Berkongsi Idea, Pengalaman dan Pandangan mengenai kehidupan , Islam, perkembangan kanak-kanak, supplemen semulajadi, masakan, pemakanan, kehidupan sebagai usahawan, dan banyak lagi...
Siapa tak pernah SEMBELIT, eh siapa pernah SEMBELIT?
Ramai yang biasa biasa SEMBELIT ni mengalami masalah perut buncit. Yelah kan bila banyak 'hasil' yang tak dapat disingkirkan dengan baik.
Sakit kan perut bila SEMBELIT. Sakit satu badan juga bila pelawasan terganggu.
Jom.baca MITOS vs fakta #SEMBELIT
1. Membuang setiap hari
2. Perlu kan serat untuk membuang
3. Ambil Air untuk elak sembelit
4. Julap boleh membawa kebergantungan
5. Tekanan merangsang pergerakan usus
Elak sembelit untuk kesihatan yang baik dan perut kempis ;)
...
Jom #detox
Jom elak sembelit
Jom #sihat
#herblax
#alfalfa
#peppermintGinger
#ShakleePuncakAlam
#Anisah0136216522
Tahniah pada krew upin ipin, sambil berhibur, banyak info dan pengajarannya.
Episod terbaru Upin Ipin di tayangkan pada 14
September 2013, Daun Hijau, mengisahkan "Upin Ipin & Rakan2 belajar
mengenai khasiat sayur dan Kak Ros nak diet dengan makan sayur sahaja"
Lazimnya, kanak-kanak tak suka makan sayur. Sebab dah
terpahat "Sayur tak sedap".
Asyik-asyik nak ayam goreng jer. Tak boleh nak
salahkan mereka, kita yang didik macam tu.
Ada kawan baik saya, sampai sekarang masih sangat
memilih untuk makan sayur. Alasan nya "Tak suka, pahit, tawar".
Kesannya, beliau mudah sakit. Kenapa ye?
Sebab sayuran mengandungi banyak vitamin dan mineral
penting yang dapat mencegah dari penyakit samada yang berjangkit atau pun
tidak. Ia baik untuk sistem pencernaan kerana membekalkan sumber serat.
Bak kata opah "Makan sayur, baik untuk kesihatan"
Memetik Kata kak Ros :
"Tomato baik untuk kulit, Carrot baik untuk mata"
Ipin tegur Kak Ros :"Kak ros, jangan makan sayur je, kena makan
nasi dan ayam juga".
Dalam keadaan santai, penonton di ajak untuk menilai pemakanan
sendiri..
Adakah permakanan anda seimbang hari ini ?
Jom berfikir sambil menonton animasi ini:
JOM Kenali serba sedikit khasiat sayur : Tahukah anda sayur-sayuran boleh dibahagikan kepada enam kumpulan
biologi iaitu yang menjalar, yang berakar, berbatang, cruciferous dan bebawang.
Contoh sayur yang menjalar adalah seperti labu, timun dan kacang
panjang. Ia hidup menjalar. Ada sesetengah sayuran jenis ini yang enak dimakan
mentah dan ada yang perlu dimasak sebelum dimakan.
Timun boleh dijadikan salad dan dimakan begitu sahaja. Orang
Melayu sering menggelarkan timun ini sayur sejuk dan tak elok dimakan selalu
lebih-lebih lagi bagi ibu dalam pantang dan kaum lelaki. Tetapi timun
sebenarnya baik untuk mengelakkan sembelit. Jus timun boleh mengelakkan
gastrik.
Timun juga boleh menurunkan berat badan. Untuk kecantikan
luaran. timun selalu digunakan untuk menghilangkan jerawat dan hirisan timun
juga digunakan untuk melegakan keletihan mata.
Sayuran daripada akar pula adalah yang tumbuh di dalam
tanah. Akarnya akan membesar dan boleh dimakan setelah digali.
Contohnya, keledek, keladi dan kentang. Sayuran ini kaya
dengan kanji dan dimakan untuk membekalkan sumber karbohidrat dalam badan.
Kumpulan cruciferous pula adalah terdiri daripada sayuran
seperti brokoli, bunga kubis dan kubis.
Pada mereka yang mengamalkan makan sayuran dari kumpulan ini
dapat mengelakkan daripada dijangkiti penyakit tiroid iaitu penyakit bengkak kelenjar
di leher akibat kurang kandungan iodin.
Jadi dengan mengamalkan sayuran ini akan menghalang penyakit
ini daripada dihidapi. Sayuran berdaun hijau pula adalah seperti daun salad,
bayam dan daun kobis. Sayuran hijau mengandungi banyak vitamin C, zat besi,
anti oksida.
