Isnin, 18 Mei 2015

Bangkit dari Jiwa kanak-kanak yang tercalar

Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera, 

Saya doakan anda yang membaca sedang dalam rahmat dan kasih sayang Allah swt dan juga bahagia bersama keluarga dan sahabat handai. 

Baru-baru ni, kecoh semalaya kes Pedophile, kes student yang tertangkap kerana memiliki gambar yang tidak sesuai...huhu. Ini kes yang tertangkap. 
Hikmahnya? Baru lah masyaarakat kita tersedar, berapa ramai mangsa yang terlibat dalam diam. Baru kita sebagai parents TERSEDAR betapa pentingnya kita mendidik anak2 kita tentang batasan dalam pergaulan, termasuklah ahli keluarga terdekat. 

Saksikan sebentar video ringkas mengenai perkara ni dan apa yang perlu mereka lakukan. 



Berdasarkan video ni, apa yang perlu kanak2 lakukan? bagitahu pada ahli keluarga, ibu & ayah ttg perkara tersebut kan?
Hati ibu mana tidak tersentap jika anak nya menjadi mangsa?
Hati ayah mana yang sanggup anak menjadi mangsa? 

Astaghfirullah, Astaghfirullah, Astaghfirullah...

Banyak rupanya kes ayah sendiri, abang sendiri menjadi pemangsa kepada ahli keluarga sendiri. Ada juga ibu yang sanggup biarkan sebab takut ayahnye dipenjarakan? Mana hilangnya rasa kasih sayang pada ahli keluarga sendiri. 
Saya singgah di FB Wardina Officialpage sebab ramai yang komen mengenainya. Hati terdetik untuk membaca sendiri apa yang mereka maksudkan. 
Dalam hati tak berhenti beristighfar, air mata bertakung tanpa dipinta... 

Perkongsian dari seorang kenalan fb (kenalan dari UK dulu) mengenai pembacaan beliau di fb yang menjadi pendorong untuk saya kongsikan di sini. Moga kita sama-sama mengambil iktibar...


'Perkongsian - perkongsian mangsa penderaan seksual di FB Wardina menunjukkan mereka akhirnya berjaya menjadi manusia yang terpelajar. Lihat saja karangan mereka yang rata - rata dalam Bahasa Inggeris itu. Semuanya dikarang elok. Aku gembira untuk mereka kerana ini. Mereka tidak terus menyerah diri pada sejarah silam hitam itu.
Tapi aku bersedih bila mengenangkan betapa beratnya hidup mereka membawa beban sejarah yang kotor itu. Aku jadi kecewa mengenangkan kesanggupan ahli keluarga dan mereka yang dipercayai memperlakukan perkara begitu pada anak - anak ini. Aku jadi risau mengenangkan betapanya cerita - cerita ini mengundang prasangka dan kebimbangan kepada ibu bapa hingga tiada apa lagi yang boleh dirasakan selamat di dunia ini. Betapanya perlakuan orang - orang jahat itu membina ketakutan pada masyarakat kita ini generasi demi generasi.
Sesuatu mesti dilakukan untuk membenteras semua ini. Pesalah mesti dihukum. Pendidikan agama mesti ditanam dalam jiwa segenap lapisan masyarakat. Pendidikan mana betul mana salah mesti diajar seawal usia. Ilmu mempertahankan diri wajar dibiasakan. Penguatkuasaan mesti diperkasakan. Apa saja mesti dibuat supaya penderaan begini tidak dilihat biasa, tidak dibiar berakar, tidak disorok sepi dalam masyarakat kita.
Selebihnya doalah pada Allah SWT supaya Dia menjaga kita semua. Tiada yang lebih baik dari jagaan Yang Maha Pencipta. Aminnn'. - fb Hasiba Kamaruddin, 15 Mei 2015

Bayangkan..kanak2 semuda ini menjadi mangsa? Nauzubillahiminzalik...  (gambar ihsan google)


Allahuakbar, besar cabaran mereka, tinggi semangat mereka untuk bangkit! bayangkan ada MUSUH dalam rumah sendiri? bayangkan nak BANGKIT dan lupakan kisah lama, dalam pada ada MUSUH di depan mata? Nauzubillahiminzalik.

