Berkongsi Idea, Pengalaman dan Pandangan mengenai kehidupan , Islam, perkembangan kanak-kanak, supplemen semulajadi, masakan, pemakanan, kehidupan sebagai usahawan, dan banyak lagi...
Dalam entri sebelum ini saya kongsikan keunikan vivix shaklee, produk shaklee yang premium dalam botol merah tu. Anda pasti tahu kan, vivix dah ada adik sekarang, di panggil ResV. Apa beza mereka ni ya? Yang paling jelas beza nya, vivix dalam bentuk liquid, yang pengambilan nya guna sudu. Manakala. ResV dalam bentuk capsul. ( Perbezaan ResV dan Vivix - Perkongsian Kak Hafizah)
Cadangan pengambilan : Vivix di ambil waktu pagi, manakala ResV pada waktu malam.
Anda nak tahu siapa perlukan Vivix Shaklee? boleh baca di sini
Menurut Menteri Kesihatan Malaysia, Datuk Seri S Subramaniam, 12 % kematian di hospital kerajaan setiap tahun akibat KANSER. Kanser merupakan lima punca utama kematian di Malaysia.
Kerajaan telah membelanjakan RM100 juta untuk membeli ubat-ubatan bagi merawat pesakit kanser di hospital kerajaan dan menyediakan pelbagai kemudahan termasuk pusat rawatan terbaik untuk merawati penyakit itu, namun kesedaran orang ramai lebih penting bagi mencegah atau mengesan penyakit itu lebih awal.
"Kita ada sistem perkhidmatan dan kemudahan di hospital kerajaan atau swasta. Kita harap rakyat Malaysia mempunyai kesedaran yang tinggi dan pastikan menjalani pemeriksaan saringan bagi mengesan penyakit ini di peringkat awal," katanya.
Kanser payu dara, paru-paru, kolorektal, hidung, limfoma, serviks dan prostat terus menjadi kebimbangan utama dikalangan rakyat negara kita.
Hakikatnya kanser merupakan penyakit yang boleh membawa maut, namun ia masih boleh dicegah dan sesetengahnya mampu disembuhkan melalui rawatan-rawatan yang khusus.
Kanser sebenarnya satu jenis penyakit yang boleh dicegah dan dielak melalui perubahan gaya hidup.
Kanser, penyakit kencing manis dan penyakit jantung bukan lagi penyakit yang melibatkan golongan kaya sahaja kerana hari ini penyakit tersebut turut menjangkiti orang ramai yang terdiri daripada penduduk miskin melebihi daripada jangkitan penyakit lain.
Menurut pendapat doktor pakar, sebanyak 30 peratus hingga 40 peratus kanser boleh dicegah dan satu pertiga kanser boleh dirawat melalui pendedahan awal tentang penyakit dan juga rawatan.
Risiko untuk mendapat kanser sebenarnya boleh dielakkan dengan berhenti daripada tabiat merokok, mengurangkan jumlah pengambilan alkohol, mengelakkan daripada terdedah kepada cahaya matahari yang terlampau, makan makanan yang sihat dan mengekalkan berat badan dan melindungi daripada jangkitan yang menyebabkan kanser.
Dalam pada itu, Ketua Pengarah Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Datuk Seri Dr Noor Hisham Abdullah baru-baru ini berkata seramai 40,000 individu mendapat kanser dikesan pada setiap tahun dan ia merupakan jumlah yang besar berbanding hospital di Malaysia yang mempunyai pusat rawatan kanser yang lengkap dengan radioterapi.
Oleh itu, beliau menasihatkan individu yang mempunyai keturunan menghidap kanser supaya membuat saringan awal.
"Masalah kesedaran rakyat untuk tampil adalah sedikit. Di Malaysia kita hanya mempunyai beberapa pusat rawatan kanser lengkap dengan radioterapi iaitu di Kuala Lumpur, Johor, Pulau Pinang, Sabah dan Sarawak.
Vivix mengandungi resveratrol yang memainkan peranan dalam memanjangkan usia dengan melawan penuaan dan juga melawan sel kanser pada tahap sel dan terbukti melalui kajian saintifik yang telah di jalankan.
Apa itu resveratrol ?
Resveratrol ialah sejenis phenol semulajadi yang wujud di dalam tumbuhan anggur terutamanya jenis muskat dan anggur kulit merah serta Knotweed Jepun.
Since bulan November ni, promosi vivix... jangan lepaskan peluang keemasan ni.. bukan selalu tonik ajaib ni sales macam ni.... hanya 1 sudu sehari untuk 45hari... anda pasti merasai perbezaannya.
Bertindak hari ini, sayangi mereka yang kita sayang yang sedang melawan sakit2 sebegini.
