Memaparkan catatan dengan label denggi. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label denggi. Papar semua catatan

Selasa, 4 Februari 2014

BAHAYA Dehidrasi... boleh membawa MAUT!!!

Dalam dua tiga minggu kebelakangan ini, cuaca di Malaysia agak panas dan boleh menyebabkan dehidrasi dan bertambah buruk jika kita tidak tangani dengan baik... boleh membawa maut.


Laporan cuaca boleh di dapati di http://www.met.gov.my/

Di antara tanda-tanda dehidrasi : Ulcer mulut, bibir pecah, badan tak bermaya, kulit kering.
Dipetik dari http://www.tc.gc.ca/eng/civilaviation/publications/tp202-3-02-v023-3329.htm

Bila panas2 ni, batuk, selsema dan demam juga senang 'menyerang' kita.. dan sudah tentu kebanyakan dari kita akan cari minuman isotonik sbg meningkatkan elektrolit dalam badan.

Peniaga di kedai runcit di kawasan rumah saya maklumkan..- air 1++ mmg laku sgt skrg ni. bukan tak salah minum air tu.. cuma manis + bergas sgt kan.. kalau minum byk, nanti takut lain pulak jadi nya.

Jadi jika anda sedang mencari minuman elektrolit, pastikan pilihan anda adalah yang terbaik untuk diri sendiri dan keluarga anda. Pilihan saya semestinya Performance Drink Shaklee.

Kali ni, saje saya campurkan dengan fresh orange juice..
kalau nak bancuh dgn air sahaja pun ok je

Penghilang Dahaga untuk Si Juara

Penyahhidratan merupakan penyebab biasa bagi kelesuan dan tahap pencapaian yang kurang memberangsangkan bagi para atlet. Shaklee Performance® terbukti secara klinikal untuk menyokong tahap hidrasi berbanding air. Tambahan pula, Performance mempunyai lebih banyak elektrolit dan menyalurkan lebih banyak tenaga berbanding jenama minuman hidrasi yang lain.

Campuran Elektrolit OPTI-LTYE™ proprietary dengan campuran unik karbohidrat dapat memberikan tenaga segera dan berkekalan bagi menyokong hidrasi optimum.

Terbukti secara klinikal

Ujian makmal terhadap atlet dengan pencapaian cemerlang menunjukkan yang Performance Shaklee dapat:
  • Mengurangkan kehilangan bendalir bagi meningkatkan hidrasi
  • Memberikan spektrum elektrolit yang menyeluruh termasuk kalsium dan magnesium (bukan untuk jenama unggul)
  • Memelihara tahap gula dalam darah bagi mengekalkan keupayaan tenaga dalam meningkatkan stamina.

Dapatkan yang Terbaik, Serlahkah yang Terbaik

Nutrisi untuk para atlet sukan Shaklee memberikan apa yang tubuh anda perlukan; sebelum, semasa dan selepas latihan, dengan formula yang terbukti secara klinikal  dapat membantu anda bertahan lebih baik, berlatih lebih lama dan kembali bertenaga dengan lebih cepat.

Jaminan Ketulenan Shaklee

Tidak mengandungi perasa tiruan, pemanis atau sebarang bahan pengawet tambahan.

Sumber : shaklee.com.my

Jangan pandang remeh kepentingan minuman elektrolit kerana jika kandungan elektrolit tak seimbang dalam badan atau terganggu, ia boleh membawa maut.

Kalau anda mengalami haus terlampau, kulit bibir mengelupas atau rasa mual itu juga tanda2 badan sedang menghadapi tahap dehidrasi yang terlampau. jadi sila lah bancuh segelas Performance Drink hari ini. Ia memberi tahap hidrasi lebih baik berbanding air biasa. Pasti berbaloi...

P.S : Performance drink juga sangat baik bagi mereka yang demam/demam denggi... (medically pun, treatment utk denggi mmg bagi air elektrolit).


