Memaparkan catatan dengan label Vita-Lea. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Vita-Lea. Papar semua catatan

Ahad, 27 Disember 2015

Anemia Semasa Hamil ~ Tanda kurang IRON

Assalamulaikum dan Salam Sejahtera, 

Alhamdulillah, hujung2 tahun ni, selain banyak perkahwinan berlangsung... secara tak langsung, ramai juga yang hamil. 


Bila seseorang wanita itu mengandung, dia sebenarnya berisiko utk mengidapi anemia (kurang darah). 

Penyebab utama anemia di kalangan wanita mengandung adalah disebabkan kekurangan zat besi.

Semasa mengandung, badan manusia akan menghasilkan banyak darah untuk menampung tumbesaran janin. 

Sekiranya zat besi atau vitamin B12 dan folat tidak dibekalkan dengan cukup, penghasilan darah merah tidak dapat menampung keperluan bayi dan ibu itu sendiri.. 

Ibu hamil itu dikatakan mengidapi anemia bila tahap hemoglobin KURANG dari 11 g/dl semasa trimester pertama, 10.5 g/dl semasa  trimester kedua dan 10 g/dl dalam trimester ketiga.

AWAS!! Anemia akan membawa kesan buruk kpd ibu dan bayi jika tidak diambil berat.

Antaranya, ibu akan sentiasa merasa penat dan anak dalam kandungan mungkin akan jadi kecil dan dilahirkan sebelum waktunya (pre mature baby)! 

Jadi mummies,  pls b alert with the low hb symptom. Jgn biarkan anda hamil dlm keadaan kurang darah merah. 

Jika kita sukar utk mendapatkan keperluan zat besi yg mencukupi dari sumber makanan, maka tidak dpt tidak.. Kita perlu tampung ia dgn pengambilan SUPPLEMEN.

Anda Hamil?

Alhamdulillah tahniah!

Dapatkan sebotol Vitalea - multivitamin yang lengkap dgn 28 vitamins & mineral, telah melalui > 340 ujian kualiti. 



Alhamdulillah, banyak testimony ibu2 hamil yang low HB improved selepas amalkan 2 biji Vitalea setiap hari. Biidznillah 


#TeamSeamlessMom 
#HamilDenganSihat 
#SetHamilTerbaikShaklee

Ahad, 1 Mac 2015

Istimewa Mac 2015

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,
Apa khabar anda hari ni? Moga sihat, ceria, dan bahagia selalu, dengan izinNya. 
Alhamdulillah Bulan MAC 2015 telah tiba, 3 Mac ni keputusan SPM akan diumumkan, pasti adik2 SPM2014 berdebar-debarkan... Saya pun turut berdebar. hehe. kenapa? ;) Sebab saya pun calon SPM 2014 juga. pelik kan? tapi benar.. inshaaAllah nanti saya kongsikan kenapa. 


Alhamdulillah, bulan mac telah tiba, permulaan kepada cycle baru bagi shaklee 2015/2016...;) Tup2 Shaklee bagi HADIAH istimewa di awal cycle.. iaitu BEST SELLER product shaklee, ESP! 
Serious ramai sangat yang jatuh hati dengan shaklee, melalui ESP. Saya sendiri pun, ESP la produk yang pertama yang saya kenali. Alhamdulillah, dapat melegakan gastrik yang dah bertahun saya 'pikul', bonus tambahan? kulit moist jer, otot juga lebih mudah terbina, di samping dapat menyusukan anak dengan lebih puas lagi. ;) 

Jom kita tengok apa lagi yang promosi bulan MAC 2015 ni dengan info ringkas mengenai supplement tersebut. nak tahu lebih lanjut, boleh click pada yang berkenan ya..;) 

1) ENERGISING SOY PROTEIN (ESP)
» Protein tanpa kolesterol
» Beri tenaga berpanjangan, 
» Rasa kenyang yang lama, 
» Kulit sihat & gebu
» Pekatkan susu ibu agar anak lebih cepat kenyang

Click --> Info Mengenai ESP
2) ZINC COMPLEX
» Cepatkan penyembuhan luka
» Mengurangkan keguguran rambut
» Memelihara kesihatan prostat

3) VITA-LEA FOR CHILDREN
» Membekalkan multivitamin dan minerals penting untuk perkembangan & pertumbuhan kanak-kanak
» Rasa anggur yang lazat

Pastikan anda dapatkan consultation yang tepat tentang vitamin yang anda ambil untuk kesan terbaik yer..


