Us Ajmain Safar:
PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS
Puasa Ramadhan Menghapuskan Dosa Yang Lalu
عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَنْ صَامَ رَمَضَانَ إِيمَانًا وَاحْتِسَابًا غُفِرَ لَهُ مَا تَقَدَّمَ مِنْ ذَنْبِهِ
Dari Abu Hurairah RA berkata, Rasulullah SAW bersabda: "Barangsiapa yang berpuasa Ramadan kerana iman dan penuh keikhlasan (mengharap rahmat Allah), maka akan diampuni dosa-dosanya yang telah lalu". (HR Bukhari No: 37) Status: Hadis Sahih
Pengajaran:
1. Berpuasa atas dasar iman ialah melaksanakan ibadat puasa dengan meyakini akan kewajipan melaksanakan ibadat puasa kerana perintah Allah.
2. Ihtisab adalah melakukan ibadat puasa dengan ikhlas, menyempurnakan ibadat puasa dengan memelihara perkara yang boleh merosakkan puasa dan hanya mengharap pahala dari Allah. Tidak merasa berat melaksanakannya dan tidak hanya sekadar mengikuti kebiasaan orang sekitar.
3. Puasa yang dilakukan atas dasar keimanan dan penuh keikhlasan akan menjadi penghapus dosa-dosa yang lalu (dosa kecil). Rasulullah SAW bersabda:
عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ كَانَ يَقُولُ الصَّلَوَاتُ الْخَمْسُ وَالْجُمُعَةُ إِلَى الْجُمُعَةِ وَرَمَضَانُ إِلَى رَمَضَانَ مُكَفِّرَاتٌ مَا بَيْنَهُنَّ مَا اجْتُنِبَتْ الْكَبَائِرُ
“Solat lima waktu yang didirikan, satu Jumaat ke Jumaat yang berikutnya dan satu Ramadan kepada Ramadan yang berikutnya maka akan menghapuskan dosa-dosa antara keduanya selama mana dijauhi dosa-dosa besar".( HR. Ahmad No: 8830) Status Sahih
Semoga ibadat Puasa yang dilaksanakan bersungguh-sungguh akan menjadi instrumen menghapuskan dosa-dosa kita yang lalu.
Jom Gandakan Perubahan
RAMADAN MUBARAK MEMBINA GENERASI RAHMAH
#Semarak Ibadah Memacu Perubahan#
#Malaysia Menuju Negara Rahmah#
Pertubuhan IKRAM Malaysia Negeri Johor
18hb Mei 2018
02hb Ramadan 1439H
Utk dapatkan 1 Hari 1 Hadis Pertubuhan Ikram Malaysia Negeri Johor, sila klik link di bawah :
telegram.me/hadisharian_ikram
Ingin menyertai 1 hari 1 hadis dalam bahasa English? Sila klik link di bawah:
https://t.me/ahadithadayAHAD
Berkongsi Idea, Pengalaman dan Pandangan mengenai kehidupan , Islam, perkembangan kanak-kanak, supplemen semulajadi, masakan, pemakanan, kehidupan sebagai usahawan, dan banyak lagi...
Memaparkan catatan dengan label puasa. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label puasa. Papar semua catatan
Rabu, 16 Mei 2018
Rabu, 31 Mei 2017
Pemakanan anak waktu puasa - Apa kata doktor
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
Alhamdulillah, bertemu lagi kita di bulan Ramadhan yang mulia ini. Antara cabaran bagi ibu2/pengasuh di bulan puasa ini ialah menyediakan makanan untuk anak yang tidak berpuasa dalan bulan Ramadhan ini. yelah kalau mak2 nya dapat cuti, lain citer, mak nak makan sekali. hehe. ini kes anak je nak makan. Apa kata doktor? jom jemput baca. saya baca di fb dan percaya ramai ibu2 yang pening juga.
Pemakanan anak waktu puasa.
Selalunya saya akan berikan
pesanan ini dalam bulan puasa tetapi kali ini , saya nak berikan
peringatan ini awal sebab saya kesian anak-anak semasa bulan puasa
apabila ibu/bapa atau penjaga tidak memberikan perhatian anak-anak yang
terlalu kecil untuk puasa tidak diberikan makanan sempurnya .
