Rabu, 26 April 2017

Huggies Ultra Saiz S ... MURAH!

Assalamualaikum dan Salam sejahtera.

Alhamdulillah. tahniah pada ibubapa yang bakal/baru menimbang cahayamata baru... dalam banyak2 keperluan bayi, nappy la antara perkara wajib dan menjadi keperluan asas dalam penjagaan bayi.





sumber : checklist-barang-persediaan-bersalin

Di samping menjadi pengedar shaklee, secara tak rasmi saya juga mengedarkan huggies ultra.. tapi sayangnya hanya saiz S sahaja. Dulu Amni boleh pakai dari lahir sampai umur nya 4bulan. Jadi boleh lah jimat bab nappy ni... yelah pakai lepas tu buang pun. hehe. dapat lebih jimat, lebih baik kan. dan Kualiti Huggies Utlra ni mmg bagus! air cepat diserap tau!




Khas buat mereka di sekitar Shah Alam dan utk pickup only. bolehla hubungi saya. Harga? sangat murah dari market.

https://www.facebook.com/anisahkhalid86
www.wasap.com/0136216522/anisahhuggiesUltra

Mesej disebalik tanda peningkatan usia...

Taman Orang Orang Soleh:
MESEJ DISEBALIK USIA

  Semakin berusia semakin lemah tangan menggenggam..kerana Allah sedang mendidik kita agar melepaskan cinta dunia.

   Semakin berusia semakin kabur matanya... Kerana Allah sedang menggilap mata hati untuk celik melihat akhirat.

    Semakin berusia semakin sensitif....kerana Allah sedang mengajar bahawa pautan hati dengan makhluk sentiasa menghampakan namun hati yang berpaut kepada Allah, tiada pernah mengecewakan.

Semakin berusia semakin gugur gigi-giginya....kerana Allah sedang mengingatkan bahawa suatu hari kita akan gugur kedalam tanah selamanya.

Semakin berusia semakin ditarik nikmat kekuatan tulang dan sendi....kerana Allah sedang mengingatkan bahawa tak lama lagi nyawanya akan ditarik.

Semakin berusia semakin rambut putih....kerana Allah sedang ingatkan kain kapan yang putih.

  Begitu juga hati...semakin berusia semakin sepi dan ingin bersendirian...kerana Allah sedang mendidik kita untuk melepaskan cinta manusia.

  Akhirnya ...hanya cinta Allah yang kekal sebagai bekalan menuju akhirat.

Didoakan semoga kita semua;

 ● Diberkati usia
 ● Dimurahkan rezeki
 ● Ditetapkan keimanan
 ● Dikurniakan pemikiran dan pertimbangan yang terbaik
 ● Kesihatan yang baik
 ● Berjaya di dunia & akhirat
 ● Sentiasa mendapat rahmat dariNya

Amiin ya Robbal alamin.

SILA SHARE DAN SEBARKAN

(Dipetik daripada facebook Ustaz Iqbal Zain)


Sabtu, 22 April 2017

Debaran Ramadhan... Jom siap sedia.



Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Dup dap... Debaran Ramadhan kian terasa.

Hari ni dah 25 Rejab ... Maknanya sekitar 35 hari lagi kita akan menyambut bulan yang ditunggu2... Ramadhan Al-mubaraq.


Padanlah sekarang ni, ramai yang pulun ganti puasa dan juga puasa sunat rejab. Alhamdulillah. Meraikan peluang yang ada untuk beribadat. InshaAllah.

Padanlah sekarang ni, ESP, mealshakes dan performance drink out of stock, menunggu shipment dari USA. Ramai yang dah borong dulu buat bekalan menuju ramadhan. InshaAllah.

Jadi... Jom2 boleh standby pre-order... Stock sampai je. Jom kita serbu.

Semoga ramadhan tahun ni lebih baik dari tahun2 lalu dan kita kekal bertenaga sepanjang hari untuk menunaikan rutin harian. Aamin.


Sabtu, 15 April 2017

Muliakan ibu bapa...

