Memaparkan catatan dengan label sarjana. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label sarjana. Papar semua catatan

Selasa, 12 Januari 2016

3 Saranan WHO - ABC - Pencegahan Obesiti

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera, 

Hari ini, izinkan saya berkongsi poster yang menerangkan secara padat tetapi ringkas mengenai obesiti. 

Adakah anda obese?
boleh kira BMI masing2 ya.. BMI = [berat (kg) ]/ [tinggi (m) x tinggi (m)] 

pastikan tinggi dalam meter tau.. kalau kira dalam cm.. dah jadi lain pula nanti. 

Ok.. anda di 'gambarkan' berwarna apa? kalau hijau.. TAHNIAH!  jika warna lain, maka perlulah lakukan sesuatu. 

7 masalah penyakit common di sebabkan obesiti ;
~ arthitis
~ Kanser
~ Masalah kesuburan
~ Masalah Jantung
~ Sakit Tulang Belakang (cth : slip disc )
~ Diabestes
~ Strok

+++ banyak lagi penyakit lain, anda yang mengalami nya yang faham kan? ataupun melihat mereka yang terlebih berat badan ni. kesian, mudah penat dan banyak aktiviti yang sukar dilakukan. 

Ok..apa yang WHO sarankan?

A - Amalkan gaya hidup sihat
B - Seimbangkan pengambilan kalori dan kalori yang terbakar
C - Kawal berat badan

Nampak macam mudah kan? sebut memang boleh... tapi bila nak buat... huhuhu. 

Tapi kan, bila buat dalam jemaah...inshaAllah lebih mudah. 

Atas saranan inilah, Program Now Everyone Can KURUS bertindak! 

Alhamdulillah ramai yang semakin slim, dan yang seronok lagi.. bila dah semakin slim, banyak lagi BONUS tambahan yang mereka dapat. 

Nak tahu apa mereka dapat? boleh clickBlog rasmi NOW EVERYONE CAN KURUS

ada juga saya kongsikan sebahagiannya sebelum ini , jemput click - testimoni now everyone can kurus

Ok, sampai di sini dulu ya... psst. pengajian sarjana saya pun mengenai obesiti ni tau. Doakan saya berjaya menamatkan pengajian dengan jayanya dan akan saya kongsikan hasil kajian saya nanti. 

Saya doakan kita semua diberi kesihatan yang baik, di panjangkan umur dan dimurahkan rezeki, juga bahagia dunia akhirat. aamin ya rabbalamin. 

Sehingga berjumpa lagi. 







Khamis, 1 Januari 2015

Doa Tahun Baru 2015

Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera semua,

Alhamdulilah,
Alhamdulilah,
Alhamdulillah

2014 telah pun melabuhkan tirainya. Pelbagai kisah suka dan duka sepanjang tahun lalu. Moga ia menjadi iktibar dan pendorong untuk kita lebih berjaya dunia Akhirat. Aamin.

Alhamdulilah, di pagi yang indah dan damai, DOA ini telah dikongsikan oleh rakan saya. Sebagai rakan anda, saya kongsikan bersama. Moga tahun 2015, bersinar dengan sangat baik walaupun dalam keadaan GST baru diperkenalan Dan apa2 lagi yg lain...

Namun tugas kita, adalah untuk adjust to the environment to always be better. InshaAllah.



Doa Tahun Baru 2015

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
                 
بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِ
ٍ
اَلْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ وَالْعَاقِبَةُ لِلْمُتَّقِيْنَ وَلاَ عُدْوَانَ إِلاَّ عَلَى الظَّالِمِيْنَ وَالصَّلاَةُ وَالسَّلاَمُ عَلَى أَشْرَفِ اْلأَنْبِيَاءِ وَالْمُرْسَلِيْنَ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْن
                             
Ya الله , Ya Tuhan kami, kami memohon kepada Mu Ya اَللّهُ، permudahkanlah urusan kami untuk tahun 2015 ini dan untuk tahun2 yang akan datang، muliakan & lapangkanlah kehidupan kami, bahagiakanlah keluarga kami, dan luaskan rezeki kami seluas lautan yang engkau ciptakan.

