Memaparkan catatan dengan label Ibu hamil. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Ibu hamil. Papar semua catatan

Khamis, 30 September 2021

Vaksin covid`19 ketika hamil

 Hamil di musim pandemik covid 19, ada cabarannya tersendiri. Ibu hamil perlu mendapatkan pemeriksaan kesihatan di klinik tanpa di temani suami, dan melahirkan anak tanpa dapat ditemani suami. Tahap kecekalan kena tinggi. Bila saya dan suami merancang untuk hamil lagi, kami telah bersedia dari segi mental dan fizikal untuk ini.


  Malaysia dikejutkan dengan jangkitan covid19 dikalangan ibu hamil yang agak tinggi pada tahun 2021 ini. Ia turut melibatkan pembedahan kecemasan di kalangan  ibu hamil, yang mana anaknya terpaksa di bedah, walaupun usia kandungan belum cukup matang kerana Ibu nya terpaksa di komakan, di telangkupkan, diberikan rawatan rapi. Ada yang ibu dan bayi selamat, namun banyak juga kes yang dukacita, dimana ibu atau bayi tidak dapat diselamatkan.

 

 Kemuncaknya, kes selebriti Siti Sarah yang sangat menyentuh hati dan perasaan kita semua. Allahyarhamah meninggal dunia, selepas dua hari dikomakan. Namun, rentetan dari kes beliau, pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan masyarakat lebih cakna dengan kesihatan ibu hamil. KKM terus arahkan vaksin boleh diberikan kepada semua ibu hamil, tidak kira umur kehamilan. Alhamdulillah, ia antara usaha untuk mencegah jangkitan yang serious di kalangan ibu hamil.

Selain dari usaha untuk tingkatkan imuniti badan melalui pengambilan diet yang sihat serta supplemen kesihatan. Saya yakin vaksin sebagai salah satu usaha untuk mencegah penyebaran virus, saya telah mendaftar untuk suntikan vaksin sejak awal pengumuman oleh pihak kerajaan.


Sebagai seorang ibu yang hamil, tentulah saya turut risau, di hari kematian Allahyarhamah Siti Sarah, terasa jiwa tidak tenang, terbayang andai diri berada di tempat beliau. “Bersediakah aku andai aku dijemput? Cukupkah amalan ku untuk dihitung, layakkah aku memasuki syurga? Bagaimana dengan anak-anak yang bakal aku tinggalkan? Suami ku, mak abah? Allah, aku belum bersedia. ”

Kebetulan pada ketika itu, saya baru menerima  suntikan vaksin covid19 dos ke 2, dan demam serta sakit badan. Allahu Ya Syaffi, sesungguhnya Allah yang Maha Menyembuhkan. Tidak putus saya berdoa dan mohon ahli keluarga terutama suami, mak abah serta anak-anak untuk mendoakan kesembuhan saya.

 

Kata suami tersayang “Sayang, jangan di fikirkan benda yang negatif, fikirkan sembuh, mohon kekuatan dari Allah, fikirkan anak yang dikandung ni, kita sama-sama berdoa dan usaha dengan pengambilan makanan yang sihat, rehat secukupnya, in sha Allah sayang dan bayi kita akan selamat, sihat sejahtera.”

Ajaibnya kata-kata dan doa daripada suami seolah meniup semangat yang tidak dapat di gantikan dengan apa-apa. Alhamdulillah.

Allah berfirman: “Di bumi itu kamu hidup dan di bumi itu kamu mati, dan dari bumi itu (pula) kamu akan dibangkitkan. (Surah Al Araf :25). Yakin dengan firmanNya, Dia yang menghidupkan, Dia juga yang mematikan.


Alhamdulillah, sokongan keluarga sangat penting. Berkat kata-kata semangat dari ahli keluarga dan memohon doa dari Allah swt, jiwa saya kembali tenang. Sesungguhnya semua yang berlaku ada hikmahNya, semua yang berlaku dengan izinNya. 

Rabu, 18 April 2018

5 Sebab kenapa ESP PENTING untuk IBU HAMIL


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. 

