Memaparkan catatan dengan label prenatal set. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label prenatal set. Papar semua catatan

Jumaat, 9 Jun 2023

Testimoni Set Hamil & Menyusu Shaklee - terbaik!

 Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera. 

Alhamdulillah

Alhamdulillah

Alhamdulillah

Buat yang belum mengenali saya, izinkan saya memperkenalkan diri secara ringkas, saya seorang ibu kepada 5 orang cahayamata. Alhamdulillah tahun ini, memasuki tahun ke 14 saya bergelar ibu yang menyusukan (stop sekejap masa pregnant sahaja), Dan Masih menyusukan. Ia bukan mudah, tapi saya bersyukur Masih dapat meneruskannya. 

Berkerjaya sebagai 'house manager' a.k.a housewife, housemother sejak 10tahun lalu. 

Hari ni saya nak berkongsi pengalaman hamil & menyusukan, perbezaan yang saya alami di antara semasa mengambil supplement shaklee dan tidak. 

Perbezaan pertama - strechmarks semasa hamil. 

Semasa hamil anak pertama dan kedua, saya belum kenal shaklee, walaupun usia masih muda sekitar 22-25tahun, strechmark sangat merisaukan. Baca-baca katanya normal untuk ibu hamil. Puas lah juga sapu cream untuk hilangkan strechmark yang menyeramkan tu, siapa pernah ada? Seram macam corak batik pada badan. 

Post pregnancy, badan slim semula, dan kesan strechmark semakin ketara. Semakin seram lah kan. Bayangkan ibu muda, seorang wanita yang masih muda, tentu risau ada bahagian Kulit badan yang 'comot'. 

Menariknya, semasa hamil anak ke3, ke4, ke5. MashaAllah tiada langsung strechmark. Bak kata makcik urut selepas bersalin tu, Kulit cantik macam baby. MashaAllah. 

Apa rahsianya? Alhamdulillah Allah izinkan saya mengambil #SetHamilShaklee, yang mana ESP membantu pembentukan sel badan, dan menjadikan Kulit 'moist' dan cantik. Bizinillah. 


Perbezaan kedua - cramp kaki.

Siapa pernah rasa cramp Kaki semasa pregnant? Sakit nya, orang kata simpul biawak. 

Dia macam Kaki kita kena kejutan elektrik. Sakitnya Astaghfirullahalazim. Taknak ulang rasa ( seriously, bukan macam sakit bersalin yg orang kata serik, tapi tak serik betul2 tu). 

Alhamdulillah, Allah bagi rasa semasa pregnant anak pertama dan kedua, biasa terjadi tengah-tengah malam, masa tu memang cik abang auto jadi tukang urut. 




Alhamdulillah, sepanjang pregnant anak ke 3, ke 4, ke 5, hampir tiada simpul biawak tu. Pernah kena sebab terlupa makan ostenutrix buat beberapa malam. Aduhai siapa suruh lupa kan? 

Berminat nak Prenatal Set click di sini ORDER SET HAMIL SHAKLEE

Perbezaan ketiga - sakit contraction 

Sakit contraction, tentulah sakit yang SAKIT yang level nya tinggi sangat. Doktor minta timing kan 30min sekali? 15min sekali? 5min sekali? Seolah2 Kita kena 'cari rasa sakit' tu. 

Alhamdulillah, berkat ❤️ training & asbab pengambilan #SetHamilShaklee, terutama #ostenutrix, rasa beza sangat2 tahap sakit contraction tu semasa nak bersalin anak pertama & kedua ( belum kenal shaklee) dan bersalin anak ke 3, ke 4 dan ke 5. 

Sakit tentu sakit, tapi alhamdulillah sangat bareable, dan sejurus selepas bersalin pun Masih ada tenaga, sampai doktor pun amaze. Alhamdulillah Allah izinkan. 