Kabulkan cita-cita kami, jauhkan dari segala penyakit, fitnah, prasangka keji, berkata kasar dan mungkar. Jauhkan kami dari segala musibah. Ampunkanlah dosa kedua ibubapa kami dan guru-guru kami، serta kaum muslimin & muslimat keseluruhannya.

Ya الله , sesungguhnya kami memohon kebajikan dan keselamatan dalam agama, dunia, keluarga dan harta kami. Ya الله , tutupilah aib kami dan sesuatu yang tidak layak dilihat orang dan tenteramkan kami dari rasa takut.
Terimalah semua amal ibadah kami, dan kelak jadikanlah kami sebagai penghuni Syurga-Mu.

Ya الله , selamatkanlah kami dari segala bencana dan semua perkara yang merupakan ujian yang amat hebat dan berat ini.

Ya الله , bantulah kami dan semua kaum Muslimin dan Muslimat walau di mana mereka berada, rahmatilah kami semua dan berilah kami semua rezeki  dengan jannahMu.

Ya الله , jadikanlah kami bersyukur dengan apa yang kami ada dan janganlah kami risau dengan apa yang bukan milik kami.

Ya الله , berilah kami rezeki yang bukan sahaja wang ringgit tetap juga umur yang berkat, nikmat kesihatan yang dikelilingi oleh kebaikan dan kedamaian.

Ya الله , berikanlah kami kekuatan, berilah kami kemampuan, kuatkan-lah iman kami. Ya الله , kuatkan-lah agama kami dan Iman kami.

Ya الله , permudahkanlah urusan kami, bukakanlah pintu-pintu rezeki dan segala pintu kebaikan buat kami semua.

Ya الله , semoga kami akan menjadi diri yang mukmin, yang soleh dan dekatkan
lah hati kami pada`Mu.

Ya الله , Ya Tuhan kami berikanlah Nur cahaya disetiap percakapan kami, pergerakan kami dan cahaya disetiap denyutan nadi kami, jantung kami dan cahaya dipenglihatan kami dan juga pendengaran kami.

Ya الله , tabahkanlah, sabarkanlah sifat kami dan ikhlaskanlah hati kami dalam mengharungi bahtera kehidupan ini kerana sesungguhnya hanya kepada`Mu-lah kami berserah diri.

Ya الله , seandainya saatnya tiba, Engkau memanggil kami untuk kembali ke sisi`Mu, matikanlah kami dalam keadaan beriman dan bertaqwa kepada`Mu.

Ya الله , segala amal ibadah kami semua hanya tertuju kepada`Mu. Terimalah segala amalan kami dengan keredhaan`Mu. Hanya. Engkaulah yang menilai semua perbuatan kami.

Ya الله , hindarkanlah kami dari mempunyai sifat-sifat lemah, malas dan suka bertangguh-tangguh dalam menjalankan kewajipan kami.

Ya الله , peliharalah kami dan lindungilah kami agar kami sentiasa dalam sihat sejahtera, aman bahagia selamanya.

Ya الله , kurniakanlah kami taufiq dan hidayah agar kami sentiasa rajin berusaha untuk kejayaan dan kecemerlangan di dunia serta tekun  beribadah keranaMu sebagai habuan akhirat kami Ya Allah.

Ya الله , Ya Ghaffar ampunkanlah segala dosa-dosa kami, dosa kedua ibubapa kami, anak isteri kami, kaum keluarga kami, guru-guru kami, sahabat-sahabat kami serta sekalian muslimin muslimat di mana saja mereka berada.

Selawat dan salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad SAW serta ahli keluarga dan para sahabatnya.

Segala puji pujian hanya untukMu Ya الله .                                                  
رَبَّنَا ظَلَمْنَا أَنْفُسَنَا وَإِنْ لَّمْ تَغْفِرْلَنَا وَتَرْحَمْنَا لَنَكُوْنَنَّ مِنَ الْخَاسِرِيْنَ

رَبَّنَا ءَاتِنَا فِى الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِى اْلآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ

وَصَلَّى الله ُعَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمَ

وَالْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ.

