Memaparkan catatan dengan label susu ibu. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label susu ibu. Papar semua catatan

Rabu, 31 Mei 2017

Mengapa Bayi tolak susu ibu semasa dalam pantang?

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. 

Alhamdulillah. semakin kerap dengar rakan2 yang hampir sebaya dapat anak lagi. buat adik2 yang pertengahan 20an, ramai yang baru menerima cahayamata pertama. Alhamdulillah. tahniah diucapkan. 

Tetapi... hati dan naluri keibuan saya terusik bila rakan baik saya mengadu... 'Dalam pantang lagi terpaksa bagi susu botol pada anak. pam susu ibu pastu letak dalam botol. sebabnya dia taknak minum direct. lama2 susu pun semakin kering. Sekarang baru 2+bulan, susu dah kering. tolong...' 

Ada pula kes yang sanggup dalam erti kata lain terpaksa pam susu selama berbulan2 walaupun beliau seorang surirumah yang menjaga sendiri anak beliau. terpaksa bagi guna botol sebab bayi menolak untuk minum direct. Bila boleh bagi direct ni banyak 'tugas penyusuan' tu dimudahkan, tak perlu nak basuh botol, steril lagi dll. Kata Dr Suriyakhatun, sila la jumpa pakar laktasi untuk konsultansi jika terlibat dengan kes seperti ini. 

Ok jom kita baca perkongsian dari doktor...


Mengapa Bayi tolak susu ibu semasa dalam pantang?



Saya : Anak sudah tidak dapat susu badan ya ?
(Anak berumur 3 bulan)
Ibu pesakit : Ya doktor . Semasa lahir dulu anak saya masuk wad dan saya perah susu badan dan diberikan pada anak dengan botol susu. Lepas keluar wad dia sudah tidak mahu direct feed jadi saya masih kena perah susu untuk berikan, lama kelamaan susu saya kering . 


Ini cerita yang saya dengan terlalu kerap ! 

Kenapa anak tidak mahu hisap dari nipple ibu setelah dapat nipple silikon terlelbih awal ?


Anak yang baru lahir belajar dari pengalaman. 

Nipple silikon mudah hisap, tidak perlu usaha lebih untuk dapatkan susunya . Nipple ibu kena buat kerja lebih keras, Hisap kena kuat baru susu mengalir maka bila bayi dapat pilihan dan sudah diberikan yang lebih mudah dia akan pilih yang lebih mudah. Maka bila diberi nipple ibu dan dia menangis saja ibu berikan semula nipple silikon anak pelajari sesuatu: Anak pelajari bahawa kalau saya menangis saya akan dapat yang lebih mudah hisap !

Saya sendiri mengalami perkara yang sama dengan anak saya yang dilahirkan dihospital pada zaman dimana susu badan tidak dipentingkan. Macam mana saya boleh tekad nak susukan anak juga saya pun tak ingat tetapi selepas lahir nurse terus berikan susu formula. Malahan semasa anak ke empat saya sengaja tidak bawa botol susu dan nurse marah saya. " Dah tu bila dia menangis lapar nak bagi apa ?" Saya jawab bawa kepada saya . Muka marah dia masih saya ingat lagi . 

bayi menangis kelaparan? -ihsan google


Itu dulu. Sekarang ini jika ibu bersalin di hospital mesra susu ibu, anak tidak akan diberi nipple silicon. Jika diberi susu ibu yang telah di perah pun diberikan dengan sudu dan bukan dengan nipple silikon.

Pengalaman saya pula dengan anak saya yang baru lahir yang telah tolak menghisap dari saya adalah saya tidak memberikan dia pilihan lain. Saya terus cuba berkali-kali dan sabar dengan anak yang menangis bengis. Saya ibu, saya yang tahu apa yang baik untuknya. Saya tidak boleh ikut kehendaknya dan lama kelamaan, sebab dia lapar dan tidak ada pilihan, dia hisap juga dari saya.

Kenapa Allah swt jadikan bayi yang hisap susu ibu kena guna tenaga hisap yang kuat?

 Itulah senaman paling awal bayi kita untuk dapatkan otot mulut yang kuat dan untuk bina bentuk muka yang baik . Anak yang hisap susu ibu, otot mukanya sempurna, otot mulutnya sempurna dan pertuturannya lebih jelas dari yang hisap susu botol. Fahamlah bahawa saya bercakap umum dan ada saja pengecualian dari apa yang saya sebut ini .
Terlalu banyak khasiat susu ibu, berusahalah walaupun susah. Ingat bahawa bayi kecil itu ada kehendak dan kemahuannya dan ibunya juga yang lebih tahu apa yang baik untuknya ( ibu yang berilmu..ada juga ibu yang jahil ).

