Memaparkan catatan dengan label B complex. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label B complex. Papar semua catatan

Jumaat, 3 Jun 2016

Boleh ke ibu hamil/menyusu berpuasa?


Assalamualaikum wbt dan Salam Sejahtera,

Alhamdulillah. Inshaallah kita akan bertemu Ramadhan lagi beberapa hari sahaja lagi.

Antara soalan lazim ibu2 pregnant dan menyusu kan. 'Boleh ke nak puasa???'

Laratke? Cukup ke nutrisi untuk bayi?

Menurut Dr zubaidi,  'Bayi di dalam kandungan tidak mrngalami kekuràngan nutrisi walaupun ibu berpuasa'

Bulan RAMADHAN, bulan yang ISTIMEWA! Di sebalik perintah Allah , pasti ada hikmahnya kan.

Selagi boleh berpuasa, kita wajib berpuasa . kecuali lah kalau dah tak larat langsung, ada kelonggarannya.



Alhamdulillah. Allah izinkan berpuasa penuh sebulan tahun lepas..

Wajibkan diri bersahur. Paling kurang kurma 3bj + ESP.

Alhamdulillah. Allah izinkan berpuasa walaupun masa tu dah 6-7 bulan pregnant.

Inshaallah tahun ni, berpuasa dan menyusu... Moga kekal cergas juga.

Psst boleh bakar byk kalori tau sebab menyusu bakar kalori, berpuasa juga bakar kalori.

Tapi kena juga jaga kalori masuk... Sbb kita perlukan tenaga juga walaupun nak turun atau maintain kan berat badan. Nanti kang kesian pula badan kan.

Bersahur dan berbuka la dengan berserderhana...

Moga Ramadhan Kali ini lebih baik dari yang dahulu.

Selamat menyambut Ramadhan Kareem.

Isnin, 6 Julai 2015

PROMOSI RAYA 1436H dan JULAI 2015!!!

Assalamualaikum dan Salam sejahtera,

Salam Ramadhan 1436H.Apa khabar iman kita? inshaAllah, bertambah dengan kehadiran bulan yang di muliakan ini.




Diam tak diam dah masuk 10 malam terakhir bulan Ramadhan kan? Taklama lagi nak sambut raya pula. Sempena bulan yang kita sangat2 di galakkan untuk meningkatkan amal ibadat, dan moga istiqamah juga di bulan2 seterusnya.


Alhamdulillah Shaklee buat PROMOSI, si tonik ajaib untuk membantu nenek2 atok2 , mak2 ayah2 dan juga sesiapa sahaja yang mengalami masalah kesihatan mahupun yang minum VIVX untuk kesihatan optimum.


Alhamdulillah, atok saya yang pernah berkeadaan agak kritikal, kini masih boleh berpuasa penuh di bulan yang mulia ini, dengan izin Allah... dengan sesudu vivix setiap kali sahur. ;) Moga atok sihat2 selalu. ( kisah atok saya --> Atok ku tersayang


Walaupun dah 5 julai pun hari ni, rasanya belum terlambat untuk saya kongsikan apa die PROMOSI Julai 2015 ni. nak tahu Apa die? ❤ jemput scroll down ya.


1. VIVIX❤❤❤❤❤

Jimat rm5* each !!

Nak kenal VIVX, si tonik ajaib? jemput click VIVIX untuk KESIHATAN dan KECANTIKAN


2. BCOMPLEX

Jimat rm1* each !!

Jemput click : Bcimpleks dan fungsinya

3. VITALEA KIDS CHEWABLE

Jimat rm2* each

Jemput click kenali Vitalea KIDS


;) Jadi kawan2, sempena nak dekat raya ni, nak tambah pahala sedekah, ;)  agak2 mencari HADIAH untuk yang tersayang, VIVX antara hadiah terbaik! ;) bak kata kawan saya, walaupun sebotol nilai nya hampir dengan 2gm emas, tetapi nilai kesihatan ahli keluarga dan yang tersayang adalah jauh lebih tinggi. Setuju?

Jom dapatkan sekarang! 

Di akhir kata, Selamat menunaikan ibadat puasa dan amalan sunat di bulan yang mulia ini. semoga kita bertemu lagi dengan Ramadhan tahun2 akan datang. inshaAllah. 

