabnya?
.
'Dulu masa saya kecil, mak saya kerja buat kuih dan letak di kedai. Ayah kerja dengan MADA. So, duit ayah, mak tak kacau. Bahkan duit kami sekolah semua pakai duit yg mak dapat dari jualan kuihnya..

Yg menyayat hatinya, mak selalu kena asma bila pagi-pagi bangun nak buat kuih. Kami pun bangun juga buat kuih sama-sama dengan mak. Boleh nampak betapa terseksa mak setiap pagi sambil menahan semputnya sambil buat kuih.

Bukan sikit ustaz, 5-6 jenis dan berpuluh-puluh pula setiap satu jenis. Bila dah siap semua, kami hantar ke kedai dan pergi sekolah. Itulah kerja kami dulu.



Mak tak pernah beli seutas rantai atau gelang emas pun. Bila ayah nak belikan apa-apa perabot rumah, mak mesti kata, "Tak payahlah, ni pun dah selesa sangat dah. Duit abang dan duit jual kuih tu, kita simpan buat anak-anak belajar dan beli barang mainan dorang".

Kami 4 beradik semua belajar biasa-biasa saja, jadi mak tak perlu banyak sangat keluarkan duit utk sekolah kami. So, simpanan mak masih ada banyak, maklumlah dah 15 tahun dikumpulnya.

Bila mak disahkan sakit kronik, kami tak melatah utk gunakan duit dia. Kami hanya guna ubat hospital je, dah 3 tahun pun. 3 tahun juga ayah pergi meninggalkan emak dan kami, menemui Tuhannya.

Kebetulan lepas tu jumpa ustaz, terus kami kumpul duit tiap2 bulan utk beli ubat mak. Kami tak nak kacau duit dia langsung.



Ustaz tau tak, mak saya tak nak kami gunakan duit kami utk dia, dia berkeras utk guna duit yg dikumpulnya sendiri utk beli Vivix dari ustaz, tapi saya kata kat mak,"Bagi kami tolong mak pula. Mak dah lama sakit kerana kami".

Itu sekadar alasan je ustaz sebenarnya.
.
Saya duduk dengan mak dan ayah. So, setiap pagi selepas Subuh bila saya lalu di luar biliknya, saya selalu dengar mak doa,"Ya Allah, benarkanlah aku menziarahi rumahMu dan NabiMu serta kuburkanlah aku bersama sahabat-sahabat Nabi kesayanganMu".






Lepas tu, mesti mak belek buku akaun kuning Tabung Hajinya dan dia senyum sendirian. Mak selalu kata kat saya,"Kalau nak pakai duit bagitahulah, mak ada simpanan".







Tapi saya hanya gelengkan kepala saja sebab saya tau dan saya nak sangat, duit yg mak usahakan dengan titik peluh, jerih perit sakitnya dan halal tu digunakan utk dia ke Mekah tahun depan. Semua duitnya ada dalam buku kuning tu je.

Kalaupun saya perlukan duit, saya akan cari sendiri. Nak meminta pada mak, tidak sekali. Saya nak, doa mak jadi kenyataan tak lama lagi. Kami just tambah sikit je lagi utk cukupkan apa yg perlu.

Itulah doanya yg buatkan saya berpakat dengan adik beradik lain utk bg mak Vivix ni, nanti dah sihat, kami nak hantar mak untuk menemui bahagianya di Mekah dan Madinah. Itu je ustaz yg saya mampu buat utk balas semua pengorbanan mak pada kami.'
.
Kawan ni orang kampung saya, budak kampung. FB, twitter, instagram semua takde. Hidupnya hanya kerja dan jaga maknya di kampung.

Mungkin sebab tu dia tak reti beli kereta mewah, beli pakaian mahal, aksesori mewah, beg tangan dan jamtangan mahal buat isterinya.

Berbeza dengan anak bandar. Ramainya bermewah-mewah. Handset saja ada 3 buah, boleh bertukar-tukar pula setiap 3 bulan sekali.

Duit gaji habis dengan beli baju baru, beg tangan baru, kasut baju, aksesori baru tapi ibu ayah hanya makan sisa-sisa gajinya sahaja. Tidakkah kita rasa bersalah?!
.
Perkongsian ni hanya utk buka minda kita saja dan sedarkan 'kebiadapan' kita selama ini.

Ia mengingatkan kita sejauhmana pengorbanan kita utk orang yg telah banyak berkorban untuk kita sedari kita kecil lagi. Ia juga muhasabah utk saya sendiri.

Mohon doa pembaca semua utk doakan ibu ini dapat segera sihat utk bersedia pergi ke Mekah pada bulan 8 nanti. Ini je syarat anak dia bila saya mohon utk kongsi cerita ini.


(Kisah ini dikongsikan oleh rakan shaklee saya,Ustaz Mohd Taufiq di facebook beliau)

..............

