Memaparkan catatan dengan label nasihat. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label nasihat. Papar semua catatan

Isnin, 8 Oktober 2018

Sharing dari Seminar Keluarga Sunnah

Assalamualaikum..

Dah lama teringin nak pergi ke seminar keluarga sunnah. Alhamdulillah hari ni ada yang share di whatsapp point yang beliau dapat semasa seminar tersebut. In sha Allah ada rezeki nanti nak pergi juga dengan suami tersayang. yelah, bila kita sendiri ke seminar, in sha Allah boost up semangat dan lebih banyak belajar benda baru juga mengingatkan diri pada ilmu yang pernah di ajar.



...
Beberapa points penting yang saya belajar daripada 4 tokoh yang amat saya kagumi (Ustaz Ebit Lew, Ustazah Fatima Syarha, Ustaz Pahrol dan Ustaz Hariyanto) di Seminar Keluarga Sunnah di Matrade KL, Sabtu lepas.
.
Baca, jgn scroll je.. rugi besar kalau tak baca sampai habis.. sgt bermanafaat... tapi kalau malas baca tu x dapek den nk tolong..
Baca dan perlahan-lahan ubah ke arah yang lebih baik.
Kita usaha sama-sama, ok?
.
.
🔴 Jaga solat awal waktu, PASTI keluarga akan bahagia. Beza orang yang sekadar solat dengan orang yang solat di awal waktu, ibarat langit dan bumi. Jauh bezanya. Dan Allah akan hujani rezeki pada rumah orang-orang yang jaga solat di awal waktu.
.
🔴 Wujudkan ta'lim dalam rumah sekurang-kurangnya 30 minit setiap hari. Ta'lim adalah sesi berkumpul sekeluarga dan bercerita tentang Allah, kisah nabi, tafsir quran, atau hadis2. Jadikan rumah kita sebahagian dari taman syurga.
.
🔴 Wujudkan 3 waktu ini dalam keluarga, sekurang-kurangnya sekali sehari: Solat berjemaah, Makan berjemaah, dan Bercerita/berbual.Dan dalam ketiga-tiga waktu ini, haramkan handphone dan TV.
.
🔴 Menguap atau melihat handphone ketika pasangan atau anak-anak sedang bercerita, adalah akhlak yang sangat buruk.
.
🔴 Sebut nama pasangan dan anak-anak dalam doa selepas solat, setiap hari.
.
🔴 Banyakkan menyebut "ya arhamar rahimin" (Yang Maha Pengasih dan Penyayang). Supaya setiap anggota keluarga kita juga sentiasa ada dua sifat itu-- penyayang dan pengasih.
.
🔴 Hindari sikap MALAS. Buang perkataan MALAS dalam kamus hidup. Allah benci orang yang malas, Allah menyempitkan rezeki orang yang malas. Kurangkan tidur, kurangkan makan, kurangkan social media, kurangkan berhibur. Kerana itu punca malas.
.
🔴 Tanda Allah sayang keluarga kita ialah bila setiap ahli keluarga mampu berlembut dan bertoleransi sesama sendiri. Kalau kita masih berkasar, kerap bertelingkah, kuat merajuk, pentingkan diri sendiri, maksudnya keluarga kita masih jauh dari Allah.
.
🔴 Orang yang paling kaya dan bahagia adalah orang yang kenal Allah, percaya Allah, RASA Allah sentiasa melihat, dan yakin setiap musibah dan nikmat itu adalah kerana kasih sayang Allah.
.
🔴 Apa ciri-ciri rumah yang Allah suka? Rumah yang sentiasa bersedia menyambut Rasulullah saw sebagai tetamu. Bayangkan Rasulullah nak datang rumah kita petang ni. Adakah kita akan malu atau mengelak? Adakah kita akan sorokkan mana2 majalah, DVD, frame gambar? Adakah kita akan hulurkan Quran yang berhabuk (dah lama tak baca) kepada Rasulullah? Atau adakah kita dalam keadaan yang sentiasa bersedia untuk menyambut Rasulullah, dan yakin baginda akan suka berkunjung ke rumah kita? Tepuk dada.
.
🔴 Nafkah wajib seorang suami kepada isterinya ada 3: Tempat tinggal, Makanan, Pakaian. Suami isteri yang tinggal di rumah mak atau mak mertua atas sebarang sebab, bermaksud suami belum menyempurnakan nafkah tempat tinggal. Tapi kalau tiada pilihan, suami tetap perlu beri bayaran sewa (atau sumbangan setimpal) kepada tuan rumah, bagi menyempurnakan nafkah tersebut. Ini kewajipan. Dan kalau tak ditunaikan, suami akan menanggung dosanya, dan boleh jadi asbab rezeki keluarga sempit dan rumahtangga tak bahagia.
.
🔴 Rasulullah saw tak pernah merungut apabila makanan yang disediakan isterinya tak sedap, kekurangan pada sikap/layanan isterinya, kenakalan anak-anak, sikap ego orang tua, rajuk/cemburu isterinya, atau sebarang kesusahan dalam rumahtangga. Rasulullah tak pernah merungut. Kerana merungut adalah salah satu tanda hati telah hitam.
.
🔴 Macam mana nak bersihkan hati yang hitam? Rajin basuh toilet, bersihkan rumah. Kerja-kerja "kotor" sebegini akan membersihkan hati dan menundukkan jiwa. Sambil bersihkan tandas, repeat dalam hati--