Inilah set yang saya ambil semasa hamil & menyusukan anak no 3 & 4 (packaging lama)


Perbezaan ke empat - semasa berpantang

Dalam kita berpantang, kita perlukan tenaga untuk menguruskan newborn yang fragile. Alhamdulillah berkat asbab pengambilan #SetHamilShaklee Dan #SetBerpantangShaklee, baby tegap, bila dukung boleh terasa tahap 'keras' Tulang baby tu, jadi alhamdulillah lebih mudah nak menguruskan baby. 

Dalam pada masa yang sama, ibu juga bertenaga. Alhamdulillah. 

Perbezaan ke Lima - susu banyak



Semasa menyusukan anak pertama dan kedua, mungkin masa tu kurang ilmu dan macam takde orang share kepentingan supplement, a.k.a milk booster untuk bantu boost up susu, saya terpaksa tambah Formula Milk semasa anak berumur 5-6bulan semasa anak di Taska. Pam susu tapi sikit2 je yang keluar, jadi bagi FM je lah, mudah kan? Tapi hakikatnya, itulah jadi Punca anak mudah sakit. Ialah susu ibu tiada tandingan dengan mana-mana susu formula, setuju? Ia Allah yang kata, dan di sokong oleh pakar sains. 

Alhamdulillah anak ke 3, ke 4 dan ke 5, anak-anak saya fully menyusu susu ibu  sehingga umur sekurangnya 2tahun. Asbab #SetPenyusuanShaklee, susu lancar dan boleh nampak Dari segi kesihatan anak2 juga baik. 

Berminat nak Postnatal Set click di sini ORDER SET PENYUSUAN SHAKLEE

Inilah 5 perbezaan ketara yang saya alami. Ada pelbagai lagi aspek lain, nak rasa, kena alami sendiri. 💕

Boleh google-up #Testimoni #SetHamilShaklee & #SetPenyusuanShaklee, terlalu ramai yang mendapat feedback yang positif.

Testimoni shaklee rakan team shaklee saya, berkongsi pengalaman beliau  mengambil ostenutrix sebagai supplement kalsium. 

 Saya sendiri pun mula berkenalan dengan shaklee asbab nak meningkatkan susu ibu semasa penyusuan anak ke 2 dulu pada tahun 2013, Dan sehingga kini Masih bergelar ibu yang menyusukan untuk anak ke 5 pula. 

Buat ibu-ibu sekalian, (dengan sokongan bapa-bapa), saya sangat sarankan untuk mengambil #SetHamilShaklee Dan #SetPenyusuanShaklee ini, of course supplement shaklee ada kelulusan KKM, ia di formulasikan oleh pakar sains di USA. 



Nak PRODUK Shaklee atau nak mulakan BISNES ONLINE Shaklee? Jom saya bantu 😃


Wasap.my/60136216522/NakShaklee

#RakanShaklee Anda,

Anisah Khalid

...

Moga dapat hadiah istimewa tajaan Master Norita, www.anakkuwira.com
Buat anda semua nak baca lebih banyak testimoni boleh singgah di blog Master Norita ya. 

entri saya ini menyahut saranan Master N di sini  kongsi-testimoni-produk-shaklee

#NextLevelBlogging

#Shakleetriumph2023

#shakleethrive2023

#SetRahmahShaklee2023

Jumaat, 5 Februari 2021

Seronoknya Hamil dan Menyusu dengan Set Hamil dan Penyusuan Shaklee

 Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Alhamdulillah

Alhamdulillah

Alhamdulillah

Ramai kawan dan saudara mara saya bakal menerima cahayamata lagi. Alhamdulillah, masih ramai yang merancang untuk ada anak sekitar 4-6orang. Ekonomi keluarga yang baik juga antara faktor penting juga. 

 In Sha Allah selagi mana sihat , di izinkan Allah untuk Hamil lagi, jom raikan dengan baik, dan lengkapkan keperluan nutrisi harian untuk ibu dan bayi. 

