Isnin, 29 Disember 2014

Misi bantuan Mangsa Banjir

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera, 

Apa khabar anda hari ini? Moga kita semua berada dalam keadaan sihat dan diberkati Allah s.w.t 


Kita semua maklum, BANJIR di negara kita hari ini, masih di tahap kritikal, statistic di bawah, Allahuakbar, 247104 mangsa banjir telah di pindahkan... belum lagi termasuk mereka yang tidak berpindah. 

Ada rakan bisnes saya, terperangkap dalam taman perumahan, tidak boleh keluar dari kawasan rumah sendiri..dah jadi macam pulau pula. Nak tak nak, mereka terpaksa duduk dalam keadaan yang bersesak. 



Dalam keadaan tersesak, tak cukup rehat dan terdedah kepada pelbagai Penyakit. Kita jg maklum, ramai dikalangan mangsa banjir sakit/ada yg sudah meninggal dunia.
Info mengenai BANJIR, Penyakit berjangkit (sila click untuk info lanjut)



Pengambilan vitamin C tambahan membantu meningkatkan imuniti badan dan bertindak sebagai 'perisai' diri.



Sumbangan Vit C akan terus dihantar kepada mangsa banjir.

InshaAllah, moga usaha kita dapat menyelamatkan NYAWA sahabat dan saudara di Sana.

SEBOTOL VITAMIN C CHEW HARGA PASARAN RM37 sahaja.
Terpulang pada anda nak donate, 1, 5, 10, 100 botol sekali pun.

Semoga Allah membalas sumbangan anda ini dengan ganjaran yang lebih besar. Amin.

==========================

BAGAIMANA CARANYA :

1. PM SAYA BERAPA BOTOL ANDA NAK SUMBANG

Whatsapp/Telegram: Anisah 0136216522

2. Details bayaran akan dimaklumkan

3.Sumbangan Chewable VIT C akan dihantar oleh wakil kami kepada mangsa banjir.
=======================
Mohon sebarkan untuk kebaikan bersama

Terima Kasih.

Sabtu, 27 Disember 2014

Tidurlah sayang, luahan hati seorang ibu mangsa banjir

Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera,

Allahuakbar
Allahuakbar
Allahuakbar

Inalilahirajiun

Malaysia, terutama nya di kawasan pantai Timur teruk dilanda banjir sekarang.

Antara banjir terburuk dalam sejarah negara. Lebih 100000 orang yang terlibat dalam banjir besar INI.

Alhamdulilah, dalam keadaan sekarang, ramai pihak yang sama2 membantu mengurangkan beban mangsa2 banjir...Alhamdulilah, Alhamdulilah, Alhamdulilah.

Namun, masih belum mampu memenuhi semua keperluan.masih Ada yang belum dapat dipindahkan, masih Ada Yang tido dalam kesejukan, makan dengan kuantiti yang sangat minima.
keadaan di atas bukit...allahuabar, tidak terbayang sejuknya
..

Allahuakbar
Ya Rahman Ya Rahim... Dengan limpah Dan kasih sayangMu, redakan la hujan, redakan la banjir INI.

Inalillahirajiun, Al Fatihah.



Satu luahan hati seorang IBU yang kehilangan anak tersayang...menyentuh hati kita semua. Al Fatihah...

'Tidurlah sayang'.

Mama tahu kamu sejuk dan penat,
Kerana itu mama peluk kamu erat.

Mama tahu kamu merayu disuapkan,
Tetapi hanya dedaun yang mampu mama lumatkan.

Seperti kamu yang mengharapkan secebis makanan,
Mama juga berharap ada yang meluruhkan bantuan dari balik awan.

Hina rupanya kita di mata orang,
Sejuk dan basah bersendirian.
Tiada bekalan dan bantuan,
Seolah daerah ini daerah perang.

Rupanya begitu sekali negeri ini disisihkan,
Sehingga nyawa dianggap mainan dek kotornya partisan.

Darurat barangkali terlalu 'keramat' untuk diwartakan,
Walau negeri sudah menjadi kubur tidak bernisan.