Salam hormat dari saya dan keluarga

~Feel Free to LIKE and SHARE~Please do not hesitate to contact me/ comment below for:-
FREE ConsultationBusiness OPPORTUNITY with Shaklee!!





Selasa, 28 Oktober 2014

Selamat Tinggal Gastrik

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Apa khabar anda hari ini? Moga kita semua sihat dan ceria selalu dengan izinNya. 

Hari ni, bila ada yang tanya saya.. apa supplement untuk gastrik ya?

Terus terbayang...SAKITnya gastrik! Sungguh.. jika di tanya saya antara sakit bersalin dan gastrik.. 

'Mana lebih sakit?'

Jawapan saya..GASTRIK

Allahuakhbar... terbayang gastrik pada hari pernikahan saya.. tula antara sakit perut yang paling teruk. memang terguling2.. air mata meleleh sendiri tanpa di pinta. sebab masa tulah, tak makan betul2 untuk beberapa hari..'sibuk' la kan kononnya. peaknya sakit perut pada hari pernikahan. Allahuakbar! 

macam ni lebih kurangnya postur ketika sakit.


Perut macam di tikam2 tanpa henti... Sakit sangat! 

 Treatment traditionalnya, atok saya suh bakar 1 labu bawang putih, then makan macam makan kacang... huhu.. aduhai baunya memang menusuk! tapi sebab atok yang buatkan dan paksa makan. ok lah.. alhamdulillah. lepas makan tu, paksa diri untuk baring. then memang angin keluar berpusu2. Selepas tu baru boleh makan sikit2. esoknya.. sakit masih berbaki, jadi memang kena jaga makan sangat2, 

No pedas! No masam! aduhai.. kenalah makan tawar2 gitu. 

Sebenarnya, masa tu, family members yang cakap 'gastrik ni' Then semasa di UiTM pernah di serang lagi.. jumpa Doktor sekali gus untuk dapatkan mc, serious tak larat pergi kelas. 

Then...

Pesan doktor, kenalah jaga makan dan jaga waktu makan


Selepas tu, ada juga beberapa kali 'diserang'... antara ubat yg yang pernah Dr prescibe yang warna putih berangin, charcoal dan beberapa lagi. makan bila dah terguling. huhu. tapi sebenarnya tak sanggup nak rasa guling2 tu. 


SERANGAN yang tak boleh lupa, dua kali saya bersalin, dua2 kali la gastrik menyerang juga! serious sampai tak tahu sakit contraction tu macamana.  yelah bila dah dalam keadaan nak bersalin, selera makan dah kurang, jadi makan ala kadar. tup2.. kan tenaga diperlukan sangat2. 

Dalam 1 jam sebelum anas lahir, saya sampai muntah air, lembik badan sebab angin yang huhu! Doa yang saya ulang masa tu..'Ya Allah, bagilah anak ku lahir dengan selamat dahulu sebelum aku pengsan'.. memang gagahkan diri masa nak bersalin tu. alhamdulillah dapat bersalin normal dengan 2 kali push... tapi just lps bersalin tu..memang macam pengsan! nasibla nurse bagi minum air milo O sebelum pengsan tu.. kalau tak, mungkin bgn tido, sakit tu datang balik. Masa nak bersalin kan amanina sakit nya kurang sikit. tapi masih juga macam gastrik. huhu. atau mungkinkah gastrik dan contration tu seakan sama? Wallahualam.


Oklah..cukuplah rasanya bayangan sakit tu macamana...sebab sebenarnya seboleh-boleh nya tak dah lalui lagi. inshaAllah. 

Alhamdulillah... sekarang ni, dah jarang kena dan rupanya vitamins yang saya makan untuk kesihatan asas ni membantu mengurangkan simptoms gastrik. Apa vitamins yang saya makan ---> Vitamins untuk kesihatan optimum



Ingat tak tadi, atok saya ajar makan bawang putih, a.k.a garlic? Alhamdulillah sekarang ni lebih mudah, sebab dah ada dalam bentuk tablet, telan jer, memang jadi 'wonderpet' di kala terasa nak di serang tu.. inshaAllah nanti keluar la angin2, tak jadi nak kena gastrik. alhamdulillah. 

gastrik ni kan sebenarnya maknanya kita ada masalah sistem pencernaan.. acid terkumpul kat perut. 