آمِّيْنَ, آمِّيْن, آمِّيْن,َ يا رَبَّ الْعَالَمِيْن  َ

Selasa, 16 Disember 2014

8 Tahun Dia BersamaKu

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Alhamdulillah...

Hari ni genap 8 tahun saya bergelar seorang isteri. 

Genap 8tahun usia perkahwinan kami. Banyak cabaran, dugaan dan pengalaman yang mendewasakan kami. 

Alhamdulillah...kami bernikah di hujung usia remaja, saya berumur 20tahun manakala suami berumur 21tahun. Umur yang jika kelaziman nya lebih kepada masa untuk kawan2... 

Namun dengan izin Allah dan keizinan serta sokongan kedua belah keluarga...terlerai la ikatan kekeluargaan di antara dua keluarga. 

Salah satu harapan kedua ibu bapa kami, supaya kami lebih fokus dan berjaya dalam pelajaran dan selanjutnya ke alam pekerjaan. 

Alhamdulillah, kami bersama2 memegang status siswa siswi Universiti Teknologi MARA , Kampus Lendu, Melaka. Bukan nak perasan, tetapi secara tidak langsung kami agak terkenal di UiTM Lendu pada waktu itu. Hehe.. Yelah bukan ramai kan yang kahwin di usia muda dan masih meneruskan pengajian. 

Alhamdulillah atas dasar tanggungjawab dab menyahut cabaran mak abah mama baba...kami sama2 berjaya dengan cemerlang di peringkat diploma. 

Alhamdulillah....
Selanjutnya saya meneruskan pengajian sarjana muda dan suami pula terus menceburi alam pekerjaan... 

 Anas Huzaifah lahir semasa kami sama2 bergelar pelajar. Alhamdulilah... Pengalaman mengandung ke kuliah... Turun naik bukit berjalan kaki... Memudahkan proses bersalin. Alhamdulilah. 

Masih segar di ingatan, rakan sekelas banyak membantu dan memberi sokongan l. Waktu tu, pensyarah pun ada yg tak tahu saya mengandung... Hehe. Alhamdulillah tiada alahan pun sepanjang kehamilan. Satu nikmat yang sangat di syukuri. 

Alhamdulillah... Di semester akhir degree pula, saya mengandung anak ke 2, Amanina Aisyah. Menjalani latihan industri semasa mengandug juga antara pengalaman yang tifak dapat di lupakan. 

Alhamdulillah... Suami ku tersayang, ada bersama hampir di sepanjang kedua2  kehamilan dan sepanjang membesarkan buah hati pengikat cinta kami. 

Alhamdulillah dikurniakan sepasang anak yang sihat dan soleh. InshaAllah. 

Alhamdulillah kini, Anas sudah pun berusia 5tahun dan Amanina berusia 3 tahun. 

Kami juga berjaya dalam bidang masing-masing, inshaAllah.




Amanina membelek album pernikahan...

Di akhir kalam, 
To my dear hubby, 

Alhamdulillah...
Happy 8th wedding Anniversary

Alhamdulillah... Thank you ever so much for your support, guidance  ,blessing & commitment for  the marriage since then till now and forever, inshaAllah.

Alhamdulillah we are blessed with two lovely babies...and more to come.inshaAllah.

Lets treasure the world together with love and happiness...

May the marriage be in love, happiness and Allah's Blessing in this life and thereafter. Aamin

Buat pembaca blog kami, mohon doakan perkahwinan dan hubungan kekeluaragaan di antara keluarga kami sentiasa diberkati Allah swt. 

Moga kalian juga kaya, bahagia dunia akhirat. 

Aamin Ya Rabbalamin .

Sabtu, 29 November 2014

KeLEBIHan yang tidak patut di banggakan...

Assalamualaikum wbt. dan Salam sejahtera...

Comel kah dia kanak-kanak ini?


Apa khabar anda hari ni? Moga anda yang sedang membaca ni dalam keadaan yang sihat dan ceria selalu. 

Since saya sekarang dalam pengajian mengenai obesiti, perkataan OBESITI dah jadi macam magnet dah dengan saya... betul! Kalau di shopping compleks, asyikla nampak orang yang 'comel2' seperti dalam gambar di atas tu... 

