Memaparkan catatan dengan label berkat sedekah. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label berkat sedekah. Papar semua catatan

Jumaat, 26 Ogos 2016

Bersedekah semampu mungkin

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Izinkan saya berkongsi hadis yang di kongsikan oleh IKRAM Johor. Ianya juga sebahagian dari sedekah semampu mungkin. Amar Makruf, Nahi Mungkar juga satu sedekah. Jom kita bersedekah.


PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS

Bersedekah Semampu Mungkin

عَنْ سَعِيدُ بْنُ أَبِي بُرْدَةَ عَنْ جَدِّهِ قَالَ قَالَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عَلَى كُلِّ مُسْلِمٍ صَدَقَةٌ قَالُوا فَإِنْ لَمْ يَجِدْ قَالَ فَيَعْمَلُ بِيَدَيْهِ فَيَنْفَعُ نَفْسَهُ وَيَتَصَدَّقُ قَالُوا فَإِنْ لَمْ يَسْتَطِعْ أَوْ لَمْ يَفْعَلْ قَالَ فَيُعِينُ ذَا الْحَاجَةِ الْمَلْهُوفَ قَالُوا فَإِنْ لَمْ يَفْعَلْ قَالَ فَيَأْمُرُ بِالْخَيْرِ أَوْ قَالَ بِالْمَعْرُوفِ قَالَ فَإِنْ لَمْ يَفْعَلْ قَالَ فَيُمْسِكُ عَنْ الشَّرِّ فَإِنَّهُ لَهُ صَدَقَة

Dari Said bin Abi Burdah, dari datuknya berkata, Nabi SAW bersabda: "Wajib bagi setiap muslim untuk bersedekah." Para sahabat bertanya; "Bagaimana jika ia tidak mendapatkannya? ' Baginda bersabda: 'Berusaha dengan tangannya, sehingga ia boleh memberi manfaat untuk dirinya dan bersedekah.' Mereka bertanya; 'Bagaimana jika ia tidak boleh melakukannya? ' Baginda bersabda: 'Menolong orang yang sangat memerlukan bantuan.' Mereka bertanya; 'Bagaimana jika ia tidak mampu melakukannya? ' Baginda bersabda: 'Menyuruh untuk melakukan kebaikan atau; menyuruh melakukan yang makruf'. Mereka berkata; 'Bagaimana jika ia tidak dapat melakukannya? ' Baginda bersabda: 'Menahan diri dari kejahatan, kerana itu adalah sedekah baginya.' (HR Bukhari No: 5563)

Pengajaran:

1. Setiap Muslim sewajarnya mampu bersedekah hasil daripada harta, ilmu, tenaga, kepakaran yang dimiliki.

2. Setiap Muslim perlu bekerja, agar ia memperoleh hasil yang dengannya ia mampu mengurus dirinya dan bersedekah untuk orang lain, serta menjauhkannya dari kehinaan meminta-minta.

3. Sedekah menjadi bukti kebenaran iman seseorang. Sebagai muslim wajar bersedekah sesuai dengan potensi dan kemampuan masing-masing, perlu bersegera jangan menunda, bimbang kematian menjemput kita.

4. Jika ia tidak mampu mendapatkan harta untuk bersedekah, ia boleh membantu orang lain yang memerlukan bantuan..antaranya melalui aktiviti I-Bantu, khidmat masyarakat dan lain-lain. Itu juga adalah sedekah.

5. Jika ia tidak mampu membantu keperluan orang lain, menjadi sedekah juga baginya apabila ia menyuruh kepada kebaikan. Berdakwah melalui pelbagai relong – berceramah, edar pamplet, forward 1 hari 1 hadis. Ini juga sedekah!

6. Menahan diri dari perbuatan mungkar – menegur, menasihat, menghalang, menjauhi mungkar - juga menjadi pahala sedekah.

JOM bersifat RAHMAH dengan berusaha semampu mungkin untuk melakukan amal kebaikan. Moga ia menjadi sedekah pahala buat kita.