Di akhir kata, kunci utama...JAGALAH MAKAN! dan lengkaplah vitamins harian kita. moga kita terhindar dari sakit2 yang memberbahaya. 

BEKAS pesakit gastrik, (inshaAllah),

Anisah Khalid...

...

~Feel Free to LIKE and SHARE~
Please do not hesitate to contact me/ comment below for:-

FREE Consultation
Business OPPORTUNITY with Shaklee!!




Khamis, 11 September 2014

Panggilan Haji telah tiba lagi...

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera, 


Alhamdulillah, panggilan haji telah tiba lagi. Tahun ini, sekitar 22Ribu Rakyat Malaysia  menunaikan haji  Bersama jutaan Muslimin dari seluruh dunia. 

Berikut adalah Jadual Penerbangan pergi dan balik...

Tarikh penting penerbangan Haji 1435H 

Tuan/puan boleh semak di website tabung haji

Nasyid RAIHAN

Nasyid Raihan di bawah ini merangkumi nasihat dalam mencapai haji yang diterima, dan bukannya masa untuk membeli belah. 

Teringat saya pernah mengendalikan persembahan kanak-kanak untuk sambutan raya haji, nasyid ini menjadi temanya. (semasa saya bertugas sebagai guru di sebuah sekolah dulu) 
Nasyid yang everlasting sebab setiap tahun, inshaAllah pasti ada orang yang akan menunaikan haji. 

Jom kita dengar dan nyanyikan bersama... inshaAllah akan tiba giliran satu hari nanti.




Labbaikallahumma Labbaik 
Labbaika Laa Syarikalaka Labbaik 
Innalhamda Wan Ni'mata 
Laka Wal Mulk 
Laa Syarikalah

Pergi haji 
Ertinya menuju Allah yang esa 
Membawa hati dan diri yang hina 
Memberi hadiah kepada Allah 
Berhati-hatilah menghadapNya

Setiap hamba 
Pergi haji dengan segala yang baik 
Hati yang baik akhlak yang baik 
Harta yang halal hati yang bersih 
Niat yang suci amal mulia

Pergi haji 
Ilmu tentangnya mestilah ada 
Agar syarat dan rukun tepat sempurna 
Sah dan batalnya dapat dijaga 
Agar amalan hajinya tidak sia-sia

Tata tertib dan akhlak kenalah jaga 
Buatlah dengan tenang serta tawadu' 
Sabar dan tolak ansur mestilah ada 
Jangan berkasar merempuh manusia

Setiap hamba 
Pergi haji dengan segala yang baik 
Hati yang baik akhlak yang baik 
Harta yang halal hati yang bersih 
Niat yang suci amal mulia

Tanah haram jagalah pantang larangNya 
Pergi haji bukannya masa untuk membeli belah 
Beringatlah betulkanlah niat kita 
Moga-moga haji kita diterima

Jagalah pantang larangNya 
Yang boleh rosakkan haji 
Jauhkan maksiat dan yang sia-sia 
Takutkan Allah yang esa 
Ingat selalu padaNya 
Agar kita sentiasa memiliki jiwa hamba

Pergi haji 
Ertinya menuju Allah yang esa 
Membawa hati dan diri yang hina 
Memberi hadiah kepada Allah 
Berhati-hatilah menghadapNya


Panggilan Haji buat Makteh, Makcik Suami. 

Alhamdulillah,  berita gembira yang kami terima awal tahun lalu, walaupun kalau ikut jadual asal, belum tiba giliran makteh... Ini adalah antara bukti 'bila Allah kata jadilah, maka jadilah' . 

Alhamdulillah, makteh di jemput untuk menunaikan haji bersama Pakitam dan isteri sebagai mahram beliau. 


Alhamdulillah, makteh atau nama sebenar Azizah bt Endut berangkat ke Madinah pada subuh 5 September 2014. Jemaah telah berkumpul di Kompleks Tabung Haji Kelana Jaya pada 4 September 2014. Proses penyerahan dokumen dan taklimat telah berlangsung pada malam tersebut. Saya tak dapat hadir ke sana, tapi dapat bercakap melalui telefon, 

Mendengar suara beliau, hati jadi sebak...'Doakan makteh selamat dan mendapat haji yang terbaik ye' 

InshaAllah... Moga Makteh  sihat sejahtera, dapat beramal dengan baik dan dikurniakan haji mabrur. Ameen.