Ada yang tanya saya, boleh ke minum ESP semasa hamil? Eh2 bukan setakat boleh tau, di galakkan lagi. ( kecuali la ada masalah kesihatan/ alergi yang memang puan dah tahu) . ESP yang sedap lagi lazat ni juga bagus untuk ibu hamil.

Jom baca kenapa ESP penting untuk Ibu hamil. 


5 Sebab kenapa ESP PENTING untuk IBU HAMIL

1. Meningkatkan imuniti badan ibu hamil.
Selain vitamin C, protein juga bagus untuk menguatkan imuniti. Lagi pun protein ESP ni lebih selamat dan mudah dicerna oleh ibu hamil dan juga bayi.

2. Mengawal berat badan ibu hamil dan mengelakkan diabetes.
ESP adalah minuman protein rendah glisemik(GI).
Makanan yang rendah glisemik melambatkan penyerapan glukosa diusus kecil.
Ini membuatkan kita rasa kenyang untuk tempoh yang lebih lama walaupun pengambilan saiz makanan yang kecil.

3. Membantu pembentukan otot dan otak bayi.

Protein sangat penting untuk pembentukan otot selain membantu dalam proses kelahiran.
Protein juga diperlukan untuk membina otot bayi.

Ibu hamil juga biasanya kehilangan otot akibat kurang senaman dan pergerakan.
Kan korang selalu kata, lepas bersalin badan gelebeh. Nahhh! ESP boleh bantu korang bagi tegang.

Protein juga penting untuk perkembangan otak bayi.Otak kita terdiri daripada sel dan sel pula dihasilkan daripada protein. Protein yang baik sangat diperlukan oleh bayi untuk membina sel-sel ini.

4. Membantu membentuk kulit yang cantik.

Protein diperlukan untuk penghasilan sel-sel kulit yang baru menggantikan sel-sel kulit yang telah mati.
Dengan ESP Shaklee,kulit ibu hamil dan bayi dalam kandungan akan lebih cantik dan gebu.
Tak nak ke cantik?

5. Protein membekalkan tenaga dan kecergasan sepanjang hari.

ESP bantu membekalkan tenaga yang berpanjangan sepanjang hari terutamanya bagi ibu hamil yang mengalami morning sickness dan alahan yang teruk sehingga muntah-muntah.
Tunggu apa lagi? 


Jom order ESP sekarang.



Isnin, 29 Mei 2017

BANTUAN untuk ELAK Gigi LURUH


 Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. 

Baru-baru ni ada kenalan minta tolong... katanya tak sanggup lagi kehilangan gigi. 
yelah kalau bayi kecil senyum tanpa gigi, nampak comel, kan?

kalau orang dewasa pula senyum tanpa gigi, alahai... terus kurang keayuan/ketampanan di situ.

Cuba bayangkan wajah kita tanpa gigi yang sempurna. Pipi pun jadi jatuh. Nak senyum pun dah kurang keyakinan. 

Sayangkan...

Ni bayangan senyum tanpa gigi..


 Ini pula kisah yang di kongsikan oleh Kak Ira... dan saya sendiri pernah alami nya satu ketika dulu. tengah makan pasta je pun. huhu... oh gigiku rapuh :,( tak nak dah berulang lagi... 

Jom baca sikit jer lagi.

GIGI LURUH BAGAIKAN HUJAN YANG TURUN


Sedang gosok gigi...rasakan sesuatu yang luar dari kebiasaan. Namun tidak tahu sebabnya. Rasa pelik pada sang gigi. 

"Argh, aku je kot fikir macam macam. Kesan akibat baru monopause kot ni." Saja sedapkan hati. 

Namun ia tidak berakhir di situ. Rupanya mahu jadi sesuatu yang cukup menggerunkan.
Sedang mengunyah nasi dengan lauk kesukaan. Rasakan ada sesuatu yang jatuh di dalam mulut. 

"Eh, apa benda ni? Rasa macam bersepah je dalam mulut ni. Tulang dari lauk ni lah kot"


Beranikan diri keluarkan isi mulut.
Yang keluar tu adalah nasi bercamour gigi!!!
Rupa-rupanya gigi yang dirasakan bersepah tadi. 

"Ya Allah, gigi aku luruh. 2 3 batang gigi luruh sendiri. Apa jadi ni?"

