Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
Bestnya tazkirah ini... malu rasanya bila baca.
ADAKAH NAMA ANDA TERCATAT (TERUKIR) DALAM PENDAFTARAN MILIK ALLAH?
Kisah seorang persara (bukan group ini) bermusykil seorang Ustaz:
"Ustaz. Mengapa saya merasa bosan dengan hidup saya yang begini-gini juga? Terus hambar, tak tentu arah dan tak ada nikmatnya. Bosan saya Ustaz! Saya ingin bahagia tapi kenapa susah sangat utk mendapatkannya?"
Ustaz pun menjawab: "Ooooh... Mungkin dimasa ini Allah juga sedang bosan dengan tuan."
"Allah bosan dengan saya? Maksudnya bagaimana Ustaz?"
Ustaz menjelaskan: "Mungkin Allah telah letih mencari tuan, namun tuan tak pernah ditemui dimana-mana.
- Dicari diantara kumpulan solat Dhuha tak ada.
- Dicari diantara kumpulan solat Tahajjud tak ada.
- Dicari diantara kumpulan puasa sunnah juga tak ada.
- Dicari diantara kumpulan yg sering bersedekah, juga tak bertemu.
- Dicari diantara kumpulan Tadarrus Al-Qur'an, tuan juga tak ada disana.
- Dicari diantara kumpulan orang orang melakukan ibadah Umrah, namun niat tuan pun belum ada.
- Dicari diantara orang2 yang khusyuk solatnya, tak ada.
- Dicari dimajlis Maulidur Rasul dan majlis Selawat tak ada.
- Dicari diantara yang menuntut ilmu agama pun tak ada.
Allah SWT nak mencari tuan dimana?
Cuba tuan beritahu?
Maka menangislah si persara sambil mengusap air matanya lalu beristighfar berulang kali.
Segeralah kembali kepada Allah. Dekatkan dirimu pada Allah. Hanya Allah SWT sahaja ZAT yang boleh menenteramkan hidup kita.
PASTIKAN NAMA KITA SENTIASA TERTULIS DALAM DAFTAR YANG DISEBUT.
Selamat berjuang saudaraku.
In shaa Allah... Allah akan kurniakan rahmat bagimu.
PENAWAR DALAM ISLAM:
✿ Sering sakit = berpuasa sunnah Rasulullah Isnin dan Khamis.
✿ Wajah gelap = solat Tahajjud.
✿ Hati yang sempit = perbanyakkan baca Al-Qur'an.
✿ Tidak bahagia = solatlah tepat pada waktunya.
✿ Cepat marah = berwudhuk dan perbanyakkan istighfar.
✿ Gelisah = perbanyakan berdoa.
✿ Tertekan = perbanyakan berzikir "Lahaula walaquwwata illa billah".
✿ Rezeki kurang barakah = sering berdoa untuk orang tuamu.
✿ Hidup miskin= perbanyakan bersedekah jariah.
Kongsikan pesanan ini pada sahabat yang lain agar bermanfaat.
# Peringatan buat diri sendiri juga.
Copy n Paste .....dr sahabat yg selalu mengingatkan sy😔
Wallahu a'lam...
Berkongsi Idea, Pengalaman dan Pandangan mengenai kehidupan , Islam, perkembangan kanak-kanak, supplemen semulajadi, masakan, pemakanan, kehidupan sebagai usahawan, dan banyak lagi...
Memaparkan catatan dengan label bahagia. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label bahagia. Papar semua catatan
Sabtu, 14 Oktober 2017
Rabu, 15 Julai 2015
Tips Gaya Sihat Berhari Raya
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,
Apa khabar anda hari ni? Apa khabar diet anda hari ni? Sama2 kita doa kita semua dikurniakan kesihatan yang baik dan diberkati dunia akhirat.
Diam tak diam, Ramadhan 1436H bakal melabuhkan tirainya.
Moga tarbiyah Ramadhan, amalan ibadat yang kita pupuk diri di bulan Ramadhan, berterusan di masa hadapan inshaallah.
Tips ini dikongsikan oleh rakan yang mendengar ikim.fm, pilihan utama anda! Hehe. Promote jap, saya sendiri gemar mendengar ikim. Banyak sesi tazkirah/ ceramah dan drama radio yang bermanfaat yang dikongsikan, di selang selikan dengan bacaan Al Quran, nasyid dan lain2.
Jom kita sama2 beringat dikala raya ni, sebulan berpuasa bukanlah bermakna kita boleh makan sebanyak2nya pulak kan? Perut kita yang di detox dengan baik, inshaallah di kekalkan dengan baik.
TIPS GAYA SIHAT BERHARI RAYA
=============================
Dalam perjalanan balik kampung dalam kereta kami dengar IKIM.FM
Topik yang sangat saya suka. Tips gaya hidup sihat semasa berhari raya.
