Memaparkan catatan dengan label Amni khadijah. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Amni khadijah. Papar semua catatan

Rabu, 27 Jun 2018

Roda kehidupan, layanan cicit dan moyang.

Hidup bagaikan roda.

Melayan amni dan melayan moyang nya.

Ada persamaan nya sekali sekala.

Cycle of life kan.


 Masa kita kecil, kita perlukan macam2 pertolongan orang dewasa.

Bila dah tua, pertolongan diperlukan juga kerana kebatasan upaya.

Alhamdulillah. Sebagai peringatan, kita sentiasa memerlukan satu sama lain.

...

Amni manja dengan moyangnya. Moyangnya juga sangat terhibur dengan aksi amni.


Ramadhan dan Syawal kali ni, banyak masa di luangkan bersama. Alhamdulillah.

#Syawal1438H

Isnin, 21 Ogos 2017

Perkembangan anak di usia 22bulan


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Alhamdulillah... Bila subscribe ke babycenter ni, setiap bulan akan dapat email tentang perkembangan biasa bagi bayi/anak yang kita daftarkan.

Alhamdulillah... Amni dah pun setahun 10bulan... Lagi 2 bulan sahaja lagi genap 2thn. InshaAllah.

Bila baca perkongsian dari babycenter ni...Terpaksa setuju sangatla kan. Hehe.

Ala sayang. Bila edit die jadi halus pula.  Takpela saya share keywords nya ya.

Tantrum di kalangan toodler

Kata pakar, biasa umur toodler ni tengah tantrum, hehe mereka sedang belajar banyak benda baru, mengexpresikan diri dan macam2 lagi. Amni pun samalah.

Percakapan / literasi

Sekarang ni, amni dah boleh cakap apa yang dia mahu dengan jelas. Contohnya : Nak makan nasi, ayam dan sayur. Nak salin nappy sebab berak. Nak main masak2 dengan kakak. Nak pergi sekolah. (ok sebenarnye pergi ambil kakak abang kat sekolah) dan pelbagai aktiviti harian. Juga dah pandai nak request nak pakai baju/kasut apa... Kadang bila tak dapat, golek terus atas lantai. Alhamdulillah, mudah nak tackle dia, kita offer dan bagi dia pilihan dengan trick.hehe. mudah dia cair. Alhamdulillah.

Susu Ibu / Susu Formula

Alhamdulillah,amni masih lagi dapat rezeki susu ibu dan tanpa FM. Dulu kakak abang umur ni dah mula campur. Sekarang ni, belum keperluan lagi. Alhamdulillah susu cukup untuk amni. Alhamdulillah #setPenyusuanShaklee membantu juga merealisasikan impian untuk fully bf sahaja tanpa FM. Terapi yang baik untuk hubungan ibu dan anak.

Bab makan?

 Alhamdulillah amni mudah makan apa yang kita orang dewasa makan. Saya memang biasakan begitu, dan alhamdulillah perut Amni pun ok. Amni sangat suka meratah sayur tamoto, carrot, salad, sawi, kailan... Pelik kan? Alhamdulilah makanan yang sihat... Jadi kami galakkan je lagi.

Okla setakat ni dulu perkongsian kali ini, lebih kepada diari untuk amni. Nanti amni dah besar boleh la baca kan? InshaAllah.

Ni terbaca Tips latih anak tak pakai pampers ,boleh la taklama lagi starts dengan amni. InshaAllah.

www.majalahpama.my/mobile/kanak-kanak/perkembangan/ibu-ini-kongsi-cara-latih-anak-tak-pakai-pampers-dalam-masa-3-hari-ibu-ibu-lain-bolehlah-cuba-1.701841

Sehingga berjumpa lagi.

Breastfeeding mum since 2009
Happy to help sesiapa yang perlu.

Salam hormat,
Anisah
0136216522

Rabu, 31 Mei 2017

Pemakanan anak waktu puasa - Apa kata doktor

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. 

Alhamdulillah, bertemu lagi kita di bulan Ramadhan yang mulia ini. Antara cabaran bagi ibu2/pengasuh di bulan puasa ini ialah menyediakan makanan untuk anak yang tidak berpuasa dalan bulan Ramadhan ini. yelah kalau mak2 nya dapat cuti, lain citer, mak nak makan sekali. hehe. ini kes anak je nak makan. Apa kata doktor? jom jemput baca. saya baca di fb dan percaya ramai ibu2 yang pening juga. 

