Memaparkan catatan dengan label Al Quran. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Al Quran. Papar semua catatan

Isnin, 23 September 2019

-Me time- isteri yang paling berharga











Assalamualaikum wbt dan Salam Sejahtera.

Saya kongsikan kisah yang saya terima di group shawal keluarga. Semoga saya dan suami juga mendapat ketenangan kebahagiaan seperti 'pakcik dan makcik' .aamin.

...


*"Percayalah, nanti kau akan mengerti bahawa memilih pasangan itu bukan hanya tentang soal cinta, tapi juga tentang siapa yang akan menemani ibadahmu, hingga engkau menutup mata."*

Semoga Allah menjadikan pasangan2 kita Qurratu'ain.

*Terkesan dengan penulisan ini*

Hari tu aku solat Subuh dekat sebuah masjid. Aku ada kursus luar sebenarnya, hari tu.

Habis-habis solat aku duduk kejap kat kerusi depan pintu keluar masjid sambil main henset. Habis semua jemaah keluar, ada sorang pak cik keluar lepas tu dia duduk sebelah aku. Dia tegur aku, bagi salam dan mungkin pak cik ni jenis mesra alam then cepat je kami bersembang walaupun baru jumpa pagi tu. Tak jadi aku nak masuk kereta sebab layan dia sembang.

Ada jemaah yang keluar tegur pak cik ni 'Assalamualaikum cikgu..'. Aku tanya-tanya, rupanya dia cikgu tapi dia dah beberapa tahun pencen.

Tengah-tengah sembang, dia tengok jam. Tiba-tiba dia bangun dan pergi kat pintu keluar masjid. Aku tengok dia pusingkan sepasang selipar. Pelik juga aku. Lepas tu dia datang balik kat aku.

Aku yang naif ni terus la tanya dia 'Kenapa dengan selipar tu pak cik?'.

Dia jawab 'Oh tu selipar isteri pak cik. Pak cik pusingkan supaya dia mudah nak pakai selipar tu tak payah dia nak pusing-pusing, terus je sarung..'

Aku rasa dah agak lama juga aku dengan pak cik ni duduk berbual tapi isteri dia tak keluar-keluar lagi.

So aku pun saje la tanya dia 'Lama jugak ye isteri pak cik solat?'

Jawapan pak cik ni buat aku terkesan.

'Biasa la dik. Pak cik memang suruh dia lama sikit duduk masjid ni. Habiskan wirid dulu, habiskan baca surah al-Waqiah dulu, lepas tu nak sambung baca Al-Quran ke, zikir ke, takpe,  bacalah pak cik bagitau kat dia. Setiap hari lepas pak cik siap-siap semua, pak cik biasa tunggu dia kat sini..'

Allahu. Aku rasa pak cik dan mak cik ni adalah pasangan ahli Syurga yang Tuhan nak aku belajar daripada dorang pagi-pagi ni.

Aku selalu terfikir bahawa 'me time' isteri ni ialah kita just bagi duit then biar isteri keluar jalan-jalan, shopping ataupun bawak dia pergi urut. Jadi dengan buat benda-benda ni kita rasa isteri kita dah cukup dah release segala tension dorang, tapi sebenarnya aku tersilap.

'Me time' yang terbaik ialah biar isteri ada 'quality time' dengan Tuhan dia. Bila yang paling utama ni dah settle, InsyaAllah Allah akan permudahkan untuk membuka segala pintu kebahagiaan, pintu rezeki, pintu kesihatan nak jaga keluarga, yang selama ini kita nak kecapi sebagai pasangan suami dan isteri.

Kadang-kadang suamikan, bila isteri keluar lambat solat kat rnr atau stesyen minyak mulalah suami nak buat muka, siap marah 'kenapa lama sangat!' padahal time solatlah si isteri nak rilek-rilek kejap, tunggu giliran dapat telekung dan masa itulah si isteri nak dapat 'quality time' dengan Tuhan dia.

Ingat suami, bagilah ruang dan peluang untuk dorang dapat 'masa berharga' ni. Bukan sekadar 'masa berharga' tak jaga suami atau anak je.

Lepas tu, aku tengok isteri pak cik tu berjalan ke arah kami berdua. Nampak nur melimpah muka bersih jernih mak cik tu, sejernih muka suaminya.

Pak cik tadi bila nampak isterinya terus bagitau aku nak mintak diri dulu pergi sarapan kat kedai dekat-dekat situ.

Allah, Allah.

Pagi itu Allah ajar aku dan aku rasa aku kena kongsi cerita ini dengan korang semua.

Semoga kita jadi pasangan yang membahagiakan pasangan masing-masing, dunia dan akhirat.

'Ya Allah ya Tuhan kami, anugerahkanlah kepada kami isteri-isteri kami dan keturunan kami sebagai penyenang hati(kami), dan jadikanlah kami imam bagi orang-orang yang bertakwa..'

Amin. 🥰

Sabtu, 14 Oktober 2017

ADAKAH ANDA TERSENARAI DALAM PENDAFTARAN MILIK ALLAH?

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Bestnya tazkirah ini... malu rasanya bila baca.

ADAKAH NAMA ANDA TERCATAT (TERUKIR) DALAM PENDAFTARAN MILIK ALLAH?

Kisah seorang persara (bukan group ini) bermusykil seorang Ustaz:

"Ustaz. Mengapa saya merasa bosan dengan hidup saya yang begini-gini juga? Terus hambar, tak tentu arah dan tak ada nikmatnya. Bosan saya Ustaz! Saya ingin bahagia tapi kenapa susah sangat utk mendapatkannya?"

Ustaz pun menjawab: "Ooooh... Mungkin dimasa ini Allah juga sedang bosan dengan tuan."

"Allah bosan dengan saya? Maksudnya bagaimana Ustaz?"

Ustaz menjelaskan: "Mungkin Allah telah letih mencari tuan, namun tuan tak pernah ditemui dimana-mana.

- Dicari diantara kumpulan solat Dhuha tak ada.

- Dicari diantara kumpulan solat Tahajjud tak ada.

- Dicari diantara kumpulan puasa sunnah juga tak ada.

- Dicari diantara kumpulan yg sering bersedekah, juga tak bertemu.

- Dicari diantara kumpulan Tadarrus Al-Qur'an, tuan juga tak ada disana.

 - Dicari diantara kumpulan orang orang melakukan ibadah Umrah, namun niat tuan pun belum ada.

- Dicari diantara orang2 yang khusyuk solatnya, tak ada.

- Dicari dimajlis Maulidur Rasul dan majlis Selawat tak ada.

- Dicari diantara yang menuntut ilmu agama pun tak ada. 

Allah SWT nak mencari tuan dimana?

Cuba tuan beritahu?

Maka menangislah si persara sambil mengusap air matanya lalu beristighfar berulang kali.

Segeralah kembali kepada Allah. Dekatkan dirimu pada Allah. Hanya Allah SWT sahaja ZAT yang boleh menenteramkan hidup kita. 

PASTIKAN NAMA KITA  SENTIASA TERTULIS DALAM DAFTAR YANG DISEBUT.

Selamat berjuang saudaraku.
In shaa Allah... Allah akan kurniakan rahmat bagimu.