Satu kisah yang meruntun hati saya sebagai seorang anak..'apakah sumbangan ku pada ibu bapaku?'

Bukan wang ringgit yang mereka mahukan... tapi kasih & sayang dari kita.. yang tidak ternilai dgn wang.. 

Rindu yang amat pada mak & abah... 



Ya Allah, berikan mereka kesihatan yang sempurna dan makbulkan doa mereka..

 Ya Rahman, Ya Rahim..

Sebagai seorang ibu...'mampukah aku mendidik anak2 ku menjadi seperti lelaki itu?'

Astaghfirullahalazim...Ya Hayyum, Ya Qayyum..

Allahuakbar, Ya Allah...izinkan kami berbakti kepada orang tua kami..  permudahkan urusan kami, Ya Allah... jadikan kami insan yang sentiasa mengingati mu, melakukan apa jua perkara keranaMu.. 

Ya Allah, yang Maha pengasih dan juga mengasihani, yang menguasai segala yang ada di muka bumi..jadikan kami anak2 dan keturunan yang soleh & solehah.. Amin Ya Rabbalalamin.

(Nota :gambar di petik dari pakcik google- bukan milik peribadi penulis) 

Sila Like dan Kongsikan... Semoga ada yang mendapat manfaat. 

AMANAT KEPADA USAHAWAN ISLAM

Assalamualaikum & salam sejahtera.. 

Ilmu yg bermanfaat mesti kena share... 

Mungkin ia bukan suatu ilmu baru, tetapi  kadang kita terlupa... Bersama kita ambil pengajaran dan jadi kan peringatan kepada kita semua..

Sebagai seorang usahawan. kita perlu belajar dari mereka yang telah berjaya, tidak la nanti asyik tersadai di sana sini. 

Amanat pertama - Stabilkan satu perniagaan dahulu... - KERAP sangat orang melayu kita bertukar- tukar...jual tudung, jual baju, jual mainan, jual makanan kesihatan... dan macam2 lagi.. 

lazimnya... tempoh pertama adalah tempoh perkenalan, yang kita perlu kenalkan pada orang apa yang kita tawarkan. Apa yang terjadi, orang baru nak kenal.. then kita dah tukar bisnes lain.macamana orang nak percayakan? 

Kebanyakkan dari apa yang Syed Mokhtar sampaikan ini, adalah apa yang mentors dalam shaklee (upline2 saya) kerap tekankan terutama sekali amanat yang ke7... Kita berniaga,untuk akhirat... berbeza dengan mereka yang bukan Islam. (Inilah kekuatan orang Islam). Alhamdulillah.

Sedutan Amanat TOKOH USAHAWAN BUMIPUTRA... 

7 AMANAT TAN SRI SYED MOKHTAR AL BUKHARY KEPADA USAHAWAN ISLAM




#1 – Fokus Sebelum Pelbagaikan Perniagaan

Beliau nasihatkan agar para usahawan fokus kepada satu perniagaan terlebih dahulu sehingga stabil dan menguntungkan sebelum mempelbagaikan perniagaan. Beliau mempelbagaikan perniagaan setelah perniagaan pertama beliau telah stabil dan menguntungkan.

Perniagaan pertama perlu kukuh sebelum anda mempelbagaikan perniagaan supaya jika perniagaan yang baru kita ceburi tidak maju, maka kita boleh kembali kepada perniagaan pertama yang kita usahakan.

 Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary

Saya sendiri kalau apa-apa terjadi terhadap perniagaan saya sekarang, saya akan balik buat perniagaan yang mula-mula saya usahakan dulu. Perniagaan pertama saya masih beroperasi, lori dan kedai masih ada lagi di Kedah” tambah beliau dengan nada cukup rendah diri.

#2 – Kejayaan Perlukan Masa

Beliau juga nasihatkan agar usahawan muda jangan cepat nak berjaya. Setiap usaha sememangnya perlu melalui fasa kesusahan, cabaran dan sebagainya.

Beliau mengambil contoh diri beliau sendiri yang bermula dari bawah dengan membantu ayahnya menjual lembu dan kerbau di kampung sebelum mencapai tahap sekarang.Kalau kita melalui jalan yang susah, barulah kita akan menghargai dan menemui jalan senang.

Biasanya apabila memperolehi kejayaan yang singkat, mudah jugalah untuk perniagaan yang kita usahakan itu jatuh. “Kalau kita melalui jalan yang susah, barulah kita akan menghargai dan menemui jalan senang” jelas beliau ringkas.

#3 – Jangan Putus Asa

Ini adalah frasa yang kerap keluar dari mulut beliau. Beliau menjelaskan setiap perniagaan sama ada kecil ataupun besar akan mempunyai masalah, cabaran dan karenah yang tersendiri. Oleh itu, para usahawan tidak boleh mudah berputus asa dan tunduk dengan masalah.