Pengalaman saya sendiri, 2 kali pregnant, belum kenal shaklee, 2 kali memang makan shaklee, alhamdulillah bertenaga nya lain dan Kesan yang paling beza...TIADA strechmark semasa Hamil sambil makan set Hamil Shaklee. Bizinillah. 

Jemput baca ya info dalam set Hamil Shaklee seperti di bawah: 



Ada yang tanya jika Tak habis makan set Hamil Shaklee ni, boleh ke makan lagi selepas bersalin? Ia sudah tentu boleh. 

Saya sendiri makan shaklee, sejak menyusukan anak ke2, then terus kan sampai pregnant anak ke3, menyusukan anak ke3, then pregnant anak ke 4, menyusukan anak ke 4. 

Alhamdulillah mereka semua dapat khasiat susu ibu sehingga umur sekurangnya 2tahun. Alhamdulillah susu meriah, badan ibu bertenaga dan yang best lagi, Bantu kembali ke berat badan sebelum pregnant. Best sangat. Sungguh rindu! 

Jom tengok set penyusuan shaklee pula ya 

 



Alhamdulillah. Ramai customer saya turut memberikan maklumbalas yang baik. Kuncinya, jika dah ada depan mata, silalah makan mengikut jadual. In Sha Allah dapat manfaat sebaiknya. 

Ok nak bagitahu ni, bulan ni shaklee buat offer best seller set ni. 

Jika berminat, boleh wasap Saya segera ya. 

Wasap.my/60136216522

Salam hormat,

Pengguna shaklee sejak 2013 

Anisah Khalid

Boleh click link di bawah untuk terus register sebagai ahli shaklee dan dapat beli shaklee dengan harga ahli. 


Atau click di sini untuk terus membeli ya https://www.shaklee.com.my/products/promotion/00P517?sid=963691






Ahad, 18 Oktober 2020

Perkongsian 7 tahun Shaklee Effect Anisah Khalid sekeluarga

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Apa khabar pembaca sekalian? Alhamdulillah tentu sihat sejahtera kan sebab dapat baca posting saya ni.

Maaf lama tak berkongsi di sini, zaman dah berubah kan. hihi. ramai sudah fokus pada fb, ig dan terkini tik tok.

Tapi masih ada yang masih mencari info melalui blog sebab blog lebih jelas, boleh baca lebih banyak , dan sebagai seorang yang suka menulis, di blog lah lebih panjang boleh share kan.

Alhamdulillah saya masih setia dengan bisnes shaklee sejak 2013, walaupun ada naik turun nya, saya berada dalam wave shaklee Malaysia sehingga kini Oktober 2020.

Izin kan saya berkongsi shaklee effect kami sejak 7 tahun lalu. alhamdulillah. semua berlaku dengan izin Allah swt.

Inilah kami di awal kami aktif dgn bisnes shaklee. pada tahun 2013. - gambar sekeluarga dari fb page doubleAsihat

Alhamdulillah. #shakleeEffect pertama yang kami rasa ialah kesihatan anak2 sangat improve, jarang sangat demam dan jika demam pun cepat sembuh. Alhamdulillah.

#shakleeEffect ke2, saya berjaya BF amanina sehingga umur 3tahun tanpa campur FM. (walaupun amanina telah mula susu FM semasa umur 4bulan, tetapi selepas mengambil set penyusuan shaklee, no more FM for her. )

#shakleeEffect ke 3, gastrik saya dah lama tak 'menyerang'. dulu, jika menyerang tergolek2 lah memegang perut. berkat pengambilan ESP secara konsisten. Alhamdulillah.