Aduhai sayang. yang sedihnya, menjadi satu kebiasaan jika ibu & bapa nya bam2, anaknya pun turut bam2, dan ada juga ibu bapa yang biasa-biasa, anak yang bam2. 

Yang lebih menyedihkan, mereka (atau anda) tak rasa perkara tu sebagai satu MASALAH, macam biasa jer. Siap ada yang suka tengok anak DEMBAM semacam. 

Jom baca sekejap petikan surat khabar di bawah, ianya di tulis pada tahun 2009, 15% kanak-kanak Malaysia GEMUK...sekarang? secara keseluruhan peratusannya meningkat. 




Apa faktornya? 

Dah tentu yang paling penting adalah CORAK PEMAKANAN dan GAYA HIDUP kita. 

Orang yang dah obese atau menuju kepada obesiti biasanya disebabkan oleh kurangnya aktiviti fizikal di samping mengamalkan pemakanan yang sangat tidak SEIMBANG. 





Obesiti Ohh Obesiti... 2 daripada 5 orang rakyat Malaysia adalah obese! dan mungkinkah  anda salah seorang dari nya?

Sila click di sini untuk kupasan selanjutnya
1. apa-kata-kkm-mengenai-obesiti
2. pemakanan-seimbang-vs-diet

Terima kasih kerana meluangkan masa...Sehingga berjumpa lagi. 

Usaha...Doa...dan TAWAKAL. 
Jangan lupa 'LIKE' post ni dan JOM 'SHARE' dengan orang tersayang. Semoga ada di kalangan mereka mendapat manfaat dari entry ini

TERIMA KASIH!!!!

Isnin, 17 November 2014

Obesity, The little things?

Assalamualaikum wbt, 

Apa khabar anda hari ini? 

Seperti yang saya coretkan sebelum ini, saya sekarang sedang dalam penyelidikan mengenai obesiti. -->

Video di bawah menerangkan secara ringkas bagaimana lebihan berat badan membebankan kita dan membawa kepada pelbagai penyakit lain termasuklah sakit sendi, diabetic, kanser dll


Enjoy this short video; 





Lets help our self to have a wonderful healthy life, inshaAllah.


Rabu, 29 Oktober 2014

Apa kata KKM mengenai Obesiti?

Assalamualaikum dan Salam sejahtera, 

Alhamdulillah, saya sedang melanjutkan pelajaran di peringkat masters dengan kajian mengenai pemakanan diet yang seimbang bagi mengurangkan kadar obesiti di Malaysia. 

Melihat kepada statistic yang diperolehi melalui sumber rasmi seperti dibawah, membuatkan saya seram sejuk.. huhu. ramainya orang yang obese kan sekarang. dalam the star online melaporkan 45.3% rakyat Malaysia mempunyai berat badan berlebihan. SCARY kan? (Berita penuh boleh baca di sini The star, june 2014)




Oklah, hari ni saya kongsikan dulu apa kata Kementerian Kesihatan Malaysia mengenai OBESITI ni... jemput baca ya.. 

APA KATA KKM?


Kegemukan (Obesiti)