Dipetik dari fb page Dr Suriyakhatun

...

Ada saya kongsikan pengalaman saya berjumpa dengan beberapa orang ibu dengan alasan yang pelbagai. ada saya kongsikan di sini Susu-terbaik-pilihan-ibu-terbaik

Artikel yang berkaitan dengan susu ibu  

Alhamdulillah saya telah bergelar susu ibu sejak tahun 2009 untuk anak yang pertama dan berterusan sehingga ke hari ini. (cuti menyusukan sekejap pada tahun 2015). Banyak keistimewaannya buat si ibu dan anak yang kami sama2 dapat nikmati. Alhamdulillah antaranya ialah BONDING kuat diantara anak&ibu , IMUNITI anak kuat dan si ibu cepat kembali ke saiz asal. Percaya tak saya masih boleh pakai baju semasa saya berumur 14tahun? Alhamdulillah. 

Jadi ibu2, jika ada masalah penyusuan, silalah dapatkan nasihat pakar laktasi atau pun paling kurang dengan rakan2 yang telah menjadi ibu2 berpengalaman menyusukan anak mereka. 

Di akhirkata, jom kita baca terjemaahan ayat Al-Quran tenatang penyusuan susu ibu.


Jom ibu2 semua... buat para ayah, terima kasih atas sokongan anda dalam menjayakan misi penyusuan ini

Ikhlas,

Anisah 
#bfmumSince2009

Khamis, 23 Februari 2017

Perlu ke supplement KALSIUM? Dah minum susu kan...

 Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Apa khabar semua? di doakan sihat2 hendakNya.

Pengalaman saya, 3 kali hamil... bila checkup di klinik kesihatan, mesti nurse akan tanya 'Puan ada minum susu?' 'Kalsium penting untuk perkembangan bayi terutama untuk tulang dan gigi'

Psst tahu tak gigi kita memang dah ada sejak dalam perut lagi? seawal 6minggu pertama tau. MashaAllah saya pun terpegun dengan fakta ini.




untuk pembentukan gigi, kalsium sangat2 diperlukan...

ok berbalik kepada soalan di tajuk kita


Saya dah minum susu setiap hari, perlu ke ambil supplement KALSIUM lagi?


Memang ramai yang tanya soalan ni.

Macam ni yer.

Keperluan Kalsium harian kita adalah 800-1250 mg setiap hari.

Keperluan yang berbeza mengikut faktor fizikal seperti umur, hamil, menyusu dan lain2.


Ini pun sebenarnya keperluan MINIMUM untuk IBU HAMIL, MENYUSU & WANITA MENAPOUS tau! Jangan kurang dari 1000mg sehari.

Secara general, segelas susu segar (200ml) mengandungi 200mg kalsium.

Untuk dapatkan 1000mg Kalsium, kita kena minum lebih 5 GELAS atau 1 LITER susu.

Larat ke nak minum 5 GELAS susu setiap hari? Itu pun belum tentu semua Kalsium diserap dalam badan. 😅

Tapi, 4 BIJI OSTEMATRIX dah cukup ada 1000mg Calcium.





Bukan tu je, Ostemarix juga ada Magnesium, Vitamin D, Boron, Mangan, Iron & Zink untuk bantu penyerapan maksimum ke dalam tulang kita.

Jom kita kira kos pulak!

Sebotol susu 1 liter = rm7/day!
Sebotol Ostematrix (30hari) = RM2/day!

Yang mana lebih berbaloi? 😄

Saya minum 1 gelas susu setiap hari, dan saya juga ambil OSTEMATRIX 4 biji setiap hari.

Alhamdulillah badan lebih segar, takde lagi cramp, lenguh kaki, sakit pinggang dan belakang. dan yang lebih best!!! bantu pelawasan tau. lagi2 buat ibu hamil dan dalam pantang...

I OSTEMATRIX!

Jomm borong Ostematrix sempena promosi bulan ni!

*Promosi OSTEMATRIX Feb 2017*
✅ Buy 6 Free 1
✅ Buy 2 Get 5% Off

 Hubungi saya segera...

Anisah 0136216522


Rabu, 26 Oktober 2016

Perlu kah Puting Tiruan untuk tenangkan bayi?

