PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS
Berbakti Kepada Ibu
عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ أَتَى رَجُلٌ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَقَالَ مَا تَأْمُرُنِي قَالَ بَرَّ أُمَّكَ ثُمَّ عَادَ فَقَالَ بَرَّ أُمَّكَ ثُمَّ عَادَ الرَّابِعَةَ فَقَالَ بَرَّ أَبَاكَ
Dari Abu Hurairah, dia berkata; Seorang laki-laki mendatangi Rasulullah SAW seraya bertanya; "Apa yang engkau perintahkan kepadaku?" maka baginda bersabda: "Berbaktilah kepada ibumu, " lalu ia mengulangi pertanyaannya, dan baginda bersabda: "Berbaktilah kepada ibumu, " lalu ia mengulangi pertanyaannya hingga yang keempat kalinya, maka baginda bersabda: "Berbaktilah kepada bapamu." (HR Ahmad No: 8850) Status: Hassan
Pengajaran:
1. Kewajipan berbakti kepada ibu adalah suatu keutamaan kepada setiap anak.
2. Keutamaan berbuat baik kepada ibu melebihi dari ayah. Mengikut Ibn Battal kerana ibu mengalami tiga kepayahan:
Pertama ketika mengandung;
Kedua ketika melahirkan dan;
Ketiga ketika menyusukan.
Kerana itu berbakti kepada ibu tiga kali lebih berbanding ayah.
3. Keutamaan pada sianak ialah berbakti kepada ibu kemudian kepada bapa.
Ayuh berbuat baik dan berbakti kepada ibu dan seterusnya kepada bapa.
#Malaysia Menuju Negara Rahmah#
Pertubuhan IKRAM Malaysia Negeri Johor
03hb Januari 2017
04hb Rabiul Akhir 1438H
Utk dapatkan 1 Hari 1 Hadis Pertubuhan Ikram Malaysia Negeri Johor, sila klik link di bawah :
telegram.me/hadisharian_ikram
Berkongsi Idea, Pengalaman dan Pandangan mengenai kehidupan , Islam, perkembangan kanak-kanak, supplemen semulajadi, masakan, pemakanan, kehidupan sebagai usahawan, dan banyak lagi...
Memaparkan catatan dengan label ibu. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label ibu. Papar semua catatan
Isnin, 2 Januari 2017
Selasa, 6 Disember 2016
Hati Seorang Ibu...
☝🏻😔Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera,
Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah.
Rezeki menjadi ibu... Menjadi kan hati ini bertambah memahami naluri hati Seorang ibu.
Kiriman tazkirah ini saya terima dari WA. Mendalam sentapan nya.
Selamat memahami...
*Hati Seorang Ibu*
_Tazkirah Sentap_
Apabila meningkat usia, hati makin sensetif, mudah terasa dan merajuk. Bukan orang cinta cinta saja suka merajuk, orang tua memasuki usia emas juga mudah terasa hati walaupun sebelumnya adalah seorang yang berjiwa kental dan tidak ambik peduli.
Tambahan dengan anak anak. Bukannya bila suruh anak buat sesuatu atau bila kita meminta sesuatu, apabila anak buat tak tahu dan tidak ambik peduli, kita rasa relax aja. Sungguh, ibu atau bapa pasti terasa hati dan berdukacita. Sedih bertingkat tingkat. Kadang tu apabila anak bersuara agak kuat, pun dah bergegar hati, takut anak jadi derhaka sebab anak terlupa sempadan neraka syurga.
Dah tua tua lagi mudah nak kecik hati dengan perangai anak anak. Minta tolong anak picit kaki, anak kata penat. Suruh anak buat sesuatu, bertangguh tangguh. Ajak buat kebajikan, ada alasan. Terasa hati dan kecik hati dah macam bersarang dalam jiwa.