MENUNAIKAN HAJI BUKAN TUGAS YANG MUDAH

Seperti yang kita tahu,  menunai haji memerlukan tenaga yang banyak sebab banyak pergerakan yang diperlukan... seperti tawaf mengeliling kaabah sebanyak 7 kali, (semakin jauh dari kaabah, semakin besar pusingan, bayangkan kalau tawaf di tingkat atas, jauhnya perjalanan kan), saie juga memerlukan pergerakan yang banyak...

Jom kita ambil tahu apa yang bakal haji akan lalui di sana nanti.(boleh click gambar ini, untuk dibesarkan)



 Alhamdulillah, jika anda berminat nak tahu lebih lanjut, tabung haji ada sediakan nota yang lengkap, anda boleh click di Nota Kursus Haji Tabung Haji

Memahami keperluan vitamins tambahan untuk jemaah haji, makteh ada bagi tahu yang mereka menerima sumbangan vitamins dari pihak2 tertentu melalui tabung haji. mungkin seperti yang dalam akhbar di bawah. Namun, vitamins yang diberikan hanya dalam kadar yang sedikit. Hanya beberapa biji bagi setiap vitamins.





Alhamdulillah, diberi keizinan untuk memberi hadiah yang dapat membantu mengurangkan sakit 'orang tua'.

Senyum lebar makcik dapat 'benda' yang beliau sgt perlukan. Al maklum, bila umur semakin meningkat sakit lutut &pinggang mcm biasa jer kan. 



Mekteh berangkat pada 4 Sept 2014, alhamdulillah beliau telah memulakan pengambilan supplement sebagai persediaan sejak Jun lalu. 



Alhamdulillah, antara feedback yang kami terima, 'Alhamdulillah, dah boleh bangun dan duduk dengan lancar, inshaAllah makteh bawa supplement ni ke mekah nanti...memang membantu!' 


Alhamdulillah...


Berikut adalah cadangan vitamins bagi bakal haji dan hajah... inshaAllah, moga urusan mereka sana menjadi lebih lancar dan di beri kesihatan yang baik. Kan kita di sarankan untuk sentiasa berusaha, berdoa dan bertawakal...

Antara usaha untuk kesihatan yang baik ialah dengan makan makanan yang baik & supplement bagi lebih meningkatkan kesihatan, inshaAllah,



SET KESIHATAN OPTIMUM

1) Vitalea - Multivitamin untuk membekalkan nutrisi yang lengkap dan cukup kepada kita kekal cergas dan bertenaga sepanjang masa di tanah suci.

2) B Complex - Berfungsi untuk membekalkan tenaga, meningkatkan ketahanan antibodi serta mengurangkan stress akibat kekurangan tidur sepanjang ibadah Haji.

3) Vitamin C - Meningkatkan imunisasi tubuh badan untuk melawan penyakit.






SET KESIHATAN SENDI  :

1) Ostematrix - Mengelak kekejangan kaki akibat berjalan jauh. Membekalkan kalsium bagi menguatkan tulang untuk ibadah-ibadah yang memerlukan kekuatan fizikal di sana.

2) Omegaguard - Mengurangkan sakit kepala, meningkatkan sistem imun tubuh, memelihari fungsi fungsi sendi dan anti-radang.

3) Advance Joint Health Tablet - Membekalkan glucosamine bagi memelihara kesihatan lutut untuk berjalan jauh.




Entry berkaitan : FREE ebook travelog UMRAH

Jika anda di kalangan saudara mara atau kenalan yang akan menunaikan haji/umrah, inilah antara hadiah terbaik buat mereka.. mana tahu, ia adalah salah satu 'pencen' kubur kita, sebab kita telah membantu mereka beribadat dengan lebih baik lagi. inshaAllah.

Sekiranya tidak keberatan, sila kongsikan artikel ini kepada rakan yang lain, inshaAllah akan ada yang mendapat manfaat dari nya.

Moga Allah merahmati kita semua..Amin.

Untuk konsultansi PERCUMA, sila hubungi saya seperti butiran di bawah. 

 Feel free to LIKE and SHARE

Please do not hesitate to contact me/ comment below for:-
AFFORDABLE Price
FREE Consultation
Business OPPORTUNITY with Shaklee!!