Saya ni tiada apa-apa, tiada apa yang istimewa tentang diri saya. Tetapi apa yang membezakan saya ialah bagaimana saya menghadapi seti
ap cabaran dan masalah di dalam perniagaan.

Saya ni tiada apa-apa, tiadaapa yang istimewa tentang diri saya. Tetapi apa yang membezakan saya ialah bagaimana saya menghadapi setiap cabaran dan masalah di dalam perniagaan” jelas beliau sekali lagi dengan nada rendah diri.

Beliau ada berkongsi susah payah mengenai perniagaan pertama yang beliau usahakan bersama rakan kongsi bukan bumiputera.

Bagaimana rakan kongsi tersebut menekan beliau sehingga terpaksa menggadaikan dua lot tanah milik keluarga untuk dijadikan modal tambahan bagi mengekalkan penguasaan share majoriti di dalam syarikat Bukhary Rice Sdn. Bhd.

“Kalau apa-apa terjadi terhadap perniagaan saya masa tu, maka kami sekeluarga boleh kehilangan tempat tinggal” jelas beliau.

#4 – Jangan Sekadar Mengharap Dibantu

Beliau sering mengingatkan bahawa beliau hanyalah orang biasa yang diberi peluang oleh kerajaan. Apabila diberi peluang, beliau akan berusaha bersungguh-sungguh terhadap peluang tersebut.

Oleh itu, beliau berpesan kepada semua usahawan agar bukan sekadar berharap untuk dibantu tetapi bersedia dari segi fizikal dan mental untuk dibantu.

Ramai orang Melayu apabila kerajaan anugerahkan projek, mereka lebih cenderung untuk berikan projek tersebut kepada syarikat lain untuk usahakan kerana mengejar keuntungan jangka masa pendek. Majoriti syarikat Melayu akan memberikan projek kepada syarikat bukan bumiputera untuk mengusahakannya sebagai sub-company.Tak mengapa biar saya usaha sendiri untuk beli lori tambahan bila dah untung nanti.

Saya diberikan 3 permit lori untuk membawa beras dan saya apply loan MARA untuk membeli lori. MARA berikan saya cukup-cukup RM110,000 untuk belikan sebuah lori. Ada usahawan Cina datang nak beli atau sewa dua lagi permit saya, tetapi saya tak bagi. Tak mengapa biar saya usaha sendiri untuk beli lori tambahan bila dah untung nanti” kata beliau.

#5 – Yakin Dengan Diri Sendiri

Beliau juga mengharapkan agar para usahawan yakin dengan diri sendiri dan apa yang sedang diusahakan. Ramai usahawan bumiputera tidak boleh berj
aya bukan kerana idea mereka tidak bagus, tetapi kerana tidak yakin dengan diri mereka.

Allah kata kalau nak kenal Dia maka kena kenal diri sendiri dulu. Yakin dengan diri sendiri adalah salah satu tanda orang itu kenal dirinya sendiri. Insyallah bila yakin Allah akan permudahkan urusan kita.

Allah kata kalau nak kenal Dia maka kena kenal diri sendiri dulu. Yakin dengan diri sendiri adalah salah satu tanda orang itu kenal dirinya sendiri. Insyallah bila yakin Allah akan permudahkan urusan kita” jelas beliau.

#6 – Berniaga Bukan Untuk Diri Sendiri

Beliau terkenal sebagai seorang usahawan yang banyak memberi kembali kepada masyarakat. Malah beliau mempunyai lebih kurang 260,000 pekerja yang berkait secara langsung ataupun tidak dengan semua syarikat milik beliau. 80% diperuntukkan untuk golongan bumiputera.

Apa yang lebih menarik, beliau tidak menjual perniagaan beliau kerana memikirkan nasib golongan yang bergantung kepada syarikat beliau untuk mendapatkan sumber rezeki.

Jika saya jual satu lori maka secara tidak langsung tiga keluarga Islam Melayu telah hilang sumber pendapatan.

Kedai dan lori-lori untuk perniagaan pertama saya masih lagi ada di Kedah. Perniagaan itu masih berjalan seperti biasa. Setiap lori akan ada tiga orang pemandu, jika saya jual satu lori maka secara tidak langsung tiga keluarga Islam Melayu telah hilang sumber pendapatan” jelas beliau.

#7 – Usahawan Islam Ada Akhirat

Beliau juga berpesan bahawa setiap usahawan Islam tidak sama dengan usahawan bukan Islam. Usahawan Islam berniaga untuk mendapat manafaat di dunia akhirat tetapi usahawan bukan Islam berniaga untuk dunia sahaja.

Kita sebagai usahawan Islam kalau berjaya syukur dan kalau tak berjaya pun kita syukur. Paling penting kita terus berusaha.