Hati meronta gelisah.
Mulut tak tau nak cakap apa dah.

Takut!!! Petanda apakah ini?
Gusi bagaikan hilang daya memegang gigi dengan kuat.
Ia terbukak! Kembang bagaikan biskut direndam air.
Tanpa pandang kiri kanan, terus meluru ke klinik gigi berdekatan.
Bila doktor lihat keadaan gigi dan gusi, doktor pon terkejut! 

"Kak, saya tak pernah lihat kes sebegini tau kak. Gusi akak menurun. Ia tak mampu pegang gigi akak dah. Yang atas ni pon akan alami nasib yang sama nanti. Terpaksa dicabut"

Adakah ini salah satu simptom monopos? Eh, melampaunya kalau macam ni sekali kesannya.
Namun, ini realiti. Mungkin disebabkan ambil satu produk sebelum ni dan buat gigi pon luruh macam air hujan turun dari langit.

Eh, takkanlah teruk macam tu sekali kesan produk ni. Mahal ni harganya. Ingatkan makin positif kesannya. Ni makin teruk. 😅



Kawan cadangkan mencuba ostematrix dan vivix dari Shaklee untuk pulihkan balik. Masih rasa ragu ragu nak cuba. Yelah, produk yang dah diambil setahun ni belum habis lagi. Dah la mahal harganya. 



Inilah pentingnya pengambilan kalsium yang cukup bagi mengelakkan gigi tamat usia sebelum masanya. 

Juga elakkan dari mengambil produk yang boleh membahayakan kesihatan untuk jangka masa panjang. 

Nak cuba ostematrix dan vivix? 

Boleh hubungi saya untuk saya bantu awak ye. 



Kena bertindak segera sebelum gigi kita sendiri makin menghilang dengan sendiri.
Takutnya😅
Hubungi saya , #Anisah0136216522
#TeamZahirahhafizandotcom

Rabu, 1 Mac 2017

Boleh ke Ibu hamil bersenam?

Assalamualaikum dan Salam sejahtera.

Di doakan anda & kita semua dikurniakan kesihatan yang baik dan rezeki yang berkat. Aamin ya rabbalamin

Ada yang tanya dengan saya, boleh ke Ibu hamil bersenam???

Kan ada bayi yang sedang membesar dengan jayanya, kulit dah menegang, kaki dah bengkak, pinggang dah sakit2, macam an nak bersenam?

Boleh, yang sakit2 tu boleh dikurangkan Bila kena gaya nya. ;) Boleh pm saya untuk kongsikan.

Jadi Ibu hamil tak boleh la asyik nak baring jer, lama2 lagi sakit badan sebab banyak sangat lemak extra sana sini.

Ini poster untuk bersenam semasa hamil, sebenarnya kalau ibu2 ada buku pink- rawatan di klinik kesihatan kerajaan tu, ada juga poster2 seperti ini.


In fact, senaman ini membantu untuk melancarkan proses bersalin. 

Alhamdulillah saya amalkan dulu dan semasa nak bersalin tu, alhamdulillah dipermudahkan sangat. Dan saya terkebil2 'eh betul ke dah bersalin?' walaupun tu pengalaman kali ke3. 

Selain tu, mestilah juga amalkan pemakanan yang baik, banyak kan zikir, berdoa dan mengaji. InshaAllah Allah beri kekuatan yang luar biasa dan permudahkan urusan. 

Buat rakan2 yang sedang hamil dan bakal bersalin... Enjoy the moments and all the best. 

RabbiYassir Wala Tuassir
Rabbi tammin bi khair

Salam hormat,
Anisah 0136216522

Surirumah & Media : Bersama Membangun Potensi Suri Rumah Rahmah

 𝗦𝘂𝗿𝗶𝗿𝘂𝗺𝗮𝗵 𝗱𝗮𝗻 𝗠𝗲𝗱𝗶𝗮  Alhamdulillah, di izinkan Allah untuk hadir 2 hari 𝑩𝒆𝒏𝒈𝒌𝒆𝒍 𝑷𝒆𝒏𝒈𝒖𝒓𝒖𝒔𝒂𝒏 𝑴𝒆𝒅𝒊𝒂 𝑺...