Memaparkan catatan dengan label kisah ibu bapa. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label kisah ibu bapa. Papar semua catatan

Jumaat, 26 Ogos 2016

Bersedekah semampu mungkin

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Izinkan saya berkongsi hadis yang di kongsikan oleh IKRAM Johor. Ianya juga sebahagian dari sedekah semampu mungkin. Amar Makruf, Nahi Mungkar juga satu sedekah. Jom kita bersedekah.


PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS

Bersedekah Semampu Mungkin

عَنْ سَعِيدُ بْنُ أَبِي بُرْدَةَ عَنْ جَدِّهِ قَالَ قَالَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عَلَى كُلِّ مُسْلِمٍ صَدَقَةٌ قَالُوا فَإِنْ لَمْ يَجِدْ قَالَ فَيَعْمَلُ بِيَدَيْهِ فَيَنْفَعُ نَفْسَهُ وَيَتَصَدَّقُ قَالُوا فَإِنْ لَمْ يَسْتَطِعْ أَوْ لَمْ يَفْعَلْ قَالَ فَيُعِينُ ذَا الْحَاجَةِ الْمَلْهُوفَ قَالُوا فَإِنْ لَمْ يَفْعَلْ قَالَ فَيَأْمُرُ بِالْخَيْرِ أَوْ قَالَ بِالْمَعْرُوفِ قَالَ فَإِنْ لَمْ يَفْعَلْ قَالَ فَيُمْسِكُ عَنْ الشَّرِّ فَإِنَّهُ لَهُ صَدَقَة

Dari Said bin Abi Burdah, dari datuknya berkata, Nabi SAW bersabda: "Wajib bagi setiap muslim untuk bersedekah." Para sahabat bertanya; "Bagaimana jika ia tidak mendapatkannya? ' Baginda bersabda: 'Berusaha dengan tangannya, sehingga ia boleh memberi manfaat untuk dirinya dan bersedekah.' Mereka bertanya; 'Bagaimana jika ia tidak boleh melakukannya? ' Baginda bersabda: 'Menolong orang yang sangat memerlukan bantuan.' Mereka bertanya; 'Bagaimana jika ia tidak mampu melakukannya? ' Baginda bersabda: 'Menyuruh untuk melakukan kebaikan atau; menyuruh melakukan yang makruf'. Mereka berkata; 'Bagaimana jika ia tidak dapat melakukannya? ' Baginda bersabda: 'Menahan diri dari kejahatan, kerana itu adalah sedekah baginya.' (HR Bukhari No: 5563)

Pengajaran:

1. Setiap Muslim sewajarnya mampu bersedekah hasil daripada harta, ilmu, tenaga, kepakaran yang dimiliki.

2. Setiap Muslim perlu bekerja, agar ia memperoleh hasil yang dengannya ia mampu mengurus dirinya dan bersedekah untuk orang lain, serta menjauhkannya dari kehinaan meminta-minta.

3. Sedekah menjadi bukti kebenaran iman seseorang. Sebagai muslim wajar bersedekah sesuai dengan potensi dan kemampuan masing-masing, perlu bersegera jangan menunda, bimbang kematian menjemput kita.

4. Jika ia tidak mampu mendapatkan harta untuk bersedekah, ia boleh membantu orang lain yang memerlukan bantuan..antaranya melalui aktiviti I-Bantu, khidmat masyarakat dan lain-lain. Itu juga adalah sedekah.

5. Jika ia tidak mampu membantu keperluan orang lain, menjadi sedekah juga baginya apabila ia menyuruh kepada kebaikan. Berdakwah melalui pelbagai relong – berceramah, edar pamplet, forward 1 hari 1 hadis. Ini juga sedekah!

6. Menahan diri dari perbuatan mungkar – menegur, menasihat, menghalang, menjauhi mungkar - juga menjadi pahala sedekah.

JOM bersifat RAHMAH dengan berusaha semampu mungkin untuk melakukan amal kebaikan. Moga ia menjadi sedekah pahala buat kita.

#Malaysia Menuju Negara Rahmah#
Pertubuhan IKRAM Malaysia Negeri Johor

26hb Ogos 2016
23 Zulkaedah 1437H


Khamis, 23 Jun 2016

Kadang - kadang Adik beradik kita...

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Ramadhan Kareem, AllahuAkram... alhamdulillah ramadhan kali ni, di serikan dengan kunjungan ke rumah keluarga - adik beradik... alhamdulillah di beri kesempatan berkumpul dengan sebahagian besar dari keluarga. Walaupun belum dapat berkumpul semua...

inshaAllah 29/30 Ramadhan ni, berbuka sekali dengan seluruh ahli keluarga sebelah saya dan belah suami.. hehe. mudah sikit nak berkumpul sebab duduk dekat2 je . tapi masih kena pakat!... masing2 ada agenda tersendiri kan. 

Ayat2 di bawah di kirim melalui WA. macam terkena dengan masa nya. jadi saya nak kongsi kat sini la ye. buat renungan kita bersama...;) 

sebahagian gambar dari fb ;)


Kadang - kadang Adik beradik yang suka belanja kita makan, bukan kerana mereka berharta tapi sebab mereka meletakkan persaudaraan melebihi duit......

Kadang - kadang adik beradik yang rajin bekerja, bukan kerana mereka tunjuk pandai tapi sebab mereka memahami maksud tanggungjawab.......

Kadang - kadang adik beradik yang memohon maaf dulu selepas pergaduhan, bukan kerana mereka salah tapi sebab mereka menghargai orang di sekeliling mereka......