Ahad, 7 September 2014

DOA IBU BAPA UNTUK ANAK MENGHADAPI PEPERIKSAAN


Assalamualaikum dan Selamat Menemani dan menghadapi peperiksaan,

InshaAllah bermula hari ini, adik bongsu saya dan calon UPSR seluruh negara akan menduduki UPSR. dan tak lama adik ipar bongsu pula akan menduduki Penilaian Tingkatan 3 (PT3) yang pertama kali diperkenalkan. 






Moga urusan adik-adik dipermudahkan...;) Usaha, Doa dan tawakal kepada Allah swt. 
Dan jangan lupa minta ibu bapa kita doakan, doa ibu bapa kan sangat mustajab. inshaAllah. 


Doa ini di kongsikan oleh seorang rakan dan saya rasa amat wajar untuk di kongsikan. Kakak sayang adik-adik... dan saya  sayang anda, pembaca blog ni atas nama saudara seIslam. 





DOA IBU BAPA UNTUK ANAK MENGHADAPI PEPERIKSAAN


Ya Allah, Ya Tuhan Kami,

Kami mohon keampunan Mu, kami mohon kerahmatan Mu, kami mohon taufik dan hidayah Mu ya Allah.

Ya Allah, Ya Tuhan Kami,

Kau ampunkanlah dosa kami, dosa kedua ibu bapa kami, dosa anak anak kami, dosa saudara mara kami, dosa ahli keluarga kami, dosa guru guru kami dan dosa semua kaum muslimin dan muslimat.

Ya Allah, Ya Tuhan Kami,

Permudahkan urusan kami di dunia dan urusan kami di akhirat. Jadikanlah kami manusia yang sentiasa bersyukur kepada Mu. Jadikanlah kami manusia yang sentiasa mencintai Mu ya Allah. Ya Allah, jadikanlah apa yang kami lakukan ini sebagai suatu amal ibadah yang diterima Mu.

Ya Allah, Ya Tuhan Kami,

Ikhlaskan hati anak anak kami untuk mempelajari ilmu Mu. Tetapkan niat dihati mereka agar apa yang mereka lakukan ini semata mata kerana Mu ya Allah. Semata mata kerana Mu ya Allah. Semata mata kerana Mu ya Allah.

Ya Allah,

Kami mohon kepada Mu, permudahkanlah mereka faham apa yang diajar oleh guru-guru mereka ketika mereka berada di dalam kelas. Lapangkanlah dada mereka untuk menerima ilmu Mu ya Allah.

Ya Allah,

Tidak lama lagi, anak anak kami akan menduduki peperiksaan UPSR, PMR, SPM dan peperiksaan-peperiksaan lain ya Allah. Kami mohon kepada Mu ya Allah, bantulah anak anak kami dalam peperiksaan yang akan mereka hadapi ya Allah.

Ya Allah,

Peliharalah kesihatan anak anak kami dihari peperiksaan nanti. Permudahkanlah mereka menjawab soalan ketika peperiksaan nanti. Berikanlah ketenangan kepada mereka ketika menjawab soalan,jauhilah mereka daripada perasaan resah dan gelisah ketika menjawab soalan peperiksaan. Dorongkanlah hati mereka untuk menjawab setiap soalan sepertimana skema jawapan.



Ya Allah Ya Tuhan Kami,

Lembutkanlah hati pemeriksa yang memeriksa kertas jawapan anak kami nanti. Dorongkanlah hati dia untuk memberi markah yang lebih kepada anak anak kami. Tutuplah matanya daripada melihat kesalahan yang anak kami lakukan.

Ya Allah,

Berilah keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan anak anak kami. Mudah-mudahan dengan keputusan yang cemerlang ini, mereka dapat melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi lagi, semoga ia sebagai pembuka jalan untuk mereka menjadi hamba Mu yang soleh dan menghampirkan diri mereka kepada Mu.

Jadikanlah anak anak kami pelajar yang cemerlang ya Allah, cemerlang di dunia dan cemerlang di akhirat. Kami mohon kepada Mu, Kau perbaikilah akhlak anak anak kami. Jadikanlah mereka pelajar yang cemerlang dan mempunyai sahsiah diri yang baik. Tanamlah sifat mahmudah dalam diri mereka dan buanglah sifat mazmumah dalam diri mereka.