Kita berusaha, berdoa dan tawakal.... Tiada penyakit yang tiada ubat kecuali MATI.
Siapa tak pernah dengar penyakit 3 serangkai?... mesti pernah kan.. penyakit 3 serangkai ni di kaitkan dengan KENCING MANIS (diabetes), DARAH TINGGI dan SAKIT JANTUNG. Dari ketiga-tiga penyakit kronik ni, kencing manis la yang paling famous dan biasanye dapat di kesan dulu sebelum darah tinggi dan sakit jantung.
Dalam bajet 2014 baru- baru ini, pengurangan subsidi gula di kaitkan dengan peningkatan kadar pesakit diabetes di Malaysia. Memetik berita dari utusanonline pada 25 Oktober lalu
Jumlah penduduk Malaysia skrg ialah 28.3 Juta.. kiranye dalam 1% rakyat adalah pengidap diabetes.. wah tinggi tuh.
Kerajaan memperuntukkan kira-kira RM 2 bilion untuk merawat diabetes... waaa banyaknye, padanlah subsudi gula di kurangkan.. agaknye untuk menampung kos rawatan ni pulak kot.
Apa itu diabetes...?
Penyakit diabetes juga di kenali sebagai kencing manis adalah satu keadaan di mana terdapat kadar gula yang berlebihan dalam peredaran darah. Ini terjadi kerana badan kekurangan sesuatu hormon yang dipanggil insulin yang diperlukan untuk menukar gula kepada tenaga dalam badan kita. Insulin adalah sejenis hormon yang dihasilkan oleh organ bernama pancreas yang terletak dibawah perut. Badan kita mengeluarkan tenaga untuk menjalankan tugas harian daripada makanan. Dalam perut, makanan berkanji dan bergula yang dipanggil makanan karbohidrat ditukar kepada bahan gula yang dipanggil glukos dan masuk ke dalam saluran darah di mana ia akan digunakan oleh badan untuk menghasilkan tenaga. Glukos adalah punca utama yang memberi tenaga.
Dalam keadaan biasa, insulin membantu gula (glukos) dalam darah untuk memasuki sel-sel badan untuk ditukarkan kepada tenaga. Bagi orang yang mengidap penyakit kencing manis, organ pancreas tidak dapat menghasilkan hormon insulin dengan secukupnya atau insulin yang dikeluarkan tidak dapat bertindak seperti biasa. Akibatnya, glukos atau gula tidak dapat memasuki sel-sel badan. Kadar gula dalam peredaran darah menjadi tinggi. Gula yang berlebihan ini akan disingkirkan oleh badan melalui air kencing. Inilah sebabnya, penyakit ini dikenali sebagai penyakit kencing manis. Tanpa insulin, sel-sel badan tidak menerima bekalan glukos, walaupun kadarnya amat tinggi dalam peredaran darah. Ini menyebabkan badan akan kekurangan tenaga.
Sumber : Kementerian Kesihatan Malaysia
Di bawah ini adalah punca diabetes... bukan sebab gula je tau..
Punca diabetes :
Symptoms diabetes
Implikasi diabetes jika tidak di kawal ..
Shaklee menawarkan supplemen berikut bagi diabetes:
1. ESP (Energizing Soy Protein) : Berindeks glisemik (GI) rendah. Sangat sesuai utk pesakit diabetes. 2. Vitalea Iron Formula : Imbangan vitamin dan mineral yang lengkap. 3. GLA Complex: Memberi kesan positif kepada diabetic neuropathy. 4. Alfalfa Complex : Sumber serat yang membantu menstabilkan gula dalam darah. 5. Vitamin C: Mengukuhkan kapilari dan salur darah. 6. Zinc Complex : Membantu penghasilan insulin & pemulihan luka. 7. Vivix : Sumber anti-oksidan terbaik.
tapi agak2 mcm banyak nye kan... untuk kesan yang cepat dan optimum, kami cadangkan untuk ambil vivix. Banyak testimoni yang berjaya.. boleh tgk di sini.
Tahniah pada krew upin ipin, sambil berhibur, banyak info dan pengajarannya.
Episod terbaru Upin Ipin di tayangkan pada 14
September 2013, Daun Hijau, mengisahkan "Upin Ipin & Rakan2 belajar
mengenai khasiat sayur dan Kak Ros nak diet dengan makan sayur sahaja"
Lazimnya, kanak-kanak tak suka makan sayur. Sebab dah
terpahat "Sayur tak sedap".
Asyik-asyik nak ayam goreng jer. Tak boleh nak
salahkan mereka, kita yang didik macam tu.
Ada kawan baik saya, sampai sekarang masih sangat
memilih untuk makan sayur. Alasan nya "Tak suka, pahit, tawar".