Antara tips yang dikongsikan.
1. Pastikan anda pandai memilih makanan yang sihat.
2. Dalam banyak-banyak hidangan raya mana yang lebih sihat contoh rendang, ketupat, lontong, lemang dan soto. Pilihlah ketupat dan soto kurang berlemak dan bersantan.
3. Bawa air mineral siap-siap dari rumah kerana kebiasaan tetamu akan dijamu dengan air manis. Cukup sekadar secawan air manis untuk satu hari ye. Bukan secawan air manis untuk setiap rumah ye.
4. Apa yang anda perlu tahu kuih muih dan biskut raya yang dihidangkan mengandungi kandungan gula, marjerin yang tinggi tahap gulanya serta lemak tepunya.
Rata-rata kandungan kalori dalam sepotong kuih tersebut ada yang mencecah 100 kcal.
Ambillah kuih sekadar merasa bukan melantak ye.
5. Berjalan kaki semasa berkunjung dari rumah ke rumah sebagai satu exercise ( sekiranya rumah dekat2)
6. Tuan rumah digalakkan melayan tetamu secara berdiri. Biar tetamu duduk tetapi tuan rumah berdiri supaya mudah membakar kalori.
7. Ringan-ringan tulang membasuh pinggan at least bawa pinggan ke dapur sebagai satu aktiviti sihat.
8. Sekiranya ada 10 buah rumah yang nak dikunjungi. Plan pengambilan makanan anda supaya tidak lebih dari kalori yang diperlukan.
Average keperluan kalori perempuan 1,200 kcal.
Average keperluan kalori lelaki 1,600 kcal sehari.
Pastikan tidak lebih dari keperluan kalori sehari anda ye.
Boleh install Apps yang boleh kira kalori setiap hari di telepon canggih anda. Contoh MyFitness pall atau dalam info sihat sebagai panduan pengiraan kalori anda setiap hari.
Awas apa yang anda makan hari ini akan menentukan bentuk badan anda hari esok.
Sayangi diri anda. Amalkan gaya hidup sihat demi orang tersayang.
Pesanan dari ikim.fm dan team info sihat.
Saya hanya share supaya anda sama-sama dapat manfaatnya.
Sila Share dengan rakan-rakan anda.

Jumaat, 17 Oktober 2014
APAKAH ANDA ORANG SIBUK ???
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,
Salam Jumaat yang penuh barakah. Hari ni ada rakan yang berkongsi artikel seperti di bawah.
Allahuakbar... Satu artikel yang sangat membuka mata. Ia juga merupakan pesanan dan amalan Jutawan Shaklee.
Kerapkali di pesan.. Jika anda rasa sibuk, jika kita rasa tak cukup masa... Berilah masa lebih kepada yang Menciptakan kita. Allah swt. InsyaAllah... Dilapangkan masa dan rezeki buat kita.
Alhamdulillah, Alhamdulillah, Alhamdulillah...
Moga kita istiqamah dalam melakukan amal kebaikan.
Selamat membaca dan mengamalkannya.
====================
Ada seorang ulama berguru kepada seorang ulama
Selang beberapa lama, saat dia ingin melanjutkan belajar ke guru lain.gurunya berpesan :
"jangan tinggalkan membaca Al Qur’an ,Semakin banyak baca Al Qur’an urusanmu semakin mudah"
Dan muridnya pun melakukan. Dia membaca Al Qur’an 3 juz per hari.
Dia menambahkan hingga 10 juz per hari. Dan urusannya semakin mudah.
Allah yang mengurus semua urusannya.
Waktu ⌚ pun semakin berkah.
Apa yang dimaksud dengan berkahnya waktu⌚?
Bisa melakukan banyak hal dalam waktu sedikit.
Itulah berkah Al Qur’an .
Al Qur’an membuat kita mudah mengefektifkan pengurusan waktu.
Bukan kita yang atur waktu⌚ kita, tapi Allah.
Padahal teorinya orang yang membaca Al Qur’an menghabiskan banyak waktu.
mengurangi kegiatan lain, tapi Allah yang membuat waktunya itu jadi berkah.
Hingga menjadi begitu efektif.
Hidup pun efektif.
Dan Allah akan mencurahkan banyak berkah dan kebaikan pada kita karena
Al Qur’an .
Salah satu berkahnya adalah membuka pintu 🚪🚪 kebaikan, membuka kesempatan
untuk amal soleh berikutnya.
