Memaparkan catatan dengan label antioxidant. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label antioxidant. Papar semua catatan

Selasa, 11 Julai 2023

Rahsia Luar Biasa Vivix Shaklee: Keunikan yang Menyegarkan dalam Sebotol Kecil

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,


Biasa orang kenal shaklee melalui  botol MERAH Vivix kan? Salah satu produk premium yang mempunyai keunikan tersendiri. Ada Paten tau, kiranya company lain tak boleh 'tiru' sewenang-wenangnya. 




Keluarga saya mula berjinak dengan vivix semasa awal saya kenal shaklee dulu, pada tahun 2013. Ada saya kongsikan kisah atok saya yang terlantar dan ada kencing manis, alhamdulillah vivix bantu atok untuk tingkatkan kecergasan dan keupayaan atok beribadat. 6 tahun juga atok minum vivix, alhamdulillah atok sihat sehingga ajal menjemput pada tahun 2019. Innalihiwaiinailahirajiun. Asbab dari situ, mak abah saya turut meneruskan pengambilan Vivix - kini lebih suka ResV sebab mudah di makan -  nanti saya cerita next entry ya. 




Jom kita kenali Keunikan VIVIX Shaklee




Siapa sangka dalam botol kecil ini tersimpan rahsia yang boleh memberi manfaat luar biasa kepada tubuh kita? Teruskan membaca untuk mendapatkan maklumat lanjut!




Teknologi Revolusi Anti-Penuaan:

Vivix Shaklee adalah satu produk yang terunggul, hasil daripada penelitian terkini dalam bidang anti-penuaan. Shaklee menggunakan teknologi moden dan ramuan semulajadi yang terpilih untuk mencipta produk ini yang boleh melawan tanda-tanda penuaan di peringkat sel. Apa yang unik tentang Vivix ialah kandungannya yang mengandungi Resveratrol, sejenis polifenol semula jadi yang terdapat dalam anggur merah. Dengan mengambil Vivix secara konsisten, kita boleh mengukuhkan sistem pertahanan tubuh dan meningkatkan kesihatan secara menyeluruh.



Keunggulan Bioavailabiliti yang Tinggi:

Satu lagi keunikan Vivix Shaklee ialah keupayaannya untuk meningkatkan bioavailabiliti nutrisi. Bioavailabiliti merujuk kepada tahap di mana tubuh kita dapat menyerap nutrisi tersebut. Dalam Vivix, Shaklee menggunakan teknologi ekstraksi dan proses penapaian yang canggih untuk memastikan kandungan nutrisi yang paling tinggi. Ini membolehkan tubuh kita menggunakan kesemua manfaat kesihatan Vivix dengan lebih maksimum dan memberikan hasil yang lebih baik dan cepat berbanding produk lain.




Perlindungan Sel yang Optimum:

Vivix Shaklee juga menawarkan perlindungan sel yang optimum, itulah yang menjadikannya begitu unik. Kandungan polifenol yang tinggi dalam Vivix membantu melindungi sel-sel tubuh kita daripada kerosakan yang disebabkan oleh radikal bebas. Secara keseluruhan, ini dapat membantu kita menjaga kesihatan dan kecergasan tubuh. Dengan mengambil Vivix secara konsisten, kita memberikan perlindungan tambahan kepada tubuh kita dan menjaga kesihatan kita dengan lebih baik.





Jadi, itulah beberapa keunikan Vivix Shaklee yang tidak boleh diabaikan. Jom kita jaga kesihatan kita dengan memasukkan produk ini ke dalam rutin harian kita. Dengan Vivix, kita boleh mencapai kesihatan yang optimum dan hidup dengan lebih bertenaga. Jangan lepaskan peluang ini untuk merasai manfaat luar biasa Vivix Shaklee!

https://www.shaklee.com.my/products/resv-vix/00P808?sid=963691

Ramai yang teringin nak cuba ambil vivix, tapi mengalami masalah kekangan kewangan, kini shaklee tawarkan bayaran ansuran, moga ia membantu golongan yang memerlukan. Promosi terkini shaklee bagi bulan Jun dan Julai 2023, boleh beli Vivix dan ResV secara ansuran, melalui EzyPay. 


Anda nak tahu siapa perlukan Vivix Shaklee? boleh baca di sini

“https://anakkuwira.com/siapa-perlukan-vivix-shaklee “

Nak PRODUK Shaklee atau nak renew keahlian shaklee nak mulakan BISNES ONLINE Shaklee? Jom saya bantu 😃


Wasap.my/60136216522/NakShaklee

#RakanShaklee Anda,

Anisah Khalid

#NextLevelBlogging

#Shakleetriumph2023


#shakleethrive2023

Isnin, 18 Julai 2016

MANFAAT CARROT PELBAGAI WARNA

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera, 

Apa khabar? moga sihat2 selalu dengan izinNya. 