Kadang - kadang yang sukarela membantu kita, bukan kerana mereka berhutang apa-apa tapi sebab mereka lihat kita sebagai seorang Adik beradik.....

Kadang-kadang adik beradik yang selalu SMS DAN WATTSAPP anda, bukan kerana mereka tak de benda lain nak buat tapi sebab mereka INGAT PADA ANDA.......

Satu hari, kita semua akan terpisah, kita akan terkenangkan pelbagai perbualan dan impian yang kita ada.

Hari berganti hari, bulan, tahun, hingga hubungan ini menjadi asing........

Satu hari anak2 kita akan jumpa gambar kita dan bertanya,
"Siapa mereka semua tu?".....
Dan kita tersenyum dengan air mata yang tidak kelihatan kerana hati ini terusik dengan kata yang sayu, lalu berkata,
"DENGAN MEREKALAH SAYA ADA HARI YANG PALING INDAH DALAM HIDUP SAYA." ....

TERIMA KASIH ADIK BERADIK
Ada 3 Hal dlm hidup yg tidak boleh kembali :       
          1. Waktu          
          2. Kata-kata      
          3 . Kesempatan         

Ada 3 Hal yg dapat menghancurkan hidup seseorg:
          1. Kemarahan
          2. Keangkuhan
          3. Dendam   

 Ada 3 Hal yg tidak boleh hilang:
          1. Harapan          
          2. Keikhlasan  
          3. Kejujuran          

 Ada 3 Hal yg plg berharga:  
          1. Kasih Sayang
          2. Cinta          
          3. Kebaikan          

 Ada 3 Hal dlm hidup yg tidak pernah pasti :
          1. Kekayaan        
          2. Kejayaan      
          3. Mimpi         

 Ada 3 Hal yg membentuk watak seseorg :         
          1. Komitmen   
          2. Ketulusan     
          3. Kerja keras         

 Ada 3 Hal yg membuat kita sukses :
          1. Tekad         
          2. Kemahuan   
          3. Fokus

 Ada 3 Hal yg tidak pernah kita tahu :
          1. Rezeki      
          2. Umur         
          3. Jodoh          

TAPI, ada 3 Hal dalam hidup yg PASTI :      
          1. Tua          
          2. Sakit         
          3. Kematian.   

Ya  Tuhan, insan yg membaca ini adalah insan yg kuat, sabar, pengasih & penyayang - maka sayangilah dia serta kasihilah dia, bantulah dia meningkatkan taraf kehidupannya, murahkan rezekinya, sihatkan tubuh badannya, jika dia melangkah, selamatkanlah dia, permudahkan & lancarkan segala pekerjaannya..        

*Kirimlah kpd semua Adik beradik & Kawan2 yg kita ingati.....
Selamat Berpuasa
Ramadhan kareem 
Maaf zahir batin

Selasa, 8 Mac 2016

20 PERKARA YANG BERUBAH SELEPAS ANDA MEMPUNYAI ANAK!

Assalamulaikum dan Salam sejahtera,

Sering kali rakan-rakan kita memberi peringatan kepada kita ketika kita sedang mengandungkan anak pertama. “Kau tidurlah puas-puas, nanti dah ada anak mesti tak cukup tidur”...Betul kan?

Dan yang pasti, selepas mempunyai anak, banyak yang akan berubah dalam hidup kita. Kita akan mempunyai kekangan wang, tidak cukup tidur dan tanggungjawab yang lebih besar perlu digalas. 
Tetapi apabila seluruh kehidupan kita bertumpu kepada anak kesayangan kita, sebenarnya, banyak perkara yang menarik akan berlaku.
1- Kita menemui kekuatan dalaman tanpa kita sedar.
2- Kita akan merindui saat 9 bulan kehamilan kita walaupun terpaksa mengendong perut yang boyot!!
3- Kita tidak lagi memerlukan jam. Sebaliknya, bayi kita yang menetapkan jadual harian kita. Adakalanya bayi kita bangun seawal jam 4 pagi!!
4- Kita akan menghormati dan mengasihi ibu bapa kita sendiri dengan cara yang baru.
5- Jika anak kita sakit, kita yang akan mengalami rasa lebih teruk berbanding kita yang sakit..
6- Kita tidak keberatan tidur pada pukul 9 malam pada malam Jumaat...wink emoticon
7- Perasaan kita akan lebih mudah tersentuh atau berkecil hati apabila berlaku hal-hal berkaitan dengan anak.
8- Kita akan lebih kerap melihat anak kita di dalam cermin berbanding melihat diri kita sendiri.
9- Kita tidak lagi jijik dengan najis bayi, sebaliknya kita akan Happy bila anak kita poo-poo!
10- Kita akan lebih menghargai diri kita.
11- Kita lebih rela meluangkan masa untuk peluk dan cium anak kita, walaupun kita tahu kita akan sampai lewat ke tempat kerja.
12- Kita mula menyedari, yang kita punyai kuasa yang hebat bila dapat menenangkan anak kita yang sedang menangis.
13- Kita akan sentiasa mengira gigi anak yang baru tumbuh.
14- Kita akan rasakan yang mempunyai anak lagi bukanlah satu masalah yang besar, malah kita amat sukannya.
15- Apabila kita melihat ada ibu bapa lain yang sedang memegang anak mereka yang sedang menangis, kita akan faham situasi mereka.
16- Kita akan menghargai masa mandi kita walaupun ianya dalam masa yang singkat!
17- Akhirnya, kita akan mula bertegur sapa dengan jiran sebelah selepas mempunyai anak!
18- Kita akan dapati, perkara-perkara yang dulunya kita anggap penting kini tidak lagi selepas adanya anak.
19- Kita sedar yang sebenarnya tidak sukar untuk menyayangi anak kita yang pada mulanya kita anggap dia adalah orang asing.
20- Setiap hari kita adalah sesuatu yang penuh dengan kejutan!
**Jadi, hargailah saat-saat anda bersama anak anda!**
Saat2 indah membaca bersama AmniKhadijah

[Feel free to like, tag and share if these thing happen to you]

Khamis, 21 Januari 2016

Putaran Kehidupan... harapan seorang ayah...