Tahniah saya ucapkan pada mereka yang berjaya bangkit, yang berjaya 'cuba sedayanya' melupakan kisah hitam. Sesungguhnya dalam betapa penting agama dalam kehidupan seharian kita. 

 Moga Allah lindungi kita, ahli keluarga kita, sahabat2 kita dan muslim muslimat amnya dari perkara terkutuk begitu. Aamin. 


Sila SHARE sebagai peringatan bersama... Moga perkongsian ini membuka hati dan mata kita semua untuk lebih berjaga-jaga, dan sama2 mendidik generasi masa depan dengan lebih baik lagi. 

Rabu, 13 Mei 2015

Obesiti Kurang Menjelang Ramadhan dan Syawal


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera, 

Apa khabar anda hari ni? moga sihat2 selalu hendakNya. Apa khabar Diet anda hari ni? moga baik2 juga ya.. 

Alhamdulillah, Semalam hari terakhir Laporan Timbangan NECK Batch 1.



Data terkumpul menunjukkan 17kg berat lemak paling banyak berjaya dinyahkan dari badan yang perkasa dalam masa 100Hari.

Jom baca nukilan salah seorang BEKAS peserta NECK, yang kini Agen NECK juga. Kenapa beliau jadi agen? sebab beliau sendiri pernah mengalami KESUSAHAN sebagai ORANG GEMUK. 

Anda gemuk atau PERKASA? Jemput baca ya...


Perkasa, lah sangat.

Kalau selak kiri, nampak pelampung.
Selak kanan, nampak spare part free.

Selak belakang, tak mampu pegang.

Dah tangan besau.. Banyak lemak. Mana nak tercapai.

Tak caya?

Cuba try buat..

Haa..

Mesti tengah buat, tue😊

Dapat?

Dapat apa?

Dapat lemak, lah...

Kan..
Kan..

Suka, ke?

Mesti tak suka..

Tengok hasil NECK Batch 3, pulak.

Dorang makin tercabar.

Sebab, dah dekat nak raya.
Kawan-kawan duk update apa dorang buat hari-hari.

Mau tak terbakar🔥🔥🔥

Doktor pun dah bagi warning. Turunkan bacaan kolestrol.

Bukan bacaan berat ye, kawan-kawan.

Ada yang berpenyakit.

Dah pelampung berat sangat.

Nak wat cam mana?

Terpaksa lah enjoy kurus dengan NECK.

Alhamdulillah.

Tahniah👍👍👍👍

Anda bila lagi? Dah ready nak tempah wad kat hospital kerajaan?

Ke dah selalu ulang-alik pi jumpa doktor bulan-bulan?

Entah, ler.

Rakyat Malaysia kan, memang suka.

Berapa sen lah sangat  bayar rawatan hospital.

Percuma je.

Tapi, tak kuruis-kuruis pun.

Penyakit bertambah lagi ada lah.

Bulan ni, obesiti.
Bulan depan, kencing manis.



Pastu..??

Tak mahu lah cakap.

Fikir-fikirkan.

Saya doakan anda kurus dan sihat di hari Raya untuk selamanya.

=========

Terima kasih sakinah sebab sudi berkongsi nukilan hati... mendalam maksudnye, lebih2 lagi jika terKENA BATANG HIDUNG sendiri... 

Agak2 mencari cara nak SLIM dengan sihat menjelang RAMADHAN dan SYAWAL ni?

Jemput2 baca kisah & tips ringkas di sini--> ebook Now Everyone Can KURUS... PERCUMA!!!


Jom siapkan diri kita menuju Ramadhan, bulan penuh rahmat...badan sihat, nak beramal juga bertambah SERONOK, inshaAllah. 



Salam sihat selalu, 

Anisah 13 Mei 2015


Ahad, 10 Mei 2015

Boleh ke sambut hari Ibu?

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

SELAMAT HARI IBU buat Bonda tersayang, Suhaidah Tahir, Ibu mertua yang dihormati, Adriana Ismail  dan semua ibu2 dan bakal2 Ibu.  



Hari ni, penuh di news feed , instagram dan media massa dgn ucapan selamat hari Ibu.   Di WhatsApp dan telegram lebih2 lagi.