Hari ni, saya nak kongsikan ilmu baru...;) ok jom baca.. 


MANFAAT CARROT PELBAGAI WARNA
===========================

Oh rupanya carrot a.k.a lobak ada pelbagai warna... biasa nampak yang oren & putih (yg gemuk2 tu) ... jeng2, banyak lagi warna lain. yelah kan sebahagian sahaja ilmu di dunia yang kita - manusia dah explore, ada banyak lagi yang belum kita tahu.  

Sebenarnya Allah jadikan karot/lobak (Carrot) pelbagai warna bukan saja-saja tau! 
.
Nutrien yang terkandung dalam carrot bergantung kepada warna carrot tersebut.  

.

Contohnya PURPLE CARROT salah satu kandungan utama dalam #VIVIX adalah SUPER ANTIOXIDANT yang membantu melindungi dan mencegah kerosakan sel. 
.
.
PURPLE CARROT juga mempunyai anti radang semulajadi. Ia juga mengandungi lebih Beta-Carotene berbanding Orange Carrot, yang mana Beta-Carotene berfungsi untuk mencantikan kulit (patutlah minum vivix awet muda!) juga sangat bagus untuk kesihatan mata (ermmm... patutlah ia bantu kesihatan mata terutama untuk pesakit diabetes yang ada masalah mata). 
.
.
Secara ringkasnya : 

Orange Carrot : Untuk kesihatan mata

Purple Carrot : Mengandungi Anthocyanins - SUPER POWERFULL  ANTIOXIDANTS

Red Carrot : Mengandungi Lycopene - kesihatan jantung dan elak kanser

Yellow Carrot : Mengandungi xanthophylis - kesihatan jantung dan paru-paru

White Carrot : Mengandungi phytochemicals - kurangkan risiko kanser dan stroke. 


.
.
Yang best, Vivix mengandungi LOBAK UNGU / PURPLE CARROT! 


Nak tahu cerita pasal vivix??? jemput click : Collection posts on VIVIX

Ni pula.. testimoni terbaru vivix yang di kongsikan oleh Master Laila...;) 




Buat yang nak cuba, yang nak dapatkan dengan harga SPECIAL??? sekarang ni la masa nya! 

Jom hubungi saya sekarang..;) 
Anisah - 0136216522 (WA/Telegram/SMS/Call) 

#GLCteam
#LiveAmazing

Rabu, 15 Julai 2015

Tips Gaya Sihat Berhari Raya

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,


Apa khabar anda hari ni? Apa khabar diet anda hari ni? Sama2 kita doa kita semua dikurniakan kesihatan yang baik dan diberkati dunia akhirat.

Diam tak diam, Ramadhan 1436H bakal melabuhkan tirainya.
Moga tarbiyah Ramadhan, amalan ibadat yang kita pupuk diri di bulan Ramadhan, berterusan di masa hadapan inshaallah.

Tips ini dikongsikan oleh rakan yang mendengar ikim.fm, pilihan utama anda! Hehe. Promote jap, saya sendiri gemar mendengar ikim. Banyak sesi tazkirah/ ceramah dan drama radio yang bermanfaat yang dikongsikan, di selang selikan dengan bacaan Al Quran, nasyid dan lain2.

Jom kita sama2 beringat dikala raya ni, sebulan berpuasa bukanlah bermakna kita boleh makan sebanyak2nya pulak kan? Perut kita yang di detox dengan baik, inshaallah di kekalkan dengan baik.


TIPS GAYA SIHAT BERHARI RAYA
=============================

Dalam perjalanan balik kampung dalam kereta kami dengar IKIM.FM

Topik yang sangat saya suka. Tips gaya hidup sihat semasa berhari raya.

Antara tips yang dikongsikan.

1. Pastikan anda pandai memilih makanan yang sihat.

2. Dalam banyak-banyak hidangan raya mana yang lebih sihat contoh rendang, ketupat, lontong, lemang dan soto. Pilihlah ketupat dan soto kurang berlemak dan bersantan.



3. Bawa air mineral siap-siap dari rumah kerana kebiasaan tetamu akan dijamu dengan air manis. Cukup sekadar secawan air manis untuk satu hari ye. Bukan secawan air manis untuk setiap rumah ye.

4. Apa yang anda perlu tahu kuih muih dan biskut raya yang dihidangkan mengandungi kandungan gula, marjerin yang tinggi tahap gulanya serta lemak tepunya.