Tapi hati seorang ibu, kerana takut anak ke neraka, takut anak jadi derhaka, dia rela mendiamkan diri dan menangis sambil dalam hatinya istigfar. Melawan bisikan syaitan yang gembira apabila anak jadi derhaka. Berkata 'uhh' pun sudah dianggap derhaka apatah lagi jika anak melawan, membantah atau tidak ambik peduli permintaan emak bapanya.
*Seorang ibu tidak rela anaknya disakiti sejak lahir, alangkan nyamok gigit pun dia sanggup berperang mengejar nyamok, apatah lagi membiarkan langkah kaki anaknya menuju ke neraka. Sia sia mengandung, melahir, menyusu, mengasuh, mendidik dengan susah payah kemudian membiarkan anak ke neraka atas sebab anak tidak reti menjaga hatinya. Tidak sama sekali.*
Sepenuh jiwa raga saya abaikan bisikan syaitan dari mendoakan sesuatu yang buruk kepada anak. Istigfar, zikir atau doa supaya Allah ampunkan dosa dosa kita dan anak kita. Tak sanggup anak menjadi derhaka kerana kita merasa kecik hati. Kasihan anak. Kita kena usaha ubat hati kita supaya tidak terus berasa kecik hati dengan anak anak. Anak anak tu pun sebenarnya sedang diuji oleh tuhannya agar menjaga iman dan akhlak.
Oleh itu wahai ibu ibu diluar sana, jangan sekali kamu berasa kecik hati dengan anak kamu. Mudahkan urusan agar kamu tidak mudah merajuk dengannya. Jika syaitan mengajak bersongkokol dengannya, segera menjauhkan diri. Istigfar jangan berhenti. Zikir, tasbih, takbir terus dialunkan sampai bergema di dalam tempurung kepala. Doakan yang baik baik untuk anak itu. Selagi masih ada rasa merajuk, teruskan berzikir dan beristgfar.
Sayang anak bukan sahaja semasa di dunia tetapi nak kumpul bersama sama dengan anak di mahsyar nanti sambil berjalan menuju ke syurga. Terus terusan berdoa agar Allah beri petunjuk dan jalan keluar sebarang masalah yang sedang dihadapi.
Sebab tu hati ibu, apabila selepas anaknya membantah suruhannya, dia masih boleh sembang dengan anak, boleh gurau gurau dengan anak. Ketepi segala bisikan syaitan. Sebab mahu anaknya ke syurga. Tak mahu anaknya tergolong dalam golongan orang derhaka. Seorang ibu sanggup nangis di dunia dari dia nangis diakhirat nanti apabila cari anak tak jumpa jumpa.
Seorang ibu yang pengasih setiap malam doa, meredhakan anak anak, mengampun dosa anak anak, walau anak takde minta ampun kepadanya. Doa doa kan yang baik baik untuk anaknya. Supaya apabila mati, dosa anak anak dengan telah terhapus. Seorang ibu tidak akan dendam dengan anaknya, kerana itu kerja sia sia.
Jadi wahai suri suri, jaga iman jaga lah hati jangan sampai kita terdetik doa yang bukan bukan kepada anak kita. Rugi sangat, kesal sangat jika anak kita tak menjadi soleh atas kerana kita selalu nak kecik hati dan merajuk.
Utamakan anak kita kerana kita menunggu doanya di alam barzakh nanti. Doa anak orang belum ada jaminan sampai ke kita.
Semua boleh jadi ibu solehah, semua boleh share status ini.
Tips bila hati rasa sebak dengan anak, bawa baring pejam mata menangis tapi dalam hati jangan berhenti istigfar, minta ampun dengan Allah. Jangan layan bicara hati yang sedih dan duka.
*#CATATANMENJELANGKEMATIAN*

Khamis, 18 Disember 2014
25% wanita mengidap GBS, adakah anda juga?
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,
Hari ni saya ingin berkongsi mengenai pembacaan saya di babycenter mengenai GBS...