Dalam pada sebaran 'selamat hari Ibu' ada jg yang menyebarkan ' tak boleh sambut hari Ibu sebab ikut budaya barat'

Apa pula kata anda?

Memanglah Ibu perlu disambut setiap hari... Setiap saat kita perlu memuliakan Ibu kita. Cumanya pada pendapat saya, taklah salah sekiranya kita nak ucapkan terima kasih dan ucapan lebih sedikit.hehe. bak kata kawan saya, bergantung pada niat kita.

Salah satu dari sebaran yang wajar dikongsikan bersama

Moga bermanfaat...

SOALJAWAB MUFTI
=================




Adakah kita dibenarkan menyambut perayaan seperti Hari Ibu dan Hari Bapa? Jika boleh, apakah panduan untuk merayakannya?



Jawapan:

Firman Allah SWT:

وَقَضَىٰ رَبُّكَ أَلَّا تَعْبُدُوٓا۟ إِلَّآ إِيَّاهُ وَبِٱلْوَ‌ٰلِدَيْنِ إِحْسَـٰنًا ۚ إِمَّا يَبْلُغَنَّ عِندَكَ ٱلْكِبَرَ أَحَدُهُمَآ أَوْ كِلَاهُمَا فَلَا تَقُل لَّهُمَآ أُفٍّ وَلَا تَنْهَرْهُمَا وَقُل لَّهُمَا قَوْلًا كَرِيمًا ﴿٢٣﴾ وَٱخْفِضْ لَهُمَا جَنَاحَ ٱلذُّلِّ مِنَ ٱلرَّحْمَةِ وَقُل رَّبِّ ٱرْحَمْهُمَا كَمَا رَبَّيَانِى صَغِيرًا ﴿٢٤﴾ رَّبُّكُمْ أَعْلَمُ بِمَا فِى نُفُوسِكُمْ ۚ إِن تَكُونُوا۟ صَـٰلِحِينَ فَإِنَّهُۥ كَانَ لِلْأَوَّ‌ٰبِينَ غَفُورًا ﴿٢٥﴾



Maksudnya: Dan Tuhanmu telah memerintahkan supaya kamu jangan menyembah selain dia dan hendaklah kamu berbuat baik pada ibu bapamu dengan sebaik-baiknya. Jika salah seorang di antara keduanya atau kedua-duanya sampai berumur lanjut dalam pemeliharaanmu, maka sekali-kali janganlah kamu mengatakan kepada keduanya perkataan "ah" dan janganlah kamu membentak mereka dan ucapkanlah kepada mereka perkataan yang mulia. Dan rendahkanlah dirimu terhadap mereka berdua dengan penuh kesayangan dan ucapkanlah: Wahai Tuhanku, kasihilah mereka keduanya, sebagaimana mereka berdua telah mendidik aku waktu kecil. Tuhanmu lebih mengetahui apa yang ada dalam hatimu. Jika kamu orang-orang yang baik, maka sesungguhnya Dia Maha Pengampun bagi orang-orang yang bertaub

(Surah al-Isra’: 23-25)

Ayat di atas menunjukkan tanggungjawab seorang anak terhadap ibu bapanya iaitu mendoakan kesejahteraan mereka, berbuat baik, memberi bantuan yang sewajarnya sebagai mengenang dan membalas jasa ibu bapa atas pengorbanan mereka yang tidak ternilai.

Berkenaan dengan sambutan Hari Bapa atau Hari Ibu, suka dinyatakan bahawa:

·         Saya melihat isu seperti ini lebih kepada istilah sahaja di mana hakikat perayaan dalam Islam hanya dua, iaitu Hari Raya Aidilfitri dan Hari Raya Haji.

·         Berkenaan dengan memuliakan ibu bapa, ia tidak terhad pada masa atau tarikh tertentu. Malah kewajipannya adalah berpanjangan dan berkekalan sepanjang hayat. Justeru, perayaan seperti ini lebih menghampiri pengaruh Barat yang terpaksa mewujudkan perayaan bagi menghormati ibu dan bapa. Sedangkan bagi orang Islam, anjuran supaya memuliakan dan menghormati kedua ibu bapa sebenarnya sudah dititikberatkan di dalam al-Quran dan al-Sunnah Nabi SAW, tanpa terikat dengan masa dan tempat.