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera, 

Apa khabar anda hari ini? moga sihat2 selalu dengan izinNya. 

Kisah ini menjadi viral di watsap...;) sayu rasa hati. saya kongsikan di sini supaya ia sentiasa menjadi peringatan buat kita semua. yelah kalau kat WA kan, macamana nak baca balik bila dah makin lama... tak kuasa pula nak scroll balik kan? 

Sedangkan kita ni manusia yang sentiasa perlukan peringatan, yang sentiasa perlukan sokongan dan bimbingan, yang perlukan kasih sayang di antara sesama manusia dan juga alam. yang penting, kita perlukan redha orang tua kita, redha ibu ayah, redha Allah swt. 


Kisahnya begini ...

Ada seorang anak lelaki bawa ayahnya yg kena stroke akibat angin ahmar ke kedai makan mamak yg terkenal utk makan tengahari. Ayahnya teringin sangat nak makan nasi beriani kat kedei tu. Masa tu orang ramai dan meja makan pun rapat2. Setelah diduduk ayahnya elok elok, anak lelaki tu pun pesan makanan lauk2 kari.
Setelah makanan sampai, ayahnya mula menyuap sendiri.

Maklumlah pesakit angin ahmar, dlm keadaan terketar2 menyuap makanan, banyaklah remah yg jatuh di baju, seluar, malah di muka ayahnya yg kelihatan agak comot. Kebanyakan orang dlm restoran tu semua pandang dan curi2 pandang, ada juga beberapa orang tunjuk muka geli dan jijik. Namun begitu anak lelaki tu tetap bantu ayahnya suapkan makanan dan minunan tanpa menghiraukan pandangan orang sekeliling. Setelah selesai makan dipapahkan ayahnya ke singki untuk dibersihkan, disabunkan tangan, lapkan muka, dibersihkan baju dan seluar ayahnya dari remah makanan seterusnya dipimpin ke kereta yg parking di hadapan restoran. Setelah itu anak lelaki itu ke cashier utk jelaskan bayaran. Sebelum beredar, anak lelaki tersebut telah ditegur oleh seorang pakcik,

"Anak, tak ada barang yg tertinggal ke ?" Jawab anak lelaki tu , "ok semua pakcik, spec abah, ubat abah, handphone abah, towel kecil abah, tongkat abah, semua saya sudah bawak masuk kereta.. tak ada yg tinggal..."

Pakcik tu berkata lagi, " Ada, kau ada tinggalkan kesan di hati orang2 yg perhatikan kau. Pertama, kesan dihati orang2 yg sebaya dengan pakcik, adakah anak2 kami akan berbuat baik seperti yang kamu lakukan terhadap ayah kamu. Kedua, kamu telah tinggalkan kesan di hati anak2 muda yg sebaya kamu, mereka akan tanya diri sendiri, sanggupkah mereka buat dan melayan mak atau ayah yg sakit dan uzur sepertimana yg kamu lakukan ini.

Pakcik lihat, pekerja2 restoran mamak pun turut terharu, malah ada yg kesat airmata teringatkan mak dan ayah barangkali. Pakcik sangat bangga dgn kamu semoga Allah memberi Rahmat kpd kamu.."
Sahut anak lelaki tu, " Ye ke pakcik.. alhamdulillah, saya sayang abah saya... abah kena stroke... moga2 abah cepat sembuh.



Apa rasanya kalau ibu/bapa sendiri yg hantar mesej berikut?

👪Anakku...
Bila aku tua,
Andai aku jatuhkan cawan atau terlepas pinggan ditangan,
Aku berharap kamu tidak menjerit marah padaku,
Kerana tenaga orang tua sepertiku semakin tidak kuat dan kerana aku sakit.
Mataku semakin kabur. Kamu harus mengerti dan bersabar denganku.

Anakku...
Bila aku tua,
Andai tutur kata aku lambat dan aku tidak mampu mendengar apa yang kamu katakan,
Aku berharap kamu tidak menjerit pada aku, 
"mak pekak ke?",
"mak bisu ke? "
"tak dengar ker??"..
Aku minta maaf anakku.
Aku semakin MENUA...

😟Anakku...
Bila aku tua,
Andai aku asyik bertanya perkara yang sama berulang-ulang,
Aku berharap kamu tetap sabar mendengar dan melayanku sebagaimana aku sabar menjawab pertanyaanmu semasa kecil, 
Semua itu adalah sebahagian dari proses MENUA.
Kamu akan mengerti nanti bila kamu semakin tua.

Anakku...
Bila aku tua,
Andai aku berbau busuk, hamis dan kotor,
Aku berharap kamu tidak tutup hidung atau muntah didepan aku.
Dan tidak menjerit menyuruh aku mandi.
Badan aku lemah. 
Aku tidak bermaya untuk lakukan sendiri.
Mandikanlah aku sepertimana aku memandikan kamu semasa kecil.

Anakku...
Bila aku tua,
sekiranya aku sakit, temanlah aku, aku ingin anakku berada bersamaku.