Pemakanan anak waktu puasa.

Selalunya saya akan berikan pesanan ini dalam bulan puasa tetapi kali ini , saya nak berikan peringatan ini awal sebab saya kesian anak-anak semasa bulan puasa apabila ibu/bapa atau penjaga tidak memberikan perhatian anak-anak yang terlalu kecil untuk puasa tidak diberikan makanan sempurnya .
Jangan dipaksa anak bawah 6 tahun berpuasa penuh, puasa perlu ikut kemampuan anak dan anak kecil lagi mudah terjejas bila tidak makan dan minum .

Makanan anak waktu bulan puasa.:

1. Anak kecil perlukan makanan seimbang. Jika anak diberi biskut dan makanan kering atau sisa makanan waktu siang, mungkin tidak cukup dari segi nutrisi . Ditambah pula dengan terlalu banyak kuih muih serta air manis semasa berbuka, ini menyebabkan anak itu tidak makan makanan seimbang. Ini akan menyebabkan sistem immune dia menurun. Menjelang hari raya, mungkin anak akan jatuh sakit .



2. Anak diberikan sisa makanan semasa berbuka hari yang sebelumnya . Bukan tak boleh tapi jaga kesegaran makanannya . Sisa makanan yang tidak habis perlu disimpan dalam peti sejuk selepas makan . Simpan dalam bekas bersesuaian dan panaskan sebelum dimakan semula. Buang sisa makanan yang ada dalam peti sejuk lebih tiga hari kecuali makanan adalah jenis kering dan tahan lama . Jika lauk pauk hendak disimpan lama, masukkan dalam freezer .

3. Jika anak diberikan makan lauk yang hampir basi atau mungkin tidak nampak basi tetapi sudah dibiarkan diluar lebih dari 6 jam, keracunan makanan mungkin berlaku. Lauk berkuah yang ada santan atau susu lagi cepat basi dari lauk digoreng kering.

4. Se eloknya sediakan makanan seimbang dan segar untuk anak kita.

#suriyapuasa
Di petik dari  fb page Dato' Dr Suriyakhatun

...

Alhamdulillah tahun ni, Amanina yang berumur 5thn 7bulan dengan sendiri nya nak cuba puasa seperti orang lain. Saya tidaklah memaksa, tetapi sentiasa menggalakkan. Alhamdulillah 3hari/5hari beliau berjaya puasa sehingga magrib, walaupun dalam keadaan travelling dan mengikuti kem Ramadhan. 2 hari lagi? beliau kurang makan pada waktu sahur, sekitar jam 12, dah mula merengek... oklah, kita bagilah greenlight. lauk paling mudah tetapi menjadi kegemaran anak3, nasi + telur goreng + kicap + tomato ... sedap sehingga licin pinggan. 

Anas? Alhamdulillah anas sangat mementingkan 'makan sayur'. kalau makan nasi tanpa sayur tu, terasa tak lengkap. anas akan specifically request untuk sayur, tu yang biasanya standby je tomato/salad/timun. ni yang mereka suka sangat pun. ;) Amni pun sama la juga. 

Alhamdulillah. sebolehnya cuba juga untuk menyediakan makanan seimbang untuk seisi keluarga. ada sumber karbohidrat, protein, lemak, kalsium, dan vitamins lain.  Selain tu, boleh lengkapkan nutrisi dengan supplement yang telah kami amalkan sejak 2013. ;) 

Alhamdulillah. mereka semua selalu sihat, dan jika demam pun, cepat sembuh. alhamdulillah. sebahagian dari usaha untuk kesihatan anak2. beri makan yang seimbang + sihat dan topup dengan vitamins dalam bentuk supplement.

Alhamdulillah. buat siapa yang consistent, memang boleh rasa perbezaannya. nak cuba?

Jom hubungi saya segera... 

Anisah 0136216522

Rabu, 26 Oktober 2016

Perlu kah Puting Tiruan untuk tenangkan bayi?

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Apa khabar pembaca sekalian? sihat2 selalu, inshaAllah. 


Alhamdulillah, diam tak diam, anak2 semakin membesar di depan mata...mereka belajar, kita juga belajar ilmu parenting juga. 