Rata-rata kandungan kalori dalam sepotong kuih tersebut ada yang mencecah 100 kcal.

Ambillah kuih sekadar merasa bukan melantak ye.

5. Berjalan kaki semasa berkunjung dari rumah ke rumah sebagai satu exercise ( sekiranya rumah dekat2)

6. Tuan rumah digalakkan melayan tetamu secara berdiri. Biar tetamu duduk tetapi tuan rumah berdiri supaya mudah membakar kalori.

7. Ringan-ringan tulang membasuh pinggan at least bawa pinggan ke dapur sebagai satu aktiviti sihat.

8. Sekiranya ada 10 buah rumah yang nak dikunjungi. Plan pengambilan makanan anda supaya tidak lebih dari kalori yang diperlukan.

Average keperluan kalori perempuan 1,200 kcal.
Average keperluan kalori lelaki 1,600 kcal sehari.

Pastikan tidak lebih dari keperluan kalori sehari anda ye.

Boleh install Apps yang boleh kira kalori setiap hari di telepon canggih anda. Contoh MyFitness pall atau dalam info sihat sebagai panduan pengiraan kalori anda setiap hari.

Awas apa yang anda makan hari ini akan menentukan bentuk badan anda hari esok.

Sayangi diri anda. Amalkan gaya hidup sihat demi orang tersayang.

Pesanan dari ikim.fm dan team info sihat.

Saya hanya share supaya anda sama-sama dapat manfaatnya.

Sila Share dengan rakan-rakan anda.

Isnin, 22 Jun 2015

Petua Rawat Chicken Pox a.k.a Cacar Air

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,



Apa khabar anda hari ini? Moga semua sihat sejahtera dan ceria selalu.




Sekarang ni, di Malaysia cuaca agak panas dan kemudian hujan lebat selang beberapa hari. Virus demam dan penyakit berjangkit lain mudah tersebar. 




2 minggu lepas, anak ke 2 saya, Amanina Aisyah terkena jangkitan chickenpox a.k.a cacar air dalam Bahasa melayu. Saya pun tak pasti di mana terjangkitnya. pasrah terkena sekarang, sebab orang kata 'Baik kena masa kecik, parut cepat baik.. dan bila dah besar lagi sakit'. ;) 


Status pada 9 Jun, antara nasihat yang diberikan kawan2 di fb.




Btw, chickenpox ni bukan demam campak ya.. demam campak ruam halus warna merah, biasanye tidak berparut dan cepat baik. (Rujuk KKM: Demam Campak)




Chickenpox ni pula, yang jenis ada mata tu.




 (Rujuk KKM : Cacar Air)



Masa memula amanina kena, ada la dalam 3-4 biji di kawasan dada dia. saya ingatkan terkena gigitan semut ke? tapi macam halus sangat. bila whatsapp kan gambarnye pada adik ipar yang merupakan seorang Dr. beliau kata nampak macam chichkenpox, tapi kita tengok esok macamana. 




Hari ke 2, dah mula naik banyak sangat di bahagian badan dan pada muka



gambar ihsan google




Malam hari ke 2 tu, kami bawa amanina pergi jumpa Doktor,  Ouch! sah confirm chichkenpox! 

Dah maca dalam ilustrasi kat atas ni. huhu. 

Dr bagi calamine lotion dan ubat tahan gatal (dalam bentuk cecair utk minum). 

Alhamdulillah Amanina tak demam sangat, suhu bada sekitar 36.5-37.3 mcm tu jer. Jadi nya Dr tak bagi pun ubat demam. 
Saya tanya di fb untuk petua dari kawan2... 

PETUA yang di kongsikan

1. Bagi air kelapa
2.Mandikan dengan daun semambu
3. Tidur berlapik kan daun semambu
4.  Mandikan dengan Basic H
5. Sapu dengan cream anti gatal - saya guna Herbal Blend Shaklee
6. elakkan pergi ke tempat awam/sekolah
7. JANGAN kena hujan (orang kata nanti berparut/susah nak baik).. apa2 pun, waktu sihat pun tak elok kena hujan, sebab hujan kita sekarang pun dah tercemar kan. 
8. JANGAN makan makanan yang boleh menyebabkan lebih gatal spt seafood. 
9. Makan banyak buah-buahan dan makanan yang kaya dengan vitamin C, untuk meningkatkan imuniti dan juga kecantikkan kulit



Kebetulan Amanina kena masa tengah cuti sekolah masuk minggu ke2, jadi seminggu tu tak kemana la.. kecuali 2 hari amanina terpaksa ikut papa ke ofis sebab saya ada presentation untuk masters saya. 