Sabarlah sayang,
Simpanlah airmatamu ini untuk Tuhan.
Selepas ini tidak ada lagi kelaparan, dan mengigil sejuknya di bawah rintik hujan.

'Tidurlah' sayang,
Dan selamat jalan.
Tunggu mama di syurga.

(Nukilan seorang ibu yang kematian bayinya d Bukit Manjor, Kuala Krai ketika bertahan di atas bukit tanpa bantuan)

Allah, sayunya baca 😭😭😭

Doa, senjata Muslim...Mari sama2 doakan mereka...


Bismillahirrahmanirrahim,
Selawat dan salam ke atas junjungan
besar kita Nabi Muhammad SAW, keluarga baginda,  
dan para sahabat2 baginda....

Ya Allah, Ya Rahman, Ya Rahim,
Ya Waliy, Ya Mukmin, Ya Aziz,
Engkau lindungilah kedua Ibu bapa kami,
Adik beradik kami,
Sanak saudara kami,
Sahabat2 kami,
Dan semua penduduk di negeri Kelantan, Terengganu, Pahang, Perlis & Perak yang terkena musibbah banjir ini....

Ya Mutakabbir, Ya Sami', Ya Bashir,
Sesungguhnya kami semua hamba2 Mu yang lemah,
Kami tidak berdaya untuk menanggung ujian daripadaMu,
Sesungguhnya Engkau Ya Allah Maha Berkuasa di atas segala sesuatu...
Ya Malikul Mulk,

Ya Malik, Ya Muhaimin, Ya Matin, 
Engkau perintahkanlah bumiMu menelan airnya,
Engkau perintahkanlah langitMu berhenti mencurahkan airnya,
Sesungguhnya kami amat lemah untuk menanggung ujian daripada Mu,
Ya Waaliy....

Ya Rahim, Ya Basith, Ya Rofi, 
Kasihilah kami semua,  
Kami mohon kepadaMu,
Redakanlah bencana ini,
Ya Mani'...
Dan lindungilah kami semua,
Ya Qowiy, Ya Qodir,
Daripada perkara2 yang buruk...

Ya Allah,
Sesungguhnya Engkau tidak akan menimpakan sesuatu,
kepada kami melainkan sebagai peringatan kepada kami,
Di atas segala dosa2 dan kelalaian kami kepadaMu,

Ya Allah, Ya Tawwab, 
Sesungguhnya kami telah mezalimi diri kami,
Ampunkanlah kami,
Sesungguhnya Engkau Maha Pengasih lagi Maha Penyayang,

Ya Allah, Ya Hafidz,
Jangan Engkau biarkan hati, iman kami terpesong,
dan lalai sehingga melupakan tanggungjawab kami kepadaMu,
Rahmatilah kami semua Ya Allah,

Ya Allah,
Tiada tuhan melainkan Engkau,
Dan Nabi Muhammad SAW itu pesuruh Mu,
Ya Allah, Ya Ghofur, Ya Mujib,
Perkenankan dan kabulkanlah doa kami....

Amin....

Minta kongsikan doa ini..
Semoga dengan keikhlasan hati kita...
Allah SWT akan mengabulkan doa kita...
Serta merahmati kita semua.......

Isnin, 22 Disember 2014

Eii... Betul ke dah 2 orang anak?

Assalamualaikum dan Salam sejahtera....

Hari ni saya nak kongsikan perbualan saya dengan kawan baru yang saya bertemu di Seminar Now Everyone Can Speak tempoh hari... ;) Sila jangan muntah.. mood perasan jap..Senyum... tapi ni betul2, bukan rekaan... 

[Kembali muda]

Student UIA : Belajar kat mana? 

Saya : UiTM...

Student UIA :Oh.. ambil apa?

Saya : Master Applied Maths..

Student UIA :Oh..umur berapa? 