GBS yang glamour sekarang ni ialah Geng Bas Sekolah... Ops, tapi GBS yang saya nak kongsikan adalah GBS yang boleh membawa maut... Ouch! Apakah?
Saya sendiri, alhamdulillah diberi kesempatan hamil 2 kali dan di lahirkan dalam keluarga besar, iaitu 11 orang adik beradik... namun, kini baru saya tahu apa kebenda GBS ni setelah ada rakan saya mengadu 'penyakit' ni.
Dan lebih menakutkan GBS ni boleh menjadi punca KEMATIAN bayi yang baru lahir jika bayi tersebut terkena jangkitan dari ibu...huhu. penat hamil 9 bulan belum hilang, tiba bayi pula TIADA.. Nauzubillah, moga rakan2 saya terlindung dari penyakit ini. dan jika ada, jom ketahui lebih lanjut dan cuba elakkan dari perkara yang lebih buruk.

Ok, jemput baca untuk tambahan ilmu yang rakan-rakan semua..
Apa itu Streptokokus Kumpulan B?
Streptokokus Kumpulan B, atau GBS, juga dikenali sebagai strep kumpulan B, adalah salah satu daripada pelbagai jenis bakteria yang biasanya hidup di dalam badan manusia. Kira-kira satu per tiga daripada kita "membawa" GBS di dalam usus tanpa kita sedari.
Kira-kira ¼ daripada wanita mempunyai GBS di dalam faraj mereka. Kebanyakan wanita tidak mengetahui bahawa mereka dijangkiti GBS kerana biasanya ia tidak mendatangkan masalah atau menunjukkan simptom-simptom tertentu.
Walau bagaimanapun, dalam kes-kes yang jarang berlaku, GBS boleh menyebabkan penyakit yang serius dan boleh menyebabkan kematian kepada bayi yang baru lahir. Walaupun kes-kes ini luar biasa, GBS merupakan punca jangkitan yang teruk kepada bayi yang baru dilahirkan, terutamanya pada minggu pertama selepas kelahiran (dikenali sebagai jangkitan permulaan awal).
Bagaimana untuk mengetahui yang saya membawa GBS?
Jika anda membawa GBS, anda tidak semestinya akan tahu kerana biasanya tiada kesan-kesan buruk. Terdapat sejenis ujian GBS, tetapi ia tidak dilakukan secara rutin semasa hamil.
Wanita hamil sering mendapati mereka menghidap GBS secara kebetulan, apabila mereka menjalani ujian calitan faraj (vaginal swab) untuk memeriksa sesuatu yang lain. Jangkitan GBS ini juga boleh datang dan pergi, walaupun anda didapati positif terhadap jangkitan GBS pada awal kehamilan, tetapi anda mungkin tidak mempunyai GBS apabila tiba masa untuk bersalin.
Jadi, adalah penting bagi wanita hamil dan penjaganya untuk mengetahui bilakah bayi mereka cenderung untuk dijangkiti GBS dan tanda-tanda jangkitan GBS terhadap bayi mereka.
Saya sedang hamil. Apakah yang perlu saya tahu tentang GBS?
Kebanyakan bayi terdedah kepada GBS sebelum atau semasa kelahiran tanpa sebarang kesan buruk. Namun, tidak jelas mengapa sesetengah bayi boleh terkena jangkitan sementara yang lain tidak. Apa yang pasti, kebanyakan jangkitan GBS terhadap bayi yang baru dilahirkan boleh dicegah.
Wanita yang berada di dalam situasi berisiko tinggi boleh diberikan antibiotik intravena sama ada ketika hendak bersalin ataupun apabila air ketuban mula pecah (yang mana berlaku dahulu) sehingga bayi dilahirkan.
Pembedahan caesarean tidak digalakkan untuk mencegah jangkitan GBS kepada bayi kerana ia tidak menghapuskan risiko GBS terhadap bayi.
Sangat jarang GBS menyebabkan jangkitan kepada uterus atau saluran kencing pada ibu-ibu yang baru hamil.