Ya Allah, jadikanlah anak anak kami seorang pemimpin di kalangan orang yang bertakwa.

Ya Allah,

Apa yang kami doakan ini bukan untuk diri anak anak kami sahaja, tetapi apa yang kami doakan ini juga untuk anak anak sahabat ku ya Allah. Berikanlah mereka kejayaan yang cemerlang di dunia dan di akhirat.

Ya Allah,

Sesungguhnya, anak kami inilah harapan kami. Kami mahu mereka Berjaya ya Allah. Kami mahu mereka mengubah nasib keluarga kami ya Allah. Berikanlah taufik dan hidayah Mu yang berkekalan ya Allah.

Ya Allah,

Jadikanlah anak kami anak yang soleh ya Allah. Yang menyejukkan mata kami memandangnya ya Allah. Jadikanlah anak kami ahli syurga ya Allah. Dorongkanlah hati mereka untuk melakukan amalan amalan yang membawa mereka ke syurga Mu ya Allah. Jauhkanlah hati mereka daripada melakukan amalan amalan yang membawa mereka ke neraka Mu ya Allah. Tetapkan lah hati mereka untuk menunaikan solat. Janganlah Kau melalaikan mereka dengan perkara perkara yang tidak berfaedah ya Allah.

Ya Allah,

Kami tidak mampu untuk mengawasi anak anak kami setiap waktu ya Allah. Kami serahkan anak kami untuk berada dibawah penjagaan Mu ketika mereka tidak bersama kami ya Allah. Gerakkanlah hati mereka untuk berada di tempat tempat yang Engkau redhai. Dan jauhilah mereka daripada berada di tempat tempat yang Engkau murkai.

Ya Allah,

Perkenankanlah doa doa kami ini. Kami memohon kepada Mu kerana Engkaulah tuhan kami. Kami meminta kepada Mu kerana Engkaulah yang menciptakan kami. Kami merayu kepada Mu kerana Engkaulah yang Maha Mengkabulkan doa doa kami ini. Jika Engkau tidak memakbulkan doa kami ini, siapa lagi yang akan memakbulkannya. Jika Kau tidak mendengar doa kami ini, siapa lagi yang akan mendengarnya. Bantulah kami ya Allah. Ya Rahman. Ya Rabbul Alamin.

Ini adalah doa yang anda boleh baca untuk membantu anak anak anda yang sedang belajar dan akan menghadapi peperiksaan.

Jika anda rasa ia bermanfaat untuk anda. Anda boleh copy, paste, edit ikut kesesuaian anda, dan print. Anda boleh baca doa ini hari hari.

Dan tolong berikan doa ini kepada sahabat sahabat anda yang lain.

Sama sama kita mencari 'pencen kubur'. Ingat, ilmu yang bermanfaat pahalanya akan berterusan walaupun kita berada di alam kubur selagi mana ilmu itu diamalkan.

...

Sedikit Pesanan Cikgu, hehe..;) 




;) Sila jawab dengan tenang yer...;) selawat & beristighfar... InshaAllah moga diberi petunjuk untuk menjawab dengan baik. 

Rabbi Yassir Wala Tuaasir

...

Cadangan supplement Pelajar BIJAK & CERGAS...



Buat anda yang membaca, sila kongsikan entry dan khasiat vitamins ini kepada kenalan anda, mana tahu.. usaha anda membantu mereka di luar sana 

Untuk konsultansi PERCUMA, sila hubungi saya seperti butiran di bawah. 

 Feel free to LIKE and SHARE

Please do not hesitate to contact me/ comment below for:-
AFFORDABLE Price
FREE Consultation
Business OPPORTUNITY with Shaklee!!

Surirumah & Media : Bersama Membangun Potensi Suri Rumah Rahmah

 𝗦𝘂𝗿𝗶𝗿𝘂𝗺𝗮𝗵 𝗱𝗮𝗻 𝗠𝗲𝗱𝗶𝗮  Alhamdulillah, di izinkan Allah untuk hadir 2 hari 𝑩𝒆𝒏𝒈𝒌𝒆𝒍 𝑷𝒆𝒏𝒈𝒖𝒓𝒖𝒔𝒂𝒏 𝑴𝒆𝒅𝒊𝒂 𝑺...