Sian nina sebab die memang suka sangat makan seafood. takpelah sayang, seminggu-dua je. salah satu pantang makan lagi, jangan makan kicap.. huhu, takleh nak elak sangat, orang kata nanti berparut. ada juga makan sikit2. tawakal jer. yakin yang parut akan baik juga.



Ramai suggest guna daun semambu, pertamanye, mana lah nak cari kan? keduanye, macam rimas jer berdaun2 ni.. hehe. orang moden la katakan. 

Alternatiflnya, saya mandi kan juga amanina dgn Basic H dan kemudian sapu kan dengan calamine lotion masa blister tu tengah naik. 



Alhamdulillah, selepas seminggu, pox2 nya dah kering.Saya sapu kan dengan Herbal Blend dan aloe vera. Alhamdulillah, selepas 2-3 hari selepas kering, kuping2 makin tertanggal dan parut pun semakin pudar. 

Alhamdulillah, sebagai pengamal tegar mealshakes..;) hehe, amanina minum juga mealshakes di campur dalam susu sebagai minuman harian. 

Chewable vitamin C juga menjadi teman setia..;) hehe. vitamins pertama yang Amanina kenal pun.. ada kongsi dalam entry ni --> Luka-cepat-sembuh-dengan-vitamin-c

Ok buat kawan2 di luar sana, buat yang anak2 or even mak atau yang dewasa pun kena, boleh amalkan petua imi  ya. 

Sebagai pengguna produk SHAKLEE, Ini yang saya guna

1. Basic H untuk mandi
2. Herbal Blend untuk sapu semasa luka dah kering
3. Mealshakes sebagai sumber PROTEIN dan multivitamins
4. Vitamin C untuk tingkatkan imuniti & kecantikkan kulit. 

Sekian, 

Moga sihat2 selalu...

#ingatSIhatSebelumSakit


...
Antara rujukan saya semasa 'merawat' amanina; 

http://www.myhealth.gov.my/index.php/my/bayikanak-kanak/penyakit-berjangkit/cacar-air
http://azfar9897.blogspot.com/2014/04/petua-dan-tips-anak-kena-chicken-pox.html
http://www.wikihow.com/Treat-Chickenpox-at-Home

Ahad, 20 Oktober 2013

Collagen Shaklee.. Cantik Dalam dan Luar..



Assalamualaikum dan Salam Ceria... 

Sayang seribu kali sayang... sempena promosi collagen shaklee bulan oktober ini, saya terasa terlalu sayang jika tidak dikongsikan bersama. 

Alhamdulillah, saya sendiri telah mula menggunakan produk ini, alhamdulillah.. syukur kesan nya saya mula terasa kehalusan kulit dan badan lebih bertenaga selepas 2-3 sachet sahaja. 

Jom kenali kenapa perlunya collagen dalam badan kita... 

opss sebenarnya collagen dah memang ada dalam badan kita. Cumanya pengeluaran collagen dalam badan mula menurun apabila umur mencecah pertengahan 20an dan akan terus menurun jika tidak di tambah dengan collagen tambahan. 


Agak-agak macamana nak tahu ye kurangnya collagen dalam badan

Anda pernah dan sedang mengalami 
1. rambut kering?
2. kulit mula berkedut - walaupun baru nak masuk 3 series?, 
3. Jeragat mula kelihatan? 
4. sakit sendi, gigi,
5. lingkaran mata seperti pakai eye liner.. hehe.. tambahan semulajadi ke?
6. kuku kurang bersinar?


Tanda kekurangan collagen pada wajah, agak2 anda nak yang sebelah kiri atau kanan ye?


Sekarang penyelesaiannya, kita kena topup kekurangan collagen dalam badan dengan collagen tambahan. 

Kalau tengok di pasaran sekarang ini, collagen tambahan bukan lagi satu 'perkataan' baru dalam masyarakat Malaysia. 

Ada yang untuk perlu diproses sendiri, rebus dan makan/sapu pada tempat yang bersesuai.
Ada yang boleh dibancuh untuk di minum
Ada yang jenis cream untuk di sapul

Ok sekarang, cuba pergi ke google.com, taip collagen ataupun kolagen... brand apa yang tempat pertama?... hehe.. semestinya collagen shaklee. 


Kenapa collagen shaklee tempat pertama di google? 

1. Kerana collagen shaklee powder bukan sekadar collagen sahaja.. 


Setiap bahan aktif ini ada fungsinya tersendiri..