Anakku....
Bila aku tua dan waktu kematian aku sudah tiba, Aku berharap kamu akan memegang tanganku dan memberi kekuatan untuk aku menghadapi kematian.
Jangan cemas. 
Jangan menangis.
Hadapi dengan redha.
Aku berjanji pada kamu.
Bila aku bertemu Allah.
Aku akan berbisik padaNya supaya sentiasa memberkati dan merahmati kamu kerana kamu sangat mencintai dan mentaatiku.
Terima kasih banyak2 kerana mencintai aku....
Terima kasih banyak2 kerana telah menjagaku...
Aku mencintai kamu lebih dari kamu mencintai dirimu sendiri..
Menjadi ikhtibar pd kita kalau masih ada ibubapa dn post kan lah artikel diatas kpd group keluarga atau group peribadi,juga kpd keluarga sendiri.. sebab kite x nak kite atau anak2 kite sentiasa berdosa dgn ibubapa kite atau ibubapa mereka...


RENUNG2 KAN LAH......
SESUNGGUHNYA KITALAH ANAK....DAN SAMPAI KETIKANYA NNTI KITALAH EMAK/ KITALAH AYAH PULA....

Inilah kisahnya... mungkin ia bukan berlaku di depan mata kita, mungkin ia bukan berlaku pada saudara mara kita sekarang... tetapi satu masa nanti? kita tak tahu kan. 

Berbaiklah dengan orang tua kita, berbaiklah pada nenek datuk, ibu bapa, kakak abang adik dan semua orang... sebab kita tak tahu, mungkin satu masa nanti.. kita sangat2 memerlukan mereka. 



Kisah ini mengingatkan saya tentang putaran kehidupan,

 sewaktu kita kecil...
 sewaktu kita tidak punya apa...
 sewaktu kita tak tahu buat apa2...
 sewaktu kita hopeless...
 sewaktu dunia kita sangat bermakna bila ada ibu ayah di sisi...

Waktu tu, ibu ayah kita memberi sepenuh kasih sayang dan perhatian untuk memastikan kita cukup makan minum pakai nya. 

Jadi, kini.. bila kita semakin dewasa, putaran kehidupan sudah pusing... mereka pula memerlukan kita sebagaimana kita perlukan mereka sewaktu ketika dahulu. 

Alhamdulillah, ibu ayah saya juga ibubapa mertua masih kuat, masih bekerja... masih boleh menguruskan diri sepenuhnya. 

Cuma, saya dah nampak putaran kehidupan ini pada nenek kami... datuk? sudah lama meninggal dunia (Al-fatihah). nenek perlukan perhatian, nenek perlukan kasih sayang dari anak2 , cucu2 dan cicit2. Dulu, nenek lah yang banyak berjasa di kala mak /mama sibuk bekerja. Ya Allah, limpahkan kasih sayang di antara kami... 

Ya Allah, panjangkan usia mereka, berikan mereka kesihatan yang baik dan beri lah kami peluang untuk berbakti pada mereka, berkati kehidupan mereka dunia dan akhirat. Aamin Ya Rabbalamin


Sila SHARE untuk peringatan bersama. Moga ia menjadi pencen kubur buat kita semua. :) 


Ahad, 17 Januari 2016

DARI SAKIT TERBARING, BOLEH BERJALAN SEMULA (Testimoni vivix )

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Apa khabar kalian hari ni? Apa khabar ibu ayah? atok nenek?

Bila saya membaca kisah ini, terbayang nenek (saya panggil atok) di kampung. beliau juga dulu pernah terbaring, namun tidaklah seteruk pesakit ini. Dan saya percaya ada juga di kalangan saudara mara kalian juga pernah mengalami nasib serupa. (Kisah atok saya --> Atok ku tersayang )

Sudilah kiranya membaca kisah ini...

Semoga bermanfaat untuk mereka yang memerlukan.


Testimony Credit to: Hawatif Ali

Kisah PANJANG! Kejayaan – VIVIX

MESTI bacasehingga HABIS untuk testimoni best ini!
—------------------------------------

Satu hari saya tergerak hati untuk singgah dan ziarah seorang makcik yang dikhabarkan sakit teruk.

Kali terakhir saya jumpa semasa perkahwinan anak beliau, masa tu dia boleh berjalan dengan baik dan dikhabarkan semakin pulih dari masalah Gout.

Saya singgah dan masuk rumahnya. Kelihatan seorang perempuan terbaring mengiring, dibelakangnya ada kipas angin untuk mengeringkan luka dibelakang badan akibat baring terlalu lama.

Ya Allah, teruknya makcik ni. Makcik ini adalah asnaf miskin, terlantar atas sebab menderita sakit buah pinggang kesan daripada terlalu kerap mengambil suntikan dan pain-killer untuk melegakan sakit Gout.

Keadaan beliau amat lemah, hanya mampu terbaring, makan bubur dan bersuap, terpaksa didukung untuk ke tandas dan ke mana-mana sahaja.

Keadaannya semakin teruk disebabkan kesan dialisis yang menyebabkan badan beliau semakin lemah, kurang selera makan, mudah demam dan selsema.

Pesakit sedang menjalani dialisis (gambar ihsan google :) 

Selepas itu, dalam tempoh 2-3 minggu, saya datang ziarah lagi. Tapi niat untuk hantar Nutriferon untuk anak dan cucu lelakinya yang kerap demam dan selsema.

Beliau hanya mampu beli 5 paket dan saya beri beberapa paket tambahan untuk kegunaan beliau.

Saya masuk ke rumah dan lihat makcik dah begitu kurus, lemah dan tidak bermaya.