PENAWAR DALAM ISLAM:

✿ Sering sakit = berpuasa sunnah Rasulullah Isnin dan Khamis.
✿ Wajah gelap = solat Tahajjud.
✿  Hati yang sempit = perbanyakkan baca Al-Qur'an.
✿ Tidak bahagia = solatlah tepat pada waktunya.
✿ Cepat marah = berwudhuk dan perbanyakkan istighfar.
✿ Gelisah = perbanyakan berdoa.
✿ Tertekan = perbanyakan berzikir "Lahaula walaquwwata illa billah".
✿ Rezeki kurang barakah = sering berdoa untuk orang tuamu.
✿ Hidup miskin= perbanyakan bersedekah jariah.

Kongsikan pesanan ini pada sahabat yang lain agar bermanfaat.

 # Peringatan buat diri sendiri juga.

Copy n Paste .....dr sahabat yg selalu mengingatkan sy😔

Wallahu a'lam...

Sabtu, 10 September 2016

Hadis : Menyaksikan Penyembelihan Korban

PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS

Menyaksikan Penyembelihan Korban

يا فاطمة قومي إلى أضحيتك فاشهديها فإنه يغفر لك عند أول قطرة تقطر من دمها كل ذنب عملتيه

“Ya Fatimah, pergi dan saksikanlah korbanmu kerana keampunan diberikan kepadamu pada saat titisan darahnya yang pertama untuk setiap dosa yang telah engkau lakukan” HR Baihaqi No 7632 (Status: Sahih Isnad)

Pengajaran:

1.  Orang yang menyertai ibadat korban sebaiknya menyembelih sendiri binatang korban mereka.

2.  Bagi mereka yang tidak mampu untuk menyembelih, boleh mewakilkan kepada tukang sembelih namun sunnah baginya untuk hadir dan melihat penyembelihan dilaksanakan.

3.  Digalakkan menyaksikan korban termasuk kaum wanita disamping dapat berdoa semasa sembelihan dilakukan semoga dosa diampunkan sebaik sahaja titisan darah menitis ke bumi.

4.  Antara doa orang yang berkorban semasa melihat korban dilaksanakan :

اللهم تقبل منِّى

(Ya Allah terimalah ibadah korban daripadaku ini)

JOM bersifat RAHMAH dengan menyempurnakan penyembelihan atau turut serta menyaksikan penyembelihan dan berdoa agar Allah menerima ibadah kita

#Malaysia Menuju Negara Rahmah#
Pertubuhan IKRAM Malaysia Negeri Johor

11hb September  2016
9 Zulhijjah 1437H

اَللهُ أَكْبَرُ اللهُ أَكْبَرُ اللهُ أَكْبَرُ، لآ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ وَاللهُ أَكْبَرُ، اَللهُ أَكْبَرُ وَالِلَّهِ الْحَمْدُ.
 اَللهُ أَكْبَرُ، اَللهُ أَكْبَرُ، اَللهُ أَكْبَرُ، اَللهُ أَكْبَرُ كَبِيْرًا وَالْحَمْدُ لِلَّهِ كَثِيْرًا وَسُبْحَانَ اللَّهِ بُكْرَةً وَأَصِيْلاً، لآ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ وَلاَ نَعْبُدُ إِلاَّ إِيَّاهُ مُخْلِصِيْنَ لَهُ الدِّيْنَ وَلَوْ كَرِهَ الْكَافِرُوْنَ، لآ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ وَحْدَهُ صَدَقَ وَعْدَهُ وَنَصَرَ عَبْدَهُ وَأَعَزَّ جُنْدَهُ وَهَزَمَ اْلأَحْزَابَ وَحْدَهُ، لآ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ وَاللهُ أَكْبَرُ، اَللهُ أَكْبَرُ وَالِلَّهِ الْحَمْدُ.
.....人
.. ( ◎)_________人
..║ ∩║____.-:''''''"''";-.
..║ ∩║___ (*(*(*|*)*)*)
..║ ∩║_  ║∩∩∩∩∩∩∩∩∩║

Indah langit kerana awan,
Indah laut kerana kebiruan,
Indah Aidilfitri kerana kemaafan,
Indah Aidiladha kerana pengorbanan.

💐Selamat Hari Raya Aidiladha💐 Maaf Zahir Batin

Drpd:
 Asyraf💚Anisah
serta
👦🏻Anas Huzaifah
👧🏻Amanina Aisyah
👶🏻Amni Khadijah
...
www.AsyrafAnisah.blogspot.com

Rabu, 1 Julai 2015

There is Islam...but where are the muslim?

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera, 

Kisah ini dikongsikan melalui MEDIA yang mudah viral... hehe. apa agaknye? Whatapps la kan. Panjang kisah nye, sesuai dengan kedalaman di sebalik kisah ini. 

Kita mengaku kita orang ISLAM? tapi MUSLIM kah kita?


Allahuakbar, Astaghfirullah, malu sendiri jika tidak terasa. 

Jom hayati kisah ni. 


READ TILL THE END. ITS WORTH THE TIME AND THOUGHT 😊

I was on my way home, naik LRT..
Turun tangga..nak tunggu lrt..smbil pegang buku ISLAM : THE MISUNDERSTOOD RELIGION karya DR.DANIAL ZAINAL ABIDIN sebab nak habiskan baca..



Time turun tangga tu dah prasan dah ada org perhati..turun2 tangga je kne lalu depan org yg perhati tadi..lelaki.
dia sgt berminat tengok buku yg
sy pegang tu..tp sy buat biasa je la..

Suddenly..
A ( lelaki tadi ) : Assalamualaikum
Tapi sy x dgr sgt..then dia repeat ..
" Assalamualaikum "

*dalam hati.."eh..dia Muslim ke?"
B ( Me ) : Waalaikumussalam

A : You read that book? about Islam? you're Muslim right?

B : yeah..Alhamdulillah,i'm Muslim..
This book?ouh,juz to gain more knowledge about Islam to help me explain about this religion to the non-Muslims..

A : ouh..haha..funny right,Islam is there,but not Muslim..
( * time ni sy x clear sgt apa dia cakap )

B : where are you from?

A : I'm from Palestine

B : Palestine?really??are you Muslim?

A : I was, but then I changed.

B : u changed? do u mean have converted?

A : yeah..now I'm free..a free thinker..

B : but why?

A : hmm..THERE'S ISLAM..BUT THERE'S NO MUSLIM IN THIS WORLD..

B : wait..what are u trying to say?

A : ouh my god,u didn't understand me..
B : no, no, just confused, do u mean..THERE'S NO REAL MUSLIM NOWADAYS?

A : yeah..hmm..Islam is the best religion right..the real religion, you know right??

B : yeah..I know..and I Believe..

A : me too,I believed but..huh..there's no Muslim..

Die nak cakap..dunia sekarang ni TAK WUJUD DAH INSAN YANG BERGELAR MUSLIM..ISLAM ADA, TP MUSLIM DAH TAKDE

Then..sy trus tanya..
B : if u said so, why don't u try to be one? the real Muslim I mean..