"Rajiah, kau bukan siapa-siapa, kau takde apa-apa, kau tak pernah buat apa-apa. Semua kebaikan yang ada pada kau, adalah kuasa dan pertolongan Allah semata-mata." 😭
.
🔴 Setiap kali kita nampak keburukan atau kekurangan pada pasangan dan anak-anak--
SABAR.
Betulkan diri sendiri dulu. Kadang2 kekurangan itu bukan pada pasangan atau anak-anak, tapi pada diri sendiri yang gagal bersyukur, gagal mendidik dan gagal menjadi contoh yang baik. Orang yang betul2 yakin dengan Allah, tak pernah pandang rendah pada orang lain, termasuk dirinya sendiri.
.
🔴 Setiap kali buat kebaikan, jangan harapkan pujian daripada pasangan, tapi harapkan Allah pandang dan Allah sayang. Sebab bila Allah sayang, automatik seluruh makhlukNya sayang pada kita.
.
🔴 Kekalkan mawaddah (romantik) dalam rumahtangga. Jalan pegang tangan, baring atas riba pasangan, peluk pasangan, pandang wajah pasangan dengan rasa cinta. Biarpun di hadapan anak-anak.
.
🔴 Ringankan mulut untuk ucapkan kata cinta, kata penghargaan, pujian dan dorongan kepada pasangan dan anak-anak setiap hari. Itu akan melembutkan hati dan mengeratkan hubungan.
.
🔴 Rasulullah saw tak pernah pukul/rotan/kurung/ikat/meninggikan suara kepada pasangan dan anak-anak. Baginda bijak menggunakan kemahiran komunikasi dan tutur kata yang berhemah untuk selesaikan sebarang konflik dan stress. Kekerasan dan kekasaran fizikal hanya akan mengeraskan hati dan menjarakkan hubungan.
.
🔴 Cara hidup kita menentukan cara mati kita. Dan cara mati kita menentukan cara kita dibangkitkan semula nanti. So kalau nak kesudahan yang baik, betulkan cara hidup bermula sekarang!
.
🔴 Sentiasa buat kebaikan, walaupun kepada pasangan yang tak pandai menghargai, pasangan yang ego, pasangan yang jahil, pasangan yang tak membalas kebaikan tersebut. Kerana setiap kebaikan yang kita buat, pasti akan dibalas oleh Allah. Buat baik, sebab nak Allah sayang, bukan sebab nak pasangan sayang. Ingat, tiada satu pun kebaikan yang sia-sia!
.
🔴 Rumahtangga yang sejahtera adalah salah satu syurga dunia. Sesiapa yang tak berusaha untuk capai syurga dunia, tak akan mampu beroleh syurga di akhirat nanti. Maka penting untuk kita berusaha capai keluarga sejahtera, sebelum mati.
.
🔴 Suami yang rajin tolong basuh pinggan, bukan suami dayus. Suami yang rajin tolong sidai baju, bukan suami dayus. Suami yang tolong mandikan anak-anak, bukan suami dayus. Suami yang patuh cakap isterinya, bukan suami dayus. Tapi suami dayus, adalah suami yang tak mampu membimbing isterinya ke jalan Allah, tak mampu menjaga aurat isterinya, tak mampu membentengi isterinya dari azab api neraka.
.
🔴 Rumahtangga yang sentiasa ada solat dan zikir di dalamnya, pasti akan tenang dan bahagia.
.
🔴 Jarak sesuatu masalah dengan penyelesaiannya, ibarat jarak dahi dengan tempat sujud. Apa pun konflik dalam rumahtangga, kembali pada Allah.
.
🔴 Kualiti sesebuah keluarga terletak pada kualiti solat anggotanya.
.
🔴 Sentiasa bersedekah sesama anggota keluarga. Kerana sedekah itu lebih tajam daripada doa.
.
🔴 Keluarga adalah asas hidup. Kalau keluarga sejahtera, seluruh perjalanan hidup akan mudah.
.
🔴 Seorang suami perlu ada sifat "ghirrah". (Bukan ghairah. Itu memang dah confirm ada. 😂) Ghirrah bermaksud cemburu. Cemburu yang bertujuan untuk memelihara kehormatan isteri dan menghindar isteri daripada maksiat dan dosa. Contoh, kalau isteri nak keluar dengan kawan2, suami boleh izinkan. Dengan syarat, auratnya terpelihara, pergaulannya terjaga.
.
🔴 Doa bila rumahtangga dilanda badai atau musibah:
Surah At-Taubah, ayat 128-129.
Ini doa favourite Rasulullah saw.
.
🔴 Doa supaya satu keluarga sentiasa jaga solat:
Surah Ibrahim, ayat 40.
.
🔴 Doa supaya Allah sentiasa pelihara ibu bapa kita, dan jadikan anak-anak kita taat:
Surah Al-Ahqaf, ayat 15.
.
🔴 Doa memohon zuriat, dan agar Allah sentiasa beri kesabaran ketika belum ada zuriat:
Surah Maryam, ayat 1-10.
.
.
Semoga apa yang saya kongsikan ini bermanfaat, dan menjemput rahmat Allah ke dalam keluarga kalian.
.
Ini cuma perkongsian.
Bukan nasihat, atau jauh sekali nak tunjuk bagus.
.
Sama-sama kita berlapang dada,
cuba ikut sunnah Rasulullah,
dan perlahan-lahan kayuh kembali kepada Allah.
.
Sementara masih dipinjamkan nyawa ni.
Kan? 😊