Dan salah satu balasan bagi amal baik yang kita lakukan adalah kesempatan untuk amal
baik berikutnya. Jagalah Allah maka Allah akan menjagamu
Dan sbaliknya waktu yg selalu sibuk shg hanya habis urusan dunia, maka jadi itu adalah tandanya ada yg salah dlm hidup kita,
Barangsiapa yg bangun di pagi hari dan hanya dunia yg di fikirkannya, sehingga seolah-olah ia tidak melihat HAK ALLAH dalam dirinya, maka ALLAH akan menanamkan 4 macam penyakit padanya :
1. Kebingungan yang tiada putus-putusnya.
2. Kesibukan yang tidak pernah jelas akhirnya.
3. Keperluan yang tidak pernah merasa dipenuhi.
4. Khayalan yang tidak berujung wujudnya.
[Hadits Riwayat Muslim]
Note :
"keberkahan waktu iaitu biasa melakukan banyak amal kebaikan dalam waktu sedikit"
Rabu, 20 Ogos 2014
Kisah dari Al -Azhar, Kaherah
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,
Kisah ini telah dikongsikan oleh kenalan saya. Mungkin pencerita sebenar, tidak kita dapat ketahui. Namun, kisah seperti ini sebenarnya biasa terjadi di sekitar kita.
Kadang kita lupa, dengan memberi dan membahagiakan orang lain jauh lebih MANIS berbanding dengki dan mentertawakan orang lain.
Berbuat baik dan mengajak kepada kebaikan adalah ajaran Al Quran dan Sunnah.
Semoga kita sama2 memperoleh pengajaran dari kisah ini. InshaAllah.
……………………………………………………………………………………………………
Secebis Kisah Dari Al-Azhar, Kaherah
![]() |
| Gambar sekadar hiasan |
Seorang guru yang separuh umur berjalan-jalan santai bersama seorang remaja, salah seorang di antara murid-muridnya di sebuah taman.
Di sela-sela waktu terdengar ketawa kecil anak remaja tersebut..
Mereka kelihatan sebagai kawan yg sangat akrab walaupun dgn perbezaan usia yg sangat zahir.
Inilah keistimewaan seorang murabbi yg ikhlas.
Sedang berjalan, mereka terlihat sepasang kasut yang sudah usang dan hampir reput bersama beberapa barangan peribadi tukang kebun yg usang.
Remaja itu melihat gurunya sambil mengusul:
"Bagaimana kalau kita usik tukang kebun ini dengan sembunyikan kasutnya, kemudian kita berlindung di belakang rimbun? Dia datang, pasti terkejut.. Jom kita tengok bagaimana dia terkejut dan cemas! He he”
Guru yang alim dan bijak itu menjawab:
"Anakku, tidak elok kita berseronok dengan mempermainkan orang, apatah lagi pada orang yg susah. Kamu kan seorang yang senang, dan kamu boleh sahaja menambah kebahagiaan untuk orang tu? Sekarang saya cadangkan kamu masukkan beberapa keping duit kertas ke dalam kasutnya, kemudian saksikan bagaimana respon tukang kebun tu?"
Pemuda itu terpegun dengan usulan gurunya, bersetuju dan segera berjalan utk memasukkan wang ke dalam kasut tersebut.
Kemudian mereka bersembunyi di belakang rimbunan pepohon..
Selang beberapa waktu, datanglah seorang lelaki dalam lingkungan 40 an, bajunya basah dgn peluh, sambil mengibas-ngibaskan kotoran dari pakaiannya.
Dia berjalan menuju tempat barangan yang tinggalkan.
Beliau memasukkan kakinya ke dalam kasut, merasai sesuatu di dalamnya. Dia cuba keluarkan, bila dilihatnya benda asing itu adalah wang kertas, mukanya berubah, dia terpegun.
Ada beberapa keping dalamnya!!
Dia memeriksa sebelah lagi, mukanya hampir2 pucat melihat wang yg lebih banyak!!!
Dia menatap wang itu berulang-ulang, seolah-olah tidak percaya dengan matanya.
Dia melihat ke segala penjuru, seolah-olah mencari orang disekitarnya.. mungkin nak bertanyakan sesuatu..
Beliau mendapati dirinya kesaorangan!!
Dengan segera ia memasukkan wang itu ke dalam sakunya dan terus berlutut sambil melihat ke langit dan menangis. Dia berteriak dengan suara tinggi, seolah-olah berbicara dengan Allah Ar Razzaq (Pemberi Rezeki)
“Aku bersyukur kepada-Mu, Ya Allah, Tuhanku.
Wahai Yang Maha Tahu, isteriku sakit dan anak-anakku kelaparan. Mereka belum menjamah apa2 pun hari ini.
Engkau telah menyelamatkanku, anak-anak dan isteri dari kecelakaan ini ya Allah".
Dia terus menangis dalam waktu cukup lama sambil memandang ke
langit sebagai ungkapan rasa syukurnya atas kurnia dari
Allah Yang Maha Pemurah.
Murid tadi, sangat terharu dengan apa yang dilihat. Air matanya meleleh tanpa dapat dibendung.