Jangan dipaksa anak bawah 6 tahun berpuasa penuh, puasa perlu ikut
kemampuan anak dan anak kecil lagi mudah terjejas bila tidak makan dan
minum .
Makanan anak waktu bulan puasa.:
1. Anak kecil perlukan makanan seimbang. Jika anak diberi biskut dan makanan kering atau sisa makanan waktu siang, mungkin tidak cukup dari segi nutrisi . Ditambah pula dengan terlalu banyak kuih muih serta air manis semasa berbuka, ini menyebabkan anak itu tidak makan makanan seimbang. Ini akan menyebabkan sistem immune dia menurun. Menjelang hari raya, mungkin anak akan jatuh sakit .
2. Anak diberikan sisa makanan semasa berbuka hari yang sebelumnya . Bukan tak boleh tapi jaga kesegaran makanannya . Sisa makanan yang tidak habis perlu disimpan dalam peti sejuk selepas makan . Simpan dalam bekas bersesuaian dan panaskan sebelum dimakan semula. Buang sisa makanan yang ada dalam peti sejuk lebih tiga hari kecuali makanan adalah jenis kering dan tahan lama . Jika lauk pauk hendak disimpan lama, masukkan dalam freezer .
3. Jika anak diberikan makan lauk yang hampir basi atau mungkin tidak nampak basi tetapi sudah dibiarkan diluar lebih dari 6 jam, keracunan makanan mungkin berlaku. Lauk berkuah yang ada santan atau susu lagi cepat basi dari lauk digoreng kering.
4. Se eloknya sediakan makanan seimbang dan segar untuk anak kita.
#suriyapuasa
Di petik dari fb page Dato' Dr Suriyakhatun
...
Alhamdulillah tahun ni, Amanina yang berumur 5thn 7bulan dengan sendiri nya nak cuba puasa seperti orang lain. Saya tidaklah memaksa, tetapi sentiasa menggalakkan. Alhamdulillah 3hari/5hari beliau berjaya puasa sehingga magrib, walaupun dalam keadaan travelling dan mengikuti kem Ramadhan. 2 hari lagi? beliau kurang makan pada waktu sahur, sekitar jam 12, dah mula merengek... oklah, kita bagilah greenlight. lauk paling mudah tetapi menjadi kegemaran anak3, nasi + telur goreng + kicap + tomato ... sedap sehingga licin pinggan.
Anas? Alhamdulillah anas sangat mementingkan 'makan sayur'. kalau makan nasi tanpa sayur tu, terasa tak lengkap. anas akan specifically request untuk sayur, tu yang biasanya standby je tomato/salad/timun. ni yang mereka suka sangat pun. ;) Amni pun sama la juga.
Alhamdulillah. sebolehnya cuba juga untuk menyediakan makanan seimbang untuk seisi keluarga. ada sumber karbohidrat, protein, lemak, kalsium, dan vitamins lain. Selain tu, boleh lengkapkan nutrisi dengan supplement yang telah kami amalkan sejak 2013. ;)
Alhamdulillah. mereka semua selalu sihat, dan jika demam pun, cepat sembuh. alhamdulillah. sebahagian dari usaha untuk kesihatan anak2. beri makan yang seimbang + sihat dan topup dengan vitamins dalam bentuk supplement.
Alhamdulillah. buat siapa yang consistent, memang boleh rasa perbezaannya. nak cuba?
Jom hubungi saya segera...
Anisah 0136216522

Sabtu, 22 April 2017
Debaran Ramadhan... Jom siap sedia.
Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Dup dap... Debaran Ramadhan kian terasa.
Hari ni dah 25 Rejab ... Maknanya sekitar 35 hari lagi kita akan menyambut bulan yang ditunggu2... Ramadhan Al-mubaraq.
Padanlah sekarang ni, ramai yang pulun ganti puasa dan juga puasa sunat rejab. Alhamdulillah. Meraikan peluang yang ada untuk beribadat. InshaAllah.