Dalam perbualan kali ini, sambil menitiskan air mata. “Man, tolonglah makcik ini. Carikan ubat untuk sakit makcik ni. Makcik dah tak tahan, sakit sangat. Tolonglah Man.”

Jawap saya - InsyaAllah, saya akan ikhtiarkan. Kalau ada nanti saya bagi tahu makcik. Sebelum balik, dipesannya sekali lagi. “Man, tolong makcik pasal ubat tu ya.” InsyaAllah - jawab saya.

Saya terfikir, saya nak bagi makcik sebotol VIVIX. Tapi dengan keadaan kewangan yang begitu, saya tak rasa makcik ni mampu membeli sebotol VIVIX yang berharga RM400+.

Akhirnya Allah buka jalan, dan Alhamdulillah saya mampu belikan sebotol VIVIX untuk makcik ni.

Saya hantar VIVIX sebelum Ramadhan, tahun 2015. Masa ni, keadaan makcik sangat lemah.



Dia didukung oleh anaknya untuk membolehkan dia bergerak dari satu tempat ke satu tempat. Hatta duduk pun dia tidak mampu. Hanya mampu terbaring.

Saya beri penerangan pada anak-anaknya tentang VIVIX, ini sebagai ikhtiar. Moga ALLAH permudahkan urusan yang lain.

Makan satu sudu setiap hari dan saya berpesan pada makcik, jika doktor tanya cakap makcik sekarang makan buah-buahan je. Makcik setuju dan mengangguk lemah. Saya terpaksa beredar sebab ada urusan lain.

Sejak dari itu, saya tak berkesempatan untuk menghubungi anak-anaknya untuk bertanya khabar.

Sepatutnya, saya datang ziarah selepas 2 minggu tetapi, masa tidak mengizinkan. Akhirnya saya sempat datang sehari sebelum Hari Raya Aidilfitri, tahun 2015.

Ada beberapa orang yang menginfakkan duit raya dan saya serahkan kepada beliau. Ketika itu saya lihat makcik sedang duduk di atas kerusi. Saya hanya serahkan duit tanpa borak panjang.

Selepas solat hari raya Aidilfitri, saya singgah untuk bertanya khabar. Alangkah terkejutnya saya bila saya lihat makcik tengah sarapan pagi dan beliau memegang pinggan dan makan sendiri.

Keadaannya 100% berbeza dengan apa yang saya jumpa sebelum puasa.

Beliau bercerita, dia dapat rasakan semakin sihat, bertenaga dan tidak lagi rasa sakit-sakit badan, demam, selsema serta mampu berdiri dan berjalan dengan bantuan anak-anaknya.

Perbualan kami tak lama, sekadar 10 minit sahaja. Selepas itu saya pun pulang kerumah.

Atas pelbagai urusan, saya tidak dapat datang beraya bersama keluarga.

Habis Syawal, saya balik ke kampung dan mak bercerita. Dia ada berjumpa makcik ni dalam satu majlis di kawasan kampung dan makcik ni cakap pada mak saya.

Alhamdulillah Hajjah. Ubat yang Aman bagi tu mujarab sangat. Sekarang dah mampu keluar rumah, jalan sana-sini dan tidak lagi menahan sakit.

Sebelum pulang ke Seremban, kami sekeluarga singgah ke rumah makcik. Memang kehidupan makcik sekeluarga berubah setelah memakan sebotol VIVIX.

Kesihatannya semakin baik, luka kesan dialisis di leher telah ditukar semula di tangan. Luka juga semakin cepat kering.

Doktor bagi tahu, bacaan darah beliau dah cantik, badan bertenaga, makin sihat dan kuat.

Baru-baru ini saya berjumpa anak lelakinya dan dia bercerita yang kesihatan maknya semakin baik dan posi

Inilah kisah VIVIX buat asnaf miskin yang menderita sakit buah pinggang.

Alhamdulillah, saya bantu mana yang mampu. Kini beliau masih mengambil VIVIX dan ESP.

ESP diminum setiap pagi untuk beliau lebih bertenaga dan Alhamdulillah tiada kesan sampingan kepada buah pinggang dan gout.

Asalnya makcik ini kerap mengambil suntikan dan pain-killer kerana masalah gout.

Alhamdulillah, dengan asbab sebotol VIVIX, ia membantu bukan sahaja kesihatan tapi kehidupan yang lebih ceria dan bahagia.

Kini, makcik mampu tersenyum gembira dan ceria menghitung hari untuk menerima menantu. InsyaAllah.

==========

Setiap penyakit pasti ada penawarnya.

Berusahalah yang terbaik. Allah jua yang Maha Menyembuhkan.

Salam hormat,
Anisah

Rabu, 25 November 2015

Imagine it, Dream it ... to achieve it!

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Sebelum ni.. beberapa di kongsikan oleh ibubapa, cikgu dan rakan2 saya..

Berani bermimpi, berani berimpian...

InshaAllah kita boleh berjaya! 

Hari ni, bila melihat gambar ini... mengimbau impian!

InshaAllah sebagai pembakar semangat! 



Moga terus berjaya dunia dan akhirat. Aamin Ya Rabbalamin.

Ahad, 23 Ogos 2015

Aktiviti bayi ketika dalam perut ibu

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera, 

Alhamdulillah, syukur di beri kan peluang dan rezeki untuk hamil lagi. alhamdulillah...;) Anak kan pembawa rezeki kepada keluarga. 

Alhamdulillah, kini saya sudah pun hamil masuk trimester ketiga, pergerakan bayi semakin terasa. sampai boleh nampak gerakan nya di luar perut.

Amanina selalu tanya, 

'mama, adik tengah buat apa tu?' 