UTAMAKAN IBU - touching 😭😭😭
"Aku terlupa isi air dalam termos mak aku!"   jawabnya dengan gelisah..

.
.

Dalam dunia ini,  bila anak-anak berebut hendak membela ibu memang ramai,  apatah lagi kalau ibu itu seorang yang amat disayangi oleh anak-anak dan cucu-cucunya.

Tetapi berebut hendak membela ayah yang telah tua dan uzur agak kurang.

Kali ini saya hendak paparkan satu kisah yang sungguh indah.

Setelah hampir 20 tahun berpisah.  Akhirnya saya bertemu semula dengan seorang sahabat.

Kami dulu satu pejabat,  dan hubungan kami memang rapat.  Waktu itu kehidupannya agak susah.

Dan sahabat saya itu kerap meminjam dari saya.

Tidak banyak.  Ada ketikanya RM5.  RM10.  Bukan untuk dirinya,  tetapi keperluan untuk keluarganya.

Tiap kali dapat gaji.  Bila dia hendak membayar semula hutangnya,  saya akan menolaknya.

"Dah, dah, aku halalkan,  cuma tolong doakan supaya aku masuk syurga."   itu sahaja permintaan saya kepadanya.

Memang dia serba salah dengan penolakan saya,  tetapi saya buat selamba.

Satu hari,  kami sama-sama diarahkan ke Kuala Lumpur.  Kebetulan pula motor saya rosak waktu itu.  Jadi,  saya tiada pilihan,  saya menumpang motornya.

Dipertengahan jalan.  Sebaik tiba di Tol Batu Tiga.  Tiba-tiba sahaja dia beristighfar agak kuat.

Motor diberhentikan di tepi jalan.

"Feroz,  aku nak patah balik!"   katanya dengan wajah cemas.

"Apa hal?"  

"Aku terlupa isi air dalam termos mak aku!"   jawabnya dengan gelisah..

Tidak sempat saya hendak berfikir,  tidak sempat hendak memberikan jawapan,  terus saja dia memecut dan berpatah balik.

Pelbagai persoalan bermain di minda saya.

'Gila ke hapa dia ni!  takkan tak ada orang nak isi air dalam termos mak dia?'   sejujurnya hati saya agak panas dengan tindakan sahabat saya itu.

Bayangkan waktu itu sudah pukul 10 pagi.  Mesyuarat di KL pukul 11 pagi.

Waktu itu,  langit menghala ke KL telah mendung.

Sah,  memang tak sempat !

Sebaik tiba di rumahnya.  Dia terus menerjah masuk ke dalam.  Seketika dia keluar. "Feroz,  tungggu sekejap ya,  aku tunggu air masak,  sekejap je lagi."

Dengan hati yang panas,  saya mengangguk.

Tidak lama, urusannya selesai dan kami bertolak semula ke KL.

Kali ini baru saya dapat merasakan satu keanehan.  Ya, satu keanehan.

Sepanjang perjalanan,  hujan langsung tidak turun,  walaupun langit KL waktu itu telah gelap dan angin bertiup agak kencang.

Sebaik masuk ke dalam bangunan.  Barulah hujan turun selebat-lebatnya dan menggila !

Dan bila saya pandang jam tangan - 10.50 pagi !

Sedangkan sahabat saya langsung tidak memecut.

Saya mendiamkan diri.  Pelbagai persoalan mengasak minda saya.

Usai mesyuarat dan selesai segala urusan.  Petang itu kami balik bersama.

Dipertengahan jalan,  kami singgah di sebuah restoran mamak.

Sedang enak menjamu selera,  barulah saya tanya dengan cermat dan bersopan.

"Kat rumah engkau tak ada orangkah selain mak engkau?"

"Tak."   jawabnya sepatah.

"Sebenarnya,  abang aku tinggal di rumah sendiri,  tak jauh dari rumah aku.  Isteri aku awal pagi dah naik bas kilang,  anak-anak aku semua dah pergi sekolah."    dedah sahabat saya sambil menyuap makanan dengan begitu berselera.