Saya : hehe.. ~dh 28 pun, dah ada 2 orang anak pun..~ (blushing lak tetiba)

Student UIA : ingatkan awal 20an.. Eh ye ke kak? nampak muda jer... alahai badan maintain jer ek? segan kami yang baru 20thn ni, bdn pun dh mula mengembang. 

Saya : ;) Bila kita jaga badan, inshaAllah mudah untuk maintain..;) 
...

Meh saya cerita sikit, dedulu dari zaman sekolah rendah.. masa darjah 6 lagi, orang ingatkan saya dh masuk uni.. sebab bak kata mak 'Kakak dari kecil, tak pernah kecil' .


Rangka badan memang agak besar berbanding adik beradik yang lain. Saya ada 6 orang adik beradik perempuan...dan sejak kecil, susah saya nak muat baca kakak-kakak saya.. huhu.. ;) 


Yang mana satu mak saya? hehe.. blend in je kan..


Amazingly, sekarang saya masih buat baju kurung saya semasa form 2 dan DAH boleh muat baju adik beradik saya yang lain..siap boleh muat baju mak lagi (mak saya lebih kecil dari saya.. ;) Awet muda sangat.. alhamdulillah.. ada saya kongsikan di sini --> Opah Cucu 16-orang tetapiawet muda . 

Macamana saya boleh kecilkan badan yang memang sedia ada BESAR? hehe...ada saya kongsikan di sini -->tips-elak-berat-badan-berlebihan

Agak2 ada kawan2 yang dah kembang macam gambar di bawah, Jom saya bantu anda untuk dapatkan balik saiz anda yang dedulu... 




Ok kawan, jangan segan silu ya.. slim bukan bermakna KURUS.. sebab kurus sangat pun tak elok juga, badan mudah sakit , antaranya sebab tak cukup 'kusyen' hehe.. 

Terima kasih kerana meluangkan masa...Sehingga berjumpa lagi. 

Usaha...Doa...dan TAWAKAL. 
Jangan lupa 'LIKE' post ni dan JOM 'SHARE' dengan orang tersayang. Semoga ada di kalangan mereka mendapat manfaat dari entry ini

TERIMA KASIH!!!!

Please do not hesitate to contact me/ comment below for:-

FREE Consultation
Business OPPORTUNITY with Shaklee!!

Ahad, 21 Disember 2014

PENTING! Siapa JESUS ?

Assalamulaikum dan Salam Sejahtera, 

Apa khabar pembaca semua? Moga kita diberi kesihatan yang baik dan diberkati Allah swt sentiasa. 

Tak lama lagi, Dunia akan menyambut Merry Christmas,dan bila sebut merry christmas... nama jesus di sebut-sebut selalu. Mungkin Di Malaysia, anak-anak kita kurang terdedah berbanding jika di negara barat, yang mana Christmas la, perayaan utama mereka. 

Alhamdulillah, pengalaman membesar di luar negara semasa zaman kanak-kanak & remaja memberi pengalaman kepada saya bagaimana perayaan ini di sambut di UK. di mana, di setiap sekolah yang 'beraliran' akan ada Role Play dan kanak2 di minta berlakon/menyanyi. Betapa pentingnya AQIDAH kita di tekan kan di sana. Betapa ibu bapa risau... 

Alhamdulillah, pengalaman mendewasakan kita. 

Decoration di KLCC 

Namun, isu ini tidak boleh di pandang ringan, nak tak nak, pengaruh ini turut ada di shopping complex sekarang ni penuh dengan perhiasan bertemakan christmas, anak2 saya, Anas (5+ tahun) dan Amanina (3+tahun) juga tahu yang pokok pine berhias lampu2 ni CHRISTMAS...Siaran di kaca TV mahupun internet juga banyak je pasal CHRISTMAS, Betul?

Bila di fikirkan,mungkin bukan hanya kanak2 yang belum memahami mengenai 


SIAPA JESUS??? Boleh ke kita nak SAYANG pada JESUS?