Kredit kepada penulis asal. Semoga sentiasa dalam rahmat kasih sayang Allah swt

Selasa, 5 Jun 2018

Tazkirah dan selingan hadis dalam kisah Rashid

Jom kita hayati tazkirah ni... Best sangat👍👍👍😊

"Saya ada RM 1, awak ada RM 1. Kalau kita tukar suka sama suka RM 1 itu, kita masih lagi ada RM 1 masing-masing..

Tapi, kalau saya ada 1 ilmu dan awak 1 ilmu, kemudian kita betukar-tukar ilmu itu, masing-masing akan ada 2 ilmu.." kata Rasyid. *Rasyid memang bijak !*

👍👍👍👍

Rasyid selalu baca Quran dan terjemahnya sekali. Kalau sibuk sgt pon, dia akan baca plg kurang 1 ayat, dan terjemahnya kasi faham. Kenapa? Sbb *belajar 1 ayat Ayat Quran lebih baik dari Solat Sunat 100 Rakaat*. MasyaAllah pintarnya Rasyid ni !!

(Rujukan HR Ibnu Majah No.215)

👍👍👍👍

Rasyid nak solat banyak2 sepanjang malam. Tapi dia tak mampu, sbb dia hobi tidur. Tapi Rasyid Solat Subuh berjemaah di Masjid setiap hari. Kenapa? Sebab dia tahu Solat Subuh berjemaah di Masjid, *pahalanya seperti Solat Seluruh Malam*. Rasyid memang bijaksana!