#ShakleeEffect ke 4, kami kekal rupa seperti remaja. hihi ok ni perasan sikit. tapi sungguh itu lah komen kawan yang sudah lama mengenali kami. kulit muka masih seperti remaja 🙂
ok perbandingan kami pada 2013 dan 2020. - letak gambar

ini shaklee effect yang jelas, yang sampingan pun banyak. seperti badan terasa lebih cergas, tiada cramp kaki semasa pregnant, tiada strechmark semasa pregnant, badan terasa lebih firm, bacaan gula bagi penyakit kencing manis arwah atok dulu terkawal dengan pengambilan vivix secara konsisten. Atok baru meninggal setahun... sungguh rindu atok (Al fatihah) - ada saya kongsi kan kisah atok saya di sini dulu. Kisah atok tersayang

Mak abah, pengguna tegar supplements sejak muda lagi, in fact abah sejak kecil lagi. Alhamdulillah sekarang mak abah konsisten dengan ResV, Alfalfa, Omega Guard, Ostematrix, dan Vitamin C ( plus yang lain). Alhamdulillah di usia mereka 60tahun, masih boleh drive kereta utara selatan, Alhamdulillah, tidak di diagnose dengan mana2 penyakit 3 serangkai. Moga terus di lindungi dari penyakit2 tersebut.

- letak gambar ResV / Vivix serta khasiat

Adik beradik saya juga ipars tengah musim pass baton untuk hamil dan bersalin, jadi yang memang konsisten semua makan ialah ostematrix, bukan sekadar kalsium tu. ostematrix sangat membantu dalam melegakan sakit pinggang, cramp kaki kerana ia membekalkan keperluan kalsium harian, juga mengandungi mineral lain yang membantu penyerapan kalsium ke badan. Nenek mertua juga pengguna tegar ostematrix sejak tahun 2013 juga.

- letak gambar oste

Kira nya, vitamins shaklee ni sesuai untuk semua peringkat umur, untuk kanak2 pun kita ada vitamins juga.

Ermmm shaklee ada vitamins sahaja ke?
taklah, shaklee ada Skin Care dan House Care

- letak gambar youth
Shaklee ada set penjagaan kulit, kini di kenali sebagai Youth Skin Care, di reka hasil kajian selama 8tahun oleh saintis di USA. Di jamin selamat dari 2500 bahan merbahaya. Alhamdulillah saya pakai sejak ia mula di lancarkan di Malaysia pada tahun 2018, antara shaklee effectnya ialah kulit terasa moist jer, dapat mengelakkan jeragat, kedutan bawah mata dan macam2 lagi. boleh search je Testimoni Youth Shaklee Malaysia. banyak sangat...
- letak gambar testimoni

Product house care yang saya konsisten pakai sejak 2013 ialah basic H, pada botol nya ada tertulis '1001 uses' kira nya ia pencuci pelbagai fungsi. Saya gunakan untuk mencuci sayuran dan buahan, mencuci pinggan mangkuk, mencuci lantai , siram pada pokok dan pelbagai lagi. sebotol tahan berbulan2 sebab ia nya sungguh pekat. dan yang paling penting enviromental friendly. Selain basic H, terdapat dish washing liquid, detergent dan set penapis air.( maklumat lanjut boleh click Shaklee get clean products )
- letak gambar get clean

Di akhir kata, ...
posting belum siap, tapi saya post je dulu ya. sebab kalau letak draft... kang lupa nak publish, duk la diam2 dalam draft. jika anda membaca posting ni, ingat kan saya untuk SIAP kan ASAP ya. wasap saya tau!
wasap.my/60136216522

Surirumah & Media : Bersama Membangun Potensi Suri Rumah Rahmah

 𝗦𝘂𝗿𝗶𝗿𝘂𝗺𝗮𝗵 𝗱𝗮𝗻 𝗠𝗲𝗱𝗶𝗮  Alhamdulillah, di izinkan Allah untuk hadir 2 hari 𝑩𝒆𝒏𝒈𝒌𝒆𝒍 𝑷𝒆𝒏𝒈𝒖𝒓𝒖𝒔𝒂𝒏 𝑴𝒆𝒅𝒊𝒂 𝑺...