Jadi jangan risau kalau kita tengok kenapa bangsa lain yang bukan Islam lebih berjaya di dalam perniagaan kerana Allah dah janjikan dunia buat mereka. Kita sebagai usahawan Islam kalau berjaya syukur dan kalau tak berjaya pun kita syukur. Paling penting kita terus berusaha” jelas beliau

- Teks ini di petik dari http://adlymukhtar.com/blog/7-amanat-tan-sri-syed-mokhtar-al-bukhary-kepada-para-usahawan.html



Feel free to LIKE and SHARE

Isnin, 3 Mac 2014

NAK SANGAT tetapi ...boleh bergerak kah tanpa KUASA TINDAKAN?

Assalamualaikum dan Salam kejayaan,

Saya tertarik dengan satu kisah yang menunjukkan kesan kepada KUASA TINDAKAN...

Siapa yang berusaha, pasti berjaya...




Allah takkan ubah nasib sesuatu kaum, sehingga mereka mahu mengubahnya sendiri (Tafsir surah Ar Ra'd :11)

sama la juga dengan kita... jika kita sendiri tak nak berubah ke arah kebaikan, tiada apa yang akan berubah...

Jom ikuti kisah di bawah ...Semoga bermanfaat...

................................

Anda MAHU berjaya, perlu bertindak.

Dalam satu sesi motivasi pelajar, saya keluarkan sekeping duit RM100 yang baru.

saya bertanya kepada semua pelajar "saya ada RM100 ditangan saya, siapa yang mahu saya akan berikan duit ini. Siapa yang mahu duit ini". sambil mengibar-gibar duit.

yang di kiri berteriak "saya mahu ..coach".



yang sebelah kanan lebih kuat sambil mengangkat tangan " saya mahu..saya mahu "

begitu juga dibelakang riuh dengan teriakan dan bising. sehingga saya bertanya semula. "Siapa mahu duit ini?, saya berikan".

hampir 2 minit saya mengulang-ulang soalan yang sama hingga semakin lama semakin kurang mereka yang berteriak "saya mahu", mungkin mereka sudah putus asa. mereka ingat saya main-main sahaja nak memberi duit, mana ada orang beri duit FREE begitu sahaja.

saya bertanya dan kali terakhir " siapa yang mahu duit ini?, saya akan berikan"

Akhirnya seorang peserta perempuan bangun dan kedepan , dia menghulurkan tangan dan saya memberikannya duit rm100 tersebut.



Keadaan bising semula. mereka baru belajar sesuatu dan mereka menyesal kerana mereka tidak BERTINDAK. lebih teruk menyalahkan orang sebelah "kan aku dah cakap tadi, kenapa ko tak pergi ambil dari coach, kan dah rugi". selain menyelahkan diri sendiri mereka menyalahkan orang lain.

Motivasi

ramai orang yang mahu berjaya, berteriak dan berteriak "aku mahu berjaya". anda perlu bertindak dan bergerak. anda perlu bertindak untuk mengambil IMPIAN yang anda mahukan. Jika tidak, impian anda akan diambil orang.

Faham ke ni. bertindak sekarang
Credit to Coach Bahar ( Baharuddin Mohamed)

......................


Satu langkah yang paling mudah buat mereka yang teragak-agak nak buat bisnes atau tidak... masih duduk di pulau ALASAN...Mulakan langkah dengan membaca kisah inspirasi bagaimana seorang yang telah pun selesa sebagai engineer, terjun menjadi usahawan... dan TERPAKSA berhenti kerja dan memperolehi pendapatan BERGANDA-GANDA berbanding dengan Gaji sebagai Engineer...Beliau boleh, mengapa tidak kita?

Kisah tersebut di huraikan dalam EBOOK PERCUMA ini... 

Click jer : http://www.ebookniaga.com/sorryboss/anisahk

Moga kita semua sentiasa di bawah rahmat Allah swt dan sentiasa terdorong dengan KUASA TINDAKAN!

Satu kuasa tindakan kita untuk tambah pendapatan kerana keluar dari belenggu hutang.... satu doa yang perlu sentiasa kita amalkan... (petikan dari al-mathurat).



Salam kejayaan, 

Anisah Khalid

Surirumah & Media : Bersama Membangun Potensi Suri Rumah Rahmah

 𝗦𝘂𝗿𝗶𝗿𝘂𝗺𝗮𝗵 𝗱𝗮𝗻 𝗠𝗲𝗱𝗶𝗮  Alhamdulillah, di izinkan Allah untuk hadir 2 hari 𝑩𝒆𝒏𝒈𝒌𝒆𝒍 𝑷𝒆𝒏𝒈𝒖𝒓𝒖𝒔𝒂𝒏 𝑴𝒆𝒅𝒊𝒂 𝑺...