A : huh..good question..hmm..TO BE THE REAL MUSLIM IN THIS WORLD,IT'S IMPOSSIBLE..IF YOU WANNA BE THE REAL MUSLIM, YOU CAN'T LIVE HERE,YOU CAN'T LIVE IN THIS WORLD..EVERYTHING CHANGED SISTER..THIS
WORLD WAS SO CRUEL TO US, THEY CLAIM US AS TERRORISTS..

Sy terdiam..terpaku..terkaku..mcm2 benda dtg singgah kat otak..tp x tau nak cakap apa..otak jam..
Dia smbung lg..

A : I saved half of Al-Quran in my heart..my mind..I'm a HAFIZ also..I wanna ask you, you pray 5 times a day, right?

B : yeah,alhamdulillah

A : we face the Kaabah as our direction for solah..where's our FIRST QIBLAH?

B : Masjid Al-Aqsa..Baitul Maqdis??

A : yeah,but now it's sold,it's sold,it's sold sister, the jews conquered it..
( * muka dia mcm kecewa )

Tetiba...
A : i'll stop at KLCC

B : ouh,ok..
( sy proceed baca buku tadi..time tu part JESUS, SON OF GOD )

Die trus tanya..
A : where's JESUS born?

B : I don't know..where?

A : you don't know? but u called yourself Muslim..he was born at (apa ntah nama tmpat dia..x clear sgt sbb bising dalam lrt )

B : where is it??

A : uhhhhh sisterrrr read more..read more..then u'll know..I'm right..THERE'S NO MUSLIM NOWADAYS..

Sy diam je..cara dia nmpak mcm nak test sy je sbenarnya..hmm..sy sambung baca..lrt smpai kat KLCC

A : tq sister,i've got to go,read more..

Saye pon duduk sbb ada tmpat kosong..Then..terngiang2 kat telinga..
THERE'S ISLAM BUT THERE'S NO MUSLIM..
THERE'S ISLAM BUT THERE'S NO MUSLIM..
THERE'S ISLAM BUT THERE'S NO MUSLIM..
Tengok sekeliling..
Perempuan free hair..
Lelaki pakai subang,rantai..
Perempuan pakai baju ketat2..
Lelaki pakai short..
tibe2..
Drop..by drop..by drop..makin laju..
Btol..sy x nampak sesape pon yg berperwatakan macam Muslim..
Even me..
Rasulullah cakap..
" ALMUSLIM MAN SALIMAL MUSLIM BILISANIHI WAYADIH "
" Muslim itu ialah yang menyelamatkan muslim yang lain menggunakan lidah dan tangannya "
Tapi apa yg sy buat bila nmpak saudara seIslam yg lain sedang berjalan ke neraka??
Sy biarkan..sy x selamatkan..

Am I still a Muslim in your eyes ya Allah? ya Rasulullah??

Rasulullah cakap.."Muslim itu bukan seorang yang menghina"
Berapa ramai antara kita mengaku MUSLIM tapi selalu menghina??
Muslim itu mengucap dua kalimah
syahadah..berapa ramai yang betul2 faham syahadah yang diucapkan??
ASYHADU AN LAA ILAHA ILLALLAH,WA ASYHADU ANNA MUHAMMADAN RASULULLAH?

Muslim itu yang menunaikan solat 5 waktu sehari semalam..
berapa ramai lagi yang kantoi
solat 5 waktu??
Still brani mengaku MUSLIM..
Brape ramai yg solatnya di awal waktu?
Brape ramai yg btol2 faham ape yg dibaca dalam solat tu?
Part ni pon kita x lepas..apa ntah lagi pasal solat2 yg lain..
SOLAT JAMA',SOLAT QASAR,SOLAT KHAUF,SOLAT WAKTU SAKIT..
kalau org tanya..kite boleh jawab?
Saye pon x lepas..bab solat pon sangkut..
Muslim tu yg membayar zakat..berapa ramai still tahan harta utk bayar zakat?
Brape ramai yg btol2 faham zakat tu ape?
Brape rmai yg boleh explain ape tu zakat??
Saye pon x boleh..hmm..pasal rukun Islam pon x lepas..
Muslim tu yg berpuasa pada bulan Ramadhan..
Brape ramai yg still x puasa?
Brape ramai yang dapat capai matlamat puasa ( taqwa ) ??
Brape ramai boleh explain perihal puasa btol2??
Bila orang tanya..kite terdiam..pegi refer ustaz,ustazah..
Mengaku ISLAM..rukun Islam x lepas..
Muslim tu mengerjakan haji bila mampu..
Berapa ramai yg dapat duit mendahulukan vacation ke tmpat lain drpd pegi haji?
Brape ramai tau perihal haji Rasulullah?
Brape ramai tau haji ni ape sbnarnya?
Brape ramai dpt explain pasal haji kalau org tanya?
Sy pon fail..banyak benda xtau..
Kita sibuk menjangkau ilmu2 lain..
ILMU TENTANG RUKUN ISLAM PON KITA TAK LEPAS..
Dlm alQuran disebut..Muslim itu org yg
bertawakkal kat Allah..org yg berharap kat Allah..
Brape ramai yg meletakkan harapan kat
manusia?
Brape rmai yg brharap pncuci muka dpt
mmbersihkan mukanya?
Brape rmai yg brharap duit dpt membahagiakan hidupnya?
Ramai..
Nak jadi Muslim yg baik pon kita x lepas..apa tah lagi nak jadi Mu'min..MUHSIN? Allah..x tau bila..
Still ramai lagi yg bermentaliti nak jadi MUSLIM yg biasa2 je..
Kita lupa..kita kat akhir zaman..macam2 ujian datang..iman yg biasa2 x dapat selamatkan kita..
Again..DUNIA SEKARANG MEMANG KEJAM DENGAN MUSLIM..TAPI INGAT..BUKAN SENGAJA ALLAH CIPTAKAN KITA KAT ZAMAN NI..
KITA MAMPU..SEBAB TU ALLAH IZINKAN KITA HIDUP DI ZAMAN FITNAH NI..
Muslim itu akan muncul..
Bila kite sedar yg kita belum lagi the real Muslim..
Orang yang sedar itu dia bertindak..
Orang yang setakat tahu..hanya berdiam diri..
Kekuatan bukan ditunggu..tapi dicari..
Ilmu juga bukan ditunggu..tapi dicari..

JANGAN RASA SELAMAT DENGAN IMAN YANG SEKELUMIT

Amin Ya Rabbalamin

kongsikan untuk kebaikan bersama... 