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Apa khabar pembaca sekalian? sihat2 selalu, inshaAllah. 


Alhamdulillah, diam tak diam, anak2 semakin membesar di depan mata...mereka belajar, kita juga belajar ilmu parenting juga. 

Sambil melayan anak dara, eh dah anak dara ke? hehe, melayan si bijak, penenang hidup saya, Anak ke 3, Amni Khadijah yang sibuk nak tenangkan baby doll dengan puting baby a.k.a pacifier. 

terdetik.. eh aahlah, amni tak pernah ada puting tiruan pun, dulu masa abangnya beria siap sedia barang2 bayi...kalau boleh apa sahaja yang nama nya barang bayi, mesti nak beli untuk anas, yelah anak sulung kan. 

Semakin lama jadi ibubapa ni, semakin bijak kita menangani alam ibubapa ni kan? alhamdulillah. 

Terbayang PERLU KE PUTING TIRUAN UNTUK TENANGKAN BAYI??






Alhamdulillah. Semakin bijak dah die, hehe.. dah pandai main baby doll. belum pun berumur setahun, macam2 idea dia. :) 

Alo2 pandai die. Walaupun #AmniKhadijah tak pernah kenal puting tiruan a.k.a pacifier.

Tapi dia tahu bila masukkan puting tu, baby doll akan senyap.

Seronok pula amni main masuk dan keluar kan. Hehe.. tergelak2 bila baby doll tu menangis.

Alhamdulillah. Boleh nampak bijak nye di situ.



Biasa nye bayi diberi p puting tiruan ( pacifier) sebab menangis, walaupun dah minum susu.. itu antara nye tanda bayi tak cukup kenyang.
Ada kala nye bila terpandang bayi atau pun budak yang diSUMBATkan puting tiruan a.k.a pacifier... terdetik di hati, aduhai kesian nya dia. 

Adakala nya, budak/bayi tu tengah bermain jer pun, tersenyum memandang sekeliling dengan ada puting di mulut. 


Pernah juga berbual dengan ibu2, PERLU kah PUTING TIRUAN untuk tenangkan bayi???


ada yang kata, perlu sebab MUDAH bagi bayi diam, takdelah menangis jer. huhu.. aduhai ibu, kesian kat dia, saya Ok lagi, jika puting tiruan di beri ketika nak tidur jer. tapi yang sampai sepanjang masa tu. huhu. macam sangat2 tak sesuai.

Saya pernah berjumpa dengan anak kecil dah umur 2thn, tapi masih belum boleh bercakap 2-3 patah perkataan serentak. antara sebabnya (pada pendapat saya), ibu nya sentiasa biarkan puting di mulut. ialah memangkan ibu rasa tenang, takde anak potpet, tapi anak potpet, bercerita tu la dia tengah nak develop percakapan dan keyakinan diri kan??? 


Saya kongsikan sikit perkongsian dari web Dr Zubaidi; 







Berdasarkan artikel ni dan ibu ayah boleh baca di web lain juga, puting tiruan ni akan meyebabkan MASALAH PEMBENTUKAN GIGI, 

Alhamdulillah. Sejak amni baru lahir, sejak bergelar bayi dalam pantang sehingga kini, amni kurang sangat menangis dan selalu puas menyusu. Antara tanda nye, selepas menyusu Amni akan bermain dan jika dah letih, Amni mudah lena dan dapat tidur dengan puas. Alhamdulillah.

Alhamdulillah. Amni dapat fully bf sehingga umur setahun(3hari lagi) Dan terus sehingga 2thn.. ;) bizinillah.

Alhamdulillah..Set penyusuan Shaklee banyak membantu untuk susu yang lebih berkualiti dan kesihatan yang lebih baik. InshaAllah.

Bila bayi gembira, mama papa juga bahagia. Tidur malam juga puas. Alhamdulillah.

Buat ibu yang rasa macam BAYI TAK PUAS , SUSU, tak kenyang, tak cukup dll masalah penyusuan, boleh hubungi mama amni, Pn Anisah Khalid ya... InshaAllah kita sama2 Bantu tingkatkan diri yang mana yg boleh. ;)



#fullybfBaby
#solidFood
#setPenyusuanShaklee
#wahm
#babyShaklee

artikel berkaitan : babycenter

Khamis, 21 Julai 2016

Khasiat Susu Ibu (Di bincangkan dalam Siaran TVAlhijrah - Prof Muhaya dot com)

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera, 

Alhamdulillah...susu ibu menjadi SUMBER MAKANAN utama buat anak2 saya di bawah umur 6bln dan di teruskan sehingga 2 tahun (atau lebih jika mahu) 

Seperti biasa, rakan-rakan @ saudara mara selalu bertanya mengenai penyusuan susu ibu. jadi saya pun perlukan cekapkan ilmu penyusuan ibu dengan baik. Hari ni, saya terjumpa rakaman video ini, yang saya rasa sangat bermanfaat dan perlu di kongsi dengan ibu2 semua. Ada ilmu yang kita dah biasa dengar ( dan ini sebagai peringatan) , ada juga ilmu baru, inshaAllah tak rugi jika kita menontonnya.  