(Rujukan HR Muslim)

👍👍👍👍

Rasyid nak baca Quran. Tapi dia penat kerja, dan baca Quran pon merangkak2. Tapi Rasyid banyak2 baca surah Al-Ikhlas (Qulhuwallahu Ahad), setiap hari 15x paling kurang (3x lepas habis setiap Solat Fardhu). Kenapa? Sbb dia tahu *baca Surah Al Ikhlas 3x pahalanya sama seperti Khatam Quran 1x*. Rasyid memang smart!

👍👍👍👍

Rasyid tgh drive ke Bank, jem sungguh! *Mulutnya kumat-kamit*. Sampai Bank, org ramai sgt, sambil menunggu, *mulutnya kumat-kamit lg*. Rasyid tgk org2 lain semua diam sambil termenung. Seorang laki bertanya, tgh maki ke? Rasyid kata, *"Tidakkk, saya sedang beristighfar, zikir dan selawat, lebih baik drpd sy duduk termenung jew..Pahalanya AMAT BERAT, tp TAK PENAT pun..."* Org tu terbeliak, kerana sangkaan buruk sangkanya meleset. *Rasyid tersenyum kerana telah bjaya menyampaikan ilmu berguna kpdnya*

👍👍👍👍

Rasyid membaiki pendingin hawa masjid kemudian dia tolak upah yg diberi dan berkata: mak saya berpesan supya tidak ambil upah kerja utk masjid. Setiap kali org guna Masjid utk beribadah, kita dpt pahala.
Org2 kagum dgn mak dia dan saya kagum dgn kebaikannya. *Rasyid ni memang cerdiklah orangnya!!*

👍👍👍👍

Seorg org yg soleh bertanya kepada Rasyid, mengapa pergi ke masjid sblum azan.  Rasyid selamba jawab: azan utk pringatan kpd org2 yg lalai/lagho/ralik. Dan saya berharap tak tergolong dlm klgn mereka!! ( kita mohon dgn Allah akn kesejahteraan, keselamatn dunia akhirat).Org Soleh tu naik insaf! *Rasyid lebih pandai daripada org tu!*

👍👍👍👍

Aku tanya Rasyid knapa kamu sentiasa tamak minum air di masjid pada hal air tu di rumah kamu pun ada?!!
Rasyid jwb: supaya org yg letak air di masjid diberi ganjaran. Aku terkedu.... *Rasyid bijakkan?*😬

👍👍👍👍

Rasyid berbuka di Masjid. Kenapa? Kedekut ke Rasyid? Tidak, dia nak bantu sponsor utk dpt *Pahala Rasyid PERCUMA*, dan terus Solat Jemaah di Masjid dpt 27x darjat. Duit pon jimat. *Rasyid is sooo brilliant!!*

👍👍👍👍

Lepas berbuka di Masjid tu, Rasyid terus basuh tgn dan dalam koceknya dia keluarkan RM1. Dia masukkan dalam Peti Masjid. "Alaaa, RM1 jewww!" Kata sorg budak... Rasyid kata, "takpe la dek, abg bukan kaya sgt, tp kalau bole istiqamah dan berterusan, setiap hari buat macam ni. Buatnya malam ni Malam Lailatulqadar, *nilai RM1 tu sama macam RM21 juta!!* Budak tu terkejut dan tanya kenapa? Rasyid bawa keluar pen Kilometriko (iklan percuma) dan kertas, dan tulis:

RM1 x 700 ganjaran sedekah x 1,000 bulan x 30 hari
=RM21,000,000

*Budak tu terus cium tgn Rasyid, sbb kagum Rasyid bukan aja pandai Agama, malah pandai Add Math!!*

👍👍👍👍

Rasyid tahu betapa besarnya pahala sedekah, kerana firman Allah, "...wahai Tuhanku, alangkah baiknya Engkau lambatkan kedatangan ajalku ke suatu masa yg sedikit saja lagi, supaya aku dpt bersedekah....." - (surah Al Munafiqun:10), bermakna org yg dah mati kalau dihidupkan balik utk buat 1 amalan saja, dia akan pilih *sedekah kerana sedekah pahala amalannya boleh membiak*.