Saya tidak menganggap bahawa merayakan Hari Ibu dan Hari Bapa sebagai perkara yang tidak dibolehkan. Tetapi hendaklah dengan menepati beberapa syarat:

·       Menganggap Hari Ibu atau Hari Bapa sebagai penghormatan tambahan buat mereka, bukannya menyempitkan skop menghormati mereka hanya pada tarikh tersebut.

·       Tidak menjadikan ia sebagai satu bentuk perayaan dengan ertikata perayaan keagamaan, tetapi sebagai sambutan secara adat sahaja.

Sewajarnya seseorang Islam sentiasa menghormati ibubapa dan pada saat yang sama memahami ajaran Islam supaya ketaatannya sentiasa selaras dengan syariat Islam.

Akhukum Fillah,

Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri

Mufti Wilayah Persekutuan



Selasa, 5 Mei 2015

Sakit Itu satu NIKMAT

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتهُ

بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَـنِ ٱلرَّحِيم

Di kala artikel ini di kongsikan, ibu mertua kakak saya yang telah lama sakit, sudah pergi di jemput ilahi dan ada suami kepada pensyarah UiTM juga sedang dalam proses pengembumian, ada seorang staf UiTM, kematian anak sejurus dilahirkan... 

Allahuakbar, Inalillahirajiun, dariNya kita datang, kepadaNya kita kembali...



Artikel di bawah di kongsikan oleh seorang rakan.  yang saya rasa sangat PERLU di kongsikan bersama rakan-rakan yang lain. sungguh mendalam maksudnye. Moga bermanfaat untuk kita semua. 




Sakit itu satu nikmat 

16 Rejab 1436H
05 Mei 2015M


Kadangkala dalam perjalanan kehidupan ini, manusia jatuh sakit. Allah ujinya dengan kesakitan.

Kadangkala manusia tidak perasan, Allah sedang memberikan kepadaNya titik perhentian untuk bermuhasabah. Sungguh sebenarnya, sakit itu nikmat.

Kita perlu sedar bahawa kita adalah manusia. Dinamakan manusia kerana fitrah manusia adalah pelupa. Ada antara kita berilmu luas, ada pula antara kita harta melaut, ada pula kita kebolehan tak tertanding, dan 1001 nikmat lagi. Tetapi dengan sakit, semuanya itu seakan tidak berguna langsung. Yang kita inginkan adalah sihat.

Ketika itu kita akan tersedar. Kalau ilmu, harta, kebolehan dan kebanyakan nikmat material lain kadangkala boleh menjauhkan kita daripada Allah SWT apabila disertai bongkak, angkuh, riya’ dan sebagainya, sakit mengundang peringatan.



Ada pepatah berkata:
"Hanya orang yang miskin tahu nikmat kekayaan, hanya orang sakit tahu nikmat kesihatan, dan hanya orang mati tahu nikmat kehidupan"

Sakit, mampu menjadikan kita beringat. Seakan-akan bila kita sakit, Allah SWT berbisik kepada kita:
"Sesungguhnya Aku boleh menarik nikmatKu bila-bila masa sahaja"

Allah SWT berfirman:
"Demi Sesungguhnya, Kami akan menguji kamu dengan sedikit perasaan takut dan kelaparan dan kekurangan dari harta benda dan jiwa serta hasil tanaman dan berikanlah khabar gembira kepada mereka yang sabar"
(Al-Baqarah: 155)

 "Dan patutkah mereka tidak mahu memerhatikan, bahawa mereka diuji, pada setiap tahun, sekali atau dua kali(paling kurang), kemudian mereka tetap juga tidak bertaubat dan tidak juga mereka mahu mengingat?"
(At-Taubah: 126)

Tiadalah sakit-sakit ini menimpa kita, tiadalah bencana menyentuh kita, melainkan ada hikmahnya. Allah ingin kita kembali mengingati-Nya, bergerak ke arah-Nya, muhasabah kembali kehidupan kita. Sakit adalah petanda bahawa kita adalah manusia. Manusia yang lemah. Sebagai yang lemah, kita perlu beringat. Perlu sentiasa sedar akan kekerdilan kita. Didatangkan sakit, adalah untuk kita beringat betapa pada hakikatnya, kita langsung tidak patut mendongak (menengok ke atas) bongkak kepada Yang Maha Berkuasa – Allah SWT.