Pengenalan
Kegemukan atau obesiti (perkataan obesiti akan digunakan seterusnya) adalah satu penyakit kronik yang sedang menular di kalangan masyarakat dunia dan Malaysia khususnya. 10 tahun dahulu, obesiti hanyalah dikenal pasti sebagai faktor risiko kesihatan terutamanya untuk penyakit kardiovaskular khususnya penyakit jantung. Tetapi sejak 5 tahun kebelakangan, bersandarkan penemuan saintifk baru, masalah obesiti ternyata adalah satu penyakit yang membawa kesan buruk terhadap kesihatan dan menyumbang kepada penyakit-penyakit serius pada individu yang terdedah kepada obesiti terutamanya penyakit jantung dan diabetes (1, 2).
Negara Amerika Syarikat mencatatkan pada tahun 2003 - 2004 seramai 32.2% orang dewasa adalah obese (3). Manakala statistik di Malaysia melalui National Health Morbidity Survey yang di jalankan pada tahun 2011 mencatatkan 15.1% rakyat Malaysia berumur 18 tahun ke atas adalah obese. Ini menunjukkan peningkatan berbanding dengan 14% pada tahun 2006. Ini bermakna seramai 2.6 juta populasi dewasa di Malaysia adalah obese menjadikan Malaysia negara tertinggi mempunyai kadar obesiti di kalangan negara-negara asia tenggara (4).
Oleh kerana kadar obesiti yang tinggi dan penyebab kepada penyakit-penyakit kronik, saringan obesiti hendaklah di jalankan di premis kesihatan terutamanya di premis kesihatan Kementerian Kesihatan Malaysia.
Definasi
Obesiti adalah satu keadaan yang kompleks di mana seseorang individu itu mempunyai lemak berlebihan. Ia adalah penyakit kronik yang memerlukan rawatan susulan berpanjangan, terapi dan perhatian yang wajar oleh pengamal perubatan. Lelaki dikatakan obese sekiranya mempunyai kadar lemak berlebihan sebanyak 25% (5). Manakala wanita pula di katakan obese apabila lebihan lemak sebanyak 35%. Obesiti boleh di ukur menggunakan penggiraan Body Mass Index – atau BMI (Indeks Jisim Badan). BMI adalah indeks pengukuran berat badan berbanding dengan ketinggian.
Formula adalah seperti tertera:
BMI = Weight (kg) / Height² (m) ²
Saringan obesiti memerlukan ukuran berat badan dalam kilogram dan ukuran ketinggian di dalam meter.
Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) telah mendefinasikan BMI 30 kg/m2 atau lebih sebagai obes. Sementara BMI 25 kg/m2 atau lebih sebagai berat badan berlebihan (6).
Walau bagaimana pun risiko untuk mendapat penyakit kardiovaskular di kalangan penduduk Asia berlaku pada tahap BMI yang lebih rendah dari skala yang telah dinyatakan. Penduduk Asia mempunyai kadar lemak yang lebih tinggi berbanding dengan masyarakat barat pada skala BMI yang sama. 
Klasifikasi Kegemukan (Obesiti)
WHO Klasifikasi Obesiti untuk populasi Asia (rujukan 7)
KlasifikasiBMI (kg/m2)Risiko Kesihatan
Kurang berat badan<18.5Rendah
Julat normal18.5 - 22.9Risiko meningkat tetapi boleh di terima
Berlebihan berat badan> 23
Pra-Obes23.0 - 27.4Risiko meningkat dengan ketara
Obes 127.5 - 34.9Risiko tinggi
Obes II35.0 - 39.9Risiko sangat tinggi
Obes III> 40.0Risiko terlalu tinggi
Faktor Risiko Kegemukan (Obesiti)
Mengapa obesiti berlaku? Apakah faktor penyumbang kepada obesiti?
Faktor risiko obesiti adalah:
  • Umur. Peningkatan umur akan menyebabkan kadar metabolisma menurun. Oleh itu kenaikan berat badan akan ketara walaupun tiada sebarang pertukaran dan penambahan di dalam tabiat pemakanan dalam aspek jumlah, jenis dan kekerapan.
  • Gender. Kaum wanita mempunyai lebih kebarangkalian untuk menjadi obese berbanding dengan lelaki. Ini adalah kerana wanita mempunyai kadar metabolisma yang rendah berbanding kadar metabolism yang tinggi di kalangan kaum lelaki. Masalah obesiti ini akan menjadi meruncing apabila wanita mencapai menopause.