👍👍👍👍

Rasyid nak nap sekejap, sbb letih. Dia nap di Masjid. Dan dia niat iktikaf sebaik sahaja masuk Masjid. Kenapa? Sbb dapat pahala iktikaf walaupun tidur. *Rasyid is clever as always!*

👍👍👍👍

Rasyid hormat ibu bapanya. Kalau ada apa2 yg dia tak sehati dgn ibunya, dia akan berbincang secara baik. Dia takkan meninggikan suara, atau cakap "Aaahh" kat Maknya, kerana itu derhaka namanya. *Rasyid tahu derhaka kpd ibu bapa takkan bau syurga dan tidak akan dpt keberkatan Ramadhan!*

👍👍👍👍

Rasyid kata, "Bilamana sampai  kpd kamu gosip2 ttg sseorg drpd mereka maka biarlah gosip tu terhenti stakat kamu shj. Dan kalau betul terjadi berita tu berhenti stakat kamu shj, brmakna kmu telah dpt pahala tutup aib org. Barangsiapa yg tutup aib mana2 muslim, Allah akn tutup juga aib dia." *Alhamdulillah, Rasyid sungguh berilmu*

👍👍👍👍

3 doa yg Rasyid sure ingt utk dibaca semasa sujud2:-
1. Ya Allah, aku mohon dgn-Mu pengakhiran yg baik.
2. Ya Allah, kurnialah kpd aku taubat nasuha sblum aku mati.
3. Wahai Allah yg membolakbalikkan hati, tetapkanlah hatiku atas agamaMu.
(Tnpa sbrang pengkhususan).
*Rasyid selalu berdoa, ikutlah Rasyid!*

👍👍👍👍

Sehinggakan bila kamu berniat utk sebarkan ucapan ini, meniatkn shj tu pun dh dikira sbg kbaikan. Moga2 dengannya Allah melepaskan kesusahan drpd kesusahan2 di dunia dan akhirat.

*Peringatan*: Buatlah baik walau sekecil-kecilnya...sbb kdg2 kita *tak tahu besar mana pahalanya*. Jom ikut kehebatan Rasyid

Selasa, 12 Disember 2017

💥TUKAR JAWAPAN💥 UBAH MINDSET

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Hari ni 12.12.17 .... banyak sangat syarikat buat jualan murah dan flash sale. ;) bagi peniaga, inilah peluang mendapat sale yang banyak...bagi pembeli, inilah peluang untuk dapat barang dengan harga yang lebih rendah. untung dedua belah lah kan.

Kiriman pesana ini sebagai peringatan buat saya juga kawan2 semua.

Semoga bermanfaat.


💥TUKAR JAWAPAN💥 UBAH MINDSET

1.🚫Asal :  Aku takde duit nak berniaga.

✔Ubah :  Sebab aku takde duit lah aku mesti berniaga.

2.🚫Asal :  Aku mana ada bakat berniaga.

✔Ubah :  Aku mesti cari seseorang untuk belajar berniaga.

3.🚫Asal :  Keluarga aku mana ada berniaga.

✔Ubah :  Aku mesti jadi contoh kepada keluarga aku untuk berniaga.

4.🚫Asal  :  Aku mana ada masa berniaga. Selalu sibuk.

✔Ubah  :  Aku mesti belajar urus masa. 24 jam cukup jika bijak uruskan masa.

5.🚫Asal  :  Aku takut gagal, tak laku dan malu.

✔Ubah  :  Apa yang aku dapat jika aku takut & malu? Tak dapat apa pun. Buat & adjust je.

6.🚫Asal :  Aku takut sombong bila kaya.

✔Ubah  :  Ramai juga orang miskin yang sombong. Aku kaya aku tidak menyusahkan sesiapa. Aku boleh bantu orang yang memerlukan.

7.🚫Asal  :  Aku banyak hutang.

✔Ubah  :  Sebab banyak hutang lah aku mesti berjaya dalam bisnes. Keuntungan bisnes boleh bayar hutang dengan lebih cepat.