Daun salad misalnya baik untuk mengurangkan penyakit susah
tidur malam iaitu insomnia. Selain itu daun salad juga bertindak menenangkan
dan melapangkan fikiran, dengan itu dapat menghilangkan segala keresahan yang
kita alami.
Daun ini juga mengandungi karotin, serat dan air yang mampu
menghilangkan rasa dahaga dan boleh melancarkan sistem pernafasan kita.
Sayur berbatang pula seperti asparagus dan saderi. Asparagus
mengandungi rendah kalori dan natrium. Selain itu ia memberikan vitamin B6,
kalsium, magnesium, fosforus, vitamin E dan serat.
Asparagus enak di kukus atau digoreng bersama makanan laut
seperti udang. Makanan yang ditumis bersama bawang merah dan bawang dengan
putih berasa lebih enak dan menaikkan lagi aroma makanan itu.
Bawang besar, bawang merah dan bawang putih merupakan
sayuran dalam kumpulan bebawang.
Selain melazatkan makanan ia juga terbukti untuk memberikan
kesihatan dalam badan seperti bawang yang mengandungi sebatian anti oksida
iaitu falvonoid yang dapat mengurangkan penyakit kanser, jantung darah tinggi
dan kencing manis.
- Di petik dari Khasiat Sayur, Dari Dapur Azli Razali, Utusan Malaysia
Cadangan pemakanan seimbang yang dipersetujui di seluruh dunia
Rasulullah 1400 tahun dahulu juga telah mengajak kita untuk mengamalkan pemakanan yang sihat. Kerana melalui perut datang pelbagai penyakit.
Kalau orang dulu-dulu, sayuran yang mereka
makan adalah segar dan bebas dari racun. Sayuran di pasaran sekarang ini,
nampak segar, tetapi sebenarnya segar sebab ulat pun tak nak makan.
Tahukah anda Shaklee mengamalkan konsep semulajadi ala2 sayuran gitu..hehe
Bagi mendapatkan kesihatan yang optimum, pemakanan seimbang dan
pengambilan supplemen penting bagi memastikan tubuh badan kita menerima khasiat
yang secukupnya.
Tahu BMI anda?
1. Jika ada terlebih berat badan... anda di sarankan untuk mengambil
set slimming.
2. Jika ada terkurang berat
badan... anda di sarankan untuk mengambil set weigh gain.
Berikut adalah produk yang di sarankan.
Yang seronoknya, dengan setiap pembelian set diet, kami telah menyediakan
jadual pemakanan dan konsultansu supaya anda dapat diet dengan cara yang sihat,
inshaAllah.
Jom kenali;
Set Diet Shaklee
Set Naikkan Berat Badan
Please do not hesitate to contact me/ comment below for:-
FREE Consultation
Business OPPORTUNITY with Shaklee!!
Please LIKE this post and SHARE if you like this post via below social media links.
Assalamualaikum dan Salam ceria, Apa khabar anda hari ini? di harap semua sihat dan sejahtera hendakNya. Kanak2 kalau takde jatuh, takde luka seumur hidup... macam pelik kan? hehe.. perkara ni berlaku juga pada saya dedulu... dan kini tiba giliran anak2 pula. 2 hari lps, ada accident kecil berlaku kat rumah, main tolak-tolak dengan abang Anas, tetiba Amanina jatuh dan terkena bingkai pintu. darah menitis-nitis.. dia boleh ketawa lagi dengan abang... abang pun beria ajak main lagi. Aduhai anak ohh anak.. Tengok la gambar Amanina, budak cantik ni ber plaster di kepala... Amanina duduk diam-diam je masa Doktor bersihkan dan letak plaster yang dawai kecil untuk rapatkan luka. Pesan Dr : Jangan basahkan tempat luka dan datang balik dalam masa 2 hari. Dan JANGAN JATUH LAGI... Aduhai.. budak-budak kan.. kalau tak jatuh, mana nak tahu jatuh tu sakit kan.. Adik ohh Adik..
Amanina makan 2 biji/sehari chewable vitamin C, kan vitamin C mempercepatkan penyembuhan luka... Alhamdulillah luka nya dalam masa 2 hari dah sembuh...
Buat followup checkup, Dr kata Alhamdulillah takde jangkitan dan luka dah sembuh. Alhamdulillah... Moga Amanina membesar dengan cantik luar dan dalam, inshaAllah.
Doktor bekalkan juga ubat tahan sakit, tapi Amanina nak vitamin C je...
Chewable vitamin C shaklee diperbuat dari rose hip...