'mama, adik dah bangun ke belum?'

'mama, adik boleh dengar suara kakak?' 

dan lagi2... 

hari ni, terjumpa pula lukisan ni, hehe, macam comel jer. membayangkan setiap pergerakan yang ibu rasa hasil dari gerakan bayi dalam perut. 



Biasanya ibu-bu mula terasa gerakan bayi semasa kandungan memasuki minggu ke 20 dan ke atas. Alhamdulillah, mula2 rasa pergerakan bayi (sekitar minggu ke 21),saya tergelak sendiri... rasa di geletek dari dalam perut. Masuk minggu ke 27, Nurse / Doktor dah minta untuk rekod pergerakan bayi, kena pastikan bayi gerak lebih dari 10 gerakan dalam masa 12 jam, jika kurang... cepat2 kena ke klinik/hospital sebab mungkin ada masalah dengan bayi. 

Sekarang, bila bayi semakin besar, ruang semakin sempit, semakin kuat lah rasa  gerakan nya. waktu2 ni lah.. kita seolah berbual dengan bayi. Bila kita terasa lapar, dan2 masa tu juga, terasa bayi menari ... betul tak ibu2 hamil? BETUL2 (gaya upin ipin ..hehe). 



Perkembangan bayi dalam kandungan yang termaktub dalam Al-Quran... MashaAllah! antara bukti keKUASAan Allah swt. 



Feel free to LIKE and SHARE

Please do not hesitate to contact me/ comment below for:-


FREE Consultation
Business OPPORTUNITY with Shaklee!!

Selasa, 9 Jun 2015

Meluntur anak melalui Al- Fatihah

Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera,


Apa khabar pembaca sekalian? Moga sentiasa dalam rahmat Dan kasih sayang Allah swt.                                              
Izinkan saya berkongsi kisah yang di kongsikan kepada saya... ;) perkara mudah yang mungkin boleh mengubah banyak perkara.


HADIAHKAN ALFATIHAH



Bukan mudah mendidik anak-anak. Kita hanya ada peluang untuk melentur mereka sekali sahaja. Bila sudah menjadi buluh, tersilap cara, bimbang kian 'patah riuk' jadinya. Bila melihat ramai muda-mudi sekarang yang rosak akhlaknya, kita yang ada anak kecil2 ini pun cemas juga.. Andai sudah tersalah didik, masa bukannya boleh berpatah balik.. Allahu Akbar!

Sebab itu, setiap kali bertemu dengan ibubapa yang saya anggap sudah berjaya mendidik anak mereka dengan baik, saya akan cuba menadah rahsianya. Memang, lain orang, lain pula pendekatan mereka. Hari ini saya ingin kongsikan rahsia seorang bapa yang sangat saya hormati ilmu dan keperibadiannya. Oleh kerana saya sedang berusaha untuk 'tidak terlupa' mengamalkan nasihatnya, maka saya cuba kongsikan. Kata orang, makin kita rajin menyampaikan, makin lekat sesuatu perkara itu di dalam ingatan. Jadi, seperti biasa, sama-samalah kita pesan memesan dan menyebar kebaikan. 

Kata si bapa, ada satu amalan yang dilakukannya secara istiqamah. Setiap kali lepas solat, dia akan hadiahkan al-fatihah buat anak-anaknya. Amalan tu bermula sejak Allah 'mengetuk hatinya' ketika mendengar satu kuliah di masjid. Kata penceramah, ramai yang malas hadiahkan al-Fatihah kepada Baginda Rasulullah. Dia yang tak pernah melakukannya serta merta diterpa rasa sebak lalu menangis teresak-esak. 

Sejak itu, amalan menghadiahkan bacaan al-Fatihah mula menjadi tabiatnya. Usai solat, itulah ikhtiarnya. Disedekahkan .-Fatihah untuk Rasulullah, kedua arwah ibubapanya, isteri kesayangannya dan juga anak-anak permata hatinya juga. Barangkali berkat amalan mudah itu, dia hidup tenang dan berjaya. Saya juga tumpang seronok melihat keluarga bahagianya. 

Sahabat-sahabatku yang baik, 

Cuma hadiahkan al-Fatihah! Mudah sahaja, kan? Berapa minit sangat masa yang diperlukan? Tapi perkara yang mudah, tidak akan mampu kita buat tanpa hidayah. Perkara yang semudah ini pun kadang-kadang kita gagal buat dengan istiqamah. 

Kita mungkin biasa membaca al-Fatihah sebagai wirid selepas solat. Namun selepas ini, jangan lupa niatkannya sebagai hadiah. Sebut satu persatu nama penerimanya. Secara automatik, dengan hanya satu amalan, pahala kita akan jadi berganda-ganda. Sudah dapat pahala membacanya, dapat pula pahala bersedekah dan mendoakan kebaikan untuk mereka. 

Mulai sekarang, ketika ini, jom kita cuba buat perkara2 mudah yang disukai Allah. Jgn lupa, setiap kebaikan yang kita kirimkan untuk orang lain, pasti akan kembali pula kepada kita.. Subhanallah..


Via Ustaz Fikri
PS: amalan INI boleh juga diamalkan oleh para ibu
#peringatan buat diri yang lupa#


Alangkah baiknya jika kita baca dan kita faham apa yang kita baca. Moga Allah lorongkan kita jalan yang lurus dan di redhaiNya...

Alhamdulillah, anak2 saya hafal maksud surah Al fatihah melalui nasyid ni. 