8.🚫Asal  :  Aku belum bersedia. Ilmu & pengalaman takde.

✔Ubah  :  Aku mesti bertindak sekarang. Ilmu & pengalaman pasti ada sepanjang aku berniaga.

9.🚫Asal  :  Kalau aku kaya & berjaya, aku takut kahwin dua, tiga atau empat.

✔Ubah  :  Ramai juga orang miskin yang kahwin lebih dari satu. Aku mesti fokus untuk dalam bidang bisnes.

10.🚫Asal  :  Bila masa sesuai untuk berniaga?

✔Ubah  :  Sekarang masa sesuai untuk bermula. Ya. Sekarang! Bukan esok. In Syaa ALLAH. Aamiin.

😊 jom berubah




Ahad, 7 Mei 2017

Alam Kehidupan - Ilmu 2 minit

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera, 


Apa khabar anda semua hari ni? Sama2 kita berdoa supaya kita semua dikurniakan kesihatan yang baik dan diberkati dunia akhirat. 

Ilmu 2 minit, short video yang ditayangkan di channel tv media prima. Pendek sahaja tapi padat. 

Pagi ni selepas program TANYALAH USTAZ, di tayangkan video ilmu 2 minit, ALAM KEHIDUPAN. 



Izinkan saya berkongsi di sini sebagai peringatan untuk diri saya dan anda semua.



5 Alam Kehidupan -

1. Alam Roh
2. Alam Rahim ( 9 bulan 10 hari )
3. Alam Dunia (umur kita singkat)
4. Alam Kubur ( kebun syurga ? / lembah neraka ?)
5. Alam Masyar

7 Golongan yang mendapat naungan Allah swt. 


 Semoga kita tergolongan dalam golongan yang mendapat naungan Allah swt dan keberkatan di dunia  & akhirat.

Aamin Ya Rabbalamin

Buat yang terbaik, selebihnya serah pada Allah swt. 









Rabu, 1 Mac 2017

Berhati-hati dengan poket kosong

*Poket Kosong*

*_Imam Masjidil Harram Al-Makki dalam khutbahnya mengatakan:_*
إحذروا *الكيس المثقوب*

*Hati-hati dengan poket yang kosong*

" تتوضأ أحسن وضوء " لكــن. .. تسرف في الماء' *كيس مثقْوب*
Engkau telah berwuduk dengan sebaik2 wuduk akan tetapi engkau membazir menguna air, (itu sama dengan) *poket kosong*

" تتصدق عَلى الفقراء بمبلغ ثم .. تذلهم وتضايقهم *كيس مثقْوب.*
Engkau bersedekah kepada fakir miskin kemudian, engkau menghina dan menyulitkan mereka, (itu seperti)
 *poket kosong*

تقوم الليل وتصوم النهار وتطيع ربك" لكــن. .. قاطع الرحم *كيس مثقْوب*
Engkau solat malam hari, puasa di siang hari, dan mentaati tuhanmu, tapi engkau memutuskan (tali) silaturrahm, (jelas itu adalah) *poket kosong*

تصوم وتصبر عَلى الجوع و العطش" لكـن .. تسب وتشتم وتلعن *كيس مثقْوب*
Engkau sabar dengan haus dan lapar,  tapi engkau menghina dan mencaci, (sama dengan) *poket kosong*

" *تلبسين الطرحه والعباية فوق الملابس* "لكـن .. العطر فواح *كيس مثقْوب*
Engkau memakai baju kurung dan berjubah, tapi minyak Wangi menyengat, (itu) *poket kosong*

تكرم ضيفك وتحسن إليه لكـن .. بعد خروجه تغتابه وتخرج مساوئه *كيس مثقْوب*
Engkau memuliakan tamumu dan berbuat baik kepadanya, tapi setelah dia pergi engkau mengumpatnya, (sungguh itu *poket kosong*

أخيرا ً لا تجمعوا حسناتكم في كيس مثقْوب . تجمعوها بصعوبة من جهة .. ثم تسقط بسهولة من جهه أخرى..
*يا رب اسألك لي ولأحبتي الهداية والغفران* .
Pada akhirnya *kamu hanya mengumpulkan kebaikanmu dalam poket kosong,*kamu mengumpulkan dengan susah payah kemudian kamu membazirkannya dengan mudah pula.
Ya Rabb, kami mohon Hidayah dan keampunan atas kami dan orang-orang yang kami cintai.