Jesus adalah nama yang di gunakan di dalam bible dan tafsir Al Quran dalam bahasa english. Jom ikuti selanjutnya

Perkongsian dari rakan fb saya,Pn Noor Afidah  membuatkan saya rasa bertanggungjawab untuk kongsikan nya di sini, supaya lebih ramai mendapat info dan jelas mengenai perbezaan di antara JESUS dalam agama kristian, dan JESUS dalam agama Islam... JESUS yang sebenarnya. Wallahualam.. 

Pn Noor Afidah, sekarang menetap di London bersama keluarga



[Anak-anak kami dan Jesus alaihissalam]
It's the time of the year again. 

Apabila tiba musim perayaan Krismas, anak-anak di sekolah luar negara terutamanya akan terdedah kepada pelbagai kisah mengenai Jesus. Tetapi bukan Jesus sebagai seorang Rasul Allah dan manusia biasa, sebaliknya Jesus sebagai ‘God’ (dan Son of God) . Inilah cabaran membesarkan anak di luar negara.
Ketika Ayunie bersekolah di Melbourne pada awal tahun 2000 dulu, kami menghadapi cabaran yang sama. Kebanyakan private schools di Melbourne pada masa itu attached dengan gereja. Seminggu sekali mereka wajib menghadiri service di gereja Baptist. Seminggu sekali mereka ada kelas Christian Education di sekolah. Alhamdulillah setelah berbincang dengan pihak sekolah, Ayunie mendapat pengecualian dari service di gereja dan kelas Christian Education. Walau bagaimanapun menjelang Krismas, kanak-kanak terlibat dengan nativity play dan nyanyian carols. Kami mendapatkan lirik lagu-lagu yang dinyanyikan daripada pihak sekolah supaya kami tahu apa kandungan lagu tersebut. Kami menerangkan kepada Ayunie siapa Jesus a.s menurut Islam. Being the only Muslim child in the school bukanlah mudah. She was a smart girl, she still is. Setiap kali menyanyikan carols yang ada menyebut Jesus (as God atau son of God), dia mengertap bibir dan tidak menyebut lirik tersebut. Ini adalah idea dia sendiri, bukan arahan daripada kami. That’s a way of not accepting the belief…according to a 5-year-old Ayunie. Malah semasa pendakwah Jehovah Witness datang ke rumah kami, Ayunie dengan selamba memberitahu mereka, 

"We believe in Jesus. He is a special prophet of Allah. But he is not God or the son of God.” 

Keperluan untuk membentuk sistem kepercayaan yang kuatlah menjadi sebab utama kami mengambil keputusan untuk kembali ke Malaysia walaupun berpeluang berada lebih lama di Melbourne. Kami percaya, faktor persekitaran sangat penting untuk perkembangan aqidah anak.

Lebih mudah buat Azzam kerana asas pemahamannya tentang Nabi Isa a.s juga dipupuk di sekolah Islam di Malaysia selain di rumah.

Hakeem juga mendapat pengetahuan asas tentang Nabi Isa a.s dari tadika Islam di Malaysia. Apabila tiba di UK pada usia 5 tahun, dia mula terdedah kepada Jesus as God dan Son of God. Walaupun International School meraikan semua agama tapi budaya di UK meraikan Jesus as God. Pada satu hari saya ternampak Hakeem membaca The Noble Quran (terjemahan oleh Taqiuddin Al Hilali). Tanpa diduga, dia mencampak terjemahan tersebut ke atas katil. Air mukanya agak kaget dan marah.

Saya kehairanan lalu bertanya, “ Whats wrong Hakeem ?”. 

Dengan nafas yang laju, dia menjawab “Why does THIS Quran mention Jesus? Jesus is not God. Quran shouldn’t mention Jesus”.
Fahamlah saya. Pada pemahaman the 5-year-old Hakeem, Nabi Isa dan Jesus adalah dua individu yang berbeza. Orang Melayu tidak menyebut Jesus. Walaupun belajar dalam Bahasa Inggeris, kita menyebut Prophet Isa a.s. Kita tidak menyebut Jesus. Jadi apabila Hakeem membaca kisah Jesus di bahagian Appendix Noble Quran, dia keliru. Dia keliru kenapa nama Jesus di sebut di dalam Al Quran sedangkan Jesus yang difahaminya adalah yang diraikan sebagai God dan itu adalah salah. Salah kami juga sebagai parents kerana terlepas pandang aspek itu kerana baru saja tiba di UK. 