"Mak aku tu, dia tak larat buat kerja rumah,   jadi sebelum pergi kerja,  aku akan siapkan air panas dan sedikit makanan di sebelah katil,  so dia mudah capai dan alas perut sementara aku balik kerja."

"Pagi tadi aku terlupa siapkan air panas ..."   sahabat saya merenung jauh sambil mengunyah makanan.

YA ALLAH.  YA RABBI.  SubhanaAllah.

Sanggup patah balik ke rumah,   semata-mata untuk memenuhi keperluan seorang ibu ?

Saya.   Ya saya sendiri.  Kalau terlupa bawa dompet,  saya teruskan sahaja perjalanan.  Tapi kalau terlupa bawa telefon bimbit,  besar kemungkinan saya akan berpatah balik.

Tapi sahabat saya.  Kerana terlupa siapkan air panas untuk ibunya.  Dia BERPATAH BALIK !

Kini,  ibunya telah tiada.  Isterinya juga telah meninggal dunia kerana kanser.

Sahabat saya menjadi rebutan anak-anak dan cucu-cucunya untuk tinggal bersama mereka.

Kami bertemu semula di suatu majlis baru-baru ini.

Usai makan,  kami bersembang bertanya khabar.  Tiba-tiba berlaku pertengkaran diantara anak-anaknya.

"Eh, engkau dah ambil Baba 2 hari,  engkau pulak hari tu dah bawa Baba pergi round Singapura,  kali ni sorry, turn aku pulak nak suruh Baba tinggal rumah aku!"

Sahabat saya tertawa berdekah-dekah sambil menggaru kepalanya.

"Ok, ok, ok macam ni ... biar Baba tinggal dengan Usu pulak."   sahabat saya memberikan solusi dan kata putus.

Melihat saya yang berdiam diri.  Sahabat saya akhirnya meluahkan rasa.

"Feroz,  anak-anak akulah harta yang paling membahagiakan aku sekarang.  Dulu,  aku selalu berhutang dengan engkau,  hari ini, orang lain pula berhutang dengan aku."

'Sahabat,  engkau bahagia hari ini kerana engkau telah MEMBAHAGIAKAN IBU MU!'   namun kata-kata itu tidak terluah dari kerongkong saya.



😭😭😭😭
#HargailahIbuDanBapaMm

Rabu, 12 April 2017

Lirik lagu Jangan Menangis Habibah

Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera. 

Allah Maha Pengasih dan Maha Penyayang. 

Pagi ni... Sedang saya dalam mood sayu sebab terbaca kisah pengebumian seorang wanita yang banyak berbakti kepada orang lain, sehingga tidak berkahwin, namun Allah izinkan beliau dikebumikan di perkuburan baqi bersama seorang bayi dalam liang lahat yang sama. Semoga beliau ditempatkan dikalangan solihin' 

Terfikir, kita yang sudah berkahwin ni, layakkah kita untuk dijemput ke 'sana' dalam keadaan yang mulia seperti itu?

Tetiba di ikim tadi pasang lagu 'Jangan Menangis Habibah' 

Allahuakbar. Motivasi di pagi hari.

Selalu kan apa yang kita sedang fikir, suasana & keadaan sekeliling pun dalam mood yang sama. 

Jom hayati lagu ni kejap... 

Lirik Lagu Jangan Menangis Habibah


Kemari sini Habibah
Lepaskan gundah gulana
Izinkanku mendengar
Resah jangan terus dibiar

Jangan menangis Habibah
Penatmu itu ibadah
Isteri yang taat setia
Syahidlah ganjarannya

Teladanilah wahai wanita
Betapa tabah Siti Khadijah
Luhurnyahebatnya Fatimah
Teladanilah wahai wanita
Selautan ilmu Siti Aisyah
Kudusnya taqwanya Rabiatul Adawiyah