Semoga sihat selalu, 
Anisah Khalid 

~Feel Free to LIKE and SHARE~
Please do not hesitate to contact me/ comment below for:-
Affordable Price
FREE Consultation
Business OPPORTUNITY with Shaklee!!

Jumaat, 9 Januari 2015

Multivitamins kanak-kanak : Vitalea for KIDS


Assalamualaikum dan Salam sejahtera, 

Apa khabar anda hari ini? Saya doakan kita semua di kurniakan kesihatan yang baik.. sakit sikit2 tu biasa lah, tanda banda kita sihat! hehe.. tanda antibodi badan sedang berlawan dengan penyakit. 

Hari ni, saya nak kongsikan mengenai.... jeng jeng jeng... ;) something yang berperisa anggur! Anak-anak saya memang suka sangat anggur a.k.a grapes! erm, kan ada minuman kordial dgn perisa anggur yang sangat famous tu... cer tanya, ada ke kanak-kanak yang tak suka? hehe, rasanya tak de kan. 

Ilustrasi gambar kanak-kanak makan anggur, macam makan keropok jer kan... kismis, yang Rasulullah s.a.w sendiri suka tu pun asalnya dari anggurkan. dan KISMIS pun menjadi salah satu makanan kegemaran anak-anak saya juga. 




Oklah, kali ni saya nak kongsikan kemunculan Multivitamins untuk kanak-kanak, yang di panggil VITALEA for KIDS, dan yang istimewanye, ia di datangkan dengan perisa ANGGUR! Nyummy dan penuh dengan vitamins!!!

Alhamdulillah, Alhamdulillah, Alhamdulillah...


Kita semua perlukan makanan yang seimbang dengan cukup kalsium nya, vitamins nya, karbohidrat, protein dan lain2... dan Supplement berfungsi sebagai pelengkap makanan, melengkapkan nutrisi harian yang kita ambil dari makanan harian kita. 

Untuk orang dewasa, multivitamins dewasa di panggil Vitalea ... boleh click di sini --> vitalea



Sebenarnya, dah lama dah vitalea for children ni dah ada, cuma shaklee telah re-formulate semula dengan penambahbaikan lagi..;) Jom2 kita tengok apa yang ada dalam vitalae for kids ni.. (kids= children = kanak-kanak )


Ok Jomm... zoomm  bagi setiap poster di atas... 



Multivitamins yang mengandungi vitamins C, D, E , dan 8 vitmins B... ada kalsium dll juga.. kalsium kan sangat penting untuk tulang yang kuat, sangat2 sesuai bagi anak-anak yang dah mula kurang atau tidak minum susu lagi. 

Dan... yang buat kan vitamns ni lebih SPECIAL... di datangkan dengan xylitol sebagai pemanis semulajadi dan bagus untuk penjagaan gigi. 

Tiada preservatives!!! wahh.. kan sekarang ni macam2 makanan ada preservatives untuk menyedapkan.. tapi vitamins ni 100% semulajadi tanpa perawet tipu2.. hehe. 




katakan if tak nak makan vitalea ni... ini lah senarai makanan yang anak-anak kita perlu makan untuk melengkapkan keperluan nutrisi harian mereka. 

Walaupun anak-anak saya pengemar sayur dan buah-buahan... tapi rasanye tak terlarat juga nak makan sebanyak ni. 


Ouch, rasanye kalau kita pun tak termakan kan banyak2 macam ni kan?.. jadi lah ibubapa yang bijak dengan memilih supplement semulajadi....



Ini pula perbandingan di antara multivitamins yang sedia ada di pasaran... dulu2, saya pun pernah beli brand C... hehe, sikit jer vitamins yang ada di dalam nya, tapi harga nya.. erm boleh tahan juga kan. 


Jadi, sekarang... bukan hanya kerana saya pengedar shaklee, tetapi sebagai pengguna yang bijak, kita nak yang terbaik dengan apa yang kita bayar kan. ;) jadual di atas jelas menunjukkan perbezaannya. ;) 

Jom,jom, jom... 

Nak lebih JIMAT? Bulan ni, sempena pelancaran re-formulated vitalea for kids ni... shaklee buat promosi BESAR-besaran... 


