Wednesday, 31 May 2017

Pemakanan anak waktu puasa - Apa kata doktor

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. 

Alhamdulillah, bertemu lagi kita di bulan Ramadhan yang mulia ini. Antara cabaran bagi ibu2/pengasuh di bulan puasa ini ialah menyediakan makanan untuk anak yang tidak berpuasa dalan bulan Ramadhan ini. yelah kalau mak2 nya dapat cuti, lain citer, mak nak makan sekali. hehe. ini kes anak je nak makan. Apa kata doktor? jom jemput baca. saya baca di fb dan percaya ramai ibu2 yang pening juga. 

Pemakanan anak waktu puasa.

Selalunya saya akan berikan pesanan ini dalam bulan puasa tetapi kali ini , saya nak berikan peringatan ini awal sebab saya kesian anak-anak semasa bulan puasa apabila ibu/bapa atau penjaga tidak memberikan perhatian anak-anak yang terlalu kecil untuk puasa tidak diberikan makanan sempurnya .
Jangan dipaksa anak bawah 6 tahun berpuasa penuh, puasa perlu ikut kemampuan anak dan anak kecil lagi mudah terjejas bila tidak makan dan minum .

Makanan anak waktu bulan puasa.:

1. Anak kecil perlukan makanan seimbang. Jika anak diberi biskut dan makanan kering atau sisa makanan waktu siang, mungkin tidak cukup dari segi nutrisi . Ditambah pula dengan terlalu banyak kuih muih serta air manis semasa berbuka, ini menyebabkan anak itu tidak makan makanan seimbang. Ini akan menyebabkan sistem immune dia menurun. Menjelang hari raya, mungkin anak akan jatuh sakit .



2. Anak diberikan sisa makanan semasa berbuka hari yang sebelumnya . Bukan tak boleh tapi jaga kesegaran makanannya . Sisa makanan yang tidak habis perlu disimpan dalam peti sejuk selepas makan . Simpan dalam bekas bersesuaian dan panaskan sebelum dimakan semula. Buang sisa makanan yang ada dalam peti sejuk lebih tiga hari kecuali makanan adalah jenis kering dan tahan lama . Jika lauk pauk hendak disimpan lama, masukkan dalam freezer .

3. Jika anak diberikan makan lauk yang hampir basi atau mungkin tidak nampak basi tetapi sudah dibiarkan diluar lebih dari 6 jam, keracunan makanan mungkin berlaku. Lauk berkuah yang ada santan atau susu lagi cepat basi dari lauk digoreng kering.

4. Se eloknya sediakan makanan seimbang dan segar untuk anak kita.

#suriyapuasa
Di petik dari  fb page Dato' Dr Suriyakhatun

...

Alhamdulillah tahun ni, Amanina yang berumur 5thn 7bulan dengan sendiri nya nak cuba puasa seperti orang lain. Saya tidaklah memaksa, tetapi sentiasa menggalakkan. Alhamdulillah 3hari/5hari beliau berjaya puasa sehingga magrib, walaupun dalam keadaan travelling dan mengikuti kem Ramadhan. 2 hari lagi? beliau kurang makan pada waktu sahur, sekitar jam 12, dah mula merengek... oklah, kita bagilah greenlight. lauk paling mudah tetapi menjadi kegemaran anak3, nasi + telur goreng + kicap + tomato ... sedap sehingga licin pinggan. 

Anas? Alhamdulillah anas sangat mementingkan 'makan sayur'. kalau makan nasi tanpa sayur tu, terasa tak lengkap. anas akan specifically request untuk sayur, tu yang biasanya standby je tomato/salad/timun. ni yang mereka suka sangat pun. ;) Amni pun sama la juga. 

Alhamdulillah. sebolehnya cuba juga untuk menyediakan makanan seimbang untuk seisi keluarga. ada sumber karbohidrat, protein, lemak, kalsium, dan vitamins lain.  Selain tu, boleh lengkapkan nutrisi dengan supplement yang telah kami amalkan sejak 2013. ;) 

Alhamdulillah. mereka semua selalu sihat, dan jika demam pun, cepat sembuh. alhamdulillah. sebahagian dari usaha untuk kesihatan anak2. beri makan yang seimbang + sihat dan topup dengan vitamins dalam bentuk supplement.

Alhamdulillah. buat siapa yang consistent, memang boleh rasa perbezaannya. nak cuba?

Jom hubungi saya segera... 

Anisah 0136216522