Padanlah sekarang ni, ESP, mealshakes dan performance drink out of stock, menunggu shipment dari USA. Ramai yang dah borong dulu buat bekalan menuju ramadhan. InshaAllah.
Jadi... Jom2 boleh standby pre-order... Stock sampai je. Jom kita serbu.
Semoga ramadhan tahun ni lebih baik dari tahun2 lalu dan kita kekal bertenaga sepanjang hari untuk menunaikan rutin harian. Aamin.
Isnin, 10 Oktober 2016
Perkongsian hadis : Puasa Asyura
PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS
Berpuasa Hari Asyura Kecintaan Kepada Rasul
عَنْ ابْنِ عَبَّاسٍ قَالَ قَدِمَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ الْمَدِينَةَ وَالْيَهُودُ تَصُومُ عَاشُورَاءَ فَقَالُوا هَذَا يَوْمٌ ظَهَرَ فِيهِ مُوسَى عَلَى فِرْعَوْنَ فَقَالَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ لِأَصْحَابِهِ أَنْتُمْ أَحَقُّ بِمُوسَى مِنْهُمْ فَصُومُوا
Dari Ibnu 'Abbas dia berkata; "Rasulullah SAW tiba di Madinah, baginda melihat kaum Yahudi berpuasa pada hari Asyura`, mereka berkata; "Lebih tepatnya pada hari Musa mengalahkan Fir'aun. Maka Rasulullah SAW bersabda kepada para sahabatnya: "Kalian lebih berhak terhadap Musa daripada mereka, maka berpuasalah." (HR Bukhari No: 4312) Status: Sahih
Pengajaran:
1. Ibadat Puasa adalah antara syariat yang diwajibkan keatas umat terdahulu. Puasa Hari Asyura adalah antara syariat Nabi Musa sebagai tanda bersyukur diselamatkan dari Firaun dan tenteranya.
2. Rasulullah SAW berpuasa pada hari Asyura sejak sebelum kewajipan berpuasa Ramadan dan mengajak para sahabat juga berpuasa.
3. Kita sebagai umat Islam lebih wajar menunjukkan tanda kecintaan kepada para Rasul termasuk Nabi Allah Musa. Antara tanda kecintaan itu dengan berpuasa pada hari Nabi Allah Musa mengalahkan Firaun dan tenteranya yang ditenggelamkan di laut Merah.
Moga Allah sentiasa menjadikan kita orang yang cinta dan kasih kepada para RasulNya.
#Malaysia Menuju Negara Rahmah#
Pertubuhan IKRAM Malaysia Negeri Johor
11hb Oktober 2016
10 Muharam 1438H
Salam Maal Hijrah,
Anisah 0136216522
Ahad, 5 Jun 2016
Salam Ramadhan 1437
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
ُِSalam pagi Isnin
1 Ramadhan 1437H,
6 Jun 2016.
Ramadhan tiba lagi, alhamdulillah...bulan yang terbaik, dalam bulan2 Islam, bulan yang terkandung lailatulqadr, bulan pengampunan, rahmat sepanjang bulan.
Ampun maaf zahir dan batin dari saya Dan keluarga. Saya ampunkan semua silap Dan salah andaiada di antara kita. 0-0 ya .
Moga Ramadhan tahun ini, Ramadhan yang lebih baik dari ramadhan sebelum2 ni. Moga Allah permudahkan urusan ibadat kita untuk kesejateraan dunia akhirat.
Kiriman doa di pagi hari...yang sangat bermakna. Jom sama2 menghayatinya dan moga Allah makbulkan doa kita semua...
بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِ
ٍ
اَلْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ وَالْعَاقِبَةُ لِلْمُتَّقِيْنَ وَلاَ عُدْوَانَ إِلاَّ عَلَى الظَّالِمِيْنَ وَالصَّلاَةُ وَالسَّلاَمُ عَلَى أَشْرَفِ اْلأَنْبِيَاءِ وَالْمُرْسَلِيْنَ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْن
Ya Allah kami memohon taufik dan hidayah Mu agar kami dapat kekuatan iman untuk kami berpuasa dan menghidupkan malamnya dengan beribadah.