Terima kasih kerana sudi singgah di sini. Alhamdulillah, pengalaman menyusukan anak sejak tahun 2009 sehingga kini juga pengalaman ahli keluarga dan rakan2 banyak manfaatnya bukan hanya buat bayi tapi ibunya jua. Alhamdulillah. 


Jika anda perlukan konsultansi, sila la hubungi saya ya. 

Rabu, 6 Januari 2016

6 tanda BAYI nak SUSU

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Alhamdulillah, diberi kesempatan memberi susu ibu kepada ketiga2 anak dgn jayanya. Alhamdulillah, seingatnya takde masalah dalam laktasi. mungkin berpengalaman memerhatikan adik2 dan anak2 saudara disusukan dulu... ditambah dengan kelas penyusuan / kempen penyusuan KKM. 
Breastfeeding is a wonderful moments. 
Hati saya rasa sayu sangat bila tengok bayi kecil ( ada yang baru beberapa hari) dah diberi susu botol. Jika atas faktor kesihatan, ok lah. tapi dengan alasan 'susu tak cukup', 'bayi tak pandai', 'bayi tak kenyang', 'bf menyusahkan' , 'susah nak bergaya' etc.. huhu. kesian anak kan.

Antara kegagalan PENYUSUAN SUSU IBU ialah sebab kurang ilmu tentang BILA bayi nak menyusu... 
Artikel di bawah saya petik dari Pa&Ma sebagai panduan/peringatan kepada breastfeeding mums. 

Bagi yang baharu bergelar ibu, tentu masih belum mahir memahami tanda-tanda bayi hendak menyusu. Adakah bila anak sudah menangis baru hendak disusukan atau susukan sahaja walaupun dia belum menangis? Mana satu tanda yang betul?
Kadang kala sampai merajuk si comel sebab ibu lambat sangat bagi susu. Bila bayi sudah 'melalak' kuat-kuat, ibu pun mulalah panik dan stres. Bila ibu stres, susu pun lambat keluar dan lagi kuatlah anak mengamuk.

Nampak tak kaitan tersebut? Jadi, pentingnya untuk ibu memahami tanda bayi hendak menyusu terutama dalam kalangan ibu baharu yang dalam tempoh berpantang. Bila ibu tahu tanda tersebut, tak perlu tunggu sehingga anak menangis dan mengamuk baru hendak disusukan.
Ini kerana biasanya orang sekeliling yang tidak faham tentang penyusuan susu ibu akan memberi tekanan kepada ibu dengan memberitahu susu ibu tidak cukup untuk anak sebab itu anak menangis walaupun sudah disusukan. Hakikatnya si kecil merajuk dan mengamuk sebab ibu lambat menyusukannya dan bukan sebab dia kurang susu!

Jadi, fahami betul-betul tanda berikut supaya anda menjadi ibu yang lebih cekap dan memahami keinginan si comel.

1. Bebola mata bergerak-gerak

Apabila si comel mula menggerak-gerakkan bebola matanya ke kiri dan ke kanan, cepatlah bertindak.


2. Mulut terbuka dan mencari sesuatu

Alahai memang comel tengok aksi ini tapi itu petanda dia hendak menyusu.
Sumber foto: www.kidspot.com.au


3. Merengek manja

Suara manja yang ingin memberitahu ibu dia sedang lapar!


4. Menghisap jari, tangan, sarung tangan atau apa sahaja

Kalau anda melihat aksi si comel menghisap jari, tangan atau sarung tangan atau apa sahaja yang boleh disumbat dalam mulut memang 'confirm' dia kelaparan.


5. Menangis dengan kuat

Kalau bayi mula menangis dengan kuat secara tiba-tiba, ia adalah tanda dia betul-betul hendak susu.


6. Bayi mula merajuk

Tanda akhir ini sudah tentu akan membuatkan ibu menggelabah kerana akhirnya bayi mula merajuk dan susah untuk dilekapkan pada payudara ibu.