#Malaysia Menuju Negara Rahmah#
Pertubuhan IKRAM Malaysia Negeri Johor

26hb Ogos 2016
23 Zulkaedah 1437H


Rabu, 16 Disember 2015

Andai si mati di kembalikan ke dunia, sedekah menjadi pilihan..kenapa?

Assalamualaikum dan  Salam Sejahtera,

Artikel ini dikongsikan di WA...:) moga bermanfaat sebagai peringatan buat kita semua.


🌐✏KENAPA SI MATI LEBIH MEMILIH UNTUK BERSEDEKAH SEANDAINYA DIA DIKEMBALIKAN KE DUNIA?

Kupasan Kitab Ziarah ke Alam Barzakh (Al Imam Jalaluddin As-Suyuti)

👳📝Sebagaimana firman Allah, "...wahai Tuhanku, alangkah baiknya Engkau lambatkan kedatangan ajalku ke suatu masa yg sedikit saja lagi, supaya aku dpt bersedekah....." -(surah al munafiqun:10)

👳✏Sedangkan dia tidak pun berkata "supaya aku dapat mengerjakan umrah" atau "supaya aku dpt solat" atau "supaya aku dpt berpuasa"?

👳✏Seorang ulama berkata, "Tidaklah seseorang yg tlh mati itu menyebut utk bersedekah melainkan kerana kehebatan pahala yg telah dilihatnya selepas kematiannya.."

👳📝Maka hendaklah kamu perbanyakkan sedekah kerana sesungguhnya seorang mu'min akan berada di bawah teduhan pahala sedekahnya pada hari kiamat nanti.

👳📝Bersedekahlah utk saudaramu yg tlh pun meninggal dunia kerana sesungguhnya mereka amat berharap utk kembali ke dunia utk bersedekah dan melakukan amalan soleh.

👳📝Oleh itu realisasikanlah harapan mereka. Dan latihlah anak2mu supaya membiasakan diri dgn bersedekah.

👳📝Bersedekahlah.. Sesungguhnya Allah memberi ganjaran kpd org yg bersedekah.

👳📝Adakah anda pernah membaca tentang faedah bersedekah?

1⃣✏Amalan sedekah itu adalah salah satu pintu daripada pintu2 syurga

2⃣✏Sedekah adalah sebaik2 amalan soleh dan sebaik2 sedekah ialah memberi makan

3⃣✏Pahala sedekah akan menaungi pemiliknya pada hari kiamat dan melepaskannya dari azab neraka

4⃣✏Sedekah dapat memadam kemurkaan Allah dan kepanasan kubur

5⃣✏Sedekah adalah sebaik2 hadiah buat si mati, yang paling bermanfaat untuknya di kubur dan yang ditambah oleh Allah akan rezeki (kerana bersedekah)

6⃣✏Sedekah adalah satu penyucian harta dan jiwa dpt menggandakan kebaikan.

7⃣✏Sedekah adalah punca kegembiraan si pemberi dan punca wajahnya bercahaya di hari kiamat

8⃣✏Sedekah menjadi pengaman dari ketakutan pada hari huru hara besar dan hari yang tiada kesedihan kerana hilangnya sesuatu drpnya (hari kiamat)

9⃣✏Sedekah menjadi punca keampunan trhadap dosa dan penghapusan daripada kejahatan

🔟✏Sebagai pembawa berita gembira tntang pengakhiran yg baik dan punca doa malaikat buatnya

1⃣1⃣✏Orang yg bersedekah adlah org yg terbaik di kalangan manusia.

1⃣2⃣✏Pahala sedekah pula adalah utk semua yg berkongsi tentang sedekah itu (bukan hanya utk si pemberi)

1⃣3⃣✏Pemberi sedekah dijanjikan kebaikan yg banyak dan pahala yg besar

1⃣4⃣✏Org yg suka menginfaq adalah salah satu sifat orang yg bertaqwa.