Ya Allah berkatilah diri kami dan ampunilah kami atas kelalaian kami Ya Allah.
Ya Allah panjangkanlah umur kami agar kami dapat meningkatkan ibadah kami dan ketaatan kami kepada Mu Ya Allah.
Ya Allah, sucikanlah hati kami dan lembutkan hati kami agar kami senang menerima teguran dan ilmuMu Ya Allah.
Ya Allah Ya Tuhan kami, tunjukkanlah kami jalan untuk mensyukuri nikmat Engkau yang telah Engkau berikan kepada kami dan kepada ibu bapa kami supaya kami dapat berbuat amal yang soleh yang engkau redhai Ya Allah.
Ya Allah sesungguhnya kami bertaubat kepada Engkau dan sesungguhnya kami adalah orang-orang beriman Ya Allah.
Ya Rabb hanya kepada Engkau kami memohon dan meminta petolongan Ya Allah.
Ya Allah ringankanlah beban kami dan permudahkan urusan kami Ya Allah.
Ya Allah sucikan jiwa kami dan perlindungi kami daripada ilmu yang sesat dan menyesatkan.
Ya Allah jauhkan juga kami daripada sifat yang keji dan mungkar Ya Allah.
Ya Allah ringankanlah diri ini untuk memperbanyakkan ibadah kami kepadaMu Ya Allah.
Ya Rahman Ya Rahim Engkau peliharalah kami dan lindungilah kami agar kami sentiasa dalam sihat sejahtera, aman bahagia selamanya.
Ya Allah kurniakanlah kami taufiq dan hidayah Mu agar kami sentiasa rajin berusaha untuk kecemerlangan di dunia serta dan akhirat Ya Allah.َ
َYa Allah kami memohon Ya Allah, kurniakanlah kepada kedua-dua ibubapa kami tempat yang istimewa di syurgaMu Ya Allah. َ
Ya Allah Ya Ghaffar ampunkanlah dosa-dosa kami, dosa kedua-dua ibubapa kami, pasangan hidup kami, anak2 kami, kaum keluarga kami, guru-guru kami, sahabat-sahabat kami serta sekalian muslimin muslimat di mana saja mereka berada.
Selawat dan salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad SAW serta ahli keluarga dan para sahabatnya.
Segala puji pujian hanya untukMu Ya Allah.
رَبَّنَا ظَلَمْنَا أَنْفُسَنَا وَإِنْ لَّمْ تَغْفِرْلَنَا وَتَرْحَمْنَا لَنَكُوْنَنَّ مِنَ الْخَاسِرِيْنَ
رَبَّنَا ءَاتِنَا فِى الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِى اْلآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ
وَصَلَّى الله ُعَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمَ
وَالْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ الْعَالَمين.ِ
Sila share.َ

Khamis, 18 Jun 2015
Selasa, 4 Februari 2014
BAHAYA Dehidrasi... boleh membawa MAUT!!!
Dalam dua tiga minggu kebelakangan ini, cuaca di
Malaysia agak panas dan boleh menyebabkan dehidrasi dan bertambah buruk jika
kita tidak tangani dengan baik... boleh membawa maut.
Laporan cuaca boleh di dapati di
http://www.met.gov.my/
Di antara tanda-tanda dehidrasi : Ulcer mulut, bibir
pecah, badan tak bermaya, kulit kering.
![]() |
| Dipetik dari http://www.tc.gc.ca/eng/civilaviation/publications/tp202-3-02-v023-3329.htm |
Bila panas2 ni, batuk, selsema dan demam juga senang
'menyerang' kita.. dan sudah tentu kebanyakan dari kita akan cari minuman
isotonik sbg meningkatkan elektrolit dalam badan.
Peniaga di kedai runcit di kawasan rumah saya
maklumkan..- air 1++ mmg laku sgt skrg ni. bukan tak salah minum air tu.. cuma
manis + bergas sgt kan.. kalau minum byk, nanti takut lain pulak jadi nya.