*عجائب الشعب العربي* :
*_Keganjilan-keganjilan orang-orang Arab (secara khusus dan kaum muslimin umumnya)_*

1- لايستطيع السفر للحج لأن تكلفة الحج مرتفعه .. لكن يستطيع السفر رغبةً في تغيير الجو !
 *ألا إن سلعة الله غالية*
1. Tidak mampu menunaikan Haji kerana konon belanjanya besar, tetapi sanggup pergi melancung menggantinya, *bukankah perdagangan Allah itu mahal*

2- لايستطيع شراء الأضحية لغلاء السعر لكن يستطيع شراء آيفون لمواكبة الموضة.
 *ألا إن سلعة اللَّـه غالية*
2. Tidak sanggup membeli haiwan qurban kerana harganya mahal, tapi sanggup dan mampu membeli iPhone untuk mengganti model yang ada. *bukankah perdagangan Allah itu mahal*

3- يستطيع قراءة محادثات تصل إلى ١٠٠ محادثه في اليوم ..
ولا يستطيع قراءة ١٠ آيات من القرآن بحجة ليس لديه وقت لقراءة القرآن
*ألا إن سلعة الله غالية*
Sanggup membaca beratus-ratus mesej _(whatsapp, fb dll)_ setiap hari,  namun tidak sanggup membaca 10 ayat Al-Quran  dengan alasan tiada waktu yang cukup untuk membaca... *bukankah perdagangan Allah itu mahal*

قليل من سيرسلها لأنه يشعر بالحرج .
Sedikit yang mau menyebarkannya kerana merasa berat dan tak guna.

*تخيل ان الله يراك وانت تنشرها لاجله*.
*Benamkan di fikiranmu bahwa Allah selalu melihatmu. Dan engkau menyebarkannya keranaNya.*

 اذا اعجبتك الفكرة ..  فانشرها .
وإذا لم تعجبك .. فمر كأنك لم ترى شيئا.
Jika engkau terpanggil sebab tulisan ini maka sebarkanlah.. Namun jika tidak maka anggap engkau tidak pernah melihatnya..

*يارب من يرسلها ترزقه من حيث لايحتسب*

*Ya Robb siapa yang mau berkongsi tulisan ini berilah rezki dari arah yang tidak disangka-sangka.*

Khamis, 5 Januari 2017

Nasihat buat diri untuk tahun 2017

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Alhamdulillah.
Alhamdulillah.
Alhamdulillah.

Saya terima nasihat ini melalui group IKRAM di telegram. Sesuatu yang saya kira sangat2 bermanfaat.

Selamat membaca dan mendapat manfaat dari nya.


PERTIMBANGAN UNTUK 2017 
________________________________

1. MENGENAI PENDAPATAN : Jangan sekali-kali bergantung kepada satu lorong pendapatan. Buat pelaburan atau mulakan perniagaan untuk mewujudkan lorong kedua, ketiga mahupun keempat. _________________________________

2. MENGENAI PERBELANJAAN : Jika anda kerap membeli perkara yang anda tidak perlu, kelak anda akan terpaksa menjual sesuatu yang anda perlu.

________________________________

3. MENGENAI TABUNGAN : Jangan simpan apa yang tinggal selepas perbelanjaan, tetapi berbelanja apa yang tinggal selepas menyimpan. 
________________________________

4. DALAM MENGAMBIL RISIKO : Jangan sekali-kali menguji kedalaman sungai dengan kedua-dua kaki.
 ________________________________

5. DALAM PELABURAN: Jangan letakkan semua telur dalam satu bakul. Hati-hati dengan skim cepat kayap! Cari pelaburan yang sah di sisi undang-undang.
________________________________

