Rabu, 15 Julai 2015

Tips Gaya Sihat Berhari Raya

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,


Apa khabar anda hari ni? Apa khabar diet anda hari ni? Sama2 kita doa kita semua dikurniakan kesihatan yang baik dan diberkati dunia akhirat.

Diam tak diam, Ramadhan 1436H bakal melabuhkan tirainya.
Moga tarbiyah Ramadhan, amalan ibadat yang kita pupuk diri di bulan Ramadhan, berterusan di masa hadapan inshaallah.

Tips ini dikongsikan oleh rakan yang mendengar ikim.fm, pilihan utama anda! Hehe. Promote jap, saya sendiri gemar mendengar ikim. Banyak sesi tazkirah/ ceramah dan drama radio yang bermanfaat yang dikongsikan, di selang selikan dengan bacaan Al Quran, nasyid dan lain2.

Jom kita sama2 beringat dikala raya ni, sebulan berpuasa bukanlah bermakna kita boleh makan sebanyak2nya pulak kan? Perut kita yang di detox dengan baik, inshaallah di kekalkan dengan baik.


TIPS GAYA SIHAT BERHARI RAYA
=============================

Dalam perjalanan balik kampung dalam kereta kami dengar IKIM.FM

Topik yang sangat saya suka. Tips gaya hidup sihat semasa berhari raya.

Antara tips yang dikongsikan.

1. Pastikan anda pandai memilih makanan yang sihat.

2. Dalam banyak-banyak hidangan raya mana yang lebih sihat contoh rendang, ketupat, lontong, lemang dan soto. Pilihlah ketupat dan soto kurang berlemak dan bersantan.



3. Bawa air mineral siap-siap dari rumah kerana kebiasaan tetamu akan dijamu dengan air manis. Cukup sekadar secawan air manis untuk satu hari ye. Bukan secawan air manis untuk setiap rumah ye.

4. Apa yang anda perlu tahu kuih muih dan biskut raya yang dihidangkan mengandungi kandungan gula, marjerin yang tinggi tahap gulanya serta lemak tepunya.

Rata-rata kandungan kalori dalam sepotong kuih tersebut ada yang mencecah 100 kcal.

Ambillah kuih sekadar merasa bukan melantak ye.

5. Berjalan kaki semasa berkunjung dari rumah ke rumah sebagai satu exercise ( sekiranya rumah dekat2)

6. Tuan rumah digalakkan melayan tetamu secara berdiri. Biar tetamu duduk tetapi tuan rumah berdiri supaya mudah membakar kalori.

7. Ringan-ringan tulang membasuh pinggan at least bawa pinggan ke dapur sebagai satu aktiviti sihat.

8. Sekiranya ada 10 buah rumah yang nak dikunjungi. Plan pengambilan makanan anda supaya tidak lebih dari kalori yang diperlukan.

Average keperluan kalori perempuan 1,200 kcal.
Average keperluan kalori lelaki 1,600 kcal sehari.

Pastikan tidak lebih dari keperluan kalori sehari anda ye.

Boleh install Apps yang boleh kira kalori setiap hari di telepon canggih anda. Contoh MyFitness pall atau dalam info sihat sebagai panduan pengiraan kalori anda setiap hari.

Awas apa yang anda makan hari ini akan menentukan bentuk badan anda hari esok.

Sayangi diri anda. Amalkan gaya hidup sihat demi orang tersayang.

Pesanan dari ikim.fm dan team info sihat.

Saya hanya share supaya anda sama-sama dapat manfaatnya.

Sila Share dengan rakan-rakan anda.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Tips Menjalankan Bisnes Online

   Assalamualaikum dan salam sejahtera,  Pada entri yang lalu, saya kongsikan peluang bekerja Dari rumah yang turut berkait dengan bisnes on...