Selepas saya menerangkan bahawa Jesus dan Nabi Isa adalah orang yang sama dan tidak salah menyebut Jesus kerana itu adalah satu nama. Yang salah adalah menyebut dan mempercayai bahawa Jesus adalah God atau Son of God. Dia kelihatan lega selepas itu dan teruskan membaca Noble Quran tersebut. Alhamdulillah.

Kesimpulannya, never assume when it comes to aqidah. Kita perlu pastikan anak-anak betul faham soal aqidah terutamanya yang berkaitan dengan Jesus a.s sewaktu musim perayaan Krismas. Walaupun kita berada di Malaysia dan berada di dalam persekitaran yang ‘selamat’, jangan terlepas pandang apa yang mereka serap dan mereka faham terutamanya dari media sosial. Biar anak-anak selesa dengan nama Jesus. Biar mereka selesa menyebut:
"Yes I believe in Jesus and I love Jesus as a prophet of Allah. In fact, no Muslim is a Muslim, unless he or she believes in Jesus as a prophet of Allah."
Saya percaya semua ibubapa Muslim di luar negara ada pengalaman dengan anak masing-masing tentang Jesus (peace be upon him) terutamanya di musim Krismas ini. 

Panduan untuk mendidik anak2 mengenai Jesus..


1. Mula sekali kena tahu apa yang anak 3 tahun tu dah tahu dari sekolah, kiranya dia dah ke sekolah. Pada masa yang sama, story telling/baca bersama-sama adalah aktiviti yang sesuai. 
2. Sesi penceritaan perlu berlaku dua hala. Perlu ada peluang dialog/soal jawab supaya kita tahu apa yang anak faham. 
3. Perkenalkan juga nama-nama lain para Nabi contohnya Isa/Jesus, Yusuf/Joseph, Ayub/Job dsbnya. 
4. Penting juga pupukkan rasa hormat pada kepercayaan agama lain. ayat dalam Quran tentang ini (Al An'am: 108) 


5. Penting: Jelaskan tentang Jesus bukan God/Son of God (Al Ikhlas). Allah Maha ESA, tiada anak dan hanya SATU. 


~Di petik & di adaptasi dari  fb wall Pn Noor Afidah. 

Semoga perkongsian ini, memberi sedikit penjelasan dan kepentingan untuk kita percaya dan didik anak2 kita untuk faham dengan jelas mengenai perbezaan di antara JESUS dalam agama kristian, dan JESUS dalam agama Islam... JESUS yang sebenarnya. 

Wallahualam..

Jemput tekan button share di bawah, jika anda rasa ianya bermanfaat untuk di kongsikan...;) 'Sampaikanlah walau 1 ayat' 

Jumaat, 19 Disember 2014

5 Perbezaan Ibu GBS Hamil Bersama Shaklee

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera, 

Alhamdulillah, kebelakangan ni ramai rakan dan saudara saya yang hamil.. erm, orang kata musim MENGAWAN kan hujung-hujung tahun ni. Lagi-lagi pula, umur seperti saya, sekitar hujung 20an/awal 30an, adalah umur ideal sangat nak beranak pinak. 



Waktu kehamilan ni la, doktor memang sangat sarankan pengambilan vitamins a.k.a supplement tambahan bagi menampung keperluan nutrisi yang diperlukan oleh si ibu dan anak yang dikandungkan. 

Sepanjang tempoh kehamilan lah, ramai yang sangat konsisten dengan medical checkup, baru lah tahu ada tendency penyakit dan tahap kesihatan yang lain. Antara yang paling di takuti ialah bacaan Hb rendah dari normal dan GBS... 

Ada yang kata 'sama jer, tak nak beli supplement, kan boleh dapat percuma jer pun..'