Vitalea for kids Buy 3 Free 1!!! Penjimatan 21% dari harga biasa.


Macamana nak dapatkan vitamins yang BEST ni?

Entry berkaitan :Meal ShakeChewable vitamin C , Omega Guard


Usaha...Doa...dan TAWAKAL.

Feel free to LIKE and SHARE

Please do not hesitate to contact me/ comment below for:-


FREE Consultation
Business OPPORTUNITY with Shaklee!!

Isnin, 10 Februari 2014

Rendah Hb...Perlu ke telan pil karat lagi?


Assalamualaikum dan Selamat sejahtera, 

Alhamdulillah... tahniah dan syukur, ramai di kalangan kawan-kawan kita yang berkahwin pada tahun lepas, kini sedang menunggu kelahiran cahayamata pertama mereka.. ada juga yang sudah kahwin beberapa tahun dan kini menambah anak yang ke 2, ke 3, ke 4... 




Tetapi sayang, ada juga yang dah kahwin 3-5 tahun, tetapi masih belum dikurniakan cahaya mata...banyak faktor juga memainkan peranan (termasuk rezeki yang Allah tentukan) dalam mendapatkan cahayamata ni, kekurangan zat besi dalam tubuh adalah salah satu dari faktornya.

Bagi ibu-ibu hamil, yang mengikuti regular medical checkup di klinik kerajaan, sudah biasa dengan istilah 'buku merah' dan 'tulisan merah' jika terdapat kekurangan/risiko semasa checkup tu. 

Masa pregnantkan Amanina dulu, saya selalu la dapat tulisan merah untuk paras hb.. asal bacaan bawah 11 jer.. dah dpt merah..Doktor dan nurse terangkan penting makan pil iron ni, nnt takut baby tak cukup bulan, maknya pun blh sakit... huhu... 




 Doktor bagi pill iron.. ish22.. tak sedap sgt.. rasa mcm karat, bila bacaan bawah 10 (rasanya) kena makan 4biji satu hari.. masa tu, rasa sangat bercinta nak telan.. orang kata, makan la hati & kerang.. saya tak suka makan hati, dan masa tu.. saya tak boleh makan kerang.. nak tak nak, telan je la pil iron tu... tu la.. masa tu belum kenal shaklee lagi, dah takde pilihan la kononnya.  

Jom baca sikit... BAHAYA KAH... kurangnya Zat besi dalam tubuh kita???

RASA letih, tidak sihat, emosi mudah terganggu dan tubuh lemah sering berlaku pada kebanyakan wanita mengandung hingga mereka terlepas pandang dan menganggap ia perkara normal sehingga ia tidak diberikan perhatian serius.
Mereka mengabaikan gejala yang dialami kerana menganggap semua itu adalah kesan akibat perubahan hormon dalam badan, namun sebenarnya bagi seorang daripada tiga wanita, masalah terbabit boleh menandakan gangguan yang lebih serius iaitu anemia atau kekurangan sel darah merah akibat tidak mendapat zat besi secukupnya. 
Memandangkan seorang daripada tiga wanita mengandung mengalami masalah kekurangan zat besi, keadaan itu lebih lazim berlaku daripada yang disangka. 

Walaupun masalah kesihatan itu bukan normal, tetapi ia sering tidak diperiksa atau dirawat menyebabkan ramai ibu dan bayi mengalami kesan kesihatan dalam jangka panjang.

Pakar Obstetrik dan Ginekologi Hospital Pantai Kuala Lumpur, Dr Premitha Damodaran, berkata ramai masih tidak tahu masalah kekurangan zat besi yang serius adalah merbahaya dan ia boleh menyebabkan masalah kesihatan serius bukan saja kepada ibu, tetapi turut memberi kesan pada bayi yang dikandungnya.
Beliau berkata, wanita bukan saja perlu mengambil zat besi yang cukup semasa mengandung, tetapi ia juga penting sebelum proses mendapatkan zuriat. Kepentingan zat besi semakin bertambah selepas melahirkan anak dan sepanjang tempoh menyusukan anak.

Zat besi adalah komponen utama dalam sel darah merah yang menghantar oksigen ke seluruh badan untuk memastikan kelangsungan hidup.