Kesannya, beliau mudah sakit. Kenapa ye?
Sebab sayuran mengandungi banyak vitamin dan mineral
penting yang dapat mencegah dari penyakit samada yang berjangkit atau pun
tidak. Ia baik untuk sistem pencernaan kerana membekalkan sumber serat.
Bak kata opah "Makan sayur, baik untuk kesihatan"
Memetik Kata kak Ros :
"Tomato baik untuk kulit, Carrot baik untuk mata"
Ipin tegur Kak Ros :"Kak ros, jangan makan sayur je, kena makan
nasi dan ayam juga".
Dalam keadaan santai, penonton di ajak untuk menilai pemakanan
sendiri..
Adakah permakanan anda seimbang hari ini ?
Jom berfikir sambil menonton animasi ini:
JOM Kenali serba sedikit khasiat sayur : Tahukah anda sayur-sayuran boleh dibahagikan kepada enam kumpulan
biologi iaitu yang menjalar, yang berakar, berbatang, cruciferous dan bebawang.
Contoh sayur yang menjalar adalah seperti labu, timun dan kacang
panjang. Ia hidup menjalar. Ada sesetengah sayuran jenis ini yang enak dimakan
mentah dan ada yang perlu dimasak sebelum dimakan.
Timun boleh dijadikan salad dan dimakan begitu sahaja. Orang
Melayu sering menggelarkan timun ini sayur sejuk dan tak elok dimakan selalu
lebih-lebih lagi bagi ibu dalam pantang dan kaum lelaki. Tetapi timun
sebenarnya baik untuk mengelakkan sembelit. Jus timun boleh mengelakkan
gastrik.
Timun juga boleh menurunkan berat badan. Untuk kecantikan
luaran. timun selalu digunakan untuk menghilangkan jerawat dan hirisan timun
juga digunakan untuk melegakan keletihan mata.
Sayuran daripada akar pula adalah yang tumbuh di dalam
tanah. Akarnya akan membesar dan boleh dimakan setelah digali.
Contohnya, keledek, keladi dan kentang. Sayuran ini kaya
dengan kanji dan dimakan untuk membekalkan sumber karbohidrat dalam badan.
Kumpulan cruciferous pula adalah terdiri daripada sayuran
seperti brokoli, bunga kubis dan kubis.
Pada mereka yang mengamalkan makan sayuran dari kumpulan ini
dapat mengelakkan daripada dijangkiti penyakit tiroid iaitu penyakit bengkak kelenjar
di leher akibat kurang kandungan iodin.
Jadi dengan mengamalkan sayuran ini akan menghalang penyakit
ini daripada dihidapi. Sayuran berdaun hijau pula adalah seperti daun salad,
bayam dan daun kobis. Sayuran hijau mengandungi banyak vitamin C, zat besi,
anti oksida.
Daun salad misalnya baik untuk mengurangkan penyakit susah
tidur malam iaitu insomnia. Selain itu daun salad juga bertindak menenangkan
dan melapangkan fikiran, dengan itu dapat menghilangkan segala keresahan yang
kita alami.
Daun ini juga mengandungi karotin, serat dan air yang mampu
menghilangkan rasa dahaga dan boleh melancarkan sistem pernafasan kita.
Sayur berbatang pula seperti asparagus dan saderi. Asparagus
mengandungi rendah kalori dan natrium. Selain itu ia memberikan vitamin B6,
kalsium, magnesium, fosforus, vitamin E dan serat.
Asparagus enak di kukus atau digoreng bersama makanan laut
seperti udang. Makanan yang ditumis bersama bawang merah dan bawang dengan
putih berasa lebih enak dan menaikkan lagi aroma makanan itu.
Bawang besar, bawang merah dan bawang putih merupakan
sayuran dalam kumpulan bebawang.
Selain melazatkan makanan ia juga terbukti untuk memberikan
kesihatan dalam badan seperti bawang yang mengandungi sebatian anti oksida
iaitu falvonoid yang dapat mengurangkan penyakit kanser, jantung darah tinggi
dan kencing manis.
- Di petik dari Khasiat Sayur, Dari Dapur Azli Razali, Utusan Malaysia
Cadangan pemakanan seimbang yang dipersetujui di seluruh dunia
Rasulullah 1400 tahun dahulu juga telah mengajak kita untuk mengamalkan pemakanan yang sihat. Kerana melalui perut datang pelbagai penyakit.
Kalau orang dulu-dulu, sayuran yang mereka
makan adalah segar dan bebas dari racun. Sayuran di pasaran sekarang ini,
nampak segar, tetapi sebenarnya segar sebab ulat pun tak nak makan.