Please do not hesitate to contact me/ comment below for:-


FREE Consultation
Business OPPORTUNITY with Shaklee!!

Rabu, 8 Januari 2014

Anas di serang denggi....

{Sihat vs Sakit}

Baru je di tanya bbrp hari sebelum anas demam,

 ' Kak, kalau dh makan supplement... tp bdn masih sakit.. apa kes ni?'

pendapat saya..'supplemen adalah untuk tambah nutrisi dalam badan, untuk bantu badan cegah penyakit, untuk bantu lawan virus.. bukan la gerenti tak sakit.. sakit itu satu nikmat.. sbb Allah nak bg peringatan ttg nikmat sihat'

Beberapa rakan saya ada juga yg tegur, Alhamdulillah.. dah lama sgt tak dgr anak nisah sakit...dgn senyuman saya balas  'Alhamdulillah, supplemen membantu, Allah yang izinkan' 

Sebahagian dari supplemen di rumah

bila tgk status orang di fb, ramai anak yg sakit dsb.. terdetik .'kesian diorg, betapa penatnye bila anak tak sihat... org yg mengalami nya sahaja yang dpt rasa'

2minggu lps, adik ipar kena denggi, saya terdetik nyamuk pun bukan tahu kita makan supplemen ke tak ke.. kita makan dgn sihat ke tak.. yg die tahu.. nk hisap darah jer.. ntah2 die pun tak tahu yg dia blh buat org sakit, die 'jalan'kan tugas die jer.... sbb lepas die hisap darah/ hinggap kat manusia.. die cpt je mati. 

Bila budak demam, takde selera makan.. biasa la kan? tapi bila badan dah mula lembik.. mcm pelik jer.. adik ipar mula check darah hari ke 4/5.. platlet bawah 100.. terus kena admit. 

Masa tu,saya sibuk juga la baca pasal denggi.. yelah sbb dh selalu juga berjumpa dgn adik ipar dan ke rumah mertua.. chances untuk terkena tu ada. 

Antara poster yang KKM selalu wartakan..



Alhamdulillah, setelah 3 malam warded .platlet adik ipar meningkat dgn baik.. dan beliau kini dah sihat... dah boleh ke Sekolah pun.. 

Tanpa di sangka.. setelah seminggu adik ipar pulih, satu ujian buat kami sekeluarga, anas demam yg agak tinggi , setelah 2thn juga die tak demam macam ni.. Jumaat lepas, sampai kena febrile fits.. (inshaAllah akan saya tulis satu entri pasal febrile fits. doakan saya). 

Setelah 2 hari demam, hari Ahad pagi.. anas nampak segar, demam pun mcm dh kebah.. bila check suhu.. dalam 37 C. ok lah.. boleh la bawa ke Master Celebration - Master Laila di Putrajaya... Alhamdulillah.. anas enjoy berlari2 di dalam dewan... 

bila balik rumah, malam tu.. demam datang semula.. suhu naik ke sekitar 37.5 C... Kami masih bagi panadol.. sbb risaukan takut terkena fits lagi.. Alhamdulillah.. pagi isnin, suhu badan OK.. bila nak ptg je.. panas semula.. 'aduhai... tak boleh jadi ni.. dah hari ke 4...' pi check darah di Klinik Kesihatan Shah Alam - terus dapat result on the spot... Alhamdulillah platlet die above 150...cuma WBC= white blood count agak rendah..Dr suspect demam virus.. dari tanda2 denggi, anas cuma ada tanda yang kedua : demam berterusan. 


Anas termenung... bila nak habis sakit ni.. 


Hari Selasa, repeat lagi sekali.. platlet drop ke 130... Dr kata kena repeat lagi Hari Rabu..