Rabu, 24 Jun 2015

Waktu Mustajab Berdoa di bulan Ramadhan

PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS (7)

Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda:

يَنْزِلُ رَبُّنَا تَبَارَكَ وَتَعَالَى كُلَّ لَيْلَةٍ إِلَى السَّمَاءِ الدُّنْيَا حِينَ يَبْقَى ثُلُثُ اللَّيْلِ الْآخِرُ فَيَقُولُ مَنْ يَدْعُونِي فَأَسْتَجِيبَ لَهُ مَنْ يَسْأَلُنِي فَأُعْطِيَهُ مَنْ يَسْتَغْفِرُنِي فَأَغْفِرَ لَهُ

“Allah Tabaraka wa Ta’ala turun ke langit dunia pada setiap akhir sepertiga malam lalu berfirman, “Siapa sahaja yang berdoa kepada-Ku, maka Aku tunaikan untuknya. Sesiapa sahaja yang meminta kepada-Ku, Aku berikan kepadanya. Sesiapa sahaja yang memohon ampun kepada-Ku, Aku ampunkannya.” (Hadis Riwayat al-Bukhari, 23/13, no. 6940)

Pengajaran:

1. Sepertiga akhir malam adalah waktu istimewa untuk ahli ibadah

2. Waktu akhir sepertiga malam (waktu sahur) merupakan waktu mustajab doa

3. Waktu akhir sepertiga malam (waktu sahur) waktu Allah mengampunkan dosa kepada yang memohon pengampunan

وَبِالْأَسْحَارِ هُمْ يَسْتَغْفِرُون

Ketika waktu sahur (akhir-akhir malam), mereka berdoa memohon ampunan”           (QS. Adz Dzariyat: 18)

JOM rebut peluang istimewa satu pertiga di akhir malam….

# Ramadhan Al-Mubarak Rahmah Untuk Semua#
Pertubuhan IKRAM Negeri Johor

...
Jangan lupa niat puasa ya kawan2...

Saya dah niat puasa sebulan, tapi inshaallah setiap hari renew niat juga.


Moga Ramadhan tahun ni, Ramadhan terbaik semenjak kita hidup

Ramadhan Kareem,

Anisah & Asyraf

Selasa, 9 Jun 2015

Meluntur anak melalui Al- Fatihah

Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera,


Apa khabar pembaca sekalian? Moga sentiasa dalam rahmat Dan kasih sayang Allah swt.                                              
Izinkan saya berkongsi kisah yang di kongsikan kepada saya... ;) perkara mudah yang mungkin boleh mengubah banyak perkara.


HADIAHKAN ALFATIHAH



Bukan mudah mendidik anak-anak. Kita hanya ada peluang untuk melentur mereka sekali sahaja. Bila sudah menjadi buluh, tersilap cara, bimbang kian 'patah riuk' jadinya. Bila melihat ramai muda-mudi sekarang yang rosak akhlaknya, kita yang ada anak kecil2 ini pun cemas juga.. Andai sudah tersalah didik, masa bukannya boleh berpatah balik.. Allahu Akbar!

Sebab itu, setiap kali bertemu dengan ibubapa yang saya anggap sudah berjaya mendidik anak mereka dengan baik, saya akan cuba menadah rahsianya. Memang, lain orang, lain pula pendekatan mereka. Hari ini saya ingin kongsikan rahsia seorang bapa yang sangat saya hormati ilmu dan keperibadiannya. Oleh kerana saya sedang berusaha untuk 'tidak terlupa' mengamalkan nasihatnya, maka saya cuba kongsikan. Kata orang, makin kita rajin menyampaikan, makin lekat sesuatu perkara itu di dalam ingatan. Jadi, seperti biasa, sama-samalah kita pesan memesan dan menyebar kebaikan. 

Kata si bapa, ada satu amalan yang dilakukannya secara istiqamah. Setiap kali lepas solat, dia akan hadiahkan al-fatihah buat anak-anaknya. Amalan tu bermula sejak Allah 'mengetuk hatinya' ketika mendengar satu kuliah di masjid. Kata penceramah, ramai yang malas hadiahkan al-Fatihah kepada Baginda Rasulullah. Dia yang tak pernah melakukannya serta merta diterpa rasa sebak lalu menangis teresak-esak. 

Sejak itu, amalan menghadiahkan bacaan al-Fatihah mula menjadi tabiatnya. Usai solat, itulah ikhtiarnya. Disedekahkan .-Fatihah untuk Rasulullah, kedua arwah ibubapanya, isteri kesayangannya dan juga anak-anak permata hatinya juga. Barangkali berkat amalan mudah itu, dia hidup tenang dan berjaya. Saya juga tumpang seronok melihat keluarga bahagianya. 

Sahabat-sahabatku yang baik, 

Cuma hadiahkan al-Fatihah! Mudah sahaja, kan? Berapa minit sangat masa yang diperlukan? Tapi perkara yang mudah, tidak akan mampu kita buat tanpa hidayah. Perkara yang semudah ini pun kadang-kadang kita gagal buat dengan istiqamah. 

Kita mungkin biasa membaca al-Fatihah sebagai wirid selepas solat. Namun selepas ini, jangan lupa niatkannya sebagai hadiah. Sebut satu persatu nama penerimanya. Secara automatik, dengan hanya satu amalan, pahala kita akan jadi berganda-ganda. Sudah dapat pahala membacanya, dapat pula pahala bersedekah dan mendoakan kebaikan untuk mereka. 

Mulai sekarang, ketika ini, jom kita cuba buat perkara2 mudah yang disukai Allah. Jgn lupa, setiap kebaikan yang kita kirimkan untuk orang lain, pasti akan kembali pula kepada kita.. Subhanallah..


Via Ustaz Fikri
PS: amalan INI boleh juga diamalkan oleh para ibu
#peringatan buat diri yang lupa#


Alangkah baiknya jika kita baca dan kita faham apa yang kita baca. Moga Allah lorongkan kita jalan yang lurus dan di redhaiNya...

Alhamdulillah, anak2 saya hafal maksud surah Al fatihah melalui nasyid ni. 

Jom hayati maksud surah al fatihah;






Jom same2 kita beramal secara istiqomah hadiahkn al-fatihah untuk Rasulullah s.a.w, dan kedua ibubapa kita, untuk suami/isteri kesayangan serta anak2 permata hati kita.
X lupa hadiahkan utk diri sdiri juga.. Aminn

Jemput LIKE dan SHARE...;) 

Selasa, 2 Jun 2015

Tips Persediaan Sebelum Puasa

Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera,

Apa khabar pembaca sekalian? Moga sentiasa dalam rahmat Dan kasih sayang Allah swt.

Alhamdulillah, kita sudah sampai ke nifsu syaaban, pertengahan bulan syaaban, maksudnye lagi setengah bulan sahaja lagi... Ramadhan bakal menjelma! Moga kita semua berkesempatan meningkatkan amal ibadat terutama di bulan yang mulia.

Dikongsikan tips yang di circulate di Whatsapp sebagai peringatan buat kita semua...