Adakah bayi saya berisiko mendapat jangkitan GBS?
Beberapa faktor boleh membantu anda untuk mengesan samada bayi anda cenderung untuk mendapat jangkitan GBS.
Ini termasuklah, jika :
- anda menunjukkan tanda untuk bersalin awal (sebelum minggu ke-37 kehamilan);
- air ketuban pecah 18 jam atau lebih sebelum bayi dilahirkan;
- suhu badan anda naik (38 ͦC / 100 ͦF atau pun lebih) ketika proses kelahiran;
- sebelum ini anda mempunyai bayi yang dijangkiti GBS;
- anda didapati membawa GBS di faraj anda dan/atau dubur semasa anda hamil;
- GBS dikesan pada air kencing ketika hamil (ia haruslah dirawat apabila didiagnos, namun walaupun anda telah dirawat, perhatian yang lebih masih perlu diberi semasa proses kelahiran – lihat Bagaimana menguruskan proses kelahiran dan selepas bersalin?, di bawah).
Bagaimana menguruskan proses kelahiran dan selepas bersalin?
Jika anda tidak tergolong di dalam kumpulan berisiko tinggi, bayi anda tidak mudah untuk dijangkiti GBS.
Jika anda berisiko tinggi, kajian menunjukkan dengan pengambilan antibiotik intravena bermula daripada tempoh hendak bersalin atau apabila air ketuban anda pecah sehinggalah bayi anda dilahirkan boleh mencegah jangkitan GBS kepada bayi yang baru dilahirkan.
Sebaik-baiknya, anda harus mengambil antibiotik intravena sekurang-kurangnya 2 jam sebelum bayi anda dilahirkan dan setiap 4 jam semasa tempoh hendak bersalin. Terdapat beberapa risiko terhadap diri anda dan bayi dengan pengambilan antibiotik ini, maka berbincanglah dengan doktor tentang kes anda itu bagi memastikan bahawa rawatan adalah pilihan terbaik untuk anda.
Jika anda mempunyai dua atau lebih faktor-faktor berisiko seperti di atas, maka doktor anda akan mencadangkan rawatan semasa bersalin untuk mengurangkan risiko kepada bayi yang sedang dijangkiti.
Jika anda bercadang melakukan caesarean, antibiotik intravena tidak diperlukan melainkan jika air ketuban anda telahpun pecah atau sekiranya proses bersalin sudah bermula.
Jika bayi anda berisiko tinggi mendapat jangkitan GBS, sebaik sahaja bayi dilahirkan:
- dia haruslah diperiksa serta-merta oleh pakar pediatrik;
- jika anda berdua benar-benar sihat, dan anda mendapat rawatan penuh dengan mengambil antibiotik intravena semasa proses kelahiran, bayi anda mungkin akan diberikan antibiotik intravena;
- jika anda berdua sihat, tetapi anda tidak menerima rawatan penuh dengan mengambil antibiotik intravena semasa proses kelahiran, bayi anda akan diberikan antibiotik intravena sehingga dia benar-benar sihat;
- jika anda atau bayi anda menunjukkan tanda-tanda jangkitan GBS, antibiotik intravena harus diberikan kepadanya dengan segera.
Doktor masih lagi melakukan kajian tentang cara terbaik untuk merawat bayi yang baru dilahirkan yang berisiko terhadap jangkitan GBS, oleh itu terdapat beberapa kes di mana bayi anda mungkin perlu atau mungkin tidak perlu diberikan antibiotik.
Apakah risiko-risiko rawatan?
Kebanyakan wanita dan bayi boleh diberikan penisilin sebagai rawatan antibiotik untuk GBS tanpa sebarang kesan buruk. Walau bagaimanapun, sebilangan kecil orang alah kepada penisilin dan boleh menyebabkan reaksi alahan yang teruk (anafilaksis), yang boleh membawa maut.