Jom hayati maksud surah al fatihah;






Jom same2 kita beramal secara istiqomah hadiahkn al-fatihah untuk Rasulullah s.a.w, dan kedua ibubapa kita, untuk suami/isteri kesayangan serta anak2 permata hati kita.
X lupa hadiahkan utk diri sdiri juga.. Aminn

Jemput LIKE dan SHARE...;) 

Isnin, 18 Mei 2015

Bangkit dari Jiwa kanak-kanak yang tercalar

Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera, 

Saya doakan anda yang membaca sedang dalam rahmat dan kasih sayang Allah swt dan juga bahagia bersama keluarga dan sahabat handai. 

Baru-baru ni, kecoh semalaya kes Pedophile, kes student yang tertangkap kerana memiliki gambar yang tidak sesuai...huhu. Ini kes yang tertangkap. 
Hikmahnya? Baru lah masyaarakat kita tersedar, berapa ramai mangsa yang terlibat dalam diam. Baru kita sebagai parents TERSEDAR betapa pentingnya kita mendidik anak2 kita tentang batasan dalam pergaulan, termasuklah ahli keluarga terdekat. 

Saksikan sebentar video ringkas mengenai perkara ni dan apa yang perlu mereka lakukan. 



Berdasarkan video ni, apa yang perlu kanak2 lakukan? bagitahu pada ahli keluarga, ibu & ayah ttg perkara tersebut kan?
Hati ibu mana tidak tersentap jika anak nya menjadi mangsa?
Hati ayah mana yang sanggup anak menjadi mangsa? 

Astaghfirullah, Astaghfirullah, Astaghfirullah...

Banyak rupanya kes ayah sendiri, abang sendiri menjadi pemangsa kepada ahli keluarga sendiri. Ada juga ibu yang sanggup biarkan sebab takut ayahnye dipenjarakan? Mana hilangnya rasa kasih sayang pada ahli keluarga sendiri. 
Saya singgah di FB Wardina Officialpage sebab ramai yang komen mengenainya. Hati terdetik untuk membaca sendiri apa yang mereka maksudkan. 
Dalam hati tak berhenti beristighfar, air mata bertakung tanpa dipinta... 

Perkongsian dari seorang kenalan fb (kenalan dari UK dulu) mengenai pembacaan beliau di fb yang menjadi pendorong untuk saya kongsikan di sini. Moga kita sama-sama mengambil iktibar...


'Perkongsian - perkongsian mangsa penderaan seksual di FB Wardina menunjukkan mereka akhirnya berjaya menjadi manusia yang terpelajar. Lihat saja karangan mereka yang rata - rata dalam Bahasa Inggeris itu. Semuanya dikarang elok. Aku gembira untuk mereka kerana ini. Mereka tidak terus menyerah diri pada sejarah silam hitam itu.
Tapi aku bersedih bila mengenangkan betapa beratnya hidup mereka membawa beban sejarah yang kotor itu. Aku jadi kecewa mengenangkan kesanggupan ahli keluarga dan mereka yang dipercayai memperlakukan perkara begitu pada anak - anak ini. Aku jadi risau mengenangkan betapanya cerita - cerita ini mengundang prasangka dan kebimbangan kepada ibu bapa hingga tiada apa lagi yang boleh dirasakan selamat di dunia ini. Betapanya perlakuan orang - orang jahat itu membina ketakutan pada masyarakat kita ini generasi demi generasi.
Sesuatu mesti dilakukan untuk membenteras semua ini. Pesalah mesti dihukum. Pendidikan agama mesti ditanam dalam jiwa segenap lapisan masyarakat. Pendidikan mana betul mana salah mesti diajar seawal usia. Ilmu mempertahankan diri wajar dibiasakan. Penguatkuasaan mesti diperkasakan. Apa saja mesti dibuat supaya penderaan begini tidak dilihat biasa, tidak dibiar berakar, tidak disorok sepi dalam masyarakat kita.
Selebihnya doalah pada Allah SWT supaya Dia menjaga kita semua. Tiada yang lebih baik dari jagaan Yang Maha Pencipta. Aminnn'. - fb Hasiba Kamaruddin, 15 Mei 2015

Bayangkan..kanak2 semuda ini menjadi mangsa? Nauzubillahiminzalik...  (gambar ihsan google)


Allahuakbar, besar cabaran mereka, tinggi semangat mereka untuk bangkit! bayangkan ada MUSUH dalam rumah sendiri? bayangkan nak BANGKIT dan lupakan kisah lama, dalam pada ada MUSUH di depan mata? Nauzubillahiminzalik.

Tahniah saya ucapkan pada mereka yang berjaya bangkit, yang berjaya 'cuba sedayanya' melupakan kisah hitam. Sesungguhnya dalam betapa penting agama dalam kehidupan seharian kita. 

 Moga Allah lindungi kita, ahli keluarga kita, sahabat2 kita dan muslim muslimat amnya dari perkara terkutuk begitu. Aamin. 


Sila SHARE sebagai peringatan bersama... Moga perkongsian ini membuka hati dan mata kita semua untuk lebih berjaga-jaga, dan sama2 mendidik generasi masa depan dengan lebih baik lagi. 

Ahad, 10 Mei 2015

Boleh ke sambut hari Ibu?

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

SELAMAT HARI IBU buat Bonda tersayang, Suhaidah Tahir, Ibu mertua yang dihormati, Adriana Ismail  dan semua ibu2 dan bakal2 Ibu.  



Hari ni, penuh di news feed , instagram dan media massa dgn ucapan selamat hari Ibu.   Di WhatsApp dan telegram lebih2 lagi.