6. JANGKAAN: Kejujuran sangat mahal harganya. Jadi jangan mengharapkannya daripada orang yang kuat gebang!

________________________________

7. Masa lalu adalah kertas buangan, masa ini adalah suratkhabar dan masa depan adalah kertas soalan. Keluarlah dari masa lalu anda, kawal masa kini dan selamatkan masa depan anda. Ingatlah perubahan yang kita buat hari ini mungkin akan mengubah haluan kehidupan kita buat selamanya.
________________________________

8. Apabila perkara-perkara buruk berlaku dalam hidup anda, anda sebenarnya mempunyai tiga pilihan. Samada anda boleh membiarkan ia menentukan perjalanan kehidupan anda atau membiarkan ia memusnahkan anda atau anda boleh menjadikan ia sebagai motivasi untuk menguatkan diri anda!

_______________________________

9. Mata kita terletak di hadapan kerana itu ia adalah lebih penting untuk melihat ke hadapan daripada memandang ke belakang kepada perkara yang telah berlalu.

_______________________________

10. Kita menggunakan pensil semasa kita muda, tetapi kini kita menggunakan pen. Anda tahu kenapa? Kerana kesilapan di zaman kanak-kanak dengan mudah boleh dipadamkan, tidak seperti sekarang.

_______________________________

11. Kita tak semestinya menempuh jalan yang ramai orang lalu. Kita boleh buat jalan kita sendiri. Mana tahu di hujung jalan sana ada emas yang menanti. Apa yang penting ialah kita telah meninggalkan jejak!

Selamat menjalani tahun 2017.




Semoga ketenangan, kemakmuran, kesejahteraan dan kemakmuran menjadi milik anda!

Isnin, 2 Januari 2017

Hadis : Berbaktilah kepada Ibu

PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS

Berbakti Kepada Ibu

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ أَتَى رَجُلٌ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَقَالَ مَا تَأْمُرُنِي قَالَ بَرَّ أُمَّكَ ثُمَّ عَادَ فَقَالَ بَرَّ أُمَّكَ ثُمَّ عَادَ الرَّابِعَةَ فَقَالَ بَرَّ أَبَاكَ

Dari Abu Hurairah, dia berkata; Seorang laki-laki mendatangi Rasulullah SAW seraya bertanya; "Apa yang engkau perintahkan kepadaku?" maka baginda bersabda: "Berbaktilah kepada ibumu, " lalu ia mengulangi pertanyaannya, dan baginda bersabda: "Berbaktilah kepada ibumu, " lalu ia mengulangi pertanyaannya hingga yang keempat kalinya, maka baginda bersabda: "Berbaktilah kepada bapamu." (HR Ahmad No: 8850)  Status: Hassan

Pengajaran:

1.  Kewajipan berbakti kepada ibu  adalah suatu keutamaan kepada setiap anak.

2.  Keutamaan berbuat baik kepada ibu melebihi dari ayah. Mengikut Ibn Battal kerana ibu mengalami tiga kepayahan:

Pertama ketika mengandung;
Kedua ketika melahirkan dan;
Ketiga ketika menyusukan.

Kerana itu berbakti kepada ibu tiga kali lebih berbanding ayah.

3.  Keutamaan pada sianak ialah berbakti kepada ibu kemudian kepada bapa.

Ayuh berbuat baik dan berbakti kepada ibu dan seterusnya kepada bapa.

#Malaysia Menuju Negara Rahmah#
Pertubuhan IKRAM Malaysia Negeri Johor

03hb Januari  2017
04hb Rabiul Akhir 1438H

Utk dapatkan 1 Hari 1 Hadis Pertubuhan Ikram Malaysia Negeri Johor, sila klik link di bawah :
telegram.me/hadisharian_ikram

Surirumah & Media : Bersama Membangun Potensi Suri Rumah Rahmah

 𝗦𝘂𝗿𝗶𝗿𝘂𝗺𝗮𝗵 𝗱𝗮𝗻 𝗠𝗲𝗱𝗶𝗮  Alhamdulillah, di izinkan Allah untuk hadir 2 hari 𝑩𝒆𝒏𝒈𝒌𝒆𝒍 𝑷𝒆𝒏𝒈𝒖𝒓𝒖𝒔𝒂𝒏 𝑴𝒆𝒅𝒊𝒂 𝑺...