Jadi jika anda sedang mencari minuman elektrolit,
pastikan pilihan anda adalah yang terbaik untuk diri sendiri dan keluarga anda.
Pilihan saya semestinya Performance Drink Shaklee.
![]() |
| Kali ni, saje saya campurkan dengan fresh orange juice.. kalau nak bancuh dgn air sahaja pun ok je |
Penghilang Dahaga untuk Si Juara
Penyahhidratan merupakan penyebab biasa bagi kelesuan
dan tahap pencapaian yang kurang memberangsangkan bagi para atlet. Shaklee
Performance® terbukti secara klinikal
untuk menyokong tahap hidrasi berbanding air. Tambahan pula, Performance mempunyai lebih banyak elektrolit dan menyalurkan lebih banyak tenaga
berbanding jenama minuman hidrasi yang lain.
Campuran Elektrolit OPTI-LTYE™ proprietary dengan
campuran unik karbohidrat dapat memberikan tenaga segera dan berkekalan bagi
menyokong hidrasi optimum.
Terbukti
secara klinikal
Ujian makmal terhadap atlet dengan pencapaian
cemerlang menunjukkan yang Performance Shaklee dapat:
- Mengurangkan kehilangan bendalir bagi meningkatkan hidrasi
- Memberikan spektrum elektrolit yang menyeluruh termasuk kalsium dan magnesium (bukan untuk jenama unggul)
- Memelihara tahap gula dalam darah bagi mengekalkan keupayaan tenaga dalam meningkatkan stamina.
Dapatkan yang
Terbaik, Serlahkah yang Terbaik
Nutrisi untuk para atlet sukan Shaklee memberikan apa
yang tubuh anda perlukan; sebelum, semasa dan selepas latihan, dengan formula
yang terbukti secara klinikal dapat
membantu anda bertahan lebih baik, berlatih lebih lama dan kembali bertenaga
dengan lebih cepat.
Jaminan
Ketulenan Shaklee
Tidak mengandungi perasa tiruan,
pemanis atau sebarang bahan pengawet
tambahan.
Sumber :
shaklee.com.my
Jangan pandang remeh kepentingan minuman elektrolit
kerana jika kandungan elektrolit tak seimbang dalam badan atau terganggu, ia
boleh membawa maut.
Kalau anda mengalami haus terlampau, kulit bibir
mengelupas atau rasa mual itu juga tanda2 badan sedang menghadapi tahap
dehidrasi yang terlampau. jadi sila lah bancuh segelas Performance Drink hari
ini. Ia memberi tahap hidrasi lebih baik berbanding air biasa. Pasti
berbaloi...
P.S : Performance drink juga sangat baik bagi mereka
yang demam/demam denggi... (medically pun, treatment utk denggi mmg bagi air
elektrolit).
Please do not hesitate to contact me/ comment below for:-
FREE Consultation
Business OPPORTUNITY with Shaklee!!
Isnin, 15 Julai 2013
Siapa kata wanita hamil tidak boleh puasa?
Assalamualaikum... dan Selamat Beramal Ibadat di Bulan Ramadhan 1434H ini.
....
KAJIAN kesihatan mendapati ibu mengandung yang berpuasa tidak menjejaskan kandungan walaupun kadangkala tidak selesa terutama pada tahap tiga bulan pertama kandungan. Pakar Perbidanan dan Sakit Puan Hospital Pakar Ampang Putri, Dr Ariza Mohamed, berkata ibu hamil masih boleh berpuasa kerana ia tidak memberi kesan kepada perkembangan bayi.
(sumber :Islam Itu Indah)
Supplement yang di cadangkan untuk ibu hamil & menyusu : Set Hamil, Pantang dan Penyusuan
Cadangan Sahur seisi keluarga : Kekal Bertenaga Di Bulan Ramadhan
Testimoni mereka yang puasa ketika hamil
Hubungi saya untuk:-
FREE CONSULTATION
Baru-baru ini ada seorang kenalan melahirkan kerisauan ... " suami tak kasi puasa, sbb kesian kat anak" Jadinya pada 1 Ramadhan 1433 beliau pun tak puasa la, tapi biasalah di bulan Ramadhan ni kalau tak puasa pun, bukan boleh nak makan sesuka hati. Segan la walaupun duduk kat rumah je. Jadinya nama je tak puasa, tapi tak makan sangat pun. Baby ok jer, badan pun ok je Macam takde kemudaratan je kan?