  • Faktor keturunan.
  • Aktiviti fizikal. Kurang melakukan aktiviti fizikal dan tidak menjaga pemakanan adalah faktor yang sangat penting di dalam peningkatan obesiti.
  • Faktor psikologi. Ramai individu yang makan berlebihan apabila menghadapi tekanan atau mempunyai ketidak stabilan emosi.
  • Penyakit. Walaupun tidak kerap, obesiti boleh berlaku kepada pesakit yang mempunyai penyakit hypothyroidism, kemurungan atau penyakit di bahagian otak yang menyebabkan pesakit makan berlebihan.
  • Ubat-ubatan. Ubat seperti steroid atau ubat untuk merawat kemurungan boleh menyumbang kepada obesiti.
Implikasi Kegemukan (Obesiti)
Obesiti menyumbang kepada banyak penyakit kronik yang boleh membawa kematian atau morbidity. Penyakit-penyakit ini boleh merendahkan kualiti hidup pesakit. Antara penyakit-penyakit yang disebabkan oleh obesiti:
  • Diabetes Mellitus
  • Penyakit hepatobiliary (fatty liver dan batu hempedu)
  • Dyslipidaemia (kolesterol tinggi)
  • Metabolic syndrome
  • Sleep apnoea
  • Penyakit jantung koronari
  • Cerebrovascular disease
  • Kegagalan jantung
  • Tekanan darah tinggi (hypertension)
  • Osteoarthritis
  • Gout
Mengapa Perlu Saringan Kegemukan (Obesiti)
Saringan obesiti adalah perlu kerana dengan menghitung BMI, pesakit boleh mengetahui status kesihatan. Jika BMI berada di skala yang tidak normal, pesakit tersebut boleh ke klinik atau hospital berdekatan untuk mengenal pasti faktor risiko obesiti. Seterusnya pesakit tersebut boleh mengambil langkah mengurangkan berat badan. Jika perlu, pesakit akan di beri rawatan sewajarnya. Pesakit juga boleh mendapatkan kaunseling untuk merawat obesiti.
Pesakit di galakkan menghitung BMI sekurang-kurangnya 3 – 4 bulan sekali atau setiap kali ke klinik untuk mendapatkan rawatan. Penurunan berat badan akan menurunkan BMI dan penyakit kronik yang dihidapi akan lebih mudah di kawal.
Penurunan BMI juga boleh mengurangkan risiko mendapat penyakit kronik seperti tersenarai di atas.
Modaliti Saringan Kegemukan (Obesiti)
Pengiraan BMI hanya memerlukan alat penimbang berat badan dan pengukur ketinggian. Berat badan adalah dalam kilogram sementara ketinggian di dalam meter.
Rawatan Dan Pengendalian
Pesakit yang mempunyai obesiti perlulah berjumpa doktor untuk mendapat rawatan yang sewajarnya. Terdapat beberapa ubatan obesiti yang berdaftar dengan Kementerian Kesihatan Malaysia. Walau bagaimana pun, pembedahan juga adalah satu pilihan rawatan dan pakar bedah akan mengendalikan kes-kes obesiti rumit.
Cara Mencegah Kegemukan (Obesiti)
Rawatan-rawatan yang telah dinyatakan hanya akan berjaya jika pesakit mengubah sikap dan menjalankan cara hidup sihat dengan mengawal pemakanan dan meningkatkan aktiviti fizikal.
Pengawalan pemakanan boleh di bantu dengan kaunseling oleh pegawai dietetik. Manakala penambahan aktiviti fizikal memerlukan tunjuk ajar dari pegawai pendidikan kesihatan.
Amalan pemakanan yang sederhana dan sesuai dengan menambahkan kadar serat dan mengurangkan lemak serta karbohidrat boleh membantu mengurangkan berat badan (8).
Mengamalkan aktiviti fizikal sederhana (moderate) 60-90 minit setiap hari boleh membantu mengurangkan BMI bagi mereka yang obes (9).
Amalan pemakanan yang buruk
Bersenam boleh menggelakkan obesiti













 



Sumber : http://www.myhealth.gov.my/index.php/my/kegemukan-obesiti

...
InshaAllah, akan saya kongsikan dengan lebih lanjut selepas ini...
Mohon doakan saya berjaya dalam pengajian saya...

Pelajar Sarjana, 
Anisah

Surirumah & Media : Bersama Membangun Potensi Suri Rumah Rahmah

 𝗦𝘂𝗿𝗶𝗿𝘂𝗺𝗮𝗵 𝗱𝗮𝗻 𝗠𝗲𝗱𝗶𝗮  Alhamdulillah, di izinkan Allah untuk hadir 2 hari 𝑩𝒆𝒏𝒈𝒌𝒆𝒍 𝑷𝒆𝒏𝒈𝒖𝒓𝒖𝒔𝒂𝒏 𝑴𝒆𝒅𝒊𝒂 𝑺...