Wanita yang alah kepada penisilin boleh juga diberikan antibiotik yang lain.
Lain-lain kesan sampingan yang kurang teruk daripada rawatan antibiotik termasuklah cirit-birit dan loya. Walau bagaimanapun terdapat kebimbangan yang antibiotik boleh memberi kesan kepada keseimbangan bakteria flora di dalam usus bayi.
Kesan-kesan buruk ini membuatkan sesetengah doktor lebih berhati-hati tentang penggunaan antibiotik jika tiada keperluan untuk menggunakannya, terutamanya terhadap bayi yang baru dilahirkan. Sesetengah doktor lebih gemar untuk "melihat dan menunggu" dalam tempoh 12 jam selepas bayi dilahirkan sebelum memberikan antibiotik yang mungkin tidak diperlukan.
Apakah tanda-tanda jangkitan GBS terhadap bayi anda?
Jangkitan GBS pada bayi selalunya berlaku pada peringkat awal (dalam masa tujuh hari selepas dilahirkan), dengan 90 peratus berlaku dalam masa 12 jam selepas kelahiran.
Dalam kebanyakan kes, gejala jangkitan GBS pada bayi boleh diketahui semasa atau sebaik sahaja kelahirannya.
Tanda-tanda biasa jangkitan awal GBS termasuklah:
- mendengus
- kurang menyusu
- kelesuan
- cepat meragam
- tekanan darah rendah
- suhu badan tinggi atau rendah, kadar degupan jantung dan /atau kadar pernafasan yang luar biasa.
Dalam kes yang lebih lebih luar biasa, jangkitan GBS juga boleh berlaku apabila bayi berusia tujuh hari atau lebih ("permulaan akhir" GBS), biasanya sebagai meningitis dengan septisemia.
Diagnos dan rawatan awal adalah penting bagi jangkitan permulaan akhir GBS atau meningitis. Jika bayi anda menunjukkan tanda-tanda seperti di atas, hubungilah pakar pediatrik dengan segera. Jika tiada pakar pediatrik, teruslah ke unit kecemasan dan kemalangan yang berdekatan.
Semakin meningkat umur bayi semakin kurang risiko untuk dijangkiti GBS. Jangkitan GBS terhadap bayi jarang berlaku selepas berumur sebulan dan hampir-hampir tidak diketahui selepas tiga bulan.
Kebanyakan bayi dapat terus hidup dengan rawatan, tetapi meningitis boleh menyebabkan masalah yang berpanjangan kepada bayi. Baca lebih lanjut tentang simptom-simptom meningitis.
Saya membawa GBS. Apakah yang perlu saya lakukan?
Jika anda dijangkiti GBS dalam kehamilan sebelum ini, atau anda didapati menghidap GBS ketika hamil sekarang ini, berbincanglah dengan pakar obstetrik anda dan bersetujulah dengan pelan kehamilan dan pelan kelahiran yang akan melindungi bayi anda daripada terkena sebarang jangkitan.
Dalam kebanyakan kes sebegini, kehamilan anda boleh diuruskan supaya bayi anda dilindungi dan dilahirkan dengan sihat dan bebas daripada GBS.
Bayi anda tidak akan terdedah kepada jangkitan GBS melalui penyusuan badan, maka anda tidak perlu menukar rancangan jika anda bercadang untuk menyusukan sendiri bayi anda.
Sumber : babycenter.com.my
Rabu, 2 Julai 2014
Kisah Anak Soleh, Penghuni Syurga Allah swt
Assalamualaikum wbt dan Salam Ramadhan,
Alhamdulillah, kita sedang berada dalam bulan Ramadhan yang penuh rahmat.
Hari ini, saya ingin berkongsi kisah yang mungkin ada di kalangan kita pernah dengar dan ada yang belum. Kisah seorang anak soleh, Uwais al-Qarni yang terkenal di langit Allah swt. Semoga kita dapat mengambil iktibar dari kisah ini.
..........