 Ok, jom baca perbezaannya upline saya hamil dengan mengambil supplement shaklee dan supplement lain.  (saya sendiri, belum pernah hamil dgn shaklee.. dedulu, tak kenal shaklee)


Apa itu GBS? --Sila click di sini --> GBS dan IBU HAMIL

BERBALOIKAH Supplement shaklee semasa HAMIL?Perkongsian oleh Ainul Mardhiah


Alhamdulillah, syukur atas nikmat yang Allah kurniakan kerana kita masih bernafas sehingga ke hari ini.

Rentetan dari entry saya berkaitan GBS (GBS), saya terpanggil untuk berkongsi pengalaman saya semasa mengandungkan anak pertama sehinggalah anak yang ketiga. 




In shaa Allah, saya cuba untuk menulis berdasarkan pengalaman yang saya lalui, dgn tidak bias kepada mana2 pihak.
Saya mengenali perkataan GBS dari sejak mengandung anak pertama lagi, Muhammad Ammar kerana pada waktu itu, saya telah di diagnose oleh doktor sebagai "GBS carrier" atau "Pembawa GBS" yang positif.
Bagaimana doktor boleh mengesan bahawa saya "GBS carrier"? 




Sewaktu mengadung, saya sering mengalami kontraksi kecil seperti perut mengeras, perut sakit, lalu apabila diberitahu kepada doktor, beliau segera mengambil sampel "swab faraj" dan apabila dibuat ujian ke atas sampel tersebut, ternyata saya membawa kuman GBS dalam faraj.
Oleh kerana ini adalah pengalaman pertama, maka saya serahkan semuanya kepada doktor. Apa ubat yang doktor bagi, saya ambil. 




Dan saya juga tidak berani untuk mengambil apa2 vitamin selain yang dibekalkan oleh doktor.
Apabila anak pertama saya lahir, doktor telah melakukan ujian darah ke atasnya dan terbukti, anak saya dijangkiti GBS. Sejurus selepas itu, doktor pakar kanak2 segera datang berjumpa saya dan suami di bilik wad, dan memberitahu bahawa anak kami perlu diberi suntikan antibiotik selama 3 hari berturut2. 




Maka terpaksalah saya 'stay' di wad bersalin sehingga rawatan antibiotik dihabiskan.
Perkara ini berlanjutan ketika saya mengandungkan anak kedua, Sumayyah. Perkara yang sama juga berlaku, anak kami dikesan dijangkiti kuman GBS sejurus selepas dilahirkan. Dan rawatan antibiotik yang sama turut diberikan kpd anak kedua kami ini.
Apabila mengandung anak yang ketiga, Muhammad Fateh, saya telah bertekad bahawa saya perlukan sesuatu yang lain untuk anak saya. 




Azam yang paling kuat adalah untuk menyusukan anak saya sepenuhnya sehingga dia berumur 2 tahun. 


Kenapa saya sungguh2 bertekad untuk tidak bercampur susu selain susu ibu? 

Kerana, saya telah melihat sendiri bagaimana perkembangan anak pertama dan kedua saya apabila mereka diberi susu formula; tahap kesihatan mereka semakin menurun dan sentiasa perlu 'warded' dalam tempoh pembesaran mereka.













Dalam tempoh 6 bulan ke satu tahun, banyak kali ammar warded kerana demam panas dan cirit-birit, dan semuanya berlaku selepas saya introduce susu formula 









Sumayyah juga sama; asyik warded selepas saya introduce susu formula
Sungguh! Terlalu pilu untuk dikenangkan....(kerana itu, sehingga kini, saya sanggup mengeluarkan duit yang banyak demi untuk memberi yang terbaik kpd kedua2 permata hati saya ini).
Asbab yang kedua, kenapa saya perlukan kelainan untuk anak ketiga saya ini? 




Sebabnya, saya telah bertanya kepada pharmacist di hospital tentang vitamin yang di prescribe oleh doktor. 