1⃣5⃣✏Dan sedekah menjadi punca lahirnya kasih sayang hamba Allah kepada si pemberi.

1⃣6⃣✏Sedekah tanda dermawan dan salah satu tanda kemuliaan dan kemurahan hati

1⃣7⃣✏Bersedekah memustajabkan doa dan merungkaikan segala kesulitan.

1⃣8⃣✏Bersedekah menolak bala dan menutup  70 kejahatan di dunia.

1⃣9⃣✏Sedekah memanjangkan umur, menambah rezeki, menjadi punca rezeki dan kemenangan

2⃣0⃣✏Sedekah menjadi ubat, penawar dan penyembuh

2⃣1⃣✏Sedekah menghalang kebakaran, tenggelam akibat banjir dan kecurian

2⃣2⃣✏Pahala sedekah adalah tetap (tidak berbeza-beza) walaupun diberikan kepada haiwan ternakan atau burung2.

👳💌Dan sebaik2 sedekah skrg ini ialah menyebarkan msj ini dengan niat bersedekah.

👳💌Kerana setiap org yang SHARE msj ini, pahalanya adalah utkmu juga, in syaa Allah.

Rabu, 22 Oktober 2014

Berkat Kaya untuk IBU BAPA

Assalamualaikum wbt...

Peringatan yang datang supaya kita beringat... KENAPA kita perlu KAYA? 
Bukan untuk kita.. tetapi untuk keluarga, untuk masyarakat, dan khasnya untuk ISLAM. 

Jadilah kita orang yang memberi, bukan orang yang menerima.. kerana orang yang memberi itu lebih tinggi nilainya di sisi Allah swt. 



Peringatan kali ini, di kongsikan oleh sahabat saya dalam group kami, Double A in Shaklee.
7 Sebab kenapa kita perlu kaya dan Berjaya!.. Khas untuk kedua ibu bapa kita yang telah banyak berjasa. Nilai wang yang banyak sekali pun tidak mampu membayar jasa mereka. Ikuti dialog lanjut;)



✳️✳️✳️✳️✳️✳️✳️✳️✳️
 SEBAB PERLU KAYA DAN BERJAYA
✳️✳️✳️✳️✳️✳️✳️✳️✳️

❇️1. Bila Ibubapa anda masih belum MAMPU menunaikan Rukun Islam ke-5 iaitu Menunaikan Haji, siapakah yang akan membantu menunaikan hajat & impian mereka?

Tergamakkah kita berkata,"aku pun tak ade duit"

❇️2. Bila Ibubapa anda perlukan duit untuk meneruskan sisa2 kehidupan mereka, untuk makan sesuap nasi, seteguk air, siapa yang akan menanggung mereka?

Tergamakkah kita berkata,"aku pun tak cukup makan."

❇️3. Bila Ibubapa anda sakit, siapa yang akan uruskan bil2 klinik, hospital & kos perubatan mereka? Adakah kita hanya perlu pejamkan mata dan pekakkan telinga? Mereka tidak pernah meminta2 dari kita kerana mereka sangat memahami keadaan kita tetapi kita memahami kah keadaan mereka.

Tergamakkah kita berkata,"aku ada banyak hutang nak kena bayar bulan ni."

Berkatnya rezeki, inshaAllah


❇️4. Bila Ibubapa anda bersedih kesunyian, tiada anak2 datang menjenguk...siapa yang akan pulang menjenguk mereka sedangkan anda asyik sibuk memberi alasan "SIBUK". Kesunyian ibubapa kita dapatkah kita rasai? Mereka hanya perlukan kita beberapa ketika sahaja sebab mereka sudah merasai tak lama lagi mereka akan berhijrah ke alam kubur yang jauh lebih sunyi.

Tergamakkah kita berkata,"aku bukan tak nak balik tapi tak dapat cuti."

❇️5. Bila Ibubapa anda ditaqdirkan meninggal dunia, siapakah yang berada disisinya dan menguruskan jenazahnya? Perhatikan wajah ibu/bapa kita buat kali terakhir sebelum kain kapan menutup wajah mereka adakah wajahnya berada dalam keceriaan atau kesedihan.