Uwais al-Qarni adalah seorang daripada kalangan tabi’in yang hidup selepas kewafatan Rasulullah ﷺ, dan dapat bertemu dengan para sahabat. Sejak dilahirkan beliau berpenyakit sopak dan ayahnya telah meninggal dunia. Hidupnya sangat fakir dan dalam keadaan yatim.Ibunyalah yang menjaganya sejak kecil sehingga beliau dewasa. Walaupun miskin, Uwais kaya dengan budi bahasa dan amanah.
Uwais al-Qarni hanya tinggal bersama seorang ibu yang sudah tua, buta dan lumpuh. Malah, ibu tua itu cuma bergantung harap pada Uwais untuk menguruskan kehidupannya. Di situlah mereka dua beranak meneruskan kehidupan tanpa ada sanak saudara. Tatkala ibunya memerlukan bantuan, Uwais tidak pernah mengeluh dan akan menguruskan ibunya terlebih dahulu sebelum membuat perkara lain.
Selain dikenali sebagai seorang anak yang taat kepada ibunya. Uwais juga sangat taat melakukan ibadah, beliau seringkali berpuasa dan malam hari masanya terisi dengan ibadahsolat-solat sunat dan tahajud kepada Allah SWT.
Rasulullah SAW pernah berpesan kepada Saidina Umar r.a. dan Saidina Ali k.w.: “Akan lahir di kalangan Tabiin seorang insan yang doanya sangat makbul. Namanya Uwais al-Qarni dan dia akan lahir di zaman kamu. Kamu berdua pergilah mencari dia. Dia akan datang dari arah Yaman, dia dibesarkan di Yaman. Dia akan muncul di zaman kamu, carilah dia. Kalau berjumpa dengan dia minta tolong dia berdoa untuk kamu berdua.”
Saidina Umar dan Saidina Ali lalu sama-sama menanyakan kepada Rasulullah SAW: “Apakah yang patut saya minta daripada Uwais al-Qarni, ya Rasulullah?”
Rasulullah SAW menjawab: “Mintalah kepadanya agar dia berdoa kepada Allah agar Allah ampunkan dosa-dosa kalian."
Ahad, 21 Julai 2013
Seronoknya Bersalin...
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,
Pelbagai cerita yang kita dgr ttg kisah bersalin... ada yang mudah, ada yang payah, ada yang hidup (selamat) dan ada juga yang meninggal dunia samada di dalam perut, atau sebaik sahaja dilahirkan. Ia adalah nikmat dan ujian dariNya. Sebagai orang Islam, kita percaya ini semua telah tertulis sebagai qada nya.
Pengalaman bersalin oleh mak tersayang,Dr Suhaidah Tahir sentiasa menjadi pemangkin dan kekuatan buat kami adik beradik. Alhamdulillah ...Beliau berjaya melahirkan 11 org cahaya mata semuanya normal...Alhamdulilah... tanpa complication..
Kisah beliau menjadi inspirasi kepada saya, kadang2 bila rasa diri ini tak mampu/ takut dgn ujianNya, beliaulah kekuatan saya. Sejak sblm kahwin lagi terbayang, mampukah aku menjadi seperti mak?
Alhamdulilah proses melahirkan anak pertama pada 2009, dan yang kedua pada 2011.. MasyaAllah, Allah mudahkan... Berkat Doa semua yang mengenali saya dan keluarga. Alhamdulillah pengalaman yang saya istilah sebagai 'WAH, SERONOKNYA BERSALIN'...saat melihat anak dalam dakapan, SubahanAllah... hilang semua sakit. Satu nikmat Allah yang tidak terungkap dgn kata2..
Alhamdulilah di antara surah yang saya kerap amalkan semasa hamil Surah Maryam, Surah Luqman, Surah Yusuf, Surah Yassin....setiap kali selepas habis satu surah, berdoalah kepada Dia.. kerana Dia akan sentiasa adalah Maha Pengasih dan Penyayang..