Jangan dicela sakit yang menimpa. Ambil penyakit itu sebagai peringatan. Sesungguhnya kita ini manusia yang lupa, dan sakit bencana yang menimpa itu untuk peringatan. Dan tidaklah peringatan itu tiba dari yang bukan memerhatikan. Maka ketahuilah bila anda sakit, Allah pada hakikatnya sedang memberikan perhatian kepada anda. Bukankah itu satu kemuliaan? Tetapi bagaimana kita melayan sakit kita? Bagaimana kita berhadapan dengannya?

Allah SWT berfirman:
"Dan apa jua bencana, kesakitan yang menimpa kamu, maka ia adalah daripada tangan-tangan kamu sendiri(dari perbuatan salah dan dosa) dan (dalam pada masa yang sama dikenakan bencana dan sakit itu) Allah mengampunkan sebahagian besar dosa-dosa kamu"
(Asy-Syura: 30)

Firman Allah SWT yang bermaksud:
"Dan sesungguhnya kami akan berikan cubaan kepada kamu dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan berikanlah berita gembira kepada orang yang sabar iaitu orang yang apabila ditimpa musibah mereka mengucapkan, Innalillahi Wainna Ilaihi Rajiun, maka itulah mendapat berkat dan rahmat daripada Tuhannya dan mereka itulah orang yang mendapat petunjuk"
(Al-Baqarah: 155-157)

Justeru, sehebat mana ujian yang dihadapi hendaklah ditempuhi dengan sabar, redha  dan bertawakal kepada-Nya. Terus menerus berusaha mencari penawar dan berdoa supaya Allah memberikan petunjuk dan rahmat agar keadaan penyakit yang dihadapi akan lebih baik daripada sebelum ini.

====

Buat kita yang masih diberikan kesihatan yang baik, mari sama2 sentiasa bersyukur agar NIKMAT yang Allah pinjamkan kepada kita, berkekalan hingga ke akhir hayat. 




Saya mohon jika artikel ini dirasakan bermanfaat, sila kongsikan sebagai peringatan buat sahabat-sahabat di luar sana...Moga ia menjadi pencen kubur buat kita semua. 


Isnin, 4 Mei 2015

PERCUMA! Multivitamin Pertama Dunia, Vitalea bernilai RM94

Assalamualaikum dan salam sejahtera, 

Apa khabar anda hari ni? mari sama2 kita menadah tangan,berdoa agar setiap yang membaca ini diberikan kesihatan yang baik, kebahagiaan di dunia dan akhirat. 

Diam tak diam, kita dah pun melangkah ke bulan 5 bagi tahun 2015, juga dah berada dipertengahan bulan rejab. tup2 lagi 45 hari kita akan menyambut Ramadhan, bulan penuh rahmat Allah swt. 

Diam tak diam, kita dah pun masuk bulan kedua pelaksanaan GST di negara Malaysia yang tercinta. Nak kata, GST tidak 'menganggu' kita? saya tak boleh nak nafikan... even anak saya yang baru berumur 3tahun 6bulan pun dah dikenakan GST. huhu. Tax yang dikenakan pada sesiapa sahaja, tanpa mengira umur, jantina dan pangkat. mungkin lama2 sikit nanti, kita semua dah jadi immune dengan peningkatan harga barang keperluan asas kan. 

Oklah, tak perlu saya hurai pasal GST, nak tak nak, kita semua terpaksa terlibat sama. 

Dengan berbesar hati, saya ingin kongsikan kejutan istimewa buat penggemar multi vitamins! di kala barang sedang naik harga, Shaklee dengan GEMBIRAnya menawarkan vitamins PERCUMA dengan setiap keahlian pada bulan Mei 2015 ni. dan beberapa promosi yang lain. 

Nak tahu vitamin apa yang diberikan PERCUMA? 