Tergamakkah kita berkata,"aku bukan tak nak balik tengok mak/bapak aku masa dia sakit tempohari tapi masa tu aku tengah sibuk sangat."

❇️6. Bila Ibubapa anda sudah tidak mampu menguruskan diri mereka akibat keuzuran, mampukah anda uruskan? Ibubapa kita tidak pernah mengeluh ketika mereka membesarkan kita. Mereka akan lakukan yang terbaik untuk memastikan kita mendapat yang terbaik. Biarpun mereka terpaksa berkorban, bertungkus-lumus, bergolok-bergadai tetapi bila tiba giliran kita dapatkah kita lak
ukan apa yang seharu
snya kita lakukan demi SEORANG ibu/ayah? Benarlah, ibu/bapa boleh menjaga 10 orang anak tetapi 10 orang anak belum pasti boleh menjaga seorang ibu/ayah.

Tergamakkah kita berkata,"aku sibuk, biarlah adik-beradik aku yang lain uruskan."

❇️7. Bila Ibubapa anda meminta duit untuk membeli sesuatu yang mereka hajatkan, bolehkah anda berikan tanpa sebarang alasan?Ketahuilah....walau apapun kita lakukan untuk ibubapa kita, kita masih belum mampu membalas jasa mereka kerana setitik air susu ibu...setitik keringat ayah....apakah nilainya pada kita?Lupakah kita bagaimana ibubapa kita membesarkan kita? Boleh kita bayangkan bersama2?....Sedarlah saudara/saudari berkhidmatlah untuk kedua ibubapa kita sementara mereka masih hidup....sedarlah berapa hari lagi kita dapat melihat dan bersama ibubapa kita kerana pengorbanan mereka sangat sangat besar pada kita...

Buktikan!!! Biarpun 100 orang, 1,000 orang, 10,000 orang nak tengok kita gagal TETAPI ada 2 ORANG YANG BENAR2 NAK TENGOK KITA BERJAYA IAITU IBUBAPA KITA. Tunjukkanlah kejayaan sebelum mereka menghembuskan nafas dan menutup mata. Buktikan pada mereka bahawa zuriat yang mereka lahirkan ini adalah zuriat yang sangat HEBAT! MAKA MARILAH KITA MENILAI DIRI SENDIRI....

Al-Fatihah utk rasulullah dan para sahabat baginda, untuk kedua ibubapa kita, untuk diri kita, isteri kita dan anak-anak kita moga Allah merahmati mereka dan kita semua. Amiin Ya Rabbal A'lamin.

Sama-sama kita sentiasa mendoakan ibubapa kita..inshaAllah sehingga kita berjumpa di Syurga Firdausi. 



Buat mak abah dan mama baba, inshaAllah akan kami baiki diri dan lebih menyumbang bakti pada kalian..;) love u all in this world and thereafter, inshaAllah. 



inshaAllah jom kita tanamkan niat dan cekalkan semangat untuk lebih berjaya dan kaya di dunia dan akhirat. InshaAllah.

Sharing is caring....
Sebarkan mesej bermanfaat ini...

Isnin, 6 Oktober 2014

STRATEGI PELABURAN YANG HEBAT

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Apa khabar anda hari ini? 
Hari ni, di fb Mudahnya Menjemput Rezeki, di kongsikan Tips yang hebat ini.
MashaAllah, the power of sedekah, is very powerful. 

Antara magnet kekayaan dan kejayaan yang terkandung dalam master checklist bisnes kami, ialah sentiasa bersedekah... 'Dalam rezeki kita, ada bahagian orang lain'




Jemput baca dan praktikkan...