Jadi, sebaiknya ibu perlu elakkan bayi daripada menunjukkan tanda paling kritikal ini kerana penyusuan akan menjadi sukar. Cepat susukan anak sebelum dia  merajuk dan mengamuk.

Rabu, 5 Ogos 2015

10 perkara anda MESTI tahu mengenai PENYUSUAN IBU secara EXCLUSIVE!



Assalamualaikum dan Salam sejahtera, 

HAPPY BREASTFEEDING WEEK! 

Minggu kesedaran tentang penyusuan susu ibu! ya, Alhamdulillah saya dan keluarga sangat menyokong penyusuan susu ibu. Mak saya menyusukan ke semua anak nya 11 orang dengan susu ibu walaupun beliau seorang yang bekerjaya. 

InshaAllah kami, adik beradik semua akan mengikut jejak langkah mak. Alhamdulillah anak2 saya dapat menyusu badan sekurangnya sehingga berumur 2 tahun 3bulan.. ;) Alhamdulillah, kesan yang sangat baik bukan hanya untuk anak tetapi untuk ibu nya juga. 


Pengalaman saya menyusukan anak2 - lSERONOKNYA MENYUSUKAN ANAK!

Jom tengok poster dari WHO...;) Semoga bermanfaat. 





click pada poster untuk lebih jelas
Meh saya tolong translate ye.. hehe bagi mudah faham lagi ;) ( sekarang ni kan majoriti rakyat malaysia memang mahir dalam sekurangnya 2 bahasa..Bahasa Kebangsaan, dan Bahasa Inggeris. setuju? tapi tak pela.. untuk perkongsian kan..saya alih bahasa ya. 

10 perkara anda MESTI tahu mengenai PENYUSUAN IBU secara EXCLUSIVE!

1. Menyelamatkan NYAWA dan lindungi bayi dari penyakit dan susu ibu bertindak sebagai ANTI BAKTERIA agent. (ala2 iklan sabun lifebouy tu ..hehe)

2. Membekalkan semua nutrisi yang bayi perlukan pada 6 bulan pertama

3. MeMASTIkan sumber makanan yang bersih dan selamat terutama ketika KECEMASAN. ( anak menangis sebab lapar? tak perlu nak cek air panas dll, SUMBAT je kan? hehe)

4. Menjadikan bayi membesar dengan kuat dan pandai. ( ini boleh cari kajian yang menunjukkan bf babies lebih mudah bijak)

5. Menghentikan cirit birit dan kekurangan nutrisi

6. mengeratkan hubungan ibu dan bayi ( ini saya sangat SETUJU! dan banyak sangat bukti depan mata.. bf babies lebih attach ngan mothers. )

7. MenGURANGkan risiko KANSER ovari dan payu dara

8. Membantu manjarakkan kehamilan , cara semulajadi birth control. (setuju!)

9. MenJIMATkan wang sebab tak perlu beli susu formula (yang MAHAL untuk bayi bawah 1thn) dan peralatan penyusuan - botol susu dll. 

10. Melindungi persekitaran, mengurangkan sampah sarap! hehe. yelah kan kalau susu formula , kena ada tin/foil dan plastik lagi...botol plastik lagi.. dan macam2 lagi lah. 


Pengalaman saya menyusukan anak2 - lSERONOKNYA MENYUSUKAN ANAK!

iklan jap.. hehe..

ini la supplement yang membantu ramai ibu2 di Malaysia dan dunia (ahaks, perasan jap) untuk meningkatkan kualiti susu ibu, pada masa yang sama menjaga kesihatan ibu dalaman dan luaran. ;) 


Cantik pula susun macam ni kan? hehe.. 
Nak tahu pasal SET ni? jemput click - INFO SET HAMIL, PENYUSUAN dan PANTANG


Feel FREE to share and like...;) 

Surirumah & Media : Bersama Membangun Potensi Suri Rumah Rahmah

 𝗦𝘂𝗿𝗶𝗿𝘂𝗺𝗮𝗵 𝗱𝗮𝗻 𝗠𝗲𝗱𝗶𝗮  Alhamdulillah, di izinkan Allah untuk hadir 2 hari 𝑩𝒆𝒏𝒈𝒌𝒆𝒍 𝑷𝒆𝒏𝒈𝒖𝒓𝒖𝒔𝒂𝒏 𝑴𝒆𝒅𝒊𝒂 𝑺...