Taraakkk.. ini dia, multivitamin PERTAMA dunia tau, dulu di kenali sebagai Vitalizer Mineral, di pendek kan menjadi Vitamins ( Nama common yang digunakan oleh semua orang sekarang). terharu jap, sebab perkataan vitamins tu terhasil hasil dari ciptaan vitamins oleh Dr Shaklee sendiri pada tahun 1915. Kini  dikenali sebagai Vita-lea Iron Formula. 

Diam tak diam, tahun ni, genap 100 tahun multivitamins shaklee berada dalam pasaran. Inilah sebabnya shaklee menawarkan nya secara PERCUMA terutama sekali pada sesiapa yang belum mengambilnya lagi. Buat yang dah makan/sedang makan pun, boleh dapat percuma, hanya dengan pendaftaran sebagai ahli.  



Psst, vitalea sangat2 diperlukan oleh ibu hamil macam saya, dan mereka yang mempunyai darah rendah. DAN... sangat Berguna di bulan2 kita nak berpuasa. membantu membekalkan tenaga yang diperlukan. (bukan ganti makan ye.. melengkapkan tau!)

Nak tahu pasal apa tu vitalea? untuk apa? dll? jemput click Vita-Lea Iron Formula

Ok selain dari promosi PERCUMA vitalea, Bulan ni juga, shaklee tawarkan promosi seperti dalam rajah di bawah; 


Phytocol amat penting dalam kesihatan jantung dan pengedaran darah  dengan memastikan saluran darah yang lebih lancar. Nak kenal phytocol? jemput click di sini --> Phytocol dan kolestrol

Omega guard pula? banyak kegunaanya... boleh click di sini--> OMG!!! Omega Guard

Vitalea kids berperisa anggur, kegemaran anak2...--> vitalea kids, nyummy


Oklah dah bebel panjang2, agak2 mesti ada yang tertanya kan macamana nak jadi ahli kan???

BAGAIMANA MENJADI AHLI SHAKLEE?



Sebenarnya ada 2 pilihan untuk menjadi ahli:-

1) Yuran Pendaftaran hanya RM69 (Postage RM11 Semenanjung / RM22 Sabah dan Sarawak). Yuran ni hanya perlu dibayar SEKALI SEUMUR HIDUP saja yer. Tak perlu renew every year macam company lain. Yuran ini adalah untuk menampung kos BUSINESS KIT yang mengandungi catalog, product guide dan business manual. 

ATAU

2) Buat pembelian sebarang produk dalam 1 RESIT minimum 200 point UV (Unit Value), iaitu lebih kurang belian berjumlah RM700+ dan anda akan mendapat KEAHLIAN PERCUMA SEUMUR HIDUP (bernilai RM69) dan juga CASH BONUS (bernilai RM30+). Penjimatan hampir RM100. 

Dulu pun saya join dengan PERCUMA juga.. macamana? jemput 


Untuk mendaftar, anda boleh terus hubungi saya di 0136216522 , saya akan bantu daftarkan anda yer. 

Atau boleh juga gunakan Shaklee ID saya iaitu 963691 (Anisah Khalid) sebagai SPONSOR. 


Jadi, kalau anda dah bersedia nak menjadi ahli dan dapat FREE VITA-LEA bernilai RM94, cepat-cepat hubungi saya TAU!. InsyaAllah, kami bersedia membantu anda :)


Thanks for reading!!

SETIAP KEJAYAAN BERMULA DENGAN LANGKAH PERTAMA!!

LANGKAH PERTAMA KAMI BERMULA DENGAN MENDAFTAR SEBAGAI AHLI SHAKLEE.

ANDA BAGAIMANA? :)

Sekian dulu, buat kali ni... ;) jika ada sebarang persoalan... jangan segan silu bertanya ya... ;)

Usaha...Doa...dan TAWAKAL.

Feel free to LIKE and SHARE

Please do not hesitate to contact me/ comment below for:-

Affordable PRICE
FREE Consultation
Business OPPORTUNITY with Shaklee!!



Tips Menjalankan Bisnes Online

   Assalamualaikum dan salam sejahtera,  Pada entri yang lalu, saya kongsikan peluang bekerja Dari rumah yang turut berkait dengan bisnes on...