Sumber collagen dari laut dalam 

2. Jisim molekul yang halus memudahkan penyerapan collagen ke dalam badan berbanding collagen lain.



3. Testimoni pengguna sendiri.. 

Testimoni 1 : Selepas 3 hari - kulit makin lembut, kesan jerawat makin pudar, sakit badan hilang dan badan bertenaga.


Testimoni 2 - Nenek jatuh cinta.. tiada lagi pigmentasi! 


Testimoni 3 - Kesan terbakar hilang.. kulit makin halus dan licin.


Testimoni 4 - Suami makin sayang..

Credit to : http://diaryofmuhammad.com/


Setiap hujung tahun, adalah musim perkahwinan. Sudah tentu anda nak nampak jelita dan gebu kan? baik yang jadi pengantin mahupun pengapit ataupun kaum keluarga. Jadi, buat bakal-bakal pengantin di luar sana, jika di bandingkan rawatan SPA... lebih baik anda makan CSP ni.. kesannya dalam dan luar.. anjal ini dan itu.. hehe.. 


Apa lagi ye? WOW... Jika anda  nak cuba2, bulan ini adalah bulan terbaik .. SEBAB bulan ini bulan PROMOSI beli 6 percuma 1! Tapi, jangan lah risau, saya tak suruh pun beli 6 untuk dapat harga promosi ni.. anda hanya perlu hubungi saya sahaja...HARGA ISTIMEWA untuk 10 pelanggan pertama!. 

Cumanya kan, 

Dengan setiap pembelian Set Promo BELI 6 PERCUMA 1, anda layak mendapat
PENJIMATAN SEHINGGA HAMPIR RM1,000 !!!
(Terms & Conditions Apply)



1) PERCUMA keahlian seumur hidup(Bernilai RM65)
2) Belian dengan HARGA AHLI
3) Penghantaran PERCUMA
4) CASH BONUS (Sehingga RM100+)
5) PERCUMA 1 COQHEALTH PLUS (Bernilai RM124- Dengan pembelian secara Online System)

Masa ini lah kita nak berkongsi dengan kawan-kawan dan kaum keluarga.. takan nak cantik sorang je kan??? Nanti adik marah pulak.. kakak nampak lebih muda.. yang tak bestnya lagi.. kalau mak nampak lebih muda dari anak... 

Tawaran sah sehingga 31 OCTOBER 2013 SAHAJA!!

Sabtu, 14 September 2013

Luka Cepat Sembuh dengan Vitamin C

Assalamualaikum dan Salam ceria, 

Apa khabar anda hari ini? di harap semua sihat dan sejahtera hendakNya. 

Kanak2 kalau takde jatuh, takde luka seumur hidup... macam pelik kan? hehe.. perkara ni berlaku juga pada saya dedulu... dan kini tiba giliran anak2 pula. 

2 hari lps, ada accident kecil berlaku kat rumah, main tolak-tolak dengan abang Anas, tetiba Amanina jatuh dan terkena bingkai pintu. darah menitis-nitis.. dia boleh ketawa lagi dengan abang... abang pun beria ajak main lagi. 

Aduhai anak ohh anak.. 

Tengok la gambar Amanina, budak cantik ni ber plaster di kepala... Amanina duduk diam-diam je  masa Doktor bersihkan dan letak plaster yang dawai kecil untuk rapatkan luka. 

Pesan Dr : Jangan basahkan tempat luka dan datang balik dalam masa 2 hari. 
                   Dan JANGAN JATUH LAGI...

Aduhai.. budak-budak kan.. kalau tak jatuh, mana nak tahu jatuh tu sakit kan.. 


Adik ohh Adik.. 

Amanina makan 2 biji/sehari chewable vitamin C, kan vitamin C mempercepatkan penyembuhan luka... Alhamdulillah luka nya dalam masa 2 hari dah sembuh... 

Buat followup checkup, Dr kata Alhamdulillah takde jangkitan dan luka dah sembuh. 

Alhamdulillah... Moga Amanina membesar dengan cantik luar dan dalam, inshaAllah.



Doktor bekalkan juga ubat tahan sakit, tapi Amanina nak vitamin C je... 

Chewable vitamin C shaklee diperbuat dari rose hip... 

Surirumah & Media : Bersama Membangun Potensi Suri Rumah Rahmah

 𝗦𝘂𝗿𝗶𝗿𝘂𝗺𝗮𝗵 𝗱𝗮𝗻 𝗠𝗲𝗱𝗶𝗮  Alhamdulillah, di izinkan Allah untuk hadir 2 hari 𝑩𝒆𝒏𝒈𝒌𝒆𝒍 𝑷𝒆𝒏𝒈𝒖𝒓𝒖𝒔𝒂𝒏 𝑴𝒆𝒅𝒊𝒂 𝑺...