🌷 tips persediaan sebelum puasa🌷

Kuliah puasa dr sudut kesihatan. Oleh Dr Norhissam Mustafa, CEO IPKIM (Institut Pengurusan Kesihatan Islam Malaysia)

Tajuk ' Ramadhan Pesta. Makanan.....Jom Ubah ke Pesta Ibadah '



-Zaman kegemilangan Islam, puasa adlh kemuncak kekuatan. Bulan Ramadhan adalah pesta ibadah. Banyak peristiwa besar berlaku seperti perang Badar, dan berbagai lagi menunjukkan kekuatan ummat

- Kini Ramadhan dikaitkan dengsn keletihan, kelemahan, mengantuk, kurangnya produktiviti dan kini ianya adalah pesta makanan

-Ramadhan adalah bulan kesihatan, bulan silaturrahim, musim perubahan, masa hilang ketagihan, bulan lembut hati, bulan keluasan rezeki, bulan membaiki institusi keluarga

Mengikut kajian kesilapan besar dalam berpuasa;--

1. Menghimpunkan makan malam dengan berbuka puasa adalah kesilapan. Nabi buka puasa dgn 3 biji kurma (atau makanan yg tinggi pottasium spt makanan bergula perang....bukan bergula putih) dan air kosong. Sebab buka puasa bukan untuk perut tetapi untuk beri tenaga kepada hypotanamos (otak dalam otak). Satu cara elakkan hidang makan malam didepan semasa berbuka. Hypotanamos yg keletihan berfungsi sepanjang hari akan tidak berfungsi dgn betul sekiranya makanan masuk dgn banyak semasa berbuka. Ianya menyebabkan masalah serius kesihatan

2. Jangan window shopping ke bazar ramadhan. Ia akan mengganggu fungsi kawalan hypotanamos. Ianya menyebabkan kita hilang perhitungan utk terus membeli makanan yg kita tidak perlu

3. Jangan lewatkan solat maghrib.
-makanan yg dimakan menghasilkan tenaga utk diagihkan keseluruhan tubuh melalui sel. 1 kilo berat badan mempunyai 10000 trilion sel. Tenaga ini perlu ditolak oleh tenaga yg dilakukan oleh solat yg disegerakan. Allahuakbar......

4. Slps solat maghrib, sel sudah dpt tenaga. Balik terus makan malam. Fully auto kita akan makan secara baik. Jgn lbh lima jenis makanan dlm satu hidangan. Nasi, lauk, sayur, buah dan air

5. Slps mkn mlm, sangat baik kita MANDI dgn air sejuk. Jgn pakai heater. Blh pakai air batu tambah sejuk. Jgn risau mandi malam dgn paru2 berair. DONGENG. Dalilnya jika kita berhadas besar, feqah suruh segera mandi tanpa menunggu pagi. Jgn mandi mcm burung utk elak paru2 berair. Burung mandi dgn cara basahkan rambut tapi badan x basah.

5. Slps mandi, sblm pegi solat isyak minum setengah cawan air campuran 3 biji kurma, satu sudu teh madu lebah dan susu segar yg diblender.

6. Solat Isyak berjemaah. Lps tu sembahyang terawih solat dengan perlahan dan santai. Jgn cari yg gopoh gapah.

7. Pastikan ringan ambil moreh. Mkn lps pkl 10.30 adlh kemudharatan yg besar. Masa ini tenaga sdh cukup penuh dlm badan. Masa tu aktiviti terbaik adlh tadarrus minima 1 helai. Masa ini tenaga akan bawa input terbaik kedalam otak dan hati. Klu masa ini diisi dgn aktiviti atau info yang lalai, maka otak dan hati akan merakam perkara yg kita isi dan blh menjadi pegangan kita seterusnya

8. Slps itu sebaiknya tidur sblm pkl 12 mlm utk kerehatan. Jgn pasang lampu semasa tidur kerana pasang lampu meningkatkan kadar kolestrol 4 kali ganda

9. Slps itu bangun pkl 3 utk qiamullail. Sunat kejutkan ahli keluarga dgn renjis air sejuk dgn ujung jari. Boleh mandi. Xde masalah kesihatan.

10. Sempurnakan 13 rakaat solat. Sunat wuduk, taubat, tahajjud, hajat dan witir,

11. Slps qiam, blh tidur tetapi ringankan seperempat. Masa ni di langit ada spektro bewarna merah jambu antara 3 hgga 5 pg. Masa ini Allah anugerahkan kesembuhan kpd banyak penyakit.

12. Sahur. Sebaik2 sahur adlh seperlapanbelas dari makan malam iaitu lebihan makan malam. Lewatkan masa masak utk elak cepat basi. Lebihkan masak masa mkn malam, jgn campur garam dan simpan sikit utk sahur. Bila nk sahur panaskan dan baru campur garam

11. Slps sahur, terus solat subuh berjemaah.

12. Jangan tidur slps subuh krn gangguan kpd hypotanamos. Ia akan menyebabkan masalah kesihatan

13. Tidur qailullah ( 1 jam sblm zohor). 1 minit waktu ini menyamai tenaga tidur sejam waktu biasa.

Cara makan kurma....60% kebaikan berada pada selaput permukaan luar kurma. Masukkan sebiji kurma dan last sekali keluar biji. Jgn kupas di luar. Kurma terbaik ada 4 jenis.....ajwa, mabrom, sapawi, mariami

Puasa adlh detoksifikasi. Ia berlaku apabila fungsi proses makanan dlm perut berehat lbh dr  8 jam

Sblm sampai Ramadhan, berazam utk berlatih utk tingkatkan ibadah dgn latihan pra Ramadhan

====

Semoga kita sama2 berusaha meningkatkan amalan di bulan Ramadhan yang mulia ini dan meneruskan amalan yang baik di bulan-bulan seterusnya. inshaAllah. 

Menu Sahur pilihan saya dan mungkin juga anda.. bila agak2 kurang rajin nak memasak tapi nak sahur yang mengenyangkan. 

Jom dapatkan sekarang! 


Rabu, 7 Januari 2015

Hadiah paling berHARGA buat Mak Abah...

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera, 

Alhamdulillah, mak abah saya sekarang dalam perjalanan balik dari umrah... Satu doa yang mak kirimkan dalam group WA semasa mak di sana... ' Mak abah doakan anak2 kami jadi hafiz dan hafizah, inshaAllah sambung belajar di negara arab, abah leh datang ziarah terus buat haji, Allahuakbar, Aamin.' (Alhamdulillah mak abah plan untuk haji ke dua, inshaAllah)





Tup2 kisah di bawah dikongsikan... satu kisah yang nampak biasa-biasa, namun impaknya luar biasa. inshaAllah. 

Kirimkan al fatihah buat ibu bapa kita sama ada mereka masih hidup atau pun telah pergi di jemput ilahi...Moga mereka dicucuri rahmat kasih sayang Allah swt di dunia dan akhirat...

Setiap anak, ada kelebihan tersendiri... mahupun mungkin die anak istimewa... hargai mereka, kerana mereka lah HARTA paling berharga untuk kita di SANA. 




PERSEMBAHAN UNTUK AYAH...
〰〰〰〰〰〰〰〰〰
Seorang ayah bernama Bakri berumur penghunjung 40-an diundang sekolah anaknya untuk hadir pada 'Hari Ayah'. Sungguh dia amat tidak gemar hadir ke acara sebegini kerana dia merasakan dia sudah mempunyai empat orang anak, bahkan yang sulong sudah masuk kolej.
Jadi, dia merasa sudah tak sesuai bagi umurnya untuk bersenda gurau dengan anak pada Hari Ayah di sekolah. Namun kerana isteri dan anaknya yang ke empat memaksa, dia pun datang ke sekolah anaknya dengan hati yang berat.

Seperti diduga, acara di kelas hari itu menampilkan kebolehan setiap anak di hadapan ayah mereka. Terlihat di sana kebanyakan ayah yang berusia sekitar 30-an. Kesemua ayah itu teruja melihat buah hati mereka. Bakri hanya tersenyum, berkatalah dalam hati; "Dulu aku juga seperti mereka saat punya anak pertama. Tapi kini sudah bukan zamanku untuk hadir acara anak-anak seperti ini."