Selepas tu, 2 Ramadhan beliau cuba untuk puasa.. Alhamdulillah, berkat sahur dan berbuka dengan makanan seimbang. Alhamdulilah berjaya puasa sehingga 29 Ramadhan. 30 Ramadhan Dr sarankan beliau untuk tidak berpuasa sbb dah ada tanda nak bersalin... Alhamdulilah beliau selamat bersalin malam ke2 Syawal 1433. Alhamdulilah anak dan ibu sihat dan selamat.

Pengalaman saya sendiri, anak pertama lahir pada 15 Ramadhan 1430H... alhamdulilah sempat berpuasa 11hari .Ada hari tak dpt puasa sbb kena checkup - minum air gula yang amat tak sedap- sbb suspect diabetic dan ada yang sbb baby dah meragam dalam perut (aktif bukan main, sampai nampak pergerakannya di luar perut) dan ada juga maknya rasa mcm tak tahan sgt (gatal tak bgn sahur). Sayang juga rugi 4 hari... + 15hari sbb nifas.
Dulu sebelum ada anak, Syawal je saya dah mula ganti puasa.. selepas tu di ikuti dgn puasa sunat isnin khamis di niatkan sekali utk ganti puasa. Alhamdulilah sekejap je dah habis ganti.
SubahanaAllah nak ganti puasa yang 19hari... dgn BF anaknya (alasan je kot?) ..cabarannya sampai ke bulan Syabaan baru habis ganti.
Masa pregnant anak kedua, bulan Ramadhan 1432H, kandungan baru berumur 7 bulan..Alhamdulilah dapat puasa almost sebulan. Terpaksa buka 2 hari sbb macam nak kena baby aktif, mama tak bgn sahur. (aip, mama ni kan)

Jadinya, buat warga ibu hamil sekalian, selagi boleh berpuasa.. berpuasa la di bulan Ramadhan ni. Kalau dapat puasa penuh, lagi baik... Nikmat dan pahala berpuasa di bulan Ramadhan ini kita tak kan dapat di bulan lain.
Masa tu saya belum terjumpa produk shaklee.. tak tahu mudahnya kalau sahur dgn minum air je pun, inshaAllah dpt berpuasa & energetic sampai ptg..
Masa tu saya belum terjumpa produk shaklee.. tak tahu mudahnya kalau sahur dgn minum air je pun, inshaAllah dpt berpuasa & energetic sampai ptg..
Sekarang ni bila baca ramai yang bagi testimoni dapat kekal bertenaga & puasa dgn bersahur dan berbuka dgn ESP + Performance Drink + Mealshake... InshaAllah saya boleh... anda pun boleh!
Buat ibu hamil ada set khas buat ibu sekalian.. baik utk kandungan dan ibunya juga!
Buat ibu hamil ada set khas buat ibu sekalian.. baik utk kandungan dan ibunya juga!
Artikel di bawah ni menerangkan kajian puasa tidak membahayakan kandungan...
Selamat membaca...
....
KAJIAN BUKTI PUASA TAK JEJAS PERKEMBANGAN BAYI DALAM KANDUNGAN

“Ibu mengandung boleh berpuasa, membaca al-Quran terus menerus dan doa untuk kesihatan bayi dalam kandungan,” katanya yang tidak menafikan cabaran ibu mengandung terutama loya, muntah, pening dan gastrik pada tiga bulan pertama menyebabkan badan kekurangan air hingga ada terpaksa menerima rawatan di hospital.
Beliau berkata demikian pada seminar Penghayatan Ramadan anjuran Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM) Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dengan kerjasama Hospital Pakar An Nur dan Persatuan Perubatan Islam Malaysia di Bangi, baru-baru ini.