Doa utk kesihatan bayi + ibu sepanjang hamil..
Alhamdulilah, Allah telah kurniakan sepasang cahayamata buat saya dan
suami, diberi nama Anas Huzaifah bin Asyraf dan Amanina Aisyah bt Asyraf. Nama
mereka di ambil sempena nama mereka yang sangat rapat dgn Rasulullah..Semoga
peribadi mulia Saidatina Aisyah dan sahabat/periwayat hadith Anas R.A dapat di
titipkan ke jiwa anak2 tersayang. MashaAllah, anak2 adalah amanah Allah yang
sangat tinggi nilainya. Satu tanggungjawab yang berat... n Insha Allah kami
akan berusaha yang terbaik utk anak2 yang tersayang.
Doa untuk anak dan ibubapa...
SubahanAllah, Maha Suci Allah yang menjadikan rahim wanita dan
kekuatan wanita untuk bersalin yang tiada sesiapa yang mampu menandinginya.
Pengalaman bersalin adalah satu pengalaman yang akan di alami oleh
mereka yang di pilih oleh Allah...
Wassalam
Anisah - 11 Ramadhan 1434H
Jom hayati 10 FAKTA mengenai kelahiran bayi...
♥ 10 Fakta Menarik Mengenai Kelahiran Bayi ♥
♥ Hanya 5% bayi yang lahir pada tarikh EDD (Estimated Due Date)
mereka. Kebanyakannya lahir antara minggu ke 37 dan 42 kehamilan.
♥ Sehingga bersalin, rahim ibu akan mengembang 500 kali ganda dari
saiz normal untuk menampung kandungannya.
♥ Purata darah yang hilang melalui proses kelahiran normal adalah
500ml.
♥ 80% wanita mengalami sindrom “Baby Blues” semasa 2 minggu terawal
selepas bersalin disebabkan oleh perubahan hormon badan.
♥ Hanya 1 daripada 10 wanita mengalami pecah air ketuban sebelum
proses bersalin bermula. Kebanyakan wanita hanya akan mengalaminya apabila
mereka telah bersedia untuk meneran keluar bayi.
♥ Badan manusia hanya mampu menanggung kesakitan sehingga 45 Del. Tetapi
semasa bersalin ibu akan mengalami sehingga 57 Del yang bersamaan dengan 20
tulang dipatahkan serentak.
♥ Apabila seorang ibu mula sakit hendak bersalin, tercatatlah pahala
jihad baginya.
♥ Apabila seorang ibu melahirkan anak, terhapuslah dosa-dosa lepas
bagi wanita itu.
♥ Ibu bersalin akan dapat pahala 70 tahun solat dan puasa. Setiap
kesakitan pada satu uratnya, Allah hadiahkannya pahala menunaikan haji.
Wallahuallam.
Langgan:
Catatan (Atom)
Surirumah & Media : Bersama Membangun Potensi Suri Rumah Rahmah
𝗦𝘂𝗿𝗶𝗿𝘂𝗺𝗮𝗵 𝗱𝗮𝗻 𝗠𝗲𝗱𝗶𝗮 Alhamdulillah, di izinkan Allah untuk hadir 2 hari 𝑩𝒆𝒏𝒈𝒌𝒆𝒍 𝑷𝒆𝒏𝒈𝒖𝒓𝒖𝒔𝒂𝒏 𝑴𝒆𝒅𝒊𝒂 𝑺...
-
Assalamualaikum dan Selamat Menemani dan menghadapi peperiksaan, InshaAllah bermula hari ini, adik bongsu saya dan calon UPSR seluruh neg...
-
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera, Hari ini ada rakan kongsikan kisah saidatina Khadijah yang wajar sangat kita semua ambil tahu. ...
-
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera, Apa khabar anda hari ini? Di doakan sihat sejahtera fizikal & mental nya. Seram tengok berita sek...

.jpg)

.jpg)