Satu per satu murid dipanggil untuk tampil ke depan dan menunjukkan kebolehannya selama 5 minit. Selepas persembahan, setiap ayah dipanggil ke depan untuk menerima "hadiah" yang telah disiapkan oleh sang anak untuk ayah mereka. Ada yang menampilkan kebolehan menyanyi. Ada yang menulis dan baca puisi. Berpidato dengan bahasa asing dan banyak lagi.

Kini giliran Umar, anak Bakri ini berusia 10 tahun telah dipanggil namanya untuk tampil ke depan. Bakri menyangka bahawa Umar pasti akan menampilkan persembahan yang serupa dengan kawan-kawannya. Bakri lalu berpura-pura tersengeh dan memberi pelukan hangat kepada Umar buah hatinya. Agar semua orang di kelas itu tahu bahawa dia adalah ayah yang layak dibanggakan. Ehemmm, itulah pikirnya!

"Kamu ingin menampilkan apa untuk ayahmu, Umar?" tanya gurunya.

"Saya akan tampil dengan Ustaz Amir di depan" jawab Umar bersemangat.

Gurunya pun mempersilakan ustaz Amir untuk ke depan dan menjelaskan kepada para ayah bahawa ustaz Amir adalah guru ekstra kurikulum yang mengajar bacaan Alquran di sekolah.

"Umar, kini giliranmu untuk memulakan penampilan..." ujar gurunya.

Umar mengucap salam. sedikit kata pembuka diucapkan. Dia berkata bahawa dia akan membaca surat Al Kahfi yang berjumlah 110 ayat. Menyedari waktu yang terbatas, dia meminta bantuan Ustaz Amir untuk memegang mushaf Alquran dan menyebutkan mana-mana ayat untuk dibacanya.

Para ayah yang hadir mulai berdecak kagum. Mereka mengerti bahawa Umar bukan hanya akan membaca Alquran, namun dia malah sudah menghafalnya!

"Baik, sekarang cuba kamu baca ta'awudz dan basmalah dan mulai dari ayat pertama....!" pinta ustaz Amir.

Dengan memejamkan mata, Umar mulai membaca. Tak disangka...., suara yang keluar dari mulut Umar terdengar begitu merdu. Rupanya Umar membaca Alquran mengikuti lantunan Qari cilik bernama Muhammad Taha Al Junaid yang terkenal itu. Dia membaca dengan hati yang tenang lalu membawa kedamaian pada setiap telinga yang mendengarnya.

Ayat 1-5 telah dibaca Umar. Ustaz Amir mengangguk-anggukan kepalanya mengikuti bacaan Umar yang merdu tanpa sekalipun beliau putus. Lalu Ustaz Amir meminta Umar untuk membaca dari ayat 60. Umar pun membaca dengan suara yang menenangkan jiwa.

Semua mata dari para ayah yang hadir mulai berkaca-kaca. Seolah-olah mereka penuh harap seandainya anak-anak mereka juga seperti Umar.

Manakala Bakri, ayah Umar. Dia yang dari tadinya tidak sepenuh hati untuk datang ke sekolah. Kini dia begitu teruja!

Lalu ustaz Amir meminta Umar untuk berpindah lagi ke ayat 107 -110 sebagai penutup persembahannya. Maka Umar pun membacanya tanpa satu pun kesalahan.

Begitulah Umar menyudahi bacaannya, lalu bangkitlah Bakri dari tempat duduknya dan terus berjalan ke depan dan memeluk Umar.

Terlihat rasa bangga yang terpancar dari wajah Bakri setelah melihat penampilan buah hatinya. Para hadirin juga menyaksikan Bakri beberapa kali menyeka air mata yang berderai di pipinya.

Seisi ruangan terpukau dengan lantunan Alquran yang dibacakan dengan suara merdu Umar. Menyudahi suasana yang haru itu, gurunya lalu bertanya kepada Umar,  "Mengapa kamu ingin membaca Alquran untuk aya
hmu sedangkan semua temanmu tak ada yang terfikir untuk melakukannya, Umar?"

Rupanya Umar pun turut terharu setelah dipeluk sedemikian hangat oleh sang ayah. Dengan mata berkaca-kaca Umar berkata, "Ustaz Amir pernah beritahu supaya saya rajin belajar Alquran. Beliau kata, orang yang hafal Alquran boleh membuatkan kedua orang tuanya mulia di akhirat. Kedua orang tua akan mendapat mahkota dari cahaya di mana cahayanya lebih indah dari sinar mentari dunia... Saya ingin, ayah dan ibu saya mendapat kemuliaan seperti itu dari Allah SWT kerana itu saya belajar menghafal Alquran bersama ustaz Amir."

"Masyaallah...." terdengar suara para ayah berkumandang di kelas itu. Semuanya inginkan anak-anak mereka seperti Umar.

"Apakah saya boleh bicara?" tanya Bakri kepada para hadirin. Semua orang mengalu-alukannya.

"Hmmm...., hari ini adalah hari yang teramat bahagia untuk saya. Anda semua para ayah tak ada bezanya saya rasa. Kita menyekolahkan anak-anak kita di sekolah terbaik seperti sekolah ini. Dengan bayaran yang tak murah, dengan segala kemudahan duniawi yang serba ada. Mungkin dibenak kita para ayah adalah, jangan sampai anak-anak kita tidak mampu mengejar kemajuan dunia....

Terus terang, saya sudah hampir 50 tahun. Saya mempunyai empat orang anak, dan Umar adalah putraku yang terakhir. Dengan cita-cita duniawiku, aku sekolahkan dia di sini dengan harapan bahawa dia akan memiliki masa depan yang gemilang.

Aku tersedar, yang berlaku adalah sebaliknya, pemikiran putraku ini telah membuat masa depanku yang gemilang. Dia mempelajari dan menghafal Kitabullah Alquran supaya kedua orang tuanya memiliki masa depan yang gemilang di akhirat! Terima kasih anakku... Maafkan ayah yang lupa untuk mendidikmu untuk mempelajari Alquran...."

Bakri terus memeluk Umar kembali. Keduanya menangis haru, dan seluruh kelas pun hening terdiam menyaksikannya.....!


=======

Ya Allah kalau kami mati hari ini,
Rasanya belum cukup pahala yang akan menghantar kami ke syurgaMU

Ya Allah kalau Engkau cabut nyawa kami detik ini,
Terlalu banyak dosa kami yang belum Engkau ampuni.

Ya Allah jadikan anak-anak kami sebagai penambah pahala bagi kami jika kami Engkau wafatkan detik ini...

Ya Allah mudahkan lisan anak kami untuk selalu mendoakan dan memintakan ampunan untuk kami...




Jemput kongsikan bersama, moga ia menjadi pencen kubur kita, bersama-sama menyampaikan ilmu yang bermanfaat...inshaAllah. 




Kirimkan al fatihah buat Rasulullah s.a.w, para sahabat baginda ibu bapa, guru-guru, saudara mara, sahabat  kita sama ada mereka masih hidup atau pun telah pergi di jemput ilahi...Moga mereka dicucuri rahmat kasih sayang Allah swt di dunia dan akhirat...