“Oleh itu, wanita yang menghadapi risiko anemia perlu merancang dan menjaga diri ketika hamil serta selepas melahirkan anak dengan mengawasi kandungan darah mereka. 


“Apabila bilangan sel darah merah kurang daripada normal (12 hingga 15mg/dl) wanita menghadapi risiko mengalami jenis anemia yang paling umum iaitu anemia kekurangan zat besi,” katanya.


Menurutnya, kekurangan zat besi dalam badan berpunca daripada diet yang tidak cukup zat besi, penyerapan rendah oleh badan, kesan sampingan ubat tertentu, keadaan genetik, kehilangan darah teruk dan kehamilan. 


Wanita hamil memerlukan zat besi tambahan untuk menghasilkan lebih banyak darah bagi menyokong keperluan khasiat pemakanan diri sendiri dan juga tumbesaran bayi mereka. 


Katanya, dianggarkan wanita memerlukan kira-kira 50 peratus lebih banyak zat besi ketika hamil iaitu pertambahan jumlah daripada 15mg/dl kepada 27mg/dl sehari.


“Malangnya, ramai wanita memulakan kehamilan tanpa mempunyai simpanan zat besi secukupnya untuk memenuhi permintaan lebih tinggi badan terhadap mineral itu, menyebabkan anemia kekurangan zat besi yang berlanjutan berlaku sehingga selepas melahirkan anak,” katanya.


Antara wanita yang berisiko mengalami anemia kekurangan zat besi selepas bersalin ialah:


·  Wanita yang disahkan menghidap anemia kekurangan besi semasa hamil


·  Wanita yang mengalami kehilangan darah berlebihan semasa melahirkan anak


·  Wanita yang sudah beberapa kali melahirkan anak


·  Ibu yang menyusukan bayinya

Bagaimana hendak mengetahui jika seseorang wanita itu mengalami anemia? 

Antara gejala anemia yang sering dilaporkan ialah 
  • pucat
  •  letih
  •  lesu
  • sesak nafas 
  • jantung berdegup laju.


Katanya, anemia ketika hamil dan selepas melahirkan anak sering dikaitkan dengan komplikasi kehamilan yang serius seperti keguguran, kelahiran pramatang, saiz bayi yang kecil, koma dan paling membimbangkan ialah kemungkinan ibu meninggal dunia.


Anemia ketika hamil boleh dikesan dengan penentuan tahap hemoglobin dalam darah melalui ujian darah. 


Sebelum merancang untuk mengandung, wanita juga digalakkan berjumpa doktor dan menilai tahap hemoglobin dalam darah namun malangnya, kebanyakan wanita hanya berjumpa doktor apabila sudah mengandung dan ketika ujian darah dijalankan, mereka sudah pun didapati mengalami anemia ringan.


Wanita hamil yang mempunyai kepekatan darah lebih 11g/dl adalah normal manakala yang mencatat 9 hingga 11g/dl menunjukkan masalah anemia ringan, 7 hingga 8.9g/dl pula anemia sederhana dan bacaan kurang daripada 7.0 mengalami masalah anemia tahap teruk.


Dalam keadaan lebih serius, rawatan perubatan diperlukan memandangkan kumpulan wanita hamil itu menghadapi risiko kelahiran bayi pramatang dan mendapatkan bayi dengan berat badan rendah ketika dilahirkan.


Menurut Dr Premitha, tahap keterukan dan punca anemia menentukan terapi yang akan disyorkan oleh doktor, selain pesakit perlu membuat serba sedikit perubahan gaya hidup dan pemakanan. 


Bagi menambah bekalan zat besi ketika proses mendapatkan zuriat, semasa hamil dan menyusukan bayi, Dr Premitha menyarankan meningkatkan pengambilan makanan kaya zat besi seperti ayam, sayur berdaun hijau, kekacang, hati, bijirin penuh, buah-buahan kering seperti prun dan kismis, kekacang, tembikai, labu, bijan dan tauhu. 


“Dalam kebanyakan kes, doktor mengesyorkan pil zat besi tambahan untuk merawat anemia. Pilih rumusan besi yang boleh diterima oleh badan kerana ia penting untuk memulihkan kekurangan hemoglobin dan mengoptimumkan penyerapan zat besi, membantu wanita menangani anemia semasa hamil dan juga mengurangkan kesan sampingan seperti sembelit. 