Hari ni, bangun2 pagi.. kaki dan tgn anas naik merah2... apa lagi, pagi2 lagi kami dah pi ke klinik untuk check darah.. Result darah hari ni :


 Ouch, platlet dropped ke 103... walau belum jumpa Dr.. kami dah tahu.. mesti kena admit ni.
kata Medical Assistant, MA yang ambil darah.. sehari sekitar 7-10 kes denggi di KK shah Alam ni. aduhai.. tinggi nya.

.. Bila jumpa Doktor je terus refer ke HTAR...Jadi, tadi saya dan anas naik Ambulan.. hehe.. tetiba terasa macam merempit... PIN3... NINONINO.... mmg satu pengalaman.. tapi anas tak nampak excited pun.. sbb die letih. sian die... then selepas tu apa jadi? 

Satu perkara yang kami belajar, kalau nak masuk hospital swasta... agak2 nak kena admit tu, jgn buat checkup di klinik kerajaan... satu hal juga kena defend kenapa nak pindah etc. 

polisi klinik kerajaan -- sekali dah ada kes denggi, diorg kena handle sebaiknya.. incase kalau diorg bagi patient discharge.. then apa2 terjadi pada patient, diorg akan dipertanggungjawabkan.. siap bg cth ada kes yang pesakit meninggal otw ke hospital swasta. 

Kecut perut juga dengar... tp bila tgk keadaan di HTAR, padat, serabut dan tgk nurse dan doktor memang tak menang tangan, kami yang dh beli insurance ni.. kenala guna sebaiknya, bagi laluan kepada mereka yang lebih memerlukan perkhidmatan hospital kerajaan. 

Suami saya call beberapa hospital swasta di Shah Alam.. semua penuh..rupanya.. memang tgh sangat ramai yang kena denggi sekarang ni. Alhamdulillah.. akhirnya, dapat book bilik di Sime Darby Medical Centre, Subang Jaya.. Alhamdulillah.. walaupun kena tunggu juga HTAR lpskan.. kena isi borang 'take your own risk'..kami terus ke SDMC dan dalam pukul 7mlm.. dpt 'checkin' single room.  

 masih di hospital ni, inshaAllah esok saya sambung lagi... 

Doakan moga Anas cepat sembuh dan tiada yang serius... Moga kita semua di kurniakan kesihatan yang sempurna bagi kita menunaikan tanggungjawab kita.. inshaAllah. 

Peringatan buat kita semua... jom sahut seruan KKM.. 10 min je pun..


Kalau masa keje dulu, asal anak demam je.. terpaksa ambil cuti.. 
even tgh cuti pun, kalau ada urgent matters.. terpaksa juga jawab calls n explain itu n ini.. 

Alhamdulillah... sekarang ni.. 'tension keje' dah amat2 kurang...

walaupun anak terpaksa warded... keje berjalan seakan2 biasa...

consult customers n coaching berjalan je dgn dunia online ni...

Alhamdulillah... rezeki anak2...

Alhamdulillah.. saya semakin yakin dgn 'pekerjaan' saya skrg...di samping melayan karenah anak2... inshaAllah peningkatan bonus a.k.a gaji juga tidak terjejas dan semakin naik je setiap bulan..



Terima kasih kerana meluangkan masa...
Sehingga berjumpa lagi.

Sila ‘LIKE’ dan ‘SHARE’ sekiranya anda rasa kisah ini bermanfaat untuk dikongsikan.

Surirumah & Media : Bersama Membangun Potensi Suri Rumah Rahmah

 𝗦𝘂𝗿𝗶𝗿𝘂𝗺𝗮𝗵 𝗱𝗮𝗻 𝗠𝗲𝗱𝗶𝗮  Alhamdulillah, di izinkan Allah untuk hadir 2 hari 𝑩𝒆𝒏𝒈𝒌𝒆𝒍 𝑷𝒆𝒏𝒈𝒖𝒓𝒖𝒔𝒂𝒏 𝑴𝒆𝒅𝒊𝒂 𝑺...