Wassalam, 

Terima kasih kerana meluangkan masa. 

Anisah.

Feel Free to Like & Share...;)

Selasa, 18 November 2014

Teguran Tepat Pada Masa...

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera, 

Kisah ini dikongsikan oleh rakan saya, AllahuAkbar, Saya tak kenal penulis asal, namun kisah ini benar2 terkesan di hati! 

Astaghfirullah...Moga Allah ampunkan dosa kita dan moga kita istiqamah dalam melakukan perkara yang baik dan menjauhi kemungkaran.



Hayati kisah ini:

Sedikit pengalaman saya ingin kongsikan bersama rakan. Cerita saya semasa menunaikan haji 2014. Lagi empat hari menantikan hari wukuf. Mekah sudah sesak kerana jemaah dari semua penerbangan sudah tiba.

Pada hari itu saya berjanji untuk menelefon anak anak di Malaysia. Kami aturkan temujanji pada pukul 3.00 petang kerana ia bersamaan pukul 8 malam di Malaysia. Waktu yang paling sesuai dan anak anak saya pun belum tidur.



Oleh kerana leka berbual, kami agak lewat memulakan perjalanan ke masjid untuk solat asar hari itu. (Masuknya waktu Asar ialah pada 3.30 petang. Kami memerlukan 20 minit untuk berjalan kaki dari hotel ke masjid). Sampai di masjid, keadaan sudah sesak. Laluan ke tempat kegemaran kami yang berhadapan Multazam di tingkat 1 telah pun ditutup. Lalu saya dan suami memutuskan untuk berpisah di situ dan bertemu semula ditempat yang dijanjikan sesudah solat. Kami pun mencari saf masing masing.

Ruang sudah dipenuhi oleh jemaah. Saya ke kelompok jemaah wanita yang telah penuh dengan jemaah pelbagai bangsa dan warna kulit. Saya meninjau dengan 'muka kesian' memohon simpati agar dapat sedikit ruang untuk solat. Akhirnya saya terpandang seorang wanita Arab yang cantik. Dia seakan faham hasrat saya untuk menumpang saf disebelahnya, tetapi awal awal lagi dia menggeleng kepala mengisyaratkan tiada ruang boleh dikongsikan. Saya faham, walaupun sejadahnya lebar tetapi badannya agak gempal. Dia mungkin khuatir nanti dia tidak selesa.

Seketika kemudian azan asar pun berkumandang. Hati saya semakin cemas kerana saya belum dapat ruang solat sedangkan ketika itu saya sudah terperangkap di tengah tengah kelompok jemaah yang ramai. Semua jemaah duduk di sejadah masing masing menunggu azan tamat. Saya sukar untuk keluar dan tidak juga dapat duduk.

Akhirnya ada sedikit ruangan kosong dibahagian hadapan. Betul betul berdepan dengan saf wanita Arab yang cantik tadi. Namun agak mengecewakan kerana disitulah jemaah melonggokkan selipar mereka. Ada antara selipar itu yang berdebu dan tidak berbungkus. Ia bersebelahan dengan tiang.

Saya tiada pilihan. Sambil azan masih bergema, saya kais selipar selipar itu untuk ruang saya solat. Ia bukanlah lantai yang rata, malahan ia merupakan dua anak tangga untuk ke ruang hadapan yang lebih tinggi paras lantainya. Kesimpulannya, saya akan solat di anak tangga yang penuh dengan selipar, ditepi sebuah tiang. Lebih malang lagi, kerana hendak cepat tadi, saya pula lupa membawa sejadah.

Azan selesai. Saya berdiri sambil meninjau lagi kalau ada ruang yang lebih baik. Seorang lagi jemaah lalu berhampiran dengan saya. Saya lihat wajahnya memohon saf daripada wanita arab cantik itu. Saya menunggu reaksi wanita arab itu. Dalam hati berbisik, aku tadi minta saf dia tidak beri. Bagaimana pula wanita ini?

Wanita arab itu menggeleng sambil matanya memandang saya. Saya tahu dia menyedari apa yang ada dalam hati saya. Saya kasihan melihat jemaah yang senasib dengan saya itu. Dalam kesuntukan masa saya lihat wanita itu melangkah langkah dicelah celah jemaah dengan susah payah untuk mencuba nasib diruang lain. Saya amat faham perasaan yang dia lalui.

Saya tiba tiba merasa sebak. Terutama bila terpandang kembali ruang di celahan selipar yang bakal saya sujud kelak. Ia hanya memuatkan muka dan tangan saya sahaja. Kaki dan lutut saya nanti pula akan berada di anak tangga.

Sambil memandang wanita arab itu, Dalam keadaan senyum yang tawar, terkeluar kata kata dari mulut saya.
"here in masjidilharam sometimes we have to beg for a space. Just to see God." saya menyambung lagi dalam bahasa inggeris, (translated): " Saya pun tadi jadi pengemis juga. Syukurlah saya dapat juga tempat. Tapi.. " airmata saya mula bergenang. "Lihatlah tempat saya.." saya tak mampu lagi terus berkata kata.

Tiba tiba seorang jemaah yang berhampiran menyampuk. "itulah.. awak sebenarnya cuma lewat sikit saja. Sebelum tadi masih banyak tempat".Mendengar saja ucapannya saya terus menangis kuat. Tiada lagi rasa malu ketika itu. Saya sebenarnya terusik dengan perkataan 'Lewat'. Dalam fikiran saya penuh penyesalan. Ada banyak lintasan datang dalam hati saya.

Oleh kerana saya dalam keadaan berdiri di anak tangga dan sebahagian besar jemaah lain duduk (kebanyakannya baru selesai solat sunat qabliyah), maka saya kelihatan jadi tumpuan. Seperti di atas pentas dengan jemaah itu selaku penontonnya.

Wanita Arab tadi datang dengan rasa bersalah lalu memeluk saya yang sedang menangis.
"I am sorry.. bukan saya taknak beri ruang, tapi saya pun tak cukup." perbualan kami didengari oleh semua orang kerana jemaah hanya beberapa ketika saja lagi akan memulakan solat.

Sambil mengesat air mata saya mengeluarkan apa yang terbuku di dada tanpa segan silu. "Saya bukan marahkan kamu. I just missed my hometown. In my country, I got a lot of space, I can pray wherever I want, we have a lot of masjid."

gambar hiasan dari google


Tapi di sana saya tidak hargai ruang yang Allah beri. Saya selalu lewatkan solat dengan sengaja. Tapi Allah tidak pernah menghina saya atau membalasnya serta merta. Di sini, disebabkan lewat sedikit saya terpaksa terima hukuman, lihat sajalah ruang solat saya. Saya rasa terhina di hadapan Tuhan".

Kami kelihatan seperti pelakon drama. Semua jemaah lain yang faham bahasa Inggeris menunjukkan muka yang sayu. Jemaah yang tidak faham kelihatan bertanya tanya rakan di sebelah.
Salah seorang menyampuk "where is your hometown?".

" I am from Malaysia. Its a beautiful muslim country".