“Wanita yang menghadapi risiko anemia juga boleh mempertimbangkan pilihan zat besi tambahan dengan salutan perasa untuk melindungi rasa logam,” katanya.


Selain itu, bagi meningkatkan keberkesanan terapi zat besi, ibu disyorkan mengambil zat besi, folat, kuprum dan zink tambahan bersama makanan untuk mengurangkan kesan rencatan. 


Vitamin C tambahan disyorkan diambil bersama makanan kerana diketahui meningkatkan serapan zat besi manakala teh dan kopi mengurangkan serapan zat besi jika diambil satu atau dua jam sebelum mengambil zat besi tambahan. 


Kalsium tambahan pula disyorkan diambil secara berasingan daripada zat besi, contohnya sebelum tidur, untuk mengurangkan rencatan kepada penyerapan zat besi. 


Menurut Dr Premitha, wanita perlu terus mengambil makanan kaya dengan zat besi dan pemakanan tambahan sehingga mereka berhenti menyusukan bayi atau selama enam bulan selepas melahirkan anak, yang mana lebih lewat.


Katanya, dalam kes anemia serius dan mengancam nyawa, wanita mungkin perlu dimasukkan ke hospital, diberikan pemindahan darah atau suntikan zat besi.


“Wanita hendaklah sentiasa memastikan kesihatan mereka dengan melakukan ujian darah apabila merancang untuk hamil, semasa hamil dan empat hingga enam minggu selepas melahirkan anak. “Mereka boleh mengekalkan kecergasan masing-masing dengan mengambil jumlah zat besi yang secukupnya daripada makanan dan pemakanan tambahan yang membantu meningkatkan paras hemoglobin darah.


“Mereka dinasihatkan mendapatkan bantuan perubatan serta-merta jika terdapat simptom kekurangan zat besi,” katanya.


Memahami anemia dan kehamilan


Wanita hamil memerlukan 50 peratus lebih banyak zat besi.


Golongan berisiko adalah wanita yang pernah disahkan menghidap anemia ketika kehamilan terdahulu, pernah mengalami kehilangan darah berlebihan semasa melahirkan anak, wanita yang sudah melahirkan anak beberapa kali dan ibu yang sedang menyusukan bayi.
Artikel ini di petik dari http://www.hmetro.com.my/articles/Bahayakekuranganzatbesi/Article/

InshaAllah untuk next pregnancy, saya dah tak perlu ambil pil iron yang sangat tak sedap tuh,

Sebab sekarang pun saya dah makan vitalea, vitamin C, bcompleks dan ESP... cadangan vitamins untuk kesihatan yang optimum. Memang terasa la ke'iron'an nya... sikit2 mcm IRONMAN tu.. hehe.. alhamdulillah. 

Vitalea dah ada iron + 28 vitamins lain... ;) tambah dengan vitamin C untuk membantu penyerapan iron di samping meningkat imunisasi badan dan bcompleks membantu menukarkan makanan kepada tenaga...


Di antara testimoni pengguna Shaklee..


bacaan hb meningkat



Rakan-rakan yang hamil sekalian, mahupun yang mahu hamil dan yang telah bersalin... 
Bantu diri sendiri, untuk dapatkan supplement untuk diri dan anak yang lebih sihat dan cergas, inshaAllah. 


Nak tahu apa yang ada dalam set hamil, menyusu, pantang..

Perkembangan bayi minggu ke minggu :

Terima kasih kerana meluangkan masa...

Sila ‘LIKE’ dan ‘SHARE’ sekiranya anda rasa kisah ini bermanfaat untuk dikongsikan.
Sila 'COMMENT' untuk sebarang tambahan/ penambahbaikan.. terima kasih




Surirumah & Media : Bersama Membangun Potensi Suri Rumah Rahmah

 𝗦𝘂𝗿𝗶𝗿𝘂𝗺𝗮𝗵 𝗱𝗮𝗻 𝗠𝗲𝗱𝗶𝗮  Alhamdulillah, di izinkan Allah untuk hadir 2 hari 𝑩𝒆𝒏𝒈𝒌𝒆𝒍 𝑷𝒆𝒏𝒈𝒖𝒓𝒖𝒔𝒂𝒏 𝑴𝒆𝒅𝒊𝒂 𝑺...