Dalam pada sebaran 'selamat hari Ibu' ada jg yang menyebarkan ' tak boleh sambut hari Ibu sebab ikut budaya barat'

Apa pula kata anda?

Memanglah Ibu perlu disambut setiap hari... Setiap saat kita perlu memuliakan Ibu kita. Cumanya pada pendapat saya, taklah salah sekiranya kita nak ucapkan terima kasih dan ucapan lebih sedikit.hehe. bak kata kawan saya, bergantung pada niat kita.

Salah satu dari sebaran yang wajar dikongsikan bersama

Moga bermanfaat...

SOALJAWAB MUFTI
=================




Adakah kita dibenarkan menyambut perayaan seperti Hari Ibu dan Hari Bapa? Jika boleh, apakah panduan untuk merayakannya?



Jawapan:

Firman Allah SWT:

وَقَضَىٰ رَبُّكَ أَلَّا تَعْبُدُوٓا۟ إِلَّآ إِيَّاهُ وَبِٱلْوَ‌ٰلِدَيْنِ إِحْسَـٰنًا ۚ إِمَّا يَبْلُغَنَّ عِندَكَ ٱلْكِبَرَ أَحَدُهُمَآ أَوْ كِلَاهُمَا فَلَا تَقُل لَّهُمَآ أُفٍّ وَلَا تَنْهَرْهُمَا وَقُل لَّهُمَا قَوْلًا كَرِيمًا ﴿٢٣﴾ وَٱخْفِضْ لَهُمَا جَنَاحَ ٱلذُّلِّ مِنَ ٱلرَّحْمَةِ وَقُل رَّبِّ ٱرْحَمْهُمَا كَمَا رَبَّيَانِى صَغِيرًا ﴿٢٤﴾ رَّبُّكُمْ أَعْلَمُ بِمَا فِى نُفُوسِكُمْ ۚ إِن تَكُونُوا۟ صَـٰلِحِينَ فَإِنَّهُۥ كَانَ لِلْأَوَّ‌ٰبِينَ غَفُورًا ﴿٢٥﴾



Maksudnya: Dan Tuhanmu telah memerintahkan supaya kamu jangan menyembah selain dia dan hendaklah kamu berbuat baik pada ibu bapamu dengan sebaik-baiknya. Jika salah seorang di antara keduanya atau kedua-duanya sampai berumur lanjut dalam pemeliharaanmu, maka sekali-kali janganlah kamu mengatakan kepada keduanya perkataan "ah" dan janganlah kamu membentak mereka dan ucapkanlah kepada mereka perkataan yang mulia. Dan rendahkanlah dirimu terhadap mereka berdua dengan penuh kesayangan dan ucapkanlah: Wahai Tuhanku, kasihilah mereka keduanya, sebagaimana mereka berdua telah mendidik aku waktu kecil. Tuhanmu lebih mengetahui apa yang ada dalam hatimu. Jika kamu orang-orang yang baik, maka sesungguhnya Dia Maha Pengampun bagi orang-orang yang bertaub

(Surah al-Isra’: 23-25)

Ayat di atas menunjukkan tanggungjawab seorang anak terhadap ibu bapanya iaitu mendoakan kesejahteraan mereka, berbuat baik, memberi bantuan yang sewajarnya sebagai mengenang dan membalas jasa ibu bapa atas pengorbanan mereka yang tidak ternilai.

Berkenaan dengan sambutan Hari Bapa atau Hari Ibu, suka dinyatakan bahawa:

·         Saya melihat isu seperti ini lebih kepada istilah sahaja di mana hakikat perayaan dalam Islam hanya dua, iaitu Hari Raya Aidilfitri dan Hari Raya Haji.

·         Berkenaan dengan memuliakan ibu bapa, ia tidak terhad pada masa atau tarikh tertentu. Malah kewajipannya adalah berpanjangan dan berkekalan sepanjang hayat. Justeru, perayaan seperti ini lebih menghampiri pengaruh Barat yang terpaksa mewujudkan perayaan bagi menghormati ibu dan bapa. Sedangkan bagi orang Islam, anjuran supaya memuliakan dan menghormati kedua ibu bapa sebenarnya sudah dititikberatkan di dalam al-Quran dan al-Sunnah Nabi SAW, tanpa terikat dengan masa dan tempat.

Saya tidak menganggap bahawa merayakan Hari Ibu dan Hari Bapa sebagai perkara yang tidak dibolehkan. Tetapi hendaklah dengan menepati beberapa syarat:

·       Menganggap Hari Ibu atau Hari Bapa sebagai penghormatan tambahan buat mereka, bukannya menyempitkan skop menghormati mereka hanya pada tarikh tersebut.

·       Tidak menjadikan ia sebagai satu bentuk perayaan dengan ertikata perayaan keagamaan, tetapi sebagai sambutan secara adat sahaja.

Sewajarnya seseorang Islam sentiasa menghormati ibubapa dan pada saat yang sama memahami ajaran Islam supaya ketaatannya sentiasa selaras dengan syariat Islam.

Akhukum Fillah,

Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri

Mufti Wilayah Persekutuan



Surirumah & Media : Bersama Membangun Potensi Suri Rumah Rahmah

 𝗦𝘂𝗿𝗶𝗿𝘂𝗺𝗮𝗵 𝗱𝗮𝗻 𝗠𝗲𝗱𝗶𝗮  Alhamdulillah, di izinkan Allah untuk hadir 2 hari 𝑩𝒆𝒏𝒈𝒌𝒆𝒍 𝑷𝒆𝒏𝒈𝒖𝒓𝒖𝒔𝒂𝒏 𝑴𝒆𝒅𝒊𝒂 𝑺...