"When I got back to Malaysia, I dont want to pray late anymore. I dont want Allah to embarrase me in Mahsyar"

Wanita arab tadi memegang tangan saya sambil berkata "terima kasih, hari ini saya belajar sesuatu dari kamu. Allah menegur hambanya dengan pelbagai cara. Saya pun akan hargai ruang dan masa yang saya ada bila saya balik nanti. Semoga kamu mendapat haji yang mabrur".

Bilal pun qamat, imam pun memberi isyarat memulakan solat. Saya kembali ke ruang saya tadi dan berusaha menyesuaikan diri. Tiba tiba dari barisan belakang, kedengaran suara jem
aah lain memanggil. "Hajjah, here is space for you". Rupa rupanya mereka tadi memahami dan berganjak ganjak sehingga terhasil satu ruang yang cukup cukup untuk saiz badan saya. I feel blessed.

Seusai solat fardhu dan solat jenazah, jemaah pun mula bersurai. Tanpa disangka beberapa jemaah lain yang tidak dikenali datang memeluk saya dan berkata, "Thank you Hajjah, haji mabrur In Shaa Allah". ##


Astaghfirullah...Moga Allah ampunkan dosa kita dan moga kita istiqamah dalam melakukan perkara yang baik dan menjauhi kemungkaran.


Jika anda rasa posting ini bermanfaat untuk dikongsikan, saya mohon anda tekan LIKE dan Fb di bawah. Mungkin akan ada ramai yang mendapat manfaat dengan satu LIKE daripada anda. Semoga ia menjadi pencen kubur buat kita semua.'Wallahualam.

Ahad, 16 November 2014

Cerita ayah dan anak...

Assalamualaikum wbt. 

Alhamdulillah, pada hari sabtu 15 November yang lalu, saya di beri kesempatan untuk hadir seminar Cyber parenting di Shah Alam. 



InshaAllah akan saya kongsikan inputnya. Hari ini saya nak kongsikan perbualan yang 'agak biasa' di kalangan kita (ibubapa & anak remaja), yang berlaku pada zaman CYBER ni. 

 Namun kisahnya sebenarnya juga berlaku di kalangan MAK BAPA juga.. huhu. jangan sampai satu masa anak yang tegur ibubapa nya pula kan.. 

Ok, jemput baca ya..;)  


Dah tengah malam.
Abah ketuk pintu bilik anak gadisnya.
Anaknya buka pintu. Belum tidur.
Abah: "Buat apa je belum tidur lagi?"
Anak: "Tengah..." (Sambil menunjukkan fonnya)
Abahnya mengangguk faham. Tengah berinternet.
Abah: "Abah nak cakap sikit boleh?"
Anaknya tidak mengangguk, tidak menggeleng. Tadah telinga.
Abah: "Sekarang, kamu umur 20 tahun, kan?"
Anaknya mengangguk.
Abah: "Baiklah. Dengar baik-baik ni. Abah bukan nak berleter. Cuma nak ajak kamu berfikir.
Dalam sehari, ada 24 jam. Ini kira-kira umum abah. Tak exact pun. Orang bekerja habiskan 8 hingga 12 jam sehari kerja. Orang yang belajar macam kamu pula habiskan 6 hingga 7 jam sehari ke kelas. Orang yang sedang berkasih sibuk fikir soal hati pula habiskan lebih 6 jam fikir tentang jodoh dan layan perasaan. Orang yang sibuk dengan internet dan dunia media sosialnya habiskan purata lebih 5 jam sehari untuk scroll, update dan melayan kawan-kawan.
Tolak campur makan, tidur, letih semua, barulah sedar, kita tak peruntukkan masa pun untuk sesuatu yang lebih penting."

Abah menunjukkan jarinya pada senaskhah Al-Quran yang berada di atas almari. Nampak berhabuk sikit. Anaknya berkerut kening.


Abah: "Kalau untuk soal hati dan media sosial boleh kita luang masa dekat 2 jam contohnya, kenapa tidak boleh kita ambil masa 2 jam juga untuk tengok Al-Quran?"
Anak: "Tapi, abah..baca sekejap, mengantuk."
Abah: "Baiklah. Kurangkan lagi. Jadi sejam."
Anak: "Sejam? Lamanya. Seraklah tekak nak baca sampai sejam."
Abah: "Baiklah, setengah jam."
Anak: "15 minit bolehlah."
Abah tersenyum mendengar jawapan anaknya.
Abah: "Suatu hari, bila kamu tersepit dalam hidup, kamu akan mengerti 23 jam 45 minit yang kamu sayang tu, tolak solat 5 waktu, sangat-sangat bergantung kepada 15 minit yang kamu spend untuk Al-Quran tu."
Anak: "Tak faham."
Abah: "Kerja cari rezeki, kena bergantung pada Al-Quran. Belajar, perlu Al-Quran. Jodoh, perlu pada Al-Quran. Berjaya, perlu Al-Quran. Akarnya pada Al-Quran."



Anak: "Hm.."
Abah: "Rosak akarnya, jangan harap batang, dahan, ranting, daun, dan buahnya akan baik. Misalnya, kamu minat soal jodoh sekarang. Andai kamu seorang yang cinta kepada Al-Quran, insya-Allah kamu juga akan jumpa yang persis cinta Al-Quran. Yang baik-baik. Jika kamu jenis tak pentingkan Al-Quran, kamu juga akan jumpa yang sejenis dengan kamu. Kata nak jodoh yang baik-baik. Orang baik, orang yang utamakan Al-Quran."
Anak: "Adoilah."
Abah: "15 minit sehari untuk hafal sepotong ayat Al-Quran. Setahun dapat 365 ayat. 20 tahun lagi dapat? 7300 ayat. Dah boleh jadi hafizah."
Anak: "Kenapa abah cakap ni semua?"
Abah: "Sebab abah tak mampu untuk hidup selama-lamanya nak jaga dan nasihatkan anak yang abah sayang ni. Dulu abah jahil tak kejar Al-Quran. Abah taknak anak abah ikut jejak langkah yang sama."

Anak gadisnya sebak. Peluk ayahnya. Minta maaf. 
Sungguhlah. Lelaki selain ayah sendiri hanya mampu berkata-kata manis, berjanji setia. Namun, ayah berkata-kata untuk lihat anaknya di Syurga.

cerita oleh: Muhammad Rusydi


Biasa kan sebenarnye  kisah seperti ini berlaku di depan mata kita, setuju? 

Moga kisah ini menYENTAPkan kita semua sebagai peringatan... 





Al fatihah ku kirim buat semua pembaca blog ini. moga kita terus istiqamah dalam menjadi muslim yang soleh dan musleh. Aamin




Sila kongsikan entry ini sebagai peringatan bersama. InshaAllah ia sama2 menjadi pencen kubur kita. 



Surirumah & Media : Bersama Membangun Potensi Suri Rumah Rahmah

 𝗦𝘂𝗿𝗶𝗿𝘂𝗺𝗮𝗵 𝗱𝗮𝗻 𝗠𝗲𝗱𝗶𝗮  Alhamdulillah, di izinkan Allah untuk hadir 2 hari 𝑩𝒆𝒏𝒈𝒌𝒆𝒍 𝑷𝒆𝒏𝒈𝒖𝒓𝒖𝒔𝒂𝒏 𝑴𝒆𝒅𝒊𝒂 𝑺...