Pada waktu itu, saya telah dibekalkan oleh doktor 2 jenis Vitamin; Obimin dan Neuro Gain. 

Pertanyaan saya kepada pharmacist di hospital Columbia tersebut; adakah vitamin yang diberikan ini sintetik atau semulajadi? Dengan terseyum, beliau menjawab "This is sintetic, mam" 

Dushhhh...saya tersentap. Terus saya stop makan semua vitamin tersebut. Dan bermulalah episode saya mengenali Shaklee.
Sungguh sahabat2...!! Berbeza  rasanya apabila saya makan yang semulajadi dgn yang sintetik. Terlalu banyak! (Click untuk mengetahui lebih lanjut Vitamin Shaklee terbaik untuk ibu mengandung )
Antara yang boleh saya kongsikan:
1) Tiada kejang urat semasa saya mengandung anak ketiga
2) Less back pain ketika mengandung anak ketiga
3) Badan still energetic even waktu tu saya terpaksa travel sejauh 120 km setiap hari; berulang alik ke tempat kerja (Senawang - Kajang)
4) Komitmen kerja yang tinggi pada waktu itu membuatkan saya terpaksa pulang sekitar jam 8-9 malam setiap hari, dgn keadaan saya yang sedang sarat mengandung 7/8 bulan. Namun, syukur saya masih mampu untuk drive pulang ke rumah, dan pada waktu itu, suami sangat jauh (berada di Amsterdam).
5) Dan yang paling ketara, anak ketiga saya disahkan BEBAS dari jangkitan GBS!
Allahuakbar! Syukur, Allah telah menemukan saya dengan apa yang saya cari selama ini. 



Dan Alhamdulillah, sehingga ke saat ini (17 Mei 2013), anak saya Muhammad Fateh (11 bulan) masih tidak pernah warded walau sekali pun. (Nauzubillah, mohon Allah jauhkan dan memelihara kesihatan anak2 saya).


Dari cerita dan pengalaman saya ini, adakah puan2 rasa BERBALOI saya ambil Vitamin Shaklee???
Jawapan saya: SANGAT BERBALOI!
Walaupun saya mendapat vitamin sintetik secara PERCUMA di hospital Columbia (kerana kos pemeriksaan saya di cover sepenuhnya oleh PETRONAS), namun saya tidak sanggup memperjudikan anak ketiga saya ini dgn mengambil yang sintetik. 




Saya tidak bermaksud untuk menidakkan vitamin yang diberikan oleh doktor; malah mungkin puan2 di luar sana serasi dgn vitamin tersebut. 


Namun, pengalaman yang saya lalui sudah cukup mengajar saya JANGAN BERKIRA DGN HAL2 BERKAITAN KESIHATAN.
Maka saya tutup entry saya ini dengan satu kesimpulan:
IT IS A BIG WORTH  BUYING & PAYING FOR THE NATURAL PRODUCTS!!


 (AND OF COURSE SHAKLEE VITAMINS ARE ALL NATURALS)
Sekian dulu, in shaa Allah saya akan sambung semula entry saya 'Bagaimana GBS boleh dikesan dengan lebih awal dan Apa pencegahannya'.
Moga ada manfaat untuk semua.....
Wassalam ~ 
Mummy Ainul
...
Alhamdulillah, satu sharing yang lengkap perbezaan hamil bersama shaklee dan tidak...

Jika anda masih tertanya, jemput baca sekali lagi...

dan jika anda perlukan sebarang konsultansi mengenai set hamil, berpantang dan penyusuan sila la hubungi saya, inshaAllah saya bantu sebaiknya. 

Usaha...Doa...dan TAWAKAL.

Feel free to LIKE and SHARE

Please do not hesitate to contact me/ comment below for:-
AFFORDABLE Price
FREE Consultation

Business OPPORTUNITY with Shaklee!!

Tips Menjalankan Bisnes Online

   Assalamualaikum dan salam sejahtera,  Pada entri yang lalu, saya kongsikan peluang bekerja Dari rumah yang turut berkait dengan bisnes on...