Tahukah anda Shaklee mengamalkan konsep semulajadi ala2 sayuran gitu..hehe
Bagi mendapatkan kesihatan yang optimum, pemakanan seimbang dan
pengambilan supplemen penting bagi memastikan tubuh badan kita menerima khasiat
yang secukupnya.
Tahu BMI anda?
1. Jika ada terlebih berat badan... anda di sarankan untuk mengambil
set slimming.
2. Jika ada terkurang berat
badan... anda di sarankan untuk mengambil set weigh gain.
Berikut adalah produk yang di sarankan.
Yang seronoknya, dengan setiap pembelian set diet, kami telah menyediakan
jadual pemakanan dan konsultansu supaya anda dapat diet dengan cara yang sihat,
inshaAllah.
Jom kenali;
Set Diet Shaklee
Set Naikkan Berat Badan
Please do not hesitate to contact me/ comment below for:-
FREE Consultation
Business OPPORTUNITY with Shaklee!!
Please LIKE this post and SHARE if you like this post via below social media links.
Apa khabar anda hari ni? Moga anda yang sedang membaca ini sihat dan dalam keberkatan Allah swt.
Hari ni, saya nak kongsikan rahsia di sebalik TONIK AJAIB yang dengan izin Allah swt telah berjaya mengurangkan dan memperbaiki kesihatan pesakit2 kronik, juga meningkatkan kesihatan dalaman dan luaran.
Vivix ohhh vivix...
Apa special vivix ni? apa fungsinya? Satu produk shaklee yang semakin ramai yang memerlukannya... kerana itu, saya rasa bertanggungjawab untuk kongsi ilmu produk ni bersama anda semua..
Ikuti hasil pencarian saya mengenai produk vivix ni... rupanya ianya semakin mendapat hati di kalangan mereka yang berusia mahupun muda..
Minuman tonik sudah terkenal di kalangan pesakit jantung, kencing manis, stroke dan macam-macam lagi...
Jom kenali produk menawan ini...
Apakah itu vivix?
Vivix™ Minuman campuran botani merupakan revolusi terbaru di dalam pemakanan polifenol.
Vivix ™ mengandungi campuran unik botani Polygonum Cuspidatum, Anggur Muscadine, Elderberi Eropah dan Lobak Ungu yang kaya dengan polifenol. Polifenol adalah kumpulan fitokimia yang terdiri daripada sebatian tanaman yang mengandungi khasiat antioksidan dan sel anti-penuaan semulajadi.
Bakal dipatenkan tidak lama lagi. Bahan-bahan utamanya telah diuji secara klinikal dan ianya eksklusif untuk Shaklee.
Berikut merupakan bahan-bahannya:-
Bagaimana vivix melambatkan penuaan?
Manfaat vivix :-
Apa bezanya vivix shaklee ini dengan produk lain?
banyak tick di vivix shaklee... itulah kenapa semakin ramai yang mempercayainya...
Satu video yang membuatkan saya dan anda terpegun dengan vivix ni...
Trademark vivix
Di antara testimoni menarik...
Masalah arthiritis pada sendi lutut:
Masalah pelawasan dan penglihatan
Mild stroke
kanser
kencing manis dan masalah penglihatan
Mild stroke/sakit lutut / darah tinggi
Satu hari di group nutrisi Shaklee kami, ada seorang rakan berkongsi mengenai cadangan vivix ini untuk perokok tegar
Secara kasar perbualannya adalah seperti di bawah ;
Kawan X : Kawan kawan, apa supplement yang sesuai untuk perokok tegar? Dia tak nak berhenti merokok tapi nak jaga kesihatan. Kawan A : Paling terbaik, Vivix untuk orang macam ni.
Kawan B : Yes yes... Vivix memang terbaik untuk orang macam ni.
Kawan X : Oh... Ye ke... Nanti saya try tanya customer saya. Sebab Vivix tu harga dia boleh tahan gak. Customer ni agak budget sket.
Kawan A : Eh... cer suruh customer tu compare expenses dia sebulan dengan vivix tu. Agak agak mana yang lagi mahal?
Kawan B : Ha ah la... nanti nak kena tanya dia. Kenape sanggup berhabis duit untuk merokok? Tapi tak nak keluar duit untuk jaga kesihatan. Dia tak tau tu kos sakit tu lagi mahal. Bazir duit sendiri dan sedara mara yang datang melawat sebab sakit terlantar di hospital. Ish ish... Kesian....
Kesimpulannnya :
Jika anda rasa vivix ini mahal, sebenarnya sakit itu jauh lebih mahal... HEALTH is WEALTH... jika anda sakit, apa guna wang berjuta2.. apa yang anda mampu buat, selain dari makan ubat n menunggu mati sahaja?