Solat lima waktu
Puasa di Ramadhan
Taati suamimu
Maruah dipertahan
Sabdanya pilihlah
Syurga mana
Pintu mana
Yang kau suka

Jangan menangis Habibah
Penatmu itu ibadah
Isteri yang taat setia
Syahidlah ganjarannya

Teladanilah wahai wanita
Betapa tabah Siti Khadijah
Luhurnya hebatnya Fatimah
Teladanilah wahai wanita
Selautan ilmu Siti Aisyah
Kudusnya taqwanya Rabiatul Adawiyah

Solat lima waktu
Puasa di Ramadhan
Taati suamimu
Maruah dipertahan
Sabdanya pilihlah
Syurga mana
Pintu mana
Yang kau suka

Jangan menangis Habibah


Sumber daripada: http://arnamee.blogspot.com/2016/08/lirik-lagu-jangan-menangis-habibah-aris.html#ixzz4e5YO0KXP 



Selalu kan apa yang kita sedang fikir, suasana & keadaan sekeliling pun dalam mood yang sama. 

OK saya sedang seru mereka yang memerlukan #SetHamil & #SetPantang  #setkanak2 #vivix untuk menghubungi saya hari ini. 

RabbiYassirWalatuaasir

RabbiTamminBiKhair

Anisah #0136216522

Selasa, 11 April 2017

Makanan untuk Kecantikan dan Kesihatan

Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera. 

Ada yang tanya ... Kalau nak cantik, kena makan apa?

Siapa taknak cantik? Siapa taknak sihat? 

Jika diberi pilihan kita semua nak cantik , kita semua nak sihat.

Namun cantik itu subjektif. Cantik di mata kita, mungkin tak cantik di mata orang lain. 

Sihat? Juga berbeza2 tahapnya. 

Salah satu cara untuk cantik dan sihat adalah melalui MAKANAN



Buah-buahan terkenal sebagai makanan untuk kecantikan kan... cuba baca info pada poster di bawah... rasa macam nak makan semua sekarang je kan.. hehe.



Tapi nak buat macamana bukan semua ni kita boleh dapat makan setiap hari. Jadinya, tulah perlunya supplement terutama Vitamin C untuk kesihatan kita

Cukup ke kalau makan supplemen sahaja???

  

Ketua Saintis Shaklee Corporation, Dr Daggy cakap:
Walaupun Shaklee merupakan syarikat Supplemen, tetapi Shaklee tidak hanya memperkatakan tentang suplemen semata2.
Di Shaklee, kami mementingkan 3 perkara UTAMA:

1) Eat Healthily
2) Exercise
3) Supplement Wisely

Maksudnya, bila kita ambil supplemen, untuk kesihatan yang baik, kita perlu menjaga pemakanan dan lakukan senaman juga. berjalan, memanjat tangga juga dikira sebagai senaman :)

Supplemen Wisely > kena ambil vitamins yang sepatutnya yg diperlukan oleh badan.
Kalau kita rasa makanan kita seharian memang x cukup Protein, tak cukup Vitamin C, tak cukup minerals, maka nak atau tidak, kita perlu top up dgn makanan tambahan @ supplement :)

Rasa nak order???Sila la order supplemen shaklee sekarang..;) 


Anisah 0136216522

Runsing Anak Tak Selera Makan?

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Bila dah jadi mak2 ni, biasa sangat dengar masalah anak tak nak makan, makan sang at memilih.

#mealshakes bantu tingkatkan selera anak2

Dan amazingly

Bantu juga masalah sembelit di kalangan kanak2

Amanina Aisyah la salah seorangnya.

Dedulu, makan sikit je sebab perut tak selesa kan. Pastu nak ke toilet satu drama lain pula.

Sekarang?

Alhamdulillah. Sampai orang terkejut.

Badan kecil je, selera boleh tahan.

Nanti nina balas

'Yelah... Nina nak besar dengan sihat'

Alhamdulillah. InshaAllah sayang.

Buat rakan2, boleh la cuba untuk anak2. Amanina minum pun sekali sekala je. Kalau nak minum selalu pun boleh. Ikut selera Dan kesesuaian juga.