STRATEGI PELABURAN YANG HEBAT (dan berkesan )
( dari hasil bersih. Setelah ditolak yang patut ditolak dan dibayar apa yang mesti dibayar )
*******************************
1) Jika ada RM30 ( 1/3 sedekah, 1/3 tambah modal bisnes , 1/3 makanlah
2) Jika ada RM300 ( RM100 sedekah, RM100 tambah modal bisnes, RM100 makanlah )
3) Jika ada RM3000 ( RM1,000 sedekah, RM1,000 tambah modal bisnes, RM1,000 makanlah )
4) Jika ada RM30,000 ( RM10,000 sedekah, RM10,000 tambah modal bisnes, RM10,000 makanlah )
5) Jika ada RM300,000 ( sanggup sedekah RM100,000 dengan gembira, RM100,000 tambah modal bisnes, RM100,000 makanlah )
6) Jika Allah sudah beri RM3 juta ( pun sama saja pembahagiannya...)
********************************
7) Bagaimana jika ditolak itu dan dibayar ini berbaki RM1..? ( RM1 sedekah, RM1 kumpul untuk buat modal bisnes, dan RM1 makanlah )
********************************
Cuba strategi ini selama 3 hari, 40 hari, atau 4 bulan.
Kemudian hubungi saya semula.
Boleh jadi, saudara sudah lupa (untuk hubungi saya ) kerana terlalu sibuk mengurus rezeki yang datangnya tidak disangka-sangka dan bertali-arus.
Dan jika hal itu benar-benar terjadi. Tentulah saya gembira. Alhamdulillah.
STRATEGI PELABURAN YANG HEBAT (dan berkesan )

( dari hasil bersih. Setelah  ditolak yang patut ditolak dan dibayar apa yang mesti dibayar )

*******************************

1) Jika ada RM30 ( 1/3 sedekah, 1/3 tambah modal bisnes , 1/3 makanlah

2) Jika ada RM300 ( RM100 sedekah, RM100 tambah modal bisnes, RM100 makanlah )

3) Jika ada RM3000 ( RM1,000 sedekah, RM1,000 tambah modal bisnes, RM1,000 makanlah )

4) Jika ada RM30,000 ( RM10,000 sedekah, RM10,000 tambah modal bisnes, RM10,000 makanlah )

5) Jika ada RM300,000 ( sanggup sedekah RM100,000 dengan gembira, RM100,000 tambah modal bisnes, RM100,000 makanlah )

6) Jika Allah sudah beri RM3 juta ( pun sama saja pembahagiannya...)

********************************

7) Bagaimana jika ditolak itu dan dibayar ini berbaki  RM1..? ( RM1 sedekah, RM1 kumpul untuk buat modal bisnes, dan RM1 makanlah )

********************************

Cuba strategi ini selama 3 hari, 40 hari, atau 4 bulan.

Kemudian hubungi saya semula. 

Boleh jadi, saudara  sudah lupa (untuk hubungi saya )  kerana terlalu sibuk mengurus rezeki yang datangnya tidak disangka-sangka dan bertali-arus.

Dan jika hal itu benar-benar terjadi. Tentulah saya gembira. Alhamdulillah.
Credit : Mudahnya Menjemput Rezeki


Sama2 kita  doakan kita semua berjaya, kaya dunia akhirat..inshaAllah. 

Semoga kita semua sentiasa dalam keberkatan Allah swt. 

Terima kasih kerana meluangkan masa... 

Sila kongsikan artikel ini untuk manfaat bersama, inshaAllah.


Usaha...Doa...dan TAWAKAL.

Feel free to LIKE and SHARE



Surirumah & Media : Bersama Membangun Potensi Suri Rumah Rahmah

 𝗦𝘂𝗿𝗶𝗿𝘂𝗺𝗮𝗵 𝗱𝗮𝗻 𝗠𝗲𝗱𝗶𝗮  Alhamdulillah, di izinkan Allah untuk hadir 2 hari 𝑩𝒆𝒏𝒈𝒌𝒆𝒍 𝑷𝒆𝒏𝒈𝒖𝒓𝒖𝒔𝒂𝒏 𝑴𝒆𝒅𝒊𝒂 𝑺...