Guru yang bijak terus bersuara:
“Bukankah sekarang kamu rasa lebih bahagia
dari mengusik orang lain dan lucu melihat orang yg kehilangan barangan?”
Pemuda itu segera menjawab,
“Harini aku mendapat pelajaran yang tidak akan mungkin aku lupakan seumur hidupku. Sekarang aku baru faham makna kalimah yang dulu belum aku fahami sepanjang hidupku:
“Ketika kamu memberi, kamu akan mendapatkan kebahagiaan yang lebih banyak dari pada kamu mengambil”.
Gurunya melanjutkan
"Sekarang ketahuilah bahawa pemberian itu bermacam-macam:
• Memaafkan kesalahan orang di saat kita mampu membalas
dendam, adalah suatu pemberian.
• Mendo’akan teman dan saudaramu di belakangnya (tanpa pengetahuannya) adalah suatu pemberian.
• Berusaha utk berbaik sangka dan menghilangkan sangka buruk darinya juga satu pemberian.
• Menahan diri dari membicarakan aib saudaramu di belakangnya, adalah satu pemberian lagi.
*Ini semua adalah pemberian dari Allah, supaya kesempatan memberi tidak hanya dibuat oleh orang-orang berada sahaja.
Jadikanlah semua ini pelajaran, wahai sahabatku!
Semoga bermanfa'at
Salam hormat,
Anisah
Ogos 2014.
*Sila kongsikan kisah ini jika anda rasa ia bermanfaat... (inshaAllah memang bermanfaat pun)
Selasa, 1 Julai 2014
Bagai Pinang Di Belah Dua...;) Alhamdulillah
Apa khabar anda hari ni? Alhamdulillah... yang pasti, anda pasti sedang sihat sebab masih boleh membaca. hehe.
Hari ni, saya nak kongsikan perbualan dengan anak selepas balik tadika tadi, yang membuatkan saya terkenangkan perkara yang lain pula..;)
Anas: 'Hari anas belajar pasal BIG and SMALL'
Mama : Big tu apa?
Anas : Besar
Mama : Pandai anas,.Small?
Anas : Kecil
Mama :Ok... .Who is bigger? Anas or Amanina..
Anas :Bigger tu apa?
Ops.. belum sampai lagi ye.. hehe
Mama :'Bigger tu lebih besar..'
Anas :.. Oh, anas la lagi besar.
Mama : Good! OK, Mama or Papa, who is bigger?
Anas: (termenung jap..mungkin fikir macam sama jer)...Mama!
Mama : Aippp.. Mama ke?
Tetiba Amanina menyampuk : Papa la..
Terima kasih sayang... hehe..Mama sayang amanina!
Anas tersengeh.. 'yela, papa kan'.
Huhu... ni la bila mama & papa seakan sama saiz.. susah nak detect kan.
Alhamdulillah, kalau dulu.. sebelum ada anas, memang mama lg besar, ops.. bukan mama besar, papa yang kecik.
Tapi sekarang, alhamdulillah.. dah seakan sama saiz. ;) (boleh je share kasut sukan & selipar, tshirt... )
Alhamdulillah... bukan kawan2 yang dah lama tak jumpa... betul tak saya masih lg maintain je kan? bayangkan boleh je pakai baju kurung masa form 2 (baju kurung pertama, jahit sendiri.. simpan lagi tau!)
Alhamdulillah... kami bukan hanya hampir sama saiz, rupa kami pun dah seiras je, ada yang sangka kami adik beradik pun.. hehe. ;)
Alhamdulillah...
Throwback sejak kahwin dan collection gambar raya sejak ada anak.. hehe.. sebelum ada anak, tak jumpa pula gambarnya. tengoklah, alhamdulillah... saya maintain jer, cik abang je naik sikit..tapi kira oklah... bagai pinang di belah dua la katakan..
Langgan:
Catatan (Atom)
Surirumah & Media : Bersama Membangun Potensi Suri Rumah Rahmah
𝗦𝘂𝗿𝗶𝗿𝘂𝗺𝗮𝗵 𝗱𝗮𝗻 𝗠𝗲𝗱𝗶𝗮 Alhamdulillah, di izinkan Allah untuk hadir 2 hari 𝑩𝒆𝒏𝒈𝒌𝒆𝒍 𝑷𝒆𝒏𝒈𝒖𝒓𝒖𝒔𝒂𝒏 𝑴𝒆𝒅𝒊𝒂 𝑺...
-
Assalamualaikum dan Selamat Menemani dan menghadapi peperiksaan, InshaAllah bermula hari ini, adik bongsu saya dan calon UPSR seluruh neg...
-
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera, Hari ini ada rakan kongsikan kisah saidatina Khadijah yang wajar sangat kita semua ambil tahu. ...
-
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera, Apa khabar anda hari ini? Di doakan sihat sejahtera fizikal & mental nya. Seram tengok berita sek...