Dr Ariza berkata, proses dehidrasi menjadikan ibu lemah, berat berkurangan tetapi biasanya keadaan itu tidak menjejaskan bayi. Begitu juga bagi ibu pada peringkat tiga bulan terakhir terpaksa berhadapan dengan keletihan, sukar untuk fokus, tidak dapat tidur dengan baik dan berat badan mungkin statik atau berkurang.

“Dalam keadaan itu bayi tidak terjejas kerana mereka mendapat cukup makanan daripada ibu. Jika mampu ibu mengandung boleh berpuasa tetapi boleh berbuka apabila mengalami muntah yang teruk. Cuma dari segi menggantikan puasa, ada perbezaan pendapat,” katanya.
Beliau berkata, risiko ibu yang menyusukan anak apabila berpuasa ialah kurang susu dan menyebabkan anak menangis. Sedangkan susu ibu adalah makanan lengkap bayi dan WHO menyarankan enam bulan pertama eksklusif susu ibu tanpa dicampur susu formula.
“Bagi ibu menyusukan anak, dibolehkan berbuka puasa seperti ibu mengandung. Cuma bagi yang mengandung, ada berpendapat tidak perlu berpuasa tanpa berusaha sedangkan Ramadan memberi banyak manfaat,” katanya sambil menasihatkan wanita hamil melewatkan sahur, makan tamar serta susu ketika sahur dan makanan tinggi serat, berehat tengah hari dan memastikan berbuka dengan makanan yang memberi tenaga segera.
Sementara itu, Pakar Perunding Perubatan Hospital Pakar An Nur, Dr Norshinah Kamarudin meminta penghidap kencing manis bersahur, jangan melewatkan berbuka dan tidak makan berlebihan. Pesakit boleh mengubah dos ubat. Jika dos biasa diambil waktu pagi boleh ditukar kepada berbuka sementara dos diambil sebelum makan malam ditukar kepada waktu bersahur.
“Pengubahsuaian dos insulin perlu dilakukan dengan bimbingan doktor selain melakukan ujian tahap gula dalam darah pada waktu tertentu seperti sebelum bersahur, tiga hingga empat jam kemudian atau sebelum berbuka dan tiga hingga empat jam selepas itu.
“Minum cukup air, menggantikan air selepas buang air dan elak minuman manis,” katanya.
Supplement yang di cadangkan untuk ibu hamil & menyusu : Set Hamil, Pantang dan Penyusuan
Cadangan Sahur seisi keluarga : Kekal Bertenaga Di Bulan Ramadhan
Testimoni mereka yang puasa ketika hamil
Anisah
7 Ramadhan 1434H/16 Julai 2013
Hubungi saya untuk:-
FREE CONSULTATION
and
BUSINESS OPPORTUNITY WITH SHAKLEE!!!

Anisah Khalid
Shaklee ID : 963691
Call / SMS 0136216522
Shaklee ID : 963691
Call / SMS 0136216522
FB : ANISAH KHALID
Langgan:
Catatan (Atom)
Surirumah & Media : Bersama Membangun Potensi Suri Rumah Rahmah
𝗦𝘂𝗿𝗶𝗿𝘂𝗺𝗮𝗵 𝗱𝗮𝗻 𝗠𝗲𝗱𝗶𝗮 Alhamdulillah, di izinkan Allah untuk hadir 2 hari 𝑩𝒆𝒏𝒈𝒌𝒆𝒍 𝑷𝒆𝒏𝒈𝒖𝒓𝒖𝒔𝒂𝒏 𝑴𝒆𝒅𝒊𝒂 𝑺...
-
Assalamualaikum dan Selamat Menemani dan menghadapi peperiksaan, InshaAllah bermula hari ini, adik bongsu saya dan calon UPSR seluruh neg...
-
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera, Hari ini ada rakan kongsikan kisah saidatina Khadijah yang wajar sangat kita semua ambil tahu. ...
-
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera, Apa khabar anda hari ini? Di doakan sihat sejahtera fizikal & mental nya. Seram tengok berita sek...