Sambil melayan anak dara, eh dah anak dara ke? hehe, melayan si bijak, penenang hidup saya, Anak ke 3, Amni Khadijah yang sibuk nak tenangkan baby doll dengan puting baby a.k.a pacifier. 

terdetik.. eh aahlah, amni tak pernah ada puting tiruan pun, dulu masa abangnya beria siap sedia barang2 bayi...kalau boleh apa sahaja yang nama nya barang bayi, mesti nak beli untuk anas, yelah anak sulung kan. 

Semakin lama jadi ibubapa ni, semakin bijak kita menangani alam ibubapa ni kan? alhamdulillah. 

Terbayang PERLU KE PUTING TIRUAN UNTUK TENANGKAN BAYI??






Alhamdulillah. Semakin bijak dah die, hehe.. dah pandai main baby doll. belum pun berumur setahun, macam2 idea dia. :) 

Alo2 pandai die. Walaupun #AmniKhadijah tak pernah kenal puting tiruan a.k.a pacifier.

Tapi dia tahu bila masukkan puting tu, baby doll akan senyap.

Seronok pula amni main masuk dan keluar kan. Hehe.. tergelak2 bila baby doll tu menangis.

Alhamdulillah. Boleh nampak bijak nye di situ.



Biasa nye bayi diberi p puting tiruan ( pacifier) sebab menangis, walaupun dah minum susu.. itu antara nye tanda bayi tak cukup kenyang.
Ada kala nye bila terpandang bayi atau pun budak yang diSUMBATkan puting tiruan a.k.a pacifier... terdetik di hati, aduhai kesian nya dia. 

Adakala nya, budak/bayi tu tengah bermain jer pun, tersenyum memandang sekeliling dengan ada puting di mulut. 


Pernah juga berbual dengan ibu2, PERLU kah PUTING TIRUAN untuk tenangkan bayi???


ada yang kata, perlu sebab MUDAH bagi bayi diam, takdelah menangis jer. huhu.. aduhai ibu, kesian kat dia, saya Ok lagi, jika puting tiruan di beri ketika nak tidur jer. tapi yang sampai sepanjang masa tu. huhu. macam sangat2 tak sesuai.

Saya pernah berjumpa dengan anak kecil dah umur 2thn, tapi masih belum boleh bercakap 2-3 patah perkataan serentak. antara sebabnya (pada pendapat saya), ibu nya sentiasa biarkan puting di mulut. ialah memangkan ibu rasa tenang, takde anak potpet, tapi anak potpet, bercerita tu la dia tengah nak develop percakapan dan keyakinan diri kan??? 


Saya kongsikan sikit perkongsian dari web Dr Zubaidi; 







Berdasarkan artikel ni dan ibu ayah boleh baca di web lain juga, puting tiruan ni akan meyebabkan MASALAH PEMBENTUKAN GIGI, 

Alhamdulillah. Sejak amni baru lahir, sejak bergelar bayi dalam pantang sehingga kini, amni kurang sangat menangis dan selalu puas menyusu. Antara tanda nye, selepas menyusu Amni akan bermain dan jika dah letih, Amni mudah lena dan dapat tidur dengan puas. Alhamdulillah.

Alhamdulillah. Amni dapat fully bf sehingga umur setahun(3hari lagi) Dan terus sehingga 2thn.. ;) bizinillah.

Alhamdulillah..Set penyusuan Shaklee banyak membantu untuk susu yang lebih berkualiti dan kesihatan yang lebih baik. InshaAllah.

Bila bayi gembira, mama papa juga bahagia. Tidur malam juga puas. Alhamdulillah.

Buat ibu yang rasa macam BAYI TAK PUAS , SUSU, tak kenyang, tak cukup dll masalah penyusuan, boleh hubungi mama amni, Pn Anisah Khalid ya... InshaAllah kita sama2 Bantu tingkatkan diri yang mana yg boleh. ;)



#fullybfBaby
#solidFood
#setPenyusuanShaklee
#wahm
#babyShaklee

artikel berkaitan : babycenter

Surirumah & Media : Bersama Membangun Potensi Suri Rumah Rahmah

 𝗦𝘂𝗿𝗶𝗿𝘂𝗺𝗮𝗵 𝗱𝗮𝗻 𝗠𝗲𝗱𝗶𝗮  Alhamdulillah, di izinkan Allah untuk hadir 2 hari 𝑩𝒆𝒏𝒈𝒌𝒆𝒍 𝑷𝒆𝒏𝒈𝒖𝒓𝒖𝒔𝒂𝒏 𝑴𝒆𝒅𝒊𝒂 𝑺...