#RakanSid
#Anisah #0136216522

Isnin, 10 April 2017

Anda seorang penulis? Jom jadi penulis yang bermanfaat.

Assalamualaikum wbt dan Salam Sejahtera ...

Apa khabar anda hari ini? Semoga sentiasa dikurniakan kesihatan yang baik dan dipermudahkan urusan. Aamin.

Alhamdulillah... Kita di latih untuk menulis sejak ... Erm... Tadika? Atau paling lewat sejak sekolah rendah lagi. Penulisan adalah salah satu cara komunikasi yang digunakan sejak zaman dahulu lagi. Melalui penulisan banyak ilmu dapat disampaikan dari generasi ke generasi. Walau dalam era moden sekarang, di mana rakaman video penyampaian ilmu berada di hujung jari. Namun ilmu dan perkongsian dalam bentuk penulisan sentiasa akan releven. Nilainya tetap lain, lebih mendalam, lebih tepat dan lebih2 yang lain lagi.

Alhamdulillah. Dalam era 'media sosial' sedang berkembang dengan jayanya ni, ramai di kalangan kita menggilap kemahiran menulis perkongsian peribadi, ilmiah atau apa sahaja menggunakan mukabuku / blog.

Ia menjadi medan penyebaran ilmu pemakanan, kekeluargaan, kerjaya , dan macam2 lagi. Sampaikan bila apa sahaja yang kita nak tahu ... 'Google' je . ada lebih 1001 ilmu/info yang dikongsikan di alam maya ni. Info lebih mudah dicari di alam maya berbanding buku sebab internet yang tolong carikan specific perkara yang kita nak tahu. Berbanding dengan buku, kita kena cari sendiri la kan???

Itulah bila kita berkongsi ilmu, info , tips ataupun perkongsian peribadi lagi2 di alam maya ni, jom jadikan ia bermanfaat untuk dikongsikan. Doakan saya juga begitu.



 Saya memang minat bercerita, dulu sebelum zaman media sosial ni, saya banyak bercerita secara live dengan keluarga dan rakan2. Sekarang, kita sesuaikan dengan keadaan semasa.  Kadang tu, fb & blog ini seolah macam diari. Lagi2 bila melibatkan perkembangan anak2. Alhamdulillah sedikit sebanyak menjadi inspirasi pada diri sendiri dan orang lain untuk menjadi lebih baik.inshaAllah.

  Saya suka membaca dan berkongsi. Jika rajin, say a olah mengikut kefahaman saya. Jika ilmu tu agak berat, biasanya saya c&p, kemudian saya buat sedikit rumusan. Yelah bila kita belum pakar dalam sesuatu hal, kita perlu rujukan yang tepat untuk perkongsian yang bermanfaat. InshaAllah.


Salah satu impian saya.. Nak hasilkan 'diari mama - perjalanan membesarkan anak2 dengan sihat & cergas' boleh di compile kan dari perkongsian saya di fb & blog. Semoga ia menjadi rujukan anak2 saya bila mereka Ada anak nanti.  Amboi jauhnya fikir... Anas belum pun 8tahun. Itulah fungsi menulis... Ia akan kekal dalam bentuk penulisan dan boleh di sampaikan ke generasi seterusnya.

Mari sama2 doakan kita consistent untuk terus menulis perkara yang baik2 dan bermanfaat. Semoga ia menjadi pencen akhirat kelak. Aamin ya rabbalamin



Psstt Anisah! Cepat siapkan thesis Masters tu!!! Doakan saya dapat tamatkan masters dengan jayanya tahun ini.Aamin ya rabbalamin.


Terima kasih kerana sudi singgah di sini.

Sehingga berjumpa lagi.


Tips Menjalankan Bisnes Online

   Assalamualaikum dan salam sejahtera,  Pada entri yang lalu, saya kongsikan peluang bekerja Dari rumah yang turut berkait dengan bisnes on...